Utama Blog Halaman 313

Kelas #5 | Bilik Hadith al-Sakandary

0

26 Mac 2015 @ 5 Jumada Thani 1436

Bismillah, alhamdulillah, wa ba’d.

Baik, insyaAllah kita akan menyambung kelas ulum hadith kita pada malam ini. Pada minggu lepas, kita telah melihat beberapa kepentingan mempelajari ulum hadith, dan kita telah melihat apakah itu definisi ulum hadith. Dan juga kita telah bincangkan bahawa cabang ulum hadith yang teramat banyak, apabila dikumpul dan dihimpunkan, dapatlah ia dibahagi menjadi 2 bahagian sahaja, iaitu Ilmu Riwayah serta Ilmu Dirayah.

 

• Ilmu Riwayah.

Ilmu Riwayah adalah cabang dalam ulum hadith yang membicarakan berkenaan pemeliharaan hadith dengan hafazan terutamanya, serta pembukuannya, serta periwayatannya, seperti menghafaz hadith di dada (di minda), serta mengenal fiqh bagi matan hadith itu, serta makna-makna lafaz-lafaznya, serta semakan riwayat itu dari kesilapan tahrif serta semisal.

Misalnya majlis-majlis sama’ dan periwayatan hadith dengan ijazah sanad termasuk dalam cabang ilmu riwayah, ia berkekalan dari zaman Salaf hingga kiamat. Dalam majlis sama’ ini juga, ia dihadiri oleh para huffaz hadith, iaitu para ahli ilmu yang menghafaz hadith dalam dada mereka, bahkan ada dalam kalangan mereka yang menghafaz dari manuskripmanuskrip. Maka biasanya dalam majlis sama’, jika terdapat kesilapan dalam buku yang dicetak, maka ia akan dibetulkan oleh syaikh dalam majlis sama’.

Juga bab mengenal maksud beberapa lafaz dalam matan hadith, yang sukar difahami atau baginya banyak maksud, atau dengan mudah mengkaji makna matan hadith, ini juga termasuk Ilmu Riwayah. Baik, itu secara ringkas berkenaan Ilmu Riwayah. Apakah maksud Ilmu Dirayah pula?

 

• Ilmu Dirayah

Ilmu Dirayah pula ialah cabang ulum hadith bagi mengenal serta menyemak perihal sanad dan matan hadith dari segi penerimaan (qabul) dan penolakan (radd). Misalnya ilmu al-Jarh wa al-Ta’dil, ilmu al-‘Ilal, qawaid-qawaid, mustolah, serta manhaj para huffaz. Ini termasuk bahagian ilmu dirayah. Baik. Baik, istilah seterusnya ialah al-Sunnah? Apakah al-Sunnah?

 

• al-Sunnah

Al-Sunnah atau Sunnah di sisi istilah ahli hadith bermaksud hadith. Ini berbeza dengan istilah ahli fiqh dan usul, bagi ahli fiqh dan usul fiqh perkataan Sunnah bermaksud Mustahab. Manakala al-Sunnah di sisi ahli aqidah pula bermaksud tauhid, atau apa yang berlawanan dengan bid’ah, bid’ah di sini ialah bid’ah aqidah semisal Muktazilah, Syi’ah, Murjiah dan lainnya. Istilah seterusnya pula ialah al-Hadith.

 

• al-Hadith

Al-Hadith atau hadith dari segi istilah ahli hadith ialah segala apa yang dinisbahkan kepada Nabi, ataupun segala apa yang disandarkan kepada Nabi SAW, baik percakapan Baginda SAW, atau perbuatan, atau taqrir (persetujuan, tacit approval), atau sifat, atau sirah. Baik, selain istilah al-Hadith, kita juga akan mendengar istilah seperti al-Athar atau al-Khabar. Apakah al-Athar? Serta apakah al-Khabar? Adakah ia berbeza dengan al-Hadith? Atau sama?

Jawabnya, di sisi para huffaz hadith salaf mutaqaddimin tiada beza. Para huffaz mutaqaddimin tidak membezakan antara istilah al-Hadith serta al-Athar serta al-Khabar. Mereka biasa menggunakan Hadith dengan maksud Khabar atau Athar, atau menggunakan istilah Athar atau Khabar dengan maksud hadith. Semuanya ini adalah luas dan mudah bagi mereka. Kerana itu jika kita melihat kitab-kitab hadith mutaqaddimin, mereka menyebut “telah berkata Nabi dalam athar..”, atau “berkata Nabi dalam khabar…”. Manakala di sisi mutaakhkhirin, mereka membezakannya.

Iaitu al-Hadith ialah apa saja yang di disandar dan dinisbahkan kepada Nabi, manakala al-Athar pula ialah apa sahaja yang dinisbahkan kepada selain Nabi misalnya para Sahabat atau para Tabi’in. Manakala al-Khabar pula bagi mereka adalah umum mencakupi al-Hadith dan al-Athar.

Baik, setakat ini boleh faham ya? Al-Hadith, al-Athar serta al-Khabar. Serta beza pemahaman istilahistilah ini antara Mutaqaddimin serta Mutaakhkhririn.

