Utama Bilik (101) Fiqh Wanita 1 Fiqh Wanita 14 ( Umum )

Fiqh Wanita 14 ( Umum )

382
0
Iklan

Soalan 1
a)Apa hukum kita ambil benih dari tanaman yang ditanam oleh kerajaan atau pokok yang tidak bertuan?contohnya biji benih atau keratan batang..
b)Jika biji benih atau keratan batang tadi ditanam,menjadi,kemudian mengeluarkan hasil seperti buah,apa hukum kita makan buah itu?
Jawapan 1Thtl
Seputar ambil benih pokok
1a)hukum ambil benih oleh kerajaan atau pokok yg tidak ada tuan
Jawab: Yang dilarang ialah merosakkan pokok atau menebangnya, kalau nak kasi bumi lebih hijau, maka ia menjadi sunat pula. Maka harus mengambilnya untuk menghijaukan alam sekitar.
“Dan barangsiap yang melakukan hal itu karena mengharap keridhaan Allah, maka kelak Kami akan memberinya pahala yang besar.” (QS. An Nisa : 114)
1b)boleh, kerana ini adalah bersifat umum.
مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَغْرِسُ غَرْسًا, أَوْ يَزْرَعُ زَرْعًا فَيَأْكُلَ مِنْهُ طَيْرٌ أَوْ إِنْسَانٌ أَوْ بَهِيْمَة ٌ إِلاَّ كَانَ لَهُ بِهِ صَدَقَةٌ
Tidaklah seorang muslim menanam pohon, tidak pula menanam tanaman kemudian hasil tanaman tersebut dimakan oleh burung, manusia atau binata“ng melainkan (tanaman tersebut) menjadi sedekah baginya.” (HR. Imam Bukhari hadits no.2321)
“Dan janganlah kamu membuat kerusakan di muka bumi, sesudah (Allah) memperbaikinya: AQ 7:56

Soalan 2
jika anak tidak pernah menghiraukan ibubapa, tidak balik menjenguk mereka sekian lama sampai hati ibu sedih tetapi hati ibu meredhokan seabb takut jatuh dosa pada anak.
adakah anak itu berdosa atas sebab menyedihkan ibubapa? Atau tidak sebab ibubapa sudah redho?‌‌‍‌‌‌‍‌‍‍‌
Jawapan 2 Thtl
anak tidak berbakti kepada orang tuanya
عن أبي هريرة – رضي الله عنه – أن رسول الله – صلى الله عليه وسلم – قالمن لا يَرحم لا يُرحم))؛ متفق عليه.
Terj: Dari Abu Hurayra ra, bahawa Rasulullah saw bersabda, siapa yang tidak menyayangi, tidak akan dikasihi”
sebab hadith ini diungkap ialah kerana al-Aqra’ at-Taimi melihat Nabi saw mencium Hasan bin Ali, cucunya, maka kata al-Aqra’, saya ada 10 anak, dan tak pernah mencium mereka. maka Nabi pun bersabda demikian…
Maka kemungkinan, ibubapa jika tidak menyayangi anak-anak mereka, maka mereka tidak akan menyayangi ibubapa mereka. Maka kena jaga-jaga

Soalan 3
Adakah boleh menghafal AQ dengan hanya berbaju tangan pendek dan berseluar pendek?
Adakah boleh menghafal AQ dengan berbaring seperti kita membaca buku?
Jawapan 3 Thtl
Adab dengan AQ
A. menghafal AQ dengan baju lengan pendek dan seluar pendek
pernah ditanya syaikh ben othaimin, mufti saudi di uyainah, dia menjawab, cuma adab dengan AQ, etika, bukan wajib, sepertinya wajibnnya solat. Fatawa Nurun ala ad-Darb, no 4805
B. Bolehkah menghafal sambil berbaring
jawab boleh, ,
dalilnya:
الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَىَ جُنُوبِهِمْ
“(yaitu) orang-orang yang berzikir sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring..” (QS. Al Imran: 191)

