Utama Bilik (101) Fiqh Wanita 1 Fiqh Wanita 8

Fiqh Wanita 8

1553
0
Iklan

Soalan 1
Apa hukum solat seorang wanita yang menghadapi masalah kencing tak lawas.Sebab sebelum solat yakin bahawa tidak ada something keluar,tetapi bila waktu tengah solat terasa ada something yang keluar.
Apa hukum solat tersebut?
Jawapan 1 Thtl
Ini dinamakan penyakit Silsilatul Bauli atau kencing tidak tus ia adalah akibat kes proses penuaan insan bila bladdernya atau pundi kencing sudah loose.Mereka yang mengidap penyakit ini ada dua keadaan hukum:
i) Tahap kronik ,yakni ia menitis sepanjang masa
Maka jika dia ambil wuduk,pakai seluar dalam,lapik panty liner atau tisu dan solat.Jika dia rasa keluar masa solat,solatnya sah kerana dah masuk dalam umum al-Balwa(kesulitan yang impossible dihindari,maka dimaafkan)
ii)Belum serius,ia berlaku hanya sekali sekala.
Jika ia dirasakan menitis masa solat,maka solatnya batal.Kena basuh kemaluan dan berwuduk sekali lagi(DYQ,fiqh taharah)

Soalan 2
Untuk masbuk berjemaah,bilakah paling last kita boleh masbuk dan bolehkah kita ikut berjemaah semasa imam sudah tahiyat akhir.?
Jawapan 2 Thtl
Masbuk tercapai jika dapat menyertai imam sebelum dia bagi salam.

Soalan 3
Dalam musafir untuk tujuan menjamak qasarkn solat.Macamana kiraannya.Bila dikira permulaan untuk bilangan hari yang sah dalam musafir.waktu kita sampai didestinasi atau waktu kita keluar dari mukim kita.
Ikut jam atau ikut waktu solat atau bagaimana dan bila luputnya musafir itu?
Jawapan 3 Thtl
Tempoh musafir ikut mahzab Syafiiy.
Tempoh musafir untuk layak jamak qasar dalam mahzab Syafiiy ialah 3 hari.Ia dikira ikut hari secara mudah saja bukan kena tepat.
Cth: Si A nak ke kelantan dari Shah Alam.Bertolak hari isnin,balik jumaat.tolak hari travel isnin dan jumaat,maka selasa ,rabu,khamis,3 hari,maka 3 hari +2 travelling day.Simple calculation.

Soalan 4
Ada pendapat kata selepas 3 hari masih boleh jamak?
Jawapan 4 Thtl
Terbalik,Qasar boleh selama 18 hari menurut mahzab Syafiiy.Yang diperketatkan ialah solat jamak,solat qasar yang dilonggarkan.

Soalan 5
Waktu perjalanan pergi dan balik?
Jawapan 5 Thtl
Tak ada.Contoh,pakej umrah,12 hari,dimekah medina 10 hari,2 hari dianggap travelling.

Soalan 6
Kalau kita musafir,ada urusan sampai 20 hari,kita boleh jamak untuk 3 hari,selebihnya sampai hari ke 18 boleh qasar tak boleh jamak dah?dan lagi 2 hari tu kena solat seperti biasa?
Jawapan 6 Thtl
Kalau 20 hari,solat kena sempurna.
i)kalau musafir 5 hari,solat jamak qasar sebab 3 hari di hotel,2 hari travelling day.
ii)Kalau musafir kerja 18 hari,qasar sahaja.
iii)Kalau musafir 20 hari,maka solat sempurna tamam.

Nota:
Tak boleh split,3 hari jamak qasar dan selebihnya qasar.Lihat duration dulu sebelum travel,samada 4 hari,samada 18 hari atau lebih dari 18 hari fiqh safar.Berubah ikut duration.

