Utama Bilik (101) Fiqh Wanita 1 Fiqh Wanita 18 ( AQIDAH )

Fiqh Wanita 18 ( AQIDAH )

335
0
Iklan

Soalan 1
Adakah hadith ini sahih: “sepeninggalanku tiadalah ujian yang lebih berbahaya kepada kaum lelaki kecuali godaan kaum wanita.” (HR Bukhari)
Jawapan 1
Sahih
ما تَركتُ بَعدي فِتنَةً أضرَّ على الرجالِ منَ النساءِ
الراوي : أسامة بن زيد / المحدث : البخاري / المصدر : صحيح البخاري
الصفحة أو الرقم: 5096
HR Bukhari no 5095, perawi Usama bin Zayd ra

Soalan 2
Bagaimana dengan air selusuh yang dibaca yasin dan ayat-ayat al-quran dan dibaca oleh suami atau bapa sendiri, untuk memudahkan bersalin.?
Jawapan 2 Thtl
Air selusuh
air selusuh maksudnya air jampi untuk mudah bersalin. Ianya makruh kerana menghilangkan peluang untuk mendapat slot masuk syurga tanpa hisab, yakni salah seorang yang akan masuk syurga tanpa hisab ialah orang yang tidak minta dijampi. Namun kalau nak juga minum air jampi atau ruqyah, harus, jika ianya dari ayat-ayat AQ. cara lain ialah sentiasa berdoa dan makan buah kurma masak atau rutab.
dalilnya
وَهُزِّي إِلَيْكِ بِجِذْعِ النَّخْلَةِ تُسَاقِطْ عَلَيْكِ رُطَبًا جَنِيًّا فَكُلِي وَاشْرَبِي وَقَرِّي عَيْنًا ۖ فَإِمَّا تَرَيِنَّ مِنَ الْبَشَرِ أَحَدًا فَقُولِي إِنِّي نَذَرْتُ لِلرَّحْمَٰنِ صَوْمًا فَلَنْ أُكَلِّمَ الْيَوْمَ إِنْسِيًّا”

Dan goyangkanlah pangkal pohon kurma itu kearahmu, niscaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu, maka makan, minum dan bersenang hatilah kamu. Jika kamu melihat seorang manusia, maka katakanlah, ‘Sesungguhnya aku telah bernadzar berpuasa untuk Rabb Yang Maha Pemurah, maka aku tidak akan berbicara dengan seorang manusia pun pada hari ini” [Maryam : 25-26

Soalan 3
kalau kita sendiri yang baca untuk minum sendiri macamana?
ayat-ayat ruqyah tu kita baca sendiri boleh kan?..kalau yang pasang cd ruqyah tu sama macam diruqyah ke?
Jawapan 3 Thtl
Baca sendiri tak perlulah minum airnya…
pasang CD tak boleh.kena ada usaha manusia

Soalan 4
Saya terbaca komen sorang hamba diruang media sosial
Katanya:
“Kita kan manusia yang lemah,maka perlu beramal dengan hadis yang (dhoif) lemah juga.”
Soalan saya disini perlukah seseorang tersebut berkata begitu.?
Jawapan 4 Thtl
Yang sahih kan ada…bukhari saja ada 7000 hadith

Soalan 5
Kalau pun nabi tidak baca yasin,kalau kita baca yasin juga dapat dosa ke atau kita dapat fadilat baca quran?
Jawapan 5
Baca AQ , surah mana pun baik dan dapat pahala
dapat dosa, bila yasinan, baca berjamaah, dan tadah air yasin, atau majlis baca yasin untuk SPM 2015 itu dosa kerana berlebihan dalam agama.

