Utama Bilik (101) Fiqh Wanita 1 Fiqh Wanita 12 ( Aqidah & Bid’ah )

Fiqh Wanita 12 ( Aqidah & Bid’ah )

181
0
Iklan

Soalan 1
Semasa dikubur ,bacaan talkin tu pula untuk siapa syeikh? bukan ke bacaan talqin untuk orang yang masih hidup?
bukankah sunnah mempermudahkan dan mempercepatkan proses pengkebumian mayat?
dan apa pandangan syeikh semasa menjirus air mawar ke tanah kubur? dan kalau ikut sains ?
Jawapan 1 Thtl
fiqh kematian
B. membaca AQ selepas kematian, proses mandi, kafan dan solat, pengkebumian dan ketika ziarah kubur
Ini terdapat perselisihan yang panjang. pendapat Imam syafi’iy, bacaan itu tidak bermanfaat ke atas mayat
… وَأَمَّا مَا سِوَى ذَلِكَ مِنَ القُرْبِ كَقِرَاءَةِ الْقُرْآنِ وَغَيْرِهَا فَلاَ يَلْحَقُ اْلمَيِّتَ ثَوَابُهَا لِمَا رَوَى أَبُوْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قاَلَ (( إِذَا مَاتَ اْلإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثٍ : صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ اَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ اَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُوْلَهُ )). Terj:
… Adapun selain itu yaitu amalan yang dapat mendekatkan diri kepada Allah seperti membaca Al-Qur`an dan lain-lain, maka pahalanya tidak dapat sampai kepada mayit, berdasarkan hadits yang diriwayatkan Abu Hurairah bahwasanya Nabi saw bersabda: Jika seorang manusia meninggal dunia, terputuslah amalan darinya, kecuali dari tiga perkara yaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan, dan anak saleh yang berdoa untuknya (Asy-Syirazi, Al-Muhadzdzab, jld. 1, hlm. 649-650.)
Jawapan 1 thtl
seputar kematian
C. Talqin itu berdasarkan hadith dhaif
أخرجهُ الطبراني في الكبيرِ (8/298): حدثنا أبو عقيل أنسُ بنُ سلمٍ الخولاني ، حدثنا محمدُ بنُ إبراهيمَ بنِ العلاءِ الحمصي ، حدثنا إسماعيلُ بنُ عياشٍ ، حدثنا عبدُ اللهِ بنُ محمدٍ القرشي ، عن يحيى بنِ أبي كثيرٍ ، عن سعيدِ بنِ عبدِ اللهِ الأودي ، قال: ” شهدتُ أبا أمامةَ في النزعِ فقال: ” إذا أنا مت فاصنعوا بي كما أمرنا رسولُ اللهِ صلى اللهُ عليه وسلم فقال: قال رسولُ اللهِ صلى اللهُ عليه وسلم: ” إذا مات الرجل فدفنتموه فليقم أحدكم عند رأسه فليقل: ” يا فلان ابن فلانة ! ” ، فإنه سيسمع ، فليقل: ” يا فلان ابن فلانة ! ” ، فإنه سيستوي قاعداً ” ، فليقل: ” يا فلان ابن فلانة ! ” ، فإنه سيقولُ له: ” أرشدني رحمك الله ! ” ، فليقل: ” اذكر ما خرجت عليه من الدنيا شهادة أن لا إله إلا الله ، وأن محمداً عبده ورسوله ، وأن الساعة آتية لا ريب فيها ، وأن الله يبعث من في القبور . فإن منكراً ونكيراً عند ذلك كل واحد يأخذ بيد صاحبه ويقول: ” قم ، ما تصنعُ عند رجلٍ لقن حجته ؟ ” ، فيكونُ اللهُ حجيجهما دونه