Soalan 7
Maksudnya kalau kita tahu ,kita akan bermusafir lebih dari 5 hari,mula dari hari pertama sampai,memang tak boleh jamak qasar?
Boleh qasar saja sepanjang bermusafir?
Kalau tak tahu berapa hari kita akan bermusafir macamana pula?
Jawapan 7 Thtl
Ya,maksima 18 hari,kalau dah over 18 hari,solat tamam.yakni kita tak tahu bila kita nak habs kerja,maka qasar sampai 18 hari.
Banyak sebab isu ni ada 20 pendapat dari 13 mahzab,demikian kata Ibn Hajar asqolani,maka boleh ikut mana.Kalau ikut fiqh sunnah ada sampai 2 tahun,sebab orang zaman dulu banyak travel untuk perang dan dakwah.
Ibn Taymiyah senang,tak ada limit sebab syarak tak memperincikan,selagi tak ada niat menetap,maka qasarlah.Tapi fiqh ni susah nak amal sebab orang lelaki kena pergi masjid,kalau pergi masjid memang kena solatlah.

Soalan 8
Kalau mahzab Syafiiy,balaik kampung sendiri tak boleh jamak qasar?kalau musafir 5 hari?
Jawapan 8 Thtl
Seseorang tidak merasa asing dan musafir di kampung kelahirannya.Sebab tujuan solat qasar itu kerana kesulitan dia berada di tempat asing.

Soalan 9
Kalau kita dah plan pegi 3 hari,jadi 3 hari tu dah jamak qasar tapi ada urusan,belum boleh balik.Hari selepas itu boleh boleh qasar ?
Boleh ke orang yang musafir ni solat berjemaah tapi jamak qasar/qasar?
Jawapan 9 Thtl
i)Jika plan 3 hari,tiba-tiba lebih,maka qasar saja sampai 18 hari.
ii)Orang musafir memang patut solat dengan family atau group dia saja.Kalau dia solat di masjid dengan penduduk lokal,maka hilanglah solat qasar tadi sebab dia kena buat tamam.Kecuali dia minta jadi imam kepada penduduk tempatan tersebut.

Soalan 10
Katakan hari kedua,Si A,solat maghrib dan isya’ di masjid,solat tamam,hari ke tiga Si A solat di homestay waktu zohor.Boleh tak dia solat jamak qasar zohor/asar?
Jawapan 10 Thtl
i)Hari kedua:solat tamam.Hari ketiga solat di homestay,masih boleh jamak qasar kerana belum sampai tiga hari,Jika duduk 3 hari,solat jamak qasar,kalau lebih,qasar sahaja,nak campur tamam dan qasar,semua boleh,itulah hadiah dari Allah kepada si musafir.
ii)Kampung halaman=tempat lahir,ada hartanah,ada sedara mara.Ia watan hakiki atau watan asli.
Jika anda pindah dari kampung watan asli,dan tak ada lagi rumah,tanah pun semua dah jual,yang tinggal saudara mara sahaja,watan mastautin=watan baru,kita dah beli tanah dan niat nak menetap disitu sampai mati.Jika ada balik kekampung watan asli dan mengalami kesusahan tempat tidur,kena duduk di homestay,maka hilanglah status watan asli tadi dan boleh jamak qasar.Nabi SAW bila balik mekah,akan jamak qasar sedangkan mekah itu watan aslinya,tapi kerana semua hartanya telah tiada,maka Nabi musafir di watan asli.Jika anda berada di watan mastautin,maka anda kena solat tamam.

Contoh:
Watan baru di KL,namanya watan mastautin.
Watan asli di tempat lahir di kedah.
Watan asli ada dua jenis,kalau masih ada hartanah,masih ada rumah nak menginap,masih ramai saudara mara,maka watan asli yang tak boleh jamak qasar.
Watan asli kedua,kita dah jual semua hartanah dan pindah dan menetap ditempat lain,4-5 tahunsekali balik untuk kenduri kendara,ini boleh jamak qasar sebab susah,duduk pun di homestay.
Contoh :
Si A asal kedah,watan asli,kemudian family pindah KL,watan mastautin,Si A kerja seremban,kalau ada rumah sewa,maka di Seremban itupun watan mastautin juga.
Maka di KL,tak boleh jamak qasar,di seremban pun tak boleh jamak qasar,manakala ketika travel KL-Seremban,tak boleh jamak qasar jika kurang dari 90 km menurut mahzab Syaffiy.

