Utama Bilik (04) Rahiqum Makhtum Ar-Rahiq Al-Makhtum – Perjalanan Hidup Insan Agung

Ar-Rahiq Al-Makhtum – Perjalanan Hidup Insan Agung

266
0

Sejarah Hidup Rasulullah s.a.w.

Pengenalan

Sirah Rasulullah s.a.w menjadi bahan buku sejarah yang diambil oleh setiap generasi nubuwah yang menjadi panduan dan bekal perjalanan.  Bagi mereka yang mempelajari sirah Baginda, akan memperoleh gambaran sejarah yang menakjubkan.  Melalui sirah Rasulullah s.a.w. dapat dilihat bagaimana Baginda dan para sahabat mampu menundukkan dunia dan mengangkat nilai-nilai kemanusian hingga ke tahap (darjat) yang tinggi yang tidak pernah disaksikan oleh mana-mana sejarah sekalipun.

Bagi mereka yang mengkaji sirah Baginda, akan kagum dengan kejayaan Baginda melahirkan nilai-nilai kemanusiaan yang begitu tinggi darjatnya. Malah timbul persoalan, bagaimana Baginda mampu menjana seseorang yang jika dicari aibnya,pasti sukar ditemui.  Padahal mereka yang dijana dan dididik Baginda hanyalah manusiabiasa yang hidup di padang pasir yang tandus kekeringan. 

Buku bertajuk Ar-Rahiq al-Makhtum tulisan Shaikh Safiyyu al-Rahman al-Mubarakfuri ini sebenarnya telah terhasil dari pertandingan yang dianjurkan oleh Rabithah Al-Alam Al-Islami pada 1396H di Pakistan. Syarat yang ketat dalam menghasilkan karya berkualiti tentang sirah Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam telah disenaraikan. 

Antara syarat-syarat yang dikenakan bagi pertandingan tersebut ialah:

1)  Kajian mesti perspektif, berdasarkan urutan kejadian.

2)  Mesti bagus kualitinya dan belum pernah diterbitkan.

3) Penulis mesti menyebut manuskrip dan sumber ilmiah yang menjadi landasan tulisan tersebut.

4) Penulis mesti menyebut biografi lengkap tentang diri penulis dan melampirkan karya-karya ilmiah yang pernah ditulis.

5)  Kajian mesti ditulis dengan tulisan tangan yang rapi atau ditaip.

6)  Tulisan bebas dalam bahasa apa pun.

7)  Hasil tulisan akan diteliti oleh panel khusus yang terdiri dari para ulama yang pakar.

Sebanyak 171 kajian telah dihantar dari seluruh dunia. 84 darinya dalam bahasa Arab, 64 dalam bahasa Urdu, 22 dalam bahasa Inggeris dan 1 dalam bahasa Perancis. Pemenang bagi pertandingan tersebut adalah seperti berikut:

Tempat Pertama: Shaikh Safiyyurrahman al-Mubarakfuri dari Al-Jami’ah As-Salafiyah di India.

Tempat Kedua: Dr Majid Ali Khan dari Al-Jami’ah Al-Mahalliyah Al-Islamiyyah di India.

Tempat Ketiga: Dr Nushair Ahmad Nashir, Rektor Al-Jami’ah Al-Islamiyyah Pakistan.

Tempat Keempat: Al-Ustadz Hamid Mahmud Muhammad Manshur Laimud dari Mesir.

Tempat Kelima: Al-Ustadz Abdussalam Hasyim Hafizh dari Madiah Al-Munawwarah, Arab Saudi.

Pengumuman pemenang telah diumumkan di Karachi, Pakistan pada 1398H dan telah mendapat liputan akhbar secara besar-besaran. Untuk penyerahan hadiah, satu acara khas yang penuh meriah telah diadakan pada 1399H di Makkah dengan dihadiri oleh ramai tokoh-tokoh.

Tersebarnya buku Ar-Rahiq Al-Makhtum adalah hasil usaha dari Rabithah Al-Alam Al-Islami yang telah menyebarkan kajian yang menjadi juara dalam pertandingan tersebut dalam bentuk buku, dan diterbitkan dalam banyak bahasa.

Kitab ini bermula dengan pengkisahan sejarah Bangsa Arab dari masa Nabi Ismail a.s. hingga kepada kelahiran Nabi (bacalah selawat).

Sejarah kaum yang berada di sekeliling Mekah dan Yathrib serta hubung kait kabilah yang ada. Seperti dimaklumkan sebelum ini dari bangsa yang mentauhidkan Allah hingga berhala yang dibawa masuk melalui Amru bin Luhay serta berhala-berhala zaman Nabi Nuh a.s yang digali di Jeddah yang dibawa dari sana, diagih pula kepada kabilah lain, disebar ke kabilah lain.

Dikisahkan bagaimana masyarakat Arab melaksanakan amalan khurafat mereka melalui dukun, anak panah bertuhan undian.

Masyarakat Arab juga banyak dipengaruhi oleh Agama Samawi lain seperti Nasrani, Yahudi serta Majusi. Ia pengaruh beberapa kabilah yang berada hampir dengan kerajaan yang membawa agama ini.

Diceritakan juga bagaimana wanita dipergunakan dan dinikah. Ada 4 cara dan Nabi (bacalah selawat ) melupuskan semua kecuali cara pertama yang kekal hingga ke zaman sekarang. 

Akhir aspek ekonomi menceritakan utama sumber ekonomi mereka adalah berdagang. 

Banyak perkara yang dilihat tidak kesampaian akal seperti membunuh bayi wanita di zaman jahiliyah namun mereka berpegang juga aspek nilai sosial tinggi seperti dermawan, menepati janji, teguh tekad pada kabilah. 

Banyak rujukan dari dua kitab sirah utama seperti Ibnu Hisyam dan Ibnu Ishak, walaupun ada yang mengatakan banyak riwayat Israeliyat di dalam kitab karang Ibnu Ishak. Ini jelas menunjukkan ada percanggahan di dalam beberapa pengkisahan yang juga di maklum oleh penulis. 

Secara ringkasnya buku ini memberikan gambaran dengan fakta dan data yang sahih. Kerosakan dan kehancuran manusia arab dan ajam seperti di dalam ms 1 hingga ms 49 -> melalui beberapa usaha dan amal yang di tunjukkan oleh Rasulallah saw ianya dibina semula dan diselamatkan. Bagi yang diberi Allah swt fahaman yang jelas dan ilmu yang terang dapat memperincikannya satu persatu daripada ayat Al Qur’an dan Hadis. Sirah sekadar gambaran pada garis waktu. Allahua’lam

Komen dan Soalan