Imam Ath-Thabrani rahimahullah berkata: menceritakan pada kami Abu ‘Aqil Anas bin Salam Al-Khaulani, ia berkata: menceritakan pada kami Muhammad bin Ibrahim bin Al-‘Alla’ Al-Himshi, ia berkata: menceritakan pada kami Isma’il bin ‘Iyasy, ia berkata: menceritakan pada kami ‘Abdullah bin Muhammad Al-Qurasyi, dari Yahya bin Abi Katsir, dari Sa’id bin ‘Abdullah Al-Azdi, ia berkata: “Aku menyaksikan Abu Umamah Al-Bahili radhiyallahu ‘anhu pada saat-saat terakhir,
Beliau berkata: “Jika aku mati, maka perlakukanlah aku sebagaimana yang diperintahkan Rasulullah pada kami.” Beliau berkata: “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Jika ada seseorang yang mati, lalu kalian menguburkannya. Hendaknya salah seorang kalian berdiri di sisi kepalanya dan ucapkankanlah: “Wahai Fulan bin Fulanah!”, sungguh ia akan mendengar, lalu ucapkanlah: “Wahai Fulan bin Fulanah”, maka ia akan bangun dan duduk. Ucapkanlah: “Wahai Fulan bin Fulanah”, maka ia akan berkata: “Tuntunlah kami semoga Allah merahmati kalian”. Setelah itu ucapkanlah: “Ingatlah apa yang mengeluarkanmu dari dunia, syahadat Lailaha illallah dan Muhammad adalah hamba dan rasul-Nya. Sesungguhnya hari kiamat akan datang, tiada keraguan padanya, lalu Allah akan membangkitkan seluruh yang berada dalam kubur.” Maka Munkar dan Nakir ketika itu memegang tangan satu sama lain dan berkata: “Bangunlah, apa yang akan engkau lakukan di sisi seorang yang telah ditalqin hujahnya?” Maka Allah yang akan mejadi hujjah bagi keduanya.” [Mu’jam Al-Kabir, 8/298] dhaif
menurut Imam nawawi, albani, syuyuti, ibnu qayyim…tak ada muhaddith yang mensahihkan hadith talqin. Talqin untuk orang hidup yakni ketika nazak.
Jawapan 1Thtl
seputar kematian
D. menjirus air mawar di pusara. tidak ditemui hadith, cuma saranan ulamak sahaja
(الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه أما بعد:
إذا كان الغرض من رش القبر بالماء تثبيت ترابه حتى لا يتسنى للريح كشف التراب عن الميت، فقد نص العلماء على جواز ذلك، وإذا كان القصد غير ذلك فلا شك أن فعل هذا من البدع المستحدثات في الدين وهي شر كلها. والله أعلم .)
Pujian itu untuk Allah. Dan salawat dan salam ke atas Rasuli Llah, dan ke atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya. Apabila tujuan daripada menjirus kubur dengan air adalah untuk mengukuhkan tanahnya sehingga tidak mungkin untuk angin menyingkap tanah daripada mayat, maka para `ulama’ menyatakan keharusan hal itu. Dan apabila tujuan itu adalah selain daripada hal itu, maka tidak syak bahawa perbuatan ini adalah daripada bid`ah yang direka-reka dalam agama, dan ia adalah buruk keseluruhannya. WaLlahu a`lam. fatwa Islamweb, 4152
kubur di malaysia tidak ada masalah, tak payah jirus, cuma kubur di tanah arab, ia berpasir, maka wajar disiram dengan air untuk mengejapkannya takut datang ribut pasir.

Soalan 2
Jika kita membaca al-quran secara khatam tanpa meniatkan pahala kepada si mati tetapi dengan niat dan doa, semoga Allah golongkan si mati di kalangan orang-orang yang soleh. Wajar tak?.
Jawapan 2 Thtl
Fiqh kematian
B. membaca AQ selepas kematian, proses mandi, kafan dan solat, pengkebumian dan ketika ziarah kubur
Ini terdapat perselisihan yang panjang. pendapat Imam syafi’iy, bacaan itu tidak bermanfaat ke atas mayyat
… وَأَمَّا مَا سِوَى ذَلِكَ مِنَ القُرْبِ كَقِرَاءَةِ الْقُرْآنِ وَغَيْرِهَا فَلاَ يَلْحَقُ اْلمَيِّتَ ثَوَابُهَا لِمَا رَوَى أَبُوْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قاَلَ (( إِذَا مَاتَ اْلإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثٍ : صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ اَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ اَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُوْلَهُ )). Terj:
… Adapun selain itu yaitu amalan yang dapat mendekatkan diri kepada Allah seperti membaca Al-Qur`an dan lain-lain, maka pahalanya tidak dapat sampai kepada mayit, berdasarkan hadits yang diriwayatkan Abu Hurairah bahwasanya Nabi saw bersabda: Jika seorang manusia meninggal dunia, terputuslah amalan darinya, kecuali dari tiga perkara yaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan, dan anak saleh yang berdoa untuknya (Asy-Syirazi, Al-Muhadzdzab, jld. 1, hlm. 649-650.)

