Utama Blog Halaman 222

S26-29: Wacana Politik Fasa Kedua

0

Panel: THTL al-jazani توان حسن

SnJ Wacana Politik Fasa Kedua

S26: Bolehkah politician Non-Muslim menggunakan nas daripada Al-Quran dan As-Sunnah untuk kepentingan manifesto mereka? Begitu juga sebaliknya, adakah Muslim yang liberal boleh qoute daripada kitab mereka (Bible, Veda, dan sebagainya) untuk kaitkan dengan isu-isu mu`amalat?

Jawab:
1. Orang kafir menggunakan AQ &S untuk dijadikan manifesto parti.
Ini tugas Jakim untuk melihat samada ayat tersebut betul tafsirannya begitu seperti yang ada dalam tafsir utama kita, seperti Tafsir Ibn Katsir. Jika tafsirannya betul dan mereka bertujuan memulia dan mengangkat kebenaran Al-Quran, maka tak ada salahnya. Manakala Hadith, kena lihat apakah mereka quote hadith yang sahih dan apakah ia kena dengan takwilnya.

2. Muslim JIL atau Liberal quote dari Bible dan kitab musyrikin

Namapun Liberal, akan tetapi kalau ia menyentuh sensitiviti umat Islam, maka ini kena dimaklumkan kepada Jakim. Tapi jika kenyataan tersebut benar dan logik, maka tak ada salahnya nak quote Bible, Vedas, kata-kata Gandhi, Confucius.

الكلمةُ الحكمةُ ضالَّةُ المؤمنِ ، فحيثُ وجدَها فهو أحقُّ بها
الراوي: أبو هريرة المحدث: ابن القيم – المصدر: مفتاح دار السعادة – الصفحة أو الرقم: 1/283
خلاصة حكم المحدث: له شواهد

Dalilnya: Hikmah adalah barang yang hilang dari orang mukmin. HR termidzi, Ibn Majah, dhaif kata Termidzi, ada penguat kata Ibn Qayim, Miftah.

S27: Apakah definisi politik?
Adakah Nabi ﷺ pernah berpolitik?

Secara bahasa politik Islam atau siyasat berasal dari kata sa-sa yang berarti mengatur, mengurus, memerintah, memimpin, mengarahkan dan mengendalikan sesuatu

كَانَتْ بَنُو إِسْرَائِيلَ تَسُوسُهُمُ الأَنْبِيَاءُ كُلَّمَا هَلَكَ نَبِىٌّ خَلَفَهُ نَبِىٌّ وَإِنَّهُ لاَ نَبِىَّ بَعْدِى وَسَتَكُونُ خُلَفَاءُ فَتَكْثُرُ ». قَالُوا فَمَا تَأْمُرُنَا قَالَ « فُوا بِبَيْعَةِ الأَوَّلِ فَالأَوَّلِ … رواه مسلم عن أبي هريرة

“Dahulu politik Bani Israil selalu dipimpin oleh para nabi. Setiap ada nabi meningggal, maka digantikan oleh nabi berikutnya. Sesungguhnya tidak ada nabi lagi sesudahku. Dan akan ada para khalifah lalu mereka menjadi banyak”. Sahabat bertanya: “Lalu apakah perintahmu kepada kami?”, beliau menjawab: “Penuhilah baiat khalifah yang pertama, lalu khalifah yang pertama…”. HR Muslim

2. Apakah Nabi pernah berpolitik?

Susah tentu, bahkan seluruh orientalis mengakui Nabi adalah seorang Nabi dan Politikus.