Nota
A)Qasar,pendek 4 jadi 2 kerana safar
B)Jamak,himpun dua solat,kerana safar dan masyaqqah atau apa saja kesulitan dengan syarat bukan rutin.
C)Jarak,Syafiiy 90km
D)Tempoh jamak qasar,4 hari,qasar 18 hari
E)Bila nak start,bila keluar kampung atau tamam.
F)Bila habis,bila sampai balik kampung
G)Apakah boleh jamak siap-siap sebelum bertolak,boleh jika kita ijtihad ada jammed teruk dijalanan berdasarkan laporan polis atau plus line atau kesesakan hariraya
H)Jenis destinasi,
i)kampung kekal atau watan asli,tempat lahir atau kampung halaman,bila balik musim raya,bila tiba memang tak boleh solat qasar.
ii)tempat menetap kerana kerjaya,dah beli rumah tak boleh jamak qasar.
I)Apakah kemudahan RnR dan air travel memansuhkan solat qasar jamak,tidak ia adalah hadiah dari Allah kepada musafirin
J)Jika singgah di masjid dan orang tempatan sedang solat,maka kena buat solat penuh atau tamam.
K)Apakah boleh solat jamak qasar jika singgah solat jumaat,boleh kerana menurut Syafiiy solat jumaat ganti solat zohor.
L)Bolehkah travel hari jumaat,boleh cuma kalau bertolak lepas subuh wajib solat jumaat kata Syafiiyah,kalau bertolak sebelum subuh,tak perlu.

Soalan 11
Kalau pramugari yang bertugas di awan biru,contoh schedule KL -KB untuk seminggu.
Bertolak dari KLIA,pergi dan balik semula ke KLIA.Bolehkah jamak qasar bila dia berada di KLIA?
Jawapan 11 Thtl
Solat safar bagi pramugari.
Memang boleh dia jamak qasar kerana dia sentiasa bergerak atau on the move dan jaraknya adalah 400km(KL-KB).

Soalan 12
Adakah dibenarkan jamak qasar selama 3 hari untuk seseorang yang mempunyai urusan disesuatu tempat selama tujuh hari.(Ada pendapat yang mengatakan hanya boleh jamak qasar pada travelling days sahaja kerana bermusafir melebihi 3 hari)
Jawapan 12 Thtl
Ikut kaedah mahzab Syafiiy.
Jika musafir dan menetap selama 7 hari,maka sebaik saja dia sampai ke destinasi,maka dia hendaklah solat tamam atau sempurna rakaat dan tidak boleh menjamak solatnya.
Al-Majmu’,jld 4,hal 361-362
Jika kita ikut fiqh sunnah,selagi mana dia tak de niat bermukim,maka dia boleh qasar.

Soalan 13
Apa patut seseorang itu buat,kalau dia tengah solat nak masuk rakaat ke 4,tiba-tiba kain telekung yang dia pakai terlondeh jatuh.Adakah solat dia terbatal dan adakah dia kena solat semula atau teruskan sehingga tamat solat seperti biasa?
Jawapan 13 Thtl
Jika pakaian terlucut ketika solat.

Fatwa syaikh othaimin,tidak batal,jika ditutup dengan cepat, Dalil: “Dan bertaqwalah kepada Allah semampu kalian.”QS At-Taghabun:16
(Kitab As-Syarhu Al-Mumti,2/75)

Soalan 14
Sekiranya solat pada hujung waktu atas sebab tidak dapat dielakkan dan pada rakaat ke empat atau sebelumnya azan telah berkumandang,perlukah kita meneruskan solat atau berhentisejurus mendengar azan dan apakah status solat tersebut jika diteruskan?
Jawapan 14 Thtl
Ketika solat kedengaran azan.
“Siapa yang mendapatkan satu rakaat daripada shalat subuh sebelum terbitnya matahari,maka dia mendapatkan shalat subuh itu.Dan siapa yang mendapatkan satu rakaat dari shalat Asar sebelum terbenamnya matahari,maka dia mendapatkan shalat Asar itu.”(HR Bukhari 579 dan Muslim 608)
Yang penting kena teruskan solat sebab ia sudah masuk waktu lain,solat itu wajib,sedangkan azan itu sunat,maka utamakan yang wajib.Ini namanya Fiqh Aulawiyat atau fiqh prioritas.

