Utama Blog Halaman 206

Jangan Jahil Mengenai Arak

0

UiTO Channel: Tazkirah Harian

~Tadabbur Kalamullah 15 Muharram 1437H~

يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ ۖ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَا أَكْبَرُ مِنْ نَفْعِهِمَا ۗ

“Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya”
[Surah al-Baqarah 219]

#Prof.Dr.Mahmud Yunus menukilkan dlm Tafsir Mahmud Yunus: “Jelaslah sebenarnya arak ada manfaatnya seperti memanaskan tubuh, menghilangkan dukacita dan sebagainya. Tetapi mudaratnya jauh lebih besar daripada manfaatnya kerana ia membahayakan kesihatan badan dan fikiran malah ia satu pembaziran”

#Dalam tulisan Dr.Zulkifli Mohamad al-Bakri bertajuk Hukum Berkaitan Arak membawa beberapa info yang wajib difikirkan:

1. Seorang doktor dari Jerman berkata: “Orang yang banyak meminum arak, jika umurnya 40 tahun, maka tubuh dan fikirannya seperti orang yang berumur 60 tahun”

2. Zarro Aga merupakan seorang peladang Turki berusia lebih 100 tahun namun kekuatan tubuh dan fikirannya seperti orang muda. Orang bertanya mengenai amalan di sebalik kesihatannya. Dia mengatakan bahawa dia tidak pernah minum arak sejak kecil.

3. Ramai para doktor bersepakat bahawa bahaya arak lebih besar daripada manfaatnya. Ini seolah-olah mereka menerima keterangan al-Quran yang diturunkan sudah lebih 1300 tahun dahulu.

4. Dr.Umar Baqir Salih dalam kajiannya berkata: “Berkenaan arak dan kesan-kesannya, data statistik Badan Kesihatan Dunia (WHO) menjelaskan bahawa faktor-faktor kematian yang berpunca daripada pengambilan minuman keras dan hal-hal yang berkaitan arak, menduduki tangga teratas dalam rekod penyebab kematian di Amerika Syarikat, Perancis dan beberapa negara lain”

#Sabda Nabi saw: “Semua minuman yang memabukkan itu ialah khamar dan setiap khamar itu haram” (HR Muslim dan Ahmad)

#Sabda Nabi saw lagi: “Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari Akhirat maka janganlah dia bersama-sama dalam satu jamuan yang terdapat peminum arak” (HR Abu Dawud)

~Para ulamak sepakat bahawa HARAM duduk bersama-sama orang yang sedang minum arak dalam sesuatu majlis sekalipun dia tidak meminumnya.

♡Jauhi diri daripada segala larangan-larangan Allah swt moga-moga kita layak dinobatkan sebagai hamba yang soleh♡

Telegram:
telegram.me/tadabburkalamullah
(Buka link 👆 dan klik join)

Pasar Bani Qainuqa’

0

Pasar Bani Qainuqa’

Pasar Bani Qainuqa’ adalah antara pasar yang wujud di Madinah yang paling maju dan masyhur di Madinah. Kawasan dan tapak perniagaan di pasar ini diurus selia oleh Yahudi.

Kenapa pasar Bani Qainuqa’ masyhur? Mengikut pengkaji tamadun arab, pasar ini juga dikenali sebagai pasar tukang emas/goldsmith market, kerana emas-emas dilebur dan dijadikan barang perhiasan. Seperti mana satu hadis yang diriwayatkan dalam Musnad Ahmad mafhumnya:

“Sayidina Ali r.a telah mendapat seekor unta betina, dihadiahkan seekor unta betina yang sudah tua oleh Rasulallah SAW daripada khumus Badar (pembahagian ghanimah).

Suatu hari beliau telah meletakkan/mendudukkan unta tersebut di hadapan rumah seorang Ansar untuk dimuatkan Izhkir sambil ditemani oleh seorang tukang emas dari pasar Bani Qainuqa’. Kata pensyarah, Sayidina Ali r.a bercadang daripada Izhkir yang dikutip akan dijual kepada tukang emas untuk mendapat sedikit wang untuk persiapan walimah beliau dengan Fatimah r.a. Beberapa ketika semasa Sayidina Ali r.a sibuk dengan urusannya, Hamzah bin Abi Talib r.a telah keluar dalam keadaan mabuk (sebelum pengharaman arak) lalu memotong perut unta tersebut.”

