Utama Blog Halaman 244

11. Jima’ Batalkan Puasa

0

Susunan Ustaz Adli Khalim
Ringkasan Fiqh Ramadhan:

11. Perkara yang membatalkan puasa: Jima`.

أُحِلَّ لَكُمْ لَيْلَةَ الصِّيَامِ الرَّفَثُ إِلَى نِسَائِكُمْ

Dihalalkan bagi kalian untuk bersetubuh dengan isteri kalian pada malam bulan puasa. – Al-Baqarah, ayat 187.

كان النبيُّ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم يُقَبِّلُ ويُباشِرُ وهو صائمٌ، وكان أملكَكُم لإرْبِه .
الراوي : عائشة أم المؤمنين | المحدث : البخاري | المصدر : صحيح البخاري
الصفحة أو الرقم: 1927 | خلاصة حكم المحدث : [صحيح]

Nabi ﷺ bercium dan bermesra (dengan isteri) dalam keadaan baginda berpuasa, dan baginda merupakan orang yang paling mampu mengawal syahwatnya. – Shahih Al-Bukhari, no. 1927.

= = = = = = = = = =

Penjelasan:

1. Salah satu tarjamah bab Al-Bukhari:

باب المباشرة للصائم وقالت عائشة رضي الله عنها يحرم عليه فرجها

Bab: Bermesra bagi orang yang berpuasa. Kata `A’isyah radhiyallahu `anhu: Diharamkan baginya kemaluan isterinya.

2. Adapun bercium dibolehkan, selagi tidak sampai keluarnya mani. Kata An-Nawawi dalam Syarh Shahih Muslim (hadits no. 1106): “Tiada khilaf bahawa berciuman tidak membatalkan puasa, melainkan keluarnya mani dengan ciuman tersebut.”

= = = = = = = = = =

Hashtag: #fiqhpuasa

Qiyam Ramadhan: Witir paling sedikit adalah 1 raka`at.

0

Susunan Ustaz Adli Khalim

Ringkasan Fiqh Ramadhan:

40. Qiyam Ramadhan: Witir paling sedikit adalah 1 raka`at.

صلاةُ الليلِ مَثْنى مَثْنى. فإذا رأيتَ أنَّ الصبحَ يُدركُك فأَوتِرْ بواحدةٍ. فقيل لابنِ عمرَ: ما مَثْنَى مَثْنَى؟ قال: أن تُسلِّمَ في كلِّ ركعتَينِ.
الراوي : عبدالله بن عمر | المحدث : مسلم | المصدر : صحيح مسلم
الصفحة أو الرقم: 749 | خلاصة حكم المحدث : صحيح

“Solat malam 2 raka`at, 2 raka`at. Apabila engkau lihat Subuh akan masuk, lakukanlah solat witir satu raka`at.” Ibn `Umar ditanya: “Apa maksud 2 raka`at, 2 raka`at?” Jawabnya: “Engkau memberi salam setiap 2 raka`at.” – Shahih Muslim, no. 749.

= = = = = = = = = =

Penjelasan:

1. At-Tirmidzi telah membawakan beberapa riwayat tentang bilangan raka`at witir yang dikerjakan oleh Nabi ﷺ, antaranya:

(a) 7 raka`at, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ummu Salamah.

(b) 5 raka`at, sebagaimana yang diriwayatkan oleh `A’isyah.

(c) 3 raka`at, sebagaimana yang diriwayatkan oleh `Ali.

(d) 1 raka`at, sebagaimana yang diajarkan oleh Nabi ﷺ di atas (riwayat Ibn `Umar).

2. Solat witir yang dikerjakan dengan satu salam (sama ada 7 raka`at, 5 raka`at, 3 raka`at) tiada tasyahhud di tengah-tengahnya melainkan tasyahhud akhir sahaja.

3. Menurut At-Tirmidzi, para sahabat Nabi ﷺ dan para tabi`in berpandangan seseorang hendaklah memisahkan antara 2 raka`at pertama dengan raka`at yang ketiga (yakni witir 3 raka`at dengan 2 kali salam), dan inilah pendapat Malik, Asy-Syafi`i, Ahmad, dan Ishaq.

= = = = = = = = = =

Hashtag: #fiqhpuasa

Qiyam Ramadhan: Tiada 2 witir dalam satu malam.

0

Ringkasan Fiqh Ramadhan:

 

39. Qiyam Ramadhan: Tiada 2 witir dalam satu malam.

 

لا وِترانِ في ليلةٍ
الراوي : طلق بن علي الحنفي | المحدث : الترمذي | المصدر : سنن الترمذي
الصفحة أو الرقم: 470 | خلاصة حكم المحدث : حسن غريب


“Tiada 2 witir dalam satu malam.” – Al-Jami` Al-Mukhtashar At-Tirmidzi, no. 470. Kata At-Tirmidzi: Hasan gharib.

