Utama Bilik Seminar Mingguan Wacana ke-5: Pembahagian manusia dalam al Quran: Di mana kita?...

Wacana ke-5: Pembahagian manusia dalam al Quran: Di mana kita? Dan Tafsir Al-Fatihah: Ayat 7

412
0
Iklan

Ayah Aji

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Bismillah ArRahman ArRahim

Allahumma Rabbana Zidna ilma

Allahumma Rabbana Ihdinas sira talmustaqim

Amma ba’du

 

(صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ)

[Surat Al-Fatiha 7]

via @QuranAndroid

 

Allah swt berkata pada kamu semua.

Doa kita pada Allah sahaja.

Sembah kita pada Allah sahaja

Ibadat kita pada Allah sahaja

Dalam hidup kita yang sementara ini… Allah sajalah berkuasa mencipta serta memberi segala keperluan hidup buat kita.

Rezeki dah di beri percuma tapi kita rasa tak cukup, maka kita berdoa akan tambahan rezeki, Allah beri.

Apa yang di minta hanyalah tambahan yang kita rasa tak cukup buat kita.

Semua Allah beri percuma sahaja. Tak perlu bayar balik

 

(الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا ۚ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ)

[Surat Al-Mulk 2]

via @QuranAndroid

Dialah Allah yang mencipta kematian dan kehidupan buat semua makhluk Nya…

 

Tujuan ciptaan ….

 

Supaya Allah dapat uji kamu , siapa di antara kamu yang terbaik amalannya,

Dan Dialah yang maha gagah perkasa lagi maha pengampun.

 

Gagah perkasa. ..tak peduli kamu nak engkar atau taat. Nak ikut ajaran Allah dan Rasul atau nak ikut ajaran Allah dan Rasul bercampur dgn ajaran-ajaran karut daripada guru-guru karut

Maha pengampun. ..pada mana-mana hambaNya yang berdosa tapi nak cari jalan benar

 

Dalam bab ini lah berpecah manusia pada beberapa puak.

 

Satu ikut 100% ajaran Allah dan Rasul dan ramai kumpulan ikut ajaran campuran haq dan batil.

Daripada hadis 73 puak… Satu saja ahli haq… ahlillah. .yg lain semuanya ke neraka

 

(صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ)

[Surat Al-Fatiha 7]

via @QuranAndroid

Ayat sebelum nya.. wahai Tuhan ku, tunjukkan aku jalan yang lurus

 

Yaitu jalan orang-orang yang Kamu beri nikmat Mu pada mereka..

 

Tafsir

 

(وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَالرَّسُولَ فَأُولَٰئِكَ مَعَ الَّذِينَ أَنْعَمَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ مِنَ النَّبِيِّينَ وَالصِّدِّيقِينَ وَالشُّهَدَاءِ وَالصَّالِحِينَ ۚ وَحَسُنَ أُولَٰئِكَ رَفِيقًا)

[Surat An-Nisa 69]

via @QuranAndroid

 

Jalan nya ialah… ayat di atas

Dan barang siapa yang mentaati Allah dan Rasul Nya…

 

..yaitu orang-orang yang belajar tafsir Quran untuk mereka tahu perintah Allah dan larangan Allah

 

…yaitu yang belajar tafsir hadis-hadis kutubussittah. …untuk mereka tahu perintah-perintah dan larangan-larangan nabi..

 

Maka orang-orang yang bersifat begini… ialah mereka-mereka yang Allah telah memberi nikmat. ..iman… pada mereka

 

Terdiri daripada para nabi-nabi..nak jadi nabi tak bolih…. tapi… sesiapa saja yang ikut cara para nabi

 

Para Siddiqin… orang-orang yang membenarkan tauhid

 

Dan para syuhada. ..orang-orang yang berjihad supaya nama Allah tinggi dalam hati manusia.