Cerita ini menggambarkan bahawa para sahabat Nabi berurus niaga di pasar Bani Qainuqa’. Begitu juga tentang Sayidina Usman yang berniaga di pasar tersebut.

Berkenaan kisah yang dicatatkan oleh Ahli Sirah yang disebutkan sebagai serangan ke atas Yahudi di pasar Bani Qainuqa’. Serangan ke atas Yahudi di Bani Qainuqa’ adalah respons terhadap perlakuan yang dilakukan oleh sekumpulan Yahudi ke atas penduduk Islam. Namun jika kita baca kitab-kitab sirah sangat banyak cerita yang disebutkan dan dari pelbagai versi cerita.

Punca terjadinya peristiwa ini

Saya tidak mahu mentarjih riwayat-riwayat tersebut cuma cukup sekadar saya katakan bahawa ringkasnya maruah seorang wanita Islam telah diperendahkan/dipersendakan. Maka Rasulallah ﷺ setelah mendapat maklumat lengkap telah menghantar sekumpulan sahabat untuk bertindak mengepung perkampungan Bani Qainuqa’ dan semua lelaki telah ditawan.

Setelah disemak, baik penulis Rahimahullah tidak memilih kisah wanita tersebut menjadi punca kepada serangan, sepertimana saya sebutkan bahawa punca serangan ini memang menjadi khilaf antara ahli tarikh.

Penulis rahimahullah telah memilih kisah di mana beberapa orang Yahudi telah mengalunkan qasidah dan syair peperangan Buath yang telah mengimbau dan mengguris hati di kalangan Aus dan Khazraj yang masih segar dalam ingatan mereka yang baru berlalu kurang dari 5 tahun peristiwa tersebut. Maka Aus dan Khazraj telah terpengaruh dengan provokasi tersebut.

Semenjak dari peristiwa ini Rasulallah ﷺ telah mengarahkan ehwal orang Islam di pasar tersebut di pantau sehingga berlaku peristiwa yang disebutkan di atas yang menjadi alasan TERAKHIR dan alasan yang KUAT untuk serangan dan pengusiran ke atas Yahudi Bani Qainuqa’.

Maka jika kita mendapat dakwaan dari orientalis serangan ke atas Bani Qainuqa’ adalah serangan yang tidak munasabah dan tindakan keganasan kerana disebabkan satu peristiwa ianya adalah juga mungkin disebabkan kesalahan pendakwah kita yang menceritakan sebahagian sahaja.

Apa yang berlaku di pasar Bani Qainuqa’

Tindakan untuk mengusir semua lelaki dewasa Bani Qainuqa’ dari kediaman mereka yang bersempadan dengan kawasan umat Islam adalah wajar. Manakala tindakan Rasulallah ﷺ membunuh lelaki daripada Bani Qainuqa’ yang terlibat dalam plot menjatuhkan maruah umat Islam juga adalah wajar, kerana ianya juga termaktub di dalam hukum agama Yahudi di antara 613 perkara di dalam kitab Taurat.

Namun dengan perantaraan Abdullah bin Ubai, lelaki-lelaki tersebut dibebaskan dengan syarat segala harta dan tanah dan perniagaan mereka di pasar tersebut diserahkan kepada umat Islam dan semua mereka diusir dari kediaman mereka.

Hadis-hadis berkaitan Pasar Bani Qainuqa’

“Telah menceritakan kepada kami ‘Abdul ‘Aziz bin ‘Abdullah, telah menceritakan kepada kami Ibrahim bin Sa’ad, dari bapaknya, dari kakeknya berkata; ‘Abdurrahman bin ‘Auf, radliallahu ‘anhu berkata, ketika kami sampai di Madinah; Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mempersaudarakan antara aku dengan Saad bin ar-Rabi’, lalu Saad bin ar-Rabi’ berkata; “”Aku adalah orang Anshar yang paling banyak hartanya, maka aku beri separuh hartaku untukmu, kemudian lihatlah di antara kedua isteriku siapa yang engkau suka nanti akan aku ceraikan untukmu, jika ia telah halal maka nikahilah””.

Perawi berkata; “”Maka ‘Abdurrahman berkata kepadanya; “”Aku tidak memerlukan itu. Begini saja, apakah ada pasar yang sedang berlangsung transaksi jual beli saat ini?”” Sa’ad menjawab: “”Pasar Qainuqa'””.

