Utama Blog Halaman 237

05.02.01 Bab Ayat Terakhir Turun Bah. 1

0

#060616 Bilik (09) Ulum al-Quran

05.02.01 Bab Ayat Terakhir Turun (آخر ما نزل) Bhg. 01

#NotaBroSyarief #UlumQuran #UiTOBilik09

Mengenai ayat yang terakhir turun, Ust Manna Qattan telah menyenaraikan 9 pandangan:

1. Dikatakan bahawa ayat terakhir turun adalah ayat Riba. Ianya berdasarkan riwayat dari Ibn ‘Abbas yang menyebutkan:

آخِرُ آيَةٍ نَزَلَتْ عَلَى النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم آيَةُ الرِّبَا‏.‏

“Ayat yang terakhir turun kepada Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam, ialah ayat tentang Riba”

[HR al-Bukhari]

Ayat yang dimaksud ialah,

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَذَرُوا مَا بَقِيَ مِنَ الرِّبَا

“Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kalian kepada Allah dan tinggalkanlah apa yang tersisa dalam riba”

[al-Baqarah(2):278]

2. Dikatakan pula bahawa yang terakhir turun adalah ayat ini,

وَاتَّقُوا يَوْمًا تُرْجَعُونَ فِيهِ إِلَى اللَّهِ

“Dan takutlah kalian akan hari di mana kalian akan dikembalikan, pada hari tersebut, kepada Allah”

[al-Baqarah(2):281]

Pendapat ini disandarkan kepada kepada riwayat dari Ibn ‘Abbas & Sa’id ibn Jubayr,

آخِرُ شَيْءٍ نَزَلَ مِنَ الْقُرْآنِ: (وَاتَّقُوا يَوْماً تُرْجَعُونَ فِيهِ إِلَى اللَّهِ) الْآيَةَ

[HR an-Nasaei]

3. Pendapat seterusnya menyebutkan bahawa ayat yang terakhir turun adalah ayat Hutang.

Ia berdasarkan riwayat dari Sa’id ibn al-Musayyib yang menyebutkan

أَنَّهُ بَلَّغَهُ أَنَّ أَحْدَثَ الْقُرْآنِ عَهْدًا بِالْعَرْشِ آيَةُ الدَّيْنِ

Sungguh, telah sampai makluman kepadanya bahawa ayat al-Quran yang paling baru di ‘Arasy (yakni: yang terakhir turun ke bumi) adalah ayat berkaitan hutang.

[al-Itqan fi ‘Ulum al-Quran]

Ayat yang dimaksudkan ialah,

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا تَدَايَنْتُمْ بِدَيْنٍ إِلَى أَجَلٍ مُسَمّىً فَاكْتُبُوهُ

“Wahai orang-orang yang beriman, apabila kalian terlibat dalam suatu urusan hutang untuk tempoh waktu yang ditetapkan, maka tulislah ia.

[al-Baqarah(2):282]

Mengenai tiga pendapat di atas (yang kelihatan bertentangan antara satu sama lain), apabila dikumpulkan ketiga-tiga riwayat, didapati bahawa ayat-ayat ini (dari ayat 278-282) turun serentak kesemuanya sekaligus sebagaimana ia dilihat tersusun di dalam mushaf, kerana semuanya turun pada satu kisah yang sama.

Disebabkan itu setiap periwayat menyebutkan pada ayat yang diriwayatkan masing-masing bahawa ianya yang terakhir turun, dan ianya sahih, serta tidak berlaku pertentangan di antara ketiga-tiga pendapat di atas.

(Bersambung..)

walLaahu a’lam

Ruj: Mabahits fi ‘Ulum al-Quran, karangan Ust Manna’ Khalil al-Qattan

#BroSyariefShares

32. Doa Selepas Berbuka

0

Susunan Ustaz Adli Khalim
Ringkasan Fiqh Ramadhan:

32. Perkara yang dianjurkan sepanjang bulan Ramadhan: Doa selepas berbuka.

أنّ النبيَّ صلى الله عليه وسلم كان إذا أفطر قال اللهم لك صمت وعلى رزقك أفطرت
الراوي : معاذ بن زهرة | المحدث : أبو داود | المصدر : سنن أبي داود
الصفحة أو الرقم: 2358 | خلاصة حكم المحدث : سكت عنه

Nabi ﷺ ketika berbuka puasa, baginda mengucapkan: “Ya Allah! Aku berpuasa kerana Engkau, dan dengan rezeki-Mu aku berbuka puasa.” – Sunan Abi Dawud, no. 2358.
* Abu Dawud turut meriwayatkan hadits ini dalam kitabnya, Al-Marasil (kitab yang mengumpulkan hadits-hadits mursal).

