Utama Blog Halaman 274

Kematian! Marilah Menjiwai Sejenak

0

Bila kita mati, tiada lagi orang ziarahi. Saing-saing pun lupa kita.
Bahkan, selepas beberapa ketika anak dan isteri akan kembali ceria seperti biasa…..

Inilah di antara tulisan terbaik Syekh Ali Thanthawi Mesir Rahimahullah:

Pada saat engkau mati, janganlah kau bersedih. Jangan pedulikan jasadmu yang sudah mulai layu, kerana kaum Muslimin akan menguruskan jasadmu. Mereka akan melucutkan pakaianmu, memandikanmu dan mengkafanmu lalu membawamu ke tempatmu yang baru, KUBURAN.

Akan ramai orang yang menghantarkan jenazahmu bahkan mereka akan meninggalkan pekerjaannya untuk ikut menguburkanmu. Dan mungkin banyak yang sudah tidak lagi memikirkan nasihatmu pada suatu hari…..

Barang barangmu akan dikemas, kitab , kasut dan pakaianmu. Jika keluargamu setuju barang-barang itu akan disedekahkan agar bermanfaat untukmu.

Yakinlah; dunia dan alam semesta tidak akan bersedih dengan kepergianmu. Ekonomi akan tetap berlangsung! Posisi pekerjaanmu akan diisi orang lain. Hartamu menjadi harta halal bagi ahli warismu. Sedangkan kamu yang akan dihisab dan DIPERHITUNGKAN untuk yang kecil dan yang besar dari hartamu!

Kesedihan atasmu ada 3;
Orang yang mengenalmu sekilas akan mengatakan, kasihan. Kawan-kawanmu akan bersedih beberapa jam atau beberapa hari lalu mereka kembali seperti sediakala dan tertawa tawa! Di rumah ada kesedihan yang mendalam! Keluargamu akan bersedih seminggu dua minggu, sebulan dua bulan, dan mungkin hingga setahun?? Selanjutnya mereka meletakkanmu dalam arkib kenangan….

Demikianlah “Kisahmu telah berakhir di tengah-tengah manusia”. Dan kisahmu yang sesungguhnya baru dimulai, AKHIRAT!! Telah musnah kemuliaan, harta, kesihatan, dan anak. Telah engkau tinggalkan rumah, istana dan isteri tercinta. Kini hidup yang sesungguhnya telah dimulai.

Pertanyaannya adalah:
Apa persiapanmu untuk kuburmu dan Akhiratmu??
Hakikat ini memerlukan renungan.

Usahakan dengan sungguh-sungguh;
Menjalankan kewajiban kewajiban, hal-hal yang disunnahkan, sedekah rahsia, merahsiakan amal soleh, solat malam. Semoga engkau selamat.

Andai engkau mengingatkan manusia dengan tulisan ini in sha Allah pengaruhnya akan engkau temui dalam timbangan kebaikanmu pada hari Kiamat. “Berilah peringatan, kerana peringatan itu bermanfaat bagi orang orang mukmin”

AllahuRabbi… Kubur itu semakin dekat untuk didiami.

Satu peringatan yang betul-betul menyentap minda saya… SubhanAllah.. Alhamdulillah.. Allahu Akbar…

Hadits 32: “Luruskan saf-saf kalian.”

0

Hadits 32: Sunnah yang ditinggalkan yang wajib dihidupkan kembali

“Luruskan saf-saf kalian.” (baginda mengulanginya sebanyak 3 kali). “Demi Allah! Kalian akan meluruskan saf-saf kalian, atau Allah akan menyelisihkan qalbu-qalbu kalian.”

أقيموا صفوفكم (ثلاثا)، والله لتقيمن صفوفكم أو ليخالفن بين قلوبكم

Diriwayatkan oleh Abu Dawud no. 662.

