Utama Bilik (101) Fiqh Wanita 1 Fiqh Wanita 9

Fiqh Wanita 9

248
0
Iklan

Soalan 1
Bagaimana pula dengan bacaan nya surahnya…adakah lebih baik kita baca surah mengikut tertib dari menyalahi (khilaful Aula)
cth rakaat pertama kita baca Al kafirun rakaat ke2, baru kita baca Al ikhlas…tertib bacaan macamni kan
dan tak salahkan jika setiap kali buat solat sunat badiyah surah yang sama dibaca?
Jawapan 1 Thtl
kata albani, kebanyakan solat sunat rawatib, Nabi baca al-kaafirun dan rakaat kedua al-ikhlas, majoriti camtu (sifat solat Nabi)
sebab solat sunat ni kita nak ringkas je, sebab masa solat berjamaah bersama Nabi, Nabi dah baca amat panjang, lenguh kaki

Soalan 2
Jika terdapat kesulitan sheikh? Masih boleh kah solat asar pada lewat waktu? Kerja atau kesulitan yang lain? Apa hukumnya?
Jawapan 2 Thtl
jika sulit, kena jamak dengan zuhur, bukan solat bila dah luput waktu..itu dosa besar, solat tak ada excuse

Soalan 3
Bila waktu yang kita diharamkan solat sunat selain waktu terbenam matahari?
Jawapan 3 Thtl
1. Setelah subuh sampai terbitnya matahari.
2 Setelah ‘Ahar sampai matahari menguning (hamper tenggelam) kecuali solat sunat sebik solat fardhu asar, telah dibincangkan
3. Ketika matahari di tengah-tengah sampai bertegelincir (± 10 menit sebelum adzan)
4. Sejak terbitnya matahari sampai naik setinggi tombak (± 12 menit sebelum adzan)
5. Sejak menguningnya matahari sehingga benar-benar tenggelam.

Soalan 4
Shalat 4 rakaat sebelum ashar tu dua salam ke satu salam?
maksudnya hanya diawal waktu asar boleh solat sunat selepas asar?
Jawapan 4 Thtl
susulan 1: dilarang solat ketika matahari terbenam kerana waktu dua tanduk setan
susulan 2: solat sunat semuanya 2 rakaat satu salam
susulan 3: dah kasi hadith, maka boleh asalkan dilakukan sebaik saja selepas asar, bukan dekat terbenam

Soalan 5
Bolehkah solat sunat 2 rakaat selepas Asar?
Jawapan 5 Thtl
Solat sunat ba’diah Asar
عن عائشة قالت وَالَّذِيْ ذَهَبَ بِهِ مَا تَرَكَهُمَا حَتَّى لَقِيَ اللهَ وَمَا لَقِيَ اللهَ تَعَالَى حَتَّى ثَقُلَ عَنِ الصَّلاةِ وَكَانَ يُصَلِّيَ كَثِيْرًا مِنْ صَلاتِهِ قَاعِدًا تَعْنِيْ الرَّكْعَتَيْنِ بَعْدَ اْلعَصْرِ وَكَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّيْهِمَا وَلا يُصَلِّيْهِمَا فِيْ اْلمَسْجِدِ مُخَافَةَ أَنْ يُثَقِّلَ عَلَى أُمَّتِهِ وَكَانَ يُحِّبُ مَا يُخَفِّفُ عَنْهُمْ
Dari ‘Aisyah ra ia berkata : “Demi Allah, beliau tidak pernah meninggalkan salat dua raka’at sehingga beliau saw bertemu dengan Allah, dan beliau tidak bertemu dengan Allah ta’ala hingga beliau merasa berat melakukan salat. Dan beliau sering melakukan salatnya dengan duduk, yaitu salat (sunnah) dua raka’at setelah ‘Asar dan Nabi biasa mengerjakan salat (sunnah) dua raka’at setelah ‘Ashar itu tidak di dalam masjid karena takut akan memberatkan umatnya dan beliau senang terhadap sesuatu yang membuat ringan bagi umatnya” [HR. Al-Bukhari nomor 565].
maka hukumnya boleh
Nota:
kalau ada dalam hadith Bukhari boleh amal, koleksi hadith paling sahih dalam dunia.

Soalan 6
Apa hukum solat yang kiblatnya menghadap tandas?
Jawapan 6 Thtl
solat kiblatnya menghadap tandas
Perbahasan kitab fiqh ialah “hukum buang air yang mana tandasnya menghadap arah kiblat. Tak ada perbahasan hukum solat dan sejadahnya ditala atau dihadap kepada tandas…
soalannya, tak ada tempat lain ka???

Soalan 7
Boleh ke buat solat sunat sambil duduk?Walaupun takde sakit apa-apa..cuma letih saja.
Jawapan 7 Thtl
Solat sunat dengan keadaan duduk walaupun tanpa sebarang uzur
Dalil hadith: hukumnya boleh, namun….
صَلاَةُ الرَّجُلِ قَاعِدًا نِصْفُ الصَّلاَةِ…
Pahala solat seseorang yang dilakukan sambil duduk adalah separuh dari pahala solat yang dilakukan sambil berdiri… – Hadis riwayat Imam Muslim dalam Sahihnya, Kitab Solaatil Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 735.
HR alBukhari dari Imran bin Hussin ra, ” jika seseorang bersolat sambil berdiri itulah yang lebih utama, dan barangsiap yang bersolat sambil duduk, maka baginya separuh pahala..”

