Utama Blog Halaman 290

Munculnya Api dari Hijaz (Medinah): Tanda Kiamat Ke-13

0

Tanda Kiamat Ke-13/131: Munculnya Api dari Hijaz (Medinah)

Dalil hadith:

حَدَّثَنَا أَبُو الْيَمَانِ أَخْبَرَنَا شُعَيْبٌ عَنْ الزُّهْرِيِّ قَالَ سَعِيدُ بْنُ الْمُسَيَّبِ أَخْبَرَنِي أَبُو هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى تَخْرُجَ نَارٌ مِنْ أَرْضِ الْحِجَازِ تُضِيءُ أَعْنَاقَ الْإِبِلِ بِبُصْرَى

Terjemahan:
“Hari kiamat tak akan tiba hingga api keluar dari tanah Hejaz yang bisa menyinari tengkuk unta di Bushra” HR Bukhari no 7118 (dorar.net)

الراوي : أبو هريرة المحدث : البخاري
المصدر : صحيح البخاري الصفحة أو الرقم: 7118 خلاصة

Tanda Kiamat kecil yang sudah berlalu ialah munculnya api yang besar di pinggir Medinah tahun 654H yang tingginya hingga orang badui dapat melihat unta-unta mereka di bandar Bushra atau Hauran di Syria.

Ibn katsir mencatat peristiwa api ini dalam dua kitabnya al-Fitan dan al-Bidayah jilid 13. manakala Imam Nawawi dalam syarah sahih Muslim (Jld 18) mencatat peristiwa api tersebut, bahawa ia berlaku pada zaman dia.

Syarah: Api itu sebenarnya adalah akiviti gunung berapi di lembah Harrah Rahat Medina pada tahun 1256M. secara khususnya di Jabal al Malsa di Medina lebih kurang 25KM dari airport medinah. Medina memang termasuk dalam rangkaian gunung berapi dan gempa. Letupan gunung berapi 1256 ini adalah tanda Kiamat yang dimaksudkan oleh Nabi sebagai api dari Medina. Ia berlangsung selama 50 hari dan lava itu hanya 4KM sahaja untuk sampai ke mesjid Nabawi. Peristiwa ini dicatat dalam banyak kitab dan ia peristiwa yang mutawatir dan disahkan oleh kajian kaji gunung berapi antarabangsa. tamat

Api Yemen kita akan syarah dalam Tanda Kiamat yg Besar

Apakah maksudnya? Adakah kebakaran atau perang?

Jawapan:
Maksud api tu adalah aktiviti gunung berapi dekat Madinah. Medinah memang ada banjaran gunung berapi berdekatan di Harrah.

Api Madinah, atau volcano medinah, tanda kecil yang sudah berlalu pada tahun 1256 Masehi.

02.07.01#070515: Kategori Gugur Periwayat dari Sanad

0

Bilik (40) Asas Ilmu Hadits

Nota 02.07.01 Hadits al-Mardud (المردود)

Kategori Gugur Periwayat dari Sanad (السقط من الإسناد)

Susunan: BroSyarief

Merujuk kepada Nota 02.06.01, gambaran umum telah diberi bahawa Hadits Mardud terbahagi kepada 2 kategori umum, iaitu:

1) السقط من الإسناد – Gugur Periwayat pada Sanad
2) الطعن في الراوي – Kritikan Terhadap Periwayat

Jadi kita akan mula mendalami butiran pembahagian untuk kategori yang pertama, iaitu Gugur Periwayat dari Sanad.

Apa yang dimaksudkan dengan gugur periwayat dari sanad ialah terputusnya sambungan sanad dengan hilangnya seorang atau lebih periwayat, sama ada secara sengaja ataupun tidak, oleh sebahagian periwayat, dari awal atau hujung atau di tengah-tengah sanad, dan sama ada secara zahir atau tersembunyi.

Perbincangan kategori ini juga akan melihat dari dua perspektif, iaitu

01. Gugur secara Jelas (سقط ظاهر) – merangkumi 4 jenis: Mu’allaq, Mursal, Mu’dhal dan Munqati’
02. Gugur secara Tersembunyi (سقط خفي) – merangkumi 2 jenis: Mudallas dan Mursal Khafi

Di bawah kategori gugurnya periwayat dari sanad secara zahir dan jelas, kita menyentuh jenis yang pertama iaitu Mua’llaq.

