Utama Blog Halaman 238

24. ‘Puasa Wishal’ Haram Atau Makhruh?

0

Susunan Ustaz Adli Khalim
Ringkasan Fiqh Ramadhan:

24. Perkara yang dilarang ketika berpuasa: Berpuasa wishal.

نهى رسولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم عن الوصالِ رحمةً لهم ، فقالوا: إنك تواصِلُ، قال: إني لستُ كهيئتِكم، إني يُطعِمُني ربي ويسقينِ.
الراوي : عائشة أم المؤمنين | المحدث : البخاري | المصدر : صحيح البخاري
الصفحة أو الرقم: 1964 | خلاصة حكم المحدث : [صحيح]

Rasulullah ﷺ melarang para sahabat daripada melakukan wishal sebagai rahmat kepada mereka. Lalu mereka berkata: “Tetapi engkau melakukannya.” Jawab baginda: “Aku tidak seperti kalian. Sesungguhnya aku diberi makan dan minum oleh Rabbku.” – Shahih Al-Bukhari, no. 1964.

لا تُواصِلوا، فأيُّكم إذا أراد أن يُواصِلَ فلْيُواصِلْ حتى السَّحَرِ . قالوا : فإنك تُواصِلُ يا رسولَ اللهِ، قال : إني لستُ كهيئتِكم، إني أَبيتُ لي مُطعِمٌ يُطعِمُني وساقٍ يَسقينِ .
الراوي : أبو سعيد الخدري | المحدث : البخاري | المصدر : صحيح البخاري
الصفحة أو الرقم: 1963 | خلاصة حكم المحدث : [صحيح]

“Jangan kalian melakukan wishal. Sekiranya ada yang ingin melakukan wishal, lakukanlah sehingga sahur sahaja.” Para sahabat berkata: “Tetapi engkau melakukan wishal ya Rasulullah!” Jawab baginda: “Aku tidak seperti kalian. Sesungguhnya pada malam hari aku diberi makan dan minum.” – Shahih Al-Bukhari, no. 1963.

= = = = = = = = = =

Penjelasan:

1. Puasa wishal ialah menyambung puasa ke hari berikutnya tanpa makan dan minum di malam hari.

2. Namun, larangan ini tidak sampai ke tahap haram, kerana `A’isyah mengatakan larangan tersebut merupakan satu rahmat kepada mereka. Ditambah pula Rasulullah sendiri memberikan kelonggaran kepada para sahabat untuk melakukan wishal sehingga waktu sahur pada hari berikutnya.

= = = = = = = = = =

Hashtag: #fiqhpuasa

23. Puasa: Bahaya Berdusta, Berkata Lucah, Dan Bertengkar

0

Susunan Ustaz Adli Khalim
Ringkasan Fiqh Ramadhan:

23. Perkara yang dilarang dan patut dijauhi ketika berpuasa: Berkata dusta atau lucah, dan bertengkar.

من لمْ يَدَعْ قولَ الزورِ والعملَ بِهِ ، فليسَ للهِ حاجَةٌ في أنِ يَدَعَ طعَامَهُ وشرَابَهُ .
الراوي : أبو هريرة | المحدث : البخاري | المصدر : صحيح البخاري
الصفحة أو الرقم: 1903 | خلاصة حكم المحدث : [صحيح]

“Sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan beramal dengannya, maka Allah tidak memerlukannya untuk meninggalkan makan dan minumnya.” – Shahih Al-Bukhari, no. 1903.

إذا أصبَحَ أحدُكُم يومًا صائمًا ، فلا يرفُثْ ولا يجهَلْ . فإنِ امرؤٌ شاتمَهُ أو قاتلَهُ ، فليقُلْ : إنِّي صائمٌ . إنِّي صائمٌ
الراوي : أبو هريرة | المحدث : مسلم | المصدر : صحيح مسلم
الصفحة أو الرقم: 1151 | خلاصة حكم المحدث : صحيح

“Jika salah seorang antara kalian berpuasa, janganlah dia mengucapkan kata-kata lucah, dan jangan pula bertindak bodoh. Jika seseorang mencelanya atau mengajaknya bertengkar, ucapkanlah: Aku sedang berpuasa.” – Shahih Muslim, no. 1151.