Soalan 3
‍‌‌‌‌‍‍‍‌‌‌ Boleh syeikh terangkan, Amalan atau adab ketika kematian.. semasa sakit baca surah yasin. Selepas meninggal, baca al quran sehingga jenazah dimandikan?
Ada tak dalil sehingga bila al quran dibaca‌‌‍‌‍‍‌?
Jawapan 3 Thtl
fiqh kematian bab baca AQ
A. Ketika sakit berat atau nazak.
i) talqin atau menuntun pesakit supaya mengucap La ilaha illalah
dalil:
لَقِّنُوا مَوْتَاكُمْ لَا إلَهَ إلَّا الله
Maksudnya: “Talkinkanlah orang-orang yang hampir mati dari kalangan kamu dengan Lailahaillallah.
jika dia dah sebut, maka tak payah paksa berulang kali.
ii) isu membaca yasin ketika nazak.
hadithnya tidak sahih, cuma yang sahih adalah atsar, hadith yang dimaksudkan:
اقْرَءُوا يس عَلَى مَوْتَاكُمْ
Maksudnya: “Bacakanlah Yasin ke atas orang yang hampir mati di kalangan kamu.” H.R. Ahmad (19789), Abu Daud (3121) dhaif oleh Imam Bukhari.
Membaca yasin ketika nazak dibolehkan kerana ada salaf yg mengamalkan kata Imam Ahmad dalam Musnadnya, Ibn Hajar menilai atsar ini sebagai Hasan [Rujuk: al-Isaabah,5/190], dan syaikh Syu’aib al-Arnaut juga menilainya Hasan dalam tahqiq Musnad Ahmad (no. 16970).
Adapun amalan membaca yasin selepas kematian, itu adalah bid’ah)[Rujuk: syaikhul Islam Ibn Taymiyah, al-Ikhtiarat/91] ‌

Soalan 4
Ustaz Maksud ‘Ijma,qias,istihsan,istiahab, uruf, & ijtihad imam.?
Apa ?
Jawapan 4(a) Thtl
usyul fiqh
sumber syariah ada dua jenis: naqli (Qur’an-Sunnah) dan Akli (apa yang datang dari aqal, antaranya:
A. Ijma’=persetujuan para mujtahid dalam isu agama, maksudnya dipersetujui oleh semua mujtahid pada satu-satu zaman. cth: ijma’ ulama’ akan wajibnya solat tarawih di mesjid berjamaah. Ijma’ ulama’ bahawa wanita baligh kena tutup kepala bila keluar rumah.

Jawapan 4(b) Thtl
usul fiqh 2
B. Istihsan
ia dari root word atau kata dasar hasan yakni baik, maka istihsan=mencari yang terbaik
istilah: berpindahnya dari hukum awal kepada hukum yang lebih kuat, kekuatannya itu adalah karena “dalil” bukan karena hukumnya (definasi al-kharkhi al-hanafi.
istihsan tidak dipakai dalam mazhab syafi’iy
cth:
Hukum awal: wanita haid tidak boleh baca AQ
hukum istihsan, boleh kerana haid tidak sama dengan orang junub, orang junub sekejap, sedangkan orang haid, lama, maka adalah suatu yang tidak baik jika wanita lama tidak membaca AQ.
cth lain:
hukum asal, jualbeli kerana berlaku dalam satu majlis dan penyerahan pun kena serentak dengan bayar dan delivery
hukum istihsan, boleh jualbeli salam atau penyerahan pada masa depan, cth: beli perabut tapi delivery pada bulan depan. dalam istihsan boleh utk secure harga dan menjanjikan supply yang tidak putus.
Jawapan 4(c)
usul Fiqh 3
C. Isitishab
lughawi: istishab ni sentiasa ditemani, menyertai dan sentiasa berdampingan
istilahi: diteruskan hukum sedia ada tanpa merubahnya kecuali ada keperluan mengubahnya
cth:
si A sudah ada wudhu’ tapi kerana lamanya berlalu masa, dia was-was apakah wuduknya masih ada?
ikut istishab, wuduknya adalah seperti asalnya.
cth lain:
lelaki A kawin dgn wanita B. ekoran salah faham, si A melarikan diri selama 15 tahun, pada tahun ke 16, wanita B jumpa seorang lelaki C( ustaz lagi ) dan nak kawin. bila pendaftar nikah cek, si B ni masih belum cerai lagi dengan si A. Maka hukum asal masih dipakai.
contoh lain: hukum asal pokok di hutan adalah milik semua penduduk kecuali jelas ia diwartakan milik seseorang.
Jawapan 4(d)
usyul Fiqh
D. Uruf
lughawi, pengetahuan, sesuatu yang makruf atau baik menurut akal
istilah: setiap (perkataan dan perbuatan) yang biasa dalam masyarakat akan menjadi adat serta menjadi ikutan dalam kehidupan.
adat=amalan yg dilakukan secara ulangan dalam masyarakat hingga menjadi kebiasaan mereka dan tabiat.
adat vs uruf adalah sama maksudnya (Dr abdul karim zaidan, usyul fiqh, ms 200)
uruf/adat: apa yang sudah biasa dilakukan masyarakat setempat baik turutkata atau amalan seharian.
cth uruf perkataan: si A bersumpah tidak akan memakan daging.
maka dia masih boleh makan daging ikan sebab daging menurut uruf tidak termasuk daging ikan.
contoh jual beli yang tidak lagi adanya lafaz ijab dan qabul, penjual print resit dan pembeli hanya bayar tanpa sebarang ungkapan lafaz jualbeli. itu uruf jualbeli. zaman dulu kena sebut saya beli dan saya jual
Jawapan 4(e) Thtl
Usyul Fiqh 5/akhir
‼️letih soklan gini,
E. Ijtihad
bahasa arab: bersungguh dengan segala kemampuan
istilah fiqh: mencurahkan segala kemampuan dalam menentukan hukum dalam sesuatu isu yg tiada dalam AQ maupun sunnah. orang yang layak berijtihad ialah mujtahid sahaja yakni mereka yg diketahui ada autoriti dalam bidang ugama spt mufti atau ulamak yg diangkat oleh muslim sbg mujtahid, misalnya, Dr Yusof al-Qardhawi ijtihad juga boleh dilakukan oleh majlis fatwa.
Cth Ijtihad ialah derma darah, bayi tabung uji, ibu sarrogate atau sewa rahim, derma organ selepas kematian, hukum GST,