Soalan 15
Apakah hukum bacaan Al-Fatihah jika menguap dalam solat dan selepas menguap diulang bacaan?
Jawapan 15 Thtl
Hukum bacaan ketika menguap kena ulang semula sebab bacaan ketika menguap akan jadi distorted makhrajnya(sebutan)

Soalan 16
Adakah sama hukumnya jika keluar angin dari kemaluan ketika solat?
Jawapan 16 Thtl
Kes angin dari qubul,
Jika ia kerap ,maka ikut mahzab Hanafi,semua Imam boleh diikuti ijtihadnya tanpa menghadkan kepada mana-mana Imam.

Soalan 17
Selepas solat,bolehkah berlunjur kaki mengadap kiblat untuk berdoa kerana kaki tidak boleh bersimpuh kerana sakit urat.
Jawapan 17 Thtl
Belunjur mengadap kiblat
Tak ada larangan dalam bab ini.
Imam Nawawi,syarah sahih,Muslim14/77-78:Syaikh Albani,Ahkam Al Masaajid, m/s 239

Soalan 18
Solat berjemaah dengan imam yang bacaannya agak laju.Perlukah kita sebagai makmum kena habiskan bacaan Al-Fatihah sebelum rukuk mengikut imam atau terus saja mengikut imam bila imam rukuk?
Jawapan 18 Thtl
Imam baca laju.
Jika imam baca laju,maksudnya dia mahzab lain dari Syafiiy,maka tak usah baca al-Fatihah,maka itu adalah bacaan makmum,ini mahzab yang 3,Ahmad,Malik dan Abu Hanifah.

Soalan 18a
Maaf boleh jelaskan syeikh?
Jawapan 18a Thtl
Maksudnya ,Imam mahzab Syafiiy lepas dia baca al-Fatihah,makmum amin,dia akan pause 1-2 minit untuk makmum baca Fatihah,
Kalau tak pause terus baca surah,maka dia bukan mahzab Syafiiy.
Maka makmum kena ikut imam,diam dan dengar sahaja.sebab dia ikut mahzab lain.

Soalan 18 b
Kalau kita sempat baca separuh saja al-Fatihah,boleh terus rukuk tanpa habiskan bacaan?
Jawapan 18b Thtl
Ya,kalau kita ikut mahzab yang lain,jika imam dah baca,maka gugurlah kewajipan makmum.Jika anda pegang mahzab Syafiiy,tak mahu ubah,maka anda kena habiskan dan anda ketinggalan dari imam dalam satu dua rukun.

Soalan 19
Solat berjemaah dengan imam.Pada rakaat ke 3,was-was dah baca al-Fatihah ke belum masa rakaat ke2 atau masa rakaat ke3,baru teringat,macamana tu syeikh kira batal ke solat tu?
Jawapan 19 Thtl
Solat berjemaah was-was dah baca ke belum.
Ikut kaedah:yakintidak boleh dirosakkan oleh syak atau was-was,maka ambil sudah baca lagipun mahzab yang tiga,bacaan fatihah,Imam dah cover bacaan makmum.

Soalan 20
Solat sendirian.Rakaat pertama lupa nak baca surah al-Fatihah ,rakaat ke2 boleh tak, kita nak baca surah lepas al-Fatihah?
Jawapan 20 Thtl
Solat solo.
rakaat pertama ,lupa baca al-Fatihah,rakaat tu tak kira,kena tambah satu lagi rakaat dan sujud sahwi sebelum salam. rakaat kedua ,boleh baca surah dan memang sunat pun.

Soalan 21
Ketika masuk masjid dan ingin melakukan solat tahiyatul masjid ,benarkah kita tidak boleh duduk dulu ?
Jawapan 21 Thtl
solat tahiyatul masjid
benar, tidak patut kita duduk terus tanpa solat 2 rakaat
dalilnya:
عن أبي قتادة رضي الله عنه قال‏:‏ قال رسول الله صلى الله عليه وسلم‏:‏ ‏ “‏ إذَا دَخَلَ أَحَدُكُمْ الْمَسْجِدَ فَلَا يَجْلِسْ حَتَّى يُصَلِّيَ رَكْعَتَيْنِ ‏”‏‏.‏ ‏(‏‏(‏متفق عليه‏)‏‏)‏‏.‏
Daripada Abu Qatadah radhiyallahu ‘anhu dia berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Apabila seseorang di antara kamu memasuki masjid, maka janganlah dia duduk sehingga dia mengerjakan solat dua rakaat.” (Muttafaqun ‘alaih)
larangan dalam hadith maksudnya sunat bukan wajib