 

Dan para solehin. ..mereka yang ikut ajaran Allah dan Rasul serta beramal dengan sunnah nabi

 

Mereka seperti ini adalah sebaik-baik teman rapat kamu

 

Peringatan. ..

 

Dalam belajar wahyu Allah. ..Jika ada sebarang perkara hal kebesaran Allah atau rahmat atau azab… hendaklah kamu semua berdoa segera… letak kan dalam masa ayah aji sedang tulis. ..tapi jangan bertanya.

 

(صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ)

[Surat Al-Fatiha 7]

Ghairil maghdu… bukan jalan orang-orang yang Kamu murka terhadap mereka…

 

Tafsir

 

(لَتَجِدَنَّ أَشَدَّ النَّاسِ عَدَاوَةً لِلَّذِينَ آمَنُوا الْيَهُودَ وَالَّذِينَ أَشْرَكُوا ۖ وَلَتَجِدَنَّ أَقْرَبَهُمْ مَوَدَّةً لِلَّذِينَ آمَنُوا الَّذِينَ قَالُوا إِنَّا نَصَارَىٰ ۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّ مِنْهُمْ قِسِّيسِينَ وَرُهْبَانًا وَأَنَّهُمْ لَا يَسْتَكْبِرُونَ)

[Surat Al-Maeda 82]

” Ummu Yaser (Contoh Doa):

 

Ya Allah jangan lah masukkan aku dalam golongan orang-orang yang Dikau murkai

 

dan tidak juga golongan mereka yang sesat ”

 

Pasti lah kamu akan dapati manusia yang paling keras menentang /permusuhan terhadap orang-orang beriman ialah orang-orang Yahudi dan musyrikin.

 

Tafsir

 

Ahli-ahli tauhid akan di tentang oleh Yahudi dan musyrikin

 

Yahudi… sifat mereka ialah campur aduk haq dan batil.

 

Musyrikin pula jenis buat syirik pada Allah

 

Sesiapa daripada Islam tapi buat syirik… Dia dah jadi musyrikin. ..sedar atau tidak

 

Dan kamu pasti akan dapati mereka yang paling dekat persahabatan bagi orang-orang beriman ialah mereka yang berkata. .. Kami Nasrani.

 

Yang demikian itu dengan sebab ada di antara mereka para pendita. .alim ulama mereka.. dan ruhban.. rahib-rahib. .alih-alih ibadat.

 

Dan sesungguhnya mereka itu tak sombong terhadap tauhid

 

Dholin. ..Kristian dan munafik

 

Munafik …islam pada nama.. zaman nabi.. ngucap depan nabi.. solat belakangnya, ..ada pergi jihad.. tapi bukan dengan redha hati.. pura-pura saja

 

Bila bercakap ..bohong

Bila berjanji … mungkir

Bila di amanahkan. ..pecah amanah

….Ini dah munafik. .

 

Tapi kalau bersengketa mereka zalim.. contoh kita tampar mereka… patut tampar balas… mereka potong tangan kita

 

Tanda lain.. bila berderma untuk populariti mereka …suka

Ajak derma pada ugama … kedekut.

Ajak sebar ugama. ..tak suka

Ajak maksiat. .suka

 

Itulah 5 jenis manusia yang menghuni dunia ini.

 

1. Beriman dan ikut ajaran Allah dan Rasul ….

 

Ini ada 2 kumpulan:

 

1.mukarrabin. .org yang mula-mula beriman pada tauhid dalam negara daripada sesiapa yang dulu.

 

2. Orang-orang beriman yang terima amalan di tangan kanan. .

 

Orang-orang engkar tauhid pula tapi Allah murka. .

1. Yahudi

2. Musyrikin

 

Kafir sesat pula

1. Kristian

2. Munafik

 

Ke empat-empat kafir ini saja lah yang ada di depan kita sekarang.

 

Selain kafir-kafir ori ini… ialah kafir-kafir campuran daripada ke empat-empat kafir di atas.