Soalan 5
Maaf sheikh mencelah..bukankah tujuan talkin dibaca tu untuk tujuan pendengaran dan pedoman bagi yang masih hidup dan yang berada bersama sewaktu proses perkebumian di kubur?
Jawapan 5 Thtl
Talqin lagi
Talqin ada dua jenis:
1/ Talqin pada orang yang sedang nazak supaya dia dapat mengucap sebelum dia mati, ini sunnah
2/ talqin kepada si mayit sebaik sahaja dikuburkan, ini bid’ah
3/ talqin kepada yang hadir semasa mengeburukan jenazah tidak dinamakan talqin, melainkan Tazkirah atau peringatan supaya yang hadir mendoakan agar arwah dapat menghadapi fitnah dan soalan kubur.

Soalan 6
Merujuk kepada di atas, benarkah tips yang bertafakur tu?
Jawapan 6 Thtl
Tips bertafakkur
kena lihat sapa yang keluarkan tips tsb…kalau tanpa sumber atau sanad, maka ia tertolak
dalil:
مَنْ أَحْدَثَ فِي أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ فِيْهِ فَهُوَ رَدٌّ.
“Barang siapa yang membuat sesuatu yang baru dalam masalah (agama) kami ini, yang tidak ada padanya (agama), maka dia tertolak. ”HR Bukhari no 2697

Soalan 7
Ada sedikit persoalan ada sahabat ana mengatakan Allah itu maha cemburu
Benarkah Allah itu dikategorikan Maha cemburu
“Ketika hatimu terlalu berharap kepada seseorang maka Allah timpakan keatas kamu peritnya sebuah pengharapan supaya kamu mengetahui bahawa Allah amat mencemburui hati yang berharap selainNya maka Allah menghalang kamu daripada perkara tersebut agar kamu kembali berharap kepadaNya”
-Riwayat Imam as Syafie-
Contoh hadis dibawah ini adakah sahih?
Abu Hurairah radhiyallahu’anhu meriwayatkan, bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Sesungguhnya Allah merasa cemburu. Dan seorang mukmin pun merasa cemburu. Adapun kecemburuan Allah itu akan bangkit tatkala seorang mukmin melakukan sesuatu yang Allah haramkan atasnya.” (HR. Bukhari dan Muslim, lihat Syarh Muslim li an-Nawawi [9/28] cet. Dar Ibnu al-Haitsam Tahun 2003)
Jawapan 7 Thtl
Apakah Allah ada sifat Maha Cemburu?
Jawabnya yes..
dalilnya:
إن اللهَ يغارُ . وإن المؤمنَ يغارُ . وغيرةُ اللهِ أن يأتيَ المؤمنُ ما حرم عليه
الراوي : أبو هريرة المحدث : مسلم
المصدر : صحيح مسلم الصفحة أو الرقم: 2761
Terj:
Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم bersabda: “Sesungguhnya Allahتَعَالَى cemburu, kecemburuan Allah تَعَالَى adalah jika seorang hamba mendatangi perkara yang diharamkan-Nya”(Muttafaqun Alaihi)
cara memahami tawhid asma’ was-sifat ialah sifat Allah yang ada double meaning atau dua maksud (tinggi dan rendah, positif vs negatif), maka sifat untuk Allah hanya maksud yang tinggi, positif dan kesempurnaan bagi Allah.
Maka cemburu, atau ghirah, ada dua maksud, maksud cemburu buta macam manusia dan cemburu yang tinggi untuk Allah. apa maksud cemburu yang tinggi, dijelaskan dalam hadith Muslim di atas, Allah cemburu jika manusia melakukan yang haram, bukan cemburu seperti manusia. (syarah riadhus shalihin oleh syaikh ben Othaimin)

