Utama Blog Halaman 244

Setiap Kebaikan Adalah Sedekah

0

Assalamualaik..cikgu.kitab syarahan apa yang diguna?

Wsalam, syarah oleh al Hilali. (Kita sambung)

«134» الثامن عشر: عن جَابرٍ رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رسولُ الله صلى الله عليه وسلم: ((كُلُّ مَعْرُوفٍ صَدَقَةٌ)) رواه. البخاري، ورواه مسلم مِنْ رواية حُذَيفة رضي الله عنه.
في هذا الحديث: أن كل ما يفعل الإنسان من أعمال البرَّ والخير فهوصدقة يُثاب عليها.

134.  Kelapanbelas: Dari Jabir r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Setiap perbuatan baik itu merupakan sedekah.” Diriwayatkan oleh Imam Bukhari Juga diriwayatkan oleh Imam Muslim dari riwayat Hudzaifah ra

? Perbanyakkan melakukan kebaikan…

Penyebarluaskan Penulisan : Tanda Kiamat Ke-55

0

Tanda Kecil Kiamat Ke-55

Penyebarluaskan Penulisan
(كثرة الكتابة و انتشارها )

Zaman dahulu buku-buku adalah terhad kerana teknologi percetakan belum wujud, semuanya tulisan tangan. Namun Nabi saw dengan mukjizatnya mengkhabarkan tanda Kiamat ialah tersebar luasnya buku atau hasil penulisan, termasuk e-book dan cyber.

Dalil hadith:

فعن ابن مسعود رضي الله عنه ان النبي صلى الله عليه وسلم قال : « ان بين يدي الساعة تسليم الخاصة وفشوا التجارة حتى تعين المرأة زوجها على التجارة و قطع الارحام و شهادة الزور و كتمان شهادة الحق و ظهور القلم

Terjemahan: Dari Ibn Mas’ood ra,
“Di antara petanda Kiamat ialah, salah diberi kepada orang khusus, tersebarnya business sehingga isteri turut serta, memutuskan silaturahim, saksi palsu, sembunyikan persaksian yang hak dan tersebarnya penulisan.” HR Ahmad, dinilai sahih oleh albani, silsilah al-sahihah 647, hasan menurut al-Arnaout.

( 647 – ” إن بين يدي الساعة تسليم الخاصة و فشو التجارة ، حتى تعين المرأة زوجها على التجارة و قطع الأرحام و شهادة الزور و كتمان شهادة الحق و ظهور القلم ” .
قال الألباني في “السلسلة الصحيحة” 2 / 250)

Tersebarnya penulisan atau al-qalam ialah percetakan dan internet (e-book) atau digital printing. Banyaknya pesta buku dan harganya yang murah. Ia berlaku di zaman kita, zaman sekarang, melimpahnya buku dan sebaran ilmu. Ilmu banyak, kitab banyak, hingga manusia merasa cukup tanpa lagi perlu kepada ilmu. Juga banyaknya ijazah, masters dan phD.

Maksudnya, walaupun merebaknya hasil pena, banyaknya orang berijazah, kebodohan tetap menjadi masalah, sebagamana hadith Bukhari-Muslim:

حديث انس رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال « ان من اشراط الساعة ان يرفع العلم و يظهر الجهل

Hadith Anas, Nabi saw bersabda,” Tanda-tanda Kiamat ialah hilangnya ilmu, dan merebaknya kejahilan.”

Rumusan: Tanda akhir zaman, banyaknya tulisan, kitab fizikal dan e-book, namun kejahilan dan ilmu masih tidak sampai kepada manusia. WA

Hindari Sifat Riak Ketika Mengejar Kejayaan

0

Muhassabah

Ramai orang gigih berusaha untuk berjaya. Mereka korban apa saja. Mereka rasa berbaloi dengan segala usahanya. Ramai orang mendapat manafaat dari pengorbananya.

Berpuluh-puluh tahun, dari remaja sampai ke tua, beramal mencari nama.

Ironisnya, semua amalan menjadi fatamorgana. Syarat amalan untuk mendatangkan pahala ialah ikhlas kerana Allah SWT. Ria’ itu syirik khofi.

وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ حُنَفَاءَ وَيُقِيمُوا الصَّلَاةَ وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ ۚ وَذَٰلِكَ دِينُ الْقَيِّمَةِ

Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama yang lurus, dan supaya mereka mendirikan shalat dan menunaikan zakat; dan yang demikian itulah agama yang lurus.
Surah Al-Bayyinah (98:5)

Orang Mu’min Itu Takut Terbatal Amalannya Ketika Tidak Sedar: Samb Hadis 77

0

[ SAMBUNGAN HADIS 77, HADIS 76 DITANGGUHKAN ]

Assalamualaikum

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله على نعمه والصلوة والسلام على رسوله الكريم
اللهم انفعنا بما علمتنا و علمنا ما ينفعنا و زدنا علما
رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي
أما بعد،

Malam ini kita sambung bab tempohari..

باب: خوف المؤمن من أن يحبط عمله وهو لا يشعر

Bab: Orang Mu’min Takut Terbatal Amalannya Dalam Keadaan Dia Tidak Sedari.

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَرْعَرَةَ قَالَ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ زُبَيْدٍ قَالَ سَأَلْتُ أَبَا وَائِلٍ عَنْ الْمُرْجِئَةِ فَقَالَ حَدَّثَنِي عَبْدُ اللَّهِ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ سِبَابُ الْمُسْلِمِ فُسُوقٌ وَقِتَالُهُ كُفْرٌ

Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin ‘Ar’arah berkata, Telah menceritakan kepada kami Syu’bah dari Zubaid berkata: Aku bertanya kepada Abu Wa’il tentang (kata-kata cacian oleh) golongan al Murji`ah, maka dia menjawab:

Telah menceritakan kepadaku Abdullah bahawa Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda: Mencerca orang muslim adalah fasiq dan memeranginya adalah kufur.

Penerangan

1- Maksud سباب ialah memaki-hamun atau mencela atau mencerca seseorang dengan cara menyakitinya dengan perkataan atau mengaibkannya. Hukum fasiq di sini adalah kerana makian kepada seseorang muslim tanpa bukti kebenaran (haqq). Antara contoh makian ialah seperti memaki perkataan fasiq, kafir atau munafiq dan sebagainya. Dengan hadis ini dalil bahawa seorang muslim mesti menjaga lidahnya dari mencela sesama muslim. Hukum ke atas muslim lebih berat di sini dibanding selain muslim. Tapi tetap berdosa jika mencela selain muslim.

Dan سباب juga boleh dimaksudkan dengan makna saling memaki-hamun. Dan perbuatan ini juga fasiq.

2- Maksud فسوق ialah pendosa, fasiq iaitu melakukan dosa sehingga tahap terkeluar jauh dari ketaatan kepada Allah taala dan RasulNya. Hukum fasiq lebih berat dari maksiat biasa kerana fasiq adalah jenis manusia yang melakukan dosa hingga terkeluar atau jauh dari ketaatan. Dan ini menyebabkan dia sukar untuk kembali berbanding pelaku dosa biasa. Bahkan Allah Ta’ala menggelar orang fasiq sebagai munafiq.

Firman Allah Ta’ala:

الْمُنَافِقُونَ وَالْمُنَافِقَاتُ بَعْضُهُم مِّن بَعْضٍ ۚ يَأْمُرُونَ بِالْمُنكَرِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمَعْرُوفِ وَيَقْبِضُونَ أَيْدِيَهُمْ ۚ نَسُوا اللَّهَ فَنَسِيَهُمْ ۗ إِنَّ الْمُنَافِقِينَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

Orang-orang munafik lelaki dan perempuan, setengahnya adalah sama dengan setengahnya yang lain; mereka masing-masing menyuruh dengan perbuatan yang jahat, dan melarang dari perbuatan yang baik, dan mereka pula menggenggam tangannya (bakhil kedekut). Mereka telah melupakan (tidak menghiraukan perintah) Allah dan Allah juga melupakan (tidak menghiraukan) mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik itu, merekalah orang-orang yang fasik.

at Taubah 9:67

3- Hukum membunuh secara sengaja orang islam adalah kufur. Kufur di sini ada beberapa penjelasan:

A) Jika dilakukan secara menghalalkan perbuatan haram atau seumpamanya maka jatuh kufur akidah. Jika tidak, hanya kufur jenis kufur nikmat. Iaitu jenis kufur dalam bab melakukan maksiat dosa.

B) Pemakaian perkataan kufur di sini boleh dengan kedua-dua makna di atas mengikut keadaannya yang sesuai. Tapi zahir yang dipegang oleh majoriti ulama adalah kufur nikmat iaitu kufur yang tidak menyebabkan terkeluar dari islam. Ini seperti bab sebelum ini bab kufur bawah dari kufur. Dan seperti firman Allah Ta’ala:

إِنَّ اللَّهَ لَا يَغْفِرُ أَن يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَٰلِكَ لِمَن يَشَاءُ ۚ وَمَن يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدِ افْتَرَىٰ إِثْمًا عَظِيمًا

Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar.

an Nisa’ 4:48

Lihat ayat di atas secara jelas bahawa dosa syirik tidak akan diampuni Allah. Manakala dosa-dosa lain harus bagi Allah ampuni mengikut kehendakNya kerana Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

4. Lafaz Murji’ah asal dari perkataan إرجاء bermaksud mengakhirkan sesuatu atau menundakannya. Ini kerana mereka meletak amal pada akhir sehingga dianggap imannya tidak rosak walaupun melakukan dosa besar.

5- Lafaz قتال di sini dengan makna مقاتلة iaitu perangi. Maknanya lebih luas kerana ada bentuk penipuan, mencederakan, kezaliman dan tahap yang lebih besar adalah dengan membunuh seorang muslim.

