Utama Blog Halaman 237

Fenomena Mati Mengejut : Tanda Kiamat Ke-60

0

THTL al-Jazani توان حسن:

Tanda Kecil Kiamat 60/131: Fenomena Mati mengejut
(موت الفجأة )

Dalilnya:

أن من أمارات الساعة أن يظهر موت الفجأة
رواه الطبراني في الصغير والأوسط وحسنه الألبلني في صحيح الجامع (5775)

Dari Anas, bahawa Nabi saw bersabda,” Di antara tanda-tanda dekatnya Kiamat ialah munculnya fenomena mati mengejut”. HR Tabrani, disahihkan oleh al-Albani, sahihul Jaami’, no 5775

Zaman salaf, kematian biasanya ada tanda-tandanya seperti sakit berat, di mana pesakit mempunyai masa untuk berpesan, menulis wasiat, dikelilingi anak isteri, sempat bertaubat dan sempat mengucapkan dua kalimah syahadah. Namun pada akhir zaman adalah sebaliknya di mana lebih banyak fenomena mati mengejut. Serangan jantung, kecelakaan lebuhraya, tanah runtuh, tsunami, serangan pengganas dan kemalangan melibatkan pesawat.

Pengajaran: Di Akhir zaman, bersiap siagalah sentiasa untuk kematian kerana ia datang dengan mengejut, baik di lebuhraya, di udara atau penyakit moden yang mana anda akan mati secara tiba-tiba. WA

S4: Fiqh Ingkar (pencegahan) Yang Sahih

2

WACANA UITO: ISLAM ANUTAN VS ISLAM WARISAN

Soalan 4:
? Bagaimanakah cara untuk menangani amalan-amalan tradisi, seperti bacaan Yasin pada malam Jumaat, tahlil arwah keluarga sendiri, amalan cukur jambul (anak kita sendiri tapi ayah kita yang berkeras untuk buat) dengan cara berhikmah dan tidak menimbulkan konflik?

4⃣ Cara berdepan dengan amalan tradisi/bid’ah dalam masyarakat
Amalan baca Yasin, tahlil arwah, cukur jambul adalah punca sengketa kaum muda vs kaum tua tahun 1950’an lagi. Impaknya berlakulah krisis yang perpanjangan hingga sekarang, lantas majlis fatwa negeri-negeri antaranya selangor, negeri sembilan telah mewartakan orang Islam tidak boleh mempersoalkan perkara-perkara tersebut kerana ia isu khilafiah.

Oleh kerana krisis ini telah berlaku sejak dulu, maka kita biarlah ia dalam keadaan demikian, yakni islam anutan tidak melakukan amalan tersebut sedaya mungkin untuk keluarganya. kena berusaha sedaya mungkin untuk mengelakkannya dengan menjelaskan kepada orang tua kita. Ini kerana tidak ada ketaatan kepada orang tua dalam isu bid’ah. Cuma anda kena budget atau congak, sejauh mana power yang anda miliki sebagaimana hadith:

مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيمَانِ

Terj:”Barangsiapa di antara kamu melihat kemungkaran hendaklah ia mencegah kemungkaran itu dengan tangannya. jika tidak mampu, hendaklah mencegahnya dengan lisan, jika tidak mampu juga, hendaklah ia mencegahnya dengan hatinya. Itulah selemah-lemah iman.” (HR Muslim, no.70, lidwa, jalur Abu Sa`iid al-Khudri ra)

Fiqh Ingkar:
Fiqh ingkar (pencegahan) yang sahih:
1. Tiga tahap pencegahan ini terpakai atau valid untuk semua orang tanpa mengira kedudukan sosial dan politik mereka. Semua orang Islam boleh menggunakan tiga tahap pencegahan mungkar (tangan/lisan/hati) bergantung kepada situasi dan kondisi sahaja.

2. Pencegahan mungkar bergantung kepada circle of concern (lingkungan perihatin) dan circle of influence (lingkungan pengaruh); jika anda memiliki lingkungan pengaruh, anda boleh saja menggunakan tangan dan lisan, misalnya, anak dan isteri anda, adik-adik anda), manakala lingkungan perihatin, kebanyakannya hanyalah hati sahaja. (tambahan dari buku Steven Covey)

3. Tidak semua kemungkaran perlu dirubah dengan tangan, tapi harus didahulukan dengan hati dan kemudian lisan. Kata syed Qutb, kebencian hati kepada kemungkaran asas perubahan.

