Utama Bilik (49) Tanda-tanda Kiamat Penyebarluaskan Penulisan : Tanda Kiamat Ke-55

Penyebarluaskan Penulisan : Tanda Kiamat Ke-55

785
0
Iklan

Tanda Kecil Kiamat Ke-55

Penyebarluaskan Penulisan
(كثرة الكتابة و انتشارها )

Zaman dahulu buku-buku adalah terhad kerana teknologi percetakan belum wujud, semuanya tulisan tangan. Namun Nabi saw dengan mukjizatnya mengkhabarkan tanda Kiamat ialah tersebar luasnya buku atau hasil penulisan, termasuk e-book dan cyber.

Dalil hadith:

فعن ابن مسعود رضي الله عنه ان النبي صلى الله عليه وسلم قال : « ان بين يدي الساعة تسليم الخاصة وفشوا التجارة حتى تعين المرأة زوجها على التجارة و قطع الارحام و شهادة الزور و كتمان شهادة الحق و ظهور القلم

Terjemahan: Dari Ibn Mas’ood ra,
“Di antara petanda Kiamat ialah, salah diberi kepada orang khusus, tersebarnya business sehingga isteri turut serta, memutuskan silaturahim, saksi palsu, sembunyikan persaksian yang hak dan tersebarnya penulisan.” HR Ahmad, dinilai sahih oleh albani, silsilah al-sahihah 647, hasan menurut al-Arnaout.

( 647 – ” إن بين يدي الساعة تسليم الخاصة و فشو التجارة ، حتى تعين المرأة زوجها على التجارة و قطع الأرحام و شهادة الزور و كتمان شهادة الحق و ظهور القلم ” .
قال الألباني في “السلسلة الصحيحة” 2 / 250)

Tersebarnya penulisan atau al-qalam ialah percetakan dan internet (e-book) atau digital printing. Banyaknya pesta buku dan harganya yang murah. Ia berlaku di zaman kita, zaman sekarang, melimpahnya buku dan sebaran ilmu. Ilmu banyak, kitab banyak, hingga manusia merasa cukup tanpa lagi perlu kepada ilmu. Juga banyaknya ijazah, masters dan phD.

Maksudnya, walaupun merebaknya hasil pena, banyaknya orang berijazah, kebodohan tetap menjadi masalah, sebagamana hadith Bukhari-Muslim:

حديث انس رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال « ان من اشراط الساعة ان يرفع العلم و يظهر الجهل

Hadith Anas, Nabi saw bersabda,” Tanda-tanda Kiamat ialah hilangnya ilmu, dan merebaknya kejahilan.”

Rumusan: Tanda akhir zaman, banyaknya tulisan, kitab fizikal dan e-book, namun kejahilan dan ilmu masih tidak sampai kepada manusia. WA

Komen dan Soalan