Iaitu Mutaqaddimin tidak membezakan, manakala Mutaakhkhirin membezakan. Selepas ini jika kita jumpa para huffaz mutaqaddimin misalnya Ibn Khuzaimah misalnya berkata “dalam athar Nabi disebutkan bahawa…”, atau mereka berkata “dalam athar ini, Nabi menjelaskan..”, jangan pula kita berlagak pandai dengan berkata “apa ini al-Imam Ibn Khuzaimah, silap ini, ini hadith bukan athar”. Kerana apa? Kerana kita yang sebenarnya salah, kita tak faham manhaj huffaz mutaqaddimin. Baik, baik.

Istilah seterusnya ialah al-Sanad. Hadith terbahagi kepada dua bahagian, iaitu al-Sanad serta al-Matan. Apakah al-Sanad?

 

• al-Sanad

Al-Sanad atau Sanad adalah silsilah ataupun rantaian yang menyambungkan matan, ia terdiri daripada rantaian para perawi. Ia juga disebut sebagai al-Isnad. Apakah pula al-Matan?

 

• al-Matan

Al-Matan atau matan pula ialah teks bagi hadith itu. Cukup saya rasa setakat ini, kita telah lihat berapa istilah malam ini? ilmu riwayah, ilmu dirayah, alhadith, al-athar, al-khabar, al-sanad serta al-matan, tujuh istilah semuanya.

 

Hadis 5 : Tebal kulit, Cara Berjalan Dan Ketinggian Nabi saw.

0

شرح الديارية

لأحاديث الشمائل المحمدية

للإمام أبي عيسى محمد بن عيسى بن سورة

(المتوفي سنة 279 هجرية)

Syarhu d-Diyariyyah

Li’ahadis Asy-Syama’il Al-Muhammadiyyah

Lil-Imam Abi `Isa Muhammad bin `Isa bin Sawrah

 

Hadis 5

 

5- حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ إِسْمَاعِيلَ، قَالَ: حَدَّثَنَا أَبُو نُعَيْمٍ، قَالَ: حَدَّثَنَا الْمَسْعُودِيُّ، عَنْ عُثْمَانَ بْنِ مُسْلِمِ بْنِ هُرْمُزَ، عَنْ نَافِعِ بْنِ جُبَيْرِ بْنِ مُطْعِمٍ، عَنْ عَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ، قَالَ: لَمْ يَكُنِ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِالطَّوِيلِ وَلَا بِالْقَصِيرِ، شَثْنُ الْكَفَّيْنِ وَالْقَدَمَيْنِ، ضَخْمُ الرَّأْسِ، ضَخْمُ الْكَرَادِيسِ، طَوِيلُ الْمَسْرُبَةِ، إِذَا مَشَى تَكَفَّأَ تَكَفُّؤًا كَأَنَّمَا يَنْحَطُّ مِنْ صَبَبٍ، لَمْ أَرَ قَبْلَهُ وَلَا بَعْدَهُ مِثْلَهُ، صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.

 
5- Telah bercerita kepada kami Muhammad bin Isma`il, dia berkata: Telah bercerita kepada kami Abu Nu`aym, dia berkata: Telah bercerita kepada kami Al-Mas`udiy, daripada `Usman bin Muslim bin Hurmuz, daripada Nafi` bin Jubayr bin Mut`im, daripada `Aliy bin Abi Talib, dia berkata: Nabi bukanlah seorang yang tinggi dan bukan juga pendek. Tebal dua tapak tangan dan dua tapak kaki. Besar kepala. Besar sendi. Panjang bulu dada. Apabila dia berjalan, dia condong sedikit ke hadapan sepertimana dia turun daripada cerun. Tidak pernah saya melihat sebelumnya dan tidak selepasnya orang yang sepertinya.

 

Syarah Adou_Fr:

Hadis ini diriwayatkan oleh `Aliy bin Abi Talib yang menceritakan tentang sifat-sifat fizikal Nabi. `Aliy menyebut ketinggian Nabi yang sederhana. Seterusnya dijelaskan tentang tapak tangan dan tapak kaki yang tebal kerana dagingnya banyak. Setelah itu disebutkan bahawa kepala Nabi adalah besar, begitu juga tulang sendi-sendinya.

`Aliy menjelaskan bahawa bulu dada Nabi adalah panjang, iaitu bulu dari dada hingga ke pusatnya. Kemudian dia menjelaskan cara Nabi berjalan seperti hadis sebelum ini. `Aliy juga menjelaskan bahawa dia tidak pernah melihat sesiapa yang seperti Nabi sebelum Nabi mati atau selepas itu.

 

ترجمة وشرح باللغة الماليزية : محمد عدلن بن محمد شريف الدين بن أحمد بن جعفر الدياري

Terjemahan dan Syarah oleh : ADÖULINÉ Lacharouphe (Mohd `Adlan Bin Mohd Shariffuddin)

01.09.03 #260315: Jenis-Jenis Kitab Hadits

0

 

Nota 01.09.03 Mengenal al-Riwayah, al-Rawi dan al-Marwi. Susunan: BroSyarief

 

AL-RAWI (الراوي)

al-Rawi bermaksud periwayat atau penukil. Secara teknikal, ia merujuk kepada orang yang meriwayatkan hadits atau atsar dengan sanad yang bersambung sehingga kepada orang yang mengucapkan.

