Utama Bilik (63) Sifat Solat Nabi SAW Qiyam Ramadhan: Witir paling sedikit adalah 1 raka`at.

Qiyam Ramadhan: Witir paling sedikit adalah 1 raka`at.

179
0
Iklan

Susunan Ustaz Adli Khalim

Ringkasan Fiqh Ramadhan:

40. Qiyam Ramadhan: Witir paling sedikit adalah 1 raka`at.

صلاةُ الليلِ مَثْنى مَثْنى. فإذا رأيتَ أنَّ الصبحَ يُدركُك فأَوتِرْ بواحدةٍ. فقيل لابنِ عمرَ: ما مَثْنَى مَثْنَى؟ قال: أن تُسلِّمَ في كلِّ ركعتَينِ.
الراوي : عبدالله بن عمر | المحدث : مسلم | المصدر : صحيح مسلم
الصفحة أو الرقم: 749 | خلاصة حكم المحدث : صحيح

“Solat malam 2 raka`at, 2 raka`at. Apabila engkau lihat Subuh akan masuk, lakukanlah solat witir satu raka`at.” Ibn `Umar ditanya: “Apa maksud 2 raka`at, 2 raka`at?” Jawabnya: “Engkau memberi salam setiap 2 raka`at.” – Shahih Muslim, no. 749.

= = = = = = = = = =

Penjelasan:

1. At-Tirmidzi telah membawakan beberapa riwayat tentang bilangan raka`at witir yang dikerjakan oleh Nabi ﷺ, antaranya:

(a) 7 raka`at, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ummu Salamah.

(b) 5 raka`at, sebagaimana yang diriwayatkan oleh `A’isyah.

(c) 3 raka`at, sebagaimana yang diriwayatkan oleh `Ali.

(d) 1 raka`at, sebagaimana yang diajarkan oleh Nabi ﷺ di atas (riwayat Ibn `Umar).

2. Solat witir yang dikerjakan dengan satu salam (sama ada 7 raka`at, 5 raka`at, 3 raka`at) tiada tasyahhud di tengah-tengahnya melainkan tasyahhud akhir sahaja.

3. Menurut At-Tirmidzi, para sahabat Nabi ﷺ dan para tabi`in berpandangan seseorang hendaklah memisahkan antara 2 raka`at pertama dengan raka`at yang ketiga (yakni witir 3 raka`at dengan 2 kali salam), dan inilah pendapat Malik, Asy-Syafi`i, Ahmad, dan Ishaq.

= = = = = = = = = =

Hashtag: #fiqhpuasa

Komen dan Soalan