Utama Blog Halaman 38

At-Tazkirah Qurthubi: Bila Manusia Tidak Saling Mengenal dan Anjuran Bertaubat

0

At-Tazkirah Qurthubi (w.671M)
Kod 16: Bab bila manusia tidak lagi saling mengenal dan anjuran bertaubat

(باب متى تنقطع معرفة العبد من الناس و في التوبة و بيانها . و في التائب من هو ؟)

16.8 Syarat Taubat (شروط التوبة ): Istighfar atas Istighfar

و روي عن الحسن البصري أنه قال : استغفارنا يحتاج إلى استغفار

Berkata Al Hasan Al Basri رحمه الله (Basrah, Iraqi, w. 110H) berkata, “Istighfar memerlukan istighfar lagi.” (Atsar Riwayat Al Ghazali, Ihya’ Ulumiddin, 1:313 dari sanad Rabi’ah Al Adawiyah)

Ibn Abdil Izz Al Hanafi رحمه الله (w.792H Damsyiq):

فأما من قال بلسانه : أستغفر الله و قلبه مصر على معصيته فاستغفاره ذلك يحتاج إلى استغفار و صغيرته لا حقة بالكبائر .

“Orang yang menuturkan astaghfirullah dengan lisannya akan tetapi hatinya masih tegar ingin melakukan maksiat, maka ia memerlukan lebih banyak istighfar lagi, (jika tidak), dosa-dosa kecil yang dilakukan akan berlanjutan menjadi dosa besar”.

Syarah: Ini rahsia kenapa Nabi ﷺ beristighfar sehari 70X

وَاللَّهِ إِنِّي لَأَسْتَغْفِرُ اللَّهَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ فِي اليَوْمِ أَكْثَرَ مِنْ سَبْعِينَ مَرَّةً

“Demi Allah ‎ﷻ , sesungguhnya aku beristighfar kepada Allah ‎ﷻ dan memohon ampun kepada-Nya setiap hari lebih daripada 70 kali”. (HR Al-Bukhari 6307)

16.9 Hakikat Taubat menurut Khalifah Ali رضي الله عنه

و روي عن علي رضي الله عنه أنه رأى رجلاً قد فرغ من صلاته و قال : اللهم إني أستغفرك و أتوب إليك سريعاً فقال له : يا هذا إن سرعة اللسان بالاستغفار توبة الكذابين و توبتك تحتاج إلى توبة . قال يا أمير المؤمنين : و ما التوبة ؟ قال : إسم يقع على ستة معان : على الماضي من الذنوب ، الندامة و لتضييع الفرائض الإعادة ، ورد المظالم إلى أهلها ، و إئاب النفس في الطاعة كما أذابتها في المعصية ، و إذاقة النفس مرارة الطاعة كما أذقتها حلاوة المعصية ، و أن تزين نفسك في طاعة الله كما زينتها في معصية الله ، و البكاء بدل كل ضحك ضحكته

Diriwayatkan daripada Ali رضي الله عنه bahawa beliau melihat seseorang telah selesai salat dan berdoa,” Ya Allah ‎ﷻ , sesungguhnya aku memohon ampun dan bertaubat kepada-Mu dengan kadar segera”, Ali رضي الله عنه lantas mencelah, “Duhai apakah ini? Tergesa-gesa dalam istighfar ni adalah taubat kaum pendusta (munafik). Taubat mu itu memerlukan taubat yang lain.” Orang itu bertanya,” Wahai Amirul Mukminin, apakah taubat itu?” Ali رضي الله عنه menjelaskan,” Ia kalimah yang mempunyai enam makna:

1⃣ Penyesalan atas dosa-dosa lampau.
2⃣ Jika melanggar kewajipan, maka diulangi semula kewajipan itu.
3⃣ Mengembalikan hak kepada orang yang dizaliminya.
4⃣ Membiasakan diri melakukan ketaatan (sebagaimana ia membiasakan diri melakukan maksiat).
5⃣ Merubah nafsu merasai pahitnya ketaatan (sebagaimana ia merasakan manisnya maksiat).
6⃣ Menghiasai diri dengan taat (sebelumnya menghiasai diri dengan maksiat); menangis untuk setiap ketawa (dalam maksiat)

Tahqiq:
Ia berasal daripada Kitab Ihya’ Ulomiddin, 4:47, tanpa sanad (dhaif)

16.10 Taubat Nasuha (التوبة النصوح )

و قال أبو بكر الوراق : التوبة أن تكون نصوحاً . و هو أن تضيق عليك الأرض بما رحبت ، و تضيق عليك نفسك كالثلاثة الذين خلفوا

Berkata Abu Bakar al Warraq (Muhammad bin Ismail, w. 137H, Muhaddith Baghdad),”Taubat hendaklah dilakukan seikhlasnya (murni/nasuha), rasa bumi menjadi sempit walaupun ia adalah luas, sebagaimana yang dialami oleh tiga sahabat itu yang tidak ikut berperang”.

و قيل : التوبة النصوح هي رد المظالم و استحلال الخصوم و إدمان الطاعات .

Ada yang berkata, Taubat Nasuha ialah mengembalikan hak yang diambil secara zalim, meminta maaf daripada musuh-musuh, dan berterusan melakukan ketaatan.

[At taubah: ayat 118], tiga sahabat itu ialah Ka’b bin Mālik رضي الله عنه , Murārah bin Rabī’ رضي الله عنه , dan Hilāl bin Umayyah رضي الله عنه.

16.11 Jenis-jenis dosa yang perlu bertaubat (فالذنوب التي يثاب منها)

1⃣. Kekafiran. Jika masuk Islam dikehendaki bertaubat atas kekafiran yang lampau (إما كفر أو غيره ، فتوبة الكافر إيمانه مع ندمه على سالف)

2⃣. Melanggar hak-hak Allah ‎ﷻ dan hak makhluk (إما حق الله و إما حق لغيره ). Hak Allah ‎ﷻ seperti salat, puasa dikenakan qadha, manakala jika melanggar sumpah, mesti dikenakan kafarah (بل أضاف إلى ذلك في بعضها قضاء ، كالصلاة و الصوم . و منها ما أضاف إليه كفارة)

3⃣. Melanggar hak manusia, hendaklah dikembalikan, jika yang dizalimi sudah tiada, hendaklah disedekahkan .(و أما حقوق الآدميين فلا بد من إيصالها إلى مستحقيها فإن لم يوجدوا تصدق عنهم)

16.12 Sifat-sifat ahli taubat (صفة التائب )

Hadith Ibn Mas’ud رضي الله عنه (tiada asalnya)

من حديث ابن مسعود أن النبي صلى الله عليه و سلم قال و هو في جماعة من أصحابه أتدرون من التائب ؟ قالوا : اللهم لا . قال : إذا تاب العبد و لم يرض خصماؤه فليس بتائب ، و من تاب و لم يغير لباسه فليس بتائب ، و من تاب و لم يغير مجلسه فليس بتائب . و من تاب و لم يغير نفقته و زينته فليس بتائب ، و من تاب و لم يغير فراشه و وساده فليس بتائب ، ومن تاب و لم يوسع خلقه فليس بتائب ، و من تاب و لم يوسع قلبه و كفه فليس بتائب ثم قال النبي صلى الله عليه و سلم : فإذا تاب عن هذه الخصال فذلك تائب حقاً

Daripada hadith Ibn Mas’ud رضي الله عنه bahawa Nabi ﷺ bertanyakan soalan kepada sekumpulan sahabat, “Tahukah kamu siapakah orang yang bertaubat? “Jawab mereka, “Demi Allah ‎ﷻ , tidak”. Nabi ﷺ menyambung, “Orang itu belum bertaubat jika dia:

1⃣. Tidak diredhai oleh musuh-musuhnya;
2⃣. Belum mengubah pakaiannya;
3⃣. Belum mengubah majlisnya;
4⃣. Mengubah nafkah dan perhiasannya;
5⃣. Mengubah tempat tidur dan bantalnya;
6⃣. Belum melapangkan perangainya;
7⃣. Belum melapangkan hati dan telapak tangannya.
Apabila dia mengubah perangai-perangai tersebut, barulah dia benar-benar bertaubat.”

Tahqiq:
Muhaqqiq Dr Sadiq Ibrahim, tiada asalnya hadith ini dalam mana-mana kitab sunan (maudhu’), juga disahkan oleh Multaqa ahli hadith; (https://www.ahlalhdeeth.com/vb/showthread.php?t=345703)

16.13 Peluang Bertaubat
Hadith Abu Sa’id Al Khudri رضي الله عنه (muttafaq alaih)

و الأصل في هذه الجملة : حديث أبي هريرة رضي الله عنه في الرجل الذي قتل مائة نفس ثم سأل : هل له من توبة ؟ فقال له العالم : و من يحول بينك و بينها ، انطلق إلى أرض بني فلان فإن بها ناساً صالحين يعبدون الله ، فاعبد الله معهم ، و لا تعد إلى أرضك فإنها أرض سوء .

Peluang bertaubat berasal daripada sebuah hadith Abu Hurairah رضي الله عنه (koreksi, yang sebenarnya daripada Abu Sa’id Al Khudri

رضي الله عنه , عن حديث أبي سعيد عن النبي ﷺ في خبر الرجل الذي قتل مائة نفس),

Mengenai kisah seorang lelaki (Bani Israel) yang telah membunuh 100 jiwa, kemudian dia bertanyakan apakah masih ada peluang buatnya bertaubat.

Kemudian dia betananyakan apakah ada orang yang paling alim di muka bumi ketika itu? Lalu ditunjukkanlah kepadanya tentang seorang yang berilmu. Dia pun mengatakan bahawa sesungguhnya dia telah membunuh 100 jiwa, apakah ada taubat baginya?

Orang alim itu berkata, “Ya. Siapa yang menghalangi dia daripada taubatnya? Pergilah ke daerah ini dan ini kerana sesungguhnya di sana ada orang-orang yang senantiasa beribadah kepada Allah ‎ﷻ , maka beribadahlah kamu kepada Allah ‎ﷻ bersama mereka. Jangan kamu kembali ke negerimu, kerana negerimu itu adalah negeri yang buruk/jahat. ”(HR Bukhari dan Muslim), Muttafaq alaih

Takhrij:
أخرجه مسلم، كتاب التوبة، باب قبول توبة القاتل وإن كثر قتله (4/ 2118) برقم (2766).

(HR Muslim), Kitab at taubat, bab diterima taubat walaupun pembunuhannya banyak, 2766; (Bukhari 3470)

Hadith #2: Daripada Abdullah bin Mughaffal رضي الله عنه

و في مسند أبي داود الطيالسي : حدثنا زهير بن معاوية ، عن عبد الكريم الجزري ، عن زياد و ليس بابن أبي مريم ، عن عبد الله بن مغفل قال : كنت مع أبي و أنا إلى جنبه عند عبد الله بن مسعود فقال له أبي : أسمعت رسول الله صلى الله عليه و سلم يقول : أن العبد إذا اعترف بذنبه ثم تاب إلى الله عز و جل تاب الله عليه ؟ فقال : نعم سمعته يقول : الندم توبة

Dalam Musnad Abu Daud Al Thayalisi رحمه الله (Basrah. w.203H, bukan Imam Abu Daud Al Sijistani, pengarang kitab sunan Abu Daud), daripada Abdullah bin Mughaffal (perawi akhir yang sebenar ialah Abdullah bin Ma’qil) yang berkata beliau menemani ayahnya dalam majlis bersama Abdullah bin Mas’ud (Qadhi Basrah), ayahnya bertanya Ibn Mas’ud, apakah beliau pernah mendengar Rasulullah ‎ﷻ bersabda, “Sesungguhnya jika seseorang hamba mengakui dosanya dan bertaubat, maka Allah ‎ﷻ akan menerima taubatnya?” Jawab Ibn Mas’ud, “Ya aku pernah mendengar baginda ﷺ bersabda demikian, “Penyesalan itu taubat.”

Tahqiq:
Ini versi yang sahih dalam kitab sunan yang lain, daripada Abdullah bin Ma’qal bin Muqarrin

عن عبدِ اللهِ بنِ مَعقِلِ بنِ مُقَرِّنٍ قال: دخَلْتُ مع أبي على عبدِ اللهِ بنِ مَسعودٍ، فقال: أنتَ سمِعْتَ النَّبيَّ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ يقولُ: “النَّدمُ تَوبةٌ”؟ قال: نعمْ، وقال مرَّةً: سمِعْتُه يقولُ: “النَّدمُ تَوبةٌ”.
الراوي : عبدالله بن مسعود | المحدث : شعيب الأرناؤوط | المصدر : تخريج المسند
الصفحة أو الرقم: 3568 | خلاصة حكم المحدث : صحيح | انظر شرح الحديث رقم 136515
التخريج : أخرجه ابن ماجه (4252)، وأحمد (3568)

Ada dalam sunan Ibn Majah, 4252, Musnah Ahmad, 3568
Disahihkan oleh Syaikh Al Arnaout, tahqiq Al Musnad

Hadith #3: Daripada Aisyah Ummul Mukminin رضي الله عنها . (Muttafaq alaih)

و في صحيح مسلم و البخاري عن عائشة رضي الله عنها قالت : سمعت رسول الله صلى الله عليه و سلم يقول : إن العبد إذا اعترف بذنبه ثم تاب إلى الله تاب الله عليه

Dalam Sahih Muslim dan Al Bukhari, daripada Aisyah رضي الله عنها, “Sesungguhnya seseorang yang mengakui dosanya (insaf), kemudian bertaubat kepada Allah ‎ﷻ , maka diterima taubatnya itu.”

(HR Bukhari, 2661 dan Muslim, 2770 رواه ا البخاري 2661).

Hadith #4: Daripada Abu Hurairah رضي الله عنه dan Abu Said al Khudri رضي الله عنه (dhaif)

و روى أبو حاتم البستي في المسند الصحيح له عن أبي هريرة رضي الله عنه و أبي سعيد الخدري أن رسول الله صلى الله عليه و سلم جلس على المنبر ثم قال : و الذي نفسي بيده ثلاث مرات ثم سكت فأكب كل رجل منا يبكي حزيناً ليمين رسول الله صلى الله عليه و سلم ثم قال : ما من عبد يؤدي الصلوات الخمس و يصوم رمضان و يجتنب الكبائر السبع إلا فتحت له أبواب الجنة الثمانية يوم القيامة حتى أنها لتصفق . ثم تلا إن تجتنبوا كبائر ما تنهون عنه نكفر عنكم سيئاتكم

Diriwayatkan oleh Abu Hatim al Busti (Ibn Hibban, w.354H, Afghanistan), dalam Musnad al Sahih (sahih Ibn Hibban) daripada jalur Abu Hurairah رضي الله عنه dan Abu Said al Khudri رضي الله عنه bahawa Rasulullah ﷺ duduk di atas mimbar (Masjid An Nabawi) kemudian bersumpah, “Demi Allah‎ ﷻ yang menggenggam jiwaku. “(3 kali), kemudian baginda ﷺ diam. Semua yang hadir tunduk diam dan merasa sedih dengan sumpah baginda ﷺ itu.