Habis di sini penerangan hadis di atas..
Terus sambung hadis seterusnya.

أَخْبَرَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ بْنُ جَعْفَرٍ عَنْ حُمَيْدٍ حَدَّثَنِي أَنَسُ بْنُ مَالِكٍ قَالَ أَخْبَرَنِي عُبَادَةُ بْنُ الصَّامِتِ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَرَجَ يُخْبِرُ بِلَيْلَةِ الْقَدْرِ فَتَلَاحَى رَجُلَانِ مِنْ الْمُسْلِمِينَ فَقَالَ إِنِّي خَرَجْتُ لِأُخْبِرَكُمْ بِلَيْلَةِ الْقَدْرِ وَإِنَّهُ تَلَاحَى فُلَانٌ وَفُلَانٌ فَرُفِعَتْ وَعَسَى أَنْ يَكُونَ خَيْرًا لَكُمْ الْتَمِسُوهَا فِي السَّبْعِ وَالتِّسْعِ وَالْخَمْسِ
حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ بْنُ جَعْفَرٍ عَنْ حُمَيْدٍ حَدَّثَنِي أَنَسُ بْنُ مَالِكٍ قَالَ أَخْبَرَنِي عُبَادَةُ بْنُ الصَّامِتِ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَرَجَ يُخْبِرُ بِلَيْلَةِ الْقَدْرِ فَتَلَاحَى رَجُلَانِ مِنْ الْمُسْلِمِينَ فَقَالَ إِنِّي خَرَجْتُ لِأُخْبِرَكُمْ بِلَيْلَةِ الْقَدْرِ وَإِنَّهُ تَلَاحَى فُلَانٌ وَفُلَانٌ فَرُفِعَتْ وَعَسَى أَنْ يَكُونَ خَيْرًا لَكُمْ الْتَمِسُوهَا فِي السَّبْعِ وَالتِّسْعِ وَالْخَمْسِ

Telah menceritakan kepada kami Qutaibah bin Sa’id, Telah menceritakan kepada kami Isma’il bin Ja’far dari Humaid, Telah menceritakan kepadaku Anas bin Malik berkata, telah khabarkan kepadaku ‘Ubadah bin Ash Shamit,

bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم keluar untuk menjelaskan tentang waktu Lailatulqadr, lalu ada dua orang muslimin saling bertengkar. Maka Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda: Aku datang untuk menjelaskan Lailatulqadr kepada kamu, namun si fulan dan si fulan saling bertengkar sehingga akhirnya diangkat (ilmu tentang Lailatulqadr sehingga terlupa), dan semoga menjadi lebih baik buat kamu, maka cari lah (Lailatulqadr) itu pada hari yang ketujuh, kesembilan dan kelima.

Penerangan

1. Bertengkar asbab terkena tarik nikmat berkat Allah. ini kerana bertengkar biasanya akan berlaku riuh-rendah dengan bunyi bising sehingga mengganggu orang lain. Dan adakala sehingga melampau dengan memaki-hamun atau kuruk-mengutuk satu sama lain.

Lebih-lebih lagi buat bising dalam masjid dengan bertengkar. Dan pula berlaku didepan Nabi صلى الله عليه وسلم . Tidak syak lagi bahawa perbuatan ini berdosa. Firman Allah Ta’ala:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَرْفَعُوا أَصْوَاتَكُمْ فَوْقَ صَوْتِ النَّبِيِّ وَلَا تَجْهَرُوا لَهُ بِالْقَوْلِ كَجَهْرِ بَعْضِكُمْ لِبَعْضٍ أَن تَحْبَطَ أَعْمَالُكُمْ وَأَنتُمْ لَا تَشْعُرُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengangkat suara kamu melebihi suara Nabi, dan janganlah kamu menyaringkan suara (dengan lantang) semasa bercakap dengannya sebagaimana setengah kamu menyaringkan suaranya semasa bercakap dengan setengahnya yang lain. (Larangan yang demikian) supaya amal-amal kamu tidak hapus pahalanya, sedang kamu tidak menyedarinya.

al Hujurat 49:2

2. Akibat dari dosa ini Allah Ta’ala menarik nikmatNya dengan memberi Nabi صلى الله عليه وسلم terlupa. Pun begitu setiap musibah ada hikmahnya. Antaranya dapat menambah pahala dengan memperbanyak amalan kerana mengharapkan menepati waktunya. Dan ini dalil kena sentiasa berharap kurniaan Allah Ta’ala serta tidak putus asa.

3. Malam Lailatulqadr tidak diketahui secara pasti bila akan berlaku. Oleh itu 10 akhir ramadhan kita semua dianjurkan perbanyakkan amalan qiyamullail bagi mencari fadhilatnya.

4. Kesesuaian dengan bab di atas bahawa hadis ini menyatakan bahawa perlu dikhuatiri setiap amalan dosa. Tidak boleh meremehkan dosa,kerana akibatnya ditarik berkat atau dihapuskan amalannya tanpa disedari.

Sampai di sini saja kelas malam ini..

Dan Allah lah yang lebih mengetahui.

Ada soalan boleh tanya jika ada tak faham.

Saya akhiri dulu kelas malam ini.

وآخر دعوانا ان الحمد لله رب العالمين
السلام عليكم ورحمة الله

Buku Ibn Tamiyyah: Menolak Celaan Terhadap Ulama

0

Buku Terbaru ( Buku Terjemahan Melayu )

Ready Stok – COD IPOH

Menolak Celaan Terhadap Ulama

Penulis: Ibnu Taimiyyah, Jumlah Halaman : 136 Muka Surat

Tarikh Terbit : 11 Januari 2016, Bahasa Melayu

Kertas Putih

Kata al-Imam al-Zahabi:
“Setiap orang boleh diambil dan ditolak pendapatnya, kecuali Rasulullah s.a.w. Namun jika seseorang imam itu tersilap dalam ijtihadnya, tidak wajar untuk kita melupai kebaikan-kebaikannya dan menutup amalan-amalan makrufnya. Bahkan kita beristighfar untuknya dan memaafkannya” [Al-Zahabi, Siyar A’lam al-Nubala, 18/157].

Perselisihan pendapat adalah suatu fitrah yang tidak mungkin dapat dielak oleh manusia. Sama ada di dalam urusan agama, mahupun kehidupan seharian, hal ini kerana berbezanya tahap kecerdasan dan kefahaman manusia. Perselisihan dalam penetapan suatu hukum telah pun berlaku sejak zaman para sahabat lagi, dan akan berterusan sehingga hari ini, bahkan sehingga hari kiamat.

Buku yang berada di tangan anda ini, di antara perbahasannya ialah penerangan tentang;

1-Kenapa terdapat ulama menyelisihi hadis sahih?

2-Terdapat sahabat yang tidak sampai kepada mereka hadis Nabi SAW

3- Kesan perselisihan hadis terhadap perselisihan pendapat ulama

4-Adakah ulama dianggap telah menghalalkan yang haram jika mereka menyelisihi hadis yang mengharamkan sesuatu perbuatan?

Tidak syak lagi, karangan Ibnu Taimiyyah ini begitu bernilai untuk difahami dan dijadikan panduan untuk mengharmonikan perbalahan dan percakaran yang timbul akibat daripada ketidak fahaman umat islam di dalam menyantuni perselisihan pendapat. Selamat membaca!

Harga

Rm 15 + 7 Pos Semenanjung

Rm 15 + 11 Pos Sabah Sarawak

( Pos Laju 1-3 Hari Sampai )

Pengeposan hanya pada hari isnin-selasa-rabu sahaja

Segala Urusan Pembelian atau pertanyaan terus pm

@hadiakmalassalafy ( Telegram )
0124543696 ( Whatsapp, SMS, Call )

Anjuran Meningkatkan Kualiti Ibadah Ketika Sihat

0

133. Ketujuhbelas: Dari Abu Musa al-Asy’ari pula, katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Apabila seseorang hamba itu sakit atau bermusafir, maka dicatatlah untuknya pahala ketaatan sebagaimana kalau ia mengerjakannya di waktu ia sedang berada di rumah sendiri dan dalam keadaan sihat.” (Riwayat Bukhari)

«133» السابع عشر: عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُول الله صلى الله عليه وسلم: ((إِذَا مَرِضَ العَبْدُ أَوْ سَافَرَ كُتِبَ لَهُ مِثْلُ مَا كَانَ يَعْمَلُ مُقِيمًا صَحِيحًا)). رواه البخاري.
في هذا الحديث: عظيم فضل الله، وأنَّ من كان له عمل دائم فتركه لعذر صحيح، أنه يكتب له مثل عمله.

Soalan:

Apa pengajaran dalam hadith ?
? Pengajaran penting, limpah rahmat Allah sangat luas. Ketika kita sakit/ musafir pun, Allah beri ganjaran serupa dengan kita beramal waktu sihat.

Oleh itu, kita hendaklah tingkatkan amal soleh ketika kita sihat dan diberi kelapangan.

Assalamualaik..cikgu,kitab syarahan apa yang diguna?