HADITS MU’ALLAQ (المعلق)

Secara bahasa, ia bermaksud tergantung, bagaikan buaian, dll.

Adapun secara teknikal, ia merujuk kepada hadits yang mana pada sanadnya, hilang atau dipadam nama periwayat, bermula dari awal sanad (periwayat pertama yang didengar daripadanya penulis kitab hadits) sama ada seorang atau lebih atau keseluruhannya. (Lihat Rajah Contoh Hadits Mua’allaq)

Habits Mu’allaq adalah tertolak, kerana gugurnya periwayat menunjukkan periwayat tidak mengetahui siapa periwayat dan hal ehwalnya sama ada dia tsiqah ataupun dha’if.

Oleh itu, untuk berhati-hati dalam bab agama, hadits ini tidak diterima, kecuali jika didapati adanya jalan sanad lain yang bersambung, sehingga taraf hadits tersebut naik ke taraf Hasan li Ghayrihi, berdasarkan ijtihad para ulama hadits.

Bagaimana diketahui terdapat periwayat yang gugur di dalam sanad? Para ‘ulama hadits akan melihat kepada sejarah perjalanan periwayat tersebut, melihat sama ada benar atau tidak periwayat tersebut benar-benar pernah berjumpa atau tidak, malah boleh dilihat pada tarikh lahir dan mati untuk dibandingkan dan komentar ulama jarh ta’dil yang mengatakan periwayat A tak pernah bertemu periwayat B, dan pelbagai lagi cara.

Di dalam Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim juga terdapat hadits-hadits Mu’allaq, namun ianya telah dikaji, sama ada dijumpai sanadnya yang bersambung di kedudukan lain dalam kitab yang sama ataupun dari kitab hadits yang lain. Dan ini mengekalkan kedua kitab Sahih ini sebagai kitab hadits yang paling sahih.

Adapun beberapa hadits yang berbaki yang diperselisihi ianya Dha’if ataupun tidak di dalam Sahih al-Bukhari dan Muslim, ianya membuktikan bahawa mereka juga manusia yang melakukan kesilapan dan ber’amal dengan hadits-hadits yang Dha’ifnya ringan adalah tidak mengapa dengan memenuhi persyaratan yang telah dibincangkan dalam Nota 02.06.04.

muallaq

WalLaahu a’lam

Ruj: Ulum Al-Hadits Asiluha wa Mu’asiruha, karangan Prof Dr Abullayts KhairAbaadi.

#BroSyariefShares

Hadits 7: Anjuran Islam untuk menghidupkan tanah

0

Tidaklah seseorang muslim yang menanam tanaman, lalu dimakan oleh burung atau manusia atau binatang, melainkan baginya dikira sedekah.

ما من مسلِمٍ يغرسُ غرسًا أو يزرعُ زرعًا فيأْكُلُ منْهُ طيرٌ أو إنسانٌ أو بَهيمةٌ إلَّا كانَ لَهُ بِهِ صدقةٌ

Diriwayatkan oleh Al-Bukhari (2320), Muslim (1553).

#SilsilahShahihah:

Orang yang Wajib Solat

0

Bismillah…
Note 05 – Rujuk Al Fiqh Al Manhaji

1. Orang Yg Wajib Bersolat :

– Setiap muslimin lelaki dan perempuan yg waras, cukup umur dan suci.
– Orang kafir yang baru masuk Islam.
– Orang yang murtad, setelah kembali kepada Islam wajib mengqadha’ semua kewajipan yang luput sepanjang masa murtadnya.

Solat tidak wajib atas kanak-kanak kerana tidak mukallaf (belum baligh), orang gila kerana tidak siuman dan perempuan yg kedatangan haidh atau nifas.

