Utama Blog Halaman 205

Petua Segera Cergas Dari Tidur

0

Tazkirah Harian UiTO:

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله وَبَرَكَاتُه

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد الله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله

اللهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ اٰلِه فِي كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ عَدَدَمَا وَسِعَهُ عِلْمُ الله💚💚💚
صبح الخير

اللهُمَّ أَرِنَا الحَقَّ حَقّاً وَارْزُقْنَا التِبَاعَةَ وَأَرِنَا البَاطِلَ بَاطِلاً وَارْزُقْنَاجْتِنَابَهُ،
بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ.

Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0748.

Dan Abu Hurairah r.a., katanya Nabi S.A.W. bersabda: “Syaitan membuhul ujung rambutmu tiga buhul(ikatan). Apabila kamu tidur dengan ketiga buhul itu, maka kamu akan tertidur sepanjang malam. Jika kamu terbangun, lalu kamu menyebut nama Allah, maka terurailah satu buhul. Bila dia berwuduk, terurailah buhul kedua, dan bila dia solat terurailah semua ikatan, lalu dia merasa segar dan bersemangat. Jika tidak, dia sentiasa akan berasa mahu dan tidak berghairah(kurang bersemangat).”

|| Makna Kalimah Basmalah ||

0

UiTO Channel: Tazkirah Harian

#FaedahAlQuran

|| Makna Kalimah Basmalah ||

1. Basmalah merujuk kepada perkataan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Bismillahir rahmanir rahim

Maknanya:

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

2. Perkataan الله (Allah) merupakan nama untuk Rabb (Tuhan) yang hanya layak disembah dan yang tidak ada sesuatu pun sebanding dengannya. Ia adalah kata nama khas dan tunggal yang hanya boleh digunakan olehNya sahaja, tidak boleh digunakan untuk menamakan sesuatu yang selain daripadaNya dengan nama Allah.

2. Perkataan Allah di dalamnya terkumpul segala nama-namaNya yang baik serta sifat-sifatnya. Kerana itu perkataan Allah tidak boleh digunapakai untuk sesuatu selain daripada Allah.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

َ إِنَّ لِلَّهِ تِسْعَةً وَتِسْعِينَ اسْمًا مِائَةً إِلَّا وَاحِدًا مَنْ أَحْصَاهَا دَخَلَ الْجَنَّةَ

“Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama, seratus kurang satu. Sesiapa yang dapat menghitungnya (dalam riwayat lain disebutkan; menghafalnya), maka dia akan dimasukkan ke dalam Syurga. [Riwayat Al-Bukhari]

3. Perkataan الرحمن (Ar-Rahman- Yang Maha Pemurah) menunjukkan kepada rahmat Allah yang diberikan kepada semua makhlukNya dalam kalangan manusia, jin mahupun haiwan.

Sebahagian ulama’ Tafsir mengatakan Ar-Rahman menunjukkan sifat nama Allah yang lebih spesifik/khas berbanding Ar-Rahim. Perkataan Ar-Rahman dinisbahkan hanya untuk Allah sahaja sebagaimana perkataan Allah, Ar-Khaliq (Yang menciptakan) , Ar-Razzaq (Yang Memberi Rezeki)

4. Perkataan الرحيم (Ar-Rahim- Yang Maha Penyayang) merujuk kepada rahmat Allah yang khas untuk orang Mukmin.

Sebahagian ulama’ tafsir berpendapat Ar-Rahim merujuk kepada nama Allah yang lebih umum daripada Ar-Rahman. Sedangkan nama Ar-Rahman lebih bersifat khas untuk Allah. Ini sebagaimana firman Allah dalam hadith Qudsi:

أَنَا اللَّهُ وَأَنَا الرَّحْمَنُ خَلَقْتُ الرَّحِمَ

Sesungguhnya Aku Allah dan Akulah Ar-Rahman. Aku yang menciptakan Ar-Rahim (merujuk kepada silaturrahim/tali persaudaraan)

Wallahua’lam.

———————

Semoga berfaedah dan sebarkanlah kepada rakan taulan di luar sana. Dijemput semua untuk join Channel ini (pastikan Telegram versi baru)

telegram.me/addien90

Ad-Dien Abdul Kadir
Jumaat, 30/10/2015.

Nota 14 – Tafsir Al-Fatihah (Ayat Ke-6)

0

اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ

“Pimpinlah kami ke jalan yang lurus”

Setelah menyampaikan pujian kepada Allah dalam ayat-ayat sebelum ini dan hanya kepada-Nya sahaja permohonan ditujukan, maka layaklah jika hal itu diikuti dengan permintaan.

Demikianlah cara berdoa yang baik, iaitu dengan memuji Allah, kemudian memohon keperluan untuk diri sendiri dan keperluan saudara-saudara kita dalam kalangan orang-orang yang beriman. Oleh kerana itu, dalam doa Nabi SAW dan doa-doa yang lain, kita akan lihat bagaimana sebelum memohon sesuatu, Nabi SAW akan memuji Allah dengan pujian yang indah-indah, kemudian barulah baginda berdoa. Maka, kita juga dikehendaki untuk mengikuti apa yang Nabi SAW ajarkan.

