Utama Bilik (08) Riyadhus Solihin Hadis 66: Darjat Antara Pelaku Amal Soleh Dan Peraih Simpati

Hadis 66: Darjat Antara Pelaku Amal Soleh Dan Peraih Simpati

632
0
Iklan

Bab Muraqabbah

66. Ketujuh: Dari Abu Ya’la iaitu Syaddad bin Aus r.a.dari Nabi s.a.w., sabdanya:

“Orang yang cerdik – berakal – ialah orang yang memperhitungkan keadaan dirinya dan suka beramal untuk mencari bekal sesudah matinya, sedangkan orang yang lemah ialah orang yang dirinya selalu mengikuti hawa nafsunya dan mengharap-harapkan kemurahan atas Allah – yakni mengharap-harapkan kebahagiaan dan pengampunan di akhirat, tanpa beramal shalih.”

Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.

Imam Tirmidzi dan lain-lain ulama mengatakan bahawa makna Daana nafsahu ertinya membuat perhitungan pada diri sendiri.

Komen dan Soalan