Soalan 8
Boleh ke bawa solat kain yang kotor terheret kat lantai?
Jawapan 8 Thtl
Hujung kain yang kotor kemudian dia solat dengan kain tersebut
Hukumnya suci,
dalilnya:
Dari seorang ibu putra Ibrahim bin Abdurrahman bin ‘Auf bahwa ia pernah bertanya kepada Ummu Salamah, ummul mukminin ra, ‘Sesungguhnya aku adalah seorang perempuan yang biasa memanjangkan (ukuran) pakaianku dan (kadang-kadang) aku berjalan di tempat kotor?’ maka Jawab Ummu Salamah, bahwa Nabi saw pernah bersabda, “Tanah selanjutnya menjadi pembersihnya.” (HR. Ibnu Majah, Imam Malik dan Tirmidzi. al-Albani. Hadits sahih)

Soalan 9
Solat bagi wanita, adakah terdapat paras tertentu untuk mengangkat takbir? Ada ustazah pernah mengajar bahawa semasa mahu bersolat, sewaktu mengangkat takbir, jari tidak boleh melebihi paras bahu dan bawah lengan perlu rapat ke badan. Benarkah sheikh?
Jawapan 9 Thtl
posisi tangan ketika bertakbir
dalil hadith:
Imam Al-Bukhari rh meriwayatkan :
حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مَسْلَمَةَ عَنْ مَالِكٍ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ عَنْ سَالِمِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ عَنْ أَبِيهِ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَرْفَعُ يَدَيْهِ حَذْوَ مَنْكِبَيْهِ إِذَا افْتَتَحَ الصَّلَاةَ وَإِذَا كَبَّرَ لِلرُّكُوعِ وَإِذَا رَفَعَ رَأْسَهُ مِنْ الرُّكُوعِ رَفَعَهُمَا كَذَلِكَ أَيْضًا وَقَالَ سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ وَكَانَ لَا يَفْعَلُ ذَلِكَ فِي السُّجُودِ
Dari Ibnu ‘Umar ra bahwa :
“Rasulullah saw apabila takbir membuka salat, beliau mengangkat kedua tangannya sejajar dengan kedua bahunya, dan juga mengangkat kedua tangannya apabila bertakbir untuk ruku’…”
(Shahih al-Bukhari 1/148 no.735)
sifat takbir ni sama antara lelaki dan wanita.

Soalan 10
saya membawa ibu yang uzur menaiki kapal terbang yang memerlukan musafir yang jauh. Dalam perjalanan, kami perku solat subuh dalam penerbangan, tetapi ibu sudah dalam keadaan berhadas kecil (baju dan kain terkena najis air kencing) dan tiada pakaian lain yang boleh ditukar. Beliau terlepas Solat Subuh kerana ini. apakah hukumnya kerana dalam perjalan, telah tukar pakaian beberapa kali hingga habis pakaian yang dibawa dalam kabin
Jawapan 10 Thtl
Solat sah kerana umum al-balwa (kesulitan yang sukar dihindari
dalilnya:
“Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sedaya upaya kamu.” (At-Thaghabun: 16.)
Umum al balwa ni maksudnya, dah pakai pampers, maka jika dah usah, masih kena, maka dimaafkan.
Ikut mazhab syafi’iy, solatnya tidak sah, cuma ia jadi solat hormat waktu dan balik kena qadha
Jumhur, solatnya sah, tak payah qadha.

Soalan ‍‌‌‌‌‍‍‍‌11‌
Mohon pencerahan mengenai solat hajat.. Adakah solat hajat bagi satu hajat saja? Boleh tak jika banyak hajat dihimpun dlm satu solat .‌‌‍‌‍‍‌
Jawapan 11 Thtl‌
solat Hajat sebenarnya solat sunat mutlak. kalau minta hajat ketika mana-mana solat sunat pun boleh, contohnya ketika tahajjud, ketika solat tahiyatul mesjid ketika solat sunat rawatib, minta dalam sujud. solat Hajat yang ori ialah solat hajat istikharah (hajat pilihan), solat sunat minta hujan, solat hajat gerhana kerana ketakutan

Soalan 12
Apakah hukum muntah susu bayi yang terkena pada pakaian…. bolehkah pakaian itu dipakai ketika solat. Jika dalam keadaan keadaan berwudhuk terkena muntah susu bayi adakah ianya akan batal wudhuk itu?
Jawapan 12 Thtl
muntah baby yang menyusu bukan najis, ore kelate kata jeluok je…wuduk tak effected
dimaafkan muntah bayi menurut jumhur termasuk mazhab syafi’iy
Al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 34/85.
muntah tidak najis menurut qardhawi, syaukani, Ibn taymiyah, Fi

Komen dan Soalan