4. Kemungkaran diubah dengan bertahap (tadarruj), hati, lisan (lisan: dimulakan dengan kelembutan kemudian dengan keras). Tangan adalah jalan terakhir.

5. Berbuat kebajikan, suruhan kepada yang makruf diutamakan sebelum mencegah mungkar.

Dalil:
AQT 3:104 [Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang munkar]

6. Tidak boleh merubah kemungkaran dengan tangan tanpa merubahnya dulu dengan lisan dan hati. Hati itu asas perubahan.

7. Tidak boleh merubah kemungkaran dan membiarkan kemungkaran yang lain

8. Tidak boleh merubah kemungkaran yang mengakibatkan muncul kemungkaran lain yang lebih besar;

9. Pencegahan mestilah dengan kekuatan data dan statistik bukan sangkaan/persepsi, contohnya, peratus umat Islam yang merokok, peratus wanita islam yang free hair, peratusan kes bersekedudukan, peratusan kes-kes murtad..

10. Kemungkaran yang meluas hendaklah disebarkan kepada massa, dalil:

AQT 9:115 [Dan Allah sekali-kali tidak akan menyesatkan suatu kaum, sesudah Allah memberi petunjuk kepada mereka sehingga dijelaskan-Nya kepada mereka apa yang harus mereka jauhi]

11. Bila kekerasan digunakan? AQT 66:09 [dan bersikap keraslah terhadap mereka]
Kekerasan sekadar yang diperlukan saja, pepatah arab: “budak dipukul dengan rotan, orang dewasa memadai dengan ungkapan.”

12. Bersikeras terhadap isteri vs anak sendiri; si isteri memadai dipukul dengan kayu sugi, manakala anak boleh dipukul dengan rotan.

13. Bersikap keras dengan lisan diutamakan dari bersikap keras dengan tangan.

14. Merubah dengan tangan tidak boleh kecuali terhadap kemungkaran yang jelas disepakati sebagai mungkar.

15. Jangan sampai ingin merubah kemungkaran, lalu meletus kemungkaran yang lebih.

S3: Bagaimana Sedarkan Generasi Islam Warisan?

0

WACANA UITO: ISLAM ANUTAN VS ISLAM WARISAN

Soalan 3:
? Bagaimanakah caranya untuk kita “break the chain” Islam warisan supaya generasi seterusnya sedar?

3⃣ Break the chain strategies atau strategi memecah rantai kekangan Islam warisan

1. Tidak mengulangi kesilapan kaum Muda tahun 1950’an, keras ala Muhammad abdul wahab; kekerasan tidak akan membuahkan hasil.

2. Minta campurtangan saudi arabia dalam menjelaskan isu wahabi di nusantara. Setakat ini kerajaan Arab Saudi tidak dimaklumkan secara resmi akan fenomena negatif wahabiah di nusantara.

3. Memperkasa organisasi sunnah/islah dari sudut dana dan perkaderan da’iy.
Pertubuhan sunnah lemah dari segi sistem pengurusan kerana mereka masih anggap NGO dan persatuan adalah bid’ah. Sindrom Tanzim adalah Hizbi.

4. Penggunaan internet dan broadcasting yang berkualiti kerana impak yang besar kepada dakwah Islam anutan. Lihat kemampuan Dr Zakir Naik dengan penubuhan Peace TV yang berpengkalan di Qatar.

121861_sholat-ied-di-india_663_382

5. Mengikuti jejak langkah Imam Muhammad Abdul Wahab yang membuat MOU dengan penguasa untuk dakwah yang lebih berkesan dengan kuasa atau authority politik.

Orang Mukmin Adalah Insan Cekal Dan Istiqamah

0

TAZKIRAH HARIAN UiTO

Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Sinan telah menceritakan kepada kami Fulaih telah menceritakan kepada kami Hilal bin Ali dari ‘Atha’ bin Yasar dari Abu Hurairah radliyallahu’anhu,

bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Perumpamaan orang mukmin adalah bagai dahan tumbuhan yang daunnya miring/condong sesuai tempat datangnya angin, namun jika telah tenang, dahan itu boleh kembali lurus. Demikian pula seorang mukmin, terkadang dalam keadaan miring karena ujian. Sebaliknya perumpamaan orang kafir bagaikan pohon padi yang lurus dan keras, sehingga Allah (dengan mudah) mematahkannya kapan saja sekehendak-Nya.”

