Utama Bilik (105) Qawaid Fiqh Pengajian 3 : Qawa’id Fiqh

Pengajian 3 : Qawa’id Fiqh

510
0
Iklan

1

 

Fiqh @ masalah-masalah fiqh terkandung dalam 5 kaedah utama didalam al-Qawa’id al-Fiqhiyyah. Daripada 5 qawa’id ini keluar pula kaedah-kaedah kecil dan dhobit-dhobit untuk menyelesaikan masalah-masalah fiqh.

 

1)      الأمور بمقاصدها

 

2

 

Setiap perkara itu terikat dengan maksud @ niat @ tujuannya. Asas @ dalil kepada kaedah utama ini ialah hadis :

إنما الاعمال بالنيات وانما لكل امرئ ما نوى

 

2)      اليقين لا يزول بالشك

 

3

 

Sesuatu yang diyakini tidak boleh dihilangkan / tidak terangkat dengan suatu yang meragukan. Asas @ dalil kepada kaedah utama ini ialah beberapa hadis. Salah satunya :

إذا شك أحدكم فلم يدرى أصلى ثلاثا أم أربعا فليبن على ما استيقن ثم يطرح الشك

Ketikamana seseorang syak, dia tidak tahu adakah dia telah solat 3 @ 4 rakaat. Maka binalah atas yang diyakini dan buanglah yang syak.

 

3)      المشقة تجلب التيسير

 

4

 

Kepayahan, kerumitan, kesusahan, dharurat menarik kemudahan. Asas kepada kaedah ini ialah ayat :

يريد الله بكم اليسر ولا يريد بكم العسر

Allah mengkehendaki kamu beroleh kemudahan, dan Dia tidak mengkehendaki kamu menanggung kesukaran. Al-Baqarah 185

 

4)      الضرر يزال

 

5

 

Kemudharatan dihilangkan. Asas kpd kaedah ini ialah hadis :

لا ضرر ولا ضرار فى الاسلام

Tiada mudharat dan tiada memudharatkan didalam Islam

 

5)      العادة محكمة

 

6

 

Adat boleh dijadikan sebagai landasan hukum. Asas kepada kaedah ini, ulama berbeza pendapat :

Ada yang kata dari al-Quran :

وأمر بالعرف وأعرض عن الجاهلين 7: 199

Ada yang kata dari kata-kata ibn mas’ud :

ما راءه المسلمون حسنا فهو عند الله حسن

Ada yang kata dari ayat :

ويتبع غير سبيل المؤمنين نوله 4 : 115

Daripada 5 kaedah ini keluar banyak lagi kaedah fekah.

 

Q1 : Jelaskan hukum aghlabiy.

J1 : Tidak semua hukum boleh dimasukkan di bawah suatu kaedah walaupun sesuai dengan kaedah tersebut. Kekadang ia terkeluar juga. Seperti kaedah :

اليقين لا يزال بالشك

Kadang-kadang ada juga masalah terkeluar dari kaedah ini lalu dipakai yang meragukan. Tapi ia juga berdasarkan kaedah kecil @ dhobit yang khusus dengan sesetengah masalah bab. Cuma hampir semua masalah berkaitan pertembungan antara yakin dan syak. Maka dipakai kaedah itu dan sedikit sahaja yang terkeluar.

 

Q2 : Natijah dari guna Qawa’id Fiqh adalah hukum haram, wajib, makruh, sunat dan mubah juga ke Ustaz?

J2 : Ya, bahkan lebih dari itu. Saya dapat selesaikan beberapa masalah was was yang berat. Bab wudhu’, rakaat solat dengan kaedah-kaedah kecil Qawa’id Fiqh.

 

Komen dan Soalan