Utama Blog Halaman 272

Kedua-dua telinga termasuk sebahagian daripada kepala: Hadith 36

0

Susunan: Ustaz Adli Khalim

Hadits 36: Sunnah yang ditinggalkan yang wajib dihidupkan kembali

Kedua-dua telinga termasuk sebahagian daripada kepala.

الأذنان من الرأس.

Diriwayatkan daripada Abu Umamah (oleh Abu Dawud no 134, At-Tirmidzi no 37, Ibn Majah no 444), Abu Hurairah (oleh Ibn Majah no 445, Ad-Daraquthni), Ibn `Umar (oleh Ad-Daraquthni), Ibn `Abbas (oleh Ad-Daraquthni ), `A’isyah (oleh Ad-Daraquthni), Abu Musa (oleh Ath-Thabarani dalam Mu`jam Al-Ausath 1/4/1), Anas bin Malik (oleh Ad-Daraquthni), `Abdullah bin Zaid (oleh Ibn Majah no 443).

= = = = = = = = = =

Ulasan:

1. Kritikan para `ulama’ terhadap status hadits ini:

(a) Abu Dawud (riwayat Abu Umamah): Kata Sulaiman bin Harb: “Ini diucapkan oleh Abu Umamah.” Dan kata Hammad: “Aku tidak tahu ini kata-kata Nabi atau kata-kata Abu Umamah.”

(b) At-Tirmidzi (riwayat Abu Umamah): Hadits ini isnadnya tidak kuat.

(c) Al-`Uqaili (riwayat Abu Musa): Munkar.

(d) Ibn `Addi (riwayat Abu Musa): Tidak yang memarfu`kan hadits ini melainkan `Ali bin Ja`far, dan perawi selainnya meriwayatkan secara mauquf.

(e) Ibn `Addi (riwayat Abu Hurairah): Munkar.

(f) Ad-Daraquthni (riwayat Abu Umamah): Ini adalah kalam Abu Umamah (yakni bukan sabda Rasulullah).

(g) Ad-Daraquthni (riwayat Ibn `Umar): Waham, yang lebih tepat adalah mauquf.

(h) Ad-Daraquthni (riwayat Ibn `Abbas): Ar-Rabi` bin Badr, ditinggalkan haditsnya.

(i) Ad-Daraquthni (riwayat Anas bin Malik): `Abd Al-Hakim, tidak boleh berhujah dengan riwayatnya.

(j) Ad-Daraquthni (riwayat `A’isyah): Riwayat yang mursal (yang terputus) lebih tepat.

(k) Ad-Daraquthni (riwayat Abu Hurairah): Al-Bakhtari bin `Ubaid dha`if, bapanya majhul.

(l) Al-Baihaqi: Diriwayatkan dengan banyak sanad, tiadalah pada sanadnya melainkan `illah (kecacatan).

(m) An-Nawawi (riwayat Abu Umamah): Dha`if.

2. Kata At-Tirmidzi tentang pengamalan hadits ini di sisi para `ulama’:

(a) Hadits ini diamalkan oleh kebanyakan `ulama’ daripada sahabat Nabi ﷺ dan mereka yang datang selepasnya; kedua-dua telinga termasuk sebahagian daripada kepala. Inilah yang dikatakan oleh Sufyan Ats-Tsauri, Ibn Al-Mubarak, Ahmad, dan Ishaq.

(b) Sebahagian `ulama’ berkata: “Bahagian depan telinga termasuk sebahagian daripada muka, hanya bahagian belakang telinga termasuk sebahagian kepala.”

(c) Kata Ishaq: “Aku memilih untuk mengusap bahagian depannya ketika membasuh muka, dan mengusap bahagian belakangnya ketika mengusap kepala.”

(d) Kata Asy-Syafi`i: “Kedua-duanya adalah sunnah. Diusap kedua-duanya dengan mengambil air yang baru.” Inilah pendapat Malik.

Hijrah dan menjauhilah orang Musyrik

0

~Tadabbur Kalamullah 27 Zulhijjah 1436H~

إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَالَّذِينَ هَاجَرُوا وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ أُولَٰئِكَ يَرْجُونَ رَحْمَتَ اللَّهِ ۚ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah (untuk menegakkan ugama Islam), mereka itulah orang-orang yang mengharapkan rahmat Allah. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”[Surah al-Baqarah 218]

#Berkata Ibn Sa’di:

“Tiga amalan di atas iaitu iman, hijrah dab jihad) merupakan alamat kebahagiaan dan paksi pada ubudiyah”

#Ustaz Zul Ramli mengatakan:

“Untuk hijrah, semuanya bermula dengan ketukan hidayah intibahah (percikan api kesedaran) ke dalam hati seseorang. Ia adalah rasa yang sangat dingin tetapi sangat kuat sehingga mampu merubah haluan hidup seseorang.