Soalan 6
Bolehkah kita menjual atau membeli haiwan yang haram dimakan seperti kucing atau burung?
Jawapan 6 Thtl
Boleh sebab ia masuk business pet dan exotic animals…ia industri yang lain bukan industy makanan

Soalan 7
kalau baca surah al mulk dan al sajadah selepas maghrib , tu boleh dikira baca sebelum tidur ?
Jawapan 7Thtl
Bila nak baca surah al-Mulk dan Sajadah di malam hari?
dalil:
كان النبي لا ينام حتى يقرأ * (ألم، تنزيل) * السجدة و * (تبارك الذي بيده الملك) * “. صحيح. أخرجه الترمذي (2 / 146) والدارمي (2 / 455) وأحمد (3 / 340) وصححه الألباني.
Artinya:
“Nabi SAW tidak tidur kecuali beliau membaca Surat Alif lam Miim (As-Sajdah) dan Tabarokalladzi biyadihil Mulk” (Sahih lighairihi, HR Tirmidzi (2898), Ahmad (23/26), Al-Hakim (2/446), dll. Di sebutkan dengan dua jalur, salah satu jalurnya ada yang shahih, hadits ini di shahihkan oleh Al-Hakim, Adz-Dzahabi, Al-Arna’ut, Syeikh Al-Albani (Lihat : Silsilah Al-Ahadits As-Sahihah, karya Syeikh Al-Albani ” (no. 585)).
Bila boleh membacanya:
Sebelum tidur, Nabi tidak tidur sebelum membaca, maka ia adalah luas, tak perlu disempitkan, lepas maghrib boleh, lepas isyak boleh asalkan sebelum tidur.

Soalan 8
Adakah hadith ini sohih:
“ujian yang tiada henti-hentinya menimpa kaum mukmin baik lelaki atau wanita dan anak-anaknya, tetapi dia bersabar, dia akan menemui Allah dalam keadaan tidak berdosa” (HR At-Tirmidzi)
Jawapan 8 Thtl
Tashih hadith Termidzi
ما يزالُ البلاءُ بالمؤمنِ والمؤمنةِ في نفسِهِ وولدِهِ ومالِهِ حتَّى يَلقى اللَّهَ وما عليْهِ خطيئةٌ
الراوي : أبو هريرة / المحدث : الألباني/ المصدر : صحيح الترمذي
الصفحة أو الرقم: 2399 / خلاصة حكم المحدث : حسن صحيح
hasan sahih

Soalan 9
Mengenai syaaban tu,jadi tak perlu lah puasa ?
Tak sahih ke segala amalan tersebut?
Jawapan 9 Thtl
No puasa, no salat, cuma bangun tahajjud saja.Tak ada celebration di masjid beramai-ramai

Jawapan 10
Siapa yang mulakan amalan yang bukan datangnya dari Nabi,para sahabat ,tabiin ini seperti berpuasa,berjemaah dimasjid dan lain-lain lagi?
Jawapan 10 Thtl
kalau ikut Dr Qardhawi, ia diluar era 300 hijrah.Disisi salaf, ia malam yang normal

Soalan 11
‍‌‌‌‌‍‍‌‌Sembahyang memohon sesuatu hajat. Contoh: anak nak ambik SPM.. Boleh tak dilakukan waktu siang(pagi/ lps zohor)‌‌‍‌‍‍‌
Jawapan 11
Tak perlu solat hajat, cukup dalam doa solat fardhu dan sunat rawatib atau tahajjud ‌.Solat hajat spm tu direka reka saja.Doa sudah memadai. lagipun ia urusan dunia, study, tuition..skills

Soalan 12
Disekolah saya memang setiap tahun mengadakan solat hajat untuk pelajar yang akan ambil peperiksaam.Sekarang saya sudah tahu hukumnya,jadi bagaimana hendak lakukan sekarang?
Semua cikgu ada tugas dalam pogram tu.Adakah kita perlu mengelak untuk tidak pergi atau solat juga tapi niat itu tidak khusus untuk solat hajat.?
Jawapan 12 Thtl
Takut anak puan keliru.Dia belum mengerti khilafiah dan bid’ah.biarkan dulu tidak boleh membebankan kepada insan sesuatu yang ia tidak mengerti. maksudnya dia belum mengerti bid’ah. maka biarkan dia ikut arus perdana, amalan kebiasaan masyarakat