Bukti kecekapan politik terbukti dalam menyatukan suku Aus dan Khazraj menjadi kaum ansar dan disatukan pula dengan muhajirin, baginda membangun piagam Madinah, mengawal dan menghapuskan Yahudi di arabia, memimpin perang sebanyak 18 kali, bijak dalam perjanjian dan kerjasama, MOU dgn King Negus dan kabilah-kabilah arab, bijak dalam perjanjian Hudaibiah dan penguasaan muktamad ke atas kota Mekah dan Hijaz dan memberi ampun amnesty adalah skil politik Nabi yang amat tinggi. Dalil:

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُوْلِ اللهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللهَ وَالْيَوْمَ اْلآخِرَ وَذَكَرَ اللهَ كَثِيْرًا

“Sesungguhnya pada diri Rasulullah ada teladan yang baik bagimu, yaitu bagi orang yang mengharap Allah dan hari akhir serta banyak berdzikir kepada Allah.” (Al-Ahzab: 21)

Politik termasuk teladan yang ada pada Nabi saw (Dr Dhiyauddin Rais, nadzhariyat al-siyasatul islami)

S28: Adakah kaedah kempen PRU yang diamalkan sekarang dibenarkan oleh syara`?

Ia mengikut lunas-lunas demokrasi dan diselia oleh SPR. Ia tidak wujud dalam politik Islam kerana demokrasi adalah baru diperkenalkan kepada umat islam setelah sekian lama di bawah samada sistem dinasti-monarki, Raja atau diktator. Kempen PRU adalah harus jika setiap parti fokus kepada manifesto, calon yang berkualiti dan kempen yang bersih.

S29: Apakah hukum mengundi dalam pilihanraya? Apakah pula hukum orang yang tidak mahu mengundi?

Malaysia adalah negara demokrasi dan proses memilih ketua ke parlimen adalah melalui peti undi atau PRU (pilihanraya Umum). Ini sudah ditentukan oleh pendiri atau pengasas Malaysia moden sejak 1957. Maka tidak perlu lagi membahaskan apakah demokrasi halal atau haram. Kerana ia akan merugikan masa depan islam dan umatnya memandangkan umat islam di Malaysia hanya memiliki majority yang tipis.

Hukum keluar mengundi banyak dijelaskan oleh syaikh Qardhawi, antara ulama yang paling banyak menulis dalam isu demokrasi dan PRU. Beliau mengatakan hukum mengundi adalah wajib kerana dari undi itulah seseorang memilih dan memberi bai’ah kepada pemimpin atau wakil rakyat ke parlimen.

Dalilnya:
“Sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja ialah yang kuat lagi amanah” (Surah al-Qasas:26)

“bekerja” maksudnya bekerja untuk rakyat. Maka undi itu untuk memenangkan calon atau parti yang kuat dan amanah untuk memimpin negara dan berkhidmat untuk rakyat. (Qardhawi, fi Fiqh Dawlah)

TKK 82/131: Yang Kuat Memakan Yang Lemah (أن القوي يأكل الضعيف )

0

Dalil hadith:

 

عن عائشة رضي الله عنها قالت :دخل علي رسول الله صلى الله عليه وسلم وهو يقول:«يا عائشة قومك أسرع أمتي بي لحاقا »قالت :فلما جلس قلت :يا رسول الله جعلني الله فداك لقد دخلت وأنت تقول كلاما ذعرني.قال:«وما هو؟»قالت :تزعم أن قومي أسرع أمتك لحاقا.قال:«نعم »قالت :ومم ذاك؟قال :«تستحليهم المنايا(1) وتنفس عليهم أمتهم »قالت :فقلت فكيف الناس بعد ذلك أو عند ذلك ؟قال :«دبي يأكل شداده ضعافه حتى تقوم الساعة»قال أبو عبد الرحمن :فسره رجل هو الجنادب التي لم تنبت أجنحتها.

رواه أحمد وصححه الألباني في السلسة الصحيحة رقم (1953)

Dari Aisyah ra, katanya:

” suatu ketika Rasulullah saw masuk ,”Ya Aisyah, bahawa kaummu adalah yang paling pantas mengikutiku dari kalangan ummatku. ” Ketika Nabi duduk, aku bertanya,” Ya Rasulullah, demi diriku menjadi tebusan di hadapan Allah, sungguhnya saya khuatir mendengar ungkapan dikau.” Nabi berkata, “yang mana satu?” Saya menjawab,” ungkapan, bahawa kaumku adalah kaum yang paling cepat menyusulmu. ” Nabi bersabda,” ya benar.” aku bertanya lagi,” bagaimana itu boleh terjadi?” Nabi bersabda lagi,” Mereka akan didatangi kematian sedangkan kaum lain amat dengki dengan mereka. ” Aku bertanya lagi,” bagaimana keadaan manusia ketika itu?? Nabi menjawab: “mereka seperti serangga (Daba), yang kuat memakan yang lemah.”

