Utama Fiqh Ramadhan 18. Gila Dan Pengsan Boleh Membatalkan Puasa

18. Gila Dan Pengsan Boleh Membatalkan Puasa

673
0
Iklan

Susunan Ustaz Adli Khalim
Ringkasan Fiqh Ramadhan:

18. Perkara yang membatalkan puasa: Gila, pengsan sepanjang hari.

يقول اللهُ عزَّ وجلَّ : الصومُ لي وأنا أَجزي به ، يدَعُ شهوتَه وأكلَه وشُربَه من أجلي ، والصومُ جُنَّةٌ ، وللصائم فرحتانِ : فرحةٌ حين يفطِرُ ، وفرحةٌ حين يَلْقَى ربَّه ، ولخُلوفُ فَمِ الصائمِ أطيبُ عند اللهِ من رِيحِ المسكِ
الراوي : أبو هريرة | المحدث : البخاري | المصدر : صحيح البخاري
الصفحة أو الرقم: 7492 | خلاصة حكم المحدث : [صحيح]

Allah `Azza wa Jalla berfirman: “Puasa adalah bagi-Ku. Aku yang memberinya ganjaran. Dia meninggalkan syahwatnya, makannya, dan minumnya kerana Aku. Dan puasa itu perisai. Bagi orang yang berpuasa 2 kebahagiaan; Kebahagiaan ketika berbuka puasa, dan kebahagiaan ketika bertemu Rabbnya. Bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi daripada bau kasturi di sisi Allah.” – Shahih Al-Bukhari, no. 7492.

= = = = = = = = = =

Penjelasan:

1. Para `ulama’ mengatakan seseorang yang pengsan, koma, atau gila terbatal puasanya, kerana berdasarkan hadits Abu Hurairah di atas, orang berpuasa wajib “meninggalkan syahwatnya, makannya, dan minumnya kerana Aku”, iaitu dengan sengaja meninggalkan ketiga-tiga perkata tersebut semata-mata kerana Allah. Sedangkan kesengajaan tidak berlaku kepada yang orang pengsan, koma, dan gila.

2. Namun, sekiranya keadaan tersebut cuma terjadi dalam masa beberapa jam (bukannya bermula dari terbitnya fajar sehingga terbenamnya matahari), puasa mereka masih sah menurut para `ulama’.

3. Beberapa kondisi lain di bidang perubatan yang termasuk dalam kategori ini adalah:

(a) Pesakit yang bernafas dengan alat bantuan pernafasan (ventilated). Contoh: http://medind.nic.in/jao/t11/i2/JIndianSocPedodPrevDent_2011_29_2_155_84690_f6.jpg

(b) Pesakit yang menjalani pembedahan dan diberikan bius seluruh tubuh (general anaesthesia). Contoh: https://encrypted-tbn1.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcRCmXmPplSNm2E0qZ7fxhxGZML8ZY8_Vw4R6rtpN7MCdJMRVklzUQ

= = = = = = = = = =

Hashtag: #fiqhpuasa

Komen dan Soalan