Kemudian Nabi ﷺ menyambung.
“Tidak seorang pun yang menunaikan salat lima waktu, berpuasa Ramadan dan meninggalkan dosa-dosa besar yang tujuh, melainkan akan dibuka pintu-pintu syurga yang lapan pada hari kiamat kelak, sehingga pintu-pintu itu bergegar.” Kemudian baginda ﷺ membaca sepotong ayat Al-Qur’an:

إِنْ تَجْتَنِبُوا كَبَائِرَ مَا تُنْهَوْنَ عَنْهُ نُكَفِّرْ عَنْكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَنُدْخِلْكُمْ مُدْخَلًا كَرِيمًا

Jika kamu menjauhi dosa-dosa besar di antara dosa-dosa yang dilarang kamu mengerjakannya, nescaya Kami hapus kesalahan-kesalahanmu (dosa-dosamu yang kecil) dan Kami masukkan kamu ke tempat yang mulia (syurga)
[An Nisa’ ayat 31]

Tahqiq:

الراوي : أبو سعيد الخدري وأبو هريرة | المحدث : الألباني | المصدر : ضعيف الموارد
الصفحة أو الرقم: 2 | خلاصة حكم المحدث : ضعيف

Al Albani menilainya dhaif. Dhaif al mawarid, No 2
Juga didhaifkan oleh Syaikh Syu’aib Al Arnaout

الراوي : أبو هريرة وأبو سعيد الخدري | المحدث : شعيب الأرناؤوط | المصدر : تخريج صحيح ابن حبان
الصفحة أو الرقم: 1748 | خلاصة حكم المحدث : [فيه] صهيب مولى العتواريين

Dhaif , takhrij sahih Ibn Hibban, no 1748, kerana perawi dhaif, Suhaib Maula Al Utwariyyin (majhul)

Hadith #5/akhir: Hadith Muslim daripada Abu Hurairah رضي الله عنه

رواه مسلم عن أبي هريرة قال : قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : الصلوات الخمس و الجمعة إلى الجمعة و رمضان إلى رمضان مكفرات ما بينهن إذا اجتنبت الكبائر

Takhrij:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ؛ أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم كَانَ يَقُوْلُ: اَلصَّلَوَاتُ الْخَمْسُ وَالْجُمْعَةُ إِلَى الْجُمْعَةِ وَرَمَضَانُ إِلَى رَمَضَانَ مُكَفِّرَاتُ مَا بَيْنَهُنَّ إَذَا اجْتَنَبَ الْكَبَائِرَ.

Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah رضي الله عنه, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: “Salat lima waktu, dari hari Jumaat ke Jumaat (berikutnya) dan Ramadhan ke Ramadhan (berikutnya) akan menghapuskan (dosa-dosa) di antara tempoh tersebut apabila menjauhi dosa-dosa besar.” (Hadith Riwayat Muslim, no.233, at-Tirmidzi, no. 214)

Rumusan: Dosa kecil terhapus antara salat lima waktu, Jumaat ke Jumaat dan antara Ramadhan ke Ramadhan. Perbahasan tentang jenis- jenis dosa kecil vs dosa besar akan diperincikan pada bab mendatang.

Tafsir Surah Aali-Imran: Tafsir Ayat Ke-5 hingga ke-7

0

Tafsir Surah Aali-Imran

Tafsir Ayat Ke-5

Ini adalah penyempurnaan kepada dalil yang telah disampaikan sebelum ini. Dalil-dalil ini diberi untuk menguatkan hujah bahawa Allah ﷻ itulah sahaja ilah.

إِنَّ اللَّهَ لا يَخفىٰ عَلَيهِ شَيءٌ فِي الأَرضِ وَلا فِي السَّماءِ

Sesungguhnya Allah tidak tersembunyi kepada-Nya sesuatu pun yang ada di bumi dan juga yang ada di langit.

إِنَّ اللَّهَ لا يَخفىٰ عَلَيهِ شَيءٌ

Sesungguhnya Allah tidak tersembunyi kepada-Nya sesuatu pun

Hanya kepada Allah ﷻ sahaja yang tidak tersembunyi segala perkara kepada-Nya. Nabi Isa عليه السلام dan Maryam itu banyak benda mereka tidak tahu, maka mereka bukanlah ilah yang boleh disembah.

فِي الأَرضِ وَلا فِي السَّماءِ

yang ada di bumi dan juga yang ada di langit.

Allah ﷻ Maha Tahu apa yang terjadi di bumi dan juga di langit. Manusia langsung tidak tahu apa yang terjadi di langit pun. Pengembaraan manusia ke langit itu hanya pada peringkat langit pertama sahaja dan itu pun hanya sedikit sahaja yang kita tahu.

Tafsir Ayat Ke-6

هُوَ الَّذي يُصَوِّرُكُم فِي الأَرحامِ كَيفَ يَشاءُ ۚ لا إِلٰهَ إِلّا هُوَ العَزيزُ الحَكيمُ

Dia lah yang membentuk rupa kamu dalam rahim (ibu kamu) sebagaimana yang dikehendaki-Nya. Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

هُوَ الَّذي يُصَوِّرُكُم فِي الأَرحامِ كَيفَ يَشاءُ

Dia lah yang membentuk rupa kamu dalam rahim sebagaimana yang dikehendaki-Nya.

Allah ﷻ sahaja yang boleh memberikan rupa paras dan menentukan bagaimana bentuk manusia, bukan Nabi Isa عليه السلام dan Maryam. Lihatlah bagaimana semua dalil-dalil yang diberikan boleh dibandingkan kepada Nabi Isa dan Maryam kerana hendak membezakan Allah ﷻ dengan Nabi Isa عليه السلام dan Maryam yang bukan Tuhan. Kita kena ingat yang ayat-ayat ini turun untuk Nasara yang datang dari Najran.

Allah ﷻ sahaja yang menentukan bagaimana rupa kita, tinggi rendah dan sebagainya, semuanya dalam ketentuan Allah ﷻ . Maka jangan kita teringin hendak jadi macam orang lain. Jangan kita marah kalau rupa kita tidak cantik atau sebagainya kerana yang menentukannya adalah Allah ﷻ. Kalau kita tidak suka dengan rupa kita, maknanya kita marah kepada Allah ﷻ yang telah menjadikannya begitu.

Entah berapa banyak manusia yang telah dilahirkan daripada Nabi Adam عليه السلام sampailah nanti ke hari Kiamat. Tidak ada seorang pun yang sama rupa paras dan keadaan mereka. Allah ﷻ telah beritahu dalam ayat yang lain, cap jari setiap manusia itu pun berbeza juga. Semua ini terjadi kerana Allah ﷻ itu Maha Berkuasa dan Dia mampu untuk menjadikan manusia itu berlainan semenjak janin lagi.

لا إِلٰهَ إِلّا هُوَ العَزيزُ الحَكيمُ

Tiada ilah melainkan Dia, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Allah ﷻ ulang sekali lagi Dakwa Surah iaitu hanya Dia sahaja ilah.

Kalimah al-Aziz maksudnya Allah Maha Berkuasa untuk buat apa sahaja. Allah ﷻ berkuasa dan mampu untuk menyeksa dan memberi azab kepada makhluk-Nya yang ingkar. Kalau Allah ﷻ hendak buat, tidak ada sesiapa yang boleh menghalang.

Kalimah al-Hakim maksudnya Allah Maha Bijaksana dalam menangguh untuk beri hukum. Allah ﷻ boleh sahaja mengazab terus makhluk-Nya yang ingkar, tetapi Dia tidak buat. Semuanya dalam kebijaksanaan Allah ﷻ kerana dengan Allah ﷻ menangguh azab-Nya kepada kita, maka masih ada lagi peluang untuk kita bertaubat dan memperbaiki diri kita.

Allah ﷻ juga Maha Bijaksana dalam menentukan bagaimana rupa kita. Maka, jangan persoalkan apa yang Allah ﷻ telah lakukan. Bersyukurlah dengan rupa paras yang Allah ﷻ telah berikan.

Tafsir Ayat Ke-7

Ayat ini untuk memperjelaskan tentang kesamaran-kesamaran seperti yang telah disebut dalam pengenalan Surah Ali Imran ini. Antara kesamaran yang ada dalam Kitab Injil, telah disebut Nabi Isa عليه السلام adalah ‘Anak Allah’, ‘Roh Allah’ dan lain-lain lagi. Itu adalah lafaz-lafaz yang samar yang menyebabkan kekeliruan manusia tentang Nabi Isa عليه السلام.

Dalam Al-Qur’an juga ada ayat-ayat yang samar-samar yang boleh menyebabkan orang Islam salah faham. Maka perkara ini perlu diperjelaskan.

هُوَ الَّذي أَنزَلَ عَلَيكَ ٱلكِتَـٰبَ مِنهُ ءَايَـٰتٌ مُّحكَمَـٰتٌ هُنَّ أُمُّ ٱلكِتَـٰبِ وَأُخَرُ مُتَشَـٰبِهَـٰتٌ ۖ فَأَمَّا الَّذينَ في قُلوبِهِم زَيغٌ فَيَتَّبِعونَ ما تَشَـٰبَهَ مِنهُ ابتِغاءَ الفِتنَةِ وَابتِغاءَ تَأويلِهِ ۗ وَما يَعلَمُ تَأويلَهُ إِلَّا اللَّهُ ۗ وَٱلرّٰسِخُونَ فِي العِلمِ يَقولونَ ءَامَنَّا بِهِ كُلٌّ مِّن عِندِ رَبِّنا ۗ وَما يَذَّكَّرُ إِلّا أُولُو ٱلأَلبَـٰبِ

Dia lah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Qur’an. Sebahagian besar dari Al-Qur’an itu ialah ayat-ayat “Muhkamaat” (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Qur’an. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat “Mutasyaabihaat” (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbullah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) – adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Qur’an untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu ugama, berkata:” Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya daripada sisi Tuhan kami” Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran.

هُوَ الَّذي أَنزَلَ عَلَيكَ ٱلكِتَـٰبَ

Dia lah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Qur’an.

Allah ﷻ memulakan ayat ini dengan mengingatkan kita bahawa Dialah yang menurunkan Al-Qur’an ini kepada Nabi Muhammad ﷺ untuk disampaikan kepada kita.

مِنهُ ءَايَـٰتٌ مُّحكَمَـٰتٌ

Sebahagian besar daripada Al-Qur’an itu ialah ayat-ayat “Muhkamaat”

Majoriti dalam Al-Qur’an itu ada ayat-ayat yang jelas tentang tauhid dan akidah. Tidak ada ruang untuk kekeliruan dalam ayat-ayat Muhkamat. Ia adalah ayat-ayat yang kita akan mudah faham kalau kita belajar tafsir sebab itulah kita sentiasa tekankan kepentingan belajar tafsir Al-Qur’an supaya manusia boleh faham apakah yang hendak disampaikan.

Ayat-ayat Muhkamat itu juga mengandungi hukum untuk dijadikan panduan oleh makhluk yang dipertanggungjawabkan dengan syariat – manusia dan jin. Maka, ini pun kita kena belajar juga kerana kita kena taat. Kalau kita tidak belajar, bagaimana kita hendak taat?

Cuma, ayat Al-Qur’an akan memberikan hukum secara ringkas dan cara praktiknya akan diajar oleh Nabi ﷺ dalam hadith. Maksud hadith itu pula akan dijelaskan oleh ulama’. Maknanya, kena belajar dengan ulama’ juga, tidak boleh faham sendiri kerana kalau baca sendiri, kita tidak faham.

Sebagai contoh, dalam Al-Qur’an Allah ﷻ suruh kita mendirikan salat tetapi tidak disebut bagaimanakah cara mendirikan salat itu. Maka perincian cara-cara untuk melakukan salat itu diajar oleh Nabi ﷺ melalui hadith baginda dan kita tidak dapat lihat bagaimana cara Nabi ﷺ solat, maka kita kena belajar dengan ulama’ dan guru untuk mendapatkan cara yang betul untuk mendirikan salat itu.

هُنَّ أُمُّ ٱلكِتَـٰبِ

ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu isi Al-Qur’an

‘Umm’ bermaksud ibu atau induk. Ayat-ayat Muhkamat itu disebut sebagai Ummul Kitab kerana ia adalah ‘asal kitab’ untuk dijadikan neraca untuk membezakan yang benar dan yang tidak. Ia adalah perdu atau pati kepada Al-Qur’an.

Oleh itu, ayat-ayat Muhkamat ini kita kena tahu, kena faham dan kena ikut. Janganlah lagi jadi orang yang jahil, tidak tahu apa yang disampaikan oleh Al-Qur’an ini. Janganlah hanya belajar agama tanpa belajar tafsir dahulu.

وَأُخَرُ مُتَشَـٰبِهَـٰتٌ

Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat “Mutasyaabihaat”

Cuma selain daripada ayat-ayat Muhkamat yang jelas itu, kitab Allah ﷻ juga mengandungi ayat-ayat yang kurang jelas yang dinamakan Mutasyabihat. Daripada segi bahasa, mutasyabih bermaksud yang serupa, boleh jadi macam-macam makna, tidak tepat kepada satu erti sahaja, tetapi boleh jadi macam-macam makna.

Ia menyentuh perkara yang selain daripada hukum kerana ayat hukum memang kena jelas, tidak boleh samar-samar kerana kalau samar, susah manusia hendak ikut. Ayat-ayat yang samar-samar ini dinamakan ayat-ayat Mutayhabihat dan ia sukar difahami kalau dibaca sepintas lalu sahaja tanpa belajar.

Antara yang termasuk dalam jenis ayat-ayat Mutasyabihat ini adalah ayat-ayat yang kita tidak faham maksudnya, seperti ayat pertama surah ini – alif lam mim dan banyak lagi ayat-ayat muqatta’ah yang lain; termasuk juga dalam jenis ayat-ayat mutasyabihat adalah penerangan tentang Allah ﷻ – Allah ﷻ mempunyai tangan, Allah ﷻ bersemayam di Arasy, Allah ﷻ ada mata, dan sebagainya.

Walaupun samar-samar, tetapi ia masih boleh dijelaskan lagi supaya ada kefahaman setakat yang kita perlu tahu sahaja. Kalau baca sendiri dan sepintas lalu, tentu tidak faham. Takut kalau cuba untuk faham sendiri, akan menyebabkan salah faham dan sesat.

Maka kenalah belajar tafsir dengan mereka yang mahir untuk memahaminya. Janganlah pula tanya dengan guru-guru yang tidak tahu seperti guru tarekat atau guru yang tidak belajar tafsir pula kerana mereka akan pusing ayat-ayat itu sampai manusia keliru kerana mereka pun keliru juga.

Ada ayat-ayat Al-Qur’an yang tidak perlu dihuraikan pun kerana Nabi ﷺ sendiri tidak huraikan. Kalau Nabi sendiri ﷺ tidak huraikan, itu bermaksud kita tidak perlu sibuk hendak cari maksudnya. Ini kerana tugas Nabi ﷺ adalah menyampaikan syariat dan kalau ada ayat-ayat yang boleh menyebabkan kekeliruan, maka baginda pasti sudah menjelaskannya. Nabi ﷺ telah selesai menjalankan tugas baginda dalam menyampaikan agama ini kepada umatnya. Maka, ringkasnya, kalau Nabi ﷺ tidak huraikan, maknanya kita tidak perlu tahu. Tidak perlu pening-pening memikirkannya.

Selain daripada itu, kalau hendak menghuraikan ayat-ayat yang samar itu, kenalah bandingkan dan baca bersama dengan ayat-ayat muhkamat supaya pemahaman itu tidak lari daripada apa yang disampaikan dalam ayat-ayat Muhkamat. Harus diingatkan bahawa ayat Muhkamat adalah ayat asal dan induk kepada agama.

Memang ada banyak perkara yang kita tidak akan dapat tahu dengan mendalam. Sebagai contoh, tentang roh. Puak Yahudi Madinah pernah menyuruh Musyrikin Mekah tanyakan tentang roh kepada Nabi ﷺ. Mereka pesan kepada Musyrikin Mekah itu, kalau Nabi Muhammad ﷺ boleh beritahu tentang roh, maknanya baginda bukan seorang Nabi sebab dalam kitab mereka telah diberitahu yang jawapannya adalah ‘tidak tahu’.

Memang bila ditanya, jawapan yang diberikan oleh Nabi Muhammad ﷺ (setelah diberitahu oleh Allah ﷻ) adalah roh itu adalah urusan Tuhan. Memang kita manusia tidak diberikan dengan ilmu menyeluruh tentangnya. Yang kita tahu, Roh itu ada dan ia adalah urusan Allah ﷻ. Maka kena beriman sahaja setakat yang kita tahu. Allah ﷻ sahaja yang tahu secara keseluruhan dan Nabi ﷺ pun tidak huraikan sedangkan kalau ia perkara yang perlu diketahui, sudah tentu Nabi ﷺ telah huraikan.

Namun malangnya, dalam masyarakat kita, ada yang apabila membicarakan ayat-ayat mutasyabihat, mereka boleh pula menghuraikannya panjang-panjang sedangkan maklumat daripada nas tidak ada. Ini amatlah menghairankan.

Sebagai contoh, Imam Razi kata sampai ada seribu pendapat yang berbeza tentang roh. Padahal ia adalah perkara yang tidak perlu dihuraikan. Benda yang patut dihuraikan dan dijelaskan tidak pula dihuraikan, tetapi sibuk tentang perkara yang tidak perlu.