#Tuntutan supaya berhijrah ke persekitaran yang baik. Ini kerana persekitaran mempengaruhi jiwa. Maka seseorang itu perlu berhijrah dan pergi ke negeri yang penghuninya baik. Rasulullah saw menceritakan:

“Zaman sebelum kalian ada seorang yang membunuh 99 orang, dia ingin bertaubat lalu bertanya di mana orang yang paling alim di muka bumi? Dia pun ditunjukkan kepada seorang ahli ibadah. Dia mendatangi ahli ibadah itu dan berkata, ‘Aku telah membunuh 99 orang, adakah boleh aku bertaubat?’ Ahli ibadah menjawab, ‘Tidak mungkin.’ Akibat marah dengan jawapan itu, dia membunuh ahli ibadah itu dan genaplah 100 orang. Dia ingin bertaubat lagi dan bertanya di mana orang yang paling alim? Dia ditunjukkan seorang alim (orang berilmu). Dia berkata, ‘Aku telah membunuh 100 orang, mungkinkah bagiku taubat?’ Orang alim menjawab, ‘Ya. Siapa yang menghalang seseorang dari taubat? Pergilah ke tempat ini kerana di sana terdapat manusia yang menyembah Allah. Sembahlah Allah bersama mereka dan jangan kamu kembali ke tempatmu kerana  tempat itu adalah tempat yang buruk.’ Lelaki ini berhijrah. Ketika di tengah perjalanan, sampailah ajalnya. Terjadi perselisihan antara malaikat rahmat dan malaikat azab (yang ingin mengambil nyawa). Malaikat rahmat berkata, ‘Orang ini datang untuk bertaubat dengan menghadapkan hatinya kepada Allah’. Malaikat azab berkata, ‘Orang ini belum melakukan kebaikan sedikit pun.’ Lalu datang malaikat lain dalam rupa manusia, mereka sepakat menjadikan malaikat ini sebagai pemutus. Malaikat ini berkata, ‘Ukurlah jarak dua tempat tersebut. Jika jaraknya dekat, dia yang berhak atas orang ini.’ Lalu mereka dapati orang ini lebih dekat dengan tempat yang dia tuju. Maka rohnya dicabut oleh Malaikat Rahmat”(HR al-Bukhari dan Muslim)

# Baginda saw juga bersabda:

“Barangsiapa yang berdamping dengan orang musyrik dan tinggal bersamanya maka dia adalah sepertinya”(HR Abu Dawud. Hasan)

#Oleh yang demikian, umat Islam sentiasa dituntut supaya berhijrah. Berhijrah jika tempat tinggal mereka tidak Islamik, berhijrah menjauhi perkara maksiat, berhijrah meninggalkan dosa, berhijrah agar tidak selamanya berpegang dengan perkara yang tidak menepati Syarak, berhijrah menjauhi aktiviti dan agenda-agenda yang melalaikan dari mengingati Allah, berhijrah daripada seorang yang malas kepada rajin beramal, rajin membaca, rajin ke masjid, rajin menghadiri majlis ilmu, rajin bersedekah, rajin membantu orang-orang yang memerlukan, rajin membaca al-Quran, rajin berzikir, rajin duduk dengan para ulamak, rajin berbakti dan seumpamanya.

#Perintah dan anjuran hijrah ini berterusan hingga hari Kiamat sebagaimana sabda Nabi saw:

“Tidak akan terhenti hijrah kecuali apabila pintu taubat tertutup; dan tidaklah pintu taubat tertutup kecuali apabila matahari naik dari barat.”(HR Abu Dawud. Sahih)

♡Semoga kita sentiasa mengekalkan keimanan, berhijrah ke arah yg semakin baik dan berjihad memartabatkan agama Allah swt dibumi ini dgn istiqamah♡

?Ust naim
https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim

Akan Muncul Pemimpin Terdiri Dari Orang Yang Rendah (Akhlak dan Agama): Tanda Kiamat Ke-44

0

? Tanda Kiamat Ke-44/131
Akan Muncul Pemimpin Terdiri Dari Orang Yang Rendah (Akhlak dan Agama)

(يكون زعيم القوم أرذلهم )

Dalil:

إذا اتخذ الفيء دولا ، والأمانة مغنما ، والزكاة مغرما ، وتعلم لغير الدين ، وأطاع الرجل امرأته ، وعق أمه ، وأدنى صديقه ، وأقصى أباه ، وظهرت الأصوات في المساجد ، وساد القبيلة فاسقهم ، وكان زعيم القوم أرذلهم

Terjemahan: “Jika harta fai’ atau cukai tidak diagihkan, amanah dijadikan rebutan, zakat tidak ditunaikan, selain ilmu agama banyak dipelajari, lelaki tunduk kepada isterinya dan derhaka kepada ibunya, lelaki lebih dekat kepada temannya dan menjauh dari ayahnya, masjid menjadi bising, wakil rakyat adalah orang fasiq, pemimpin mereka adalah orang yang rendah akhlaknya dan agamanya.., ” HR Termidzi, Dhaif tapi tapi ada penguat kata Tirmidzi, dihasankan oleh Syaukani.