= = = = = = = = = =

Penjelasan:

1. Sesiapa yang solat witir bersama imam di awal malam, lalu dia tidur, kemudian dia bangun dan mengerjakan solat tahajjud di akhir malam, dia tidak perlu mengulangi solat witir kerana tiada 2 witir dalam satu malam. Inilah pendapat Ats-Tsauri, Malik, Ibn Al-Mubarak, dan Ahmad.

2. Pendapat yang mengatakan harus membatalkan witir terlebih dahulu (yakni mengerjakan solat 1 raka`at untuk membatalkan witir yang telah dikerjakan bersama imam di awal malam) adalah kurang tepat kerana ini bererti dia telah mengerjakan 2 witir untuk malam tersebut. Apatah lagi sekiranya dia mengerjakan witir sekali lagi selepas solat tahajjud, bererti dia telah mengerjakan 3 witir untuk malam tersebut.

= = = = = = = = = =

Hashtag: #fiqhpuasa

Qiyam Ramadhan: Amalan membaca selawat setiap kali selepas memberi salam solat malam tiada sandaran daripada Sunnah Rasulullah ﷺ dan para khulafa’ ar-rasyidin, serta para sahabat secara keseluruhan.

0

Ringkasan Fiqh Ramadhan:

 

38. Qiyam Ramadhan: Amalan membaca selawat setiap kali selepas memberi salam solat malam tiada sandaran daripada Sunnah Rasulullah ﷺ dan para khulafa’ ar-rasyidin, serta para sahabat secara keseluruhan.

 

أما بعدُ. فإنَّ خيرَ الحديثِ كتابُ اللهِ. وخيرَ الهديِ هديُ محمدٍ. وشرَّ الأمورِ مُحدثاتُها. وكلَّ بدعةٍ ضلالةٌ
الراوي : جابر بن عبدالله | المحدث : مسلم | المصدر : صحيح مسلم
الصفحة أو الرقم: 867 | خلاصة حكم المحدث : صحيح

“Amma ba`d, sesungguhnya sebaik-baik perkataan adalah Kitabullah, sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad, seburuk-seburuk perkara adalah rekaan-rekaan, dan setiap bid`ah adalah sesat.” – Shahih Muslim, no. 867.

 

فإنه من يعش منكم بعدي فسيرى اختلافا كثيرا ، فعليكم بسنتي وسنة الخلفاء المهديين الراشدين تمسكوا بها ، وعضوا عليها بًالنواجذ ، وإياكم ومحدثات الأمور فإن كل محدثة بدعة ، وكل بدعة ضلالة
الراوي : العرباض بن سارية | المحدث : أبو داود | المصدر : سنن أبي داودالصفحة أو الرقم: 4607 | خلاصة حكم المحدث : سكت عنه

“Sesiapa antara kalian yang hidup selepasku, pasti akan melihat khilaf yang banyak. Berpeganglah kalian kepada sunnahku dan sunnah khulafa’ al-mahdiyyin ar-rasyidin, berpeganglah kalian dengannya, dan gigitlah dengan geraham. Berhati-hatilah dengan perkara-perkara yang direka. Sesungguhnya semua rekaan (dalam agama) adalah bid`ah, dan setiap bid`ah adalah sesat. – Sunan Abi Dawud, no. 4607.
* shahih menurut Syu`aib Al-Arna’uth.

النجومُ أمَنَةٌ للسماءِ . فإذا ذهبتِ النجومُ أتى السماءَ ما توعد . وأنا أمنةً لأصحابي . فإذا ذهبتْ أتى أصحابي ما يوعدون . وأصحابي أمنةٌ لأمتي . فإذا ذهب أصحابي أتى أمتي ما يُوعدون
الراوي : أبو موسى الأشعري عبدالله بن قيس | المحدث : مسلم | المصدر : صحيح مسلم
الصفحة أو الرقم: 2531 | خلاصة حكم المحدث : صحيح

Bintang-bintang adalah penyelamat langit. Apabila bintang-bintang telah pergi, langit akan didatangi apa yang telah dijanjikan untuknya. Aku adalah penyelamat sahabat-sahabatku. Apabila aku telah pergi, sahabat-sahabatku akan didatangi apa yang telah dijanjikan untuk mereka. Sahabat-sahabatku adalah penyelamat umatku. Apabila sahabat-sahabatku telah pergi, umatku akan didatangi apa yang dijanjikan untuk mereka. – Shahih Muslim, no. 2531.