 

AL-MARWI (المروي)

al-Marwi pula merujuk kepada apa yang diriwayatkan atau dinukilkan. Secara teknikal ia merujuk kepada teks hadits atau atsar yang diriwayatkan oleh periwayat dengan sanadnya.

 

JENIS KITAB HADITS

  1. al-Jawami’ (الجوامع) – kata ganda bagi al-Jaami’ (الجامع) : Susunan tertib di dalamnya meliputi kesemua bab-bab agama. Cth: Jami al-Sahih, Jami’ at-Tirmizi, dan lain-lain.
  2. al-Sunan (السنن) : Kebiasaannya disusun tertib di dalamnya meliputi bab-bab fiqh sahaja. Cth: Sunan Abu Dawud, Sunan an-Nasaie, dll.
  3. al-Muwatthoat (الموطآت) – kata ganda bagi al-Muwattho (الموطأ) : Menghimpunkan bab-bab fiqh juga. Berbeza dengan sunan, ia juga mengumpulkan kata-kata sahabat dan tabi’in.  Cth: Muwattho’ Malik, Muwatto’ say-Syaibani, dll.
  4. al-Mushannafaat (المصنفات) – kata ganda bagi al-Mushannaf (المصنف) : Penyusunan dan isi sama seperti Muwattho, cuma nama sahaja berbeza. Cth: Mushonnaf Abd ar-Razzaq, Mushonnaf Ibn Abi Syaibah, dll.
  5. al-Masanid (المسانيد) – kata ganda bagi al-Musnad (المسند) : Disusun mengikut tertib nama sahabat yang meriwayatkan, biasanya bermula mengikut keutamaan sahabat. Cth: Musnah Ahmad, Musnad at-Thoyalisi, dll.
  6. al-Ma’ajim (المعاجم) – kata ganda bagi al-Mu’jam (المعجم) yang juga bermaksud kamus : Disusun mengikut nama sahabat, tetapi mengikut tertib huruf dalam kamus. Cth: Mu’jam al-Kabir li at-Thabrani.
  7. al-Mustakhrajat (المستخرجات) – kata ganda bagi al-Mustakhraj (المستخرج) : Penulis mengumpulkan hadits dari salah satu kitab hadits, dan ditakhrijkan hadits-hadits dengan sanad penulis sendiri yang bersambung dengan sanad penulis asal, sama ada bertemu pada guru penulis asal atau siapa sahaja di atasnya, malah sahabat sekalipun. Cth: Mustakhraj al-Ismaili ‘ala Sahih al-Bukhari, Mustakhraj Abu Nu’aim ‘ala Sahihayn, dll.
  8. al-Mustadrakat (المستدركات) – kata ganda bagi al-Mustadrak (المستدرك) : Penulis mengumpulkan hadits-hadits dari salah satu atau lebih kitab-kitab hadits yang kemudian ditambah ke atasnya apa yang tertinggal, dengan syaratnya. Cth: Mustadrak ‘ala Sahihayn li al-Hakim, di mana Imam al-Hakim mengumpulkan hadits-hadits yang memenuhi syarat sahih Bukhari dan Muslim, tapi tidak dimuatkan di dalam Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim.
  9. al-Ajza’ al-Haditsiyyah (الأجزاء الحديثية) – kata ganda bagi al-Juz’ (الجزء), yang bermaksud bahagian : Kitab yang dihimpun di dalamnya hadits-hadits salah seorang dari sahabat, atau seseorang dari kalangan periwayat, atau yang dikumpul atas permintaan tertentu, atau keadaan tertentu. Cth: Juz’ Hasan ibn ‘Urfah, Juz Raf’u al-Yadain li al-Bukhari, dll.
  10. al-Fawaid al-Haditsiyyah (الفوائد الحديثية) : Terhimpun pada hadits-hadits yang pelik perkataan-perkataannya. Cth: al-Fawaid al-Sammuwayh li al-‘Abdi, al-Fawaid li al-Razi
  11. al-Amali al-Haditsiyyah (الأمالي الحديثية) : Hadits-haditsnya ditulis dari bacaan guru-guru mereka kepada mereka. Cth: al-Amali li Abi ‘Abdillah al-Mihaamali, al-Amaali li Abi Thohir al-Baghdadi, dll.

 

WalLaahu a’lam

Ruj: Ulum Al-Hadits Asiluha wa Mu’asiruha, karangan Prof Dr Abullayts KhairAbaadi.

#BroSyariefShares

Tazkirah Ramadhan – 6/20

0

Tidak melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan kehendak dan tujuan puasa.

Puasa bukanlah sekadar menahan diri daripada makan dan minum, tetapi juga menahan diri dari melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh Allah sama ada berupa iktikad, perbuatan atau pertuturan. Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda:

 

وعنهُ قال : قال النبيُّ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم : « مَنْ لَمْ يَدعْ قَوْلَ الزُّورِ والعمَلَ بِهِ فلَيْسَ للَّهِ حَاجةٌ في أَنْ يَدَعَ طَعامَهُ وشَرَابهُ » رواه البخاري .