Antara tanda akhir zaman ialah manusia mengangkat orang yang rendah untuk memimpin mereka. Ia lebih kurang dengan di atas (no 43/131), cuma beza pemimpin fasiq (derhaka kepada Tuhan, minum khamar, tidak solat, kejam), manakala yang dimaksudkan di sini pemimpin yang serba serbinya hina di sisi agama dengan bodohnya, rendah akhlaknya.

Contohnya USA pernah ada Presiden yang playboy (JFK) dan pelakon Hollywood (Ronald Reagan).

Hadith 86: Jangan Terlalu Berangan Dan Istiqamah-lah

0

Hadith Ke-86

Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Bersengajalah secara sederhana – tidak sangat berangan-angan ataupun menangguh-nangguh – dan bertindak luruslah/istiqamah, juga ketahuilah bahawasanya tidak seseorang pun yang dapat selamat kerana amalnya.” Para sahabat bertanya: “Sekalipun Tuan sendiri juga tidak – dapat diselamatkan oleh amalnya – ya Rasulullah.” Beliau s.a.w. menjawab: “Sayapun tidak dapat, kecuali jikalau Allah menutupi diriku -memberikan kurnia padaku – dengan kerahmatan daripadaNya serta dengan keutamaanNya.” (Riwayat Muslim)

Para ulama berkata: Makna istiqamah, iaitu tetap taat kepada Allah Ta’ala.

Mereka mengatakan bahawa istiqamah itu adalah termasuk dari golongan jawami’ul kalim – yakni sedikit kata-katanya tetapi luas pengertiannya – dan istiqamah itulah yang merupakan kenizhaman segala perkara.

Wa billahi taufiq.

86» وعن أبي هريرةَ رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُول الله صلى الله عليه وسلم: ((قَارِبُوا وَسَدِّدُوا، وَاعْلَمُوا أَنَّهُ لَنْ يَنْجُوَ أَحَدٌ مِنْكُمْ بعَمَلِهِ)) قالُوا: وَلا أَنْتَ يَا رَسُول الله؟ قَالَ: ((وَلا أنا إلا أنْ يَتَغَمَّدَني الله برَحمَةٍ مِنهُ وَفَضْلٍ)). رواه مسلم.
وَ ((المُقَاربَةُ)): القَصدُ الَّذِي لا غُلُوَّ فِيهِ وَلا تَقْصيرَ، وَ((السَّدادُ)): الاستقامة والإصابة. وَ((يتَغَمَّدني)): يلبسني ويسترني.
قَالَ العلماءُ: مَعنَى الاستقامَةِ لُزُومُ طَاعَةِ الله تَعَالَى، قالوا: وهِيَ مِنْ جَوَامِعِ الكَلِم، وَهِيَ نِظَامُ الأُمُورِ؛ وبِاللهِ التَّوفِيقُ.
في هذا الحديث: دلالةٌ على أنه ليس أحد من الخلْق يقدر على توفية حق الربوبية. لقوله صلى الله عليه وسلم: ((ولا أنا، إلا أن يتغمَّدني الله برحمة منه وفضل)).
ولكن الأعمال سببٌ لدخول الجنة. كما قال تعالى: {ادْخُلُواْ الْجَنَّةَ بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ} [النحل: 32]، والتوفيق للأعمال الصالحة من فضل الله ورحمته.

Siri Ke-2: Cara-cara Mengusir Jin Kafir Dan Syaitan Daripada Rumah Kalian

0

Kedua, Tindakan Pencegahan

Tindakan ini merupakan upaya berkelanjutan selama menempati rumah tersebut. Kerana berkelanjutan, upaya ini hanya bleh dilakukan oleh tuan rumah atau orang yang menempatinya. Dia tidak lagi boleh bergantung atau meminta bantuan orang lain. Kerana itu, upaya ini lebih menekankan pada mental keagamaan penghuni rumah.

Ada beberapa rutin yang selayaknya dilakukan, agar rumah kita selalu dijauhi syaitan yang suka mengganggu:

1. Rajin baca Al-Quran dan ibadah apapun di dalam rumah.

Dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu, bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

لا تجعلوا بيوتكم مقابر، إن الشيطان ينفر من البيت الذي تقرأ فيه سورة البقرة

“Jangan kalian jadikan rumah kalian seperti kuburan. Sesungguhnya syaitan lari dari rumah yang dibacakan surat Al-Baqarah di dalamnya.” (HR. Muslim 780, At-Turmudzi 2877)

Dalam hadis ini, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam membandingkan antara rumah dengan kuburan. Baginda memerintahkan agar rumah kita tidak dijadikan seperti kuburan. Salah satu sifat yang jelas dari kuburan adalah itu bukan tempat ibadah. Agar rumah kita tidak seperi kuburan yang boleh jadi banyak syaitan pengganggu, gunakan rumah kita untuk ibadah.

Hadis ini sekaligus menuntut Anda yang belum boleh membaca Al-Quran agar segera dan serius dalam belajar Al-Quran. Untuk menjadikan rumah Anda sebagai taman bacaan Al-Quran, tidak mungkin setiap hari Anda harus mengundang orang lain.