 

= = = = = = = = = =

Penjelasan:

1. Menurut An-Nawawi dalam Syarh Shahih Muslim, maksud “Sahabat-sahabatku adalah penyelamat umatku…” adalah penyelamat daripada menjadi zahirnya bid`ah, rekaan-rekaan dalam agama, fitnah terhadap agama, terbitnya tanduk syaitan, menangnya Rom dan selainnya ke atas mereka.

= = = = = = = = = =

Hashtag: #fiqhpuasa

Qiyam Ramadhan: Imam boleh solat sambil membaca daripada mushaf.

0

Ringkasan Fiqh Ramadhan:

 

37. Qiyam Ramadhan: Imam boleh solat sambil membaca daripada mushaf.

 

أن عائشة – رضي الله عنها – كان يؤمها غلامها ذكوان في المصحف في رمضان

الراوي : عبدالله بن أبي مليكة | المحدث : النووي | المصدر : الخلاصة
الصفحة أو الرقم: 1/500 | خلاصة حكم المحدث : إسناده صحيح

`A’isyah radhiyallahu `anha diimami oleh hambanya Dzakwan yang membaca daripada mushaf di bulan Ramadhan. – Al-Khulasah, jilid 1, halaman 500. Kata An-Nawawi: Isnadnya shahih.

= = = = = = = = = =

Penjelasan:

1. Al-Bukhari membuat satu tarjamah bab:
باب إمامة العبد والمولى وكانت عائشة يؤمها عبدها ذكوان من المصحف
Bab: Hamba dan maula menjadi imam, dan `A’isyah berimamkan hambanya Dzakwan yang membaca daripada mushaf.

2. Ibn Hajar mengatakan ini merupakan hujah Al-Bukhari tentang harusnya orang solat membaca daripada mushaf.

3. Namun, sebahagian `ulama’ tidak menyukainya kerana amalan tersebut akan membuatkan orang yang solat meninggalkan beberapa sunnah, antaranya bersedekap (meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri), mengganggu kekhusyu`an, menyibukkan diri dengan membelek-belek mushaf.

= = = = = = = = = =

Hashtag: #fiqhpuasa

10. Sengaja Makan Dan Minum Batalkan Puasa

0

Susunan Ustaz Adli Khalim
Ringkasan Fiqh Ramadhan:

10. Perkara yang membatalkan puasa: Makan dan minum dengan sengaja.

وَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَكُمُ الْخَيْطُ الأَبْيَضُ مِنَ الْخَيْطِ الأَسْوَدِ مِنَ الْفَجْرِ ثُمَّ أَتِمُّوا الصِّيَامَ إِلَى اللَّيْلِ

Dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kalian benang putih (cahaya siang) daripada benang hitam (kegelapan malam), iaitu waktu fajar, kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga ke malam. – Al-Baqarah, ayat 187.

من أكل ناسيًا ، وهو صائمٌ ، فليُتِمَّ صومَه ، فإنما أطعمَه اللهُ وسقاهُ
الراوي : أبو هريرة | المحدث : البخاري | المصدر : صحيح البخاري
الصفحة أو الرقم: 6669 | خلاصة حكم المحدث : [صحيح]

“Sesiapa yang makan dalam keadaan terlupa, sedangkan dia berpuasa, hendaklah dia menyempurnakan puasanya. Sesungguhnya Allah memberinya makan dan minum.” – Al-Bukhari, no. 6669.

= = = = = = = = = =

Hashtag: #fiqhpuasa

Puasa Dalam Berjunub Tidak Batalkan Puasa

0

Susunan Ustaz Adli Khalim
Ringkasan Fiqh Ramadhan:

9. Memulakan puasa dalam keadaan berjunub tidak membatalkan puasa.

قد كان رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ يُدركُه الفجرُ في رمضانَ وهو جُنُبٌ من غيرِ حلمٍ فيغتسلُ ويصومُ .
الراوي : عائشة أم المؤمنين | المحدث : مسلم | المصدر : صحيح مسلم
الصفحة أو الرقم: 1109 | خلاصة حكم المحدث : صحيح

Adapun Rasulullah ﷺ mendapati fajar di bulan Ramadhan dalam keadaan berjunub bukan kerana bermimpi basah, lalu baginda mandi dan berpuasa. – Shahih Muslim, no. 1109.

= = = = = = = = = =

Penjelasan:

1. Hadits ini menunjukkan bahawa baginda memang dalam keadaan berjunub (kerana berjima`) ketika masuknya waktu Subuh, dan bukannya baginda berjima` selepas masuknya waktu. Ini sama sekali tidak membatalkan puasa.