فَأَمَّا الَّذينَ في قُلوبِهِم زَيغٌ

adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan,

Ingatlah, hati yang sudah ada kecondongan kepada syirik dan kesesatan, akan mudah mengikut ayat-ayat mutasyabihah yang boleh membawa makna lain daripada ayat-ayat Muhkamat. Hati yang telah punah akan bawa kepada pemahaman makna ayat Al-Qur’an yang punah. Ini amat bahaya.

Sepatutnya pemahaman ayat-ayat Mutasyabihat itu mesti difahami mengikut ayat Muhkamat. Namun, mereka yang hati telah punah itu akan takwil ayat-ayat mutasyabihah itu mengikut kehendak hati mereka. Ini kerana mereka hendak bawakan juga fahaman yang tidak sesuai dengan fahaman tauhid.

Ini pun ada banyak terjadi dalam masyarakat kita kerana ramai yang belajar dengan mereka yang tidak tahu. Maka punahlah masyarakat kita macam juga penganut Nasara yang takwil ikut suka hati mereka.

فَيَتَّبِعونَ ما تَشٰبَهَ مِنهُ

maka mereka menurut apa yang samar-samar daripadanya

Ramai yang dalam kalangan orang kita yang suka benar berbincang tentang ayat-ayat mustasyabihat ini. Mereka rasa macam hebat sahaja, membincangkan tentang apa maksud ‘nur’, tentang arasy Allah ﷻ , maksud Alif Lam Mim dan lain-lain lagi. Sedangkan banyak ayat-ayat tentang hukum, mereka tidak belajar dan amalkan pun lagi.

Oleh itu kita boleh lihat mereka yang banyak membincangkan ayat-ayat mutasyabihat ini adalah orang yang kurang pandai dalam agama tetapi mereka rasa mereka pandai kerana boleh cakap banyak dan mereka sangka mereka boleh berbincang tentang perkara yang manusia lain tidak tahu. Itu sangkaan mereka sahaja.

Bukanlah ayat-ayat mutasyabihat itu tidak ada makna. Ini kerana apabila Allah ﷻ meletakkannya dalam Al-Qur’an, tentu ada makna. Cuma kita sebagai manusia tidak dapat memahaminya dan kita tidak perlu tahu pun, kerana dalilnya, Nabi ﷺ sendiri tidak beritahu kita.

ابتِغاءَ الفِتنَةِ

untuk mencari fitnah

Perbincangan tentang benda yang memang tidak boleh difahami akan menyebabkan fitnah dalam masyarakat Islam sahaja sebab akan ada banyak pendapat yang berbeza dan ada yang rasa pendapat dia yang benar dan menyalahkan pendapat lain. Maka hasilnya pecah belah dalam masyarakat sampai ada yang kafir mengkafir.

Lebih malang lagi jika daripada penerangan tentang ayat-ayat mutasyabihat itu boleh menyebabkan salah faham tentang Allah ﷻ sampaikan boleh membawa kepada syirik. Ini amat bahaya.

وَابتِغاءَ تَأويلِهِ

dan mencari-cari takwilnya

Mereka sengaja membuang masa hendak mencari dan hendak tahu apakah maksud (takwil) ayat-ayat mutasyabihaat itu. Padahal ia bukanlah perkara yang perlu diketahui. Mereka telah disibukkan dengan perkara yang tidak perlu.

وَما يَعلَمُ تَأويلَهُ إِلَّا اللَّهُ

Padahal tidak ada yang mengetahui takwilnya melainkan Allah.

Sedangkan Allah ﷻ sahaja yang tahu takwil kepada ayat-ayat mutasyabihat itu. Manusia tidak ada kelebihan itu. Awal-awal surah ini lagi telah diletakkan alif lam mim yang kita sendiri tidak tahu apakah maksudnya. Memang kalau kita pecah kepala fikir pun, tidak akan dapat tahu.

وَالرّٰسِخونَ فِي العِلمِ

Dan orang-orang yang mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu ugama,

Iaitu mereka yang dalam, luas dan sudah kukuh ilmu mereka. Mereka telah belajar habis tentang agama, luar dan dalam. Mereka telah belajar sampai ke kemuncak ilmu yang boleh dicapai oleh manusia. Merekalah yang banyak menulis kitab-kitab tafsir yang muktabar.

يَقولونَ ءآمَنّا بِهِ كُلٌّ مِن عِندِ رَبِّنا

mereka berkata:” Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami”

Mereka kata mereka beriman dengan ayat-ayat mutasyabihat itu sebagai ayat daripada Allah ﷻ. Mereka terima dengan seadanya, tanpa perlu tahu dan fikir secara mendalam sangat kerana dalam mencari ilmu agama, yang paling penting kita kena pastikan adalah sama ada ia adalah wahyu atau tidak. Kalau wahyu, maka kita terima dan beriman dengannya sama ada kita faham ataupun tidak.

Tidak ada malunya kalau kita terima ada perkara yang kita tidak akan dapat tahu. Ini kerana kita hanyalah manusia biasa. Sedangkan mereka yang amat-amat alim jauh lebih daripada kita pun cakap begitu, apatah lagi kita?

Ayat-ayat Mutasyabihat itu tidak banyak dalam Al-Qur’an, tidak sampai seratus ayatnya. Jadi, tidak mengganggu agama kita kalau kita tidak faham apakah maksud ayat-ayat mutasyabihat itu.

وَما يَذَّكَّرُ إِلّا أُولُو الأَلبٰبِ

Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran.

Tidak ramai yang boleh mengambil pengajaran ini melainkan mereka yang ada akal yang waras. Akal yang waras akan terima yang ia hanya diketahui oleh Allah ﷻ. Semua Imam mazhab empat tidak menghuraikan ayat-ayat mutasyabihat. Begitu juga sahabat yang belajar terus dengan Nabi ﷺ. Sedangkan kalau yang tahu, tentulah mereka yang lebih tahu.

Tabi’in pun begitu juga kerana mereka belajar terus dengan para sahabat. Imam-Imam Mujtahid pun tidak menghuraikannya juga. Namun yang menghairankan, kenapa ulama’ kampung pula yang mahu menghuraikannya? Kalau dibaca tafsir ayat-ayat mutasyabihat, panjang berjela mereka hurai, tetapi akhirnya mereka akan kata itu adalah pandangan mereka sahaja dan Allah ﷻ lebih tahu. Itu adalah buang masa, namanya.

Ulul Albab adalah mereka yang menggunakan akal yang suci daripada emosi seperti marah, dengki, cinta dan sebagainya. Ini kerana emosi-emosi boleh mengganggu akal. Contohnya, kalau kita sudah cintakan sesuatu, keputusan yang kita buat akan condong kepada sesuatu perkara; kalau sedang marah pula, kita tidak dapat berfikir dengan baik.

Dengan akal yang suci, golongan ulul albab akan dapat memikirkan dengan mendalam sesuatu perkara itu. Minda mereka tidak bercampur dengan benda-benda yang buang masa, yang lagha.

Begitupun, selepas mereka fikir dengan mendalam, mereka tidak menghuraikan ayat-ayat mutasyabihat itu. Mereka beriman sahaja dan hati mereka redha dengan iman itu. Hati mereka tenang walaupun tidak tahu.

Allahu a’lam.

Tafsir Surah Aali-Imran: Tafsir Ayat Pertama hingga Keempat

0

Tafsir Surah Aali-Imran

Tafsir Ayat Pertama

الم

Huruf-huruf ini dinamakan ‘Huruf muqatta’ah’ – huruf yang dipotong-potong. Kita tidak tahu apakah maksudnya. Nabi ﷺ tidak beritahu dan sahabat pun tidak tanya. Padahal tugas Nabi ﷺ untuk menyampaikan apa yang patut disampaikan.

Maka, perkara ini kita tidak dapat tahu dengan sendiri dan kalau ia adalah perkara yang perlu diketahui, Nabi ﷺ pasti akan beritahu kepada kita. Akan tetapi tidak ada riwayat yang Nabi ﷺ menjelaskannya. Maka kita kena senyap tentang perkara ini dan jangan buang masa untuk mencari apakah maksudnya. Memang ada yang memberikan pendapat tetapi mereka bercakap tanpa ada dalil. Ia hanyalah pendapat mereka sahaja.

Maka, kita memulakan tafsir surah ini dengan mengatakan kita tidak tahu apakah maksudnya. Ini mengajar kita, kalau Allah ‎ﷻ tidak beritahu kepada kita apakah makna sesuatu itu, kita tidak akan tahu. Maknanya, kita mengharapkan ilmu daripada Allah ‎ﷻ tentang sesuatu ilmu itu. Jikalau Allah ‎ﷻ tidak mengizinkan kita tahu, maka kita tidak akan tahu.

Tafsir Ayat Ke-2

اللَّهُ لا إِلٰهَ إِلّا هُوَ الحَيُّ القَيّومُ

Allah tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap Hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan sekalian makhluk-Nya.

اللَّهُ لا إِلٰهَ إِلّا هُوَ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia,

Ini adalah ayat Dakwa Surah ini. Allah ﷻ menegaskan yang tiada ilah melainkan Dia. Hanya Dia sahaja yang layak dipuja, diibadati, ditaati dan tempat kita minta doa.

الحَيُّ القَيّومُ

Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan sekalian makhluk-Nya.

Selepas diberikan Dakwa, seterusnya Allah ‎ﷻ terus beri Dalil kenapa hanya Dia sahaja ilah. Hanya Dia sahaja ilah kerana Dia sahaja yang Maha Hidup dan tidak mati-mati. Nabi Isa عليه السلام dan Maryam رضي الله عنها sudah wafat. Begitu juga dengan manusia lain dan mana-mana makhluk pun tidak akan kekal.

Allah ‎ﷻlah sahaja Dzat yang Sedia mengurus semua makhluk-Nya, tidak ada kuasa lain. Nabi Isa عليه السلام dan ibunya Maryam رضي الله عنها tidak dapat menguruskan alam ini. Begitu juga, para wali dan para Nabi tidak menguruskan alam ini.

Tafsir Ayat Ke-3

نَزَّلَ عَلَيكَ ٱلكِتَـٰبَ بِالحَقِّ مُصَدِّقًا لِّما بَينَ يَدَيهِ وَأَنزَلَ ٱلتَّورَٮٰةَ وَالإِنجيلَ

Dia menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci (Al-Quran) dengan mengandungi kebenaran, yang mengesahkan isi Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripadanya, dan Dia juga yang menurunkan Kitab Taurat dan Injil.

نَزَّلَ عَلَيكَ ٱلكِتَـٰبَ بِالحَقِّ

Dia menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci (Al-Qur’an) dengan mengandungi kebenaran,

Allah ‎ﷻ telah menurunkan Al-Qur’an kepada Nabi Muhammad ﷺ. Ia menjadi panduan hidup kita yang sepatutnya kita kena pelajari. Kerana Allah ﷻ yang turunkan, maka kita sebagai hamba-Nya, kenalah tahu apa yang Allah ﷻ hendak sampaikan.

Kalimah نَزَّلَ maksudnya dari segi bahasa adalah: menurunkan sedikit demi sedikit. Ini adalah kerana Al-Qur’an diturunkan mengambil masa selama hampir 23 tahun. Kalau kalimah أَنزَلَ juga boleh diterjemahkan sebagai ‘menurunkan’ tetapi maksudnya turunkan sekaligus. Ini adalah ketepatan bahasa yang digunakan dalam Al-Qur’an.

Apabila bercakap tentang Al-Qur’an, Allah ‎ﷻ menggunakan perkataan نَزَّلَ kerana Al-Qur’an itu diturunkan sedikit demi sedikit. Namun apabila membicarakan kitab-kitab yang lain, Allah ‎ﷻ menggunakan lafaz أَنزَلَ kerana kitab-kitab itu diturunkan sekaligus. Kitab Taurat turun dalam bentuk kitab terus dan Kitab Injil dikatakan terus dimasukkan ke dalam dada Nabi Isa عليه السلام.

Allah ﷻ menegaskan yang Kitab Al-Qur’an itu adalah benar dan ia diturunkan dengan tujuan memberitahu kebenaran – iaitu kebenaran tentang Allah ‎ﷻ. Maka untuk kita tahu kebenaran, kenalah kita belajar tentang Al-Qur’an ini iaitu dengan mempelajari ilmu tafsir.

مُصَدِّقًا لِّما بَينَ يَدَيهِ

yang mengesahkan isi Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripadanya,

Al-Qur’an itu membenarkan ajaran akidah tauhid yang ada dalam Taurat dan Injil dan kitab-kitab yang lain. Bukanlah Allah ﷻ beritahu kitab-kitab itu sekarang benar. Ini adalah kerana semua kitab-kitab wahyu lain sebelum Al-Qur’an telah diselewengkan.

Tetapi sebelum ianya diselewengkan, kitab-kitab itu juga bawa ajaran yang benar terutama sekali tentang Tauhid. Dan Allah ﷻ hendak memberitahu, sama sahaja ajaran tauhid di dalam kitab-kitab itu dengan Al-Qur’an.

وَأَنزَلَ ٱلتَّورَٮٰةَ وَالإِنجيلَ

dan Dia juga yang menurunkan Taurat dan Injil.

Disebut Kitab Taurat dan Injil dalam ayat ini, memberi isyarat bahawa surah ini adalah tentang puak Nasara kerana mereka sahaja yang terima Taurat dan Injil. Ini kerana puak Yahudi tidak terima Injil sebagai kalam Allah ‎ﷻ.

Golongan Nasara pun kena terima Taurat juga kerana itu juga sebahagian daripada kitab mereka. Kalau dalam Bible mereka sekarang, Taurat itu adalah Old Testament dan Injil adalah New Testament.

Tafsir Ayat Ke-4

مِن قَبلُ هُدًى لِّلنّاسِ وَأَنزَلَ الفُرقانَ ۗ إِنَّ الَّذينَ كَفَروا بِـَٔايَـٰتِ اللَّهِ لَهُم عَذابٌ شَديدٌ ۗ وَاللَّهُ عَزيزٌ ذُو انتِقامٍ

Sebelum (Al-Qu’ran diturunkan), menjadi petunjuk bagi umat manusia. Dan Dia juga yang menurunkan Al-Furqaan (yang membezakan antara yang benar dengan yang salah). Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah itu, bagi mereka azab seksa yang amat berat. Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi berhak membalas dengan azab seksa (kepada golongan yang bersalah).

مِن قَبلُ

Sebelumnya,

Ini adalah sambungan daripada ayat sebelum ini – Taurat dan Injil telah diturunkan dahulu sebelum diturunkan Al-Qur’an.

هُدًى لِّلنّاسِ

menjadi petunjuk bagi umat manusia.

Semua kitab-kitab yang diturunkan oleh Allah ﷻ adalah sumber hidayah kepada manusia.

Namun, perlulah kita ingatkan di sini bahawa bukanlah Taurat dan Injil yang ada sekarang menjadi sumber hidayah kepada manusia pula kerana Taurat dan Injil yang ada sekarang bukanlah yang asli, tetapi telah ada campur tangan tambahan daripada kata-kata manusia.

Taurat dan Injil yang asal memang menjadi sumber hidayah, tetapi Taurat dan Injil yang ada sekarang, tidak. Janganlah ada pula yang menggunakan dalil ayat ini dan ayat-ayat lain yang membenarkan dua kitab itu, untuk mengatakan boleh pakai Taurat dan Injil sekarang sebagai sumber hidayah.

وَأَنزَلَ الفُرقانَ

Dan Dia juga yang menurunkan Al-Furqaan

‘Furqan’ daripada segi bahasa adalah ‘pembeza’ dan dalam ayat ini maksudnya menzahirkan mukjizat. Ini kerana Mukjizat membezakan antara manusia biasa dan para Nabi dan ia adalah sebagai bukti kenabian. Manusia akan percaya kepada Nabi (kepada yang mahu percaya) jikalau mereka menunjukkan bukti dan salah satu bukti kenabian adalah mukjizat.

Banyak kekeliruan tentang mukjizat ini. Allah ﷻ yang menzahirkan mukjizat itu, bukannya dengan kehendak Nabi. Oleh itu, mukjizat bukanlah kuasa yang ada pada para Nabi.