Dalam hadis dari Ibnu Umar radhiallahu ‘anhuma, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

اجْعَلُوا فِي بُيُوتِكُمْ مِنْ صَلاَتِكُمْ وَلاَ تَتَّخِذُوهَا قُبُورًا

“Jadikanlah bagian solat kalian di rumah
kalian. Jangan jadikan rumah kalian seperti kuburan.” (HR. Bukhari 432, Muslim 777, dan yang lainnya).

Maksud solat di sini adalah solat sunat yang dikerjakan sendiri dan tidak berjamaah. Sebagaimana dinyatakan dalam hadis:

إِنَّ أَفْضَلَ صَلاَةِ المَرْءِ فِي بَيْتِهِ إِلَّا الصَّلاَةَ المَكْتُوبَةَ

“Susungguhnya solat seseorang yang paling utama adalah solat yang dikerjakan di rumahnya, kecuali solat wajib.” (HR. Bukhari 7290 dan yang lainnya).

2. Jangan Pedulikan Segala Bentuk Gangguan.

Sikap tidak peduli, ternyata menjadi cara ampuh untuk mengusir syaitan. Syaitan sebagaimana manusia, ketika dia mengganggu, kemudian tidak digubris, boleh jadi dia akan bosan untuk mengganggu kita

Berbeza ketika kita merasa ada yang mengganggu, kemudian kita cari-cari di mana tempatnya, atau bahkan kita ajak bicara, atau kita siram dengan garam dan semacamnya, dia akan semakin menjadi-jadi dalam menggoda kita.

Dari Abul Malih dari seseorang, dia berkata, “Aku pernah diboncengi Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, lalu tunggangan yang kami naiki tergelincir. Aku pun mengatakan, “Celakalah syaitan”. Namun Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam melarang,

لاَ تَقُلْ تَعِسَ الشَّيْطَانُ فَإِنَّكَ إِذَا قُلْتَ ذَلِكَ تَعَاظَمَ حَتَّى يَكُونَ مِثْلَ الْبَيْتِ وَيَقُولَ بِقُوَّتِى وَلَكِنْ قُلْ بِسْمِ اللَّهِ فَإِنَّكَ إِذَا قُلْتَ ذَلِكَ تَصَاغَرَ حَتَّى يَكُونَ مِثْلَ الذُّبَابِ

“Janganlah kamu ucapkan ‘celakalah syaitan”, kerana jika kamu mengucapkan demikian, syaitan akan semakin besar seperti rumah. Lalu syaitan pun dengan sombongnya mengatakan, ‘Itu semua terjadi kerana kekuatanku’. Akan tetapi, ucapkanlah “Bismillah”. Jika engkau mengatakan seperti ini, syaitan akan semakin kecil sampai-sampai dia akan seperti lalat.” (HR. Ahmad 5:95 dan Abu Daud 4982 dan dishahihkan al-Albani)

Ketika kita mendengar atau melihat ada sesuatu yang mengganggu, jangan diajak bicara, tapi mintalah perlindungan kepada Allah SWT dan berdoa kepada-Nya.

3. Baca doa ketika masuk rumah

Hal kecil yang mungkin perlu dibiasakan adalah memulai segala yang penting dengan doa atau zikir. Salah satunya, ketika kita masuk rumah. Meskipun kelihatanya remeh, namun hasilnya luar biasa.

Dari Jabir bin Abdillah radhiallahu ‘anhuma, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

إِذَا دَخَلَ الرَّجُلُ بَيْتَهُ فَذَكَرَ اللَّهَ عِنْدَ دُخُولِهِ، وَعِنْدَ طَعَامِهِ، قَالَ الشَّيْطَانُ: لَا مَبِيتَ لَكُمْ وَلَا عَشَاءَ، وَإِذَا دَخَلَ فَلَمْ يُذْكَرِ اللَّهَ عِنْدَ دُخُولِهِ قَالَ الشَّيْطَانُ: أَدْرَكْتُمُ الْمَبِيتَ

“Apabila ada orang yang masuk rumah, kemudian dia mengingat Allah ketika masuk, dan ketika makan, maka syaitan akan mengatakan (kepada temannya): ‘Tidak ada tempat menginap dan tidak ada makan malam.’ Tapi apabila dia tidak mengingat Allah (bismillah dan jangan lupa ucapkan salam) ketika masuk, maka syaitan mengatakan: ‘Kalian mendapatkan tempat menginap’.” (HR. Muslim 2018, Abu Daud 3765 dan yang lainnya)

Ada doa khusus ketika masuk rumah, akan tetapi doa ini dinilai dhaif oleh al-Albani. Kerana itu, makna zikir kepada Allah adalah membaca basmalah.