= = = = = = = = = =

Ulasan:

1. Dalam bab ini, terdapat 2 orang sahabat yang meriwayatkan hadits tersebut:

(a) Riwayat An-Nu`man bin Basyir (Abu Dawud, no. 662), dan beliau menambah: “Aku melihat seorang lelaki menyentuhkan bahunya ke bahu temannya, lututnya dengan lutut temannya, dan buku lalinya dengan buku lali temannya.”

(b) Riwayat Anas bin Malik (Al-Bukhari, no. 725), dan beliau menambah: “Ada di kalangan kami yang menyentuhkan bahunya dengan bahu temannya, dan tapak kaki dengan tapak kakinya.”

2. Hadits ini menunjukkan sunnahnya meluruskan saf, tidak terkedepan berbanding orang yang berada di sebelahnya, dan tidak pula terkebelakang.

3. Para `ulama’ berbeza pendapat tentang perbuatan merapatkan bahu, lutut, dan buku lali dengan jama`ah di sebelah (iaitu ilzaq):

(a) Al-Albani: “Dia menyangka maksud ilzaq (menyentuhkan bahu, lutut, dan buku lali) bererti anjuran untuk merapatkan ruang dalam saf, dan bukannya benar-benar menyentuh (sehingga menyentuh bahu, lutut, dan buku lali jama`ah di sebelahnya). Ini merupakan ta`thil (pengingkaran) terhadap hukum-hukum `alamiyyah, sebagaimana ta`thil terhadap sifat-sifat ilahiyyah, bahkan lebih buruk daripada itu.” – Silsilah Ahadits Ash-Shahihah

(b) Bakr Abu Zaid: “Menyentuhkan bahu dengan bahu ketika dalam keadaan qiyam adalah takalluf yang zahir (yakni perbuatan yang memberat-beratkan). Sedangkan menyentuhkan lutut dengan lutut adalah mustahil. Dan menyentuhkan buku lali dengan buku lali adalah perkara yang sukar dilakukan.” Katanya lagi: “Inilah yang difahami oleh sahabat – radhiyallahu `anhu – tentang merapatkan saf, iaitu istiqamah (lurus), merapatkan ruang (jarak) di antara para jama`ah, bukannya menyentuhkan bahu-bahu dan buku lali. Maka, zahirnya maksud ilzaq adalah anjuran untuk mengurangi ruang (jarak) antara jama`ah, istiqamah dalam saf dan meluruskannya, dan bukannya benar-benar menyentuh (jama`ah di sebelah).” – La Jadid fi Ahkam Ash-Shalat

(c) Muhammad bin Shalih Al-`Utsaimin: “Setiap orang daripada mereka hendaklah menyentuhkan buku lalinya dengan buku lali jama`ah di sebelahnya, agar saf benar-benar lurus. Namun, menyentuhkan buku lali bukanlah tujuan utamanya, tetapi ada tujuan lain sebagaimana yang disebutkan oleh sebahagian `ulama. Oleh itu, apabila saf telah sempurna dan para jama`ah telah berdiri, hendaklah setiap orang menyentuhkan buku lalinya dengan buku lali temannya supaya safnya lurus. Ini bukanlah bermakna para jama`ah harus tetap menyentuhkannya sehingga selesai solat.” – Fatawa Arkan Al-Iman

(d) Ibn Rajab Al-Hanbali: “Hadits Anas ini menunjukkan bahawa yang dimaksudkan dengan meluruskan saf adalah lurusnya bahu dan tapak kaki.” – Fath Al-Bari karya Ibn Rajab.

(e) Ibn Hajar Al-`Asqalani: “Maksud hadits Anas adalah berlebih-lebihan dalam meluruskan saf dan menutupi ruang (jarak di antara para jama`ah).” – Fath Al-Bari karya Ibn Hajar.