Soalan 13
Adakah hukum(makruh) ruqyah ini termasuk bagi perubatan islam seperti darul syifa’?
Jawapan 13 Thtl
makruh kerana kehilangan peluang masuk syurga tanpa hisab:
هُمْ الَّذِينَ لَا يَتَطَيَّرُونَ وَلَا يَسْتَرْقُونَ وَلَا يَكْتَوُونَ وَعَلَى رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ
“Mereka itu tidak melakukan thiyaroh (beranggapan sial), tidak meminta untuk diruqyah, dan tidak menggunakan kay (pengobatan dengan besi panas), dan hanya kepada Rabb merekalah, mereka bertawakkal.” (HR. Bukhari no. 5752)

Soalan 14
Ralat: Isnin & Khamis. Bukan Isnin & Selasa
Hukum-hukum puasa di bulan syaaban
1. Selepas 15 Syaaban sehingga 28 Syaaban:
Makhruh kecuali mereka yang mempunyai rutin puasa tertentu
(Isnin & Khamis, Hari-Hari Putih 13,14 & 15 hb atau Puasa Daud).
Hal berdasarkan tegahan Nabi iaitu:
“Jika tinggal setengah Syaaban maka jangan berpuasa”
(Sahih. Riwayat Tirmizi)
Cuma tegahan dalam hadis di atas difahami oleh para ulama dengan erti makruh berdasarkan hadis-hadis lain seperti:
“Nabi tidak berpuasa lebih banyak daripada puasanya di Bulan Syaaban; Baginda berpuasa seluruhannya”
dalam riwayat lain,
“Baginda berpuasa (seluruh) Syaaban kecuali sedikit (beberapa harinya Baginda tidak puasa)”
(Riwayat Bukhari & Muslim)
Perbuatan Baginda menjadi pensyariatan buat seluruh Umat.
2. Sehari atau dua hari sebelum Ramadan:
Haram kecuali mereka yang mempunyai rutin puasa tertentu seperti di No.1.
“Jangan kamu mendahului Ramadan dengan berpuasa sehari atau dua hari, kecuali mereka yang mempunyai puasa tertentu maka hendaklah dia berpuasa”
(Riwayat Bukhari & Muslim)
3. Puasa Syak (30 Syaaban):
Haram secara mutlak.
“Barangsiapa berpuasa pada Hari Syak sungguh dia telah derhaka terhadap Abu Al-Qasim (Nabi Muhammad)”
(Sahih. Riwayat Abu Daud)
Jika dilihat no 1.ada tegahan dan ada perbuatan nabi berpuasa selepas 15 syaban kan? Jadi kesimpulannya? Jika makruh puasa 15-28 syabaan maka bagaimana dan apa hukumnya jika mereka yang nak ganti puasa? Adakah juga ditegah?
Saya tak berapa faham dan agak keliru sebab tengok ada tegahan dan perbuatan nabi. Dan ianya disyariatkan.
Jawapan 14 Thtl
Hadith larangan tu dhaif bukan sahih.
maka boleh saja, ia makruh dalam mazhab syafi’iy sahaja
1. puasa selepas nisfu syaaban boleh, sebab hadithnya lemah
2. Nabi saw puasa selepas nisfu syaaban
3. mazhab yang tegah puasa selepas nisfu syaaban sebab mereka sahihkan hadith yang melarangnya
No 1 untuk status larangan puasa selepas Nisfu syaaban
“Jika tinggal setengah Syaaban maka jangan berpuasa”
(Sahih. Riwayat Tirmizi)
إذا انتصف شعبان فلا تصوموا
hadith ni jadi isu:
jika anda yakin ia sahih, maka tak boleh puasa selepas nisfu syaaban
jika anda yakin ia dhaif, maka boleh puasa
kompromi: jika anda biasa sunat isnin khamis tanpa henti, maka boleh
jika anda tak pernah puasa sunat, maka dilarang sehinggalah puasa ramadhan