4. Baca doa ketika hendak makan.

Membaca basmalah ketika hendak makan, menjadi penghalang syaitan untuk ikut makan bersama kita. Hadis dari Jabir di atas menegaskan hal ini,

وَإِذَا دَخَلَ فَلَمْ يُذْكَرِ اللَّهَ عِنْدَ دُخُولِهِ قَالَ الشَّيْطَانُ: أَدْرَكْتُمُ الْمَبِيتَ، فَإِذَا لَمْ يَذْكُرِ اللَّهَ عِنْدَ طَعَامِهِ قَالَ: أَدْرَكْتُمُ الْمَبِيتَ وَالْعَشَاءَ

Tapi apabila dia tidak mengingat Allah ketika masuk maka syaitan mengatakan: ‘Kalian mendapatkan tempat menginap’. Dan jika dia tidak mengingat Allah ketika makan maka syaitan akan mengatakan: ‘Kalian mendapatkan tempat menginap dan makan malam’.” (HR. Muslim 2018, Abu Daud 3765 dan yang lainnya)

5. Baca doa ketika tutup pintu

Dari Jabir bin Abdillah radhiallahu ‘anhuma, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam memberikan banyak saran agar kita tidak terganggu syaitan. Salah satunya:

وَأَغْلِقُوا الأَبْوَابَ وَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ، فَإِنَّ الشَّيْطَانَ لاَ يَفْتَحُ بَابًا مُغْلَقًا

“Tutuplah pintu, dan sebutlah nama Allah. Kerana syaitan tidak akan
membuka pintu yang tertutup (yang disebut nama Allah).” (HR. Bukhari 3304, Muslim 2012 dan yang lainnya)

Sekali lagi, hanya dengan membaca: Bismillah..

6. Berdoa ketika keluar rumah

Satu doa ketika keluar rumah. Ringkas, mudah dihafal, tapi khasiatnya besar:

بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ، لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ

BISMILLAHI TAWAKKALTU ‘ALALLAAH, LAA HAULA WA LAA QUWWATA ILLAA BILLAAH

Maksudnya, “Dengan nama Allah aku bertawakkal kepada Allah. Tiada daya dan kekuatan kecuali dengan Allah”.

Dalam hadis dinyatakan, siapa yang keluar rumah kemudian dia membaca doa di atas, maka disampaikan kepadanya: Kamu diberi petunjuk, dicukupi dan dilindungi. Maka syaitan kemudian berteriak:

كَيْفَ لَكَ بِرَجُلٍ قَدْ هُدِيَ وَكُفِيَ وَوُقِيَ

“Bagaimana kalian boleh mengganggu orang yang sudah diberi hidayah, dicukupi, dan dilindungi.” (HR. Abu Daud 5095, Turmudzi 3426 dan dishahihkan al-Albani)

7. Jauhkan rumah kalian dari gambar makhluk bernyawa

Siapa sangka, ternyata gambar makhluk bernyawa boleh membuat jin dan syaitan jahat itu semakin betah di rumah kita.

Dari Aisyah radhiallahu ‘anha, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

أَنَّ المَلاَئِكَةَ لاَ تَدْخُلُ بَيْتًا فِيهِ صُورَةٌ

“Sesungguhnya malaikat tidak akan memasuki rumah yang di dalamnya ada gambar.” (HR. Bukhari 3224, Nasai 5348 dan yang lainnya).

Ketika malaikat penebar rahmat tidak memasuki rumah kalian, di saat itulah makhluk lain, yang juga tidak kelihatan, akan menggantikan posisi mereka. Foto keluarga, gambar binatang dan seterusnya boleh jadi membuat rumah kalian makin indah bagi syaitan.

8. Jauhkan rumah kalian dari muzik

Banyak orang tidak sedar, ternyata suara ini berbahaya. Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menyebutnya mizmarus syaitan (musik syaitan). Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam mencontohkan salah satunya, lonceng. Dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu,

فِي الْجَرَسِ مِزْمَارُ الشَّيْطَانِ

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam berkata tentang lonceng: muzik syaitan. (HR. Abu Daud 2556)

Di kesempatan yang sama, malaikat penebar rahmat menghindari rumah yang dipenuhi denngan musik. Dari Ummu Salamah radhiallahu ‘anha, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

إِنَّ الْمَلَائِكَةَ لَا تَصْحَبُ رُفْقَةً فِيهَا جَرَسٌ

“Sesungguhnya malaikat tidak akan menyertai rombongan yang di sana ada loncengnya.” (HR. Thabrani dalam al-Mu’jam al-Kabir, 1001).

Kita telah memahami, terjadi sikap bertentangan antara malaikat penebar rahmat dengan syaitan pembangkang. Ketika salah satunya menghindar, di saat itulah satunya menggantikan.

Jadikan rumah kalian seperti taman-taman malaikat penebar rahmat, bukan tempat peristirahatan yang nyaman bagi syaitan. Hiasi rumah kalian dengan berbagai ketaatan dan amal soleh. Agar yang menemani kalian juga makhluk yang soleh. Hiasi rumah kalian dengan bacaan Al- Quran, solat, kajian mengupas halal-haram, dan lantunan suara langit lainnya. Wallahu a’lam.