#SilsilahShahihah:

Tidak Ujud dalam Syarak Bid’ah Hasanah, bahkan semua Bid’ah itu Sesat : Siri Qawaid Bid’ah 2/16

0

? Siri Kawaid Bid’ah 2/16: Tidak Ujud dalam Syarak Bid’ah Hasanah, bahkan semua Bid’ah itu Sesat (القاعدة الثانية: ليس في الشرع بدعة حسنة بل كل بدعة هي ضلالة)

Pengertian Bid’ah:

كل اعتقاد أو لفظ أو عمل أحدث بعد موت النبي صلى الله عليه والسلام بنية التعبد والتقرب ولم يدل عليه الدليل من الكتاب ولا من السنة, ولاإجماع السلف

“Setiap keyakinan, atau ucapan atau perbuatan yang diada-adakan setelah kematian Nabi saw dengan niat untuk beribadah dan bertaqarrub padahal tidak ada dalil yang menunjukkannya baik dari al-Qur’an, as-Sunnah dan Ijma’ salaf.” (al-Qaulul Mufid, Syaikh Muhammad al-Whushaby, KSA: 81)

Dalil tiada bid’ah Hasanah

عن العرباض بن سارية عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قال “إياكم ومحدثات الأمور فإن كل محدثة بدعة وكل ببدعة ضلالة وكل ضلالة في النار” . صحيح: أخرجه أبو داود “5407” والترمذي “2676” وابن ماجة “42” وغيرهم.

Dari al-`Irbadh bin Saariyah dari Nabi Saw,” Jauhilah kalian dari mencipta perkara yang baru (dalam agama), kerana sesungguhnya setiap perkara yang baru (dalam agama) adalah bid’ah, dan setiap (semua) bid’ah adalah sesat, dan setiap kesesatan tempatnya di neraka.”

Bahagian 2:
Syarah

Kaidah ini menafikan ujudnya istilah Bid’ah Hasanah dari segi syarak. Dalilnya:

فقد قال عبد الله بن عمر: كل بدعة ضلالة وإن رآها الناس حسنة.
أخرجه اللالكائي “1/92” بإسناد صحيح

Berkata Ibn Umar ra, “Setiap bid’ah adalah sesat walaupun dilihat oleh manusia sebagai hasanah.” Isnad sahih, dikeluarkan atsar ini oleh al-Laalika’iy

Maka pembahagian bid’ah kepada wajib, sunat, haram, makruh dan harus adalah pembahagian bid’ah yang salah dan bertentangan dengan nas hadis dan kefahaman ahli hadith sejak salaf.

Bahagian 3: Syarah

Dalil fuqaha bahawa adanya di sana Bid’ah Hasanah atau Bid’ah yang baik

Nabi bersabda:

ﻣﻦ ﺳﻦ ﻓﻲ ﺍﻹﺳﻼﻡ ﺳﻨﺔ ﺣﺴﻨﺔ ﻓﻠﻪ ﺃﺟﺮﻫﺎ ﻭﺃﺟﺮ ﻣﻦ ﻋﻤﻞ ﺑﻬﺎ ﺑﻌﺪﻩ ﻣﻦ ﻏﻴﺮ ﺃﻥ ﻳﻨﻘﺺ ﻣﻦ ﺃﺟﻮﺭﻫﻢ ﺷﻲﺀ ﻭﻣﻦ ﺳﻦ ﻓﻲ ﺍﻹﺳﻼﻡ ﺳﻨﺔ ﺳﻴﺌﺔ ﻛﺎﻥ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺯﺭﻫﺎ ﻭﻭﺯﺭ ﻣﻦ ﻋﻤﻞ ﺑﻬﺎ ﻣﻦ ﺑﻌﺪﻩ ﻣﻦ ﻏﻴﺮ ﺃﻥ ﻳﻨﻘﺺ ﻣﻦ ﺃﻭﺯﺍﺭﻫﻢ ﺷﻲﺀ

