Utama Bilik (02) Fiqh Al-Manhaji Ibadah Haji Rasulullah SAW

Ibadah Haji Rasulullah SAW

140
0
Iklan

Bismillah…
Note 39 : Al Fiqh Manhaji 2

IBADAH HAJI RASULULLAH SAW

   Daripada Jabir bin Abdullah RA, Rasulullah tinggal di Madinah selama 9 tahun tanpa mengerjakan ibadah haji. Tahun ke10 Hijrah dihebahkan berita kepada orang ramai bahawa Rasulullah SAW akan mengerjakan haji. Ramailah orang datang ke Madinah untuk bersama sama dengan Rasulullah SAW.

  Tiba-tiba, Asma binti Umais R. Anha, melahirkan seorang bayi lelaki, iaitu Muhammad bin Abu Bakar, lalu dia menghantar seseorang berjumpa dengan Rasulullah SAW untuk bertanya, “Apakah yang patut dilakukan?” Baginda menjawab: “Mandikanlah dan pakaikanlah lampin kemudian berihramlah.”

   Setelah bersolat di Masjid, baginda pun menunggang untanya yang bernama Al Qaswa. Sebaik sahaja unta Baginda berada di padang pasir, jauh dihadapan Baginda, ternampak orang ramai berkenderaan dan berjalan kaki.

   Rasulullah SAW berada dikalangan kami, kepadaNya Al Quran diturunkan dan hanya Baginda yang mengetahui maksudnya.

   Lalu Baginda melaungkan seruan tauhid yang bermaksud : “Aku menyahut seruanMu yang tiada sekutu bagiMu. Segala pujian, nikmat dan pemerintahan hanya milikMu yang tiada sekutu bagiMu.”

   Orang ramai juga turut melaungkan seruan tersebut dan Rasulullah SAW tidak menolaknya sedikit pun.

   Seterusnya Baginda berdiri di antara Maqam Ibrahim dan Kaabah, lalu bersolat dua rakaat dengan membaca surah Al Ikhas dan surah Al Kafirun. Setelah bersolat Baginda mengusap rukun Hajar Aswad. Setelah itu Baginda menuju ke Safa sambil membaca ayat ketika menghampirinya : “Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, yang tiada sekutu bagiNya. BagiNya segala pemerintan dan pujian, dan Dialah yang Maha Berkuasa atas sesuatu. Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, yang melaksanakan janjiNya, menolong hambaNya dan menghancurkan kumpulan musuh.”
Baginda berdoa dan mengulanginya sebanyak 3 kali.

   Baginda menuruni Bukit Safa menuju ke Marwah. Di sana Baginda melakukan amalan sebagaimana yang dilakukan di Bukit Safa. Ketika perjalanan ulang alik yang terakhir, Baginda bersabda : “Kalaulah sungguh aku mengerjakan Ibadah sebagaimana yang baru selesai tanpa membawa binatang qurban, aku jadikan amalan kamu ini sebagai umrah. Sesiapa yang tidak mempunyai binatang qurban, dia hendaklah bertahallul dan menjadikan ibadahnya sebagai umrah.”

    Lalu Saraqah bin Malik bin Ju’syum bangun dan bertanya : “Wahai Rasulullah! Adakah untuk tahun ni sahaja atau untuk selama-lamanya?”

   Rasulullah SAW memancarkan jarinya lalu bersabda : “Tidak, bahkan untuk selama-lamanya. Umrah terangan dalam ibadah haji, umrah terangkum dalam ibadah haji.”

   Kata Jabir : “Semasa di Iraq, dia menemui Rasulullah SAW dan menceritakan perbuatan Fatimah agar Baginda memarahinya serta meminta fatwa perkara yang disebutnya. Dia juga memberitahu Baginda bahawa dia menyalahkan Fatimah kerana perbuatannya itu. Baginda menjawab : “Fatimah benar, Fatimah berkata yang benar. Adakah engkau ucapkan ketika memulakan haji?” Lalu Ali menjawab : “Ya Allah! Aku memulakannya sebagaimana dimulakan oleh Rasulullah.” Sabda Rasulullah SAW lagi : “Aku mempunyai binatang qurban, janganlah engkau bertahallul.”

   Kata Jabir lagi ; “Jumlah binatang qurban yang dibawa oleh Ali RA dari Yaman dengan yang dibawa oleh Rasulullah SAW ialah 100 ekor. Orang ramai semuanya bertahallul dan bergunting kecuali Nabi SAW dan mereka yang mempunyai binatang qurban.”

  Tiba hari Tarwiah, iaitu hari ke 8 Zulhijjah, mereka menuju ke Mina, dan mengerjakan ibadah haji. Di situ, Baginda melakukan solat Zuhur, Asar, Magrib, Isya dan Subuh. Baginda menunggu sebentar hingga matahari terbit dan orang ramai mendirikan khemah di Namirah.

   Rasulullah SAW meneruskan perjalanannya, terus berjalan hingga sampai di Arafah dan memdapati khemahnya telahpun didirikan di Namirah. Baginda singgah disitu, apabila tergelincirnya matahari, Baginda meminta Al Qaswa dibawakan kepadanya. Lalu Baginda meneruskan perjalanannya.

Komen dan Soalan