كان رسول اللهِ صلى الله عليه وسلم إذا أفطر قال ذهب الظمأ وابتلت العروق وثبت الأجر إن شاء الله
الراوي : عبدالله بن عمر | المحدث : أبو داود | المصدر : سنن أبي داود
الصفحة أو الرقم: 2357 | خلاصة حكم المحدث : سكت عنه

Rasulullah ﷺ apabila berbuka, baginda mengucapkan: “Telah hilang dahaga, telah basah tekak, dan telah tetap pahala, insya’allah.” – Sunan Abi Dawud, no. 2357.
* sebahagian mengatakannya dha`if, sebahagian mengatakannya hasan.

= = = = = = = = = =

Penjelasan:

1. Menurut pengarang `Aun Al-Ma`bud, maksud “apabila berbuka (إذا أفطر)” adalah selepas berbuka puasa. Ini bererti ucapan ketika ingin menyuap makanan ke mulut ialah bismillah.

2. Dibolehkan untuk berdoa dengan doa yang dha`if, tanpa menyandarkannya kepada Nabi ﷺ. Inilah pegangan golongan salaf.

= = = = = = = = = =

Hashtag: #fiqhpuasa

31. Berbuka Dengan Apa Yang Mudah Diperolehi

0

Susunan Ustaz Adli Khalim
Ringkasan Fiqh Ramadhan:

31. Perkara yang dianjurkan sepanjang bulan Ramadhan: Berbuka dengan apa yang mudah diperolehi, sama ada air atau seumpamanya.

سرنا مع رسولِ اللهِ صلى الله عليه وسلم وهو صائمٌ ، فلما غربتِ الشمسُ قال: انزلْ فاجدحْ لنا. قال: يا رسولَ اللهِ ، لو أمسيتَ ؟ قال: انزلْ فاجدحْ لنا. قال: يا رسولَ اللهِ، إن عليك نهارًا ، قال: انزلْ فاجدحْ لنا. فنزل فجدحَ، ثم قال: إذا رأيتم الليلَ أقبل من ها هنا ، فقد أفطرَ الصائمُ. وأشار بإصبَعِه قِبَلَ المشرقِ.
الراوي : عبدالله بن أبي أوفى | المحدث : البخاري | المصدر : صحيح البخاري
الصفحة أو الرقم: 1956 | خلاصة حكم المحدث : [صحيح]

Kami dalam perjalanan bersama Rasulullah ﷺ dalam keadaan baginda berpuasa. Ketika matahari terbenam, baginda berkata: “Turunlah, dan buatkan kami minuman.” Lelaki tersebut bertanya: “Ya Rasulullah! Bagaimana sekiranya kita menunggu malam?” Baginda berkata lagi: “Turunlah, dan buatkan kami minuman.” Lelaki tersebut menjawab: “Ya Rasulullah! Sekarang masih siang.” Baginda berkata lagi: “Turunlah, dan buatkan kami minuman.” Lalu lelaki tersebut turun dari tunggangannya lalu membuatkan minuman. Kemudian baginda berkata: “Sekiranya kalian melihat malam dari arah sini, hendaklah orang yang berpuasa berbuka.” Baginda mengisyaratkan telunjuknya ke arah timur.

إذا أَفْطَر أحدُكم فَلْيُفْطِرْ على تَمْرٍ فإن لم يَجِدْ فَلْيُفْطِرْ على ماءٍ فإنه طَهُورٌ
الراوي : سلمان بن عامر الضبي | المحدث : الترمذي | المصدر : سنن الترمذي
الصفحة أو الرقم: 695 | خلاصة حكم المحدث : حسن صحيح

“Apabila salah seorang antara kalian berbuka puasa, hendaklah dia berbuka dengan tamar. Sekiranya dia tidak memperolehi tamar, hendaklah dia berbuka dengan air. Sesungguhnya air itu menyucikan.” – Sunan At-Tirmidzi, no. 695. Kata At-Tirmidzi: Hasan shahih.