“Barangsiapa merintis (membuat atau meletakkan) jalan yang baik dalam Islam, maka ia memperoleh pahalanya dan pahala orang-orang yang melakukannya sesudahnya, tanpa berkurang sedikit pun pahala mereka; dan barangsiapa merintis (membuat atau meletakkan) jalan yang buruk dalam Islam, maka dia menanggung dosanya dan dosa orang-orang yang melakukannya sesudahnya, tanpa berkurang sedikit pun dosa mereka.”
HR Muslim no 1017 ( الراوي : جرير بن عبدالله | المحدث : مسلم | المصدر : صحيح مسلمالصفحة أو الرقم: 1017 )

Bahagian 4: Syarah
Atsar Umar al-Khattab ra ketika dia mengumpulkan orang ramai untuk solat tarawih berjamaah.

ويحتج أيضا من يقول بالبدعة الحسنة بقول عمر لما رأى الناس مجتمعين في صلاة التراويح نعمت البدعة هذه

Umar berkata,” Sebaik-baik bid’ah adalah yang ini” (Muwatta’ Malik, no 231, sahih)

Ulasan Imam Ibn Taymiyah (Iqtidha’, 2:589): (وهذه تسمية لغوية لا تسمية شرعية، وذلك أن البدعة في اللغة تعم كل ما فعل ابتداء من غير مثال سابق)

Bid’ah yang disebut oleh Umar dilihat dari sudut bahasa sahaja bukan dari segi syarak, ini kerana bid’ah dari segi bahasa bisa merangkumi semua benda yang tidak ada contoh sebelumnya .

Kata Ibn Rajab (Jami’ al-Uloom, 233):
(وأما وقع في كلام السلف من استحسان بعض البدع فإنما ذلك في البدع اللغوية لا الشرعية)

Memang terdapat para salaf yang mengaitkan hasanah dengan bid’ah, tapi sebenarnya mereka merujuk kepada lughawiyah bukan syari’iyah (bahasa bukan syarak).

Bahagian 5: Syarah

Atsar Ibn Mas’ood ra: (بأثر: “ما رآه المسلمون حسنا فهو عند الله حسن”.)

“Apa saja yang dilihat oleh orang Islam sebagai baik, maka baiklah di sisi Allah.” maksudnya jika orang Islam buat bid’ah hasanah, maka hasanahlah juga di sisi Allah.”

Kata Ibn Qayyim rh: (قال ابن القيم في الفروسية “60”: في هذا الأثر دليل على أن ما أجمع عليه المسلمون ورأوه حسنا عند الله فهو حسن، لا مارآه بعضهم فهو حجة عليكم)

Kenyataan di atas bermaksud apa yang ijmak di sisi orang Islam bukan sebahgian umat islam.” al-Furusiah ms 60.

Jadi ia sebenarnya isu Ijmak.
Kata syaikh al-Albani dalam silsilah al-Dha’ifah, 2:17, ada dua isu:

1⃣ Ia mauquf kepada Ibn Mas’ud dan Mauquf bukan hujah syarak

2⃣ Ia bermaksud ijmak sahabat dalam beberapa perkara bukan semua perkara, ia juga merujuk kepada al-muslimun yakni ulamak atau org Islam yang berilmu bukan semua muslimin yang jahil termasuk. Antara contoh Ijmak sahabat yang dimaksudkan oleh Ibn Mas’ood ialah kisah ijmak sahabat akan pemasyhuran Abu Bakar sebagai khalifah pertama. Inilah yang dimaksudnkan dengan apa yang dipandang baik oleh orang Islam.

Rumusan:
1⃣ Tiada di sana istilah Bid’ah Hasanah, sebab semua bid’ah itu sesat. Jika disebut oleh salaf bermaksud lughawi/bahasa sahaja

2⃣ Apa yang dinamakan hasanah di zaman salaf bermaksud ijmak mereka dalam beberapa isu bukan semua isu. ?

Soalan:

Syeikh, kasi terang lagi sikit pasal ijmak sahabat ni, maksudnya bid’ah hasanah yang dibuat sahabat ke?