HR Al Bukhari.

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ سِنَانٍ حَدَّثَنَا فُلَيْحٌ حَدَّثَنَا هِلَالُ بْنُ عَلِيٍّ عَنْ عَطَاءِ بْنِ يَسَارٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَثَلُ الْمُؤْمِنِ كَمَثَلِ خَامَةِ الزَّرْعِ يَفِيءُ وَرَقُهُ مِنْ حَيْثُ أَتَتْهَا الرِّيحُ تُكَفِّئُهَا فَإِذَا سَكَنَتْ اعْتَدَلَتْ وَكَذَلِكَ الْمُؤْمِنُ يُكَفَّأُ بِالْبَلَاءِ وَمَثَلُ الْكَافِرِ كَمَثَلِ الْأَرْزَةِ صَمَّاءَ مُعْتَدِلَةً حَتَّى يَقْصِمَهَا اللَّهُ إِذَا شَاءَ

S2: Apakah Halangan Besar Untuk Kembali Kepada Islam Anutan

0

WACANA UITO: ISLAM ANUTAN VS ISLAM WARISAN

Soalan 2:
? Apakah halangan besar untuk kembali kepada Islam yang sebenar dalam masyarakat Islam warisan?

2⃣ Halangan besar untuk kembali kepada Islam sebenar dalam masyarakat Islam warisan

i) Sejarah pertembungan antara Islam warisan vs Islam anutan/tajdid tahun 1950’an yang dikenali dengan pertembungan kaum muda (anutan) vs kaum tua (warisan)

ii) Islam warisan mendominasi mainstream dan istana (Islam dibawah sultan)

iii) Islam warisan mewajibkan taqlid kepada warisan lama: akidah asyairah, fiqh syafi’iyah dan tasawwuf al-Ghazali

iv) Tiada toleran dalam isu-isu bid’ah dibincangkan

v) Tiada toleran dengan islah, tajdid dan pemurnian akidah, ibadah dan syariat

vi) Tareqat menguasai mainstream kerana ajaran mereka berselindung di bawah Islam warisan

vii) Kemunculan aliran ultra Islam warisan, ASWAJA

viii) Kemunculan aliran ultra dalam Islam anutan, salafiyah jalur keras

ix) Perlabelan istilah wahabiah kepada islam anutan/islah

x) Sultan yang memihak kepada Islam warisan

SEBAB-SEBAB PEMALSUAN HADITS YANG TIDAK DISENGAJAKAN (Bhg. 02)

0

Susunan BroSyarief:

Sedikit sambungan dari perkongsian di atas.

Sekiranya kita sedang membaca apa-apa rujukan terjemahan hadits dan dinukilkan dengan ringkas ianya Dha’if, dalam keadaan tiada nota kaki atau sebarang penjelasan akan status hadits tersebut, memadailah untuk kita mendiamkan diri dari mengamalkan dan menyebarkannya.

Paling kurang, atas dasar berhati-hati. Tanpa celupar mengatakan dengan yakin hadits ini tertolak. Dan tanpa syok sendiri menganggap ianya dhaif yang ringan boleh diamal dengan syarat tertentu.

Adapun jika menyandarkannya kepada mana-mana ‘alim dalam hadits, maka dibenarkan atas kapasiti setiap individu dan tidak sesuai untuk dipaksakan pula keyakinan tersebut kepada orang lain.

WalLaahu a’lam.

#020316 Nota 02.09.02 Hadits al-Mardud (المردود) Kategori Kritikan pada Periwayat (الطعن في الراوي) – Persoalan Hadits Palsu

Susunan: BroSyarief

SEBAB-SEBAB PEMALSUAN HADITS YANG TIDAK DISENGAJAKAN (Bhg. 02)

02 Bertebarannya Para Sahabat ke Negeri-negeri yang DIbuka

as-Sunnah diperlukan sebagai sumber syariat yang ke-2 selepas al-Quran, selama-lamanya, di mana-mana era dan di mana-mana tempat sekalipun.

Ianya umum bagi keseluruhan manusia, di setiap negeri dan di setiap zaman.

Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam meletakkan sepenuh fokus pada penjagaan dan pemeliharaan sunnahnya, begitu juga penyebaran dan penyampaiannya.

Ia adalah supaya ia kekal praktikal dengan baik selama-lamanya dan menjadi hujjah berterusan sehingga ke penghujung kemanusiaan.