كان النبيُّ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ يفطر قبل أن يصليَ على رطباتٍ، فإن لم تكن رطباتٌ فتُميراتٌ، فإن لم تكن تُميراتٌ، حسا حسَواتٍ من ماءٍ
الراوي : أنس بن مالك | المحدث : الترمذي | المصدر : سنن الترمذي
الصفحة أو الرقم: 696 | خلاصة حكم المحدث : حسن غريب

Nabi ﷺ berbuka puasa dengan beberapa biji ruthab (kurma basah) sebelum solat. Sekiranya tiada ruthab, baginda akan berbuka puasa dengan beberapa biji tamar (kurma kering). Sekiranya tiada tamar, baginda akan berbuka puasa dengan air, seteguk demi seteguk. – Sunan At-Tirmidzi, no. 696. Kata At-Tirmidzi: Hasan gharib.

= = = = = = = = = =

Penjelasan:

1. Menurut Ibn Hajar, Al-Bukhari membawakan hadits Nabi ﷺ berbuka dengan air untuk menunjukkan bahawa orang berpuasa tidak diwajibkan berbuka dengan tamar, bahkan cukup dengan apa yang mudah diperolehinya, walaupun sekadar air biasa.

= = = = = = = = = =

Hashtag: #fiqhpuasa

05.01.02 Bab Ayat Awal Turun

0

#040616 Bilik (09) Ulum al-Quran

05.01.02 Bab Ayat Awal Turun (أول ما نزل)

#NotaBroSyarief #UlumQuran #UiTOBilik09 

Setelah membincangkan dua pendapat utama berkaitan ayat-ayat atau surah yang pertama turun, Ust Manna Qattan menambah dua lagi pandangan di dalam bukunya:

3. Ada yang mengatakan yang pertama turun adalah surah al-Fatihah, dan boleh jadi yang dimaksudkan adalah yang pertama turun sebagai surah yang lengkap. 

4. Dan ada juga yang mengatakan Basmalah (yakni: بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ), kerana Basmalah terdapat pada awal setiap surah. 

Adapun dalil-dalil yang mendokong kedua-dua pandangan di atas berstatus Mursal (bermakna ianya lemah). 

Pendapat pertama (Rujuk Nota 05.01.01) yang didokong oleh hadits ‘Aisyah, merupakan pendapat yang terkuat, terpilih dan terkenal. 

az-Zarkasyi menyebutkan di dalam al-Burhan bahawa penyesuaian hadits Aisyah dan hadits Jabir; adalah di mana Jabir telah mendengar dari Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam tentang kisah permulaan wahyu, tetapi dia hanya mendengar hujungnya dan tidak bahagian awal dari kisah tersebut. Jadi, beliau beranggapan bahawa surah al-Muddatstsir itu adalah yang pertama turun, sedangkan tidak. 

Beliau juga menukilkan dari Ibn Hibban yang menyatakan di dalam Sahihnya, 

لَا تَضَادَّ بَيْنَ الْحَدِيثَيْنِ

‘Tiada pertentangan di antara kedua-dua hadits tersebut”

Manakala pendapat yang menyebutkan bahawa surah al-Fatihah adalah pertama turun diriwayatkan dari jalan Abu Ishaq, dari Abu Maysarah, di mana dia menyebutkan: 

كان رسول الله -صلى الله عليه وسلم- إذا سمع الصوت انطلق هاربًا، وذكر نزول المَلَك عليه وقوله: قل {الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ} … إلى آخرها.