Sebagai contoh, kalau Nabi Musa رضي الله عنه saja-saja mengetuk laut atau sungai dengan tongkatnya untuk menyeberang laut atau sungai itu, laut atau sungai itu tidak akan terbelah.

Hanya apabila Allah ﷻ suruh dan jadikan, barulah ia terjadi. Jadi, kalau Nabi hendak buat sendiri, ia tidak akan terjadi. Oleh itu digunakan lafaz Furqan untuk membezakan antara manusia dan Nabi.

Begitu juga dengan karamah. Karamah pun ramai yang keliru. Mereka sangka karamah itu adalah kuasa para wali. Ini adalah fahaman salah yang amat besar dalam masyarakat kita.

Kena ingat yang seperti juga mukjizat bukan kuasa Nabi, karamah juga bukan kuasa wali. Hanya apabila Allah ﷻ hendak tunjukkan, baru ia akan terjadi. Maka, kalau ada orang yang dikatakan ‘wali’, dan dia boleh buat benda-benda ajaib (atas kehendak dia), itu bukan ‘karamah’, tetapi itu adalah ‘sihir’.

Furqan juga bermaksud membezakan mana yang benar dan mana yang tidak. Al-Qur’an itu membezakan manakah ajaran yang benar dan ajaran yang salah. Oleh itu, apa-apa sahaja ilmu agama, hendaklah dibandingkan dengan Al-Qur’an.

Malangnya ramai mereka dalam kalangan masyarakat kita tidak belajar Al-Qur’an, tetapi terus belajar ‘agama’ dengan guru yang tidak belajar tafsir Al-Qur’an pun. Maka banyak ajaran-ajaran mereka ada yang pelik dan berlawanan dengan apa yang diajar oleh Al-Qur’an.

Ini kerana apabila guru dan anak murid sendiri tidak belajar tafsir Al-Qur’an, mereka tidak dapat bezakan mana yang benar dan mana yang tidak. Ini adalah masalah besar dalam masyarakat kita, sampai boleh menyebabkan pecah belah dan benci membenci.

إِنَّ الَّذينَ كَفَروا بِـَٔايَـٰتِ اللَّهِ لَهُم عَذابٌ شَديدٌ

Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah itu, bagi mereka azab seksa yang amat berat.

Ini adalah ayat Takhwif Ukhrawi untuk menakutkan mereka yang degil untuk beriman dengan ayat-ayat Allah ﷻ. Setelah diberi dengan dakwah tetapi masih tidak mahu beriman, Allah ﷻ janjikan kepada mereka azab yang pedih di neraka kelak.

وَاللَّهُ عَزيزٌ ذُو انتِقامٍ

Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi berhak membalas dengan azab seksa

Kalimah ذُو انتِقامٍ (yang mempunyai pembalasan dendam) maksudnya Allah ﷻ boleh terus menghukum manusia dengan memberi azab kepada makhluk pada bila-bila masa sahaja yang Dia mahu. Maksudnya Allah ﷻ mempunyai kuasa itu, tetapi Allah ﷻ tidak meletak sifat-Nya sebagai al-Muntaqim (yang membalas dendam).

Maksudnya, tidak semestinya Allah ﷻ terus berikan azab-Nya sebagai balas dendam kepada manusia. Allah ﷻ mempunyai sifat-sifat lain yang tidak terus mengazab makhluk-Nya.

Allahu a’lam.

Soal Jawab Bersama Doktor: Seputar Persoalan Kesihatan Bilik 50 – Bahagian 9/2020

0

Santan Kelapa

Soalan 1:

Bolehkah meminum santan (bukan kotak)?

Jawapan:

Boleh, seperti kita minum cendol.

[Santan kelapa adalah satu bahan masakan yang digunakan oleh masyarakat di Malaysia.  Masakan seperti rendang dan lemang yang popular semasa sambutan hari raya menggunakan santan dalam penyediaannya. Santan selalu dikatakan sebagai lemak yang tidak sihat dan boleh menyebabkan masalah kolesterol tinggi. Adakah pendapat ini benar dan bersandarkan kajian saintifik yang betul?

Terdapat kajian sains mendapati masyarakat yang kerap mengambil santan dalam makanan mereka mempunyai kadar penyakit jantung yang rendah dan paras kolesterol yang rendah juga. Antaranya adalah kajian daripada buku ‘The Coconut Oil Miracle’ tulisan Dr Bruce Fife secara jelas memberikan banyak bukti-bukti kajian saintifik tentang kelebihan minyak kelapa dan santan kepada kesihatan terutama kesihatan kardiovaskular.]

https://www.facebook.com/dietdrzubaidi/posts/benarkah-santan-meningkatkan-kolesterolsantan-kelapa-adalah-satu-bahan-masakan-y/885694175140353/

Ujian Toleransi Gula

Soalan 2:

Apakah relevannya ujian meminum air gula?

Jawapan:

Untuk stress kan sistem insulin dan melihat tahap penurunan gula dalam darah untuk tempoh 2 jam.  Paras gula akan turun bagi orang yang tiada masalah penyakit kencing manis.

[Ujian ini biasanya dilakukan pada individu yang mempunyai nilai paras gula darah berpuasa yang biasa tetapi mempunyai simptom-simptom klinikal penyakit kencing manis seperti glycosuria (paras gula tinggi dalam air kencing), polyuria (sentiasa ingin membuang air kencing) dan polydipsia (sentiasa rasa dahaga).

Ujian ini dilakukan dengan mengambil sampel darah sama ada dua kali atau tiga kali. Sampel darah pertama yang diambil adalah untuk mengukur nilai gula darah berpuasa. Kemudian, minuman glukosa yang mengandungi 75g larutan glukosa diberi. Sampel darah kedua, 1-HPP (1 jam selepas makan) dan sampel darah ketiga, 2-HPP (2 jam selepas makan) diambil pada 60 dan 120 minit selepas meminum air glukosa. Amalan sekarang hanya mengambil sampel darah berpuasa dan sampel darah 2-jam selepas makan.

Prinsip ujian ini adalah untuk menilai keupayaan tubuh untuk menyerap dan menyeimbangkan glukosa yang diminum.]

http://www.myhealth.gov.my/ujian-penunjuk-diabetes-mellitus/

Suhu badan

Soalan 3:

  • Mengapa tubuh badan saya sentiasa rasa sejuk? Kesejukan yang dialami sehingga boleh menyebabkan demam.
  • Mengapa pula jika sering merasa kepanasan badan? Jika terlampau panas, saya perlu berada di dalam bilik yang berhawa dingin kerana kepanasan badan menyebabkan serangan migrain.

Jawapan:

  • Kekurangan air dalam badan boleh menyebabkan tubuh badan berasa sejuk.
  • Disarankan untuk membuat ujian darah bagi mengetahui fungsi tiroid. Kepanasan badan juga boleh dikaitkan dengan gejala menopause.

[Suhu di bawah 35.0 ° C dianggap rendah. Seseorang mengalami kelemahan dan kelesuan, mengantuk dan keletihan.

Suhu badan yang tinggi kerana haba luaran yang berlebihan atau pertukaran haba yang buruk dengan alam sekitar pula dipanggil Hyperthermia. Tubuh bereaksi dengan perluasan pembuluh kulit, berpeluh berlimpah dan mekanisme fisiologi lain daripada thermoregulation.]

https://www.doctoroncall.com.my/tanya/soalan/pening-kepala-makan-ubat-darah-tinggi/28636

Vitamin D

Soalan 4:

Bolehkah pengambilan vitamin D diamalkan tanpa pemeriksaan doktor?

Jawapan:

Boleh. Hanya sedikit sahaja pengambilan vitamin D yang diperlukan oleh tubuh badan kita dan pengambilan perlu diambil menurut saranan pada label yang tertera.

[Vitamin D merupakan sejenis vitamin yang larut dalam lemak. Terdapat dua bentuk vitamin D yang utama iaitu ergocalciferol (vitamin D2) dan cholecalciferol (vitamin D3). Vitamin D2 boleh disintesiskan oleh tumbuhan dan kulat manakala vitamin D3 boleh disintesiskan sendiri oleh manusia apabila kulit kita terdedah kepada sinaran ultraungu B (UVB) dalam cahaya matahari. Oleh itu, vitamin D juga dikenali sebagai vitamin “sunshine”.  Pembacaan lanjut berkenaan vitamin D boleh diperolehi melalui link berikut:]

http://www.myhealth.gov.my/vitamin-d-and-sunlight/ 

Apendiks

Soalan 5:

Doktor, mengapa saya mengalami pedih di bahagian dada dan sakit apabila sendawa?

Jawapan:

Perlu menjalani pemeriksaan dan rawatan daripada doktor.  Kemungkinan tuan mengalami ‘Esophageal Reflux’.

[Pedih ulu hati disebabkan oleh asid perut mengganggu kawasan bawah esofagus. Ia terjadi kerana injap di bahagian atas perut dikenali sebagai lower esophageal sphincter(LES) tidak tertutup. Asid ini memasuki esofagus yang tidak mempunyai lapisan penebat bahan kimia. Ini akan menyebabkan kesan kimia terjadi. Kenyataan yang selalu digambarkan adalah sakit dada seperti terbakar. Selalunya terjadi selepas makan berat.

Pedih ulu hati adalah gejala biasa. Sekiranya ia terjadi sekali sekala ia tidak perlu dirisaukan. Namun ada sesetengah orang mengalaminya berkali-kali malah ada yang setiap hari. Kekerapan ini boleh menyebabkan masalah yang lebih serius dan memerlukan perhatian perubatan. Kekerapan pedih ulu hati adalah gejala Gastro Esophageal Reflux Disease(GERD).]

http://www.myhealth.gov.my/pedih-ulu-hati-3/

 

SOAL JAWAB FIQH WANITA: NAFKAH IBU MERTUA TANGGUNGJAWAB ISTERI?

0

🔴 Saya mempunyai persoalan mengenai isu pemberian wang bulanan kepada ibu kandung dan ibu mertua. Adakah perlu saya memberikan nilai yang sama banyak kepada mereka?

Sekiranya kedua-dua ibu saudara dan ibu mertua tidak berkemampuan, adakah saya wajib membantu ibu saudara pula?


Sepatutnya anda dipertanggungjawabkan untuk menjaga ibu anda sahaja. Ibu suami, biarlah suami yang uruskan. Untuk ibu mertua apabila balik jumpa sekali sekala, maka hulurlah sebagai tanda ingatan, tetapi kalau anda kaya, bergaji besar, maka baguslah jika dapat diberikan wang bulanan.

Isu di antara ibu saudara vs ibu mertua. Sama-sama miskin, suami anda pun tidak mampu untuk membantu ibunya.

Isu ini haruslah dihalusi lagi, kaji kes demi kes. Kalau mampu, bantu kedua-duanya, itu yang sebaik-baiknya. Kena lihat jika ibu saudara itu mempunyai keluarga lain atau dia sebatang kara.

Kes-kes begini susah untuk “generalize” (samarata) dan dijadikan satu formula. Semua kena dilihat kes demi kes.

🔴 Selama ini yang saya faham kita kenalah menjaga ibu mertua sama seperti ibu sendiri termasuk memberi duit belanja. Apabila menantu memberi, ibu mertua sudah menganggapnya sebagai tanggungjawab menantu maka wajib diberikan setiap bulan.


Tidak sepatutnya begitu, mereka yang mengatakan begitu mestilah mendatangkan dengan nas yang sahih. Kita kena amalkan fiqh ini berdasarkan nas.

Bagaimana pula nafkah ibu diletakkan ke atas bahu menantu? Di manakah peranan anak-anaknya, suami anda pula buat apa?
Sebab anda kena lihat kemiskinan di sebelah keluarga anda juga.

🔴 Baru saya faham. Ibu mertua saya selalu meminta macam-macam daripada saya sampaikan setiap kali balik saya selalu kena sediakan wang untuk dia dan keluarganya. Apabila dia tengok saya berduit walhal gaji suami lebih tinggi, malah dia pujuk saya untuk memberi nafkah kepada suami saya juga sebab dikatakan tanggungjawab suami saya lebih berat pada keluarga sebab saya sudah bekerja.


Asal usul perkahwinan:
Bab Nafkah dan Pengurusan Kewangan Famili

Asal zaman purbakala, khususnya di Tanah Arab, wanita hanyalah surirumah. Suami merupakan “sole bread winner”, suami yang mencari rezeki.

Ketika ini ibu mertua tidaklah meminta apa-apa daripada menantunya, memang hanya akan meminta daripada anaknya sahaja. (si suami). Sekiranya si isteri mempunyai harta, itu memang milik mutlaknya. Dia diberikan nafkah oleh suami, dan hartanya memang miliknya. Wanita tidak diwajibkan memberi nafkah.

Fiqh asal: lelaki yang memberi nafkah yang dinamakan belanja dapur dan duit poket.

Di Malaysia, wanita sejak dahulu kala, adalah wanita bekerjaya. Maka fiqh keluarga akan berubah sebab sistem telah berubah. Dahulu, isteri memiliki harta melalui nafkah suami. Ia mencukupi untuk dia sahaja. Sekarang di Malaysia, isteri ada pendapatan sendiri. Contoh gaji suami RM 4,000, gaji isteri pula RM5,000.

Maka wujudnya fiqh yang baru:
*⃣ Apakah suami masih perlu memberi nafkah duit poket untuk isteri?
*⃣ Bagaimana dengan kos pengurusan rumah (belanja dapur, bil air dan elektrik, taska, tadika, yuran sekolah swasta)?
*⃣ Bagaimana dengan kos tetap (ansuran kereta, ansuran perumahan)?
*⃣ Bagaimana dengan pelaburan?
*⃣ Bagaimana dengan caruman bulanan kepada ibubapa?

Fiqh baru bermaksud suami isteri hendaklah “sit down” (duduk bersama) dan berbincang bersama.

Maka apabila membincangkan bab sumbangan kepada ibubapa, isunya:
*Caruman bulanan kepada ibubapa, apakah secara sumbangan masing-masing atau “sharing” (kongsi)?
*Apakah isteri perlu memberikan sumbangan bulanan kepada ibubapa suami?
*Apakah suami perlu memberikan sumbangan kepada ibubapa isteri?

Semua ini kenalah dibincangkan sebelum menjalani kehidupan sebagai suami isteri.

Fiqh yang baru disebabkan isteri mempunyai kerjaya tidak ada dalam mana mana kitab fiqh sebab zaman awal Islam di Tanah Arab, wanita tidak ada kerjaya, wanita masih belum dapat “human rights” (hak kemanusiaan) sepenuhnya lagi.

Maka suami isteri di zaman moden yang kena bangunkan fiqh kewangan mereka sendiri berdasarkan pendapatan kasar isi rumah serta perbelanjaan yang semakin meningkat di akhir zaman.

Ini kerana wanita bekerjaya vs wanita surirumah jauh bezanya:

💼 Wanita bekerjaya akan menghabiskan masa minima 8 jam di luar rumah. Maka suami dan anak-anak akan kehilangan hak yang banyak.
💼 Isu keletihan, isteri tidak lagi mampu melayan suami OD (on demand) sebab faktor keletihan. Suami akan kehilangan hak OD.
💼 Pendidikan anak-anak daripada bayi kepada usia mumaiyyiz (tadika), juga akan kehilangan, anak-anak tidak dapat hak penjagaan atau hadhanah.
💼 Bayi juga kehilangan hak penyusuan yang sempurna.
💼 Kehilangan mendapat masakan yang baik, diet yang terjaga.
💼 Keadaan rumah tangga dari segi kebersihan, susun atur, urusan pakaian semua akan terjejas.
💼 Isteri akan terdedah kepada fitnah, jika beliau seorang yang cantik dan muda.

Ini semua kos pelepasan yang terpaksa ditanggung oleh suami, maka sebab itu perlu kepada perbincangan untuk mengurus dana keluarga bersama.

 

Tafsir Surah Aali-Imran: Mukaddimah Surah

0

Tafsir Surah Aali-Imran

Mukaddimah

Dalam ayat terakhir Surah Al-Fatihah, telah disentuh tentang empat golongan yang sesat: Yahudi, Musyrikin, Nasara dan Munafik. Kisah Yahudi sudah banyak disebut dalam Surah Baqarah. Kisah Nasara pula banyak disebut dalam surah Ali Imran. Maka sekarang kita akan belajar tentang golongan Nasara pula.