2. Namun, dianjurkan untuk tidak melewatkan mandi junub supaya tidak terlepas waktu solat Subuh.

= = = = = = = = = =

Hashtag: #fiqhpuasa

8. Masalah Imsak Dan Sunnah Rasulullah

0

Susunan Ustaz Adli Khalim
Ringkasan Fiqh Ramadhan:

8. Tiada imsak seperti yang diamalkan di Malaysia, bahkan dibolehkan untuk makan sehingga azan dilaungkan.

كلوا واشربوا حتى يُؤَذِّنَ ابنُ أمَّ مكتومٍ ، فإنهُ لا يُؤَذِّنُ حتى يطْلُعَ الفجرُ
الراوي : عائشة أم المؤمنين | المحدث : البخاري | المصدر : صحيح البخاري
الصفحة أو الرقم: 1918 | خلاصة حكم المحدث : [صحيح]

“Makan dan minumlah sehingga azannya Ibn Ummi Maktum, sesungguhnya dia tidak azan melainkan ketika terbitnya fajar.” – Shahih Al-Bukhari, no. 1918.

تسَحَّرْنا معَ النبيِّ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم، ثم قام إلى الصلاةِ، قلتُ : كم كان بينَ الأذانِ والسُّحورِ؟ قال : قدْرَ خمسينَ آيةً
الراوي : زيد بن ثابت | المحدث : البخاري | المصدر : صحيح البخاري
الصفحة أو الرقم: 1921 | خلاصة حكم المحدث : [صحيح]

“Kami bersahur bersama Nabi ﷺ, kemudian baginda bangun untuk solat.” Tanya Anas: “Berapa lama antara azan dan sahur?” Jawab Zaid: “Sekadar 50 ayat.” – Shahih Al-Bukhari, no. 1921.

إذا سمع أحدكم النداء والإناء على يده فلا يضعه حتى يقضي حاجته منه
الراوي : أبو هريرة | المحدث : أبو داود | المصدر : سنن أبي داود
الصفحة أو الرقم: 2350 | خلاصة حكم المحدث : سكت عنه

“Apabila salah seorang daripada kalian mendengar azan dan di tangannya ada bekas makanan, janganlah dia meletakkannya sehingga dia menyelesaikan hajatnya (yakni menyelesaikan makannya).” – Sunan Abi Dawud, no. 2350.
* Dha`if menurut Abu Hatim.

= = = = = = = = = =

Penjelasan:

1. Imsak yang diamalkan di Malaysia (iaitu menahan diri daripada makan dan minum sebelum 10 minit masuknya waktu Subuh) adalah bertentangan dengan sunnah. Bahkan, hadits shahih jelas menunjukkan bahawa Nabi ﷺ memberikan keizinan untuk makan dan minum sehingga benar-benar terbit fajar (pada zaman baginda, petandanya adalah azan Ibn Ummi Maktum).

2. Adapun hadits Zaid di atas bukanlah menunjukkan bahawa sahur itu wajib berhenti dengan kadar 50 ayat sebelum azan, namun hadits ini menceritakan bahawa Nabi ﷺ pernah melakukannya.

3. Adapun hadits Abu Hurairah tentang bolehnya menghabiskan makanan yang berada di tangan ketika azan telah dilaungkan, sebahagian `ulama’ menshahihkannya, sedangkan sebahagian lagi mendha`ifkannya. Namun, sekiranya mampu untuk keluar daripada khilaf, iaitu berhenti makan dan minum ketika azan dilaungkan, itu tentulah lebih utama.

= = = = = = = = = =

Hashtag: #fiqhpuasa

7. Bab Keberkatan Sahur

0

Susunan Ustaz Adli Khalim
Ringkasan Fiqh Ramadhan:

7. Walaupun sahur tidak wajib, namun padanya terdapat keberkatan.

تسحَّروا، فإن في السَّحورِ بركةً .
الراوي : أنس بن مالك | المحدث : البخاري | المصدر : صحيح البخاري
الصفحة أو الرقم: 1923 | خلاصة حكم المحدث : [صحيح]

“Bersahurlah kalian, sesungguhnya pada sahur itu keberkatan.” – Shahih Al-Bukhari, no. 1923.

= = = = = = = = = =

Penjelasan:

1. Tarjamah bab Al-Bukhari untuk hadits di atas adalah:

باب بركة السحور من غير إيجاب لأن النبي صلى الله عليه وسلم وأصحابه واصلوا ولم يذكر السحور

Bab: Keberkatan sahur tanpa diwajibkannya, kerana Nabi ﷺ dan para sahabatnya menyambung puasa dan tidak disebutkan sahur.