Maksudnya : Sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan mengamalkannya maka Allah tidak berhajat pada apa yang dia tinggalkan daripada makanan dan minumannya. (Hadis riwayat al-Bukhari)

 

Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam juga memerintahkan kepada orang yang berpuasa sekiranya berhadapan dengan celaan atau permusuhan maka hendaklah dia sabar dan berkata: Aku berpuasa.

 

١٧٧١ – حَدَّثَنَا إِبْرَاهِيمُ بْنُ مُوسَى أَخْبَرَنَا هِشَامُ بْنُ يُوسُفَ عَنْ ابْنِ جُرَيْجٍ قَالَ أَخْبَرَنِي عَطَاءٌ عَنْ أَبِي صَالِحٍ الزَّيَّاتِ أَنَّهُ سَمِعَ أَبَا هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ يَقُولُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ اللَّهُ كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ لَهُ إِلَّا الصِّيَامَ فَإِنَّهُ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ وَالصِّيَامُ جُنَّةٌ وَإِذَا كَانَ يَوْمُ صَوْمِ أَحَدِكُمْ فَلَا يَرْفُثْ وَلَا يَصْخَبْ فَإِنْ سَابَّهُ أَحَدٌ أَوْ قَاتَلَهُ فَلْيَقُلْ إِنِّي امْرُؤٌ صَائِمٌ وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لَخُلُوفُ فَمِ الصَّائِمِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ لِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ يَفْرَحُهُمَا إِذَا أَفْطَرَ فَرِحَ وَإِذَا لَقِيَ رَبَّهُ فَرِحَ بِصَوْمِهِ

Sahih Al-Bukhari: 1771. ” Telah menceritakan kepada kami Ibrahim bin Musa telah mengabarkan kepada kami Hisyam bun Yusuf dari Ibnu Juraij berkata, telah mengabarkan kepada saya ‘Atho’ dari Abu Shalih Az Zayyat bahwa dia mendengar Abu Hurairah radliallahu ‘anhu berkata; Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Allah Ta’ala telah berfirman: “Setiap amal anak Adam adalah untuknya kecuali shaum, sesungguhnya shaum itu untuk Aku dan Aku sendiri yang akan memberi balasannya. Dan shaum itu adalah benteng, maka apabila suatu hari seorang dari kalian sedang melaksanakan shaum, maka janganlah dia berkata rafats dan bertengkar sambil berteriak. Jika ada orang lain yang menghinanya atau mengajaknya berkelahi maka hendaklah dia mengatakan ‘Aku orang yang sedang shaum. Dan demi Dzat yang jiwa Muhammad berada di tanganNya, sungguh bau mulut orang yang sedang shaum lebih harum di sisi Allah Ta’ala dari pada harumnya minyak misik. Dan untuk orang yang shaum akan mendapatkan dua kegembiraan yang dia akan bergembira dengan keduanya, yaitu apabila berbuka dia bergembira dan apabila berjumpa dengan Rabnya dia bergembira disebabkan ‘ibadah shaumnya itu”.

 

Fikrah Nabi Fikrah kita

0

مَا أَفَاءَ اللَّهُ عَلَىٰ رَسُولِهِ مِنْ أَهْلِ الْقُرَىٰ فَلِلَّهِ وَلِلرَّسُولِ وَلِذِي الْقُرْبَىٰ وَالْيَتَامَىٰ وَالْمَسَاكِينِ وَابْنِ السَّبِيلِ كَيْ لَا يَكُونَ دُولَةً بَيْنَ الْأَغْنِيَاءِ مِنْكُمْ ۚ وَمَا آتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانْتَهُوا ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۖ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ

“Apa saja harta rampasan (fai-i) yang diberikan Allah kepada Rasul-Nya (dari harta benda) yang berasal dari penduduk kota-kota maka adalah untuk Allah, untuk Rasul, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan orang-orang yang dalam perjalanan, supaya harta itu jangan beredar di antara orang-orang kaya saja di antara kamu. Apa yang diberikan Rasul kepadamu, maka terimalah. Dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah amat keras hukumannya.” (Surah Al-Hasyr (59:7)

Apa yang diberikan Rasul kepadamu maka terimalah.  Dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah.

Itulah fikrah kita. Itulah manhaj kita. Ikut Nabi saw.  Kita di belakang Nabi saw.

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.” (Surah Al-Ahzab (33:21).

Nabi adalah contoh teladan yg baik.

وَمَا يَنْطِقُ عَنِ الْهَوَىٰ

“dan tiadalah yang diucapkannya itu (Al-Quran) menurut kemauan hawa nafsunya.”
Surah An-Najm (53:3)

إِنْ هُوَ إِلَّا وَحْيٌ يُوحَىٰ

“Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya).”
Surah An-Najm (53:4)

Pembicaraan nabi saw adalah wahyu. Kita perlu rujuk Al Quran dan Sunnah Nabi saw. Kita perlu taubat dan segera belajar. Islam adalah ajaran Allah.  Islam bukan cukup dengan dakwaan atau keturunan.  Kita wajib belajar ilmu Islam, khusus bab keimanan atau aqidah.

Generasi awal Islam memiliki kefahaman yg mendalam, jiwa yang bersih dan akhlak Al Quran.