Sebenarnya, Yahudi yang mengawal Nasara dari dahulu sampai sekarang. Yang menyesatkan mereka pun asalnya adalah puak Yahudi. Jadi kisah Yahudi pun ada dalam surah ini. Ini adalah kerana mereka ada kaitan yang amat rapat. Dua-dua sifat mereka kita kena belajar.

Kita kena tahu apakah sifat Nasara sebab kita telah minta dijauhkan daripada menjadi seperti mereka (dalam Surah Al-Fatihah). Maka kita kena tahu sifat-sifat mereka supaya kita boleh periksa pada diri kita kerana takut kita sendiri atau kenalan dan keluarga kita pula ada sifat seperti mereka.

Surah An-Nisa pula selepas surah ini akan menerangkan tentang sifat-sifat munafiqin dan akhirnya, surah Al-Maidah akan menyebut tentang ketiga-tiga golongan itu. Ia dijelaskan lagi dalam surah Al-Maidah supaya pemahaman mengenai ketiga-tiga golongan itu menjadi semakin jelas kepada kita.

Kemudian Surah Al-An’am pula menceritakan tentang golongan musyrikin. Ini adalah kerana Surah itu turun di Mekah, maka ia menceritakan tentang sifat-sifat Musyrikin Mekah.

Begitulah surah-surah awal ini diberikan kepada kita untuk menjelaskan golongan-golongan itu. Semua golongan itu sesat tetapi ada kelainan antara mereka, iaitu kesesatan mereka berbeza-beza. Dengan mempelajari tafsir surah-surah ini, maka kita akan semakin faham agama kita ini.

Seperti yang kita telah belajar, surah Al-Baqarah ada menyentuh tentang tauhid, risalah, jihad dan infaq. Surah Ali Imran ini akan mengulangi semula empat perkara ini dengan cara sedikit berbeza iaitu akan ditambah penjelasan tentang kesamaran-kesamaran yang ada dalam hati manusia.

Itulah rumusan kepada surah-surah yang awal yang akan kita belajar nanti kerana apabila surah Al-Baqarah memberitahu tentang hukum-hukum, ada perkara yang menyebabkan manusia keliru kerana ada kesamaran. Maka kesamaran-kesamaran itu dijelaskan dalam surah ini.

Surah Al-Baqarah banyak menyentuh tentang taqwa dan perkara yang berkaitan dengan iman. Sedangkan Surah Ali Imran ini nanti, kita akan lihat banyak memperkatakan tentang Rukun Islam pula.

Surah Ali Imran ini terbahagi kepada dua bahagian:

Ayat 1-92 adalah bahagian pertama dan ia memperkatakan tentang Tauhid dan risalah.

Ayat 93-200 adalah bahagian kedua dan ia mengandungi dalil-dalil Tauhid serta Jihad dan Infak.

Surah Al-Baqarah ada kisah lembu di dalamnya. Antaranya, Allah ‎ﷻ melarang manusia daripada memuja lembu dan sebaliknya Allah ‎ﷻ suruh puja Dia sahaja. Puak Yahudi pula selain daripada puja Allah ‎ﷻ, mereka juga ada memuja lembu. Mereka lakukan begitu kerana mereka lihat ada kepelikan pada lembu. Jadi, walaupun bangsa Yahudi itu cerdik-cerdik belaka, ada juga kebodohan mereka dan akidah mereka punah. Maka memang tepat apabila surah itu dinamakan dengan Al-Baqarah kerana itu yang mereka puja.

Kalau Yahudi puja baqarah (lembu), maka Nasara pula puja Ali Imran (keluarga Imran). Mereka puja ahli keluarga Imran seperti Maryam رضي الله عنها dan Nabi Isa عليه السلام kerana mereka telah jadi keliru dalam hal agama. Kalau Yahudi puja lembu kerana nampak lembu itu pelik, Nasara puja Ali Imran kerana mereka itu ada karamah dan mukjizat. Selain daripada mereka berdua yang dipuja, Nasara juga puja Ruhul Qudus, iaitu Jibril عليه السلام.

Golongan Nasara yang asal tidak begitu. Apabila setelah sekian lama barulah golongan ini menjadi sesat. Macam juga dengan agama Islam, asalnya penganutnya betul di atas landasan kebenaran, tetapi lama kelamaan ada ajaran sesat yang dimasukkan. Ini adalah kerana ramai yang jahil kerana tidak belajar wahyu, maka senang ditipu.

Mereka itu macam juga penganut Nasara yang tidak belajar agama mereka. Maka kena jelaskan kepada orang Islam yang sesat dan Nasara kerana mereka itu sesat kerana jahil sahaja. Oleh kerana jahil, maka ada yang reka dan tambah benda baharu dalam agama. Memang bahaya apabila agama ini ditambah-tambah dengan perkara baru yang bukan datang daripada nas wahyu.

Kerana itu kita ingatkan tentang ajaran sunnah yang menentang bid’ah. Bid’ah akan merosakkan agama. Dan inilah yang terjadi kepada Nasara dan kepada sekarang kepada orang Islam juga. Maka kena sampaikan ajaran sunnah ini kepada manusia dan kalau mereka mahu kepada kebenaran, mereka akan terima ajakan dakwah yang disampaikan.

Jadi lambang pujaan Yahudi dalam Surah Baqarah adalah baqarah (lembu) sementara pujaan golongan Nasara pula adalah Ali Imran (keluarga Imran). Jadi kekeliruan dan kesesatan mereka diperbetulkan dalam surah Ali Imran ini dan memang sudah ramai Kristian yang telah masuk Islam setelah mereka faham Surah Ali Imran ini, ditambah pula kalau mereka dengar dan belajar Surah Maryam.

Ada masalah yang timbul dalam masyarakat kita di mana ramai yang telah masuk agama Kristian kerana mereka jahil dan senang ditipu. Kalau mereka tahu apakah yang benar dengan mempelajari tafsir surah Ali Imran ini, mereka tidak akan masuk Kristian.

Sebelum surah ini turun, ada wakil dari Najran yang datang untuk berdebat dengan Nabi Muhammad ﷺ. Kejadian itu berlaku pada tahun 9 Hijrah iaitu setelah Mekah ditakluki dan negara Islam telah terbentuk di Madinah. Najran adalah daerah penganut Kristian. Mereka dengar tentang Nabi Muhammad ﷺ dan Islam dan mereka marah apabila dikatakan yang penganut Kristian sesat.

Maka mereka datang untuk berdebat dengan Rasulullah ﷺ. Ada lebih kurang seramai 60 orang datang hendak berjumpa Nabi ﷺ di mana 14 daripadanya adalah pemuka agama mereka. Mereka menjadi tetamu umat Islam waktu itu dan mereka ditempatkan di Masjid Nabawi. Umat Islam melayan mereka dengan baik. Walaupun mereka kafir, dan hendak berdebat tentang Islam, namun mereka tetap dilayani dengan baik.

Mereka marah apabila dikatakan yang Nabi Isa عليه السلام itu hanyalah manusia sahaja dan tidak boleh dipuja. Macam orang kita juga, kalau dikatakan yang tok wali tidak boleh dipuja dan tidak boleh bertawasul dengan mereka, ramailah yang melompat marah. Itu memang sudah tanda orang-orang yang jahil dan keliru.

Apabila mereka hendak berhujah dengan Nabi ﷺ, baginda tunggu sahaja. Maka Allah ‎ﷻ turunkan surah ini. Di akhir surah ini nanti ada ajakan mubahalah dengan mereka. Itu adalah sumpah laknat antara orang kafir dan mukmin. Dalam mubahalah ini, kita minta Allah ‎ﷻ tunjuk siapa yang benar. Ini dilakukan kalau telah diberitahu juga kebenaran dalam ayat-ayat daripada surah Ali Imran ini, namun mereka masih juga berdegil.

Mubahalah ini adalah syariat antara Islam dan musyrik sahaja. Maka jangan pula ada orang Islam hendak mubahalah dengan orang Islam lain. Pernah puak Syiah mengajak mubahalah tetapi akhirnya mereka yang tidak muncul. Mubahalah ini adalah senjata terakhir kepada mereka yang degil sangat. Hafiz ibn Hajar رحمه الله pernah bermubahalah dengan ajaran tarekat sesat di Mesir. Ibn Hajar رحمه الله sudah kata ajaran itu sesat kufur. Maka, selepas mubahalah itu, laknat Allah ‎ﷻ telah dikenakan kepada golongan sesat. Pengamal tarekat itu mati dalam tempoh masa tidak sampai tiga hari.

Dalam akhir Surah Al-Baqarah, kita minta bantuan Allah ‎ﷻ ke atas orang kafir. Sifat orang kafir itu akan diterangkan dalam surah ini. Maka kerana itu kita katakan yang Surah Ali Imran ini bersambung daripada Surah Al-Baqarah. Ini dinamakan ‘Robtul Suwar‘ (sambungan/kaitan antara surah).

Apakah kesamaran dalam Surah Baqarah yang akan dijawab dalam Ali Imran?

  1. Allah ‎ﷻ menggunakan gelaran kepada Nabi Isa عليه السلام yang boleh menyebabkan kesamaran dan kekeliruan kepada manusia terutama penganut Nasara. Ini berlaku terutama bagi mereka yang tidak belajar kitab mereka dengan benar sebab Kalam Allah ‎ﷻ tidak akan menyesatkan manusia.

Kalau tidak belajar dengan benar, maka memang boleh jadi sesat. Macam juga yang berlaku kepada umat Islam sekarang pun. Mereka baca ayat Al-Qur’an dan mereka dapat kefahaman yang salah sebab tidak belajar. Ini banyak terjadi, kerana mereka baca sendiri atau belajar dengan orang yang salah faham juga.

Antara yang disebut dalam Kitab-kitab sebelum Al-Qur’an, Allah ‎ﷻ sebut Nabi Isa عليه السلام itu adalah ‘Anak Allah’ dan ‘Roh Allah’. Maka, keliru habislah penganut Nasara yang tidak belajar.

Kekeliruan ini dijawab dalam Ayat ke-7.

  1. Mukjizat yang diberikan kepada Nabi Isa عليه السلاه memang hebat. Mukjizat baginda termasuk boleh menghidupkan orang mati, menyembuhkan orang buta asli, pekak asli. Kesemua itu adalah penyembuhan yang dikira luar biasa (zaman sekarang pun masih tidak boleh buat lagi). Baginda juga boleh membuat seekor burung daripada tanah liat kemudian menghidupkannya. Ini tentulah menakjubkan mereka kerana memang mereka umat yang suka kepada bidang kedoktoran/perubatan.

Daripada segi ilmu, baginda juga boleh mengetahui apa yang disimpan dalam rumah. Oleh itu, apabila Nabi Isa عليه السلام boleh buat benda-benda ajaib dan hebat sebegitu, mereka pandang baginda lain macam kerana kelebihan itu semua adalah sifat Tuhan sahaja. Maka mereka telah memuja baginda sebagai tuhan.

Padahal itu adalah mukjizat Nabi Isa عليه السلام. Dan mukjizat itu hanya dengan kuasa Allah ﷻ sahaja. Ini adalah kekeliruan yang jelas tentang mukjizat. Allah ‎ﷻ hendak menunjukkan yang baginda itu adalah benar seorang Nabi dan keajaiban itu bukanlah boleh dibuat sentiasa tetapi hanya terhad kepada waktu itu sahaja.

Kekeliruan ini dijawab dalam Ayat ke-49 hingga ayat ke-51.

  1. Ada kitab tulisan ulama’ mereka yang kata Nabi Isa عليه السلام itu adalah ‘anak tuhan’ dan mempunyai kuasa. Penganut Nasara memandang tinggi kitab ulama’ mereka itu. Mereka percaya sepenuhnya apa yang dikatakan oleh golongan ulama’ itu. Macam masyarakat kita jugalah, kalau ada dalam kitab, mereka terus anggap macam segalanya adalah benar belaka. Sikit-sikit mereka berhujah dengan kata ada dalam kitab sekian-sekian.

Allah ‎ﷻ hendak beritahu dalam surah Ali Imran ini, yang kalau ada kitab yang ajar akidah yang salah, itu bukan kitab ulama’, tetapi kitab syaitan. Tidak kira siapa yang tulis.

Kesamaran ini dijawab dalam Ayat ke-79.

  1. Terdapat juga kekeliruan tentang Maryam رضي الله عنها. Beliau bukanlah Nabi tetapi wali. Beliau mendapat rezeki dalam bentuk makanan kerana sifat ketaqwaannya. Kita akan belajar kisah Maryam رضي الله عنها yang hanya duduk di loteng membuat ibadat sahaja. Tidak ada orang lain yang boleh naik untuk berjumpa dengannya. Yang bertanggungjawab menjaga beliau adalah Nabi Zakaria عليه السلام sahaja.

Nabi Zakaria عليه السلام sahaja yang memberinya makan, dan apabila baginda nampak ada makanan lain bersama Maryam رضي الله عنها, baginda amat terkejut. Makanan itu pula adalah makanan yang segar dan buah-buahan yang di luar musim. Apabila ditanya, Maryam رضي الله عنها menjawab yang itu adalah rezeki daripada Allah ‎ﷻ.

Ini adalah balasan kerana ketaqwaan serta sikapnya yang sentiasa menjaga mata dan mulut daripada maksiat. Maka Allah ‎ﷻ memakbulkan doa beliau dan Allah ‎ﷻ menghantar rezeki kepadanya. Perkara ini cukup luar biasa dan kerana itulah penganut Nasara memuja Maryam رضي الله عنها. Mereka lihat beliau sebagai bukan manusia biasa.

Kekeliruan ini dijawab dalam Ayat ke ke-37.

  1. Terdapat juga kekeliruan mengenai Nabi Zakaria عليه السلام. Baginda juga merupakan ahli keluarga Imran dan terdapat golongan sesat yang memujanya. Ini kerana kelebihan baginda yang mendapat anak dalam usia sangat tua dan isterinya pula yang tidak pernah mengandung dan melahirkan.

Maka mereka memuja dan ada yang meminta berkat atas sebab kelebihannya itu. Sama juga seperti orang kita, ada yang tidak dapat anak maka ada guru sesat yang mengajarkan agar meminta berkat daripada Nabi Zakaria عليه السلام. Sama sahaja akidah mereka ini dengan golongan Nasara.

Allah ‎ﷻ ajar bahawa perkara pelik yang terjadi kepada baginda adalah daripada Allah ‎ﷻ. Nabi Zakaria عليه السلام sendiri pun terkejut apabila baginda diberikan seorang anak dalam usia yang sangat tua. Maknanya, itu bukanlah kuasa baginda. Kalaulah ia kuasa baginda, takkan baginda terkejut pula.

Padahal Nabi Zakaria عليه السلام telah berdoa kepada Allah ‎ﷻ setelah baginda melihat bagaimana Maryam رضي الله عنها boleh mendapat rezeki daripada Allah ‎ﷻ sedangkan Maryam رضي الله عنها bukanlah seorang Nabi. Allah ﷻ yang makbulkan baginda, bukannya baginda ada kuasa pun.

Kekeliruan ini dijawab dalam ayat ke-38.

Kelima-lima syubhat (kesamaran) di atas adalah tentang Tauhid dan Allah ‎ﷻ telah menjawabnya di dalam surah ini.

Syubhat tentang Risalah pula ada tiga.

  1. Tentang Kiblat. Mereka kata kalau Nabi Muhammad ‎ﷺ itu benar, kenapa tidak ikut nabi-nabi lain? Kenapa tidak ikut kiblat yang di BaitulMaqdis? Kenapa berkiblat ke Mekah pula?

Mereka itu jahil atau lupa yang Mekah itu adalah kiblat pada suatu waktu dahulu. Daripada Nabi Adam عليه السلام sehinggalah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail عليهما السلام, Kaabah itulah Kiblat. Cuma bermula Nabi Ishak عليه السلام dan Nabi-nabi عليهم السلام selepasnya sahaja yang bertukar kiblat ke BaitulMaqdis.

Untuk sementara waktu sahaja zaman Nabi Muhammad ﷺ berkiblatkan ke arah BaitulMaqdis dan selepas itu Kiblat telah bertukar semula ke Kaabah iaitu kembali kepada kiblat asal. Kalau mereka kaji, memang tidak salah apa yang dilakukan oleh Nabi Muhammad ﷺ kerana memang Kaabah adalah kiblat juga.