Berkata abu abdul Rahman, ada orang menafsirkan, seperti serangga yang belum tumbuh sayap.”

(HR Ahmad, disahihkan al-Albani, silsilah al-sahihah, no 1953)

 

Syarah

Ia mengenai teori Darwin, “survival of the fittest” yang masyhur.

Darwin mengeluarkan teori alamiah, yang lemah akan dimakan atau didominasi oleh yang kuat, laksana anak serangga yang belum tumbuh bulu, dimakan oleh haiwan pemangsa yang lain. Ini sudah berlaku, di mana kuasa Barat sebagai kaum Imperealis akhir zaman. Mendominasi dunia ketiga dan menjadikan kaum yang lemah mangsa. Sedangkan Islam ketika menguasai dunia, mereka menjadi Polis Dunia yang sebenar, menjaga dunia dan menghalang kuasa-kuasa jahat dan rakus dari menzalimi negara-negara yang lemah.

Hari ni didepan kita, bagaimana kuasa-kuasa superpower mendominasi negara-negara miskin. Memanipulasi ekonomi dunia dan menjadi Polis Dunia yang berat sebelah.

TKK 85/131: Harta Melimpah Ruah (استفاضة المال وكثرته بين الناس)

0

Dalil hadith:

فعن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال :«لا تقوم الساعة حتى يكثر فيكم المال فيفيض حتى يهم رب المال من يقبله منه صدقة ويدعى إليه الرجل فيقول لا إربا لي فيه> صحيح البخاري برقم 1346

Dari Ab Hurayra, bahawa Nabi saw bersabda,

” Kiamat tidak akan terjadi hingga harta melimpah di kalangan kamu. Pemilik harta akan berkeliling untuk mencari penerima sedekahnya (zakatnya) dan ketika ia menyeru seseorang untuk diberikan sedekah, orang tadi akan menjawab, “saya tidak memerlukannya.”

(Muttafaq ‘alaih, Bukhari no 1346)

 

Dalil hadith:

وعن أبي موسى الأشعري رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم قال :«ليأتين على الناس زمان يطوف الرجل فيه بالصدقة من الذهب ثم لا يجد أحدا يأخذها>

Dari Abu Musa ra, bahawa Nabi saw bersabda,

akan tiba masanya bagi manusia di mana pemilik harta akan berkeliling mencari orang yang sudi menerima sedekahnya dari emas akan tetapi tidak ada orang pun yang sudi menerimanya.”

(HR Muslim 1012)

 

Syarah:

Menurut al-Hafiz, ada lima tafsiran akan fenomena ajaib ini. Ia ajaib kerana para sahabat hidup dalam serba kemiskinan dan kekurangan, bahkan Nabi saw sendiri hanya ada kurma dan air sahaja di rumahnya. Kebanyakan manusia pada zaman itu hidup dalam kemiskinan dan saling menyerang negara lain untuk mendapatkan hartabenda. Apakah fenomena harta melimpah ruah berlaku selepas itu atau akan datang?

Fenomena harta melimpah ada 5 kemungkinan:

1) Ia berlaku di zaman sahabat, zaman khulafa arrashidin, di mana mereka berjaya menakluki Rome, Farsi dan Yemen. Mereka memunggah ke Madinah harta rampasan perang yang banyak.

2) Ia berlaku di zaman Khalifah Ummayah, Umar bin Abdul Aziz ra. Sahih, di zaman sahabat, mereka berjaya menguasai Syria, Turki dan Farsi. Namun harta masish diperlukan, masih ramai fakir. Tapi di zaman Umar Abd Aziz, memang tidak ada penerima zakat.