THTL: Maksudnya apa yang sahabat berijtihad, maka ia menjadi bid’ah hasanah dari sudut lughawi.

Contoh: Memilih Abu Bakar sebagai pengganti atau khalifah pertama. Ia adalah bid’ah hasanah kerana tak ada contoh sebelumnya. Ia bid’ah hasanah kerana semua sahabat atau penduduk madinah bersetuju dengan perlantikan dengan proses perlantikan abu Bakar tersebut.

Hadis 67: Jauhilah Hal Tidak Berfaedah Lagi Mencelakakan

0

Bab Muraqabbah

67. Kedelapan: Dari Abu Hurairah r.a., katanya: “Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Setengah daripada kebaikan keislaman seseorang ialah apabila ia suka meninggalkan apa-apa yang tidak memberikan kemanfaatan padanya – yakni ia tidak memerlukan untuk mencampuri urusan itu. Ini adalah Hadis hasan yang diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan lain-lain.

Keterangan:

Meninggalkan sesuatu yang tidak berfaedah misalnya sesuatu yang memang bukan urusan kita atau sesuatu yang terang salah dan batil, maka tidak berguna kita membela atau menolongnya. Demikian pula sesuatu yang bila kita campuri, maka bukan makin baik dan mungkin mencelakakan diri kita sendiri. Semua itu baiklah kita tinggalkan, kalau kita ingin jadi orang Islam yang baik.

Prihatin Sulitnya Saudara Yang Lain

0

Hadith ke-13

نْ أَبِي حَمْزَةَ أَنَسْ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ، خَادِمُ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : لاَ يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لأَخِيْهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِه

[رواه البخاري ومسلم]

Terjemahan Hadits:

Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik radiallahuanhu, pembantu Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam dari Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam, beliau bersabda:Tidak beriman salah seorang diantara kamu hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

1. Seorang mu’min dengan mu’min yang lainnya bagaikan satu jiwa, jika dia mencintai saudaranya maka seakan-akan dia mencintai dirinya sendiri.

2. Menjauhkan perbuatan hasad (dengki) dan bahwa hal tersebut bertentangan dengan kesempurnaan iman.

3. Iman dapat bertambah dan berkurang, bertambah dengan ketaatan dan berkurang dengan kemaksiatan.

4. Anjuran untuk menyatukan hati.

Tidak bersihnya jiwa dengan berzakat : ( Zakat sebagai cukai )

0

Tanda Kiamat Ke-38/131
Tidak bersihnya jiwa dengan berzakat :- ( Zakat sebagai cukai )
(أن لا تطيب نفوس الناس باخراج زكاتهم (والزكاة مغرما )

Dalil:

نْ اَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ ص: اِذَا اتُّخِذَ اْلفَيْءُ دُوَلاً وَ اْلاَمَانَةُ مَغْنَمًا وَ الزَّكَاةُ مَغْرَمًا

Dari Abu Hurairah, ia berkata : Rasulullah SAW bersabda, “Apabila harta fai’ (rampasan perang) sudah dijadikan barang rebutan, amanat (kepemimpinan) dijadikan sebagai barang ghanimah (rampasan), zakat dihutang (tidak dibayar)
HR Termidzi, beliau mendhaifkan namun ada ulama yang mensahihkan (lihat tanda 36-37)

‘Illat atau sebab asal pengeluaran zakat segala macam harta adalah untuk membersihkan jiwa, membersihkan harta dan mendekatkan diri pemilik harta kepada pemberi harta itu (Allah), Zakat bukanlah tax atau cukai.