Kalau mereka mengkaji agama mereka sendiri, dalam kitab mereka juga ada diberitahu yang Nabi akhir zaman akan berkiblatkan Kaabah. Jadi kenapa mereka menolaknya? Tidak lain dan tidak bukan adalah kerana jahil sahaja.

Kekeliruan ini dijawab oleh Allah ‎ﷻ dalam ayat ke-97.

  1. Kekalahan dalam Perang Uhud. Mereka mempersoalkan: Bagaimana seorang Nabi boleh kalah? Adakah kerana Allah ‎ﷻ tidak menolong Nabi-Nya? Kekeliruan ini Allah ‎ﷻ jawab dalam ayat ke-121 – ke-152. Panjang lebar Allah ‎ﷻ menjawabnya kerana kekalahan itu mempunyai maksud tersendiri.

Allah ‎ﷻ beritahu bahawa bukanlah Dia tidak menolong Nabi-Nya. Allah ‎ﷻ telah tolong umat Islam dalam Perang Badr. Pada peringkat awal Perang Uhud itu sebenarnya Allah ‎ﷻ telah tolong dan memang pihak Muslim sudah menang pun.

Namun malangnya, oleh kerana arahan Nabi ﷺ yang tidak ditaati oleh segelintir kaum muslimin yang berperang waktu itu, maka Allah ‎ﷻ menghentikan pertolongan itu. Akhirnya baru Allah ‎ﷻ menolong mereka semula. Allah ‎ﷻ hendak mengajar, selain daripada tauhid kepada Allah ‎ﷻ, kita juga kena taat kepada Rasul. Maknanya kita kena ikut hukum.

  1. Tentang makan unta. Dalam syariat Bani Israil, mereka berpegang dengan hukum unta tidak boleh dimakan. Namun Nabi Muhammad ﷺ pula kata unta halal dimakan. Mereka kata halal dan haram ini adalah keputusan Allah ‎ﷻ, bukannya manusia. Mereka tuduh Nabi Muhammad ﷺ ambil kerja Tuhan pula.

Maka Allah ‎ﷻ menjelaskan bahawa unta itu sebenarnya halal. Nabi Yaakob عليه السلام tidak memakan unta kerana dinasihati oleh tabib yang unta tidak sesuai untuk baginda kerana masalah kesihatan baginda. Kerana sebab itulah baginda tidak makan. Bukannya unta itu haram kepada semua orang. Anak cucu baginda yang telah tersilap faham sampai mengharamkan kepada umat Bani Israil keseluruhannya.

Oleh kerana mereka yang berbuat begitu, pandai-pandai pantangkan sendiri, maka Allah ‎ﷻ mengharamkan terus kepada mereka. Ini adalah sebagai hukuman kepada mereka untuk menyusahkan mereka. Kepada umat Nabi Muhammad ﷺ, hukuman telah berbalik kepada asal.

Ini telah dijelaskan dalam ayat ke-93.

Allahu ‘alam.

Tafsir Surah Al-Baqarah: Tafsir Ayat Ke-285 dan Ke-286

0

Tafsir Surah Al-Baqarah

Tafsir Ayat Ke-285

Dalam hadith ada disebut bahawa dua ayat terakhir surah Baqarah ini telah diberikan kepada Nabi ﷺ semasa baginda mi’raj bertemu Allah ‎ﷻ. Maka ia adalah ayat yang amat penting sekali hinggakan diberikan kepada baginda semasa pertemuan dengan Allah ‎ﷻ.

Ayat ini adalah Ayat Tabshir. Ia adalah tentang golongan yang Allah ‎ﷻ beri janji kepada mereka kerana mereka beriman. Beriman yang bagaimana? Seperti dalam ayat ini:

ءآمَنَ الرَّسولُ بِما أُنزِلَ إِلَيهِ مِن رَّبِّهِ وَالمُؤمِنونَ ۚ كُلٌّ ءآمَنَ بِاللَّهِ وَمَلَـٰٓٮِٕكَتِهِۦ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لا نُفَرِّقُ بَينَ أَحَدٍ مِّن رُّسُلِهِ ۚ وَقالوا سَمِعنا وَأَطَعنا ۖ غُفرانَكَ رَبَّنا وَإِلَيكَ المَصيرُ

Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya daripada Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-Malaikat-Nya, dan Kitab-kitab-Nya, dan Rasul-Rasul-Nya. (Mereka berkata): “Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-Rasul-Nya”. Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunan-Mu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali”.

ءآمَنَ الرَّسولُ بِما أُنزِلَ إِلَيهِ مِن رَّبِّهِ

Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya daripada Tuhannya,

Nabi Muhammad ﷺ sendiri percaya kepada wahyu yang diturunkan kepadanya. Nabi ﷺ kena percaya dahulu sebelum baginda sampaikan kepada orang lain.

Kita mungkin rasa yang baginda terus sahaja percaya kepada wahyu yang diberikan kepada baginda, tetapi bayangkan keadaan Nabi ﷺ waktu itu. Apa yang baginda terima adalah amat berlawanan dengan fahaman masyarakat waktu itu sampaikan ramai yang kata baginda gila.

Baginda pun terkejut pada mulanya. Ingat kembali bagaimana terkejutnya baginda apabila pertama kali menerima wahyu, sampai baginda kena diselimuti apabila balik ke rumah dan baginda telah ditenangkan oleh Khadijah رضي الله عنها.

Kerana Nabi Muhammad ﷺ percaya kepada kerasulannyalah yang menyebabkan baginda sanggup menghadapi segala tentangan dan cabaran dalam menyampaikan agama ini. Kalau tidak yakin, tentu baginda tidak sanggup.

وَالمُؤمِنونَ

dan juga orang-orang yang beriman;

Begitu juga mukmin yang sempurna iman, beriman dengan wahyu yang diturunkan kepada baginda. Iman yang kita mahu adalah ‘iman mujmal’, iaitu terima belaka wahyu yang disampaikan.

Allah ‎ﷻ sebut dalam ayat ini, ‘Orang Mukmin’. Maknanya, kita juga disebut dalam ayat ini jikalau kita orang mukmin. Bayangkan kita disebut di Langit Ketujuh semasa Nabi Muhammad ﷺ bertemu dengan Allah ‎ﷻ.

كُلٌّ ءآمَنَ بِاللَّهِ وَمَلَـٰٓٮِٕكَتِهِۦ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ

semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikat-Nya, dan Kitab-kitab-Nya, dan Rasul-Rasul-Nya.

Sebelum ini disebut iman secara umum, sekarang disebut secara tafsili, disebut satu persatu perkara yang perlu diimani. Daripada susunan ayat ini, kita boleh susun – Allah ‎ﷻ beri wahyu, disampaikan melalui malaikat, dalam kitab dan kepada Rasul. Itulah proses bagaimana wahyu disampaikan kepada kita.

Disebut dalam ayat ini perkara-perkara yang penting untuk diimani. Kita telah percaya kepada Allah ‎ﷻ. Bagaimana percaya kepada malaikat? Antaranya, kita percaya yang malaikat itu hanya hamba Allah ‎ﷻ, bukan wakil Allah ‎ﷻ. Oleh itu, tidak boleh puja malaikat, tidak boleh minta pertolongan kepada malaikat dan tidak boleh seru malaikat.

Kita percaya bahawa semua kitab itu daripada Allah ‎ﷻ tetapi yang kena ikut adalah Al-Qur’an sahaja. Maksudnya, bukanlah kita kena terima ajaran-ajaran yang dibawa oleh kitab-kitab lain.

Surah ini bermula dengan iman dan sekarang lihatlah yang ia juga ditutup dengan topik tentang iman juga.

لا نُفَرِّقُ بَينَ أَحَدٍ مِّن رُّسُلِهِ

Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-Rasulnya

Maksud ayat ini adalah semua Rasul kita terima. Kita terima semua Nabi-Nabi عليهم السلام itu adalah utusan Allah ‎ﷻ juga tetapi kepada Nabi Muhammad ﷺ, kita ikut syari’at baginda.

Oleh itu, kita kena ada hubungan dengan hadith. Kena belajar hadith-hadith Nabi. Tidak boleh bezakan mana-mana Rasul. Jangan jadi macam Yahudi yang tolak Nabi Isa عليه السلام dan jangan jadi macam Nasara yang tidak terima Nabi Muhammad ﷺ sebagai Nabi.

وَقالوا سَمِعنا وَأَطَعنا

Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat

Inilah yang perlu kita lakukan: Dengar wahyu dan ikut apa yang disampaikan dalam wahyu itu. Kalau setakat dengar sahaja, tetapi tidak taat, tidak ikut, pun tidak berguna langsung. Berapa ramai dalam kalangan kita tahu tentang kewajipan yang perlu mereka lakukan, tetapi mereka tidak lakukan? Semoga kita tidak menjadi orang yang sebegitu.

Dalam ayat ini, orang beriman dengar dan taat. Bandingkan dengan Yahudi yang dengar, tetapi mereka tidak taat. Jadi kalau kita tidak taat setelah dengar kewajipan, maka samalah kita dengan orang-orang Yahudi itu.

Ini juga mengajar kita yang kita kena dengar wahyu Allah ‎ﷻ – kena belajar. Orang kita selalu kata mereka taat, tetapi apa yang mereka hendak taat, kalau wahyu itu sendiri mereka belum belajar lagi? Maka, kenalah kita pergi ke kuliah agama dan mempelajari wahyu Allah ‎ﷻ ini. Maka hendaklah belajar tafsir Al-Qur’an, belajar syarah hadith-hadith kerana hadith adalah wahyu daripada Allah ‎ﷻ juga.

Golongan yang selamat adalah golongan yang dengar dan taat. Kalau susah untuk taat kepada arahan, maka akan ada masalah. Antaranya, golongan Atheist yang susah untuk terima ada kuasa di atas mereka yang mereka kena taat.

غُفرانَكَ رَبَّنا

keampunan-Mu wahai Tuhan kami,

Kita minta ampun kepada Allah ‎ﷻ kerana kita banyak dosa. Lihatlah bagaimana doa ini tentang mereka yang telah mendengar dan telah kata mereka akan taat tetapi kenapa kita kena minta ampun lagi?

Kerana kalau kita sudah taat pun, kita kena sedar yang entah-entah kewajipan yang kita perlu lakukan itu tidak seperti yang Allah ‎ﷻ harapkan. Maka, kita minta ampun kalau-kalau ada salah dan kurang dalam amalan kita. Beginilah halusnya mereka yang beriman. Kalau tidak beriman, langsung tidak kisah tentang perkara ini.

وَإِلَيكَ المَصيرُ

dan kepada-Mu jualah tempat kembali

Kita sedar bahawa kita semua akan mati akhirnya dan akan bertemu dengan Allah ‎ﷻ. Maka kita kena sentiasa ingat hal ini dan sentiasa bersedia dengan amalan-amalan yang baik.

Tafsir Ayat Ke-286

Ini adalah huraian bahawa Allah ‎ﷻ tidak azab kerana lintasan hati yang buruk kerana lintasan hati bukan perkara mukallaf – yang dipertanggungjawabkan kepada kita. Namun akidah dan sifat mazmumah tidak boleh ada walau dalam hati pun.

لا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفسًا إِلّا وُسعَها ۚ لَها ما كَسَبَت وَعَلَيها مَا اكتَسَبَت ۗ رَبَّنا لا تُؤاخِذنا إِن نَّسينا أَو أَخطَأنا ۚ رَبَّنا وَلا تَحمِل عَلَينا إِصرًا كَما حَمَلتَهُ عَلَى الَّذينَ مِن قَبلِنا ۚ رَبَّنا وَلا تُحَمِّلنا ما لا طاقَةَ لَنا بِهِ ۖ وَاعفُ عَنّا وَاغفِر لَنا وَارحَمنا ۚ أَنتَ مَولَٮٰنَا فَانصُرنا عَلَى القَومِ الكٰفِرينَ

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.

لا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفسًا إِلّا وُسعَها

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.

Allah ‎ﷻ tidak bebankan manusia dengan apa yang kita tidak sanggup. Semua manusia mempunyai kapasiti menanggung beban yang berbeza. Ada orang yang boleh terima banyak beban dan ada orang yang tidak mampu.

Oleh itu, kita kena tengok kemampuan diri kita. Kita kena tanya diri kita, apakah usaha kita cukup dengan kebolehan kita? Kita kena lakukan sebaik mungkin untuk berkhidmat dalam dunia ini. Kemampuan itu kena ikut zaman dan suasana. Juga kena ikut kemampuan diri kita.

Ayat ini juga bermakna yang syari’at yang Allah ‎ﷻ berikan kepada kita adalah yang boleh ditanggung manusia. Tidaklah Allah ‎ﷻ beri syariat yang manusia tidak mampu tanggung. Allah ‎ﷻ maha tahu kemampuan diri kita. Maka, Allah ‎ﷻ beri kepada kita syari’at agama yang praktikal.

Maka ini bermakna tidak ada amalan agama yang tidak boleh dilakukan. Malah, kalau kita dalam keadaan susah untuk mengamalkan sesuatu syari’at, ia akan dimudahkan untuk kita. Sebagai contoh, kalau kita sakit, kita dibolehkan untuk salat duduk atau berbaring; zakat hanya diwajibkan kepada mereka yang mampu; haji kepada mereka yang boleh sampai sahaja; dan macam-macam lagi kemudahan dalam ibadat yang Allah ‎ﷻ telah berikan. Tidak diberati kepada mereka yang tidak mampu.

Ini juga bermakna yang kita boleh menanggung segala arahan yang dimasukkan oleh Allah ‎ﷻ ke dalam Al-Qur’an ini dan hadith daripada Nabi ﷺ. Kita boleh bawa Al-Qur’an dan amalkan ajarannya dalam kehidupan kita. Jangan kita rasa ia berat sangat kerana ia adalah sesuai dengan diri kita. Ini adalah kerana Allah ‎ﷻ sendiri yang cakap kita boleh.

Yang tidak rasa berat adalah orang yang beriman. Mereka yag tidak beriman, memang semua arahan agama mereka akan rasa berat.

لَها ما كَسَبَت

Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya,

Kita akan dapat pahala daripada segala amalan kebaikan yang kita lakukan. Daripada segi bahasa yang digunakan, kalimah كَسَبَت menunjukkan yang amalan kebaikan itu mudah untuk dibuat. Maknanya, Allah ‎ﷻ mudahkan untuk kita buat pahala.

وَعَلَيها مَا اكتَسَبَت

dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.

Manusia akan menanggung dosa daripada amalan keburukan yang dia lakukan. Daripada penggunaan bahasa, perkataan اكتَسَبَت memberi isyarat bahawa dosa itu susah untuk dibuat.

Mungkin ada yang rasa hairan. Sebenarnya, dosa itu susah untuk dilakukan sebab ia bertentangan dengan naluri diri kita sebagai manusia. Manusia memang tahu (dalam dirinya) yang perkara itu salah dan mereka yang melakukan dosa, sebenarnya melawan naluri fitrah manusia. Sebagai contoh, kalau menipu, bukankah hati kita akan berasa gundah gulana dan berdebar-debar?

Seperkara lagi, susah juga bermaksud, jika kita buat dosa, Allah ‎ﷻ akan beri peringatan kepada kita dengan diberikan musibah. Maka, kalau ada musibah yang kena kepada kita, maka fikirkanlah mungkin ada kesalahan yang kita telah lakukan.

رَبَّنا لا تُؤاخِذنا إِن نَّسينا

Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa

Dalam ayat ini, Allah ‎ﷻ ajar doa kepada kita. Hamba yang mendapat taufik, akan berdoa dan dia akan diberikan dengan apa yang dia minta. Doa amat penting kerana semua amalan agama dimulakan dengan doa.

Untuk buat segala amal agama dan taat dalam agama, kena ada usaha. Sudah banyak hukum kita belajar dalam Surah Baqarah ini dan sekarang kita tentunya sudah mula rasa berat. Maka Allah ‎ﷻ ajar tentang doa di hujung surah untuk beri ‘kunci’ untuk mengamalkan hukum yang telah diberikan-Nya. Untuk memudahkan segalanya adalah dengan doa.

