Utama Bilik (05) Fiqhud Dalil 21. Berbekam Dan Menderma Darah Tidak Batalkan Puasa

21. Berbekam Dan Menderma Darah Tidak Batalkan Puasa

211
0
Iklan

Susunan Ustaz Adli Khalim
Ringkasan Fiqh Ramadhan:

21. Perkara yang tidak membatalkan puasa: Berbekam dan menderma darah.

احتجم النبيُّ صلى الله عليه وسلم وهو صائمٌ.
الراوي : عبدالله بن عباس | المحدث : البخاري | المصدر : صحيح البخاري
الصفحة أو الرقم: 1939 | خلاصة حكم المحدث : [صحيح]

Nabi ﷺ berbekam dalam keadaan berpuasa. – Shahih Al-Bukhari, no. 1939.

سئلُ أنسَ بنَ مالكٍ رضي الله عنه: أكنتم تكرهون الحِجامةَ للصائمِ؟. قال: لا، إلا من أجلِ الضعفِ.
الراوي : أنس بن مالك | المحدث : البخاري | المصدر : صحيح البخاري
الصفحة أو الرقم: 1940 | خلاصة حكم المحدث : [صحيح]

Anas bin Malik radhiyallahu `anhu ditanya: “Adakah kalian tidak suka berbekam bagi orang yang berpuasa?” Jawab Anas: “Tidak, kecuali kalau badan menjadi lemah.”

= = = = = = = = = =

Penjelasan:

1. Kedua-dua riwayat di atas menunjukkan bahawa berbekam dibolehkan bagi orang yang berpuasa, cuma tidak disukai sekiranya menyebabkan badan menjadi lemah.

2. Hal ini boleh diqiyaskan kepada derma darah di bank darah atau pengambilan darah untuk ujian makmal, kedua-duanya tidak membatalkan puasa, dan kedua-duanya dibolehkan sekiranya tidak melemahkan badan.

= = = = = = = = = =

Hashtag: #fiqhpuasa

Komen dan Soalan