Utama Bilik (49) Tanda-tanda Kiamat Akan Muncul Pemimpin Terdiri Dari Orang Yang Rendah (Akhlak dan Agama): Tanda...

Akan Muncul Pemimpin Terdiri Dari Orang Yang Rendah (Akhlak dan Agama): Tanda Kiamat Ke-44

150
0

? Tanda Kiamat Ke-44/131
Akan Muncul Pemimpin Terdiri Dari Orang Yang Rendah (Akhlak dan Agama)

(يكون زعيم القوم أرذلهم )

Dalil:

إذا اتخذ الفيء دولا ، والأمانة مغنما ، والزكاة مغرما ، وتعلم لغير الدين ، وأطاع الرجل امرأته ، وعق أمه ، وأدنى صديقه ، وأقصى أباه ، وظهرت الأصوات في المساجد ، وساد القبيلة فاسقهم ، وكان زعيم القوم أرذلهم

Terjemahan: “Jika harta fai’ atau cukai tidak diagihkan, amanah dijadikan rebutan, zakat tidak ditunaikan, selain ilmu agama banyak dipelajari, lelaki tunduk kepada isterinya dan derhaka kepada ibunya, lelaki lebih dekat kepada temannya dan menjauh dari ayahnya, masjid menjadi bising, wakil rakyat adalah orang fasiq, pemimpin mereka adalah orang yang rendah akhlaknya dan agamanya..,HR Termidzi, Dhaif tapi tapi ada penguat kata Tirmidzi, dihasankan oleh Syaukani.

Antara tanda akhir zaman ialah manusia mengangkat orang yang rendah untuk memimpin mereka. Ia lebih kurang dengan di atas (no 43/131), cuma beza pemimpin fasiq (derhaka kepada Tuhan, minum khamar, tidak solat, kejam), manakala yang dimaksudkan di sini pemimpin yang serba serbinya hina di sisi agama dengan bodohnya, rendah akhlaknya.

Contohnya USA pernah ada Presiden yang playboy (JFK) dan pelakon Hollywood (Ronald Reagan).

Komen dan Soalan