Inilah doa yang kita selalu baca: Jangan kira lagi dosa kami kalau kami buat dengan sengaja (sebab dalam hadith, Nabi ﷺ terjemah perkataan نَسينا dengan maksud ‘sengaja’) atau ia juga boleh mengambil maksud daripada lafaz terjemah ayat ini: terlupa.

Ini kerana kadang-kadang kita lakukan sesuatu dosa itu kerana kita terlupa. Iaitu yang benar-benar terlupa, bukan buat-buat lupa! Sebagai contoh, salat empat raka’at tetapi terbuat tiga raka’at sahaja.

أَو أَخطَأنا

atau kami tersalah

Begitu juga, kadang-kadang kita lakukan sesuatu dosa itu kerana kita tersalah. Tidak sengaja kita hendak menentang Allah ‎ﷻ, tetapi kerana tersalah sahaja.

Jangan jadikan ini sebagai alasan tidak berdosa kerana ‘tidak tahu’ hukum kerana kita kena belajar agama dengan sebaik-baiknya supaya kita tidak tersalah. Kalau kita tidak belajar, nanti takut kita dipersalahkan kenapa tidak belajar pula.

رَبَّنا وَلا تَحمِل عَلَينا إِصرًا كَما حَمَلتَهُ عَلَى الَّذينَ مِن قَبلِنا

Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami.

Jangan pikulkan kepada kami bebanan beragama – mudahkanlah agama kepada kami dengan beri tauhid kepada kami.

Maksud ayat ini, kita minta supaya agama tidak disusahkan untuk kita. Daripada sejarah kita dapat tahu yang syari’at yang diberikan kepada bangsa Bani Israel itu adalah amat berat dan beban sekali. Kita doa kepada Allah ‎ﷻ supaya jangan jadikan kita macam mereka, kerana mereka tidak mampu hendak menanggung bebanan syariat itu.

Syari’at kepada Bani Israel itu amat berat. Antaranya, mereka langsung tidak boleh bekerja pada hari Sabtu – hari kita adalah Hari Jumaat, tetapi tidaklah kita sampai langsung tidak boleh bekerja. Allah ‎ﷻ suruh berhenti kerja waktu salat Jumaat sahaja.

Kita juga telah belajar dalam surah ini bagaimana hukuman kerana mengerjakan amalan syirik menyembah sapi adalah hukuman bunuh, sedangkan syari’at Nabi Muhammad ﷺ tidaklah sampai begitu; mereka telah diharamkan daripada memakan banyak jenis makanan; dan macam-macam lagi syari’at yang berat-berat dikenakan kepada mereka.

Allah ‎ﷻ telah kabulkan doa orang Islam sebenarnya kerana Allah ‎ﷻ telah sebut yang Allah ‎ﷻ tidak memberati manusia melainkan yang dia sanggup sahaja.

رَبَّنا وَلا تُحَمِّلنا ما لا طاقَةَ لَنا بِهِ

Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya.

Sebelum ini tentang bebanan dalam syari’at agama. Kali ini kita berdoa kepada Allah ‎ﷻ supaya jangan bebankan ujian dalam kehidupan yang kita tidak mampu hendak tanggung. Ini dalam hal takwini seperti sakit, hutang, anak yang degil dan macam-macam lagi.

وَاعفُ عَنّا

Dan maafkanlah kesalahan kami,

Lafaz وَاعْفُ عَنَّا adalah jawapan bagi ayat لَا تُؤَاخِذْنَا. Janganlah hukum kita dalam bebanan agama. Afwun adalah memaafkan seseorang kerana rasa sayang pada seseorang itu. Kita kata kepada Allah ‎ﷻ: Kerana sayang Kau kepada kami, maafkanlah kami kalau ada syari’at agama yang kami tidak dapat penuhi.

وَاغفِر لَنا

serta ampunkanlah dosa kami,

Lafaz وَاغْفِرْ لَنَا untuk ayat وَلَا تُحَمِّلْنَا. Ampunlah kami kalau ada hukum kami tidak mampu buat dan larangan kami tidak mampu tinggal. Tutuplah kesalahan kami itu supaya orang lain tidak nampak.

وَارحَمنا

dan berilah rahmat kepada kami

Berilah rahmat kepada kami dengan beri kami taufik untuk menjalankan segala suruhan Engkau dan meninggalkan segala larangan Engkau, Ya Allah.

Kasihanilah kami, Ya Allah. Jangan beri ujian yang kami tidak mampu tanggung. Jadi ada hubungan dengan وَلَا تُحَمِّلْنَا. Dibawa kembali dalam potongan ayat ini.

أَنتَ مَولَٮٰنَا

Engkaulah Penolong kami

Kita telah pernah sebut sebelum ini yang wali beza dengan mawla. Wali adalah mereka yang mahu menolong kita dan tidak semestinya boleh menolong tetapi mawla adalah yang memang boleh menolong. Maksudnya, hanya Allah ‎ﷻ sahaja yang mampu melindungi kita, membantu kita dan menyelesaikan masalah kita.

فَانصُرنا عَلَى القَومِ الكٰفِرينَ

tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir

Bantulah kami menegakkan agama Engkau, Ya Allah! kerana kadang-kadang dalam menjalankan tugas dakwah, ada orang yang tidak suka, sampaikan mungkin ke tahap kita kena lawan perang dengan orang kafir. Maka kita memerlukan nasrun daripada Allah ‎ﷻ.

Nasrun adalah pertolongan yang besar. Maka, apabila berhadapan dengan orang kafir, maka kita hanya dapat berharap kepada bantuan daripada Allah ‎ﷻ sahaja. Kita telah belajar, beginilah doa tentera Talut semasa hendak melawan tentera Jalut.

Allahu a’lam. Alhamdulillah selesai sudah tafsir Surah Baqarah. Selepas ini kita akan mula belajar tafsir Surah Ali Imran. Surah Ali Imran adalah surah yang berpasangan dengan Baqarah. Kita akan lihat ada persamaan antara keduanya. Keduanya saling lengkap melengkapi sesama sendiri.

At-Tazkirah Qurthubi: Bila Manusia Tidak Saling Mengenali dan Anjuran Bertaubat

0

At-Tazkirah Qurthubi (W.671M)
Kod 16: Bab Bila manusia tidak lagi saling mengenal dan anjuran bertaubat

(باب متى تنقطع معرفة العبد من الناس و في التوبة و بيانها . و في التائب من هو ؟)

Penjelasan bab: Bila orang yang sedang sakaratul maut tidak lagi mengenali orang-orang di sekelilingnya. Juga perihal taubat dan siapakah yang dimaksudkan dengan (orang) yang benar benar bertaubat.

ابن ماجه عن أبي موسى الأشعري : سألت رسول الله صلى الله عليه و سلم متى تنقطع معرفة العبد من الناس ؟ قال : إذا عاين

Hadith Ibn Majah daripada sanad Abu Musa al Asy’ar: Aku bertanya Nabi ﷺ , “Bilakah orang (sakarat) mulai tidak mengenali sesama manusia?” Jawab Nabi ﷺ , “Bila dia melihat kenyataan (maut)”

Tahqiq:

سألتُ رسولَ اللَّهِ صلَّى اللَّهُ عليهِ وسلَّمَ متى تنقطِعُ معرفةُ العبدِ منَ النَّاسِ قالَ إذا عاينَ
الراوي : أبو موسى الأشعري | المحدث : الألباني | المصدر : ضعيف ابن ماجه
الصفحة أو الرقم: 277 | خلاصة حكم المحدث : ضعيف جداً

al Albani menilainya amat dhaif, dhaif Ibn Majah 277

Komen al Qurthubi:

قوله : إذا عاين يريد إذا عاين ملك الموت أو الملائكة و الله أعلم

Apabila pesakit melihat kenyataan, ialah pesakit telah melihat kedatangan malakul maut atau para malaikat lain.

با16.1:Penjelasan bab bila orang yang sedang sakaratul maut tidak lagi mengenali orang-orang di sekelilingnya. Juga perihal taubat dan siapakah yang dimaksudkan dengan (orang) yang benar-benar bertaubat.

ابن ماجه عن أبي موسى الأشعري : سألت رسول الله صلى الله عليه و سلم متى تنقطع معرفة العبد من الناس ؟ قال : إذا عاين

Hadith Ibn Majah daripada sanad Abu Musa al Asy’ar: Aku bertanya Nabi ﷺ, “Bilakah orang (sakarat) mulai tidak mengenali sesama manusia?” Jawab Nabi ﷺ, “Bila dia melihat kenyataan (maut)”

Tahqiq:

سألتُ رسولَ اللَّهِ صلَّى اللَّهُ عليهِ وسلَّمَ متى تنقطِعُ معرفةُ العبدِ منَ النَّاسِ قالَ إذا عاينَ
الراوي : أبو موسى الأشعري | المحدث : الألباني | المصدر : ضعيف ابن ماجه
الصفحة أو الرقم: 277 | خلاصة حكم المحدث : ضعيف جداً

Al Albani menilainya amat dhaif, dhaif Ibn Majah 277

Komen al Qurthubi:

قوله : إذا عاين يريد إذا عاين ملك الموت أو الملائكة و الله أعلم

Apabila pesakit melihat kenyataan, ialah pesakit telah melihat kedatangan malakul maut atau para malaikat lain.

16.2 Hadith Ibn Umar رضي الله عنهما tentang anjuran bertaubat sebelum maut

في الحديث الآخر : إن الله يقبل توبة العبد ما لم يغرغر خرجه الترمذي أي عند الغرغرة و بلوغ الروح الحلقوم يعاين ما يصير إليه من رحمة أو هوان و لا تنفع حينئذ توبة و لا إيمان

Dalam hadith lain disebutkan:

إنَّ اللهَ يقبلُ توبةَ العبدِ ما لم يُغرغرْ

“Sesungguhnya Allah‎ ﷻ menerima taubat seorang hamba selagi belum terdengar dengkur (sakaratul maut)” (HR Tirmidzi.)

Tahqiq: Hadith Hasan, Albani, sahih Tirmidzi, No. 3537

إنَّ اللهَ يقبلُ توبةَ العبدِ ما لم يُغرغرْ
الراوي : عبدالله بن عمر | المحدث : الألباني | المصدر : صحيح الترمذي
الصفحة أو الرقم: 3537 | خلاصة حكم المحدث : حسن

Fiqh hadith menurut al Qurthubi ialah taubat dan iman tidak berguna lagi ketika nyawa sudah sampai ke tenggorok (sakaratul maut).

Dalil-dalil al-Qur’an:.

فَلَمْ يَكُ يَنْفَعُهُمْ إِيمَانُهُمْ لَمَّا رَأَوْا بَأْسَنَا ۖ سُنَّتَ اللَّهِ الَّتِي قَدْ خَلَتْ فِي عِبَادِهِ ۖ وَخَسِرَ هُنَالِكَ الْكَافِرُون

Maka iman mereka tiada berguna bagi mereka tatkala mereka telah melihat seksaan Kami [al Mu’min: ayat 85]

وَلَيْسَتِ التَّوْبَةُ لِلَّذِينَ يَعْمَلُونَ السَّيِّئَاتِ حَتَّىٰ إِذَا حَضَرَ أَحَدَهُمُ الْمَوْتُ قَالَ إِنِّي تُبْتُ الْآنَ وَلَا الَّذِينَ يَمُوتُونَ وَهُمْ كُفَّارٌ ۚ أُولَٰئِكَ أَعْتَدْنَا لَهُمْ عَذَابًا أَلِيمًا

Dan tidaklah taubat itu diterima Allah‎ ﷻ daripada orang-orang yang mengerjakan kejahatan (yang) hingga apabila datang ajal kepada seseorang di antara mereka, (barulah) ia mengatakan: “Sesungguhnya saya bertaubat sekarang” [Ali Imran : ayat 18]

16.3 Anjuran segera bertaubat sebelum sakaratul maut

ثُمَّ يَتُوبُونَ مِنْ قَرِيبٍ

… Yang kemudian mereka bertaubat dengan kadar segera [an Nisaa’:17]

و قال ابن عباس و السدي : من قريب : قبل المرض و الموت

Kata Ibn Abbas رضي الله عنهما dan as Suddi رحمه الله (w.127H mufasir, tabi’in Kufah) berpendapat kadar segera ialah sebelum sakit berat dan maut.

و قال أبو مجلز و الضحاك و عكرمة و ابن زيد و غيرهم : قبل المعاينة للملائكة و السوق و أن يغلب المرء على نفسه

Berkata Abu Mijlaz (Tabiin Kufah w. 110H), ad Dahhak (tabiin kufah, w. 102H), Ikrimah (hamba Ibn Abbas, mufassir, Madinah, w.102H) dan Ibn Zaid (Abdul Rahman bin Zaid bin Aslam maula Umar Al-Khattab, Madinah, w.182H) maksud segera bertaubat ialah sebelum melihat malaikat maut, sebelum dicabut nyawa dan sebelum dia tidak sedarkan diri atau koma.

16.4 Anjuran segera bertaubat sebelum sakaratul maut

Syair Al Warraq tentang segeralah bertaubat

و لقد أحسن محمود الوراق حيث قال :
*قدم لنفسك توبة مرجوة * قبل الممات و قبل حبس الألسن
*بادر به غلق النفوس فإنها * ذخر و غنم للمنيب المحسن

Mahmud Al Warraq (penyair ulung zaman Abbasiah, w. 230H, Kufah) melantun sebuah syair peri pentingnya bersegera untuk bertaubat:

*Utamakan taubat bagi dirimu.
Sebagaimana harapan kebaikan buatmu sebelum kematian mendatang;
Sebelum kelu lidahmu berbincang;
Segeralah taubat, duhai jiwa yang ingin tenang;
Kerana taubat adalah simpanan;
Kunci rapat
jangan sampai terbuang
Bekal kembali membawa kemenangan.”
(Ibn Abdil Barr, Bahjatul Majalis ms 259.)

16.5 Anjuran segera bertaubat daripada Ad Dhahhak dan al Hasan.

Pertama: Ad Dhahhak (الضحاك بن قيس الفهري القرشي) Ad Dhahhak bin Qis al Fihri al Qurashi

. و قيل : المعنى : يتوبون على قرب عهد من الذنب من غير إصرار . و المبادرة في الصحة أفضل و ألحق لأمله من العمل الصالح و البعد كل البعد الموت . و أما ما كان قبل الموت فهو قريب . عن الضحاك أيضاً

Ada yang berkata, segera bertaubat (من قريب) ialah bertaubat sebaik sahaja melakukan sesuatu dosa, tidak kembali mengulanginya, bertaubat semasa masih sihat kerana membuka ruang dan kesempatan untuk beramal soleh, juga bertaubat walaupun masih jauh daripada kematian. Ini adalah kata-kata Ad Dhahhak (sahabat cilik, w.64H).” (Atsar Riwayat al Baihaqi, Syu’ab, No 7074)

Kedua: al Hasan al Basri (الحسن بن يسار البصري) al Hasan bin Yasar al Bashri

و عن الحسن : لما هبط إبليس قال :
بعزتك لا أفارق ابن آدم ما دام الروح في جسده . قال الله تعالى و عزتي لا أحجب التوبة عن ابن آدم ما لم تغرغر نفسه

Daripada al Hasan, ketika Iblis disuruh turun dari syurga, dia bersumpah,” Demi Keagungan-Mu, aku tidak akan membiarkan anak Adam selaginya nyawanya masih ada dalam jasadnya.” Allah ‎ﷻ berfirman, “Demi keagungan-Ku, Aku tidak akan menolak taubat daripada anak Adam selagi nyawanya belum sampai ke tenggoroknya.” (Tafsir Tobari, 6:643; Ibn Mubarak, kitab az Zuhud, daripada sanad Abu Qilabah, ms 369)

16.6 Hukum Taubat

و التوبة فرض على المؤمنين باتفاق المسلمين لقوله تعالى : و توبوا إلى الله جميعاً أيها المؤمنون لعلكم تفلحون و قوله تعالى : يا أيها الذين آمنوا توبوا إلى الله توبة نصوحاً

Hukum Bertaubat ialah fardhu ain ke atas seluruh kaum Muslimin menurut kesepakatan seluruh ulama kaum muslimin.