Wsalam, syarah oleh al hilali

Antara Ar Rahiq Al Makhtum Di Pasaran

0

Untuk Mencintai Nabi Shallallhualaihiwasallam tidak memerlukan sambutan dan perarakan mahupun amalan amalan yang tidak ada sasar dalam agama,

Tetapi ayuh telusuri peribadi dan perjalanan Hidup baginda yang mulia…

dapatkan Ar Rahiq Al Makhtum

“Sirah Nabi”

Yang dikarang oleh Syeikh Sofiyurrahman Al Mubarakfuri

Naskah Karya beliau ini memenangi Tempat Pertama Dalam Pertandingan Mengarang Buku Sirah Nabi di Rabitah Alamiy Saudi Arabia

Buku Ini Dalam di terjemahkan dalam Bahasa Melayu

Harga Hanya

Rm 68 +10 Pos Semenanjung

Rm 68 +16 Pos Sabah Sarawak

Dapatkan Segera daripada saya

Hadi Akmal

( Pos Laju 1-3 Hari Sampai )
Pengeposan hanya pada hari Isnin-Rabu-Jumaat

Segala Urusan Pembelian atau pertanyaan terus pm

@hadiakmalassalafy ( Telegram )
0124543696 ( Whatsapp, SMS, Call )

Peristiwa Tahun Pertama Hijrah

0

Peristiwa Tahun Pertama Hijrah Rasulullah SAW ke Madinah

Pembinaan Masjid Nabawi

“Telah menceritakan kepada kami Musaddad berkata, telah menceritakan kepada kami ‘Abdul Warits, dari Abu At Tayyah, dari Anas bin Malik berkata,

“”Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam tiba di Madinah lalu singgah di perkampungan bani ‘Amru bin ‘Auf, Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam tinggal di sana selama empat belas malam. Kemudian beliau mengutus seseorang menemui bani Najjar, maka mereka pun datang dengan pedang di badan mereka. Aku melihat Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam di atas tunggangannya sedangkan Abu Bakar membonceng di belakangnya dan para pembesar bani Najjar berada di sekelilingnya hingga sampai di sumur milik Abu Ayyub. Beliau suka segera shalat saat waktu shalat sudah masuk, maka beliau pun shalat di kandang kambing.

Kemudian beliau memerintahkan untuk membangun masjid, beliau mengutus seseorang menemui pembesar bani Najjar.

Utusan itu menyampaikan: “”Wahai bani Najjar, sebutkan berapa harga kebun kalian ini?””

Mereka menjawab, “”Tidak, demi Allah. Kami tidak akan menjualnya kecuali kepada Allah!””

Anas berkata, “”Aku beritahu kepada kalian bahwa pada kebun itu banyak terdapat kuburan orang-orang musyrik, juga ada sisa-sisa reruntuhan rumah dan pohon-pohon kurma.

Maka Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam memerintahkan untuk membongkar kuburan-kuburan tersebut, reruntuhan rumah diratakan dan pohon-pohon kurma ditumbangkan lalu dipindahkan di depan arah kiblat masjid.

Maka lalu membuat pintu masjid dari pohon dan mengangkut batu bata sambil menyanyikan nasyid. Dan Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam ikut bekerja pula bersama mereka sambil mengucapkan: “”Ya Allah. Tidak ada kebaikan kecuali kebaikan akhirat, maka ampunilah kaum Anshar dan Muhajirin.”[Hadis diatas Riwayat Al Bukhari dalam Sahihnya]

Nasyid atau qasidah yang dinyanyikan sewaktu pembinaan masjid Nabawi ada beberapa riwayat As Samhudi ada menyebut dalam kitab beliau.

Bani Najjar ianya sangat rapat dengan Rasulallah SAW kerana isteri kepada Hashim yakni Moyang Rasulllah SAW bernama Salma bint Amru An Najariyyah Al Khazrajiyyah. Berkenaan dengan nasab sebelah perempuan Bani Hashim dan Quraish ada satu cerita berkenaan dengan pertemuan İbn İshak rah sohibu Sirah İbn İshak dengan Al İmam As Shafie yang disebut dalam Tabaqat Shafi’iyyah.

Suatu masa İbn İshak telah bertemu dengan Al İmam As Shafie lalu İbn İshak telah menyebut satu topik perbualan dengan Ansaab Quraish (Geneology / Susur galur keturunan Quraish). Beliau telah menyebut setiap susur galur Quraish dari Rasulallah hingga Adnan ..

Al İmam As Shafie kata ini biasa kita sebut, lalu beliau telah menyebutkan susur galur setiap wanita (isteri) dalam susur galur Rasulallah SAW, termasuklah moyang Rasulallah SAW dari suku An Najjariyyah yang mana menyebabkan İbn İshak berkata rupanya kamu lebih alim tentang Ansab dari aku.

Untuk pengetahuan semua dimasa itu İbn İshak adalah yang paling bijak dalam urusan ini, sehingga semua Ahli Madinah pernah merujuk nasab dari İbn İshak. Pergaduhan İbn İshak dan İmam Malik juga masyhur di akibatkan isu nasab ini.

Sumber pendapatan dan ekonomi di Madinah

Setelah Masjid Nabawi dibangunkan antara yang menjadi isu adalah kaedah hendak memanggil orang bersolat berjemaah.

“Telah menceritakan kepada kami Mahmud bin Ghailan berkata, telah menceritakan kepada kami Abdurrazaq berkata, telah mengabarkan kepada kami Ibnu Juraij berkata, telah mengabarkan kepadaku Nafi’, bahwa Ibnu ‘Umar berkata,

“”Ketika Kaum Muslimin tiba di Madinah, mereka berkumpul untuk shalat dengan cara memperkirakan waktunya, dan tidak ada panggilan untuk pelaksanaan shalat. Suatu hari mereka memperbincangkan masalah tersebut, di antara mereka ada yang mengusulkan loceng seperti locengnya Kaum Nashrani dan sebahagian lain mengusulkan untuk meniup terompet sebagaimana Kaum Yahudi.

Maka ‘Umar pun berkata, “”Mengapa tidak kalian suruh seseorang untuk mengumandangkan panggilan shalat?”” Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam kemudian bersabda: “”Wahai Bilal, bangkit dan serukanlah panggilan shalat.” [Hadis Riwayat Al Bukhari dalam Sahihnya]

Berkenaan dengan rumah rumah sahabat telah dipersaudarakan Ansar dan Muhajirin,maka hak hak saudara keatas saudaranya yang lain adalah menunaikan keperluan/hajatnya dari perkara asas tempat tinggal, makanan dan pakaian

Di Madinah pendapatan kebanyakan dari peperangan kan ustaz?

Pada umumnya Ya, Ghanimah. tetapi penduduk Madinah juga terdiri dari pemilik kebun kurma dan penternak bahkan sebahagian mereka adalah pedagang terutama Arab Bani Quraizah yang telah belajar dari Yahudi.

Untuk memudahkan gambaran adalah penduduk Mekah seperti mereka yang tinggal di pusat tumpuan dan komersil seperti KLCC dan sekitarnya dan Madinah ini ibarat kawasan kebun seperti yang berjarak 500 km lebih seperti di kawasan ladang di utara, pantai timur atau selatan.

Penduduk di Madinah duduk di kawasan rata antara bukit bukit, dari segi geologi bukit bukit di Madinah adalah plateu daripada gegaran letusan gunung berapi..

Benarkah kaum Ansar menyerahkan isteri mereka untuk dikahwini oleh Muhajin? Ya, mereka berniat untuk serahkan isteri mereka, yakni salah seorang dari isteri isteri mereka.

Apakah hikmah penyerahan isteri ini, golongan anti Islam menganggap ia penghinaan pada wanita? Inilah tanda kesungguhan dan kesediaan membantu.

Lagi catatan pada tahun 1 Hijrah

Islamnya ulama Yahudi Abdullah bin Salam

“Telah menceritakan kepadaku Muhammad, telah menceritakan kepada kami ‘Abdush Shamad, telah menceritakan kepada kami bapakku, telah menceritakan kepada kami ‘Abdul ‘Aziz bin Shuhaib, telah menceritakan kepada kami Anas bin Malik, radliallahu ‘anhu berkata; Nabi Allah shallallahu ‘alaihi wasallam tiba di Madinah dengan membonceng Abu Bakar.

Abu Bakar adalah seorang yang sudah tua dan dikenali, sedangkan Nabi Allah shallallahu ‘alaihi wasallam masih muda dan belum dikenal.

Anas Radiallahu ‘anhu berkata; Maka datanglah seorang laki-laki kepada Abu Bakar seraya berkata; “”Wahai Abu Bakar, siapakah laki-laki yang di hadapanmu ini?””.

Abu Bakar menjawab; “”Dialah orang yang telah menunjukkan jalan kepadaku””. Orang itu menduga bahwa yang dimaksud Abu Bakar adalah penunjuk jalan yang dilalui. Padahal yang sebenarnya adalah jalan kebaikan (Islam).

Kemudian Abu Bakar menoleh, tiba-tiba ada seorang penunggang kuda yang menyusul mereka. Abu Bakar berkata; “”Wahai Rasulullah, ada seorang penunggang kuda yang menyusul kita””.

Maka Nabi Allah menoleh lalu bersabda: “”Ya Allah, sungkurkanlah ia ke tanah””. Maka orang itu dipelantingkan kudanya. Lalu kuda itu berdiri sambil meringkik. Laki-laki itu berkata; “”Wahai Nabi Allah, perintahkanlah aku apa saja yang engkau inginkan””.

Beliau berkata; “”Tetaplah kamu di tempatmu sekarang, dan jangan biarkan ada seorangpun yang menyusul kami””.

Anas Radiallahu ‘anhu berkata; Maka laki-laki itu berjuang di awal hari untuk melindungi Nabi Allah dan pada akhir hari dia menjadi tameng bagi beliau””.

Kemudian Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam singgah di samping harrah, lalu mengirim utusan kepada kaum Anshar. Ketika Nabiyullah shallallahu ‘alaihi wasallam tiba, ‘Abdullah bin Salam pun tiba, dia bertanya; “”Aku bersaksi bahwa engkau adalah utusan Allah dan engkau datang dengan membawa kebenaran. Sungguh orang-orang Yahudi telah mengetahui bahwa aku adalah pemimpin mereka dan putra dari pemimpin mereka, orang ‘alim mereka dan putra dari orang ‘alim mereka. Panggilah mereka dan tanyalah kepada mereka tentang aku sebelum mereka mengetahui bahwa aku telah masuk Islam. Karena, bila mengetahui aku telah masuk Islam, mereka akan mengatakan kedustaan tentang aku yang tidak ada padaku””.