3) Harta melimpah ruah di zaman Jesus dan al-Mahdi di akhir zaman. Ini pendapat majoriti ulamak hadith. Fathul Bari 13:89

4) Ia berlaku sekarang menurut Dr Muhammad al-Mubayyadh (al-Mausooah). Ia adalah fenomena di GCC, Saudi, Dubai, UAE, Qatar, Kuwait dan Abu Dhabi. Kemewahan yang melanda negara Teluk dengan pembangunan yang amat pesat.

5) Ia berlaku di akhir zaman, di mana terjadi banyak fitnah, pembunuhan, peperangan, bencana, hingga manusia tidak berminat lagi dengan harta benda. Akan terjadi sesuatu yang dahsyat sehingga manusia hilang minat kepada harta.

TKK 84/131: Meluasnya Rumawi Dan Merudumnya Arab ( كثرة الروم و قلة العرب)

0

Dalil hadith:

عن المستورد القرشي انه قال لعمرو بن العاص: تقوم الساعة و الروم اكثر الناس فقال له عمرو بن العاص: ابصر ما تقول ؟ قال: اقول لك ما سمعت من رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال عمرو بن العاص” ان تكن قلت ذلك ان فيهم لخصالا اربعا:

– انهم لاسرع الناس كرة بعد فرة(2)

– وانهم لخير الناس لمسكين وفقير وضعيف

– وانهم لاحلم الناس عند فتنة

– الرابعة حسنة جميلة وانهم لامنع الناس من ظلم الملوك>رواه مسلم; باب تقوم الساعة والروم أكثر الناس: رقم 289

Terj: Dari al-Mastaurid al-Qarshi, bahawa dia berkata kepada `Amru bin al-`Ash,
” Tibanya Kiamat ketika itu yang paling ramai manusia ialah bangsa Rumawi.” Lalu `amru mengulas, “sedarkah apa yang engkau katakan itu?” Ujar al-Mastaurid, “aku dengar sendiri dari Nabi saw.” Ulas `Amru,” Jika engkau benar-benar mengambilnya dari Nabi, bangsa Rom memiliki empat ciri khusus:

1) Bangsa yang paling cepat bangkit dari malapetaka

2) Paling baik menangani orang orang miskin, faqir dan lemah

3) Bijak menangani fitnah

4) Memiliki sistem terbaik dalam menolak kezaliman penguasa

(HR Muslim, bab tibanya qiamat dan Rom bangsa majoriti, no 2898, cetakan syarah Nawawi)

Hadith 2:

وعن ام شريك انها سمعت النبي صلى الله عليه وسلم يقول « ليفرن الناس من الدجال(4) في الجبال. قالت ام شريك: يا رسول الله فاين العرب يومئذ؟ قال « هم قليل >

Dari Ummu Syarik, bahawa dia mendengar nabi saw bersabda,

” Sesungguhnya manusia melarikan diri dari Dajjal atau pendusta besar sehingga ke bukit bukau. Tanya Ummu Syarik, ” di manakah orang Arab ketika itu? Jawab beliau,” Jumlah arab adalah sedikit.”

(HR Muslim)

 

Syarahnya:

Berkata Qurthubi, Nabi menyebut Rom bermaksud bangsa yang dinisbahkan kepada Asyfar bin Rome bin Ish bin Nabi Ibrahim AS, yakni cicit kepada Ibrahim AS. Ini asas kepada bangsa Eropah dan kemudian berhijrah ke USA.

Ulas Dr al-Arifi, KSA, disebut Rome juga bermaksud bahasa Inggeris atau bahasa Inggeris menjadi bahasa dunia mengalahkan bahasa Arab.

Kesimpulan:

Ini tanda yang telah terjadi. Di mana bangsa Eropah atau kulit putih mendominasi dunia dalam serba serbi, bilangan, politik, komersial, sukan, media, teknologi dan bahasa komunikasi (english, french, german dan italia)

TKK 83/131: Tidak Berhukum Dengan Hukum Allah (ترك الحكم بما أنزل الله )

0

Dalil hadith:

لَيُنقَضَنَّ عُرَى الإسلامِ عُروَةً عُروَةً فَكلَّما انتقضَت عُروَةٌ تشَبَّثَ النَّاسُ بِالَّتِى تليها وأوَّلُهنَّ نَقضًا الحُكمُ وآخِرُهنَّ الصَّلاةُ