Perawi berkata; “”Lalu Abdur Rahman pergi ke sana, ia membawa keju dan minyak samin. Perawi berkata lagi; “”Dia melakukan hal itu pada hari-hari berikutnya. ‘Abdurrahman tetap berdagang di sana hingga akhirnya ia datang dengan mengenakan pakaian yang bagus dan penuh aroma wewangian. Maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bertanya: “”Apakah engkau sudah menikah?”” Dia menjawab; “”Ya, sudah””. Lalu beliau bertanya lagi: “”Dengan siapa?”” Dia menjawab; “”Dengan seorang wanita Anshar””. Beliau bertanya lagi: “”Dengan mahar apa engkau melakukan akad nikah?”” Dia menjawab; “”Dengan perhiasan sebiji emas, atau sebiji emas””. Lalu Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam berkata, kepadanya: “”Adakanlah walimah (resepsi) walau hanya dengan seekor kambing””.”

 “Telah menceritakan kepada kami ‘Ali bin ‘Abdullah, telah menceritakan kepada kami Sufyan, dari ‘Ubaidullah bin Abu Yazid, dari Nafi’ bin Jubair bin Muth’im, dari Abu Hurairah Ad-Dawsiy radliallahu ‘anhu berkata: Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam keluar pada waktu siang hari dan Beliau tidak berbicara kepada ku dan aku pun juga tidak berbicara kepada Beliau hingga sampai di pasar Bani Qainuqa’. (Setelah keluar dari pasar) maka Beliau duduk di halaman rumah Fatimah lalu berkata: “”Mana anak kecil itu? Mana anak kecil itu? (maksudnya Hasan bin ‘Ali)””. Rupanya Fatimah yang menahan anak kecil itu kerana suatu keperluan, seingat ku Fatimah memasangkan ikat leher yang sering dipakainya atau memandikannya, lalu Beliau datang dengan tergesa hingga Beliau bentangkan tangannya untuk memeluk dan menciumnya, lalu Beliau berdoa: Ya Allah, cintailah dia dan cintailah orang yang mencintainya””.

 

Ilham Harian: Ringkas Tetapi Padat

0

UiTO Channel: Tazkirah Harian
Ilham harian: ringkas tetapi padat.

https://telegram.me/mindaCikguRahim

Berdoa, Menjauhkan Sifat Sombong Takbur

0

UiTO Channel: Tazkirah Harian

Berdoa hanya kepada Allah sahaja

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ ۚ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ

Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.

Surah Ghafir: Ayat 60

https://almanhaj.or.id/72-keutamaan-dan-kemuliaan-doa.html

Dahsyatnya Mereka Yang Hadir Majlis Zikir

0

UiTO Channel: Tazkirah Harian

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله وَبَرَكَاتُه

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد الله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله

اللهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ اٰلِه فِي كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ عَدَدَمَا وَسِعَهُ عِلْمُ الله💚💚💚
صبح الخير

اللهُمَّ أَرِنَا الحَقَّ حَقّاً وَارْزُقْنَا التِبَاعَةَ وَأَرِنَا البَاطِلَ بَاطِلاً وَارْزُقْنَاجْتِنَابَهُ،
بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ.

Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2311.

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi S.A.W. sabdanya: “Allah Tabaraka wa Ta’ala mempunyai para malaikat yang bertugas keliling mencari-cari majlis zikir. Bila mereka telah menemukannya, lalu mereka duduk bersama-sama dengan orang-orang yang sedang zikir, memanggil teman-temannya, berkerumun mengitari orang-orang yang sedang zikir itu dengan sayap-sayap mereka sehingga memenuhi ruangan antara mereka dengan langit dunia. Apabila majlis telah bubar, para malaikat naik kembali ke langit.

Lalu Allah Ta’ala bertanya kepada mereka, – padahal Allah Maha Tahu perbuatan mereka – “Kalian datang dari mana?” Jawab mereka, “Kami baru kembali memeriksa hamba-hamba-Mu di bumi. Mereka tasbih, takbir, tahlil, tahmid dan memohon kepada-Mu.” Tanya: “Apa yang dimohon mereka kepadaKu?” Jawab : “Mereka memohon syurga kepada-Mu.” Tanya: “Pernahkah mereka menampak syurga-Ku?” Jawab : “Tidak'” Firman Allah, “Apalagi kalau mereka menampak syurgaKu!” Kata para malaikat, “Mereka juga memohon kebebasan.”