Dahulu pernah Rasulullah sallalLaahu ‘alaihi wa sallam, apabila dia mendengar sesuatu suara, dia bangun secara mengejut. Kemudian dia menyebutkan tentang turunnya malaikat kepadanya dengan firmanNya, ‘Bacalah.. al-Hamdu lilLah (Bacaan surah al-Fatihah sehingga selesai) 

al-Qadhi Abu Bakr menyebutkan di dalam al-Intishor, ‘Khabar (di atas) ini adalah Munqati’ (yakni: terputus sanadnya)’

walLaahu a’lam

Ruj: Mabahits fi ‘Ulum al-Quran, karangan Ust Manna’ Khalil al-Qattan

#BroSyariefShares

30. Menyegerakan Berbuka

0

Susunan Ustaz Adli Khalim
Ringkasan Fiqh Ramadhan:

30. Perkara yang dianjurkan sepanjang bulan Ramadhan: Menyegerakan berbuka.

لا يزالُ الناسُ بخيرٍ ما عجَّلوا الفطرَ.
الراوي : سهل بن سعد الساعدي | المحدث : البخاري | المصدر : صحيح البخاري
الصفحة أو الرقم: 1957 | خلاصة حكم المحدث : [صحيح]

“Manusia sentiasa dalam kebaikan selagi mana mereka menyegerakan berbuka puasa” – Shahih Al-Bukhari, no. 1957.

لا يزال الدين ظاهرا ما عجل الناس الفطر لأن اليهود والنصارى يؤخرون
الراوي : أبو هريرة | المحدث : أبو داود | المصدر : سنن أبي داود
الصفحة أو الرقم: 2353 | خلاصة حكم المحدث : سكت عنه

“Agama (Islam) sentiasa mendapatkan kejayaan selagi mana manusia menyegerakan berbuka puasa, kerana Yahudi dan Nashara mengakhirkannya.” – Sunan Abi Dawud, no. 2353.
* hasan menurut Syu`aib Al-Arna’uth.

= = = = = = = = = =

Penjelasan:

1. Sunnah Nabi ﷺ adalah menyegerakan berbuka puasa ketika matahari telah tenggelam. Namun, Syi`ah – laknatullah – telah menyanggahi sunnah ini dengan mengikuti golongan Yahudi dan Nashara, iaitu mereka berbuka ketika bintang-bintang mula kelihatan (bukannya ketika matahari mula tenggelam).

2. Sekiranya seseorang belum yakin masuknya waktu berbuka, dia boleh menunda sedikit waktu berbukanya (untuk beberapa minit), sekadar untuk menyakinkan dirinya bahawa matahari telah terbenam.

= = = = = = = = = =

Hashtag: #fiqhpuasa

29. Menjirus Air Ke Kepala, Mandi.

0

Susunan Ustaz Adli Khalim
Ringkasan Fiqh Ramadhan:

29. Perkara yang dibolehkan sepanjang bulan Ramadhan: Menjirus air ke kepala, mandi.

لقد رأيت رسول اللهِ صلى الله عليه وسلم بًالعرج يصب على رأسه الماء وهو صائم من العطش أو من الحر
الراوي : بعض أصحاب النبي صلى الله عليه وسلم | المحدث : أبو داود | المصدر : سنن أبي داود
الصفحة أو الرقم: 2365 | خلاصة حكم المحدث : سكت عنه

“Aku (salah seorang sahabat) melihat Rasulullah ﷺ di Al-`Araj, baginda menjirus air ke atas kepalanya dalam keadaan berpuasa, kerana dahaga atau terlalu panas.” – Sunan Abi Dawud, no. 2365.
* shahih menurut Syu`aib Al-Arna’uth.

= = = = = = = = = =

Penjelasan:

1. Hadits ini menjadi dalil bolehnya orang yang berpuasa menyiram air ke sebahagian atau ke seluruh tubuhnya. Inilah pendapat jumhur, dan mereka tidak membezakan antara mandi wajib, sunat, atau mubah.

= = = = = = = = = =

Hashtag: #fiqhpuasa

28. Beristinsyaq, Namun Tidak Berlebih-lebihan

0

Susunan Ustaz Adli Khalim
Ringkasan Fiqh Ramadhan:

28. Perkara yang dibolehkan sepanjang bulan Ramadhan: Beristinsyaq (memasukkan air ke hidung), namun tidak berlebih-lebihan.