Berdasarkan hadis Rasulullah SAW :

“Tidak dicatatkan dosa tiga golongan : kanak-kanak hingga dia baligh, orang yang tidur hingga dia jaga dan orang yang gila sehingga dia siuman.”
Riwayat Abu Daud : 4403

– Orang gila sebagai golongan yang terlepas daripada tuntutan syara’.
– Orang yang tidur wajib qadha’ solat setelah dia berjaga.
– Kanak-kanak berusia 7 tahun wajib disuruh solat, dirotan meninggalkannya setelah berusia 10 tahun jika engan solat.

Himpunan Ayat Al-Quran Bab Sabar

0

Allah Ta’ala berfirman:

“Hai sekalian orang yang beriman, bersabarlah dan cukupkanlah kesabaran itu.” (ali-lmran: 200)

Allah Ta’ala berfirman pula:

“Nescayalah Kami akan memberikan cubaan sedikit kepadamu semua seperti ketakutan, ketaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan, kemudian sampaikaniah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.” (al-Baqarah: 155)

Lagi Allah Ta’ala berfirman:

“Sesungguhnya orang-orang yang bersabar itu akan dipenuhi pahala mereka dengan tiada hitungannya – kerana amat banyaknya.” (az-Zumar: 10)

Juga Allah Ta’ala berfirman:

“Orang yang bersabar dan suka memaafkan, sesungguhnya hal yang demikian itu nescayalah termasuk pekerjaan yang dilakukan dengan hati yang teguh.” (as-Syura: 43)

Allah Ta’ala berfirman pula:

“Mintalah pertolongan dengan sabar dan mengerjakan shalat sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar.” (al-Baqarah: 153)

Lagi Allah Ta’ala berfirman:

“Dan sesungguhnya Kami hendak menguji kepadamu semua, sehingga Kami dapat mengetahui siapa di antara engkau semua itu yang benar-benar berjihad dan siapa pula orang-orang yang bersabar.” (Muhammad: 31)

Ayat-ayat yang mengandungi perintah untuk bersabar dan yang menerangkan keutamaan sabar itu amat banyak sekali dan dapat dimaklumi.

 

Meratanya Keamanan Dan Ketenteraman: Tanda Kiamat Ke-12

0

Tanda Kiamat Ke-12/131
Meratanya Keamanan Dan Ketenteraman

Dalil hadith:
Hadith #1 jalur Abu Hurayra ra

لا تقومُ الساعَةُ حتى تعودَ أرْضُ العربِ مروجًا وأَنْهَارًا وحتى يسيرَ الراكِبُ بينَ العِرَاقِ ومَكَّةَ لَا يَخَافُ إلَّا ضَلَالَ الطريقِ [ وحتَّى يَكْثُرَ الْهَرْجُ قالوا وما الهَرْجُ يا رسولَ اللهِ قال القتلُ ]
الراوي : أبو هريرة المحدث : الهيثمي
المصدر : مجمع الزوائد الصفحة أو الرقم: 7/334 خلاصة حكم المحدث : رجاله رجال الصحيح

Terjemahan:
Dari Abu Hurairah ra diriwayatkan bahwa Rasulullah saw bersabda : “Tidak akan terjadinya hari kiamat sehingga bumi arab kembali menjadi kebun-kebun dan sungai-sungai dan sehingga musafir dalam perjalanan di antara Iraq dan Makkah tidak merasa takut (aman dan selamat) kecuali takut tersesat jalan. Dan terjadinya banyaknya ‘harj’. Mereka bertanya apakah dia ‘harj’ ya Rasulullah SAW ? Jawab baginda ; pembunuhan” HR Ahmad, disahihkan oleh al-Haithami.

Fiqh Hadith:
1. Pada zaman dulu bumi arab adalah hijau dan sungai-sungai banyak yang mengalir, kemudian menjadi tandus seperti sekarang, tetapi kalau sesiapa yang datang ke Saudi dapat merasakan Saudi semakin hijau, berlaku perubahan cuaca, salji turun di Madinah, dan taburan hujan yang banyak dan kerapnya banjir di semua bandaraya KSA

2. Bila disebut keselamatan di zaman dulu, maka ia suatu yang menakutkan apatah lagi perjalanan dari Mekah ke Iraq atau syria. Bila Nabi kata akan berlaku aman di tanah arab dan perjalanan semua selamat, ia adalah suatu keajaiban. Tapi keamanan itu berjaya dicapai ketika era sahabat di mana Aisyah ra kerap mengerjakan umrah kerana amannya perjalanan. begitu juga di zaman Umar Abdul Aziz juga aman perjalanan di seluruh tanah arab. Sekarang keselamatan itu telah hilang, di Saudi, wanita dilarang memandu kerana tahap keselamatan yang amat buruk di Saudi Arabia. Maka kejadian aman di zaman sahabat dan Umar Abd Aziz itu adalah petanda kiamat yang telah berlalu.