Syarah:
Akhir zaman zakat dilihat sebagai sama dengan income-tax dan umat Islam liat membayarnya. Mereka melihatnya seperti cukai atau hutang dari kerajaan. Ini tanda kiamat yang berlaku sebaik saja Nabi wafat, di mana beberapa kabilah di Yaman enggan membayar zakat kerana ia anggap sebagai cukai, namun Abu Bakar segera memerangi mereka di Yemen. Oleh kerana era pertanian atau agrarian diganti oleh era perindustrian dan perdagangan, maka zakat juga berpindah dari zakat pertanian kepada zakat gaji atau maal al-mustafaad. Ini kerana gaji pegawai jauh lebih besar dari pendapatan petani. Maka fuqaha lebih fokus kepada zakat gaji dan upah dari zakat ke atas komoditi pertanian. Namun umat Islam cuba sedaya upaya untuk melarikan diri mereka dari berzakat. Maka ini adalah tanda kiamat kecil yang sedang berlaku. ?

Hadis 66: Darjat Antara Pelaku Amal Soleh Dan Peraih Simpati

0

Bab Muraqabbah

66. Ketujuh: Dari Abu Ya’la iaitu Syaddad bin Aus r.a.dari Nabi s.a.w., sabdanya:

“Orang yang cerdik – berakal – ialah orang yang memperhitungkan keadaan dirinya dan suka beramal untuk mencari bekal sesudah matinya, sedangkan orang yang lemah ialah orang yang dirinya selalu mengikuti hawa nafsunya dan mengharap-harapkan kemurahan atas Allah – yakni mengharap-harapkan kebahagiaan dan pengampunan di akhirat, tanpa beramal shalih.”

Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.

Imam Tirmidzi dan lain-lain ulama mengatakan bahawa makna Daana nafsahu ertinya membuat perhitungan pada diri sendiri.

Hadis 65 : Muhasabah Kisah Si Sopak Dan Si Botak Yang Tamak Serta Si Buta Yang Bersyukur

0

65.  Keenam: Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya ia mendengar Nabi s.a.w. bersabda:

“Sesungguhnya ada tiga orang dari kaum Bani Israil, iaitu orang sopak – yakni belang-belang kulitnya, orang botak dan orang buta. Allah hendak menguji mereka itu, kemudian mengutus seorang malaikat kepada mereka. Ia mendatangi orang sopak lalu berkata: “Keadaan yang bagaimanakah yang amat tercinta bagimu?” Orang sopak berkata: “Warna yang baik dan kulit yang bagus, juga lenyaplah kiranya penyakit yang menyebabkan orang-orang merasa jijik padaku ini.” Malaikat itu lalu mengusapnya dan lenyaplah kotoran-kotoran itu dari tubuhnya dan dikurniai -oleh Allah Ta’ala – warna yang baik dan kulit yang bagus. Malaikat itu berkata pula: “Harta macam apakah yang amat tercinta bagimu?” Orang itu menjawab: “Unta.” Atau katanya: “Lembu,” yang merawikan Hadis ini sangsi – apakah unta ataukah lembu. Ia lalu dikurniai unta yang bunting, kemudian malaikat berkata: “Semoga Allah memberi keberkahan untukmu dalam unta ini.”

Malaikat itu seterusnya mendatangi orang botak, kemudian berkata: “Keadaan yang bagaimanakah yang amat tercinta bagimu?” Orang botak berkata: “Rambut yang bagus dan lenyaplah kiranya apa-apa yang menyebabkan orang-orang merasa jijik padaku ini.” Malaikat itu lalu mengusapnya dan lenyaplah botak itu dari kepalanya dan ia dikurnia rambut yang bagus. Malaikat berkata pula: “Harta macam apakah yang amat tercinta bagimu?” Ia berkata: “Lembu.” la pun lalu dikurnia lembu yang bunting dan malaikat itu berkata: “Semoga Allah memberikan keberkahan untukmu dalam lembu ini.”