الراوي : أبو أمامة الباهلي | المحدث : الوادعي | المصدر : صحيح دلائل النبوة

الصفحة أو الرقم: 647 | خلاصة حكم المحدث : حسن

Dari Abu Umamah al-Bahily ra bahawa Nabi saw bersabda,

“Akan terurai ikatan Islam satu persatu. Setiap ikatan yang terurai, manusia akan bergantung kepada ikatan yang seterusnya. Yang pertama kali terungkai ialah hukum dan yang terakhir terungkai ialah Shalat.”

(HR Ahmad, dinilai hasan oleh al-Waad’iy, sahih Dalail Nubuwwah, 647)


Kata Syaikh Dr Abd Rahman al-Arifi,

Berhukum dengan hukum Allah adalah suatu tuntutan yang agung sebagaimana


firman Allah swt:


ومن لم يحكم بمآ أنزل الله فأولئك هم الكافرون
Barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan Allah, maka mereka itulah orang kafir

(AQ 5:44)


Syarah:


Salah satu petanda Kiamat ialah binaan atau ikatan atau ajaran Islam akan terungkai satu persatu. Yang pertama terungkai ialah hukum syariat dan yang akhir sekali sebelum Kiamat ialah manusia tidak lagi solat. Ini tanda Kiamat yang sedang berlaku, di mana kebanyakan negara OIC tidak lagi menerapkan syariat sepenuhnya melainkan terbatas kepada hukum kekeluargaan Islam sahaja, manakala jinayah atau hudud, civil, perdagangan dan antarabangsa mereka terapkan hukum UK, Perancis, Itali, USA dan negara EC yang lain.


Tambahan:

Kajian-kajian pakar motivasi tempatan dan IPTA tempatan mendapati, peratus umat Islam Islam tidak solat amat tinggi, juga peratus tidak solat berjamaah dan solat Jumaat. Begitu juga ilmu tentang Fiqh Solat yang betul, amat sedikit yang mengetahui Fiqh Solat Cara Nabi saw. Ini menunjukkan ikatan terakhir agama yakni solat, sudah mula terungkai di zaman kita.

TKK 80 & 81 Kemunculan Orang Yang Menjadi Saksi Tanpa Dipinta, Suka Tabur Janji Tapi Tidak Dikotakan (ظهور قوم يشهدون ولا يستشهدون وظهور قوم ينذرون ولا يوفون )

0

Ia sambungan dari Hadith no TKK 79.

Ada 2 fenomena:


1. Kaum yang menjadi saksi padahal mereka tidak diminta menjadi saksi
cth paling ketara ialah PRU atau pilihanraya Umum, maka muncul orang yang dinamakan pengundi hantu atau warga asing yang diberi kerakyatan dan mereka ini menjadi pengundi.

2. Orang yang suka tabur Janji tapi tidak mengotakannya.
Ini fenomena manifesto dan janji wakil rakyat. Banyak janji dan manifesto, tapi tidak dikotakan. Setiap kali PRU, manifesto dibuat dan semasa berkempen, banyak janji yang kita dengar, tetapi ia hanya janji sahaja.

TKK 79/131: Banyaknya Fenomena Manusia Obes Kegemukan ( أن الناس يكثر فيهم السّمن)

0

Dalil hadith:

عن عمران بن حصين رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم قال:«خير أمتي قرني ثم اللذين يلونهم ثم الذين يلونهم ثم إن بعدهم قوما يشهدون ولا يستشهدون ويخونون ولا يؤتمنون وينذرون ولا يوفون ويظهر فيهم السمن>

Dari Imran bin Hushain, ra, bahawa Nabi saw bersabda:
” Sebaik-baik umatku adalah generasiku sekarang, kemudian yang sesudahnya (tabi’in) dan kemudian selepas itu (tabi’-tabi’ien). Selepas itu akan muncul satu kaum yang bersaksi padahal tidak diminta menjadi saksi, khianat dan tidak amanah, banyak janji kosong yang tidak pernah dikotakan dan muncul fenomena obesiti di kalangan mereka.”