Soalan 8
Ada tawaran dari sebuah kedai kopi cina untuk berniaga nasi campur.Kedai tu memang mengambil stok bahan mentah yang halal dari peniaga Islam.Dari dulu ramai orang melayu makan di situ.Perlukah diterima tawaran tersebut? Apa pendapat sheikh?
Jawapan 8 Thtl
JV antara premis milik non-muslim dan Muslim adalah harus jika source atau sumber sembelihannya di bawah penguasaan si muslim. JV (join-venture) macam ni sudah lama ada di kelantan dan TRG, contohnya restoren Hover dekat pejabat PAS kelantan, mmg JV antara china dan muslim.

Soalan 9
topiknya pelbagai,ada tentang qasidah tareqat naqsyabandi,mereka membela dengan alasan cuma di malaysia sahaja haramkan,juga hingga perincian beza maksud nur da ضوء’ dalam AQ yg diterangkn di pihak mereka dengan mengaitkan akidah Nur Muhammad..ini di kalangan group yang hafaz AQ..wallahu’alam
Jawapan 9 Thtl
Qasidah tidak ada masalah. ia macam sayembara puisi org saudi. tujuannya nak perkayakan dan perkasakan bahasa Arab. Sayembara puisi dgn berqasidah ni sudah ada di zaman jahiliyah. Akidah nur muhammad ni sudah maklum dan ujud sejak lama, jika mereka menafikan, tidak ada masalah, cuma ditakuti ada unsur penipuan atau Taqiyah.

Soalan 10
mohon penjelasan syeikh,tentang keutamaan di antara menjaga ukhwah,dengan membasmi bida’ah..kerana acapkali walau diberi hujah AQ hadis,dan sedaya mgkin berlembut dalam memberi peringatan,namun,bagi yang taksub kepada tarekat tetap juga berkeras mempertahankan.dan adakalanya alasan mengelak mereka,’bukan ahli’ untuk jawab etc.bagaimana mengimbangi قل الحق ولو كان مرا & انما المؤمنون اخوة؟
Jawapan 10 Thtl
Imbangi antara basmi bid’ah dan jaga Ukhuwwah
pertama: fiqh merubah bid’ah ini berdasarkan hadith Powerline: hadith matn arba’in no 34
عَنْ أَبِي سَعِيْد الْخُدْرِي رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَقُوْلُ : مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَراً فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ أَضْعَفُ اْلإِيْمَانِ
[رواه مسلم]
Dari Abu Sa’id Al Khudri ra berkata : Saya mendengar Rasulullah saw bersabda: “Siapa yang melihat kemungkaran maka ubahlah dengan tangannya, jika tidak mampu maka ubahlah dengan lisannya, jika tidak mampu maka (tolaklah) dengan hatinya dan hal tersebut adalah selemah-lemahnya iman.”
fiqh merubah mungkar, maksiat dan bid’ah ikut talian kuasa ialah:
1. dengan kuasa jika kita adalah ketua bagi keluarga, unit, jabatan..ect, maka jika kita ada power maka ia akan menjadi mudah
2. Jika sekadar kawan, peer, colleagues, teman sekerja, maka lisan atau media, seperti sms, WA dan TG
3. jika kita tidak mampu, tak ada power dan kita jenis tak mahu ambik risk, maka susahlah.
Bid’ah pula kena lihat jenis bid’ah, bid’ah mukaffirah, bid’ah yang menyebabkan menjadi kafir, bid’ah yang membawa dosa besar atau kecil, atau dia jenis orang jahil atau orang yang tahu agama. Ini semua perlu kepada hikmah dan tahu psikologi untuk merubah jiwa manusia.

Soalan 11
Boleh ke beramal dengan doa Nurun Nubuwwah ? Saya sangsi sebab ada nama Hasan & Husin disebut didalam doa itu.
Jawapan 11 Thtl
Sabda Nabi: ” مَنْ كَذَبَ عَلَيَّ فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ ” [Al-Bukhariy/ 107] .
Tidak boleh beramal dengan doa tersebut, ia dari kitab bid’ah alam melayu.

Komen dan Soalan