Tanya: “Mohon bebas dari apa?” Jawab: “Mohon bebas dari neraka.” Tanya: “Pernahkah mereka menampak nerakaKu?” Jawab: “Tidak.” Firman Allah Ta’ala: “Apalagi kalau mereka nampak nerakaKu!” Kata para malaikat: “Mereka juga memohon ampun kepadaMu.” Jawab: “Aku mengampuni mereka dan memberikan apa yang mereka minta serta membebaskan mereka dari apa yang mereka takuti.” Kemudian para malaikat berkata: “Di antara mereka terdapat seorang hamba yang penuh dosa. Dia lalu di majlis itu lalu duduk bersama-sama dengan orang-orang yang zikir.” Firman Allah: “Orang itu pun Kuampuni, begitu pula setiap orang yang terlibat dalam majlis zikir itu tidak ada yang celaka.”

 

https://almanhaj.or.id/3001-keutamaan-dan-bentuk-majlis-dzikir.html

HADITH ARBA’IN – 34

0

 

KEWAJIBAN MENGUBAH

KEMUNGKARAN

عَنْ أَبِي سَعِيْد الْخُدْرِي رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَقُوْلُ : مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَراً فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ أَضْعَفُ اْلإِيْمَانِ

[رواه مسلم]

Terjemahan Hadith

Dari Abu Sa’id Al Khudri radiallahuanhu berkata: Saya mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : Siapa yang melihat kemunkaran maka rubahlah dengan tangannya, jika tidak mampu maka rubahlah dengan lisannya, jika tidak mampu maka (tolaklah) dengan hatinya dan hal tersebut adalah selemah-lemahnya iman.

(Riwayat Muslim)

 

Catatan :

Muslim meriwayatkan Hadits ini dari jalan Thariq bin Syihab, ia berkata :

Orang yang pertama kali mendahulukan khutbah pada hari raya sebelum solat adalah Marwan. Lalu seorang laki-laki datang kepadanya, kemudian berkata : “Solat sebelum khutbah?”. Lalu (lelaki-lelaki tersebut) berkata : “Orang itu (Marwan) telah meninggalkan yang ada di sana (Sunnah Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam)”. Abu Sa’id berkata : “Adapun dalam hal semacam ini telah ada ketentuannya.

Saya mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda :

‘Barang siapa di antaramu melihat kemungkaran hendaklah ia merubahnya (mencegahnya) dengan tangannya (kekuasaannya) ; jika ia tak sanggup, maka dengan lidahnya (menasihatinya); dan jika tak sanggup juga, maka dengan hatinya (merasa tidak senang dan tidak setuju), dan demikian itu adalah selemah-lemah iman’ “.

Hadits ini menunjukkan bahawa perbuatan semacam itu belum pernah dilakukan oleh sesiapa sebelum Marwan.

HADITH ARBA’IN – 33

0

KEHARUSAN MENGHADKAN BUKTI

DAN SAKSI KETIKA MENUDUH

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا، أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى الله عليه وسلم : لَوْ يُعْطَى النَّاسُ بِدَعْوَاهُمْ، لاَدَّعَى رِجَالٌ أَمْوَالَ قَوْمٍ وَدِمَاءَهُمْ، لَكِنَّ الْبَيِّنَةَ عَلَى الْمُدَّعِيْ وَالْيَمِيْنَ عَلَى مَنْ أَنْكَرَ

[حديث حسن رواه البيهقي وغيره هكذا، وبعضه في الصحيحين]

Terjemahan Hadith

Dari Ibnu Abbas radhiallahuanhuma, sesungguhnya Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda: Seandainya setiap pengaduan manusia diterima, niscaya setiap orang akan mengadukan harta suatu kaum dan darah mereka, kerana itu (agar tidak terjadi hal tersebut) maka bagi pendakwa agar mendatangkan bukti dan sumpah bagi yang mengingkarinya.