hadith ni sahih disisi ahli hadith seperti Imam Termidzi, albani, syaikh syuaib, ahmad syakir, tapi dhaif di sisi Imam Ahad, Ibn Main…
و ممن ضعفه عبد الرحمن بن مهدي، و الإمام أحمد، و أبو زرعة الرازي، و الأثرم[لطائف المعارف (ص142)]، و الخليلي[الإرشاد (219/1)]، و الذهبي[سير أعلام النبلاء (187/6)]، و ابن رجب[لطائف المعارف (ص142)].
ini senarai ahli hadith yg dhaifkan : Ibn mahdi, Imam ahmad, abu Zur’ah

Soalan 15
Apakah perlu membuat lawatan ke kubur 1 keluarga dan membaca yasin di kubur pada setiap kali sebelum ramadhan yang sudah dijadikan 1 perkara mesti dibuat setiap tahun. Bagaimana hukumnya?
Jawapan 15 Thtl
Pakej keluarga lawatan ke kubur
Ziarah kubur ni sunnah untuk mengingati mati tanpa ditentukan bila yakni hari dan bulan, ia kena bebas. ia boleh dalam bentuk individu dan keluarga. Maka tak ada ziarah kubur sempena Ramadhan atau hari Jumaat atau 1 syawal. jika ditetapkan bulan dan hari ia menjadi bid’ah.
Lawatan ke kubur tidak boleh membaca AQ seperti Yaasin kerana mengikut mazhab syafi’iy, pahalanya tidak sampai, lagipun ia dilarang oleh Nabi saw
لَا تَجْعَلُوا بُيُوتَكُمْ مَقَابِرَ إِنَّ الشَّيْطَانَ يَنْفِرُ مِنْ الْبَيْتِ الَّذِي تُقْرَأُ فِيهِ سُورَةُ الْبَقَرَةِ
“Janganlah kamu menjadikan rumah-rumahmu seperti kuburan, karena setan akan lari dari rumah yang dibanyakan padanya surat Al-Baqarah“. HR Muslim.
fiqh hadith, dirumah kena bising dgn AQ, manakala kubur kena senyap sunyi tanpa AQ…berdoa sahaja

Soalan 16
Macama mana doa dialunkan dengan nyanyian boleh ke kita ikut,contoh kumpulan unic kebanyakkan lagu ialah doa yang di alunkan dengan muzik .mohon pencerahan.
Jawapan 16 Thtl
Lagu dengan senikata doa
Boleh, asalkan jangan dii’tiqad ia sebagai cara baru dalam berdoa kepada Allah sebab
“Doa huwal ibadah” doa adalah ibadat, tidak boleh berdoa kepada Allah dengan menyanyikan doa.
kalau semata-mata hiburan, tidak ada masalah, cuma jangn ada niat, ini cara baru nak berdoa.

Soalan 17
Mengapa jenazah di letakkan di hadapan imam ketika untuk melakukan solat jenazah ?
Jawapan 17 Thtl
kenapa jenazah letak depan Imam
Jawab: itulah yang ada dalam kitab-kitab fiqh dan diamalkan sejak dulu, sebab itu namanya pun Solat jenazah. dasar ibadat ialah taabbudi, maksudnya ikut.

Soalan 18
Tawassul dengan apa yang dibolehkan?
Jawapan 18 Thtl
Tawassul yang disyariatkan
tawassul=mencari perantara untuk mendekatkan diri kepada Allah
tawassul yang sunnah:
1. tawassul dengan menyeru asmaul Husna dalam berdoa dan zikir
2. menggunakan amal soleh, contohnya solat dua rakaat, puasa, sedekah dan kemudian meminta dari Allah
3. menyeru Allah dengan menyebut amal-amal yang besar yang pernah dilakukan sebelum ini
4. minta tolong orang salih mendoakan untuknya atau menjampinya…
(albani, at-tawassul wal wasilah)

Komen dan Soalan