= = = = = = = = = =

Penjelasan:

1. Hadits ini bukanlah bermaksud sesiapa yang bercakap dusta terbatal puasanya atau harus membatalkan puasanya. Hadits ini merupakan suatu larangan untuk bercakap dusta. Sesiapa yang melakukannya tidak batal puasanya, cuma pahala puasanya berkurang.

= = = = = = = = = =

Hashtag: #fiqhpuasa

22. Prosedur Perubatan Yang Tidak Batalkan Puasa

0

Susunan Ustaz Adli Khalim
Ringkasan Fiqh Ramadhan:

22. Beberapa prosedur di bidang perubatan yang tidak membatalkan puasa:

1. Mana-mana prosedur yang memasukkan sesuatu ke dalam mana-mana rongga terbuka, sama ada melalui:

(a) Mata, misalnya ubat titik mata (eye drop).

(b) Telinga, misalnya ubat titik telinga (ear drop), ubat cuci telinga (earwash).

(c) Hidung, misalnya ubat titik hidung (nasal drop), menerima gas oksigen atau ubat bius (sekiranya bius seluruh tubuh untuk beberapa jam, tidak membatalkan puasa).

(d) Mulut, misalnya ubat GTN (glyceryl trinitrate, ubat sakit jantung) yang diletakkan di bawah lidah, ubat kumur (gargle), penggunaan inhaler (ubat asthma), teropong ke dalam rongga perut (endoscope).

(e) Anus, misalnya ubat supositori (seperti ubat demam atau ubat sawan), pemeriksaan dubur dengan menggunakan jari (digital rectal examination) atau menggunakan alat (anoscope, proctoscope, rectoscope).

(f) Vagina, misalnya ubat, alat perancang keluarga, pemeriksaan vagina sebelum bersalin sama ada dengan menggunakan alat (spekulum) atau jari.

(j) Saluran kencing, misalnya kateter (untuk mengeluarkan kencing), teropong (cystoscopy, ureteroscope).

2. Suntikan ubat dan seumpamanya:

(a) Intravenous (ke dalam pembuluh darah), seperti antibiotik, ubat tahan sakit, ubat tahan muntah, ubat gastrik.

(b) Intramuscular (ke dalam otot), seperti ubat tahan sakit, vaksin.

(c) Subcutaneous (ke lapisan lemak di bawah kulit), seperti suntikan insulin.

(d) Intradermal (ke lapisan di antara kulit), seperti ujian pengesanan TB (Mantoux tuberculin skin test).

(e) Intra-articular (ke dalam sendi), seperti ubat anti peradangan.

(f) Memasukkan air atau larutan glukosa ke dalam pembuluh darah membatalkan puasa.

(g) Transfusi darah, terdapat perbezaan pendapat sama ada membatalkan puasa atau pun tidak.

3. Melumurkan minyak, losyen, krim, dan sebagainya pada kulit.

4. Menampal, mencabut, dan mencuci gigi. Sekiranya berlaku perdarahan, hendaklah diludah darah tersebut semampu mungkin dan diletakkan kapas di tempat tersebut untuk menyerap darah. Namun, sekiranya masih ada sisanya dan tertelan, dianggap dimaafkan kerana sulit untuk dijaga.

5. Cuci darah, sama ada haemodialisis (HD) atau peritoneal dialysis (PD).

Rujukan: http://abuanasmadani.blogspot.com/2013/07/hukum-penggunaan-inhaler-accuhaler-dan.html dan http://rumaysho.com/?s=pembatal+puasa

= = = = = = = = = =

Hashtag: #fiqhpuasa

21. Berbekam Dan Menderma Darah Tidak Batalkan Puasa

0

Susunan Ustaz Adli Khalim
Ringkasan Fiqh Ramadhan:

21. Perkara yang tidak membatalkan puasa: Berbekam dan menderma darah.

احتجم النبيُّ صلى الله عليه وسلم وهو صائمٌ.
الراوي : عبدالله بن عباس | المحدث : البخاري | المصدر : صحيح البخاري
الصفحة أو الرقم: 1939 | خلاصة حكم المحدث : [صحيح]

Nabi ﷺ berbekam dalam keadaan berpuasa. – Shahih Al-Bukhari, no. 1939.

سئلُ أنسَ بنَ مالكٍ رضي الله عنه: أكنتم تكرهون الحِجامةَ للصائمِ؟. قال: لا، إلا من أجلِ الضعفِ.
الراوي : أنس بن مالك | المحدث : البخاري | المصدر : صحيح البخاري
الصفحة أو الرقم: 1940 | خلاصة حكم المحدث : [صحيح]

Anas bin Malik radhiyallahu `anhu ditanya: “Adakah kalian tidak suka berbekam bagi orang yang berpuasa?” Jawab Anas: “Tidak, kecuali kalau badan menjadi lemah.”