Oleh kerana itu juga, baginda sallalLaahu ‘alaihi wa sallam menekankan kepada para sahabat supaya memelihara dan menyebarkan sunnahnya, di mana baginda sallalLaahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

نَضَّرَ اللَّهُ امْرَأً سَمِعَ مِنَّا حَدِيثًا فَحَفِظَهُ حَتَّى يُبَلِّغَهُ غَيْرَهُ ،

Semoga Allah memperindah orang yang mendengar dari kami satu hadits, lalu dia menghafalnya sehinggalah dia menyampaikan kepada selainnya

فَرُبَّ حَامِلِ فِقْهٍ إِلَى مَنْ هُوَ أَفْقَهُ مِنْهُ ، وَرُبَّ حَامِلِ فِقْهٍ لَيْسَ بِفَقِيهٍ

Boleh jadi orang yang membawa kefahaman hadits itu (memberikannya) kepada orang yang lebih faham (tentang hadits itu) berbanding dirinya, dan boleh jadi orang yang membawa kefahaman hadits itu sendiri tidak memahaminya.

[HR at-Tirmizi. Hasan Sahih]

Disebabkan galakan-galakan seperti ini menyebabkan para sahabat bangkit menyampaikan sunnahnya kepada mereka yang tidak sampai sunnah kepada mereka, khususnya selepas wafatnya baginda sallalLaahu ‘alaihi wa sallam.

Ini menyebabkan mereka terpaksa keluar dari Madinah, bermusafir ke lokasi-lokasi yang jauh di atas dasar dakwah, membuka penempatan, menghantar pemimpin, perlantikan hakim dan pelbagai tujuan.

Ada yang ke Jazirah, ke Mekah, ke Thaif, ke Yamamah, ke Yaman, ke Bahrain, ke Mesir, ke Syam, ke Kufah, ke Basrah, ke Khurasan, ke Samarkhan dan banyak lagi.

Lalu, para tabi’in dari pelbagai tempat ini mendengarkan hadits dari mereka. Kemudian generasi seterusnya mendengarkan dari tabi’in, sehingga tersebarlah hadits-hadits kepada ramai manusia dari pelbagai latar belakang.

Di dalam kebanyakan usaha penyebaran hadits ini, para pereka hadits pun mengambil kesempatan menipu orang ramai, mereka mencipta hadits-hadits sesuka hati mereka.

Antara lokasi yang banyak berlakunya pemalsuan hadits adalah di Iraq dan Syam, dalam keadaan jumlah pemalsuan di Iraq lebih banyak berbanding di Syam.

Kata ‘Aisyah radhiyalLaahu ‘anha,

يَا أَهْلَ الْعِرَاقِ أَهْلُ الشَّامِ خَيْرٌ مِنْكُمْ .

Wahai orang Iraq, orang Syam lebih bagus dari kalian.

خَرَجَ إِلَيْهِمْ نَفَرٌ مِنْ أَصْحَابِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَثِيرٌ ، فَحَدَّثُونَا مَا نَعْرِفُ ،

Sekumpulan ramai para sahabat RasululLah sallalLaahu ‘alaihi wa sallam telah keluar kepada mereka, lalu mereka menyebutkan kepada kami (hadits-hadits) apa yang kami ketahui.

وَخَرَجَ إِلَيْكُمْ نَفَرٌ مِنْ أَصْحَابِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَلِيلٌ ، فَحَدَّثْتُمُونَا بِمَا نَعْرِفُ وَمَا لا نَعْرِفُ

Sekumpulan kecil para sahabat RasululLah sallalLaahu ‘alaihi wa sallam telah keluar kepada kelian, lalu kalian menyebutkan kepada kami (hadits-hadits), ada yang kami ketahui dan ada yang kami tak kenali.

[Tarikh Dimasyq]

Kata Abdullah ibn ‘Amr ibn al-‘As di Mekah,

إن من أهل العراق قوما يكذبون ويكذبون ويسخرون

Sungguh, dari kalangan orang Iraq, adanya sekumpulan orang yang berbohon dan berbohong dan memperolokkan (hadits-hadits)

[Tabaqaat Ibn Sa’d]

WalLaahu a’lam

Ruj: Ulum Al-Hadits Asiluha wa Mu’asiruha, karangan Prof Dr Abullayts KhairAbaadi.