Siksaan Orang Yang ‘Engkar’ Di Neraka

0

~Tadabbur Kalamullah 26 Zulhijjah 1436H~

لَقَدْ حَقَّ الْقَوْلُ عَلَىٰ أَكْثَرِهِمْ فَهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ

“Demi sesungguhnya, telah tetap hukuman seksa atas kebanyakan mereka, kerana mereka tidak mahu beriman” [Surah YaSin 7]

#Orang yang beriman dan mentaati perintah Allah akan selamat dan terlepas daripada azab. Namun, bagi manusia yang tidak mahu beriman dengan Allah, yang engkar dengan perintah Allah, yang melawan hukum peraturan Allah, yang sombong dengan kebenaran maka mereka berdepan dengan janji azab dan seksa daripada Allah swt.

#Al Barra’ bin Azib menceritakan kisah orang yang derhaka pada Allah dan tidak beriman ketika di alam kubur:

“Kemudian dibukakan baginya pintu Neraka sehingga ia dapat melihat tempat tinggalnya di sana hingga hari kiamat”(HR Imam Ahmad)

#Firman Allah swt:

النَّارُ يُعْرَضُونَ عَلَيْهَا غُدُوًّا وَعَشِيًّا ۖ وَيَوْمَ تَقُومُ السَّاعَةُ أَدْخِلُوا آلَ فِرْعَوْنَ أَشَدَّ الْعَذَابِ

“Mereka didedahkan kepada bahang api neraka pada waktu pagi dan petang (semasa mereka berada dalam alam Barzakh); dan pada hari berlakunya kiamat (diperintahkan kepada malaikat): “Masukkanlah Firaun dan pengikut-pengikutnya ke dalam azab seksa api neraka yang seberat-beratnya!”[Surah Ghafir 46]

#Nabi SAW bersabda:

“Sesungguhnya penghuni neraka yang paling ringan seksaannya ialah orang yang diberi sepasang sandal yang talinya terbuat dari api neraka, lalu mendidihlah otaknya kerana panasnya yang laksana air panas mendidih di dalam periuk. Dia mengira tiada seorangpun yang menerima seksaan lebih dahsyat dari itu, padahal dialah orang yang mendapat seksaan paling ringan” (HR Bukhari dan Muslim)

#Firman Allah swt dalam surah al-Balad ayat 19-20:

وَالَّذِينَ كَفَرُوا بِآيَاتِنَا هُمْ أَصْحَابُ الْمَشْأَمَةِ* عَلَيْهِمْ نَارٌ مُؤْصَدَةٌ

“Dan (sebaliknya) orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Kami, merekalah golongan pihak kiri. Mereka ditimpakan (azab seksa) neraka yang ditutup rapat (supaya kuat bakarannya)”

♡Berimanlah kepada Allah dengan sebenar-benarnya bukannya beriman kepada perkara yang kita suka dan kufur dengan perintah-perintah yang kita rasa tak sesuai dengan nafsu kita. Buruk padah yang sedang menanti♡

?Ust naim
https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim

Hadis 85: Beriman Kepada Allah Dan Istiqamah-lah

0

Hadith ke-85

85. Dari Abu ‘Amr, ada yang mengatakan namanya Abu ‘Amrah, Sufyan bin Abdullah r.a., katanya: “Saya bertanya: Ya Rasulullah, katakanlah padaku dalam Islam tentang suatu ucapan yang saya tidak akan menanyakan lagi pada seseorang selain Tuan.“

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Katakanlah, saya beriman kepada Allah kemudian bertindak luruslah* – berpegang teguhlah pada kebenaran.” (Riwayat Muslim)

Maksudnya bertindak lurus itu ialah:

Kalau kita telah mengaku beriman pada Allah, hendaklah kita jangan segan berlaku yang benar dan jujur, misalnya benar-benar memperjuangkan cita-cita Islam. Maka jangan hanya menamakan dirinya itu seorang Islam sekadar hanya pengakuan kosong belaka, tetapi berlakulah yang benar sebagai seorang Muslim.

«85» وعن أبي عمرو، وقيل: أبي عَمرة سفيان بن عبد الله رضي الله عنه قَالَ: قُلْتُ: يَا رَسُول الله، قُلْ لي في الإسْلامِ قَولًا لا أسْأَلُ عَنْهُ أَحَدًا غَيْرَكَ. قَالَ: ((قُلْ: آمَنْتُ بِاللهِ، ثُمَّ استَقِمْ)). رواه مسلم.
هذا الحديث جمع معاني الإِسلام والإِيمان كلها، وهو على وفاق قوله تعالى: {إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا}.
قال بعض العارفين: مرجع الاستقامة إلى أمرين:
– صحة الإيمان بالله.
– واتباع ما جاء به رسول الله ظاهرًا وباطنًا.
وقد قال النبي صلى الله عليه وسلم: ((استقيموا ولن تحصوا، واعلموا أن خير أعمالكم الصلاة، ولا يحافظ على الوضوء إلا مؤمن)).