(Hadits hasan riwayat al-Baihaqi dan lainnya yang seperti ini,yang sebahagiannya terdapat dalam ash-Shahiihain (Shahiih al-Bukhari dan Shahiih Muslim)

 

Catatan

1. Seorang hakim harus meminta dari kedua orang yang bersengketa sesuatu yang dapat menguatkan pengakuan mereka.

2. Seorang hakim tidak boleh memutuskan sebuah perkara dengan menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal.

3. Pada dasarnya seseorang bebas dari tuduhan hingga terbukti perbuatan jahatnya.

4. Seorang hakim harus berusaha keras untuk mengetahui permasalahan sebenarnya dan menjelaskan hukumnya berdasarkan apa yang tampak baginya.

5. Bersumpah hanya diperbolehkan atas nama Allah.

BAGAIMANA KADAR BICARAMU?

0
(AP Photo/Mohammad Zubair)

UiTO Channel: Tazkirah Harian

BAGAIMANA KADAR BICARAMU?

Rasulullah ﷺ bersabda:

وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَاليَوْمِ الآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ

Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, maka berbicaralah yang baik atau sebaiknya dia diam.

[HR alBukhari & Muslim]

Pesan baginda ﷺ lagi:

لَا تُكْثِرُوا الكَلَامَ بِغَيْرِ ذِكْرِ اللَّهِ

Jangan engkau memperbanyak bicara yang jauh dari peringatan kepada Allah

فَإِنَّ كَثْرَةَ الكَلَامِ بِغَيْرِ ذِكْرِ اللَّهِ قَسْوَةٌ لِلْقَلْبِ

Kerana banyaknya berbicara selain (yang membawa kepada) mengingati Allah, membawa kepada kekerasan pada hati.

وَإِنَّ أَبْعَدَ النَّاسِ مِنَ اللَّهِ القَلْبُ القَاسِي

Dan sesungguhnya manusia yang paling jauh dari Allah adalah yang keras hatinya.

[HR atTirmizi]

Muhammad bin ‘Ajlan menyebutkan:

إِنَّمَا الْكَلَامُ أَرْبَعَةٌ:

Sesungguhnya bicara (yang baik) itu ada 4:

أَنْ تَذْكُرَ اللَّهَ، وَتَقْرَأَ الْقُرْآنَ، وَتُسْأَلَ عَنْ عِلْمٍ فَتُخْبِرَ بِهِ، أَوْ تَكَلَّمَ فِيمَا يَعْنِيكَ مِنْ أَمْرِ دُنْيَاكَ.

(1) Engkau berzikir kepada Allah,
(2) Engkau membaca Al-Quran,
(3) Engkau ditanya tentang ilmu dan engkau menjawab dengannya, dan
(4) Engkau berbicara pada apa yang memberi manfaat kepadamu pada urusan duniamu.

[Jaami’ Al-‘Ulum wal Hikam]

#BroSyariefShares

Terjemahan Harfiyyah dan I’rab : Surah Al-Fatihah (Ayat 7)

0

صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيهِمْ

Jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat ke atas mereka

Makna Harfiah:
صِرَاطَ : Jalan
الَّذِينَ : Orang2 yang
أَنْعَمْتَ : Engkau beri ni’mat
عَلَيهِمـ : Ke atas mereka

I’rab :
صِرَاطَ : بدل ( بدل كل من كل) من ” الصراط ” الأولى منصوب مثله وعلامة نصبه الفتح في آخره لأن البدل التوابع يتبع لمبدل منه في حركاته وهو مضاف.

Sirotho : Kata susulan (البدل) dari kalimah (الصرا) yang pertama hukum i’rabnya mansub (منصوب) sepertinya iaitu الصراط yang pertama, tanda nasabnya baris atas فتحة di akhirnya kerana kata susulan mengikut baris perkataan yang disusuli (المبدل منه ) iaitu الصراط , dan ia berkedudukan mudzof (مضاف )

الَّذِينَ : اسم موصول – جمع الذي – مبني على الفتح في محل جر مضاف إليه
Allaziina: Kata penghubung jamak kepada الَّذِي dibina dengan baris atas فتحة berkedudukan jar جر lantaran ianya mudzof ilaih مضاف إليه.
أَنْعَمتَ : فعل ماض مبني على السكون لاتصاله بضمير الرفع المتحرك – ضمير المخاطب سبحانه و التاء ضمير متصل مبني على الفتح في محل رفع فاعل و الجملة

