Utama Bilik (101) Fiqh Wanita 1 Fiqh Wanita 13 ( Zakat & Wasiat )

Fiqh Wanita 13 ( Zakat & Wasiat )

446
0
Iklan

Soalan 1
Jika ada rezeki yg tidak disangka-sangka, yang mana perlu dibuat terlebih dahulu?
Sedekah, zakat atau langsaikan pinjaman di bank dan individu terlebih dahulu?
Jawapan 1 Thtl
Jika dapat durian runtuh
Mmm…ini terpulanglah…

Soalan 2
kalau emas kita di ahrahnu dalam tempoh lebih 1 tahun kita tak pakai kena zakat atau tidak?‍
Jawapan 2 Thtl
Emas perhiasan di al-Rahnu
Ia kena melepasi nilai uruf di negeri di mana anda menetap dan menyimpan, kalau dikelantan, tiada nilai uruf, maksudnya wanita kelantan boleh memiliki sebanyak mana emas perhiasan, tiada zakat.
Kalau di selangor, apa yang melebihi 800 gm emas, maka kena zakat. contoh dia ada emas 1000 gm, maka yang kena zakat cuma 200 gm sahaja ‌

Soalan 3
Boleh ustaz jelaskn tentang zakat emas? Emas yang dibuat perhiasan, emas dalam bentuk syiling atau jongkong dan lain-lain. Bagaimana cara pembahagiannya…
Jawapan 3 Thtl
Zakat emas
1.emas perhiasan yang dipakai atau yang kadang-kadang pakai
kadar zakat: ikut negeri di mana anda menetap, katakan anda menetap di subang jaya selangor, maka kadar uruf ialah 800 g. kadar uruf ialah jika ada emas perhiasan kurang dari 800g di selangor tak kena zakat, jika lebih 800 baru kena.
cara kira: jika anda ada perhiasan emas sebanyak 1000 g.
1000-800g=200g x 2.5% ikut harga semasa. * hanya kelantan yang tak ada kadar uruf, maksudnya wanita kelantan boleh simpan emas perhiasan unlimited
2. zakat emas bukan perhiasan, syiling, wafer, goldbar..
zakatnya melebihi 85g, maka kena zakat jika sampai haul setahun.

Soalan 4
berkenaan zakat barang kemas, bolehkah barang kemas yang dimiliki dipakai sekali sekala sahaja dalam setahun untuk mengelakkan dikenakan zakat barang kemas yang di simpan?
Jawapan 4Thtl
Zakat barang kemas
Emas perhiasan ada dua jenis: emas simpanan dalam bentuk gelang dan rantai, cincin…tak pakai tapi sebagai simpanan
emas perhiasan, ia memang dibeli untuk perhiasan, walaupun pakai sekali sekala kerana ianya banyak…untuk occasion kawin, pakai set A, untuk makan malam, pakai set B, untuk pakai gi kerja, pakai set C..
Maka anda kena tentukan sendiri, yang mana beli untuk simpanan tetap dan yang mana satu untuk pakai. Takleh kita buat helah dengan Tuhan, sekejap untuk pakai, sekejap untuk simpanan…
Bagi zakat simpanan, jika nilainya melebihi 85 gm emas kena zakat.
Bagi zakat perhiasan, pakai jarang2 pun masuk kategori ni, ianya kena melepasi value urufi, itu kena cek dengan negeri di mana anda menetap, yg saya ingat dua negeri, kelantan sebab saya lahir kat sana, di kelantan tak ada nilai uruf, maksudnya wanita kelantan boleh beli emas perhiasan sebanyak mungkin dan tak kena zakat. Jika menetap di selangor, ia kena melepasi nilai uruf, yakni 800 gm emas.

Soalan 5
jika kita nak zakatkan duit epf bolehkah kita beri pada keluarga terdekat yang susah dahulu?
Jawapan 5 Thtl
Zakat EPF
Zakat EPF hendaklah diserahkan kepada Pusat Zakat negeri, kerana zakat adalah urusan negara.
dalil:
“Ambillah zakat dari sebagian harta mereka” AQ 9:103
kecuali anda sangsi dengan negara dan PPZ, maka anda boleh agihkan sendiri secara rahsia, namun keluarga terdekat hendaklah dilihat samada mereka ada layak menerima nafkah dari anda, misalnya datuk, nenek, emak sedara dan bapak saudara, adik beradik…kalau sepupu, dua pupu tu bolehla

Soalan 6
Adakah ianya dikenakan faraid bila suami meninggal, harta pembelian contoh rumah dan kereta di atas nama isteri sorang:-
i)Isteri membayar semua kos wang pendahuluan dan pinjaman bulanan .
ii)Suami hanya membayar wang pendahuluan pembelian. Isteri bayar pinjaman bulanan.
Jawapan 6 Thtl
isu harta faraid
Ini kena dapatkan nasihat peguam kerana ia melibatkan harta sepencarian. sini saya tak handle isu-isu faraid.

Soalan 7
Dalam ayat terakhir surah an- Nisa’ ada menceritakan tentang masalah pusaka kalalah. Jika seseorang itu sempat memberikan hartanya sebagai hadiah kepada seseorang, adakah boleh diserahkan kesemua sekali?
Jawapan 7 Thtl
Pasaka Kalalah
pesaka Kalalah ialah orang yang meninggal tapi tak ada waris
dalil:
“Mereka meminta fatwa kepadamu (tentang kalalah). Katakanlah: “Allah memberi fatwa kepadamu tentang kalalah (yaitu): jika seorang meninggal dunia, dan ia tidak mempunyai anak dan mempunyai saudara perempuan, maka bagi saudaranya yang perempuan itu seperdua dari harta yang ditinggalkannya, dan saudaranya yang laki-laki mempusakai (seluruh harta saudara perempuan), jika ia tidak mempunyai anak; tetapi jika saudara perempuan itu dua orang, maka bagi keduanya dua pertiga dari harta yang ditinggalkan oleh yang meninggal. Dan jika mereka (ahli waris itu terdiri dari) saudara-saudara laki dan perempuan, maka bahagian seorang saudara laki-laki sebanyak bahagian dua orang saudara perempuan.” (QS. An-Nisa: 176)
bagaimana jika si fulan yang tak ada waris tersebut memberi hadiahnya semua sekali kepada seseorang.
Kalau dia masih hidup, maka sahlah. ia dinamakan Hibah.
Jika pembahagian harta tersebut dilakukan dalam keadaan dia sihat wal afiyat, artinya tidak dalam keadaan sakit yang menyebabkan kematian, maka pembahagian atau pemberian tersebut disebut Hibah ( harta pemberian ), bukan pembahagian harta warisan. Adapun hukumnya adalah boleh. ( Ibnu Rusydi, Bidayat al Mujtahid wa Nihayah al Maqasid, Beirut, Dar al Kutub al Ilmiyah, 2/ 327 ).

Soalan 8
Mohon penjelasan mengenai zakat duit simpanan, insuran dan duit graduti orang yang sudah meninggal…bilakah sepatutnya waris menzakatkan duit tersebut…perlu tunggu setahun atau sebaik duit itu diserahkan pada waris?
Jawapan 8 Thtl
wang si mati
1. duit simpanan, kalau dia tak pernah keluar zakat, maka kena dikeluarkanlah, jumlah harta X 2.5%
2. kalau duit insuran, pun sama X 2.5%
3,Juga duit gratuiti,X 2,5%
selepas tu barulah di faraidka

Komen dan Soalan