Bertidak lurus iaitu istiqlmah dalam ertikata dlm firman Allah:

واعتصموا بحبل الله جمىعا ولا تفرقوا….آل عمران ١٠٣

Nabi SAW Nangis, Akibat Cara Tawasul Yang Salah : Hadits 35

0

Hadits 35: Sunnah yang ditinggalkan yang wajib dihidupkan kembali

Nabi ﷺ pernah membaca firman Allah ﷻ tentang Ibrahim: ((Ya Rabbku! Sesungguhnya berhala-berhala itu telah menyesatkan ramai orang. Sesiapa yang mengikutiku, sesungguhnya dia daripada kalanganku. Sesiapa yang menyalahiku, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.)) [Surah Ibrahim, ayat 36] sehingga akhir ayat. Katanya: Tentang `Isa `alaihi as-salam: ((Sekiranya Engkau mengazab mereka, sesungguhnya mereka hamba-hamba-Mu. Sekiranya Engkau mengampuni mereka, sesungguhnya Engkau Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.)) [Surah Al-Ma’idah, ayat 118]. Lalu baginda mengangkat kedua-dua tangannya, dan berdoa: “Ya Allah! Umatku! Umatku!” Lalu baginda menangis. Lalu Allah ﷻ berkata: “Ya Jibril! Pergilah kepada Muhammad! -dan Rabbmu lebih mengetahui- lalu tanyalah: Apa yang menyebabkan engkau menangis?” Lalu Jibril `alaihi ash-shalat wa as-salam datang dan bertanya kepada baginda. Lalu Rasulullah ﷺ menjawab dengan apa yang disebutkan olehnya, dan baginda lebih mengetahui. Lalu Allah berkata: “Ya Jibril! Pergilah kepada Muhammad, dan katakan kepadanya: Sesungguhnya Kami akan membuatmu redha dengan umatmu, dan Kami tidak akan membuatmu sedih kerananya.”

أنَّ النبيَّ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ تلا قولَ اللهِ عزَّ وجلَّ في إبراهيمَ : { رَبِّ إِنَّهُنَّ أَضْلَلْنَ كَثِيرًا مِنَ النَّاسِ فَمَنْ تَبِعَنِي فَإِنَّهُ مِنِّي وَمَنْ عَصَانِي فَإِنَّكَ غَفُورٌ رَحِيمٌ } [ 14 / إبراهيم / الآية – 36 ] الآية وقال عيسى عليه السلام : (إِنْ تُعَذِّبْهُمْ فَإِنَّهُمْ عِبَادُكَ وَإِنْ تَغْفِرْ لَهُمْ فَإِنَّكَ أَنْتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيم)[ 5 / المائدة / الآية – 118 ] فرفعَ يديهِ وقال اللهمَّ ! أُمَّتي أُمَّتي وبكى . فقال اللهُ عزَّ وجلَّ : يا جبريلُ ! اذهب إلى محمدٍ، – وربُّكَ أعلمُ -، فسَلهُ ما يُبكيكَ؟ فأتاهُ جبريلُ عليهِ الصلاةُ والسلامُ فسَألهُ.فأخبرهُ رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ بما قالَ . وهو أعلمُ . فقال اللهُ : يا جبريلُ ! اذهبْ إلى محمدٍ فقلْ : إنَّا سنُرضيكَ في أُمَّتكَ ولا نَسُوءُكَ

Diriwayatkan oleh Muslim no 202.

#SilsilahShahihah:

Bertindak Lurus : Riyadhus Solihin

0

Bertindak Lurus

Allah Ta’ala berfirman:

“Maka  bertindak  luruslah engkau sebagaimana  engkau diperintahkan.” (Hud: 112)

Allah Ta’ala berfirman pula:

“Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan bahawa Allah adalah Tuhan kita semua, kemudian mereka itu bertindak lurus – berpendirian teguh, maka malaikat-malaikat akan turun kepada mereka – dan berkata: “fangan engkau semua takut dan jangan pula berdukacita dan terimalah berita gembira memperolehi syurga yang telah dijanjikan kepadamu semua.

“Kami – Allah – menjadi pelindungmu semua dalam kehidupan dunia dan pada hari kemudian. Di situ engkau semua memperolehi apa-apa yang menjadi keinginan hatimu dan di situ pula engkau semuamendapatkan apa saja yang engkau semua minta.

“Hidangan dari Tuhan yang Maba Pengampun dan Penyayang.” (Fushshilat: 30-32)

Allah Ta’ala berfirman lagi:

“Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan bahawa Allah adalah Tuhan kita semua, kemudian mereka bertindak lurus – berpendirian teguh dalam kebenaran – maka mereka tidak akan merasa takut dan tidak akan merasa berdukacita.

“Merekalah yang dapat menempati syurga, mereka kekal di  dalamnya, sebagai balasan dari apa-apa yang mereka lakukan.” (al-Ahqaf: 13-14)

إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا فَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ

Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: Rabb kami ialah Allah, kemudian mereka tetap istiqamah maka tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan mereka tiada (pula) berduka cita.
Surah Al-Ahqaf (46:13)

Istiqamah atas tauhid, ittiba’ al Qur’an dan as sunnah.