Hadith #2 dari Adi

فقال : ( يا عدي، هل رأيت الحيرة ) . قُلْت : لم أرها، وقد أنبئت عليها، قال : ( فإن طالت بك الحياة، لترين الظعينة ترتحل من الحيرة، حتى تطوف بالكعبة لا تخاف أحدًا إلا الله
الراوي : عدي بن حاتم الطائي المحدث : البخاري
المصدر : صحيح البخاري الصفحة أو الرقم: 3595 خلاصة

Terjemahan:
‘Wahai ‘Adi! Apakah engkau melihat (kota) al-Hirah?’ ‘Aku belum melihatnya, sementara aku telah mendapatkan berita tentangnya,’ jawabku. Beliau bersabda, ‘Jika umurmu panjang, niscaya engkau akan melihat seorang wanita melakukan perjalanan dari al-Hirah hingga dia melakukan Thawaf di sekeliling Ka’bah tanpa merasa takut kepada seorang pun kecuali kepada Allah,’
HR Bukhari no 3595

Syarah: Hirah adalah di Kufah, keamanan perjalanan ini tercapai di era sahabat dan era Abbasiah. Ia akan berulang kembali , di mana wanita boleh memandu dari Iraq ke Mekah pada zaman Nabi Isa nanti (lihat topik akan datang, turunnya Isa AS)
Tamat 12/131

Mengulangi Solat Fardhu dan Mengqadha’nya

0

Bismillah…

Note 04
Rujuk Al Fiqh Al Manhaji

Mengulangi solat fardhu dan Mengqadha’nya

1. Mengulangi Solat :
– Iaitu mendirikan solat fardhu semula yang telah ditunaikan apabila mendapati ada kekurangan atau kecacatan dari segi adap dan kesempurnaan.
– Hukum mengulangi solat adalah sunat.

Berdasarkan hadis, setelah Nabi SAW menunaikan solat subuh, baginda mengetahui ada dua orang lelaki tidak bersolat bersama-sama. Baginda lalu bersabda:

“Apakah yang menghalang kamu daripada bersama kami? Mereka menjawab: Wahai Rasulullah! Kami telah bersolat dirumah kami. Baginda bersabda : Jangan begitu, walaupun kamu bersolat dirumah, kemudian kamu datang ke masjid dan solat berjemaah sedang dirikan, hendaklah kamu bersolat bersama-sama mereka, sesungguhnya ia adalah sunat bagi kamu.”
Riwayat Al-Tarmizi : 219

2. Qadha / Mengqadha’nya:
– Ialah melakukan solat selepas waktunya berakhir atau dalam waktu yang tidak memandai untuk menyempurnakan satu rakaat daripadanya.
Orang yang meninggalkan solat dengan sebab yang dimaafkan, tertidur atau terlupa tidak berdosa dan tidak wajib segera mengqadha’kannya. Manakala orang yang sengaja meninggalkan solat pula berdosa dan wajib mengqadha’nya.

Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa yang tertidur hingga tertinggal solat atau terlupa bersolat hendaklah melakukannya apabila telah teringat. Tiada kifarah untuknya selain demikian.”
Riwayat Al-Bukhari : 572

Hadis diatas menunjukkan solat fardhu yang tertinggal wajib diqadha’ walau seberapa banyak ia ditinggalkan.

Hadits 6: Masa depan Islam

0

Tidak akan datang Hari Akhirat sehingga tanah `Arab akan kembali menghijau dan mengalirkan sungai.

لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى تَعُودَ أَرْضُ الْعَرَبِ مُرُوجًا وَأَنْهَارًا

Hadits ini diriwayatkan oleh Muslim (3/48), Ahmad (2/370, 417).

