Utama Bilik (30) Tafsir Ibn Kathir Diskusi Tafsir

Diskusi Tafsir

309
0
Iklan

NOTA 1

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Surah Al-Fatihah,1:1

بِسْمِ  – dengan nama
ٱللَّهِ  –  Allah
ٱلرَّحْمَٰنِ – Maha Pemurah 
ٱلرَّحِيمِ  – Maha Penyayang

Membaca basmallah disunnahkan pada saat mengawali setiap pekerjaan.

“Tidak sempurna wudhu’ bagi orang yang tidak membaca nama Allah padanya.” Musnad Ahmad.

“Ucapkan bismillah, makan dengan tangan kananmu dan makanlah makanan yang dekat darimu” (Sahih Muslim)

Di sunnahkan membaca bismillah ketika berjima’.
(Riwayat Al Bukhari dan Muslim)

Maksud Basmalah

Basmalah maksudnya: Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Makna ayat ini ialah, akan memulakan menyebut nama Allah sebelum setiap sesuatu dengan memohon pertolongan kepada Allah dalam segala urusan, kerana Allah bersifat Maha Perkasa di atas setiap sesuatu.

Ibn Jarir berkata : Sesungguhnya Allah mendidik nabi-Nya Muhammad s.a.w. dalam melakukan segala pekerjaan hendaklah dimulakan dengan nama-nama-Nya yang mulia dan dijadikan sunah bagi sekalian makhluk-Nya sama ada percakapan, surat, kitab dan hajat-hajat.

Gesaan ini jelas dengan arahan Allah dalam ayat pertama yang diturunkan dalam surah al-`Alaq. Justeru Allah mukadimahkan ayat ini pada semua surah kecuali surah at-Tawbah. Ini kerana mengikut sebahagian ulama, ayat ini untuk memohon rahmat sedangkan surah at-Tawbah mengkisahkan tentang perang atau hukuman Allah.

Hukum Isti’azah

1. Makna Isti’azah (استعاذه)
~ Pada bahasa : Berlindung
~ Pada istilah : Lafaz yang menghasilkan perlindungan dan naungan Allah daripada syaitan yang di laknat. Juga dikenali dengan ta’auwuz (تعوّذ)

2. Dalil tuntutan membaca isti’azah adalah seperti berikut.

~ Firman Allah dalam surah An-Nahl: ayat 98

فَإِذَا قَرَأْتَ الْقُرْءَانَ فَاسْتَعِذْ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطٰنِ الرَّجِيْمِ
“Apabila kamu hendak membaca Al-Quran maka hendaklah meminta pertolongan kepada Allah dari syaitan yang direjam.

~ Diriwayat dari Ibnu Mas’ud r.a telah berkata :

قَرَأْتُ عَلَى رَسُولِ اللّهِ صلى الله عليه وسلم فَقُلْتُ أعوذ بالله السميع العليم فَقَالّ قُلْ يَا ابْنُ أُمِّ عَبْدٍ أعوذ بالله من الشيطان الرجيم هَكَذَا أَقْرَ أَنِيْهِ جِبْرِيلٌ عَنِ اللُّوحِ عَنِ الْقَلَمِ

“Aku telah membaca kepada Rasulullah s.a.w, aku berkata أعوذ بالله السميع العليم, maka berkata Baginda : Katakanlah wahai anak Ummi ‘Abd (Ibnu Mas’ud) أعوذ بالله من الشيطان الرجيم, beginilah Jibril membacakannya padaku dari Luh dari Kalam

3.  Ulamak berselisih pendapat tentang tahap tuntutan bacaan isti’azah kepada 3: 

~ Kebanyakan ulamak mengatakan SUNAT MUAKKAD membacanya ketika hendak membaca Al-Quran

~ Sebahagian ulamak antaranya ‘Ata’, Sufyan At-Thauri dan Daud Az-Zahiri serta pengikutnya mengatakan WAJIB.

~ Ibnu Sirin Al-Bashri mengatakan WAJIB membacanya sekali seumur hidup

Terdapat 4 cara membaca isti’azah dan basmalah serta awal surah.