باب الاستقامة:
قَالَ اللهُ تَعَالَى: {فَاسْتَقِمْ كَمَا أُمِرْتَ} [هود: 112].
أي: استقم على دين ربك، والعمل به، والدعاء إليه.
والاستقامة: هي لزوم المنهج المستقيم.
قال عمر رضي الله عنه: الاستقامة: أنْ تقوم على الأمر والنهي، ولا تروغ عنه روغان الثعلب.
وَقالَ تَعَالَى: {إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا تَتَنَزَّلُ عَلَيْهِمُ الْمَلائِكَةُ أَلا تَخَافُوا وَلا تَحْزَنُوا وَأَبْشِرُوا بِالْجَنَّةِ الَّتِي كُنْتُمْ تُوعَدُونَ * نَحْنُ أَوْلِيَاؤُكُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَفِي الآخِرَةِ وَلَكُمْ فِيهَا مَا تَشْتَهِي أَنْفُسُكُمْ وَلَكُمْ فِيهَا مَا تَدَّعُونَ * نُزُلًا مِنْ غَفُورٍ رَحِيمٍ} [فصلت: 30- 32].
يخبر تعالى أنَّ من وحَّده واستقام على طاعته أنه آمن عند الموت ويوم القيامة، وأنَّ جزاءه الجنة. وقوله: {نزلًا} أي: رزقًا مهيَّأً.
وَقالَ تَعَالَى: {إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا فَلا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلا هُمْ يَحْزَنُونَ * أُولَئِكَ أَصْحَابُ الْجَنَّةِ خَالِدِينَ فِيهَا جَزَاءً بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ} [الأحقاف: 13، 14].
أي: استقاموا على التوحيد، واتباع الكتاب والسنة.

Cara-cara Mengusir Jin Kafir Dan Syaitan Daripada Rumah Kalian.

0

Cara yang paling efektif dalam hal ini adalah membacakan surat Al-Baqarah, satu surah penuh. Ini berdasarkan hadis dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu, bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

لا تجعلوا بيوتكم مقابر، إن الشيطان ينفر من البيت الذي تقرأ فيه سورة البقرة

“Jangan kalian jadikan rumah kalian seperti kuburan. Sesungguhnya setan lari dari rumah yang dibacakan surat Al-Baqarah di dalamnya.” (HR. Muslim 780, At-Turmudzi 2877)

Sahabat Ibnu Mas’ud mengatakan:

إِنَّ الشَّيْطَانَ إِذَا سَمِعَ سُورَةَ الْبَقَرَةِ تُقْرَأُ فِي بَيْتٍ، خَرَجَ مِنْهُ

“Sesungguhnya syaitan, apabila mendengar surat Al-Baqarah dibacakan dalam rumah, maka dia akan keluar dari rumah itu.” (HR. Ad-Darimi 3422, At-thabrani dalam Mu’jam Al-Kabir 8642).

Hanya 3 hari?

Terdapat keterangan bahwa syaitan meninggalkan rumah itu selama 3 hari. Ini berdasarkan hadis dari Sahl bin Sa’d radhiallahu ‘anhu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

مَنْ قَرَأَ سُورَةَ الْبَقَرَةِ فِي بَيْتِهِ لَيْلًا لَمْ يَدْخُلِ الشَّيْطَانُ بَيْتَهُ ثَلَاثَ لَيَالٍ

“Siapa yang membaca surat Al-Baqarah di malam hari maka syaitan tidak akan memasuki rumahnya selama tiga hari..” (HR. Ibnu Hibban dalam Shahihnya 780).

Hanya saja, keterangan tambahan tiga hari dalam riwayat tersebut dinilai lemah oleh al-Albani, sebagaimana keterangan beliau di Silsilah Ad-Dhaifah no. 1349.

Hanya Syaitan yang Mengganggu

Syaitan yang lari dari rumah yang dibacakan surat Al-Baqarah adalah setan yang mengganggu secara zahir. Sebagaimana keterangan yang dinukil Ibnu Hibban, dari Imam Abu Hatim:

قَالَ أَبُو حَاتِمٍ: قَوْلُهُ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «لَمْ يَدْخُلِ الشَّيْطَانُ بَيْتَهُ»، أَرَادَ بِهِ مَرَدَةَ الشَّيَاطِينِ دُونَ غَيْرِهِمْ

Sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam “Syaitan tidak akan memasuki rumahnya” maksudnya adalah syaitan yang membangkang (mengganggu) bukan yang lainnya. (Shahih Ibnu Hibban, 3:59)

Siapa yang Membaca?

Siapa saja, tidak semestinya tuan rumah. Lebih-lebih, jika tuan rumah sendiri tidak boleh membaca Al-Quran. Keranaa lafal dalam hadis: “yang dibacakan surat Al-Baqarah” dengan bentuk kalimat pasif. Ertinya siapapun yang membaca, selama dilakukan di dalam rumah, telah memenuhi syarat untuk mengusir syaitan.

Hanya saja tidak boleh menggunakan rekaman Mp3 atau sejenisnya. Kerana membaca perlu niat, dan audio player atau komputer tidak boleh berniat.

Kedua, Tindakan Pencegahan

Bersambung..

Popular

Iklan

Iklan