Akhirnya malaikat itu mendatangi orang buta lalu berkata: “Keadaan bagaimanakah yang amat tercinta bagimu?” Orang buta menjawab: “Iaitu hendaknya Allah mengembalikan penglihatanku padaku sehingga aku dapat melihat semua orang.” Malaikat lalu mengusapnya dan Allah mengembalikan lagi penglihatan padanya. Malaikat berkata pula: “Harta macam apakah yang amat tercinta bagimu?” Ia menjawab: “Kambing.” la pun dikurnia kambing yang bunting – hampir beranak.

Yang dua ini – unta dan lembu melahirkan anak-anaknya dan yang ini – kambing – juga melahirkan anaknya. Kemudian yang seorang – yang sopak – mempunyai selembah penuh unta dan yang satunya lagi – yang botak – mempunyai selembah lembu dan yang lainnya lagi – yang buta – mempunyai selembah kambing.

Malaikat itu lalu mendatangi lagi orang – yang asalnya – sopak dalam rupa seperti orang sopak itu dahulu keadannya – yakni berpakaian serba buruk – dan berkata: “Saya adalah orang miskin, sudah terputus semua sebab-sebab untuk dapat memperolehi rezeki bagiku dalam berpergianku ini. Maka tidak ada yang dapat menyampaikan maksudku pada hari ini kecuali Allah kemudian dengan pertolongan mu pula. Saya meminta padamu dengan atas nama Allah yang telah mengurniakan padamu warna yang baik dan kulit yang bagus dan pula harta yang banyak, sudi kiranya engkau menyampaikan maksudku dalam berpergianku ini – untuk sekadar bekal perjalanannya.” Orang sopak itu menjawab: “Keperluan-keperluanku masih banyak sekali.” Jadi enggan memberikan sedekah padanya. Malaikat itu berkata lagi: “Seolah-olah saya pernah mengenalmu. Bukankah engkau dahulu seorang yang berpenyakit sopak yang dijijiki oleh seluruh manusia, bukankah engkau dulu seorang fakir, kemudian Allah mengurniakan harta padamu?” Orang supak dahulu itu menjawab: “Semua harta ini saya mewarisi dari nenek-moyangku dulu dan mereka pun dari nenek-moyangnya pula.” Malaikat berkata pula: “Jikalau engkau berdusta dalam pendakwaanmu – huraianmu yang menyebutkan bahawa harta itu adalah berasal dari warisan, maka Allah pasti akan menjadikan engkau kembali seperti keadaanmu semula.

Malaikat itu selanjutnya mendatangi orang – yang asalnya -botak, dalam rupa – seperti orang botak dulu – dan keadaannya -yang hina dina, kemudian berkata kepadanya sebagaimana yang dikatakan kepada orang sopak dan orang botak itu menolak permintaannya seperti halnya orang sopak itu pula. Akhirnya malaikat itu berkata: “Jikalau engkau berdusta, maka Allah pasti akan menjadikan engkau kembali sebagaimana keadaanmu semula.”

Seterusnya malaikat itu mendatangi orang – yang asalnya – buta dalam rupanya – seperti orang buta itu dahulu – serta keadaannya – yang menyedihkan, kemudian ia berkata: “Saya adalah orang miskin dan anak jalan – maksudnya sedang bepergian dan kehabisan bekal, sudah terputus semua sebab-sebab untuk dapat memperoleh rezeki bagiku dalam berpergianku ini, maka tidak ada yang dapat menyampaikan maksudku pada hari ini, kecuali Allah kemudian dengan pertolonganmu pula. Saya meminta padamu dengan atas nama Allah yang mengembalikan penglihatan untukmu iaitu seekor kambing yang dapat saya gunakan untuk menyampaikan tujuanku dalam berpergian ini.” Orang buta dahulu itu berkata: “Saya dahulu pernah menjadi orang buta, kemudian Allah mengembalikan penglihatan padaku. Maka oleh sebab itu ambillah mana saja yang engkau inginkan dan tinggalkanlah mana saja yang engkau inginkan. Demi Allah saya tidak akan membuat kesukaran padamu – kerana tidak meluluskan permintaanmu -pada hari ini dengan sesuatu yang engkau ambil kerana mengharapkan keredhaan Allah ‘Azzawajalla.”

