Utama Bilik (07) Tadabbur Al-Quran سورة الطارق ١٣

سورة الطارق ١٣

156
0
Iklan

[86:13]  إِنَّهُ لَقَوْلٌ فَصْلٌ

 

Sesungguhnya keterangan Al-Quran adalah kata-kata pemutus (yang sebenar), [86:13]

Apakah yg dimaksudkan dengan kata pemutus? [2:185]

هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ

Ada tiga perkara dinyatakan menerusi ayat ini tentang al-Qur’an:

  1. Petunjuk
  2. Keterangan bagi petunjuk
  3. Pembeza di antara yang hak dan batil

Al-Qur’an ini diturunkan untuk siapa?

هُدًى لِلنَّاسِ : Petunjuk untuk semua manusia

Siapakah manusia yang dapat faedah daripada petunjuk ini?

(Keterangan Al-Quran adalah kata-kata pemutus). Jika seseorang itu mendakwa dirinya takwa, berbuat baik, ikhlas, berbuat ihsan dan sebagainya. Atas asas apa yang melayakkan ia membuat dakwaan itu?

(Keterangan Al-Quran adalah kata-kata pemutus). Maknanya kita kena ikut al-Qur’an dalam kehidupan kita. Apakah syarat bagi membolehkan seseorang itu benar-benar mengikut al-Qur’an?

Syaratnya: Kalau kita baca al-Qur’an, tetapi tidak faham samalah seperti keldai yang membawa bandela kitab sedang ia tidak mengetahui kandungannya. [62:5]

Membaca dan tidak memahami isi kandungan AQ adalah perbuatan kaum yang zalim. Siapakah kaum yang zalim itu? [31:13]

Banyak nikmat yang sudah kita perolehi dengan Allah turunkan hujan. Patutkah kita tidak mempedulikan al-Qur’an yang Allah perintahkan kita mengikutya? [86:11]

Kaumku jadikan al-Qur’an sesuatu yang tidak diacuhkan. Justeru ada hal-hal lain yang lebih utama di sisinya. Patutkah begitu? [25:30]

Jadi kita wajib belajar bahasa Arab. Setuju?

Belajar bahasa Arab untuk memahami al-Qur’an dan Sunnah. Bahasa arab pintu kepada memahami AlQuran

أقول قولي هذا، وأستغفر الله العظيم لي ولكم. اللهم ارزقنا حب القرآن

Komen dan Soalan