Maka Nabi Allah shallallahu ‘alaihi wasallam mengutus utusan kepada mereka, mereka pun datang dan menemui beliau. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam berkata kepada mereka: “”Wahai sekalian kaum Yahudi, kecelakaan buat kalian. Takutlah kepada Allah. Demi Allah, yang tiada ilah yang berhak disembah melainkan Dia, sungguh kalian telah mengetahui bahwa aku adalah Rasul Allah yang benar dan aku datang kepada kalian dengan membawa kebenaran. Maka masuklah kalian kepada Islam””.

Mereka berkata; “”Kami tidak mengetahuinya””. Mereka mengatakannya kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam sebanyak tiga kali. Beliau bertanya; “”Siapakah ‘Abdullah bin Salam itu di kalangan kalian?””. Mereka menjawab; “”Oh, dia adalah pemimpin kami dan putra dari pemimpin kami, orang ‘alim kami dan putra dari orang ‘alim kami””.

Beliau bertanya: “”Bagaimana pendapat kalian seandainya dia telah masuk Islam””. Mereka berkata; “”Maha suci Allah. Dia tidak akan mungkin masuk Islam””.

Beliau bertanya lagi: “”Bagaimana pendapat kalian seandainya dia telah masuk Islam””. Mereka kembali berkata; “”Maha suci Allah. Dia tidak akan mungkin masuk Islam””. Beliau kembali bertanya lagi: “”Bagaimana pendapat kalian seandainya dia benar-benar telah masuk Islam””. Mereka tetap berkata; “”Maha suci Allah. Dia tidak akan mungkin masuk Islam””. Beliau berkata: “”Wahai Ibnu Salam, keluarlah temui mereka””. Maka ‘Abdullah bin Salam keluar seraya berkata; “”Wahai, orang-orang Yahudi, takutlah kalian kepada Allah. Demi Allah, yang tidak ada ilah yang berhak disembah melainkan Dia. Sungguh kalian telah mengetahui bahwa dia adalah Rasul Allah dan dia datang dengan membawa kebenaran””.

Maka mereka berkata; “”Kamu dusta””. Maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mengusir mereka keluar.” [dalam satu hadis Riwayat Al Bukhari dalam Sahihnya]

Mengenai kedegilan yahudi Bani Israil ada lebih 300 ayat dalam Al Qur’an. Sejarah kalendar Yahudi yang bermula kiraannya 1 tahun setelah kejadian di bumi juga menunjukkan kedegilannya.

Ibadah Puasa

Tahun pertama ini juga sahabat-sahabat nak berpuasa sebab tengok Yahudi berpuasa Asyura’.

Amal ibadat Yahudi Madinah, menguji ketinggian iman mereka yang mahukan amalan amalan..

“Telah menceritakan kepada kami ‘Abdullah bin Maslamah, dari Malik, dari Hisyam bin ‘Urwah, dari bapaknya, bahwa ‘Aisyah radliallahu ‘anha berkata:

“”Orang-orang Quraisy pada masa Jahiliyah melaksanakan puasa hari ‘Asyura’ dan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam melaksanakannya.

Ketika Beliau sudah tinggal di Madinah beliau tetap melaksanakannya dan memerintahkan orang-orang untuk melaksanakannya pula. Setelah diwajibkan puasa Ramadhan beliau meninggalkannya. Maka siapa yang mau silakan berpuasa dan siapa yang tidak mau silakan meninggalkannya””. ”

Yahudi juga berpuasa.

“Telah menceritakan kepada kami Abu Ma’mar, telah menceritakan kepada kami ‘Abdul Warits, telah menceritakan kepada kami Ayyub, telah menceritakan kepada kami ‘Abdullah bin Sa’id bin Jubair, dari bapaknya, dari Ibnu ‘Abbas radliallahu ‘anhuma berkata: “”Ketika Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam telah sampai dan tinggal di Madinah, Beliau melihat orang-orang Yahudi melaksanakan puasa hari ‘Asyura’ lalu Beliau bertanya: “”Kenapa kalian mengerjakan ini?”” Mereka menjawab: “”Ini adalah hari kemenangan, hari ketika Allah menyelamatkan Bani Isra’il dari musuh mereka lalu Nabi Musa Alaihissalam menjadikannya sebagai hari berpuasa””.

Maka Beliau bersabda: “”Aku lebih berhak dari kalian terhadap Musa””. Lalu Beliau memerintahkan untuk berpuasa. ”

İbn Abbas baru berumur 4 tahun ketika ini dan Aisyah berumur 8 tahun..

Rasulullah SAW mengajar Solat 5 Waktu

Hannad bin As Sari menceritakan kepada kami, Abdur Rahman bin Abiz Zinad menceritakan kepada kami dari Abdur Rahman bin Ayyasy bin Abi Rabi’ah dari Hakim bin Hakim, dia adalah Ibnu Abbad bin Hunaif, Nafi’ bin Jubair bin Muth’im memberitakan kepada kami, ia berkata:

“Ibnu Abbas memberitahukan kepada kami bahawasanya Nabi saw bersabda:

“Jibril as mengimami aku di Baitullah dua kali. Pada yang pertama, ia solat Zuhur ketika bayang-bayang seperti pasangan sandal.

Kemudian ia solat Asar ketika setiap sesuatu seperti bayangannya (bayang-bayang sesuatu sepanjang bendanya).

Kemudian ia solat Maghrib ketika matahari berbenam dan orang yang berpuasa itu berbuka. Kemudian ia solat Subuh ketika terbit fajar dan makanan haram atas orang yang berpuasa. Dan pada kali yang kedua, ia solat Zuhur ketika bayangan setiap sesuatu seperti sesuatu itu, untuk waktu Asar kemarin.

Kemudian ia solat Asar ketika bayangan setiap sesuatu itu seperti lipat dua kalinya. Kemudian ia solat Maghrib pada waktunya yang pertama. Kemudian ia solat Isyak yang akhir (Isyak yang pertama adalah Maghrib = pent.) ketika telah berlalu sepertiga malam. Kemudian ia solat Subuh ketika bumi terang. Kemudian ia berpaling (menoleh) kepada ku dan berkata: “Hai Muhammad, ini adalah waktu para Nabi sebelummu, dan waktu yang ada di antara dua waktu ini.” Abu Isa berkata: ” [Hadis Sunan At-Termizi Jilid 1. Hadis Nombor 0149]

Di dalam bab ini terdapat hadis dari Abu Hurairah, Buraidah, Abu Musa, Abu Mas’ud Al Anshari, Abu Sa’id, Jabir, Amr bin Hazm, Al Bara’ dan Anas.”

Bagaimana nabi ajar sahabat tentang waktu solat ? sama seperti Jibril AS mengajar baginda SAW

Ahmad bin Mani’, Al Hasan bin Shabbah Al Bazzar dan Ahmad bin Muhammad bin Musa, satu makna. Mereka berkata: “Ishaq bin Yusuf Al Azraq dari Sufyan Ats Tsauri dari Alqamah bin Martsad dari Sulaiman bin Buraidah dari ayahnya berkata:

“Seorang laki-laki datang kepada Nabi saw lalu ia bertanya kepada beliau tentang waktu-waktu solat lalu beliau bersabda: “Dirikanlah bersama kami insya Allah”.

Lalu beliau memerintah bilal maka beliau iqamah ketika terbit fajar. Kemudian beliau memerintahkannya lalu ia iqamah ketika tergelincir matahari beliau solat Zuhur. Kemudian beliau memerintahkan lalu ia iqamah lalu beliau solat Asar sedangkan matahari itu putih dan tinggi. Kemudian beliau memerintahkannya untuk solat Maghrib ketika sinar matahari itu jatuh (terbenam). Kemudian beliau memerintahkannya untuk solat Ishak lalu iqamah ketika mega itu hilang.

Kemudian keesokannya beliau memerintahkannya maka (bumi) terang kerana fajar. Kemudian beliau memerintahkannya untuk solat Zuhur lalu beliau mencari waktu yang dingin dan lebih nikmat untuk waktu dingin.

Kemudian beliau memerintahkannya untuk solat Asar lalu ia iqamah sedangkan matahari akhir waktunya adalah apa yang ada. Kemudian beliau memerintahkannya Lalu beliau mengakhirkan Maghrib sampai menjelang mega itu hilang.

Kemudian beliau memerintahkannya untuk solat Isyak lalu beliau mendirikan ketika hilang (lewat) sepertiga malam. Kemudian beliau bersabda: “Di manakah yang bertanya tentang waktu-waktu solat’?” maka laki-laki berkata: “Saya”. Maka beliau bersabda: “Waktu-waktu solat adalah sebagaimana antara dua ini.” Abu Isa berkata: “Ini adalah hadis hasan gharib sahih.” Ia berkata: “Shu’bah meriwayatkannya dari Alqamah bin Martsad juga.” [Hadis Sunan At-Termizi Jilid 1. Hadis Nombor 0152]

Kemungkinan besar hadis ini diawal awal Rasulallah SAW di Madinah. Diajar waktu masuk solat dan waktu takhirnya solat..

Pernikahan Rasulullah SAW dengan Aishah RA

“Telah menceritakan kepadaku Farwah bin Abu Al Maghra’, telah menceritakan kepada kami ‘Ali bin Mushir, dari Hisyam, dari bapaknya, dari ‘Aisyah, radliallahu ‘anha berkata; Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam menikahiku saat aku berusia enam tahun, lalu kami tiba di Madinah dan singgah di kampung Bani Al harits bin Khazraj. Kemudian aku menderita demam hingga rambutku menjadi rontok. Setelah sembuh, rambutku tumbuh lebat sehingga melebihi bahu.