#BroSyariefShares

Hadis 45: Apa Yang Datang Berkenaan Pewarnaan Rasuli Llah

0

شرح الديارية ألاحديث الشمدئل احملمدثة

Syarhu d-Diyariyyah Li’ahadis Asy-Syama’il Al-Muhammadiyyah

ADÖULINÉ Lacharouphe:

بَابُ مَا جَاءَ فِي خِضَابِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Bab: Apa yang datang berkenaan pewarnaan Rasuli Llah

45 – حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ مَنِيعٍ، قَالَ: حَدَّثَنَا هُشَيْمٌ، قَالَ: حَدَّثَنَا عَبْدُ الْمَلِكِ بْنُ عُمَيْرٍ، عَنْ إِيَادِ بْنِ لَقِيطٍ، قَالَ: أَخْبَرَنِي أَبُو رِمْثَةَ، قَالَ: أَتَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَعَ ابْنٍ لِي، فَقَالَ: «ابْنُكَ هَذَا؟»، فَقُلْتُ: نَعَمْ، أَشْهَدُ بِهِ. قَالَ: «لَا يَجْنِي عَلَيْكَ، وَلَا تَجْنِي عَلَيْهِ». قَالَ: وَرَأَيْتُ الشَّيْبَ أَحْمَرَ.
قَالَ أَبُو عِيسَى: هَذَا أَحْسَنُ شَيْءٍ رُوِيَ فِي هَذَا الْبَابِ وَأَفْسَرُ، لِأَنَّ الرِّوَايَاتِ الصَّحِيحَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَمْ يَبْلُغِ الشَّيْبَ. وَأَبُو رِمْثَةَ، اسْمُهُ رِفَاعَةُ بْنُ يَثْرِبِيٍّ التَّيْمِيُّ.

45- Telah bercerita kepada kami Ahmad bin Mani`, dia berkata: Telah bercerita kepada kami Husyaym, dia berkata: Telah bercerita kepada kami `Abdu l-Malik bin `Umayr, daripada Iyad bin Laqit, dia berkata: Telah memberitahu saya Abu Rimsah, dia berkata: Saya telah mendatangi Rasula Llah bersama anak lelaki saya, maka dia berkata: «Anak lelaki kamukah ini?» maka saya berkata: Ya, saya bersaksi dengannya. Dia berkata: «Dia tidak akan mengapa-apakan ke atas kamu, dan kamu tidak akan mengapa-apakan ke atasnya». Dia berkata: Dan saya telah melihat uban yang merah.

Berkata Abu `Isa: Ini ialah perkara paling baik yang diriwayatkan dalam bab ini, dan paling jelas, kerana riwayat-riwayat yang sahihah bahawa Nabi tidak sampai beruban. Dan Abu Rimsah, namanya ialah Rifa`ah bin Yasribiy At-Taymiy.

Syarah Adou_Fr:

Hadis ini adalah ulangan hadis keempat puluh tiga yang baru berlalu, tetapi dengan penambahan dan pengurangan. Hadis keempat puluh tiga diriwayatkan daripada:
`Aliy bin Hujr —> Syu`ayb –> `Abdi l-Malik bin `Umayr —> Iyad bin Laqit Al-`Ijliy

Manakala hadis ini diriwayatkan daripada:
Ahmad bin Mani`–>  Husyaym –> `Abdu l-Malik bin `Umayr –> Iyad bin Laqit

Isnad hadis ini bertemu pada `Abdi l-Malik bin `Umayr.

Melihat kepada isnad kedua-dua hadis ini, butiran lanjut tentang beberapa rawi dapat diperoleh, seperti tambahan nisbah Al-`Ijliy dan tambahan nisbah bagi Abi Rimsah.

Di hujung hadis ini, ditulis perkataan Abu `Isa, iaitu nama bagi Imam At-Tirmizi, penulis kitab Syama`il ini, katanya: Dan Abu Rimsah, namanya ialah Rifa`ah bin Yasribiy At-Taymiy.

Tambahan ini adalah untuk menjelaskan siapakah itu Abu Rimsah, agar tidak berlaku kekeliruan di kalangan pembaca dan penuntut ilmu hadis.

Imam At-Tirmizi berkata lagi selepas hadis, (Ini ialah perkara paling baik yang diriwayatkan dalam bab ini, dan paling jelas, kerana riwayat-riwayat yang sahihah bahawa Nabi tidak sampai beruban) yang merupakan ulasan beliau terhadap hadis ini.