Soalan 22
a)Bagi perempuan, yang mana lebih baik ,solat tarawih di rumah atau di masjid?
b)Bolehkah kalau kita solat tarawih dirumah,kita tidak buat sekaligus rakaatnya atas sebab kita sedang menjaga ibu kita yg uzur yg susah untuk bergerak?
Jawapan 22Thtl
wanita solat tarawih: rumah atau masjid
Hukum umum, wanita lebih baik solat di rumah, namun solat tarawih adalah berat dan memerlukan suasana jamaah, maka sebab itu Umar al-Khattab telah berijtihad dan menetapkan solat bersama di mesjid. kerana dengan imam dan ramai org, maka ia menjadi ringan berbanding dgn solat sendirian di rumah. dalil:
لاَ تَمْنَعُوا نِسَاءَكُمُ الْمَسَاجِدَ وَبُيُوتُهُنَّ خَيْرٌ لَهُنَّ
“Janganlah kalian melarang istri-istri kalian untuk ke masjid, namun shalat di rumah mereka (para wanita) tentu lebih baik. (] HR. Abu Daud. Syaikh Al Albani: sahih)

Soalan 23
apakah wakt paling afdhal utk solt subat dhuha?
Jawapan 23 Thtl
waktu afdhal solat Dhuha
waktu sepenggalah atau waktu dhuha, waktu ketika anak2 unta bangkit kerana kepanasan matahari. atau waktu anak lembu bangkit kerana kepanasan
صَلاَةُ الأَوَّابِينَ حِينَ تَرْمَضُ الْفِصَالُ.
Maksudnya:
Solat Awwabin (Dhuha) dilakukan pada saat teriknya matahari. – HR Muslim dalam Shahihnya, Kitab Solaatul Musaafiriin wa Qashruha, no: 748.

Soalan 24
‍‌‌‌‌‍‍‍‌‌‌ Suami isteri sembahyang berjemaah. Kedudukan yg isteri samada betul2 di belakang suami atau sebelah kiri sedikit. Mohon pencerahan kedudukan isteri yang betul. Terima kasih .‌‌‍
Jawapan 24 Thtl
posisi imam dan makmum, jika suami-isteri
Imam Al-Bukhari rh memberikan judul bab terhadap hadits di atas:
بَابُ: يَقُوْمُ عَنْ يَمِيْنِ الإمامِ بِحِذائِهِ سَواء إِذا كانا اثْنَيْنِ
“Bab: Makmum berdiri tepat di samping kanan imam jika mereka hanya shalat berdua.”
Ini utk lelaki, kalau perempuan termasuk isteri, maka ia dibelakang. Ini fiqh Imam Bukhari ‍

Soalan 25‌
bilakah qunut nazilah boleh dibaca?adakah benar qunut nazilah hanya blh dibaca selepas diarahkan pihak berautoriti.
Adakah boleh melakukan solat sunat dengan : berdiri pada rakaat pertama, duduk pada rakaat kedua?
Jawapan 25 Thtl
Qunut Nazilah
Doa qunut: mendo’akan kecelakaan (kebinasaan) bagi kaum Kafir atau Musyrik yang menjadi musuh Islam.
Imam Syafi’i berpendapat bahwa qunut nazilah disunnahkan pada setiap shalat lima waktu setelah rukuk yang terakhir, baik oleh imam ketika shalat berjamaah dan diamini oleh makmum atau ketika dilakukan secara munfarid ketika kita shalat sendirian. (al-Umm, jld 1) Maka jika ada berita solat qunut oleh penguasa, maka org ramai boleh doa qunut tsb pada solat berjamaah atau solat sendirian.