#SilsilahShahihah:

02.06.05#060515: HADITS DHA’IF & PERBAHASANNYA (الضعيف ومسائله) Bhg. 04

0

Bilik (40) Asas Ilmu Hadits

Nota 02.06.05 Mengenal Hadits al-Mardud (المردود)

HADITS DHA’IF & PERBAHASANNYA (الضعيف ومسائله) Bhg. 04

Susunan: BroSyarief

Hadits dha’if yang ringan boleh digunakan untuk menguatkan hadits Dha’if yang sama ringannya, sepertimana ia akan dibincangkan nanti.

Ibn al-Qayyim menambah, dengan mengatakan bahawa hadits Dha’if juga boleh digunakan untuk tarjih di antara dua nas yang mempunyai dua makna yang berbeza.

Kemudian, Dr Abullayts menyebutkan terdapatnya bahaya jika berlapang dada dalam pengamalan hadits Dha’if di dalam Fadhail (Kelebihan-kelebihan). Dia menyebutkan:

’Telah kita lihat bahawa mengamalkan hadits Dha’if itu ada persyaratannya, tetapi dari kalangan manusia, ada yang terpengaruh kepada mereka sikap melampau dalam Tasauf atau Zuhud, atau selainnya.

Mereka tidak mengendahkan persyaratan tersebut, sama ada ketika menyebutkan hadits dha’if atau malah hadits palsupun, dan tidak (juga diperhatikan persyaratan itu) ketika beramal dengannya.

Oleh kerana kecuaian mereka ini, telah masuklah ke dalam agama perkara-perkara yang tidak berasal darinya, dan tertimpa ke atas mereka banyak kerosakan, di antaranya:

01. Tidak selamatnya sesuatu bahan rujukan dari bercampur antara hadits yang sahih dan dha’if pada perbincangan Fadhail.
02. Jatuhnya seseorang dalam keadaan berbohong di atas nama Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam.
03. Terperangkap dalam bahaya bid’ah kerana beramal dengan sesuatu yang tidak ditetapkan oleh syara’.

Penulisan-penulisan tentang hadits Dha’if pula sangat banyak, sehingga ia boleh dibahagikan kepada 3 kategori umum:

01. Kitab yang dikatakan di dalamnya hanya hadits-hadits Dha’if sahaja, seperti: Nawadir al-Usul fi Ahadits al-Usul (oleh at-Tirmizi), Musnad asy-Syihab fi al-Mawa’iz al-Adab (oleh al-Qudha’i), Musnad Firdaus (ad-Daylami), dll.
02. Kitab khusus membincangkan salah satu dari kategori-kategori hadis, seperti: al-Marasil oleh Abu Dawud, al-‘Ilal oleh Ibn Abi Hatim, Silsilah al-Ahadits al-Dha’ifah wal Mawdhu’ah oleh al-Albani, dll.
03. Kitab yang mengumpulkan biografi periwayat Dha’if yang juga menyebutkan hadits-hadits Dha’if, seperti: ad-Dhu’afa al-Kabir oleh al-‘Uqayli, Ma’rifatul Majruhin min Muhadditsin wad-Dhu’afa wal Matrukin oleh Ibn Hibban, dll.

WalLaahu a’lam

Ruj: Ulum Al-Hadits Asiluha wa Mu’asiruha, karangan Prof Dr Abullayts KhairAbaadi.

#BroSyariefShares

Waktu Makruh Bersolat

0

Bismillah…
Nota 03
Rujuk Al Fiqh Al Manhaji 1

Waktu Makruh Bersolat:

1. Ketika matahari rembang – kecuali pada hari Jumaat dan selepas subuh hingga matahari kelihatan setinggi sebatang tombak atau lembing.

2. Selepas solat Asar sehingga matahari terbenam.

Uqbah bin Amir RA berkata “Terdapat tiga masa yang ditegah oleh Rasulullah SAW utk melakukan solat dan mengebumikan jenazah. Ketika matahari mulai menyinsing dan terbit sepenuhnya, ketika matahari rembang hingga gelincir dan ketika matahari menguning hinggalah terbenam sepenuhnya.” Riwayat Muslim : 831

Popular

Iklan

Iklan