Apakah punca-punca lahirnya generasi Al Quran itu?  Ada 3 punca utama lahirnya generasi Al Quran.

1. Mereka rujuk Al Quran satu-satunya sumber hidayah dan tarbiah.

2. Mereka membaca Al Quran dan merasai Allah sedang membimbing, memberi berita gembira dan juga                     ancaman.

3. Sikap mereka sami’na wa atho’ na.

4. Mereka baca untuk buat/amal.

5. Mereka baca beberapa potong ayat dan terus amal. Al Quran diturunkan selama 23 tahun untuk membentuk           pemikiran, jiwa dan akhlak yang unik ini.

6. Mereka buang syirik secara total.

Mereka hanya menyembah dan memohon pertolongan kepada Allah semata-mata. Mereka tidak puja dan menyembah nabi2 atau wali. Mereka tidak sembah diri sendiri. Mereka cepat-cepat bertaubat jika tergelincir dari landasan tauhid.  Mereka tinggalkan jahiliah secara total.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ ۚ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ

“Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.”
Surah Al-Baqarah (2:208)

أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآنَ أَمْ عَلَىٰ قُلُوبٍ أَقْفَالُهَا

(Setelah diterangkan yang demikian) maka adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi Al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalangnya daripada menerima ajaran Al-Quran

Fikrah kita merujuk Al Quran dan As Sunnah. Juga amalan as salafus soleh.

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللَّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ آيَاتُهُ زَادَتْهُمْ إِيمَانًا وَعَلَىٰ رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya bertambahlah iman mereka (karenanya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal.” (Surah Al-Anfal (8:2)

Perbetulkan Fikrah kita

0

Fikrah itu adalah pemikiran apa yg kita faham tentang Islam. Ada orang faham Islam itu adalah setakat ibadat ritual.  Ada orang faham Islam itu politik dan mengabaikan akhlak. Islam adalah agama Allah yang syumul, sempurna dan lengkap. 

Apakah beza di antara fikrah dengan manhaj? Manhaj itu aliran.  Bagaimana hendak amalkan atau hendak terapkan Islam yang syumul dalam hidup kita?  Ia mesti bermula dengan syahadah yang betul.  Titik permulaan mesti betul.  Aku bersumpah dan berjanji serta mengakui, tidak ada yang berhak disembah dan dipuja melainkan Allah dan aku bersumpah dan berjanji serta mengakui Muhammad itu hamba Allah dan Rasulullah, yakni kita akan ikut Rasulullah saw. 

Kita kena faham Al Quran dan As Sunnah. Faham untuk amal. Asas ini perlu ditegakkan dalam-dalam. Para sahabat bersikap, sami’na wa atho’na, kami dengar dan kami patuh kerana asas mereka benar dan kukuh.  Kita baiki diri kita dulu, kita fikir diri kita kemudian keluarga kita. Inilah permulaannya. 

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ

“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” Surah At-Tahrim (66:6)

Kita masih banyak lagi yang perlu diperbaiki.  Belilah buku-buku tentang Sunnah, Al Quran terjemahan, baca dan baca.  Bermula dari diri kita sendiri seterusnya keluarga.   Selamatkan diri dari api neraka, selamatkan keluarga dari api neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu. Banyak pengorbanan, usaha dan masa. Bermujahadalah.

1. Cari hidayah mujahadah 
2. Amal hidayah mujahadah 
3. Sebarkan kepada orang lain.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنْكُمْ ۖ فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ۚ ذَٰلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا

“Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.” Surah An-Nisa’ (4:59).

Tazkirah Ramadhan – 5/20

0

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

 

1233- عَنْ سَهْلِ بنِ سَعْدٍ رضِيَ اللَّه عَنْهُ ، أَنَّ رسُولَ اللَّهِ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم قَالَ : « لا يَزالُ النَّاسُ بخَيْرٍ مَا عَجلوا الفِطْرَ » متفقٌ عليه .

 

“Manusia akan senantiasa berada dalam kebaikan selama mereka menyegerakan berbuka.”

 

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam biasa berbuka puasa sebelum menunaikan shalat Maghrib dan bukanlah menunggu hingga shalat Maghrib selesai dikerjakan.

Sebagaimana Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu berkata,

 

1234- وعن أَبي عَطِيَّةَ قَالَ : دخَلتُ أَنَا ومسْرُوقٌ على عائشَةَ رَضِيَ اللَّه عَنْهَا فقَالَ لهَا مَسْرُوقٌ : رَجُلانِ منْ أَصْحَابِ مُحَمَّدٍ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم كلاَهُمَا لا يَأْلُو عَنِ الخَيْرِ : أَحَدُهُمَا يُعَجِّلُ المغْربَ والإِفْطَارَ ، والآخَرُ يُؤَخِّرُ المغْرِبَ والإِفْطَارَ ؟ فَقَالَتْ : مَنْ يُعَجِّلُ المَغْربَ وَالإِفْطَارَ ؟ قالَ : عَبْدُ اللَّه يعني ابنَ مَسْعودٍ فَقَالَتْ : هكَذَا كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم ، يصْنَعُ . رواه مسلم.