Maksud Imam At-Tirmizi ialah ucapan di dalam hadis (Dan saya telah melihat uban yang merah) menunjukkan bahawa ia bersesuaian dengan hadis-hadis yang sahihah, iaitu kepala Nabi tidak sampai beruban keseluruhannya, justeru, Nabi mewarnakan ubannya yang sedikit dengan inai sehingga ia menjadi merah.

Hadis ini menunjukkan bahawa Nabi bertanya kepada sahabat, «Anak lelaki kamukah ini?» yang selari dengan ucapan yang selalu kita gunakan. Biasanya, apabila kita melihat rakan kita dengan budak kecil, kita akan menyapa dengan mesra dan bertanya, “Ini anak awak ke?”.

Pertanyaan ini adalah sunnah, dan penting agar kita dapat mengetahuï nasab dan keturunan seseorang. Apabila seseorang mengaku bahawa itu ialah anaknya, maka nyatalah nasab dan akan tersebar dalam masyarakat bahawa si fulan ialah anak si fulan.

Begitu juga apabila ditanya, dan seseorang menjawab, “Bukan, ini ialah …”, maka akan diketahuïlah bahawa si fulan itu bukan anak si fulan, sebaliknya dia ialah seperti mana yang dijelaskan dalam sambungan ayat tersebut.

Mengetahuï nasab keturunan adalah sesuatu yang penting, dan ia adalah sebahagian daripada agama. Menipu atau menafikan nasab keturunan adalah dosa besar. Anak angkat bukanlah anak yang boleh dinasabkan – atau dibinkan – kepada nama sendiri. Begitu juga anak tiri, hamba yang dibebaskan, atau anak yang bukan daripada benih sendiri, mereka tidak boleh dinasabkan kepada nama sendiri.

Justeru, bertanya tentang nasab adalah suatu yang sunnah, dan merupakan antara ajaran agama. Sama ada soalan itu berbunyi, “Awak anak siapa?”, atau “Siapa ayah awak?”, atau “Adakah ini anak awak?”, ia dibolehkan.

Dalam hadis ini, Abu Rimsah menambah dengan menyebut, “Saya bersaksi dengannya”. Ini untuk menunjukkan penegasan bahawa itu memang anaknya.

Hadis ini menunjukkan bahawa kesaksian atau pengakuan seseorang muslim itu adalah diterima, dan tidak memerlukan kepada sebarang hitam putih, atau dokumen untuk pengesahan. Justeru, para pemerintah, pembuat dasar dan pemimpin negara hendaklah memartabatkan pengakuan dan penyaksian seseorang muslim melebihi sebarang dokumen.

Contohnya, dalam perkahwinan dan perceraian. Seorang bapa berhaq mengahwinkan anak perempuannya, walaupun tanpa saksi, tanpa gambar, atau tanpa majlis. Setelah si bapa mengahwinkan si lelaki dengan anaknya – yang hanya merupakan persetujuan lisan –, maka perkahwinan itu hendaklah diterima sah di sisi undang-undang. Hanya untuk tujuan rekod, barulah si ayah membuat pendaftaran pernikahan anaknya dengan si lelaki, di pejabat kerajaan. Pihak pendaftar hanya perlu mendaftarkan dan mengeluarkan dokumen rasmi – serta-merta –, bukan mempertikaikan atau menyusahkan.

Begitu juga apabila si suami menceraikan si isteri, lafaz perceraian itu hendaklah diterima dan diguna pakai, pada tarikh dan masa ia dilafazkan. Setelah itu, si lelaki pergi mendaftarkan perceraiannya tanpa ada keperluan untuk berjumpa dengan hakim, atau qadhi, atau kaunselor. Tugas si pendaftar hanya merekodkan dan memberikan dokumen rasmi – serta-merta –, bukan bersoal-jawab atau mempertikaikan haq suami, atau melambat-lambatkan proses.

Dalam hadis ini, Nabi berkata bahawa «Dia tidak akan mengapa-apakan ke atas kamu, dan kamu tidak akan mengapa-apakan ke atasnya». Ini bermakna, si anak tidak akan memberikan dosa kepada si bapa, dan si bapa juga tidak akan memberikan dosa kepada si anak.