= = = = = = = = = =

Penjelasan:

1. Kedua-dua riwayat di atas menunjukkan bahawa berbekam dibolehkan bagi orang yang berpuasa, cuma tidak disukai sekiranya menyebabkan badan menjadi lemah.

2. Hal ini boleh diqiyaskan kepada derma darah di bank darah atau pengambilan darah untuk ujian makmal, kedua-duanya tidak membatalkan puasa, dan kedua-duanya dibolehkan sekiranya tidak melemahkan badan.

= = = = = = = = = =

Hashtag: #fiqhpuasa

20. Khilaf Muntah Batal Puasa Atau Tidak?

1

Susunan Ustaz Adli Khalim
Ringkasan Fiqh Ramadhan:

20. Perkara yang tidak membatalkan puasa: Muntah, sama ada dengan sengaja atau tidak.

من ذرعه قيء وهو صائم فليس عليه قضاء وإن استقاء فليقض
الراوي : أبو هريرة | المحدث : أبو داود | المصدر : سنن أبي داود
الصفحة أو الرقم: 2380 | خلاصة حكم المحدث : سكت عنه

“Sesiapa yang muntah dengan tidak sengaja dalam keadaan dia berpuasa, tidak wajib menggantikan puasanya. Sesiapa yang muntah dengan sengaja, wajib baginya qadha’.” – Sunan Abi Dawud, no. 2380.
* Tidak mahfuzh menurut Al-Bukhari, tidak shahih menurut At-Tirmidzi.

= = = = = = = = = =

Penjelasan:

1. Sesetengah `ulama’ menyebutkan telah berlaku ijma` bahawa muntah dengan sengaja membatalkan puasa. Namun, dakwaan ijma` ini kurang tepat.

2. Al-Bukhari membuat satu tarjamah bab:

باب الحجامة والقيء للصائم.

Bab: Berbekam dan muntah bagi orang yang berpuasa.
Kemudian beliau menyebutkan 2 riwayat daripada Abu Hurairah. Riwayat pertama, kata Abu Hurairah: “Apabila muntah, tidak membatalkan puasa. Sesungguhnya muntah itu sesuatu yang keluar, bukannya sesuatu yang masuk.” Riwayat kedua pula menyebutkan bahawa Abu Hurairah berpendapat muntah membatalkan puasa. Kata Al-Bukhari, riwayat yang pertama (muntah tidak membatalkan puasa) lebih shahih.

= = = = = = = = = =

Hashtag: #fiqhpuasa

19. Adakah Merokok Membatalkan Puasa?

0

Susunan Ustaz Adli Khalim
Ringkasan Fiqh Ramadhan:

19. Adakah merokok membatalkan puasa?

1. Tiada dalil yang shahih tentang batalnya puasa kerana merokok. Namun, dikatakan majoriti `ulama’ kontemporari berpendapat merokok membatalkan puasa, antaranya:

(a) Dr. Yusuf bin `Abdillah Al-Qaradhawi. Menurutnya, orang yang berpuasa juga harus menahan diri daripada memenuhi selera yang biasa dilakukannya, bahkan menjadi ketagihan kepada sebahagian manusia, sehingga menjadi lebih penting daripada makan dan minum. Antaranya: pengambilan tembakau dan produknya (termasuk merokok, menghisap shisha), pengambilan dadah (dengan cara menghidu, menyedut, menyuntik).

(b) Syaikh Muhammad Shalih Al-Munajjid. Menurutnya, merokok itu haram, dan mengandungi partikel yang sampai ke perut.

(c) Syaikh Muhammad bin Shalih Al-`Utsaimin. Menurutnya, rokok termasuk dalam kategori minum (syariba – شَرِبَ). Menghisap rokok disebut syariba ad-dukhan (شَرِبَ الدُّخَان). Selain itu, asap rokok juga masuk ke dalam perut.

2. Adakah inhaler (bagi pesakit asthma) juga membatalkan puasa?

(a) Sebahagian `ulama’ kontemporari berpendapat inhaler membatalkan puasa, kerana sifatnya seperti rokok (partikelnya boleh masuk ke perut).

