Utama Bilik (10) Sembang Surau Merenungi Makhluk Kunci Kenal Allah

Merenungi Makhluk Kunci Kenal Allah

201
0
Iklan

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله على نعمه والصلوة والسلام على رسوله الكريم
اللهم انفعنا بما علمتنا و علمنا ما ينفعنا و زدنا علما
رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي
أما بعد،

Cara Mudah Belajar Islam – Siri 3/100

Merenungi makhluk kunci kenal Allah

إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لَآيَاتٍ لِأُولِي الْأَلْبَابِ

Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, (Surah Ali ‘Imran (3:190)

Setiap orang ada akal. Fungsi akal untuk berfikir.  Jika tidak berfikir, rosaklah tugas utama akal.  Allah seru kita memikirkan apa yang ada di sekitar kita.

أَوَلَمْ يَتَفَكَّرُوا فِي أَنْفُسِهِمْ ۗ مَا خَلَقَ اللَّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا إِلَّا بِالْحَقِّ وَأَجَلٍ مُسَمًّى ۗ وَإِنَّ كَثِيرًا مِنَ النَّاسِ بِلِقَاءِ رَبِّهِمْ لَكَافِرُونَ

Dan mengapa mereka tidak memikirkan tentang (kejadian) diri mereka? Allah tidak menjadikan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya melainkan dengan (tujuan) yang benar dan waktu yang ditentukan. Dan sesungguhnya kebanyakan di antara manusia benar-benar ingkar akan pertemuan dengan Tuhannya (Surah Ar-Rum (30:8)

Allah menyeru kita merenungi ciptaanNya, baik di langit, maupun di bumi.  Baik dalam diri, maupun yang ada pada orang lain. Allah menyeru kita merenung dalam-dalam semua makhluk ciptaanNya.

Ketika manusia berfikir dan merenung akan sampai pada satu kesimpulan yang pasti. Alam yang besar ini dan hebat ini pasti ada Penciptanya.  Yang Maha Agung lagi Maha Mulia iaitu ALLAH. Dia jadikan manusia, tumbuhan, haiwan. Dia jadikan langit, bumi dan lautan. Dialah yang mencipta segala-galanya. Allah mempunyai sifat agung, seperti yang Dia sendiri sifatkan di dalam al Quran, juga seperti yang diberitakan oleh Nabi saw.

Ya Allah.. 

Engkau Tuhan yang Maha Esa
Tunjukkan kami jalan yang lurus
Jalan yang akan sampai ke syurgaMu
Jauhkan kami dari azab neraka yang dahsyat itu

الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَٰذَا بَاطِلًا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

(yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.
(Surah Ali ‘Imran (3:191)

 

…sambungan – 4/100

Komen dan Soalan