Seseorang anak, apabila dia telah baligh, maka dia menanggung dosanya sendiri. Si anak tidak akan memudharatkan si ayah di akhirat, apabila si anak tidak bertudung, si anak tidak bersalat, atau apabila si anak melakukan maksiat. Ini kerana apabila si anak sudah baligh, maka dia bertanggungjawab terhadap perbuatannya sendiri. Tugas si ayah hanyalah memberikan ilmu dan pendidikan.

Begitu juga apabila si ayah melakukan sesuatu dosa, atau amalan yang bercanggah dengan Islam, ia tidak akan memudharatkan si anak di akhirat, selagi si anak berpegang dengan kebenaran dan tidak mengikuti kesesatan si ayah.

Hadis ini menafikan anggapan sesetengah ahli masyarakat bahawa seseorang menanggung dosa orang lain, contohnya si ayah menanggung dosa si anak yang membuka `awrat, atau si imam menanggung dosa si ma’mum ketika salat, atau si suami menanggung dosa si isteri. Tidak, dan tidak. Tiada siapa menanggung dosa orang lain.

Si anak yang membuka `awrat, itu ialah dosanya, dan dia akan diseksa di akhirat dengan balasan neraka. Si ma’mum yang bersalat, apakah akan ada dosa sehingga perlu ditanggung oleh si imam? Si isteri yang berdosa, contohnya berikhtilat – bergaul bebas – dengan lelaki lain, maka si isterilah yang menanggung dosa dan akan diseksa di akhirat dua kali ganda – kerana dosanya bergaul bebas dan kerana dosanya mengkhianati suami.

*******
*******
*******

.

*******
*******
*******
Buku Syarhu d-Diyariyyah Li’ahadis Asy-Syama’il Al-Muhammadiyyah
Edisi PDF terkini setakat ini Hadis 1-45 boleh dibaca di:
https://drive.google.com/open?id=0B6dUHmEQLdx6bU4wc2RkeHc2Qnc&authuser=0

Untuk yang lebih selesa dengan Facebook, boleh gunakan link berikut:

https://www.facebook.com/adoufr/posts/10153308789332278

https://www.facebook.com/adoufr2/posts/925632510845717

Sebarang kritikan, ulasan atau nasihat adalah dialu-alukan.
*******
*******
*******

.

05.02.02 Bab Ayat Terakhir Turun Bhg. 02

0

#070616 Bilik (09) Ulum al-Quran

05.02.02 Bab Ayat Terakhir Turun

(آخر ما نزل) Bhg. 02

#NotaBroSyarief #UlumQuran #UiTOBilik09 

4. Dikatakan juga bahawa ayat yang terakhir turun adalah ayat Kalalah (iaitu orang yang mati dalam keadaan tidak mempunyai anak)

Dari al-Bara’, dia menyebutkan, 

آخِرُ آيَةٍ نَزَلَتْ خَاتِمَةُ سُورَةِ النِّسَاءِ

“Ayat yang terakhir turun adalah ayat penutup surah an-Nisa”

[HR al-Bukhari & Muslim]

Ayat tersebut ialah, 

..يَسْتَفْتُونَكَ قُلْ اللَّهُ يُفْتِيكُمْ فِي الْكَلَالَةِ

“Mereka bertanyakan fatwa kepadamu, katakanlah: Allah memberikan fatwa kepada kalian pada (permasalahan) Kalaalah..”

[an-Nisa(4):176]

Kemungkinan yang terakhir yang disebut alBara’ terikat kepada ayat-ayat yang berkait tentang pewarisan. 

5. Pendapat seterusnya mengatakan bahawa ayat yang terakhir turun ialah 

لَقَدْ جَاءَكُمْ رَسُولٌ مِنْ أَنْفُسِكُمْ

“Telah datang kepada kalian, seorang utusan, yang juga dari kalangan kalian..”

[at-Taubah(9):128]

..sehingga ke akhir surah. 

Pendapat ini berasaskan riwayat dari Ubay ibn Ka’b yang menyebutkan

آخِرُ آيَةٍ نَزَلَتْ

Ayat terakhir yang turun (adalah ayat ini merujuk kepada ayat 128, surah at-Taubah)

[al-Mustadrak]

Kemungkinan juga bahawa ayat ini disebut terakhir merujuk kepada surah at-Taubah itu sendiri, iaitu ayat terakhir bagi surah at-Taubah. 

