Utama Fiqh Ramadhan 8. Masalah Imsak Dan Sunnah Rasulullah

8. Masalah Imsak Dan Sunnah Rasulullah

347
0
Iklan

Susunan Ustaz Adli Khalim
Ringkasan Fiqh Ramadhan:

8. Tiada imsak seperti yang diamalkan di Malaysia, bahkan dibolehkan untuk makan sehingga azan dilaungkan.

كلوا واشربوا حتى يُؤَذِّنَ ابنُ أمَّ مكتومٍ ، فإنهُ لا يُؤَذِّنُ حتى يطْلُعَ الفجرُ
الراوي : عائشة أم المؤمنين | المحدث : البخاري | المصدر : صحيح البخاري
الصفحة أو الرقم: 1918 | خلاصة حكم المحدث : [صحيح]

“Makan dan minumlah sehingga azannya Ibn Ummi Maktum, sesungguhnya dia tidak azan melainkan ketika terbitnya fajar.” – Shahih Al-Bukhari, no. 1918.

تسَحَّرْنا معَ النبيِّ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم، ثم قام إلى الصلاةِ، قلتُ : كم كان بينَ الأذانِ والسُّحورِ؟ قال : قدْرَ خمسينَ آيةً
الراوي : زيد بن ثابت | المحدث : البخاري | المصدر : صحيح البخاري
الصفحة أو الرقم: 1921 | خلاصة حكم المحدث : [صحيح]

“Kami bersahur bersama Nabi ﷺ, kemudian baginda bangun untuk solat.” Tanya Anas: “Berapa lama antara azan dan sahur?” Jawab Zaid: “Sekadar 50 ayat.” – Shahih Al-Bukhari, no. 1921.

إذا سمع أحدكم النداء والإناء على يده فلا يضعه حتى يقضي حاجته منه
الراوي : أبو هريرة | المحدث : أبو داود | المصدر : سنن أبي داود
الصفحة أو الرقم: 2350 | خلاصة حكم المحدث : سكت عنه

“Apabila salah seorang daripada kalian mendengar azan dan di tangannya ada bekas makanan, janganlah dia meletakkannya sehingga dia menyelesaikan hajatnya (yakni menyelesaikan makannya).” – Sunan Abi Dawud, no. 2350.
* Dha`if menurut Abu Hatim.

= = = = = = = = = =

Penjelasan:

1. Imsak yang diamalkan di Malaysia (iaitu menahan diri daripada makan dan minum sebelum 10 minit masuknya waktu Subuh) adalah bertentangan dengan sunnah. Bahkan, hadits shahih jelas menunjukkan bahawa Nabi ﷺ memberikan keizinan untuk makan dan minum sehingga benar-benar terbit fajar (pada zaman baginda, petandanya adalah azan Ibn Ummi Maktum).

2. Adapun hadits Zaid di atas bukanlah menunjukkan bahawa sahur itu wajib berhenti dengan kadar 50 ayat sebelum azan, namun hadits ini menceritakan bahawa Nabi ﷺ pernah melakukannya.

3. Adapun hadits Abu Hurairah tentang bolehnya menghabiskan makanan yang berada di tangan ketika azan telah dilaungkan, sebahagian `ulama’ menshahihkannya, sedangkan sebahagian lagi mendha`ifkannya. Namun, sekiranya mampu untuk keluar daripada khilaf, iaitu berhenti makan dan minum ketika azan dilaungkan, itu tentulah lebih utama.

= = = = = = = = = =

Hashtag: #fiqhpuasa

Komen dan Soalan