(Muttafaq alaih)

Syarah:

Memang sudah masyhur hadits ini, bahawa sebaik-baik kurun adalah kurun salaf (sahabat, tabi’iin dan tabi’-tabi”in). Mereka tidak pernah manjakan diri mereka, banyak berjalan, banyak di atas belakang kuda dan unta. Dizaman kita, tidak ada lagi berjalan kaki, paling kurang menunggang motor dan kereta yang melimpahi jalanraya dan bekerja didalam bilik berhawa dingin. Makanan  kebanyakkannya semua makanan segera. Maka muncullah fenomena obes atau kegemukan di zaman kita dan ia merupakan tanda Kiamat yang kecil.

TKK 78/131: Ambil Upah Dari Pembacaan Al-Qur’an (أخذ الأجرة على قراءة القرآن )

0

Dalil hadith:

عن عمران بن حصين رضي الله عنه أنه مر برجل وهو يقرأ على قوم فلما فرغ سألهم مالا!.

فقال عمران :إنا لله وإنا إليه راجعون إني سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول:«من قرأ القرآن فليسأل الله تبارك وتعالى به فإنه سيجيء قوم يقرءون القرآن يسألون الناس به >

رواه أحمد وحسنه الأرنؤوط في تعليقه على السند

Dari jalur Imran bin Hushain ra bahawa suatu ketika dia pernah melewati seorang yang sedang membaca AQ kepada suatu kaum. Seusai membacanya, dia meminta upah dari bacaannya itu.
Maka berkata Imran : إنا لله وإنا إليه راجعون (ungkapan istirja’),
” sesiapa yang membaca AQ, hendaklah dia pohon sesuatu dari Allah sahaja. Akan tiba diakhir zaman kelak satu kaum yang membaca AQ dan meminta habuan dari bacaaanya.”

(HR Ahmad, dihasankan oleh syaikh al-Arnaouth)

عن جابر بن عبد الله رضي الله عنه قال :خرج علينا رسول الله صلى الله عليه وسلم ونحن نقرأ القرآن وفينا الأعرابي والأعجمي فقال:«اقرءوا فكل حسن وسيجيء أقوام يقيمونه كما يقام القدح ويتعجلونه ولا يتأجلونه

رواه أبو داود وصححه الألباني في السلسة الصحيحة رقم (259)

Dari Jabir pula, ketika kami membaca AQ, Rasulullah saw keluar dari kamarnya menemui kami. bersama kami beberapa orang Arab kampung dan bukan Arab.

Baginda saw pun bersabda,

” Bacalah AQ kerana setiap bacaan kamu mendatangkan pahala, namun akan datang kelak beberapa jenis kaum yang membaca AQ seperti panah, kelamkabut (membacanya) dan tidak sabar.”

(HR Abu Daud di nilai sahih oleh albani)

Syarah Dr al-Arifi:

Di zaman salaf, umat Islam yang terbaik membaca AQ semata-mata ibadat, bukan alat mencari habuan dunia. Tapi di akhir zaman, Al-Qur’an dijadikan profesi dan kerjaya cari makan.

Ulasan thtl:

Ini tanda yang berlaku. Cuba lihat pertandingan tilawah yang diadakan saban tahun. Lihat hadiahnya, RM50,000, jongkong emas, pakej haji dan umrah, dan sebangainya. Juga adanya orang yang mengambil upah membaca Al-Qur’an pada hari kematian khususnya kematian orang kaya dan politik.

TKK 77/131: Merebaknya Zina Yang Dilakukan Secara Terbuka (ظهور الفاحشة والمجاهر بها)

0

Petanda seterusnya ialah merebaknya seks bebas (zina) dan  ia dilakukan secara terbuka, terang-terangan.