(b) Sebahagian `ulama’ kontemporari yang lain berpendapat inhaler tidak membatalkan puasa. Walaupun sifatnya sama seperti rokok, namun penggunaan inhaler adalah satu keperluan yang mendesak bagi pesakit asthma, dan tidak dilaksanakan sesuka hati, bukan pula kerana nafsu lapar.

= = = = = = = = = =

Hashtag: #fiqhpuasa

18. Gila Dan Pengsan Boleh Membatalkan Puasa

0

Susunan Ustaz Adli Khalim
Ringkasan Fiqh Ramadhan:

18. Perkara yang membatalkan puasa: Gila, pengsan sepanjang hari.

يقول اللهُ عزَّ وجلَّ : الصومُ لي وأنا أَجزي به ، يدَعُ شهوتَه وأكلَه وشُربَه من أجلي ، والصومُ جُنَّةٌ ، وللصائم فرحتانِ : فرحةٌ حين يفطِرُ ، وفرحةٌ حين يَلْقَى ربَّه ، ولخُلوفُ فَمِ الصائمِ أطيبُ عند اللهِ من رِيحِ المسكِ
الراوي : أبو هريرة | المحدث : البخاري | المصدر : صحيح البخاري
الصفحة أو الرقم: 7492 | خلاصة حكم المحدث : [صحيح]

Allah `Azza wa Jalla berfirman: “Puasa adalah bagi-Ku. Aku yang memberinya ganjaran. Dia meninggalkan syahwatnya, makannya, dan minumnya kerana Aku. Dan puasa itu perisai. Bagi orang yang berpuasa 2 kebahagiaan; Kebahagiaan ketika berbuka puasa, dan kebahagiaan ketika bertemu Rabbnya. Bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi daripada bau kasturi di sisi Allah.” – Shahih Al-Bukhari, no. 7492.

= = = = = = = = = =

Penjelasan:

1. Para `ulama’ mengatakan seseorang yang pengsan, koma, atau gila terbatal puasanya, kerana berdasarkan hadits Abu Hurairah di atas, orang berpuasa wajib “meninggalkan syahwatnya, makannya, dan minumnya kerana Aku”, iaitu dengan sengaja meninggalkan ketiga-tiga perkata tersebut semata-mata kerana Allah. Sedangkan kesengajaan tidak berlaku kepada yang orang pengsan, koma, dan gila.

2. Namun, sekiranya keadaan tersebut cuma terjadi dalam masa beberapa jam (bukannya bermula dari terbitnya fajar sehingga terbenamnya matahari), puasa mereka masih sah menurut para `ulama’.

3. Beberapa kondisi lain di bidang perubatan yang termasuk dalam kategori ini adalah:

(a) Pesakit yang bernafas dengan alat bantuan pernafasan (ventilated). Contoh: http://medind.nic.in/jao/t11/i2/JIndianSocPedodPrevDent_2011_29_2_155_84690_f6.jpg

(b) Pesakit yang menjalani pembedahan dan diberikan bius seluruh tubuh (general anaesthesia). Contoh: https://encrypted-tbn1.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcRCmXmPplSNm2E0qZ7fxhxGZML8ZY8_Vw4R6rtpN7MCdJMRVklzUQ

= = = = = = = = = =

Hashtag: #fiqhpuasa

17. Murtad Batalkan Puasa

0

Susunan Ustaz Adli Khalim
Ringkasan Fiqh Ramadhan:

17. Perkara yang membatalkan puasa: Murtad.

وَمَنْ يَرْتَدِدْ مِنْكُمْ عَنْ دِينِهِ فَيَمُتْ وَهُوَ كَافِرٌ فَأُولَئِكَ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ

Sesiapa yang murtad antara kalian daripada agamanya (yakni Islam), lalu dia mati dalam kekafiran, maka demikianlah orang yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat. – Al-Baqarah, ayat 217.

= = = = = = = = = =

Penjelasan:

1. Sekiranya seorang Muslim murtad – na`udzubillah min dzalik -, maka terbatallah puasanya, dan wajib baginya untuk menggantikannya selepas dia kembali kepada Islam.