Sebagaimana apa yang diriwayatkan oleh Abdullah ibn Ahmad, dari Ubay ibn Ka’b, (dia menyebutkan)

Rasulullah sallalLaahu ‘alaihi wa sallam pernah membacakan dua ayat ini

لَقَدْ جَاءَكُمْ رَسُولٌ مِنْ أَنْفُسِكُمْ … 

“Telah datang kepada kalian, seorang utusan, yang juga dari kalangan kalian..”

[at-Taubah(9):128]

sehinggalah..

وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ

“Dan Dia adalah Tuhan pemilik ‘Arays yang agung”

[at-Taubah(9):129]

..di hujung surah Baraah (yakni: surah at-Taubah)

[Zawaaid Musnad]

6. Pendapat ini menyebutkan pula bahawa yang terakhir turun adalah surah al-Maidah. 

Ia disandarkan kepada satu riwayat di mana Aisyah menyebutkan, 

آخِرُ سُورَةٍ نَزَلَتِ الْمَائِدَةُ

“Surah terakhir yang turun ialah al-Maidah” 

[HR at-Tirmizi dan al-Hakim]

Dan telah dijawab bahawa yang dimaksudkan oleh kata-kata Aisyah di atas adalah surah yang terakhir turun pada bab halal dan haram. Maka, hukum-hakam di dalamnya tidak dinasakhkan. 

(Bersambung..)

walLaahu a’lam

Ruj: Mabahits fi ‘Ulum al-Quran, karangan Ust Manna’ Khalil al-Qattan

#BroSyariefShares

Tempat Tinggal Sampai Dibangkitkan Pada Hari Qiamat

0

Tazkirah Harian UiTO:

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله وَبَرَكَاتُه

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد الله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله

اللهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ اٰلِه فِي كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ عَدَدَمَا وَسِعَهُ عِلْمُ الله???
صبح الخير

اللهُمَّ أَرِنَا الحَقَّ حَقّاً وَارْزُقْنَا التِبَاعَةَ وَأَرِنَا البَاطِلَ بَاطِلاً وَارْزُقْنَاجْتِنَابَهُ،
بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ.

Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 4. Hadis Nombor 4270.

Mewartakan kepada kami Abu Bakr bin Abu Syaibah; mewartakan kepada kami ‘Abdullah bin Numair; mewartakan kepada kami ‘Ubaidulah bin ‘Umar,dari Nafi’, dari Ibnu ‘Umar,dari Nabi S.A.W.,

beliau bersabda: “Apabila salah seorang diantara kalian mati, maka akan ditunjukkan kepadanya tempat duduknya pada waktu pagi dan petang. Jika dia termasuk ahli surga, maka dia termasuk ahli syurga. Dan jika dia termasuk ahli neraka, maka dia termasuk ahli neraka. Lalu dikatakan: “Inilah tempat dudukmu sampai engkau dibangkitkan pada hari kiamat nanti”.

Soalan 1: Beza Antara Islam Warisan Dan Islam Anutan

0

WACANA ISLAM ANUTAN VS ISLAM WARISAN

Soalan 1:
? Apakah makna dan beza antara Islam warisan dan Islam anutan?

Jawapan THTL al-jazani توان حسن:

1⃣ Makna Dan Beza: Islam Warisan vs Islam Anutan

Islam: Tunduk, patuh serta menyerah diri lahir batin di dalam melaksanakan segala apa yang di bawa dan disampaikan oleh Rasulullah saw

Islam warisan, tradisionalis = Muslim yang cara hidupnya masih banyak dikuasai oleh tradisi melayu pra-Islam, yaitu suatu tradisi yang menitik beratkan pada pemaduan unsur-unsur Islam, Budha-Hindu, dan unsur-unsur animisma/asli sebelumnya. Tradisi tersebut menekankan kepada integrasi unsur-unsur Islam, Budha-Hindu dan kepercayaan animisma sebagai satu adunan atau integrasi yang unik untuk nusantara. di Indonesia dikenali dengan istilah islam Abangan.

Islam Anutan = Sekelompok muslim soleh yang memeluk agama Islam dan menjalankan syariat dengan sungguh-sungguh, menjalankan perintah agama, dan berusaha membersihkan akidahnya dari perilaku syirik dan bid’ah.

Islam warisan diwakili oleh aswaja, asyairah, nahdatul ulama, tareqat., habeeb, aliran pondok dan pesantren

Manakala Islam anutan diwakili oleh golongan islah, tajdid, sunnah, salafiyah, haraki salafi dan ahli hadits dan atsar

Popular

Iklan

Iklan