قلتُ يا رسولَ اللهِ أخبرنِي عن الوضوءِ قال أسبغِ الوضوءَ ، وخلّلْ بينَ الأصابعِ ، وبالغْ في الاستنشاقِ ، إلا أن تكونَ صائمًا
الراوي : لقيط بن صبرة | المحدث : الترمذي | المصدر : سنن الترمذي
الصفحة أو الرقم: 788 | خلاصة حكم المحدث : حسن صحيح

Aku (Laqith Ash-Shabirah) berkata: “Ya Rasulullah! Khabarkan kepadaku tentang wudhu’.” Jawab baginda: “Sempurnakanlah wudhu’, basuhlah di celah-celah jari, dan bersungguh-sungguhlah dalam beristinsyaq melainkan ketika engkau berpuasa.” – Sunan At-Tirmidzi, no. 788. Kata At-Tirmidzi: Hasan shahih.

= = = = = = = = = =

Hashtag: #fiqhpuasa

27. Menggosok Gigi, Walaupun Pada Waktu Petang

0

Susunan Ustaz Adli Khalim
Ringkasan Fiqh Ramadhan:

27. Perkara yang dibolehkan sepanjang bulan Ramadhan: Menggosok gigi, walaupun pada waktu petang.

لَولا أن أشقَّ علَى أمَّتي لأمرتُهم بالسِّواكِ عندَ كلِّ صلاةٍ
الراوي : أبو هريرة | المحدث : الألباني | المصدر : صحيح النسائي
الصفحة أو الرقم: 7 | خلاصة حكم المحدث : صحيح

“Sekiranya tidak memberatkan umatku, aku akan perintahkan mereka untuk bersiwak setiap kali ingin solat.” – Sunan An-Nasa’i, no. 7.
* shahih menurut Al-Albani

= = = = = = = = = =

Penjelasan:

1. An-Nasa’i juga meriwayatkan hadits ini bawah bab:

الرخصة في السواك بالعشي للصائم

Bab: Keringanan untuk bersiwak pada waktu petang bagi orang yang berpuasa.

2. Hadits Abu Hurairah ini tidak membezakan sama ada waktu Subuh atau waktu `Asar, sama ada orang tersebut berpuasa atau tidak.

3. Menurut At-Tirmidzi, Asy-Syafi`i mengatakan tidak mengapa orang yang berpuasa bersiwak pada waktu pagi dan petang, sedangkan Ahmad dan Ishaq tidak suka orang yang berpuasa bersiwak pada waktu petang.

= = = = = = = = = =

Hashtag: #fiqhpuasa

26. Memperbanyakkan Tilawah Al-Qur’an.

0

Susunan Ustaz Adli Khalim
Ringkasan Fiqh Ramadhan:

26. Perkara yang dianjurkan sepanjang bulan Ramadhan: Memperbanyakkan tilawah Al-Qur’an.

كان النبيُّ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ أجودَ الناسِ بالخيرِ ، وكان أجودَ ما يكونُ في رمضانَ ، حينَ يلقاهُ جبريلُ ، وكان جبريلُ عليهِ السلامُ يلقاهُ كلَ ليلةٍ في رمضانَ حتى يَنْسَلِخَ ، يعرِضُ عليهِ النبيُّ صلى اللهُ عليهِ وسلَّمَ القرآنَ : فإذا لَقِيَهُ جبريلُ عليهِ السلامُ ، كانَ أجودَ بالخيرِ من الريحِ المرسلةِ .
الراوي : عبدالله بن عباس | المحدث : البخاري | المصدر : صحيح البخاري
الصفحة أو الرقم: 1902 | خلاصة حكم المحدث : [صحيح]

Nabi ﷺ merupakan orang yang paling pemurah dengan kebaikan. Baginda menjadi lebih pemurah dalam bulan Ramadhan apabila bertemu dengan malaikat Jibril. Malaikat Jibril akan berjumpa baginda setiap malam di bulan Ramadhan sehingga tamatnya Ramadhan. Nabi ﷺ akan membaca Al-Qur’an kepada malaikat Jibril. Apabila Jibril bertemu baginda, baginda menjadi lebih pemurah daripada angin yang bertiup. – Shahih Al-Bukhari, no. 1902.

لم يَفقَهْ من قرأ القرآنَ في أقَلَّ من ثلاثٍ
الراوي : عبدالله بن عمرو | المحدث : الترمذي | المصدر : سنن الترمذي
الصفحة أو الرقم: 2949 | خلاصة حكم المحدث : حسن صحيح

“Seseorang tidak akan memahami Al-Qur’an sekiranya dia membacanya kurang daripada 3 hari.” – Sunan At-Tirmidzi, no. 2949. Kata At-Tirmidzi: Hasan shahih.