Soalan 26
Dalam buku panduan solat membezakan solat lelaki dan perempuan. Perempuan mesti ikut macam lelaki solat
atau solat cara perempuan sebab ada yang kata lebih sopan bagi perempuan
Jawapan 26 Thtl
Khilaf dalam isu tatacara solat lelaki vs wanita
Ia isu khilaf, mazhab ahli hadith spt hanbali, maliki, kata tak dak bedza solat kedua gender. cuma mazhab syafi’iy kata ada beza dalam beberapa hal. Maka terpulang kpd wa

Soalan 27
Jika wanita kena solat merapatkan kaki, waktu sakit atau mengandung, boleh tak renggangkan kaki?
Jawapan 27 Thtl
jika ada kesulitan dalam solat
Dibolehkan, dalil:
Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sedaya upaya kamu.” (At-Thaghabun: 16.)

Soalan 28
Adakah ada beza antara Kaedah solat lelaki dan wanita?
Jawapan Thtl 28
solat wanita vs lelaki
Asalnya sama, berdasarkan keumuman hadith: “solatlah kamu sbgmn kamu lihat aku solat.” HR Bukhari, dan amalan salaf.
Ibrahim An-Nakhai rh mengatakan,
تفعل المرأة في الصلاة كما يفعل الرجل
“Seorang wanita mengerjakan salat sebagaimana yang dilakukan oleh laki-laki” (HR. Bukhari secara muallaq dan disebutkan oleh Ibnu Abi Syaibah dengan sanadnya dalam Al-Mushannaf).

Soalan 29
Soalan sy berkenaan terawih..tuan sheikh thtl kata fadilat tarawih 30 malam tu palsu bolehkah tuan kupaskan lg..
(b). Bolehkah buat solat sunat terawih kurang dari 8 rakaat @ mmg kena 8 rakaat dan ke atas..
Jawapan 29(a)
Hadith fadilat malam tarawih
Ia sudah resmi dimasyhurkan oleh Jakim bahawa ia hadith palsu yang disandarkan kepada Ali, kajian mufti Brunei mendapati ia hadith syiah ada dalam kitab Bihar alAnwar olehAl-Majlisi, salah Ramadhan dan kirab Was’a’il Al- Syi’ah karangan Muhammad bin Al-Hasan Al-Har Al-‘Amili dalam bab Istihab Al-Shalah Al-Mukhshushah Kulla Lailah min Syahr Ramadhan wa Awwal Yaum Minh.

Jawapan 29(b)
solat sunat tarawih, cuma 8 itu adalah sunnah Nabi saw bila baginda solat malam atau qiam
كَانَ رَسُوْلُ اللهِ صلّ الله عليه و سلّم يُصَلىِّ فِيْمَا بَيْنَ أَنْ يَفْرُغَ مِنْ صَلاَةِ الْعِشَاءِ – وَ هِيَ الَّتِي يَدْعُوْ النَّاسُ الْعَتَمَةَ – إِلىَ الْفَجْرِ إِحْدَى عَشْرَةَ رَكْعَةً، يُسَلَّمُ بَيْنَ كُلّ رَكْعَتَيْنِ وَيُوْتِرُ بِوَاحِدَةٍ
“Rasulullah saw melakukan salat malam selepas salat Isya’ (Manusia menyebutnya salat Atamah) hingga fajar sebanyak 11 rakaat. Beliau melakukan salam setiap dua rakaat dan beliau berwitir satu rakaat.” (HR. Muslim)

Soalan 30
‍‌‌Tn sheikh, selain minta ibu bapa kita dimasukkan bersama orang soleh, dilapangkan dalam kubur, dimasukkan dalam syurga Allah, apa lagi doa yang patut seorang anak minta?‌‌‍‌‍‍‌
Jawapan 30 Thtl
Apa lagi doa yang patut anak panjatkan utk kedua arwah
ارْحَمْاَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْراً
“Ya Allah, ampunilah dosaku dan dosa kedua orang tuaku, dan sayangilah keduanya sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku pada waktu kecil.” 17:24
رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَدْخِلْنِي بِرَحْمَتِكَ فِيعِبَادِكَ الصَّالِحِيْنَ
“Ya Tuhanku, anugerahkanlah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orangtuaku dan agar aku mengerjakan kebajikan yang Engkau ridai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang shalih. AQ 27:19

Komen dan Soalan