Utama Bilik (05) Fiqhud Dalil 30. Menyegerakan Berbuka

30. Menyegerakan Berbuka

155
0
Iklan

Susunan Ustaz Adli Khalim
Ringkasan Fiqh Ramadhan:

30. Perkara yang dianjurkan sepanjang bulan Ramadhan: Menyegerakan berbuka.

لا يزالُ الناسُ بخيرٍ ما عجَّلوا الفطرَ.
الراوي : سهل بن سعد الساعدي | المحدث : البخاري | المصدر : صحيح البخاري
الصفحة أو الرقم: 1957 | خلاصة حكم المحدث : [صحيح]

“Manusia sentiasa dalam kebaikan selagi mana mereka menyegerakan berbuka puasa” – Shahih Al-Bukhari, no. 1957.

لا يزال الدين ظاهرا ما عجل الناس الفطر لأن اليهود والنصارى يؤخرون
الراوي : أبو هريرة | المحدث : أبو داود | المصدر : سنن أبي داود
الصفحة أو الرقم: 2353 | خلاصة حكم المحدث : سكت عنه

“Agama (Islam) sentiasa mendapatkan kejayaan selagi mana manusia menyegerakan berbuka puasa, kerana Yahudi dan Nashara mengakhirkannya.” – Sunan Abi Dawud, no. 2353.
* hasan menurut Syu`aib Al-Arna’uth.

= = = = = = = = = =

Penjelasan:

1. Sunnah Nabi ﷺ adalah menyegerakan berbuka puasa ketika matahari telah tenggelam. Namun, Syi`ah – laknatullah – telah menyanggahi sunnah ini dengan mengikuti golongan Yahudi dan Nashara, iaitu mereka berbuka ketika bintang-bintang mula kelihatan (bukannya ketika matahari mula tenggelam).

2. Sekiranya seseorang belum yakin masuknya waktu berbuka, dia boleh menunda sedikit waktu berbukanya (untuk beberapa minit), sekadar untuk menyakinkan dirinya bahawa matahari telah terbenam.

= = = = = = = = = =

Hashtag: #fiqhpuasa

Komen dan Soalan