Kemudian ibuku, Ummu Ruman datang menemuiku saat aku sedang berada dalam ayunan bersama teman-temanku. Ibuku berteriak memanggilku lalu aku datangi sementara aku tidak mengerti apa yang diinginkannya. Ibuku menggandeng tanganku lalu membawaku hingga sampai di depan pintu rumah. Aku masih dalam keadaan terengah-engah hingga aku menenangkan diri sendiri.

Kemudian ibuku mengambil air lalu membasuhkannya ke muka dan kepalaku lalu dia memasukkan aku ke dalam rumah itu yang ternyata didalamnya ada para wanita Anshar. Mereka berkata; “”Mudah-mudahan memperoleh kebaikan dan keberkahan dan dan mudah-mudahan mendapat nasib yang terbaik””.

Lalu ibuku menyerahkan aku kepada mereka. Mereka merapikan penampilanku. Dan tidak ada yang membuatku terkejut melainkan keceriaan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Akhirnya mereka menyerahkan aku kepada beliau dimana saat itu usiaku sembilan tahun””[Riwayat Al Bukhari dalam Sahihnya]

Insan İnsan yang selalu bersama dengan Rasulallah SAW pada Tahun Pertama Hijrah

“Telah menceritakan kepadaku Muhammad bin Basysyar, telah menceritakan kepada kami Ghundar, telah menceritakan kepada kami Syu’bah, dia berkata; saya mendengar Qatadah, dari Anas, dari Ummu Sulaim bahwa dia berkata;

“Wahai Rasulullah, do’akanlah pelayanmu yaitu Anas!.”” Beliau lalu mengucapkan: ‘Ya Allah, kurniailah dia harta dan anak yang banyak dan berkahilah terhadap apa yang telah Engkau berikan kepadanya.’ Dan dari Hisyam bin Zaid, saya mendengar Anas bin Malik, seperti itu.”

Ayah tiri Anas bin Malik, Abu Talhah menghantara Anas ketika beliau berusia 10 tahun untuk berkhidmat kepada Rasulallah SAW. İbu Anas adalah Ummu Sulaym An Najjariyyah Al Khazrajjiyyah.

Anas bin Malik antara perawi hadis yang ke 3 banyak bilangan riwayatnya, dan hadisnya banyak berkisar hadis-hadis sekitar Madinah dan amalan peribadi Rasulallah SAW.

Usamah bin Zaid, Abdullah bin Abbas, İbn Umar dan beberapa lagi kanak-kanak, antara kanak kanak yang selalu melazimi Rasulallah SAW.

#RahiqulMakhtum#HijrahMadinah#ustazazrilismail

 

Surah Al-Ghashiyah – Ayat 2

0

Tadabbur Surah Al-Ghashiyah (Hari Pembalasan) – Ayat – 88:2

وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ خَاشِعَةٌ

Muka (orang-orang yang kafir) pada hari itu tunduk kerana merasa hina,[Al-Ghashiyah:2]

Ketika hidup di dunia ini apakah sikap manusia terhadap al-Qur’an? [22:72]

وَإِذَا تُتْلَىٰ عَلَيْهِمْ آيَاتُنَا بَيِّنَاتٍ تَعْرِفُ فِي وُجُوهِ الَّذِينَ كَفَرُوا الْمُنْكَرَ ۖ يَكَادُونَ يَسْطُونَ بِالَّذِينَ يَتْلُونَ عَلَيْهِمْ آيَاتِنَا ۗ قُلْ أَفَأُنَبِّئُكُمْ بِشَرٍّ مِنْ ذَٰلِكُمُ ۗ النَّارُ وَعَدَهَا اللَّهُ الَّذِينَ كَفَرُوا ۖ وَبِئْسَ الْمَصِيرُ

Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Kami yang jelas nyata, engkau akan dapat melihat pada muka orang-orang yang kafir itu tanda marah dan benci, hampir-hampir mereka hendak menerkam dan menyerang orang-orang yang membacakan ayat-ayat Kami kepada mereka. Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika demikian, mahukah, aku khabarkan kepada kamu: yang lebih buruk lagi daripada apa yang telah menyebabkan kemarahan kamu itu? Ialah neraka yang telah dijanjikan oleh Allah kepada orang-orang yang kafir, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali! ” [Al-Mu’minun:72]

Sikap pertama:

Apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Kami yang jelas nyata, orang-orang yang ingkar itu memperlihatkan reaksi marah dan benci. Ada yang kerana terlalu marah mendengarnya, mereka hampir-hampir hendak menerkam dan menyerang orang-orang yang membacakan ayat-ayat Kami.

Soalan: Ada tak sikap seumpama ini sekarang?

وَقَالَ الَّذِينَ كَفَرُوا لَا تَسْمَعُوا لِهَٰذَا الْقُرْآنِ وَالْغَوْا فِيهِ لَعَلَّكُمْ تَغْلِبُونَ

Dan orang-orang yang kafir berkata: “Janganlah kamu mendengar Al-Quran ini dan tentanglah dia (dengan nyayian-nyanyian dan jeritan-jeritan riuh rendah serta tepuk sorak), supaya kamu berjaya (mengganggu bacaan atau menenggelamkan suara pembacanya)!” [Al-Fussilat:26]

Sikap kedua:

Ada juga dek kerana bencinya lalu mengajak orang ramai menjauhi al-Quran dengan menganjurkan pesta yang di dalamnya riuh rendah dengan nyanyian, pekikan, jeritan dan tepuk sorak sehingga tenggelamnya pengajaran al-Qur’an yang hendak disampaikan.

Soalan: Ada tak sikap seumpama ini sekarang?

وَإِذَا تُتْلَىٰ عَلَيْهِمْ آيَاتُنَا قَالُوا قَدْ سَمِعْنَا لَوْ نَشَاءُ لَقُلْنَا مِثْلَ هَٰذَا ۙ إِنْ هَٰذَا إِلَّا أَسَاطِيرُ الْأَوَّلِينَ

Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Kami, mereka berkata: “Sesungguhnya kami telah mendengarnya. Kalau kami mahu, nescaya kami dapat mengatakan (kata-kata) seperti (Al-Quran) ini. (Al-Qur’an) ini tidak lain hanyalah cerita cerita dongeng orang-orang dahulu kala”.[Al-Anfal:31]

Sikap ketiga:

Ada juga yang memandang remeh al-Qur’an ini dan beranggapan ia pun mampu menguasainya dan menggapnya isi pengajarannya adalah kolot belaka.

فَمَا لَهُمْ عَنِ التَّذْكِرَةِ مُعْرِضِينَ

(Kalau demikianlah halnya orang-orang yang bersalah), maka mengapa mereka berpaling lari dari peringatan (Al-Quran) ?[Al-Muddathir: 49]

كَأَنَّهُمْ حُمُرٌ مُسْتَنْفِرَةٌ

Seolah-olah mereka sekawan keldai liar yang lari, [Al-Muddathir:50]

فَرَّتْ مِنْ قَسْوَرَةٍ

Melarikan diri (ketakutan) dari singa![Al-Muddathir:51]

Sikap keempat:

Ada juga yang tidak sanggup mendengar peringatan al-Qur’an, lalu bertempiaran lari bagaikan sekawan keldai yang takutkan singa.

Ada tak sikap sebegini sekarang?

وَإِذَا ذُكِرَ اللَّهُ وَحْدَهُ اشْمَأَزَّتْ قُلُوبُ الَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ بِالْآخِرَةِ ۖ وَإِذَا ذُكِرَ الَّذِينَ مِنْ دُونِهِ إِذَا هُمْ يَسْتَبْشِرُونَ

Dan (di antara keburukan orang-orang yang melakukan syirik): apabila disebut nama Allah semata-mata (di dalam doa dan sebagainya), segan serta liarlah hati mereka yang tidak beriman kepada hari akhirat; dan apabila disebut nama-nama yang mereka sembah dan puja yang lain dari Allah, mereka dengan serta merta riang dan gembira.[Az-Zumar:45]

Sikap kelima:

Ada juga yang benci dengan sesuatu yang dikaitkan dengan nama Allah, tetapi apabila disebut sesuatu yang tiada kaitannya dengan Allah tiba-tiba mereka bergirang hati

Apa contohnya?

Duit ustaz. Pergi ceramah tak minat, pergi konsert minat. Diajak pelajari alquran tiada masa, tiada duit, untuk aktiviti selain itu, ada masa dan ada duit.

Infaq fi sabililLah?

Suruh infak dia kikir, kalau barang free dia mahu sangat. Infaq tak mahu. Sumbangan untuk hiburan ok jek

KalamulLah?

Mengaji berat nak pergi. Shopping selalu. Jarang atau tiada masa nak baca. Majalah hiburan sempat pula. Allahu akbar.

Ilmu daripada Allah?

Suruh belajar quran banyak alasan, belajar muzik anytime. Disia-siakan.

Kekasih Allah?

Lupa pada Rasulullah. Taksub kepada manusia.

وَقَالَ الرَّسُولُ يَا رَبِّ إِنَّ قَوْمِي اتَّخَذُوا هَٰذَا الْقُرْآنَ مَهْجُورًا

Dan berkatalah Rasul: “Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini satu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai”.[Al-Furqan:30]

Sikap keenam:

Ada juga yang tidak mengambil endah al-Qur’an ini dalam hidupnya, seolah-olah ia adalah sesuatu yang tidak berguna.

Inilah realiti yang sedang kita hadapi hari ini. Umat Islam hanya dikenali pada nama sahaja. Manakala al-Quran tinggal sebagai tulisan sahaja. Setuju atau tidak?