Soalan 4
Benarkah ada hadith yang melarang memakai pakaian labuh melebihi paras buku lali? Dan orang yang memakai pakaian labuh melebihi paras buku lali termasuk dalam kalangan orang yang sombong?
Macam mana pula dengan pakaian kawin kaum wanita yang labuh menyapu lantai?
Jawapan 4 Thtl
Pakaian lelaki, hujung jubah tidak boleh melebihi buku lali kerana isbal. Isbal=melabuhkan hujung pakaian kerana dianggap sombong.
Dalilnya:
لا ينظر الله يوم القيامة إلى من جر إزاره بطراً
“Pada hari Kiamat nanti Allah tidak akan memandang orang yang menyeret kainnya karena sombong” (HR. Bukhari 5788)
Ini kerana pakaian lelaki zaman dulu, orang bangsawan jubahnya mengheret bumi.
adapun pakaian perempuan tidak termasuk dalam larangan Isbal,
dalil:
مَنْ جَرَّ ثَوْبَهُ مِنْ الْخُيَلَاءِ لَمْ يَنْظُرْ اللَّهُ إِلَيْهِ قَالَتْ أُمُّ سَلَمَةَ يَا رَسُولَ اللَّهِ فَكَيْفَ تَصْنَعُ النِّسَاءُ بِذُيُولِهِنَّ قَالَ تُرْخِينَهُ شِبْرًا قَالَتْ إِذًا تَنْكَشِفَ أَقْدَامُهُنَّ قَالَ تُرْخِينَهُ ذِرَاعًا لَا تَزِدْنَ عَلَيْهِ
“Barangsiapa yang memanjangkan kainnya karena sombong maka Allah tidak akan melihatnya.” Ummu Salamah bertanya, “Wahai Rasulullah, apa yang harus dilakukan oleh para wanita dengan ujung pakaian mereka?” Beliau menjawab, “Kalian boleh memanjangkannya sejengkal.” Ummu Salamah bertanya lagi, “Jika begitu, maka kaki mereka akan terbuka!” Beliau menjawab, “Kalian boleh menambahkan satu hasta dan jangan lebih.” (HR. At-Tirmizi no. 1731 dan An-Nasai no. 5241)

Soalan 5
mohon penjelasan tentang :
a) mengenai ringtone ayat-ayat Quran atau zikir. Sebab kadang-kadang kita bawa ke bilik air dan hp berbunyi, macam mana tu?
b) azan yang dalam HP, sesetengah tu bila masuk waktu kedengaran azan Dari HP tapi tak habis.
Jawapan 5 Thtl‍
Ringtone AQ, hadith, zikir, azan, semuanya difatwakan tidak boleh digunakan menurut lajnah fatwa saudi arabia kerana menghormati syiar Islam. walaupun tiada larangan dari AQ kerana ia adalah isu yang baru, maka lebih baik dijauhi. Ia termasuk kreativiti yang tidak kena pada tempatnya

Soalan 6
Ana ada satu kisah benar.. Seorang perempuan yang sentiasa di dera perasaan oleh suaminya dan tidak merasa kasih sayang kepada suaminya telah jatuh cinta kepada kawan lamanya seorang ustaz yang sudah ada isteri. Mereka bercinta melalui hp dan WA. dan Tg. Mereka tinggal berjauhan.. Apakah hukumnya sheikh.?.
Bagaimana sekiranya hubungan ini memberikan kekuatan kepada wanita itu. Dari segi emosi dan semangat untuk berjuang dalam hidup.
Jawapan 6 Thtl
main kayu tiga
Mana-mana wanita yang didera perasaan oleh suami tidak boleh mencari jalan keluar yang haram pula. Dalam Islam, masalah suami-isteri tu kena settle dulu.
dalilnya:
وإن امرأة خافت من بعلها نشوزا أو اعراضا فلا جناح عليهما أن يصلحا بينهما صلحا والصلح خير– النساء 128
“Dan jika seorang wanita bimbang akan nusyuz atau sikap tidak acuh dari suaminya maka tidak mengapa bagi kedua-duanya mengadakan jalan keluar yang sebenar-benarnya dan perdamaian itu lebih baik (bagi mereka)….” AQ 4:128
Maka ayat ni menyuruh pasangan tsb selesaikan dulu status perkahwinan mereka.

Soalan 7
Sheikh, bolehkah kita makan atau jual produk buatan pengikut syiah atau Iran? Adakah jika guna atau beli maksudnya kita menyokong syiah?
Jawapan 7 Thtl
produk Iran
Dalam muamalat, kita dibolehkan bermuamalat dengan semua atas dasar free trade, maksudnya kita boleh impot ekspot dengan semua negara yang ada hubungan diplomatik, misalnya barangan USA, UK, EC, China, Thailand, singapore, japan dan korea, maka Iran termasuk dalam hukum umum perniagaan. Kita tidak boleh menghukum komuniti business.