 

“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam biasanya berbuka dengan rothb (kurma basah) sebelum menunaikan shalat. Jika tidak ada rothb, maka beliau berbuka dengan tamr (kurma kering). Dan jika tidak ada yang demikian beliau berbuka dengan seteguk air.”

 

 

Merancang Keluarga

2

Bersama Doktor Zubaidi bin Ahmad

 

Soalan 1

Adakah kesan sampingan jika mengambil pil perancang keluarga dalam tempoh masa yang lama dan telah menjarakkan kehamilan ? mohon penjelasan doktor Zubaidi.

Jawapan 1

Tidak semua wanita sesuai dengan pil perancang keluarga . Sebab itu saya tidak bersetuju kalau wanita membeli pil perancang keluarga tanpa pemeriksaan.

 

Soalan 2

Tidak sesuai macam mana itu doktor Zubaidi?

Jawapan 2

Terutama yang ada darah tinggi , berat badan berlebihan , kerja duduk dikerusi dalam ofis , merokok. Ini semua menyebabkan darah mudah beku . Boleh jadi stroke masa muda 40 an . Tapi sekarang pil ini mudah didapati.

 

Soalan 3

Mula-mula saya ambil dengan nasihat dari doktor kemudian terus ambil tanpa buat pemeriksaan . Tidak bolehkah doktor Zubaidi ?

Jawapan 3

Pemberian hormon buatan ( sintetik ) perlu pemantauan .

 

Soalan 4

Pemantauan macam mana itu doktor zubaidi ?

Jawapan 4

Bagi wanita yang ada sejarah keluarga , emak , kakak atau adik perempuan ada kanser payu dara dan rahim , harus berhati – hati. FDA USA dah beri senarai wanita yang tidak boleh diberikan pil ini dan senarai wanita yang boleh diberikan tetapi perlu pemantauan . Saya ada menulis dalam majalah Anis .

 

Soalan 5

Saya berumur 36 tahun dan mempunyai anak 4 orang.Kalau saya hendak menukar kaedah perancang keluarga yang lebih selamat selain merancang tanpa ubat , kaedah apakah yang paling sesuai doktor Zubaidi ?

Jawapan 5

Perancangan keluarga harus dibincangkan antara suami isteri . Bukan tugas isteri sahaja dan suami buat tidak tahu. Masalahnya suami tidak mahu ambil tahu dan tugas isteri untuk menjadi mandul sementara. Itu adalah salah. Saya banyak menerima email yang macam ini .Maaf , bahasa saya agak kasar. Antara rintihan , si suami hendak ” sedap ” sahaja dan isteri yang merana akibat kesan sampingan pil perancang keluarga ini .

 

Soalan 6

Apakah cara untuk mengatasinya doktor Zubaidi dan tidak perlu rujukan pada ustaz atau ustazah ke sebelum membuat perancangan keluarga ?

Jawapan 6

Cara terbaik ialah menggunakan kondom ketika hari subur. Lagipun anak adalah anugerah. Lainlah kalau doktor kata kehamilan boleh membawa kemudaratan. Ramai suami pula tidak suka memakai kondom. Jadi mahu tidak mahu , pilihan yang berbaki ialah berikan hormon buatan. Samada pil , suntikan dan lain-lain . Jadi , itulah masalahnya.

 

Soalan 7

Jadi kena dapatkan nasihat doktor sebelum membuat perancangan ya doktor Zubaidi ?

Jawapan 7

Pemberian hormon buatan ( sintetik ) perlu pemantauan . Guna pil perancang keluarga hukumnya harus . Rujuk fatwa kebangsaan. Yang haram ialah :

  • BTL ( Bilateral Tubal Ligation / pengikatan saluran peranakkan ) kerana ia kekal kecuali doktor mengesahkan kehamilan seterusnya memudaratkan .
  • Begitu juga EG , pesakit jantung berlubang dan fungsi jantung pun terjejas.
  • Berumur sudah 40 an dan sudah mempunyai 8 orang anak . Kehamilan berikut mungkin menyebabkan rahim tidak mengecut dan pendarahan boleh menyebabkan kematian .

Jadi berbincanglah dengan suami sebab keluarga itu adalah kepunyaan suami dan isteri. Pemakaian kondom bukannya selalu . Berbanding pengambilan pil setiap hari . Suami yang sayangkan isteri akan pertimbangkan kesan sampingan pil ini.

 

Soalan 8

Suami tidak ada ilmu atau pengetahuan tentang hal ini doktor Zubaidi , macam mana itu ?

Jawapan 8

Bila tanya , mengapa tidak ubah cara lain ? jawabannya ialah ramai suami yang tidak suka pakai kondom . Itulah jawapan dari para isteri yang mengambil pil perancang keluarga .

 

Soalan 9

Bahayakah jika mengandung selepas berumur 35 tahun ?

Jawapan 9

Tidak bahaya jika dalam pemantauan doktor . Kena faham , anak ini adalah rezeki . Ulamak secara umum berkata , haram kalau ada niat tidak mahu anak kalau tubuh sihat dan mampu . Jadi kalau merancang kehamilan dan hamil juga , tidak perlu risau. Percaya pada takdir Allah SWT. Terima dengan redha. Mungkin anak itu akan buat kita gembira di alam satu lagi . Wallahu’alam .