وَإِذَا تُتْلَىٰ عَلَيْهِمْ آيَاتُنَا بَيِّنَاتٍ تَعْرِفُ فِي وُجُوهِ الَّذِينَ كَفَرُوا الْمُنْكَرَ ۖ يَكَادُونَ يَسْطُونَ بِالَّذِينَ يَتْلُونَ عَلَيْهِمْ آيَاتِنَا ۗ قُلْ أَفَأُنَبِّئُكُمْ بِشَرٍّ مِنْ ذَٰلِكُمُ ۗ النَّارُ وَعَدَهَا اللَّهُ الَّذِينَ كَفَرُوا ۖ وَبِئْسَ الْمَصِيرُ

Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Kami yang jelas nyata, engkau akan dapat melihat pada muka orang-orang yang kafir itu tanda marah dan benci, hampir-hampir mereka hendak menerkam dan menyerang orang-orang yang membacakan ayat-ayat Kami kepada mereka. Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika demikian, mahukah, aku khabarkan kepada kamu: yang lebih buruk lagi daripada apa yang telah menyebabkan kemarahan kamu itu? Ialah neraka yang telah dijanjikan oleh Allah kepada orang-orang yang kafir, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali! “[Al-Haj: 72]

اعْلَمُوا أَنَّمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَزِينَةٌ وَتَفَاخُرٌ بَيْنَكُمْ وَتَكَاثُرٌ فِي الْأَمْوَالِ وَالْأَوْلَادِ ۖ كَمَثَلِ غَيْثٍ أَعْجَبَ الْكُفَّارَ نَبَاتُهُ ثُمَّ يَهِيجُ فَتَرَاهُ مُصْفَرًّا ثُمَّ يَكُونُ حُطَامًا ۖ وَفِي الْآخِرَةِ عَذَابٌ شَدِيدٌ وَمَغْفِرَةٌ مِنَ اللَّهِ وَرِضْوَانٌ ۚ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ

Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. [Al-Hadid:20]

Kafir itu apa maknanya?

Kafir itu ada empat jenis:

Kafir ingkar.

(Al-Baqarah:6-7)

إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا سَوَاءٌ عَلَيْهِمْ أَأَنْذَرْتَهُمْ أَمْ لَمْ تُنْذِرْهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ

Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman), sama sahaja kepada mereka: sama ada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman.[Al-Baqarah:6]

خَتَمَ اللَّهُ عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ وَعَلَىٰ سَمْعِهِمْ ۖ وَعَلَىٰ أَبْصَارِهِمْ غِشَاوَةٌ ۖ وَلَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ

(Dengan sebab keingkaran mereka), Allah mematerikan atas hati mereka serta pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada penutupnya; dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar. [Al-Baqarah:7]

Kafir ‘Inad.

Ini adalah keingkaran daripada orang yang berkuasa, berkedudukan dan berpengaruh kerana sikap keras kepala. Mengakui kebenaran tetapi menolaknya. [74:16]

كَلَّا ۖ إِنَّهُ كَانَ لِآيَاتِنَا عَنِيدًا

Tidak sekali-kali (akan ditambahi) ! Kerana sesungguhnya dia menentang dengan degilnya akan ayat-ayat Kami (Al-Quran, yang disampaikan oleh Rasul Kami).[Al-Muddathir: 16]

Kafir Juhud:

Ini adalah orang kafir kerana jadi pak turut. [33:66-68]

يَوْمَ تُقَلَّبُ وُجُوهُهُمْ فِي النَّارِ يَقُولُونَ يَا لَيْتَنَا أَطَعْنَا اللَّهَ وَأَطَعْنَا الرَّسُولَا

Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam neraka, mereka berkata (dengan sesalnya): “Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul Allah. [Al-Ahzab:66]

وَقَالُوا رَبَّنَا إِنَّا أَطَعْنَا سَادَتَنَا وَكُبَرَاءَنَا فَأَضَلُّونَا السَّبِيلَا

Dan mereka berkata lagi: “Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar.[Al-Ahzab:67]

رَبَّنَا آتِهِمْ ضِعْفَيْنِ مِنَ الْعَذَابِ وَالْعَنْهُمْ لَعْنًا كَبِيرًا

“Wahai Tuhan kami, berilah mereka azab sengsara dua kali ganda, dan laknatkanlah mereka dengan laknat yang sebesar-besarnya!”[Al-Ahzab:68]

Kafir Nifaq:

الْمُنَافِقُونَ وَالْمُنَافِقَاتُ بَعْضُهُمْ مِنْ بَعْضٍ ۚ يَأْمُرُونَ بِالْمُنْكَرِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمَعْرُوفِ وَيَقْبِضُونَ أَيْدِيَهُمْ ۚ نَسُوا اللَّهَ فَنَسِيَهُمْ ۗ إِنَّ الْمُنَافِقِينَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

Orang-orang munafik lelaki dan perempuan, setengahnya adalah sama dengan setengahnya yang lain; mereka masing-masing menyuruh dengan perbuatan yang jahat, dan melarang dari perbuatan yang baik, dan mereka pula menggenggam tangannya (bakhil kedekut). Mereka telah melupakan (tidak menghiraukan perintah) Allah dan Allah juga melupakan (tidak menghiraukan) mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik itu, merekalah orang-orang yang fasik. [At-Taubah:67]

Siapakah sebenarnya orang kafir berdasarkan keterangan ayat-ayat di atas?

No. 1 Kafir ingkar: Siapa?

Orang yang tidak mahu menerima Islam. Setuju?

Pemimpin yang mengaku Islam tetapi mengambil sebahagian dan menolak sebahagian. Setuju?

Orang yang mengaku Islam tetapi menurut sahaja apa yang disuruh para pemimpin mereka walaupun salah. Setuju?

Pemimpin dan orang ramai yang mengaku Islam tetapi tidak ambil peduli dengan al-Qur}an dan perkembangan agamanya kerana hidup ini hanyalah untuk berseronok dan cari makan sahaja. Setuju?

Ancaman Allah:

Jika demikianlah kebencian dan ketidakpedulian manusia terhadap al-Qur’an, dengarlah perkhabaran yang lebih buruk daripada Allah atas kebencian dan kemarahan kamu itu? Itulah balasan neraka ke atas sekalian yang ingkar dan itulah seburuk-buruk tempat kembali! [22:72] Oleh itu, biarkanlah mereka tenggelam dalam kesesatannya dan leka bermain-main dalam dunianya, sehingga mereka menemui hari yang dijanjikan kepada mereka untuk menerima balasan. [70:42]

فَذَرْهُمْ يَخُوضُوا وَيَلْعَبُوا حَتَّىٰ يُلَاقُوا يَوْمَهُمُ الَّذِي يُوعَدُونَ

Oleh itu, biarkanlah mereka (wahai Muhammad) tenggelam dalam kesesatannya dan leka bermain-main (dalam dunianya), sehingga mereka menemui hari yang dijanjikan kepada mereka (untuk menerima balasan)! [Al-Ma’arij:42]

يَوْمَ يَخْرُجُونَ مِنَ الْأَجْدَاثِ سِرَاعًا كَأَنَّهُمْ إِلَىٰ نُصُبٍ يُوفِضُونَ

Iaitu hari mereka segera keluar dari kubur masing-masing menuju (ke Padang Mahsyar) dengan keadaan seolah-olah mereka berkejaran menuju berhala-berhala yang mereka sembah dahulu.[Al-Ma’arij:43]

“mereka berkejaran menuju berhala-berhala yang mereka sembah dahulu.” Inilah yang dimaksudkan dengan Yawm al-Din, iaitu manusia datang untuk dihisab dengan membawa fahaman masing-masing. Golongan yang selamat ialah golongan datang membawa Islam sebagaimana perintah Allah dan ditunjukkan jalannya oleh Rasulullah. [3:19]

إِنَّ الدِّينَ عِنْدَ اللَّهِ الْإِسْلَامُ ۗ وَمَا اخْتَلَفَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ إِلَّا مِنْ بَعْدِ مَا جَاءَهُمُ الْعِلْمُ بَغْيًا بَيْنَهُمْ ۗ وَمَنْ يَكْفُرْ بِآيَاتِ اللَّهِ فَإِنَّ اللَّهَ سَرِيعُ الْحِسَابِ

Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai ugama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya.[An-Nisa’:19]

Muka orang-orang yang ingkar pada hari itu tunduk kerana merasa hina, [88:2] penuh berdebu, hitam legam. Mereka itu ialah orang-orang yang ingkar. [80:40-42] Itulah hari yang telah dijanjikan kepada mereka. [70:44]

خَاشِعَةً أَبْصَارُهُمْ تَرْهَقُهُمْ ذِلَّةٌ ۚ ذَٰلِكَ الْيَوْمُ الَّذِي كَانُوا يُوعَدُونَ

Sambil pandangan mereka tunduk, serta mereka diliputi kehinaan; itulah hari yang telah dijanjikan kepada mereka.[Al-Ma’arij:44]

Terminologi kafir yang selama ini difahami perlu diperbetulkan. Mengkafirkan orang tidak dibenarkan, tetapi menerangkan ciri-ciri kafir adalah wajib bagi mengelak manusia terjebak ke dalamnya tanpa sedar.

#tadabburalquran#ustazbaharuddinayudin#sematquran

 

Hadis Aisyah RA Mengahwini Rasulullah SAW di Usia Muda

0

Kita dalam Bab Peringkat Ketiga Dakwah diluar Kota Mekah.

Hadis Aisyah RA Mengahwini Rasulullah Dalam Usia Muda

Selama 10 tahun berdakwah di Mekah, 6-7 kali (tolak 2 tahun boikot) musim haji Rasulullah SAW telah memanfaatkan musim haji bagi tujuan dakwah. Bolehlah dikatakan hampir seluruh kabilah arab diziarahi Rasulullah SAW.

Pada tahun ke 10 Baginda SAW buat kali pertama keluar dari Mekah.