( أنعمت عليهم ) صلة الموصول ” الذين ” لا محل لها من الإعراب.
An’amta : Kata kerja yang menunjukkan masa lepas dibina dengan baris mati السكون kerana bersambung dengan ganti nama berkedudukan rofa’ yang berbaris : Ganti nama bagi yang dihadapkan bicara iaitu Allah سبحانه dan huruf التاء yang berbaris atas ialah ganti nama bersambung ضمير متصل dibina dengan baris atas berkedudukan rofa’ kerana ianya pelaku perbuatan الفاعل dan ayat ” أنعمت عليهم” adalah penghubung kepada isim mausul ( صلة الموصول ) iaitu الذين yang tiada tempat disudut i’rab.

عَلى : حرف جروكتبت بالياء لأن ألف المقصورة اتصل بها ضمير فصارت ياء مثل ” عليك أو إليك ”
A’laa: Huruf jar dan ditulis dengan huruf الياء kerana alif maqsurah ( ى ) diakhirnya bersambung dengan ganti nama ضمير maka jadilah huruf الياء seperti إليك atau عليك.

هِمْ : ضمير متصل للغائبين مبني على السكون في محل جر بعلى والجر و المجرور ” عليهم ” متعلق بالفعل ” أنعم ” و أصل الهاء في ” هم ” الضم إلا إنها كسرت لمجاورتها ياء.
Him : Ganti nama bersambung ضمير متصل bagi orang ketiga lelaki ramai dibina dengan baris mati سكون berkedudukan jar dengan على , jar dan yang di jarkan للجر و المجرور iaitu عليهم ada hubungan متعلق dengan kata kerja نعم , pada asalnya huruf هاء berbaris atas ضمة kecuali bersebelahan dengannya huruf ياء maka ia berbaris bawah كسرة.

غَيرِ المَغْضُوبِ عَلَيهِم وَلَا الضَّآلِينَ
Maksud : Bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai ke atas mereka dan bukan jalan orang-orang yang sesat.

Makna Harfiah :
غَيرِ : Bukan
المَغْضُوب : Murka
عَلَيهِم : ke atas mereka
وَ : Dan
لَا الضَّآلين : Kesesatan
I’rab:
غَيرِ : صفة – نعت للاسم الموصول( الذين ) مجرور بالكسرة الظاهرة في آخرها أو تكون( غير ) بدلا من المبدل منه في ضمير الغائبين “هم”
في ” عليهم ” الأولى.

Ghairi : Sifat bagi isim mausul (kata nama penghubung) iaitu الذين hukum i’rabnya majrud dan tanda jarnya baris bawah (الكسرة ) yang jelas di akhirnya. Atau kalimah غير boleh dii’rabkan sebagai kata susulan بدل dari perkataan yang disusuli المبدل منه iaitu ganti nama bagi orang ketiga ” هم ” pada perkataan ” عليهم ” yang pertama.

المَغْضُوبِ :مضاف إليه مجرور بالإضافة وعلامة جره الكسرة الظاهرة في آخره.

Al – Maghdhubi ialah مضاف إليه dengan perkataan yang disandarkan iaitu غير hukum i’rabnya majrur, tanda jarnya baris bawah الكسرة yang jelas di akhirnya.

عَلَيهِم : ” على” حرف جر و ” هم ” ضمير للغائبين مبني على السكون في محل جر بعلى و شبه الجملة من الجر و المجرور ” عليهم ” في محل رفع بائب فاعل لاسم المفعول ” المغضوب ” أو لفعله التفدير ” غُضِبَ عَليهم”.

‘Ala : Huruf jar dan ” هم ” ganti nama bagi orang ketiga lelaki ramai dibina dengan baris mati السكون berkedudukan jar dengan على , separa ayat شبه الجملة dan jar dan majrur iaitu ” عليهم ” berkedudukan rofa’ naibu al fai’l نائب فاعل bagi isim mafu’l ” المغضوب ” kerana isim mafu’l dibina dari kata kerja pasif ” فعل مجهول ” iaitu غُضِبَ عليهم.

وَلا الضَّآلِينَ : الواو عاطفة : لا صلة أو زائدة بتقدير ” والضآلين ” ويجوز تكون تأكيدا للنفي أو بمعنى ” عير ”
Huruf wau kata penghubung , manakala لا pula sebagai silah صلة atau لا itu hanya huruf tambahan. Dan boleh juga menjadi huruf penegas تأكيدا bagi penafian atau boleh memberi erti غير (bukan) .