 

Soalan 10

Doktor Zubaidi , pemakaian kondom ini memang bebas kesan sampingan ke kepada lelaki ?

Jawapan 10

Tiada kesan.Cuma nikmat kurang sedikit . Tapi bukan selalu . Kurang pun sedikit saja . Bukan selalu pemakaian kondom. Makan pil setiap hari , lagi banyak kesan sampingan. Saya pernah tengok ada yang sudah berumur 45 tahun tetapi masih mengambil pil perancang keluarga. Setiap hari , setiap bulan. Saya cadangkan kira waktu subur. Selepas itu , gunalah kondom 2 – 3 hari selepas dan sesudah waktu subur.

 

Tips Anak Genius

Ada yang minta tips untuk anak yang genius.

  1. Pilih pasangan dari keturunan dan baka yang baik .
  2. Kahwin dengan orang jauh ( bukan dari genetik pool yang sama contoh : sepupu , dua pupu ).
  3. Yang lebih bijak dari kita .

Genetik yang berbeza menghasilkan anak yang comel yang bijak dan berbakat . Kena tukar mentaliti kita .

 

Soalan

Kena tukar mentaliti kita , apa maksud doktor Zubaidi ?

Jawapan

Contoh :

  1. Orang Padang pandai berniaga . Anak kita mungkin ada kebolehan berniaga juga .
  2. Orang Bugis berani dan berjaya dalam pelayaran .

Genetik itu mempengaruhi perangai dan personaliti . Genetik dan pendidikan sama naik .

 

sila lawati :

http://drzubaidi.com/blog/urine-pregnancy-upt-boleh-mengelirukan/
http://drzubaidi.com/blog/nenas-boleh-sebabkan-keguguran/
http://drzubaidi.com/blog/hukum-mengambil-ubat-penahan-haid/

 

Hadis 4 : Rambut Nabi saw (Samb.) Kitab Asy-Syama’il Al-Muhammadiyyah

0

شرح الديارية

لأحاديث الشمائل المحمدية

للإمام أبي عيسى محمد بن عيسى بن سورة

(المتوفي سنة 279 هجرية)

Syarhu d-Diyariyyah

Li’ahadis Asy-Syama’il Al-Muhammadiyyah

Lil-Imam Abi `Isa Muhammad bin `Isa bin Sawrah

 

Hadis 4

 

4- حَدَّثَنَا مَحْمُودُ بْنُ غَيْلَانَ، قَالَ: حَدَّثَنَا وَكِيعٌ، قَالَ: حَدَّثَنَا سُفْيَانُ، عَنْ أَبِي إِسْحَاقَ، عَنِ الْبَرَاءِ بْنِ عَازِبٍ، قَالَ: مَا رَأَيْتُ مِنْ ذِي لِمَّةٍ فِي حُلَّةٍ حَمْرَاءَ أَحْسَنَ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ، لَهُ شَعْرٌ يَضْرِبُ مَنْكِبَيْهِ، بَعِيدُ مَا بَيْنَ الْمَنْكِبَيْنِ، لَمْ يَكُنْ بِالْقَصِيرِ وَلَا بِالطَّوِيلِ.

4- Telah bercerita kepada kami Mahmud bin Ghaylan, dia berkata: Telah bercerita kepada kami Waki`, dia berkata: Telah bercerita kepada kami Sufyan, daripada Abi Ishaq, daripada Al-Bara’ bin `Azib, dia berkata: Saya tidak pernah melihat orang yang rambutnya mencecah bahu, dalam sepasang merah yang lebih elok daripada Rasuli Llah. Dia mempunyaï rambut yang mencecah dua bahunya, jauh jarak dua bahunya. Dia tidak pendek dan tidak tinggi.

 

Syarah Adou_Fr:

Hadis ini menceritakan tentang rambut Nabi yang disebut (ذي لمة) zi limmah. Hadis sebelumnya mensifatkan rambut Nabi sebagai (عظيم الجمة) `azima l-jummah. Dalam bahasa `Arab, terdapat beberapa kata sifat tentang rambut, antaranya: (لمة) limmah, (وفرة) wafrah, dan (جمة) jummah. Wafrah ialah rambut yang mencecah dua telinga, limmah ialah rambut yang mencecah antara dua telinga dan bahu, dan jummah ialah rambut yang mencecah bahu. Justeru, sifat rambut ini menunjukkan kepanjangan rambut Nabi, ada masa ia mencecah telinga (wafrah), ada masa ia lebih panjang daripada telinga (limmah), dan ada masa ia mencecah bahu (jummah). Ini kerana rambut ialah bahagian tubuh yang boleh memanjang dan boleh dipotong, apabila dipotong, ia pendek, dan apabila dibiarkan, ia akan memanjang.

Rawi hadis ini, Al-Bara’ bin `Azib menyebut bahawa dia tidak pernah melihat seseorang yang lebih elok daripada Rasulu Llah dalam sepasang pakaian merah.