Dalil hadith:

عن أنس بن مالك رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال:«لا تقوم الساعة -أو قال: إن من أشراط الساعة :أن يرفع العلم ويظهر الجهل ويشرب الخمر ويفشو الزنا ويذهب الرجال ويبقى النساء حتى يكون لخمسين امرأة واحد>

Dari Anas, bahawa Nabi saw bersabda,

” tidak akan berlaku Kiamat hingga diangkatnya ilmu, merata kebodohan, seks bebas, arak, kurangnya kaum lelaki dan bertambah banyak kaum perempuan sehingga sampai satu tahap, satu lelaki menyamai 50 wanita.”

(Muttafaq alaih, Bukhari no 79)

ليَكوننَّ مِن أمَّتي قومٌ يستحلُّونَ الحِرَ والحريرَ والخمرَ والمعازفَ

الراوي : أبو عامر أو أبو مالك الأشعري | المحدث : ابن الصلاح | المصدر : الباعث الحثيث

الصفحة أو الرقم: 1/124 | خلاصة حكم المحدث : ثابت

Dari Abu Malik al-‘Asy’ary ra bahawa Nabi saw bersabda,

” akan muncul dari ummatku golongan yang menghalalkan zina, sutera (untuk lelaki), arak dan alat muzik.”

(Ibn Solah, al-Ba’ith, 1:124, thabit dari hadith Bukhari)

Syarah Dr Muhammad al-Mubayyadh,

الموسوعة في الفتن والملاحم وأشراط الساعة

1. Merebaknya seks bebas/zina kerana perundangan manusia tidak menghukum zina sebagaimana hudud, atau hukumannya tidak keras. Bila perundangan syariah diketepikan atau hukumannya diringankan, maka zina akan berleluasa.

2. Wujudnya kerjaya pekerja seks atau sexual worker atau industry seks, bahkan industri seks adalah kerjaya tertua di dunia. Banyak negara Islam sendiri menghalalkan industry seks secara halus atau paling ketara membenarkan industri hiburan berkembang tanpa kawalan.

Maka kesimpulan, ia sudah ketara sekarang akan merebaknya zina dan gejala bohsia, dan buang bayi sering sekali dipaparkan di kaca media.

TKK 75 & 76: Banyaknya kaum Wanita, Sedikitnya Lelaki (كثرة النساء- و قلة الرجال)

0

Dalil hadith:

عن أنس بن مالك رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال:«لا تقوم الساعة -أو قال: إن من أشراط الساعة :أن يرفع العلم ويظهر الجهل ويشرب الخمر ويفشو الزنا ويذهب الرجال ويبقى النساء حتى يكون لخمسين امرأة واحد>

Dari Anas, bahawa Nabi saw bersabda,

” tidak akan berlaku Kiamat hingga diangkatnya ilmu, merata kebodohan, seks bebas, arak, kurangnya kaum lelaki dan bertambah banyak kaum perempuan sehingga sampai satu tahap, satu lelaki menyamai 50 wanita.”

(Muttafaq alaih, Bukhari no 79)

 

Syarah:

Khilaf akan dua tanda ini, statistik bilangan gender, 1:50 yakni satu lelaki menyamai 50 perempuan. Ia belum berlaku kata Imam Nawawi kerana ia merujuk kepada statistik akhir zaman yang terjadi banyak peperangan (syarah Muslim, 4:118 dan Imam In Hajar al-Fath, 9:243

 

Namun, menurut dua Imam ini, di zaman dulu pun pernah terjadi, ketika Islam menakluk kawasan yang luas, di mana ramai lelaki di bunuh dan perempuan mereka menjadi hamba sahaya dan satu tentera Islam dapat menguasai sejumlah perempuan.

Begitu juga pada perang dunia 1 dan 2, di mana di Eropah memang statistik kaum wanita lebih ramai kerana lelaki terbunuh dengan jumlah yang besar kerana kerahan tenaga.

Ia juga boleh difahami secara maknawi, dimana rosaknya kaum lelaki sehingga sulitnya kaum wanita ingin mencari lelaki sebagai teman hidupnya.

 

Rumusan:

Pendapat Imam nawawi dan Imam Ibn Hajar, yang paling rajih atau kuat ialah ia berlaku di akhir zaman, di mana akan berlaku banyak perang dan ramai lelaki akan terbunuh.

WaLlahua’lam

Popular

Iklan

Iklan