Bab kronologi ni memang ada khilaf yang besar di kalangan ahli sirah. Kronologi dalam kitab Rahiiqul Makhtum bolehlah dikatakan kebanyakan ahli sirah menyusun peristiwa seperti dalam kitab ini. Dari kronologi ini Ruqayya dan Ummu Kalsum lahir ketika umur Rasulullah SAW 33 dan 34. Jika mereka dikahwinkan sebelum peristiwa di Bukit Safa katakan Rasulullah SAW berumur 42. Berapakah umur Ruqayyah dan Umm Kalsum ketika bernikah?

Begitulah yang diriwayatkan oleh ahli sirah kurang 10 tahun. Bernikah sebelum berumur 10 tahun.

Adakah benar usia Aisyah RA 6 tahun ketika dinikahi Nabi SAW, dan rumah tangganya dibina pada usianya 9 tahun? Kerana ada beberapa pihak yang menyangkal fakta ini dan mengatakan usia Aisyah RA sebenarnya sudah dewasa 16 tahun. Hujah yang diberi (berdasarkan mesej pesanan ringkas yang diterima):

Hujah Pertama – Bertentangan dengan fitrah manusia

Hujah Kedua – Bertentangan dengan akal yang waras

Hujah Ketiga – Tiada contoh ditemui di Negeri Arab Atau Di Negeri Panas

Hujah Keempat – Riwayat Ini bukan Hadis Rasulullah S.A.W.

Hujah Kelima – Riwayat Ini diriwayatkan oleh Hisham selepas fikirannya bercelaru

Hujah Keenam – Hanya Perawi Iraq yang menukilkan Riwayat Ini

Hujah Ketujuh – Aishah RA masih ingat Ayat Al-Quran yang diturunkan di Tahun Empat Kerasulan

Hujah Kelapan – Aishah RA masih ingat dengan jelas Peristiwa Hijrah Abu Bakar RA ke Habshah

Hujah Kesembilan – Aishah RA mengelap luka dan hingus Usamah Bin Zaid RA yang dikatakan sebaya dengannya.

Hujah Kesepuluh – Ummul Mu’minin Aisyah RA turut serta di dalam Peperangan Badar.

Hujah Ke-11 – Aishah RA menyertai Perang Uhud sedangkan kanak-kanak lelaki berumur Empat Belas Tahun tidak dibenarkan menyertai perang.

Hujah Ke-12 – Aishah RA lebih muda 10 Tahun dari kakaknya Asma, dan semasa Peristiwa Hijrah Asma RA berumur 27 atau 28 tahun

Hujah Ke-13 – Ahli Sejarah At-Tabari mengatakan Aishah RA lahir di Zaman Jahilliyah (Sebelum Kerasulan)

Hujah Ke-14 – Aishah RA adalah antara orang-orang yang terawal memeluk Islam

Hujah Ke-15 – Abu Bakar RA bercadang mengahwinkan Aishah RA sebelum berhijrah ke Habshah

Hujah Ke-16 – Aishah RA disebut sebagai gadis dan bukan kanak-kanak semasa dicadangkan untuk bernikah dengan Rasulullah SAW.

Hujah Ke-17 – Rasullulah SAW tidak tinggal bersama Aishah RA kerana masalah mendapatkan mahar, bukan kerana umur Aishah yang terlalu muda

Hujah Ke-18 – Hadis yang mensyaratkan mendapat persetujuan seorang gadis sebelum dikahwinkan memerlukan gadis tersebut telah cukup umur.

Hujah Ke-19 – Kebolehan luar biasa Aishah RA mengingati syair yang biasa disebut di zaman Jahiliyah membuktikan beliau lahir di zaman Jahiliyah.

Hujah Ke-20 – Kemahiran dalam Sastera, Ilmu Salasilah dan Sejarah Sebelum Islam.

Hujah Ke-21 – Keinginan mendapatkan anak dan naluri keibuan tidak mungkin timbul dari kanak-kanak bawah umur.

Hujah Ke-22- Aishah RA sebagai Ibu Angkat kepada Bashar RA yang berumur tujuh tahun selepas Perang Uhud.

Hujah Ke-23- Wujudkah perkahwinan gadis bawah umur di Tanah Arab dan dalam masyarakat bertamadun?

Hujah Ke-24 – Kesepakatan (Ijmak) umat dalam amalan.

Bagi yang mencurigai fakta ini perlu diingati bahawa Aisyah RA sendiri yang menceritakan perihal umurnya ketika berkahwin dengan Nabi SAW iaitu ketika usianya 6 tahun, kemudian membina rumah tangganya ketika usianya 9 tahun, dan wafatnya Nabi SAW ketika usianya 18 tahun. Siapa lebih arif dari empunya kisah yang tiada keraguan pada sanad dan matannya?? Bukan Aisyah RA sahaja yang mebuat kenyataan ini, malah pihak lain dari kalangan sahabat lain seperti Ibn Mas’ud RA (al-Tabraniy), Khaulah bin Hakim RA (Ahmad) ada menceritakan perkara yang sama dengan Aisyah RA.

Kenyataan Aisyah RA ini direkodkan dari sumber paling sahih nilainya iaitu Sahih al-Bukhariy dan Sahih Muslim menerusi jalan-jalan riwayat yang paling kuat selain dari banyak lagi sumber rekod hadith yang panjang untuk disenaraikan. Manakala kenyataan pihak lain pula ada direkodkan dalam sumber-sumber lain seperti Musnad Ahmad, al-Tabraniy.

Hadith Aisyah RA tersebut diriwayatkan menerusi jalan Hisyam bin ‘Urwah, dari ayahnya, dari Aisyah RA. ’Urwah bin al-Zubayr merupakan antara orang yang paling arif dengan Aisyah RA kerana beliau merupakan ahli keluarganya yang terapat iaitu anak saudaranya. Ibunya Asma’ binti Abu Bakr merupakan kakak ‘Aisyah RA. Manakala Hisyam bin ‘Urwah pula merupakan orang yang paling arif dengan hadith bapanya sehinggakan hadith tersebut disebutkan oleh al-Humaydiy dalam Musnadnya sebagai riwayatnya yang paling baik dari ayahnya dari Aisyah RA.

Dakwaan kononnya salah seorang periwayat hadith Aisyah RA tersebut iaitu Hisyam bin ‘Urwah berseorangan (tafarrud) dalam meriwayatkannya dari ayahnya ‘Urwah bin al-Zubayr, dan tidak diriwayatkan darinya melainkan perawi-perawi ‘Iraq yang pada riwayat mereka kritikan adalah tidak benar, malah ramai lagi perawi-perawi berkredibiliti tinggi termasuk dari kalangan ahli Madinah yang meriwayatkannya dari ‘Urwah selain dari Hisyam seperti: al-Zuhriy, begitu juga riwayat ‘Urwah bin al-Zubayr disokong oleh ramai perawi-perawi lain seperti: al-Qasim bin ‘Abd al-Rahman, al-Qasim bin Muhammad bin Abu Bakr, al-Aswad bi Yazid, dan lain-lain.

Antara hujah yang digunakan mereka yang mengesyaki hadith ini ialah dakwaan Ibn al-Qattan al-Fasiy yang mengatakan Hisyam bin ‘Urwah berubah serta bercelaru ingatannya pada akhir usianya (mukhtalit). Dakwaan ini telah disangkal oleh al-Dzahabiy melalui katanya dalam al-Mizan: “Hisyam bin’ Urwah merupakan salah seorang cendekiawan dan imam yang menjadi hujah, akan tetapi pada usia tuanya ingatannya berkurangan, namun tidak pernah ingatannya bercelaru. Tiada nilainya kata Abu al-Hasan bin al-Qattan (al-Fasiy) bahawa beliau dan Suhayl bin Abi Salih berubah dan bercelaru ingatannya. Ya, ingatan lelaki tersebut (Hisyam) memang ada sedikit perubahan, bukan seperti usia mudanya, lalu dia terlupa sedikit hafalannya atau melakukan sedikit kesilapan.

So what?? Adakah beliau maksum dari sikap lupa manusia? Ketika beliau datang ke ‘Iraq pada akhir hayatnya beliau meriwayatkan hadith yang banyak dengan kesilapan kecil sahaja, hal sebegitu berlaku juga kepada Malik (bin Anas), Syu’bah (bin al-Hajjaj), Waki’ (bin al-Jarrah), dan lain-lain dari kalangan yang sangat dipercayai (thiqat), Hisyam adalah syeikh al-Islam”.
Hadith tersebut tidak pernah diingkari oleh para ilmuwan terdahulu, bahkan ilmuwan-ilmuwan hadith yang kepakarannya dalam ilmu ‘Ilal al-Hadith (kecacatan hadith) sendiri termasuk al-Darqutniy yang mengarang karya al-Tatabbu’ dalam mengkritik beberapa hadith Sahihayn pun tidak mengkritik riwayat ini, hinggalah akhir-akhir ini yang timbul mereka yang curiga dengan niat untuk menjatuhkan kredibiliti sumber tertinggi dalam Islam, atau berasa tertekan dengan tohman-tohmahan musuh-musuh Islam sehingga berusaha menegakkan benang yang basah dengan mencabul dua kitab paling sahih selepas al-Qur’an, atau cuba menimpulkan prasangka terhadap Aisyah RA bahawa seolah-olah beliau tidak ingat dengan tarikh perkahwinan dirinya sendiri!

Anak saudara Aisyah RA: ‘Urwah bin al-Zubay

Perawi hadith ini sendiri yang mendengar langsung darinya tidak pula mengingkari kenyataan makciknya Aisyah RA, bahkan tidak pula dari kalangan isteri-isteri baginda lain atau para sahabat lain dan generasi seterusnya yang menyangkal kenyataan Aisyah RA tersebut!

Ada yang cuba mengatakan kisah ini bukan hadith Nabi SAW. Tidakkah mereka sedar yang ianya diriwayatkan oleh Aisyah RA sendiri mengenai kehidupan suaminya Muhammad SAW yang disandarkan secara langsung terhadap baginda SAW menerusi sumber-sumber rekod hadith yang sahih, dan baginda SAW pula tidak dinukilkan mengingkari fakta isterinya ini??. Maka hukumnya tentulah marfu’! Apakah ini bukan hadith??