= = = = = = = = = =

Hashtag: #fiqhpuasa

16. Hujah Keluar Mani Dengan Sengaja Batalkan Puasa

0

Susunan Ustaz Adli Khalim
Ringkasan Fiqh Ramadhan:

16. Perkara yang membatalkan puasa: Keluar mani dengan sengaja, tetapi hanya perlu qadha’.

يقول اللهُ عزَّ وجلَّ : الصومُ لي وأنا أَجزي به ، يدَعُ شهوتَه وأكلَه وشُربَه من أجلي ، والصومُ جُنَّةٌ ، وللصائم فرحتانِ : فرحةٌ حين يفطِرُ ، وفرحةٌ حين يَلْقَى ربَّه ، ولخُلوفُ فَمِ الصائمِ أطيبُ عند اللهِ من رِيحِ المسكِ
الراوي : أبو هريرة | المحدث : البخاري | المصدر : صحيح البخاري
الصفحة أو الرقم: 7492 | خلاصة حكم المحدث : [صحيح]

Allah `Azza wa Jalla berfirman: “Puasa adalah bagi-Ku. Aku yang memberinya ganjaran. Dia meninggalkan syahwatnya, makannya, dan minumnya kerana Aku. Dan puasa itu perisai. Bagi orang yang berpuasa 2 kebahagiaan; Kebahagiaan ketika berbuka puasa, dan kebahagiaan ketika bertemu Rabbnya. Bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi daripada bau kasturi di sisi Allah.” – Shahih Al-Bukhari, no. 7492.

= = = = = = = = = =

Penjelasan:

1. Mengeluarkan mani dengan sengaja, iaitu kerana wujudnya syahwat adalah bertentangan dengan ruh puasa yang disyari`atkan oleh Allah ﷻ, sebagaimana yang disebutkan dalam hadits Abu Hurairah di atas.

2. Para `ulama’ menyebutkan bahawa sesiapa yang mengeluarkan mani dengan sengaja (tanpa mengambil kira kaedah yang digunakan, sama ada onani, menonton video atau gambar lucah, bercumbuan dengan isterinya, dan sebagainya), maka terbatallah puasanya.

= = = = = = = = = =

Hashtag: #fiqhpuasa

15. Khilaf Isu Wajibnya Puasa Wanita Yang Suci Hadas Pada Waktu Tengahari

0

Susunan Ustaz Adli Khalim
Ringkasan Fiqh Ramadhan:

15. Sekiranya seorang wanita suci pada waktu tengah hari, adakah dia wajib menahan diri daripada makan dan minum? An-Nasa’i berhujah dengan hadits berikut:

قالَ رسولُ اللَّهِ صلَّى اللَّهُ عليْهِ وسلَّمَ يومَ عاشوراءَ: أمنْكم أحدٌ أَكلَ اليومَ؟ فقالوا: منَّا من صامَ، ومنَّا من لم يصُمْ، قال: فأتمُّوا بقيَّةَ يومِكم، وابعثوا إلى أَهلِ العُروضِ فليتمُّوا بقيَّةَ يومِهم
الراوي : محمد بن صيفي | المحدث : الألباني | المصدر : صحيح النسائي
الصفحة أو الرقم: 2319 | خلاصة حكم المحدث : صحيح

Rasulullah ﷺ bertanya pada hari `Asyura’: “Adakah antara kalian yang telah makan hari ini?” Lalu mereka menjawab: “Sebahagian daripada kami berpuasa, sebahagian yang lain tidak berpuasa.” Sabda baginda: “Sempurnakanlah sisa hari kalian (dengan berpuasa), dan utuslah kepada ahli Makkah supaya mereka menyempurnakan sisa hari mereka.” – An-Nasa’i, no. 2319.
* Shahih menurut Al-Albani.

= = = = = = = = = =

Penjelasan:

1. An-Nasa’i berhujah dengan hadits berikut, berdasarkan tarjamah babnya:

إذا طهرت الحائض أو قدم المسافر في رمضان، هل يصوم بقية يومه؟

Apabila sucinya seorang wanita daripada haid atau tibanya orang yang bermusafir dalam bulan Ramadhan, adakah dia harus berpuasa sisa hari tersebut?

2. Namun sesetengah `ulama’ (antaranya Malik) berbeza pendapat dengannya. Menurut mereka, wanita tersebut boleh makan dan minum sepanjang hari tersebut. Bahkan, sekiranya suaminya pulang dari musafir (dan suaminya tidak berpuasa kerana musafirnya), maka mereka boleh bersetubuh.

= = = = = = = = = =

Hashtag: #fiqhpuasa

Popular

Iklan

Iklan