Utama Bilik (05) Fiqhud Dalil 32. Doa Selepas Berbuka

32. Doa Selepas Berbuka

494
0
Iklan

Susunan Ustaz Adli Khalim
Ringkasan Fiqh Ramadhan:

32. Perkara yang dianjurkan sepanjang bulan Ramadhan: Doa selepas berbuka.

أنّ النبيَّ صلى الله عليه وسلم كان إذا أفطر قال اللهم لك صمت وعلى رزقك أفطرت
الراوي : معاذ بن زهرة | المحدث : أبو داود | المصدر : سنن أبي داود
الصفحة أو الرقم: 2358 | خلاصة حكم المحدث : سكت عنه

Nabi ﷺ ketika berbuka puasa, baginda mengucapkan: “Ya Allah! Aku berpuasa kerana Engkau, dan dengan rezeki-Mu aku berbuka puasa.” – Sunan Abi Dawud, no. 2358.
* Abu Dawud turut meriwayatkan hadits ini dalam kitabnya, Al-Marasil (kitab yang mengumpulkan hadits-hadits mursal).

كان رسول اللهِ صلى الله عليه وسلم إذا أفطر قال ذهب الظمأ وابتلت العروق وثبت الأجر إن شاء الله
الراوي : عبدالله بن عمر | المحدث : أبو داود | المصدر : سنن أبي داود
الصفحة أو الرقم: 2357 | خلاصة حكم المحدث : سكت عنه

Rasulullah ﷺ apabila berbuka, baginda mengucapkan: “Telah hilang dahaga, telah basah tekak, dan telah tetap pahala, insya’allah.” – Sunan Abi Dawud, no. 2357.
* sebahagian mengatakannya dha`if, sebahagian mengatakannya hasan.

= = = = = = = = = =

Penjelasan:

1. Menurut pengarang `Aun Al-Ma`bud, maksud “apabila berbuka (إذا أفطر)” adalah selepas berbuka puasa. Ini bererti ucapan ketika ingin menyuap makanan ke mulut ialah bismillah.

2. Dibolehkan untuk berdoa dengan doa yang dha`if, tanpa menyandarkannya kepada Nabi ﷺ. Inilah pegangan golongan salaf.

= = = = = = = = = =

Hashtag: #fiqhpuasa

Komen dan Soalan