Ada juga yang menimbulkan faktor umur Aisyah RA dan perbezaan umurnya dengan kakaknya Asma’ sebagai bukti Aisyah sudah besar ketika bernikah dengan Nabi SAW. Aisyah RA lahir 4 atau 5 tahun selepas kenabian sebagaimana yang disebut oleh Ibn Hajar dalam karya biografi sahabat yang paling baik iaitu al-Isabah. Manakala kakaknya Asma’ RA sebagaimana yang disebutkan oleh Abu Nu’aym dalam Mu’jam al-Sahabah dilahirkan 10 tahun sebelum kenabian. Riwayat-riwayat yang mengatakan perbezaan umur mereka berdua ialah 10 tahun tidak lepas dari kritikan yang menjejaskan keabsahannya. Kerana ia datang dari jalan ‘Abd al-Rahman bin Abi al-Zinad yang dinilai lemah oleh ramai para pengkritik hadith sehingga Ahmad menilai hadithnya sebagai bercanggah (mudhtarib al-hadith). Beliau bersendirian dalam meriwayatkan kisah ini, bahkan beliau bukan dari kalangan mereka yang mendengar langsung dari Aisyah RA, maka sanadnya terputus. Riwayat-riwayat hadith Aisyah RA tentang umurnya bercanggah dengan riwayat Ibn Abi al-Zinad ini yang mana dari segi kuantitinya tertolak riwayat perseorangan beliau.

Dalam riwayat Ibn ‘Abd al-Bar beliau menambah perkataan: “lebih kurang” selepas menyebut perbezaan 10 tahun yang menunjukkan beliau tidak pasti akan perbezaan umur sebenar mereka. Andainya riwayat tersebut benar sekalipun, barangkali berdasarkan perselisihan terhadap isu tempoh Nabi SAW menetap di Makkah sebelum berhijrah ke Madinah. Al-Dzhahabiy dalam Siyar mengatakan perbezaan umur mereka berdua dalam belasan tahun (bidh’ dalam bahasa arab menunjukkan bilangan 3-10). Justeru perbezaan umur mereka berdasarkan riwayat Abu Nu’aym dan Ibn Hajar sekitar 14 atau 15 tahun yang menjadi penanda aras bahawa sememangnya umur Aisyah RA sebelum berhijrah iaitu ketika dinikahi Nabi SAW ialah 6 tahun. Dan umur Aisyah tatkala berhijrah dan seterusnya hidup berumah tangga dengan nabi SAW pada tahun ke-2 hijrah ialah 8 atau 9 tahun.

Fakta ini bertepatan dengan kenyataan Aisyah RA sendiri seperti yang direkodkan oleh al-Bukhari dan Muslim, dan bertepatan dengan fakta bahawa usianya mencecah 18 tahun tatkala kewafatan baginda SAW yang berlaku sekitar 10 tahun selepas mereka berumah tangga.

Begitu juga bertepatan dengan fakta yang menyebut bahawa Aisyah RA wafat ketika berumur 63 tahun iaitu pada tahun 57 hijrah. Maka umurnya sebelum berhijrah ke Madinah sekitar 6 tahun.

Ada juga yang mengatakan bahawa Aisyah RA merupakan antara yang terawal memeluk Islam sebagaimana yang disebutkan oleh Ibn Kathir dalam al-Bidayah Wa al-Nihayah. Namun tiada teks seumpama ini yang saya jumpai pada kitab beliau. Yang wujud hanya nama Khadijah RA yang merupakan wanita terawal memeluk Islam.

Antara bukti “kekanakan” Aisyah RA ketika perkahwinannya sebagaimana yang direkodkan oleh Abu Dawud tatkala di akhir-akhir usia baginda SAW iaitu selepas pulang dari peperangan Tabuk yang berlaku pada tahun ke-9 atau peperangan Khaybar yang berlaku pada tahun ke-7 hijrah baginda SAW mendapati Aisyah RA sedang bermain-main bersama anak-anak patungnya dengan mainan kuda bersayap, lalu mereka bergurau senda hingga Nabi SAW tertawa. Kisah ini bertepatan dengan usia remaja Aisyah ketika itu yang menjangkau belasan tahun (sekitar 14 atau 16 tahun) iaitu beberapa tahun sebelum kewafatan Nabi SAW.

Bahkan menurut riwayat Aisyah RA dalam al-Bukhariy dan Muslim sendiri ketika menceritakan perihal permulaan rumah tangganya dengan Nabi SAW bahawa Um al-Ruman datang padanya ketika beliau berusia 9 tahun sedang bermain-main di buaian. Masakan seorang yang berumur lebih 20an atau hampir usia tersebut pada zaman tersebut masih gemar bermain-main dengan anak-anak patung atau buaian??

Isu umur Aisyah RA ini hakikatnya langsung tidak bertentangan dengan fitrah mahupun akal yang waras! Bukan suatu yang pelik Nabi SAW berumah tangga dengan Aisyah RA ketika usianya 9 tahun kerana umur wanita yang baligh berbeza antara satu dan lain, antara satu kawasan dengan kawasan yang lain. Dikatakan di lokasi-lokasi yang panas para wanitanya cepat baligh berbeza dengan perempuan yang hidup di lokasi sejuk yang melambatkan proses balighnya.

Makkah negeri kelahiran Aisyah RA merupakan kawasan yang panas. Begitu juga Madinah yang setengah dari satu tahun bercuaca panas.

Kata Aisyah RA sebagaimana yang direkodkan oleh al-Tirmidziy: “Jika seorang perempuan itu telah mencecah usia sembilan maka dia adalah wanita dewasa”. Tidak dinafikan konteks kata-kata Aisyah RA tersebut dibuat berdasarkan persekitarannya yang mana kaum perempuannya cepat mencapai usia baligh. Maka umur 9 tahun yang sudah baligh ketika itu dianggap sebagai dewasa!

Begitu juga dengan kata-kata imam al-Syafi’iy dalam Siyar al-Dzahabiy dan Sunan al-Bayhaqiy yang mendapati ramai wanita-wanita di Yaman yang telah haid (baligh) ketika usia mereka sembilan. Pada halaman lain dalam Sunan al-Bayhaqiy kata al-Syafi’iy lagi: “Aku pernah melihat di negeri San’a’ (Yaman) nenek yang berusia 21 tahun!” Negara Yaman tidak terlalu jauh lokasinya dengan Madinah atau Makkah yang berada di kepulauan Arab yang sama.

Antara bukti perkahwinan Nabi SAW dengan Aisyah RA pada usia yang sangat muda bukan sesuatu yang ganjil pada masyarakat Arab pada zaman tersebut, tidak pernah kedengaran musuh-musuh baginda dari kalangan musyrikin atau kaum Yahudi dan lain-lain disebalik pelbagai tohmahan dan tuduhan terhadap baginda SAW seperti “penyihir”, “pendusta” dan seumpamanya, mengkritik perkahwinan baginda SAW dengan Aisyah RA…Ia merupakan bukti tradisi masyarakat di sana pada zaman tersebut untuk mengkahwini kaum perempuan tatkala mereka sudah mencecah usia baligh walaupun muda, selain beberapa athar yang menunjukkan bahawa sebahagian para sahabat Nabi SAW seperti yang diriwayatkan dari ‘Umar RA,’Aliy RA, al-Zubayr RA yang menunjukkan berlakunya perkahwinan pada zaman tersebut pada usia yang sangat muda. Direkodkan oleh: ‘Abd al-Razzaq dalam al-Musannaf, Sa’id bin Mansur dalam Sunannya, Ibn Sa’d dalam al-Tabaqat dan lain-lain.

Barangkali ada yang mengatakan kecerdasan yang ditunjukkan Aisyah RA dan ingatannya yang luar biasa ketika itu menunjukkan beliau bukan sangat muda saat bernikah. Ini bukan suatu yang boleh dijadikan hujah. Antara hikmah Nabi memilih Aisyah RA sebagaimana yang disebutkan oleh beberapa ilmuwan ialah kebijaksanaan luar biasa yang ditunjukkan Aisyah RA walaupun ketika masih kecil usianya. Hasilnya beliau menjadi antara sahabat yang paling banyak hadithnya dan paling faqih dalam urusan agama sehingga menjadi rujukan ramai para sahabat..!

Barangkali ada juga yang aneh dengan riwayat-riwayat dari Aisyah RA yang mengisahkan peristiwa-peristiwa yang mana ketika itu beliau masih sangat kecil. Ini bukan sesuatu yang ganjil di kalangan sahabat kerana mereka saling meriwayatkan antara satu sama lain. Dalam suatu kisah yang diriwayatkan oleh al-Bukhariy: ‘Umar bin al-Khattab RA saling bergilir hari dengan jirannya dari kalangan al-Ansar untuk mendampingi majlis Nabi SAW mendengar hadith-hadith baginda (disebabkan faktor pekerjaan dan urusan kehidupan harian). Hari yang giliran ‘Umar turun beliau akan memberitahu pada jirannya apa yang didengarinya pada hari tersebut dari Nabi SAW, begitu jualah yang dilakukan oleh jirannya kepada ‘Umar RA.

Apapun segala hujah, persoalan, kecurigaan, syubhat dan seumpamanya tidak boleh dibanding dengan nilai kenyataan tuan punya kisah sendiri: Aisyah RA yang tiada kecurigaan dan syak berkenaan keabsahannya!

Wallahu a’lam…

وما توفيقي إلا بالله…

#QAUstazKamilin

#ManahijMuhaddithin

#rahiqulmaktum#sirahperjalananinsanagung#ustazazrilismail

 

Popular

Iklan

Iklan