Jadi pertama sekali kita perlu buat ialah belajar wahyu dan sunnah nabi saw.. Kita akan tahu semua sifat-sifat mereka itu.

 

Daripada sedikit ilmu yang Allah beri pada Ayah Aji. .insya Allah bolih Ayah Aji ajar sifat-sifat kafir di atas berdasarkan Quran.

 

Soalan jika ada

 

Nanti Ayah Aji jawab selepas ini

 

Kita sambung belajar dulu

 

Yang paling penting semua perlu tahu ialah… awak semua bukan daripada 4 jenis ahli neraka kekal ini

 

Nabi kita buat tabligh di Mekah selama 13 tahun…. untuk bebas diri sendiri daripada penyakit syirik pada Allah.

 

10 tahun di Madinah, menghurai lagi sifat musyrikin ini dan kisah-kisah Yahudi Nasrani dan munafik

 

Awak sekarang ni perlu fokus. . awak bukan musyrikin ..yaitu awak bebas daripada apa-apa bentuk syirik pada Allah

 

Contoh paling mudah syirik

1. Rama-rama masuk rumah bawa berita ada org nak datang….syirik bab Allah maha mengetahui.

 

Rama-rama dapat berita daripada Allah. .dia ambil inisiatif untuk datang beritahu kita… percaya itu lah syirik

 

2. Gatal tapak tangan. ..nak dapat duit.. syirik Allah Maha Tahu

 

3. Berpantang tak makan itu ini selepas bersalin. ..bukan kerana alergi, doktor larang , tak suka makan tapi kerana… nak kembali dara balik…

 

Mengharamkan yang halal adalah syirik kerana itu tugas Allah.

 

4. Beri salam atau seru yg ghaib.. Hanya pada Allah sahaja.

 

Seru yang lain yang ghaib.. syirik.

Seru jin atau malaikat atau nabi-nabi yang telah mati. .

 

Banyaklah lagi

Talbis atau campur aduk.

 

Tahlil adalah satu zikir. Tapi kalau campur aduk dengan tawasul pada nabi… itulah perbuatan Yahudi atau kristian.

 

Yaitu tahlil orang mati… ada tawasul depan nya.

 

Inilah talbis.. campur aduk haq..lailahaillallah.. zikir dan tawasul. .batil

 

Itu juga jenis syirik pada Allah

 

Mereka ini yang buat syirik dan bidaah akan mengejek-ejek orang yang ajak mereka pada tauhid..

 

Ini ayat nya

(بَلْ قَالُوا إِنَّا وَجَدْنَا آبَاءَنَا عَلَىٰ أُمَّةٍ وَإِنَّا عَلَىٰ آثَارِهِمْ مُهْتَدُونَ)

[Surat Az-Zukhruf 22]

Bahkan ..mereka berkata.. Kami dapati bapa-bapa..guru-guru kami di atas satu pegangan agama. .jenis tarikat.. dan kami atas ajaran mereka lah kami rasa terpimpin

 

Bahasa Melayu pula… tak kan lah ustaz-ustaz tok-tok guru nak masuk neraka… mereka orang alim.. mereka belajar kitab dan lain-lain alasan mereka…

 

Tandanya dia itu adalah dah musyrikin lah… syirik di mana tak tahu.. tapi itulah tanda orang musyrik.

 

Banyak lagi lah yang nak ayah aji ajar.. tapi kita dah habis masa.

 

Ringkas nya ..Perlu belajar tafsir dan sunnah nabi baru lah kita sendiri boleh jamin kita ini bukan mereka..

 

Wabillahitaufiq walhamdulillah hirabbil alamin

🌴🌴🌴

📜Wacana ke-5

 

Pembahagian manusia dlm al Quran: Di mana kita?

Dan Tafsir Al-Fatihah: 7

Oleh: Ustaz Rusman Abd Hamid

Komen dan Soalan