Malaikat itu lalu berkata: “Tahanlah hartamu – ertinya tidak diambil sedikitpun, sebab sebenarnya engkau semua ini telah diuji, kemudian Allah telah meredhai dirimu dan memurkai pada dua orang sahabatmu – yakni si supak dan si botak.” [8]  (Muttafaq alaih)

Dalam riwayat Imam Bukhari kata-kata: La ajhaduka, yang ertinya: “Aku tidak akan membuat kesukaran padamu”, itu diganti: La ahmaduka,ertinya: “Aku tidak memujimu – menyesali diriku – sekiranya hartaku tidak ada yang engkau tinggalkan kerana engkau memerlukannya.” [9]

Catatan Kaki:

[8] Sabdanya Nabi s.a.w. An-naaqatut ‘usyara, dengan dhammahnya ‘ain dan fathahnya syin serta dengan mad (yakni dibaca panjang dengan diberi hamzah di belakang alif), artinya: bunting. Sabdanya Antaja dalam riwayat lain berbunyi Fanataja, artinya: Menguasai di waktu keluarnya anak unta. Natij bagi unta adalah sama halnya dengan Qabilah bagi wanita. Jadi natij, artinya penolong unta betina waktu beranak, sedang qabilah, artinya penolong wanita waktu melahirkan atau biasa dinamakan bidan. Sabda Wallada haadzaa dengan disyaddahkan lamnya, artinya: Menguasai waktu melahirkannya ini, jadi sama halnya dengan Antaja untuk unta. Oleh sebab itu kata-kata Muwallid, Natij dan Qabilah adalah sama maknanya, tetapi muwallid dan natij adalah untuk binatang, sedang qabilah adalah untuk selain binatang.

Adapun sabda beliau s.a.w.: Inqatha-‘at biyal hibaalu, yaitu dengan ha’ muhmalah (tanpa bertitik) dan ba’ muwahhadah (bertitik sebuah), artinya: beberapa sebab. Jadi jelasnya: Sudah terputus semua sebab (untuk dapat memperoleh bekal guna melanjutkan perjalananku).

[9] Sama halnya dengan yang biasa diucapkan oleh orang banyak: “Laisa ‘alaatbuulil hayaati nadamun,” artinya: Tidaklah selain timbul penyesalan dalam sepanjang kehidupan ini, maksudnya ialah oleh sebab sangat panjangnya masa hidupnya itu.

Usah Malu Mencari Ilmu

0

Kenapa malu belajar sedangkan belajar tu jalan untuk ke syurga? Kata Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam:

وَمَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَطْلُبُ بِهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللَّهُ لَهُ طَرِيقًا إِلَى الجَنَّةِ

Siapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu, Allah akan mudahkan baginya jalan untuk ke syurga.

[Riwayat Al-Bukhari dan Muslim]

Jadi, tak perlu rasa malu nak belajar agama walaupun dah dewasa. Tiada istilah terlambat untuk belajar.

Kata Imam Ibn ‘Aqil:

Aku merasakan diriku belajar ketika aku kini berusia 80 tahun lebih bersemangat semasa aku berusia 30 tahun!

Semoga kisah mereka menjadi pencetus semangat dan inspirasi buat anda! ☺

•Ad-Dien Abdul Kadir

Kenapa Allah Ta’ala Cemburu : Hadis 64, Bab Muraqabbah

0

64. Kelima: Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya:

“Sesungguhnya Allah Ta’ala itu cemburu dan  kecemburuan Allah  Ta’ala  itu  ialah  apabila  seseorang  manusia  mendatangi  -mengerjakan – apa-apa yang diharamkan oleh Allah atasnya.” (Muttafaq ‘alaih)

Popular

Iklan

Iklan