1. Berhenti pada isti’azah dan basmalah. (Ini lebih afdhal)
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم (-) بسم الله الرحمن الرحيم (-) قل هو الله أحد (١)

2. Berhenti pada isti’azah dan menyambung basmalah dengan awal surah.
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم (-) بسم الله الرحمن الرحيم (+) قل هو الله أحد (١)

3. Menyambung isti’azah dgn basmalah dan berhenti padanya kemudian membaca awal surah.
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم (+) بسم الله الرحمن الرحيم (-) قل هو الله أحد (١)

4. Menyambung ketiga-tiganya.
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم (+) بسم الله الرحمن الرحيم (-) قل هو الله أحد (١)

** Terdapat 2 cara membaca isti’azah pada awal surah At-Taubah (tanpa basmalah).

1. Berhenti pada isti’azah, kemudian meneruskan bacaan.
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم (-)
برآءة من الله ورسوله إلى الذين عٰهدتم من المشركين (١)

2. Menyambung isti’azah dgn awal surah At-Taubah
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم (+)
برآءة من الله ورسوله إلى الذين عٰهدتم من المشركين (١)

Hukum Basmalah

1. Lafaz basmalah : بسم الله الرحمن الرحيم. Inilah lafaz yg terdapat dlm surah An-Naml ayat 30

إِنَّهُ مِن سُلَيْمٰنَ وَإِنَّهُ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
“Sesungguhnya ia (surat) drpd Sulaiman dan sesungguhnya (isi kandungannya) Bismillahir Rahmanir Rahim

2. Hukum membaca basmalah di awal surah adalah dituntut (sunat) kecuali di awal surah At-Tawbah kerana:
~Basmalah tidak ditulis di awal surah seperti surah-surah yang lain. (Sebahagian ulamak mengatakan bahawa surah Al-Anfal dan surah At-Tawbah adalah 1 surah)
~Surah At-Tawbah diturunkan ketika perang. Perang adalah huru hara dan basmalah adalah keamanan. Tidak mungkin berhimpun keamanan dan huru hara dalam 1 masa

3. Terdapat 3 cara yang diharuskan membaca basmalah di antara 2 surah.

a. Berhenti pada akhir surah pertama dan juga basmalah, kemudian menbaca surah kedua.
ومن شر حاسد إذا حسد (-) بسم الله الرحمن الرحيم (-) قل أعوذ برب الناس (١)

b. Berhenti pada akhir surah pertama kemudian menyambung bacaan basmalah dengan awal surah kedua.
ومن شر حاسد إذا حسد (-) بسم الله الرحمن الرحيم (+) قل أعوذ برب الناس (١)

c. Menyambung akhir surah pertama dengan basmalah dan awal surah kedua.
ومن شر حاسد إذا حسد (-) بسم الله الرحمن الرحيم (-) قل أعوذ برب الناس (١)

**Dilarang menyambung akhir surah pertama dengan basmalah dan berhenti padanya, kemudian membaca awal surah kedua. (Kerana basmalah itu dijadikan di awal surah, bukannya di akhir surah)

4.  Terdapat 3 cara yang diharuskan untuk menyambung bacaan antara akhir surah Al-Anfal dgn awal surah At-Tawbah.

a. Waqaf pada akhir surah Al-Anfal kemudian membaca awal surah At-Tawbah.
إن الله بكل شيء عليم (-) براءة من الله ورسوله الى الذين عٰهدتم من المشركين (١)

b. Saktah pada akhir surah Al-Anfal kemudian membaca awal surah At-Tawbah.
إن الله بكل شيء عليم (س) براءة من الله ورسوله الى الذين عٰهدتم من المشركين (١)

c. Wasal akhir surah Al-Anfal dengan awal surah At-Tawbah
إن الله بكل شيء عليم (+) براءة من الله ورسوله الى الذين عٰهدتم من المشركين (١)

Huraian kalimah-kalimah dalam Bismillah

بسم الله : باء الإستعانة
Ba yang yang bermakna (dengan bantuan Allah)

الله
merupakan nama untuk Rabb
Al Ismul a’zham.

Sebelum بسم الله ada lafaz yang maknawi bergantung pada apa yang kita lakukan, contohnya kita hendak membaca kitab yang tersembunyi dihadapannya أقرأ

أقرأ بسم الله
Aku membaca dengan bantuan Allah. Jadi jika kita melakukan kerja-kerja baik tidak menyebut بسم الله amatlah rugi .

ب : حرف جر ( للإستعانة )
اسم : اسم مجرور بحرالجر “ب”

Huruf ba adalah kata sendi yang berfungsi sebagai memohon pertolongan. Ismi اسم adalah kata nama yang hukum i’rabnya majrur dan tanda jarnya berbaris bawah.

Secara umum makna basmallah:

Aku memulai bacaanku seraya mengharap berkah dengan nama Allah Taala yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang serta memohon pertolongannya.

Itulah hakikatnya, jadi tanpa بسم الله kerja yang dilakukan tidak mendapat keberkatan, dan mungkin boleh dianggap sombong kerana melakukan sesuatu tanpa memohon inayah dari yang Maha Pencipta. Tiada sikap tawaduk.