= = = = = = = = = =

Penjelasan:

1. Kaum salaf menumpukan kepada tilawah Al-Qur’an sepanjang Ramadhan:

(a) Al-Aswad bin Yazid mengkhatamkan Al-Qur’an setiap 2 malam dalam bulan Ramadhan.

(b) An-Nakha`i mengkhatamkan Al-Qur’an setiap 2 malam hanya pada 10 hari terakhir Ramadhan, sedangkan pada selainnya beliau mengkhatamkan Al-Qur’an dalam tempoh 3 hari.

(c) Qatadah biasanya mengkhatam Al-Qur’an setiap 7 hari, namun pada bulan Ramadhan beliau mengkhatamkannya setiap 3 hari, dan pada 10 hari terakhir Ramadhan beliau mengkhatamkannya pada setiap malam.

(d) Abu Hanifah dan Asy-Syafi`i mengkhatamkan Al-Qur’an sebanyak 60 kali di bulan Ramadhan di luar solat.

(e) Kata Az-Zuhri apabila masuknya bulan Ramadhan: “Sesungguhnya bulan ini adalah bulan tilawah Al-Qur’an dan bulan memberi makan.”

(f) Apabila masuknya Ramadhan, Malik akan meninggalkan majlis bacaan hadits dan majlis-majlis `ulama’, dan beliau akan memfokuskan kepada tilawah Al-Qur’an dengan melihat mushaf.

(g) Apabila masuknya Ramadhan, Sufyan Ats-Tsauri akan meninggalkan ibadah yang lain, dan memfokuskan kepada membaca Al-Qur’an.

(h) Kata Ibn Rajab selepas menyebutkan riwayat-riwayat di atas (dalam kitabnya, Latha’if Al-Ma`arif): “Telah diriwayatkan tentang larangan mengkhatamkan Al-Qur’an kurang daripada 3 hari, ini sekiranya dilakukan secara terus menerus. Adapun pada waktu-waktu yang utama seperti bulan Ramadhan, lebih-lebih lagi pada malam yang dinantikan iaitu Lailat Al-Qadr, atau pada tempat-tempat yang utama seperti Makkah bagi orang yang memasukinya, dan bukan daripada penduduk Makkah, maka disunnahkan untuk memperbanyakkan tilawah Al-Qur’an, untuk memanfaatkan pahala melimpah pada waktu dan tempat.”

= = = = = = = = = =

Hashtag: #fiqhpuasa

25. Bersedekah Dianjurkan Sepanjang Ramadhan

0

Susunan Ustaz Adli Khalim
Ringkasan Fiqh Ramadhan:

25. Perkara yang dianjurkan sepanjang bulan Ramadhan: Bersedekah.

كان النبيُّ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ أجودَ الناسِ بالخيرِ ، وكان أجودَ ما يكونُ في رمضانَ ، حينَ يلقاهُ جبريلُ ، وكان جبريلُ عليهِ السلامُ يلقاهُ كلَ ليلةٍ في رمضانَ حتى يَنْسَلِخَ ، يعرِضُ عليهِ النبيُّ صلى اللهُ عليهِ وسلَّمَ القرآنَ : فإذا لَقِيَهُ جبريلُ عليهِ السلامُ ، كانَ أجودَ بالخيرِ من الريحِ المرسلةِ .
الراوي : عبدالله بن عباس | المحدث : البخاري | المصدر : صحيح البخاري
الصفحة أو الرقم: 1902 | خلاصة حكم المحدث : [صحيح]

Nabi ﷺ merupakan orang yang paling pemurah dengan kebaikan. Baginda menjadi lebih pemurah dalam bulan Ramadhan apabila bertemu dengan malaikat Jibril. Malaikat Jibril akan berjumpa baginda setiap malam di bulan Ramadhan sehingga tamatnya Ramadhan. Nabi ﷺ akan membaca Al-Qur’an kepada malaikat Jibril. Apabila Jibril bertemu baginda, baginda menjadi lebih pemurah daripada angin yang bertiup. – Shahih Al-Bukhari, no. 1902.

= = = = = = = = = =

Hashtag: #fiqhpuasa

Popular

Iklan

Iklan