Dalilnya:

وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَ الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُم تُفْلِحُونَ

Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah ‎ﷻ , hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. [An Nuur: 31]

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا تُوبُوا إِلَى اللَّهِ تَوْبَةً نَصُوحًا عَسَىٰ رَبُّكُمْ أَنْ يُكَفِّرَ عَنْكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ

Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah ‎ﷻ dengan taubatan nasuha (taubat yang semurni-murninya). Mudah-mudahan Rabbmu akan menutupi kesalahan-kesalahanmu. [At Tahrim: 08]

Rujukan:
Al Qurthubi, Al Jaami’ Li Ahkam Al Qur`an (5/90). Ibn Qudamah al Maqdisi. Mukhtashar Minhaaj Al Qashidin, hlm. 322.

16.7 Syarat Taubat (شروط التوبة )

و لها شروط أربعة : الندم بالقلب ، و ترك المعصية في الحال ، و العزم على أن لا يعود إلى مثلها ، و أن يكون ذلك حياء من الله تعالى و خوفاً منه لا من غيره فإذا اختل شرط من هذه الشروط لم تصح التوبة

Syarat-syarat Taubat ada 4:

  1. Penyesalan sepenuh hati.
    2. Meninggalkan maksiat tersebut.
    3. Berazam tidak akan mengulanginya.
    4. Rasa malu dan takut kepada Allah‎ ﷻ bukan kepada selain-Nya.

Jika salah satu daripada syarat ini tidak dipatuhi, maka tidak sah taubatnya.

و قد قيل : من شروطها : الاعتراف بالذنب و كثرة الإستغفار الذي يحل عقد الإصرار و يثبت معناه في الجنان لا التلفظ باللسان

Pendapat lain akan syarat taubat:

  1. Mengakui dia berbuat dosa
  2. Banyakkan beristighfar untuk menghapuskan ketagihan dosa tersebut, untuk mempengaruhi hati kerana taubat tidak cukup dengan lisan.

At-Tazkirah Qurthubi: Bab Delegasi Malakul Maut Sebelum Terjadi Kematian

0

At-Tazkirah Qurthubi (w.671M)
Kod 15: Bab Delegasi Malakul Maut Sebelum Terjadi Kematian  (باب ما جاء في رسل ملك الموت قبل الوفاة )

15.5: Tafsir Surah [ Fathir: 37 ]

( وَجَاءَكُمُ النَّذِيرُ ۖ)

Dan (apakah tidak) datang kepada kamu pemberi peringatan?

و قيل : النذير الحمى . و منه قوله صلى الله عليه و سلم الحمى نذير الموت أي رائد الموت

Menurut satu qaul, peringatan itu adalah demam, (huma (حمى)), berdasarkan dalil hadith: “Demam adalah perutusan maut”*

  • Dhaif, matan yang sahih ialah Ra’id bukan Nazir.

Didhaifkan oleh Syeikh al Albani dalam Silsilah al Dhaifah no 3533. HR dikeluarkan oleh Ibn Abi Dunya, al Maradh 2:165, Abu Nu’aim dalam al Tibb daripada jalur al Hasan al Basri.

3533 – (الحمى رائد الموت)
ضعيف
رواه ابن أبي الدنيا في “المرض والكفارات” (165/ 2) ، وأبو نعيم في “الطب” (ق99/ 2) من طرق، عن الحسن مرفوعاً.

 

15.6: Tafsir Surah [ Fathir: 37 ]

و قيل : موت الأهل و الأقارب و الأصحاب و الإخوان ، و ذلك إنذار الرحيل في كل وقت و أوان و حين و زمان .

قال :
و أراك تحملهم و لست تردهم و كأني بك قد حملت فلم ترد

Ada pula yang berpendapat maksud ‘an nazir’ dalam ayat tersebut [Fathir: 37] ialah kematian ahli keluarga, kerabat, orang tercinta dan sahabat (ikhwan); dia menyaksikan kematian-kematian tersebut, ia akan memberi kesedaran bahawa suatu masa dia juga akan melalui detik kematian. Sebuah syair Arab:

“Aku melihat kamu membawa mereka (jenazah)
Mereka pasti tidak kembali lagi
Maka, agaknya aku pun akan kau usung juga,
Pastinya tidak akan kembali lagi (ke dunia)”

15.7: Tafsir Surah [ Fathir: 37 ]

و قيل : كمال العقل الذي تعرف به حقائق الأمور . و يفصل به بين الحسنات و السيئات ، فالعاقل يعمل لآخرته ، و يرغب فيما عند ربه ، فهو نذير ،

Ada yang mengatakan, bahawa an Nadzir dalam ayat tersebut [ Fathir ayat 37 ] adalah kesempurnaan akal yang dapat mengenal hakikat segala sesuatu, dapat membezakan yang mana baik dan buruk, konsisten beramal untuk akhiratnya, menyukai apa yang ada di sisi Tuhannya. Jadi, akal yang matang/sempurna itulah maksud nadzir atau peringatan.

(Ia adalah kata-kata al Mawardi, tafsir Mawardi,m 4:476)

15.8: Tafsir Surah [ Fathir: 37 ]

و النذير بمعنى الإنذار و الإعذار قريب يعضه من بعض ، و أكبر الإعذار إلى بني آدم بعثه الرسل إليهم ثم الشيب أو غيره كما بينا . و جعل الستين غاية الإعذار لأن الستين قريب من معترك المنيا و هو سن
الإنابة و الخشوع و الاستسلام لله

Kalimah Nazir juga bermaksud al Inzar atau al I’zar yang bermaksud memberi peringatan dan ditegakkan hujah. Hujah terbesar untuk Anak Adam (manusia) ialah perutusan para Nabi. Hujah seterusnya ialah uban. Hujah paling puncak ialah mencecah usia 60 tahun, usia hampir dengan maut, usia 60-an adalah usia taubat, khusyuk dan istislam (berserah diri) kepada Allah ‎ﷻ.

15.9: Tafsir Surah [ Fathir: 37 ]

Ajaib usia 40an

و ذلك عند كمال الأربعين ، قال الله تعالى : “و بلغ أربعين سنة قال رب أوزعني أن أشكر نعمتك”
فذكر عز و جل : أن من بلغ الأربعين فقط أن له أن يعلم مقدار نعم الله عليه و على والديه و يشكرها .

Kesedaran sepatutnya bermula pada usia 40. Firman Allah‎ ﷻ;

حَتَّىٰ إِذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِينَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ

…Sehingga apabila dia telah dewasa dan umurnya sampai empat puluh tahun dia berdoa: “Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau. [ al Ahqaf:15 ]

Allah‎ ﷻ memberi peringatan apabila mencapai usia 40’an, hendaklah menyedari betapa banyak nikmat Allah‎ ﷻ yang telah diterima dan banyak berterima kasih kepada kedua orang tuanya.

قال مالك رحمه الله : أدركت أهل العلم ببلدنا و هم يطلبون الدنيا و يخالطون الناس حتى يأتي لأحدهم أربعون سنة فإذا أتت عليهم اعتزلوا الناس

Imam Malik رحمه الله berkata, “Saya lihat ilmuan di negara kita (hijaz) gemar mencari dunia, mereka berinteraksi dengan masyarakat, hinggalah mereka mencecah usia 40, lantas mereka beruzlah (mengasingkan diri) daripada masyarakat.”*
———————————

  • Komen Muhaqqiq, Dr Sadiq Ibrahim, pelik akan kenyataan Imam Malik رحمه الله, tidak dapat dipastikan kesahihannya sebab ilmuan sejati tidak beruzlah daripada masyarakat dalam memimpin dan berfatwa yang berterusan hingga akhir hayat.

15.10: Hadith dan atsar seputar uban sebagai utusan sebelum mati

Kisah uban Nabi Ibrahim عليه السلام

فقال له الملك : إن الله قد صيرك معظماً في أهل السموات و أهل الأرض و قد و سمك بسمة أهل الوقار في اسمك و في خلقك . أم اسمك فإنك تدعى في أهل السماء و أهل الأرض إبراهيم ، و أما خلقك فقد أنزل وقاراً و نوراً على شعرك . فأخبر سارة بما قال له الملك و قال هذا الذي كرهتيه نور و وقار ، قالت : إني كارهة له . قال : لكني أحبه اللهم زدني نوراً و وقاراً فأصبح و قد ابيضت لحيته كلها .

Malaikat turun menemui Ibrahim عليه السلام. Malaikat (Jibril عليه السلام) berkata, “Allah‎ ﷻ telah menjadikan kamu orang yang terhormat dalam kalangan penduduk di langit dan di bumi baik pada nama dan fizikal kamu. Kamu dikenali dengan nama Ibrahim عليه السلام baik di langit dan di bumi sedangkan fizik kamu, Allah‎ ﷻ menjadikan kamu agung dan cahaya pada rambutmu (uban). Ibrahim عليه السلام menceritakan apa yang dikhabarkan oleh Malaikat, Sarah tidak menyukai uban yang ada pada rambut Ibrahim عليه السلام walaupun Malaikat memujinya sebagai cahaya. Ibrahim عليه السلام berkata, aku menyukainya (uban) tersebut. Kemudian Ibrahim عليه السلام berdoa, “Ya Allah‎ ﷻ tambahkan kepadaku cahaya (lebih banyak uban) dan keagungan. Keesokannya, janggut Ibrahim عليه السلام menjadi putih semuanya.

Komen al-Qurthubi, (و في الاسرائيليات أن إبراهيم الخليل ) Ini kisah Israeliyat tentang Ibrahim al Khalil.

Komen Dr Sadiq Ibrahim muhaqqiq, kisah ini ada asalnya dalam kitab Adabul Mufrad, Imam al Bukhari.

سند الحديث :
1250 حدثنا سليمان بن حرب قال حدثنا حماد بن يزيد عن يحيى بن سعيد عن سعيد بن المسيب عن أبي هريرة قال
اختتن إبراهيم صلى الله عليه وسلم وهو بن عشرين ومائة ثم عاش بعد ذلك ثمانين سنة قال سعيد إبراهيم أول من اختتن وأول من أضاف وأول من قص الشارب وأول من قص الظفر وأول من شاب فقال يا رب ما هذا قال وقار قال يا رب زدني وقارا

“Nabi Ibrahim عليه السلام dikhitan ketika berusia 120 tahun, lalu baginda hidup lapan puluh tahun setelahnya.” Said bin Musayyab berkata, “Nabi Ibrahim عليه السلام adalah orang yang pertama dikhitan, orang yang pertama menerima tamu, yang mula-mula mencukur kumis, yang mula-mula memotong kuku, dan orang yang mula-mula beruban. Kemudian baginda berkata, ‘Ya Tuhanku! Apakah ini? Dia menjawab, ‘Kewibawaan.’ Baginda berkata, ‘Wahai Tuhanku! Tambahkanlah kewibawaan ini kepadaku.'”

Atsar No. 1250
Tahqiq Albani.
Sahih sanadnya cuma mauquf kepada Abu Hurairah رضي الله عنه dan sanadnya maqthu’ (disandarkan kepada sahabat)
dhaif.

15.11: Hadith dan Atsar seputar uban sebagai utusan sebelum mati

Hadith uban menjadi cahaya di hari Kiamat

و في الآثار النبوية : من شاب شيبة في الإسلام كانت له نوراً يوم القيامة .

Takhrij

رواه أحمد وأبو داود والترمذي والبيهقي عن عمرو بن عنبسة مرفوعا وهو حسن بلفظ: “من شاب شبية في الإسلام كانت له نوراً يوم القيامة”

“Barangsiapa beruban dalam Islam, maka ia merupakan cahaya baginya di hari Kiamat kelak.” (HR Ahmad, Abu Daud, at Tirmidzi, dan al Baihaqi)

Tahqiq:

الراوي : عمرو بن عبسة | المحدث : الترمذي | المصدر : سنن الترمذي
الصفحة أو الرقم: 1635 | خلاصة حكم المحدث : حسن صحيح غريب | انظر شرح الحديث رقم 126315
التخريج : أخرجه الترمذي (1635) مختصراً، والنسائي (3142)، وأحمد (19437)

Perawi: Amru bin Abasah al Sulami,
Muhaddith: at Tirmidzi, sunan at Tirmidzi, No. 1635.
Darjat hadith: Hasan sahih gharib.
Tahqiq al Albani: Sahih at Tirmidzi

صححه الألباني في صحيح الترمذي

Hadith Allah‎ ﷻ tidak akan mengazab orang yang beruban

و روي أن رسول الله صلى الله عليه و
سلم قال : إن الله ليستحي أن يعذب ذا شيبة

Diriwayatkan pula bahawa Nabi ﷺ bersabda,” Sesungguhnya Allah‎ ﷻ malu untuk mengazab orang yang mempunyai uban.”

Takhrij/tahqiq:

قال الشيخ الألباني رحمه الله : (الراوي : أنس بن مالك | المحدث : الألباني | المصدر : السلسلة الضعيفة
الصفحة أو الرقم: 5883 | خلاصة حكم المحدث : ضعيف جدا)

” ضعيف جداً ، أخرجه أبو يعلى في ( مسنده ) ( 2764 ) ، وابن حبان في ( الضعفاء ) (1/168) ، وابن عدي في ( الكامل ) ( 1 / 349 – 350 ) من طريق سويد بن عبد العزيز ، عن نوح بن ذكوان ، عن أخيه أيوب بن ذكوان ، عن الحسن ، عن أنس مرفوعاً .

Al Albani,Silsilah al dhaifah, No. 5883. Amat dhaif. (HR Abu Ya’la,)
Musnadnya no 2764, Ibn Hibban, adh Dhu’afaa, Ibn Adi dalam al Kaamil, daripada perawi akhir Anas bin Malik.

Soal Jawab Fiqh Wanita: IBU SAUDARA VS IBU MERTUA SIAPA LEBIH UTAMA?

0

Ο Pernah mendengar dalam sebuah ceramah, ustaz tersebut mengatakan perlu melebihkan ibu saudara sendiri berbanding ibu mertua. Sebaliknya saya pernah mendengar juga pendapat mengatakan ibu mertua ibarat ibu kandung sendiri. Mohon pencerahan.

Sistem “comparison” (perbandingan) sebegini adalah tidak bagus.
Ibu mertua vs ibu kandung
Ibu mertua vs ibu saudara

Ini kerana Allah ‎ﷻ telah menetapkan sistem yang jelas iaitu hubungan darah memiliki keutamaan.

عن المقدام بن معدي كرب عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: إن الله يوصيكم بأمهاتكم. ثم يوصيكم بأمهاتكم. ثم يوصيكم بآبائكم، ثم بالأقرب فالأقرب.

Daripada Miqdam bin Ma’di Kariba daripada Nabi ﷺ baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah ‎ﷻ mewasiatkan ibu kalian kepada kalian semua, kemudian ayah kalian kemudian kerabat terdekat.” (HR Bukhari)

Ibu kandung, ayah kandung, anak-anak, kemudian kerabat (datuk, nenek, ibu saudara, ayah saudara, anak saudara, sepupu sepapat…)

Ini merupakan turutan dalam hubungan kerabat, hubungan darah atau rahim.

Kemudian terdapat pula hubungan melalui perkahwinan. Kalau berlaku perceraian maka terputuslah hubungan tersebut.

Keutamaannya bermula dengan suami, kemudian ibu mertua, ayah mertua, datuk dan nenek sebelah suami, adik beradik suami, ibu saudara sebelah suami dan seterusnya.

Maka tidak seharusnya membandingkan keluarga kita VS keluarga suami kerana syari’at tidak merincikannya selain dipandu oleh fiqh akhlak dan uruf serta budaya Melayu.

Namun begitu, secara fitrah, naluri, syari’at, setiap orang mestilah mengutamakan darah dagingnya sendiri (zawil arham, kerabat). Apabila terdapat keluarga suami, si isteri seharuslnya berusaha sebaik mungkin untuk meraikan dan membantu jika mereka dalam kesusahan.

Kaum keluarga kita, darah daging kita mendapat keutamaan kerana itulah keluarga kita yang hakiki. Manakala keluarga suami hanyalah diikat dengan ikatan perkahwinan sahaja. Maka jelaslah di sini bahawa antara hubungan darah dan perkahwinan, hubungan darah lebih “genuine” (tulen/sejati).

Popular

Iklan

Iklan