Soalan 8
Ini seperti produk yahudi juga ya syeikh? Tidak termasuk yang menyokong Zionist.
Jawapan 8 Thtl
produk israel mmg haram sebab malaysia tak ada hubungan diplomatik dengan israel

Soalan 9
Ada sykt di USA. penganut Jew. Tapi yang tidak menyokong Zionist. Yang tu bagaimana pulak?
Jawapan 9 Thtl
Ia termasuk made in USA, maka ia harus sebab USA adalah sahabat karib Malaysia. yahudi di USA tidak sama dengan yahudi di Israel. ini kerana Yahudi berpecah kepada 71 puak dari kumpulan asal 12 tribes/kabilah

Soalan 10
Apakah hukum meletakkan tangan di dada sambil menyanyi lagu negaraku, ada yang kata haram sebab menyerupai komunis, mohon penjelasan sebab kebelakangan ini disekolah-sekolah mula di praktikkan
Jawapan 10 Thtl
Jika sahih menyerupai komunis, maka taklehlah di atas Hukum Tasyabbuh (penyerupaan)
مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ
“Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk bagian dari mereka.” (HR. Ahmad 2: 50 dan Abu Daud no. 4031. Syaikhul Islam dalam Iqtidho‘ 1: 269, sanad hadits ini jayyid/bagus. Syaikh Al Albani,shahih: Irwa’ul Gholil no. 1269).

Soalan 11
Adakah betul lebih besar lagi dosa seseorang yang berkecil hati dari orang yang mengecilkan hati seseorang?. Susah nak kawal diri ini. Sedikit petikan text: (panjang).
“JAUHI BERKECIL HATI DAN MENGECILKAN HATI
Mengecilkan hati orang adalah berdosa, berkecil hati juga adalah berdosa, tetapi lebih besar dosanya jika kita berkecil hati.
Adakalanya kita yang hanya insan ni lebih cepat terasa. Sikit-sikit nak terasa, asbab dari perbuatan orang pada kita. Sedar tak sedar, mereka yang hadir itupun dengan izin Allah. Allah nak uji kita. Allah nak tegur dan beri peringatan pada kita. Jika nak ikutkan ‘TERASA’, mungkin Allah lagi banyak terasa dengan kita, asbab perilaku kita yang teruk tapi Allah masih nak beri peringatan pada kita supaya kita sedar dan masih beri kita peluang dan pelbagai nikmat.
Justeru, jangan mudah terasa hati. Kalau kita terasa hati, maknanya kita tak redha dengan takdir Allah. Nanti Allah pun tak redha dengan kita.”.
Jawapan 11 Thtl
mana lebih besar dosanya: berkecil hati atau mengecilkan hati orang.
Pertama: apa itu kecil hati?
menurut istilah BM, kecil hati ni rasa tersinggung, marah, kecewa, tawar hati.
kedua: mana lebih teruk, kita yang marah, kecewa atau kita mengecewakan orang lain.
Ini depend..
kita buat contoh, kalau kedua ibubapa kita:
kita yang rasa tersinggung, atau kita yg menyebabkan emak kita rasa tersinggung? maka sudah tentu perbuatan kita yang menyebabkan emak kita sakit hati, kecil hati lebih besar dosanya.
Rumusan: lihat kes demi kes takleh generalize

Soalan 12
kalau kita nak pergi umrah, kita pergi dengan ibu kita tanpa pengetahuan bini dan anak-anak,mertua,jiran dan sebagainya. dah sampai KLIA baru hantar gambar nak pergi umrah pada anak dan isteri. Apa hukum?
Jawapan 12 Thtl
pasal apa buat surprise camtu? ia cuma langgar adat bukan langgar hukum agama…

Soalan 13
Boleh terangkan definisi Fiqh Awlawiyyat dan kepentingannya?

Jawapan 13 Thtl
Fiqh Awlawiyat
Fiqh=hukum amali dari dalil syara’
Awlawiyaat=dari kalimah aula, utama, maka plural jadi awlawiyaat, maksudnya keutamaan-keutamaan.
Fiqh awlawiyat=ilmu utk meletakkan prioriti atau keutamaan dalam pelaksanaan hukum harian
Cara meletak keutamaan sesuatu perkara menggunakan fiqh masalih atau ilmu kepentingan syarak yang tiga:
a. Dharuriyat (urgent/sangat penting) basic human needs, keperluan asasi manusia
b. Hajiat, keperluan yang perlu, tanpanya manusia akan susah
c. Tahsiniat, ia hanya kesempurnaan hidup
Cth:
Jika ada duit, seorang pemuda nak tentukan yang mana:
1. naik haji
2. kahwin
3. melanjutkan pelajaran ke tahap Masters

Komen dan Soalan