الضَّآلِينَ : معطوفة على كلمة ” المغضوب عليهم ” أو في محل جر بالإضافة و علامة جره الياء لأنه جمع مذكر سالم و النون عوض من التنوين و الحركة في الاسم المفرد .
Al – Dzolliin dihubungkan dengan ungkapan ” المعضوب عليهم ” atau berkedudukan jar kerana idhofah (sandaran) dan tanda jarnya dengan huruf ياء kerana ia terdiri dari jamak muzakkar salim dan huruf nun diakhirnya ganti baris tanwin pada kata nama mufrad bagi الضآلين.

Allahu’alaam

Petua Menjadi Suami Yang Tidak Dayus Dan Soleh

0

UiTO Channel: Tazkirah Harian

Assalamu’alaikum wr wt
Tolong forward pautan berikut kepada rakan-rakan. Tazkirah harian UiTO: Universiti Islam Telegram Online.

—————-

https://telegram.me/tazkirah

~Tadabbur Kalamullah 14 Muharram 1437H~

…وَاللَّاتِي تَخَافُونَ نُشُوزَهُنَّ فَعِظُوهُنَّ وَاهْجُرُوهُنَّ فِي الْمَضَاجِعِ وَاضْرِبُوهُنَّ ۖ فَإِنْ أَطَعْنَكُمْ فَلَا تَبْغُوا عَلَيْهِنَّ سَبِيلًا ۗ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلِيًّا كَبِيرًا

“…Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar”[Surah an-Nisa’ 34]

#Berkata al-Wahidi rahimahullah taala:”Nusyuz bererti penderhakaan isteri terhadap suaminya serta mengangkat dirinya dalam perselisihan”

#Nusyuz ialah seorang isteri tidak mentaati suami dalam perkara-perkara yang benar, membantah suruhan yang tidak melanggar syariat Islam. Isteri yang nusyuz berdosa besar dan patut segera bertaubat dan kembali taat kepada suami dan suami pula perlu bijak dalam mengendalikan perkara ini untuk membantu isteri supaya kembali mentaatinya serta jangan sesekali memaki hamunnya atau menuduhnya yang bukan-bukan.

#Dalam ayat ini, apabila berlaku nusyuz maka Allah swt menyuruh suami agar:

1. Menasihati isteri dan mengingatkan tentang suruhan Allah ke atas isteri.

2. Kalau nasihat tidak memberi kesan hendaklah berpisah tempat tidur dengan isteri. Berkata Mujahid: “Jauhi daripadanya, jangan mendekatinya dan jangan berbicara dengannya”

3. Kalau tidak berkesan juga, bolehlah suami memukul isteri dengan pukulan yang tidak mencederakan atau melukakan. Haram pukul di muka. Pukulan sekadar memberi kesedaran dan mengajar agar beradab dengan suami.

4. Maka jika isteri kembali taat, jangan lagi mencari jalan untuk menyusahkannya dan hendaklah melupakan apa yang telah berlaku.

#Berkata Makcik Husain bin Muhsan ketika menceritakan keadaan suaminya kepada Nabi lalu Nabi saw bersabda: “Jagalah kedudukanmu terhadap suamimu itu kerana sesungguhnya dia adalah syurgamu dan nerakamu” [HR an-Nasaie]

#Nabi pernah bersabda: “Aku menyaksikan isi neraka dan aku lihat kebanyakan penduduknya adalah daripada kaum wanita” [HR Bukhari dan Muslim]

“Ini adalah disebabkan kurangnya ketaatan kaum wanita itu kepada Allah, kepada RasulNya dan kepada suami mereka”[Kitab al-Kabaair]

♡Tujuan berkahwin adalah untuk berkongsi hidup bersama antara lelaki dan perempuan untuk mencapai kebahagiaan, kegembiraan dan kasih sayang. Oleh itu mestilah ada persepakatan dalam cita-cita ini barulah wujud ikatan kebahagiaan yang berkekalan. Jalanlah peranan masing-masing dan elakkan perbalahan♡

🐊Ust naim
https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim

Telegram:
Http://telegram.me/tadabburkalamullah
(Buka link 👆 dan klik join)

Popular

Iklan

Iklan