Utama Bilik (07) Tadabbur Al-Quran (سورة الطارق (١

(سورة الطارق (١

166
0
Iklan

[86:1]  وَٱلسَّمَآءِ وَٱلطَّارِقِ

 

Demi langit dan apa yang muncul pada malam hari. [86:1]

Demi langit, makhluk hebat tersergam kukuh berbanding manusia kerdil yang bernaung di bawahnya. [40:57]

Bukankah kamu dapat perhatikan dengan mata kepala kamu sendiri berulang-ulang kali “Apakah terdapat kecacatan padanya?” [67:3-4]

Langit dan bumi ini dahulunya adalah satu, lalu Allah pisahkannya, [21:30]

Kemudian langit dan binaannya itu [91:5]

Dibina oleh Allah dengan tangan-Nya [51:47]

Sesudah Dia menciptakan bumi. [2:29]

Ketika itu langit masih lagi berupa asap. [41:11]

Bina dalam dua hari. [41:12]

Kemudian Dia tinggikan langit itu tanpa tiang yang kelihatan, [13:2]

Dia menahan langit dan apa sahaja yang ada di atasnya daripada jatuh ke bumi kecuali dengan izin-Nya, [22:65]

Dia jadikannya berlapis-lapis [67:2]

Dalam bentuk bumbungan yang terpelihara kukuh. [21:32]

Maha Suci Allah. Langit yang hebat itu ditundukkan Allah buat manusia yang kerdil ini. [45:13]

Milik Allah segala pujian itu. Dialah Tuhan yang mencipta dan memerintah petala langit dan bumi. Dialah yang mencipta dan memerintah bagi sekalian alam. Milik-Nya keagungan di petala langit dan bumi. Dialah Tuhan yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. [45:36-37]

Langit yang tersergam itu dihiasi dengan ciptaan-Nya yang muncul pada waktu malam. Itulah tanda kekuasaan-Nya mencipta dan mengatur langit dan menghiasi malam yang gelap gulita menjadi terang bercahaya. Allah memulai surah ini dengan bersumpah menerusi dua ciptaan-Nya yang hebat ini supaya dapat diambil pelajaran. [56:75-76]

SubhānalLāh.

اللَّهُمَّ نَوِّرْ قُلُوبَنَا بِالإيمَانِ يَا رَبَّ العَالَمِينَ.

Komen dan Soalan