Seterusnya, diterangkan tentang rambut Nabi – sekali lagi – yang mencecah dua bahunya, dada Nabi yang bidang, dan saiz tubuh Nabi yang tidak pendek dan tidak pula tinggi, iaitu Nabi mempunyaï ketinggian yang sederhana.

 

Terjemahan dan Syarah oleh : ADÖULINÉ Lacharouphe ( Mohd `Adlan Bin Mohd Shariffuddin ).

ترجمة وشرح باللغة الماليزية : محمد عدلن بن محمد شريف الدين بن أحمد بن جعفر الدياري

 

 

01.09.02 #250315: KAEDAH PERIWAYATAN HADITS

0

Nota 01.09.02 Mengenal al-Riwayah, al-Rawi dan al-Marwi. Susunan: BroSyarief

KAEDAH PERIWAYATAN HADITS (طُرُق تَحَمُّل الحديث وأَدَأئِه)

Topik ini akan menyentuh bentuk-bentuk periwayatan berserta gaya lafaz yang disebutkan. Terdapat 8 kaedah yang utama dalam periwayatan hadits:

  1. as-Sama’ (السَّمَاع) yang bermaksud perawi mendengar langsung dari bacaan hadits oleh syaikh, sama ada bacaan itu dari hafalan syaikh atau dari kitab tulisannya. Di antara contoh lafaznya: Sami’tu (سمعت), atau Haddatsani (حدثني), atau Akhbarani (أخبرني), atau Zakara li (ذكر لي), dan banyak lagi. Dan bentuk ini merupakan yang paling utama di sisi jumhur.
  2. al-Qiraah (القِرَاءَة) yang bermaksud perawi membacakan hadits kepada syaikh yang mendengar, atau perawi mendengarkan seorang perawi lain membacakan hadits kepada syaikh yang mendengar di dalam satu majlis yang sama; sama ada dari hafalan atau kitab tulisan syaikh. Di antara contoh lafaznya: Qara’tu ‘ala Fulan (قَرَأْتُ عَلَى فُلَان), atau Quri’a ‘alaihi wa ana asma’ (قُرِئَ عَلَيهِ وأَنَا أَسْمَع) dan terdapat ramai ulama hadits yang menggunakan lafaz Akhbarana (أخبرنا) untuk bentuk periwayatan ini.
  3. al-Ijaazah (الإِجَازَة) yang bermaksud keizinan (الإِذن). Contohnya, seorang syaikh menyebutkan kepada salah seorang muridnya: ‘Aku mengijazahkan kepadamu meriwayatkan Sahih al-Bukhari dariku’. Di antara lafaz yang disebutkan oleh perawi: Ajaaza li fulan (أَجَازَ لي فلان) atau Haddatsana Ijaazatan (حدثنا إجأزةً), dan banyak lagi. Terdapat sebahagian ulama hadits mengkhususkan lafaz Anba’ana (أنبأنا) untuk bentuk periwayatan ini.
  4. al-Munawalah (المناولة) yang bermaksud memberi (الإِعْطَاء), di mana syaikh akan memberikan kitabnya kepada perawi dan berkata, ‘Ini riwayatku dari fulan, maka riwayatkanlah ia dariku..’. Lafaz yang akan disebutkan oleh perawi, contohnya: Naawalani (ناولني) atau Haddatsana munaawalatan (حدثنا مناولة), dan banyak lagi.
  5. al-Kitabah (الكتابة) yang bermaksud syaikh menuliskan hadits kepada perawi secara berhadapan atau tidak, sama ada dengan tulisan dia sendiri atau dia mengarahkan muridnya yang lain menuliskannya. Lafaz yang disebutkan perawi, contohnya: Kataba ilaiya fulan (كتب اليَّ فلان) atau Akhbarani kitabatan (أخبرني كتابة), dan banyak lagi.
  6. al-I’lam (الإعلام) yang bermaksud syaikh memberitahu perawi supaya mendengarkan bacaan hadits ini atau kitab ini. Lafaz yang akan disebutkan perawi, contohnya: A’lamani Syaikhi (أعلمني شيخي).
  7. al-Washiyyah (الوصية) yang bermaksud syaikh mewasiatkan kitabnya kepada muridnya (aka perawi) supaya meriwayatkan hadits darinya, sebelum dia meninggal atau bermusafir. Lafaz yang disebutkan perawi, contohnya:  Awsho ilaiya fulan bi kaza (أوصى إليَّ فلان بكذا) atau Haddatsani fulan washiyyatan (حدثني فلان وصية), dan banyak lagi.
  8. al-Wijaadah (الوجادة) yang bermaksud perawi menjumpai hadits-hadits di dalam buku atau lembaran, dan mengenal itu tulisan syaikhnya, lalu meriwayatkannya tanpa dia mendengarkan secara langsung dari syaikhnya dan tanpa diijazahkan. Lafaz yang disebutkan perawi, contohnya: Wajadtu kitab fulan bi khoththihi (وجدت كتاب فلان بخطه), atau Qara’tu bi khothi fulan kaza (قرأت بخط فلان كذا).

 

WalLaahu a’lam

Ruj: Ulum Al-Hadits Asiluha wa Mu’asiruha, karangan Prof Dr Abullayts KhairAbaadi.

#BroSyariefShares

Popular

Iklan

Iklan