= = = = = = = = = =

Hashtag: #fiqhpuasa

6. Niat: Khilaf Antara Mazhab Dan Antara Ulama Mazhab

0

Susunan Ustaz Adli Khalim
Ringkasan Fiqh Ramadhan:

6. Niat untuk berpuasa, tidak perlu dilafazkan di mulut.

إنما الأعمالُ بالنيةِ، وإنما لامرِئٍ ما نوى، فمَن كانت هجرتُه إلى اللهِ ورسولِه، فهجرتُه إلى اللهِ ورسولِه، ومَن كانتْ هجرتُه إلى دنيا يُصيبُها، أو امرأةٍ يتزوجُها، فهجرتُه إلى ما هاجَر إليه
الراوي : عمر بن الخطاب | المحدث : البخاري | المصدر : صحيح البخاري
الصفحة أو الرقم: 6689 | خلاصة حكم المحدث : [صحيح]

“Sesungguhnya amalan berdasarkan niat, bagi setiap orang apa yang diniatkannya. Sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya. Sesiapa yang hijrahnya kepada dunia yang diharapkan atau wanita yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya kepada apa yang dituju. – Shahih Al-Bukhari, no. 6689.

مَن لم يُجْمِعِ الصيامَ قبلَ الفجرِ ، فلا صيامَ له
الراوي : حفصة بنت عمر | المحدث : الترمذي | المصدر : سنن الترمذي
الصفحة أو الرقم: 730 | خلاصة حكم المحدث : لا نعرفه مرفوعا إلا من هذا الوجه وروي عن ابن عمر قوله وهو أصح

“Sesiapa yang tidak berazam untuk berpuasa sebelum fajar, tiada puasa baginya.” – Sunan At-Tirmidzi, no. 730. Kata At-Tirmidzi: Kami tidak mengetahui riwayat yang marfu` melainkan melalui jalur ini, dan diriwayatkan juga hadits ini sebagai kata-kata Ibn `Umar dan inilah yang lebih shahih.

= = = = = = = = = =

Penjelasan:

1. Memandangkan hadits Hafshah tidak shahih, kita akan dapati para `ulama’ berbeza pendapat tentang waktu berniat untuk puasa:

(a) Asy-Syafi`i, Ahmad, dan Ishaq berpendapat niat haruslah sebelum terbit fajar.

(b) Abu Hanifah berpendapat boleh berniat selepas terbit fajar, sehinggalah sebelum tegaknya kedudukan matahari.

(c) Malik berpendapat cukup bagi seseorang untuk niat berpuasa pada malam pertama bulan Ramadhan dan diniatkan untuk berpuasa selama sebulan. Ini kerana puasa sebulan itu dikira satu ibadat, sebagaimana haji yang cukup diniatkan pada permulaannya sahaja.

2. Amalan melafazkan niat tidak diriwayatkan daripada Nabi ﷺ, sama ada melalui sanad yang shahih ataupun dha`if. Bahkan, tidak juga diriwayatkan daripada para sahabat radhiyallahu `anhum. Demikianlah generasi kurun yang paling baik, dan inilah pendapat yang terbaik.

3. Sebahagian `ulama’ mazhab menganjurkan lafaz niat, antaranya `ulama’ Al-Hanafiyyah, Asy-Syafi`iyyah, dan Al-Hanabilah, dengan tujuan untuk membantu menghadirkan niat dalam qalbu. Sesiapa yang memilih untuk melafazkan niat, hendaklah mengetahui bahawa:

(a) sekiranya terjadi perbezaan antara niat di qalbunya dengan lafaz di lisannya, sudah pasti yang dikira adalah niat di qalbunya. Contohnya seseorang yang berniat untuk mengerjakan solat `Asar, tetapi dia melafazkan solat Zuhur, yang dikira adalah solat `Asar.

(b) sekiranya dia terlupa untuk melafazkannya, sedangkan memang dia berniat untuk mengerjakan amalan tersebut, maka amalan tersebut tetap dikira sah. Contohnya seseorang yang terlupa untuk melafazkan niat puasa, namun dia tetap bangun untuk bersahur, malah dia mula menahan dirinya daripada makan, minum, dan seks bermula dari terbitnya matahari, maka puasanya dikira sah.

(c) sekiranya dia menganggap amalan melafazkan niat lebih afdhal, itu adalah satu kesilapan yang besar, bahkan i`tiqad seperti ini boleh menjatuhkan seseorang ke lembah bid`ah.

= = = = = = = = = =

Hashtag: #fiqhpuasa

Popular

Iklan

Iklan