Tawasul dengan sifat Allah adalah diharuskan.  Tidak boleh bertawasul selain daripada Allah, kecuali pada orang yang masih hidup. Terbaik mohon sendiri sesudah itu bertawakkal dan berserah.

1.  Masyrû’, iaitu tawassul kepada Allâh Azza wa Jalla dengan Asma’ dan Sifat-Nya dengan amal soleh yang dikerjakannya atau melalui doa orang soleh yang masih hidup.

2. Bid’ah, iaitu mendekatkan diri kepada Allâh Azza wa Jalla dengan cara yang tidak disebutkan dalam syari’at, seperti tawassul dengan peribadi para Nabi dan orang-orang soleh, dengan kedudukan mereka, kehormatan mereka dan sebagainya.

3. Syirik, bila menjadikan orang-orang yang sudah meninggal duniasebagai perantara dalam ibadah, termasuk berdoa kepada mereka, meminta keperluan dan memohon pertolongan kepada mereka.

Isu: adakah bismillah sebahagian daripada surah?
Yang pasti ya, ayat 30, surah Al-Naml.

Jumhur ulama’ setuju.

إِنَّهُ مِنْ سُلَيْمَانَ وَإِنَّهُ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Sesungguhnya surat itu, dari SuIaiman dan sesungguhnya (isi)nya: Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Surah An-Naml (27:30)

Dalam basmalah terdapat tiga nama Allah, iaitu Allah, ar-Rahman dan ar-Rahim. Allah adalah nama bagi zat yang wajib ada yang bergantung segala alam dengan-Nya seperti firman Allah s.w.t : Hai manusia, kamu semua fakir (berhajat) kepada Allah, dan Allah bersifat Maha Kaya lagi Terpuji.

Ar-Rahman dan ar-Rahim menunjukkan rahmat Allah yang meliputi sekalian makhluk. Ar-Rahman dan ar-Rahim apabila disekalikan sebutannya memberi makna yang berbeza. Ar-Rahman lebih umum dan di dunia ini, sedangkan ar-Rahim khusus untuk ahli taat di Hari Akhirat.

Secara ringkasnya jika ditadabbur, di dalam basmalah terdapat Tawhid Rububiyyah (af’alulLah), Tawhid ‘Uluhiyyah (af’al al-‘Ibad) dan al-asma’ wa al-sifat. Ia merangkumi kesemuanya. Lalu ia membawa makna yang begitu besar. Kerana itu Allah perintahkan kepada semua hamba-Nya yang beriman.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَابْتَغُوا إِلَيْهِ الْوَسِيلَةَ وَجَاهِدُوا فِي سَبِيلِهِ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan carilah jalan bagi mendekatkan diri kepadaNya (fahami dan tadabbur segala perintahNya dan laranganNya di dalam al-Quran); dan berjuanglah pada jalan Allah (menjalankan perintah dan larangan berpandukan Sunnah Rasulullah) supaya kamu beroleh kejayaan. [5:35] Wallahu a’lam.

Hikmah dikhususkan sebutan ar-Rahman dan ar-Rahim dalam basmalah kerana beberapa perkara :

1. Supaya hamba-Nya tahu bahawa Allah Tuhan mereka bersifat Rahman dan Rahim untuk menjadikan mereka taat dan beribadah memohon kepada-Nya.

2. Nama ar-Rahman meliputi segala alam yang kesannya dapat dilihat dan dibuktikan. Dan semua makhluk seperti manusia, jin dan lain-lain dicipta dengan rahmat Allah, justeru dengan menghayati kalimat ini menambahkan lagi ketaatan kita kepada Allah SWT.

Ar Rahim hanya untuk org beriman.

هُوَ الَّذِي يُصَلِّي عَلَيْكُمْ وَمَلَائِكَتُهُ لِيُخْرِجَكُمْ مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ ۚ وَكَانَ بِالْمُؤْمِنِينَ رَحِيمًا
Dialah yang memberi rahmat kepadamu dan malaikat-Nya (memohonkan ampunan untukmu), supaya Dia mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya (yang terang). Dan adalah Dia Maha Penyayang kepada orang-orang yang beriman. Surah Al-Ahzab (33:43)

Kebanyakan lafaz `Rahman’ digunakan dalam al-Quran merangkumi rahmat kepada orang Islam dan bukan Islam. Sedangkan lafaz `Rahim’ digunakan untuk rahmat yang khusus bagi orang yang beriman. Justeru banyak ayat `ar-Rahim’ datang dengan ibarat `al-Ghafur’ Maha Pengampun yang tidak dapat kecuali orang yang beriman. Inilah khusus al-Quran.

Komen dan Soalan