Ayat ini adalah satu doa dan ia adalah doa yang besar. Nabi SAW juga telah mengajar kita doa yang semakna dengannya:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْهُدَى وَالتُّقَى، وَالْعِفَّةَ وَالْغِنَى

“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu petunjuk, ketakwaan, penjagaan diri (dari segala keburukan) dan kekayaan hati (selalu merasa cukup dengan pemberian-Mu)”

Seorang hamba sentiasa memerlukan Allah di setiap saat dan situasi agar diberikan keteguhan, kemantapan, penambahan dan kelangsungan hidayah, kerana seorang hamba tidak mempunyai kuasa untuk memberikan manfaat atau mudarat kepada dirinya sendiri kecuali jika Allah menghendakinya. Walaupun kita sudah beragama Islam, tapi kita masih lagi memerlukan hidayah dan taufik daripada Allah. Orang yang berbahagia adalah orang yang diberi taufik oleh Allah untuk memohon kepada-Nya. Kita berharap semoga Allah memperkenankan terus doa untuk menunjukkan kita ke jalan yang lurus dan tidak menyimpangkan kita ke jalan yang selainnya.

Perkataan ‘hidayah’ ini ada dua makna dalam Quran.

– tunjuk jalan, dan

– pimpin.

Tetapi, apakah perbezaannya antara kedua perkataan itu? Nampak seperti sama sahaja. Dari segi bahasa, kalau ada harf jar seperti إلى selepasnya, maka maksudnya ‘tunjuk jalan’. Kalau tidak ada harf jar, seperti dalam ayat اهدِنَا الصِّراطَ المُستَقيمَ ini, maka ia bermaksud ‘pimpin’. Kita akan lihat apakah perbezaannya.

Jika ‘tunjuk’, ia hanya sekadar menunjuk jalan. Sebagai contoh, kita bawa kereta dan memandangkan tempat tujuan itu tidak pernah kita pergi maka, kita minta seseorang untuk memberitahu kita bagaimana hendak ke tempat itu. Dia pun mengajar kita bagaimana hendak ke sana, jalan apa yang diikuti, tanda apa perlu dilihat dan sebagainya. Kita pun bawa kereta berdasarkan petunjuk yang telah diberikan itu. Dalam hal ini, kita mungkin sampai dan kita mungkin juga sesat, bukan?

Tetapi jika ‘pimpin’, maksudnya dia bawa kita sampai ke tempat yang hendak dituju. Dia masuk sekali ke dalam kereta dan berada bersama kita sampailah kita sampai ke destinasi yang dituju. Inilah yang kita lebih suka bukan? Maka, dalam surah Al-Fatihah ini, hidayah yang dimaksudkan adalah ‘pimpin’. Kita mohon agar Allah yang memimpin kita di sepanjang kehidupan kita.

 

Soalan: Kenapa kita minta hidayah lagi sedangkan kita sudah beriman? Ini adalah kerana kita bukan hanya meminta sekadar ditunjukkan jalan sahaja tetapi kita mahu Allah ‘pimpin’ kita hingga ke syurga. Ulama tafsir kata ‘pimpinan’ dalam ayat ini adalah seumpama pimpinan ayah kepada anak yang baru belajar berjalan. Tentunya ayah itu akan sentiasa menjaga anaknya, jika nampak hendak rebah sahaja, ayahnya sudah bersiap sedia untuk memegangnya.

Kita akan sentiasa memerlukan pimpinan dari Allah. Antaranya secara ringkas:

– hidayah untuk menjadi seorang Islam (Ini telah kita peroleh).

– tunjuk manakah amalan yang benar.

– beri kita kefahaman mengenai ilmu agama.

– beri taufik supaya menjadikan kita orang yang sanggup mengamalkan apa yang kita tahu.

– jauhi diri kita dari segala gangguan yang boleh mengganggu iman kita.

– dan banyak lagi sehinggalah kita mati. Sehinggalah kita masuk ke dalam syurga, kita akan sentiasa memerlukan hidayah Allah.

Kita akan mendapat hidayah jika dalam hati kita ada sifat inabah (إنابة). Orang yang ada sifat inabah adalah mereka yang mahu kepada kebenaran. Ada keinginan dalam diri mereka untuk mengenal Allah dan agama. Mereka mahukan kebenaran walaupun kebenaran itu lain dengan apa yang mereka faham selama ini.

1. Sifat inabah adalah permulaan untuk mendapatkan hidayah. Sebagai contoh, seseorang itu sudah mula ada keinginan untuk belajar tafsir Quran. Maknanya, dia mahu mengenali dan mendekati Allah. Apabila telah ada kemahuan, Allah akan bantu dengan memberi hidayah kepada orang itu. Ini bermakna kena ada keinginan dalam hati kita terlebih dahulu.

2. Peringkat kedua, selepas dia mula belajar, dia akan mula hidup dengan mengikut syariat. Dia berhati-hati dengan apa yang dia lakukan. Dia akan belajar dan belajar lagi untuk mengetahui apakah hukum sesuatu perkara itu. Ini boleh buat atau tidak, cara untuk melakukan ibadat ini seperti mana yang mengikut Al-Quran, hadis dan sebagainya.

3. Peringkat ketiga, Allah akan uji dia. Ini terjadi apabila dia mula menyampaikan ajaran agama ini. Jika dia duduk diam belajar, tidak akan jadi apa-apa, tetapi jika mula berdakwah, mula tabligh kepada orang lain, dia akan menghadapi tentangan dan ujian. Ujian itu sama ada dalam bentuk dalaman atau pun luaran.

Jika luaran, dia akan ditentang oleh kawan, keluarga, pemerintah dan sebagainya. Tujuan ujian ini adalah untuk melihat sama ada hamba itu mempunyai kesungguhan atau tidak. Ini adalah perkara biasa kerana seperti kita tahu, para Nabi juga diuji. Begitu juga dengan penyebar agama sepanjang zaman.

4. Peringkat keempat akan diterima apabila seseorang itu tetap teguh dalam agamanya. Pertamanya, dugaan yang dihadapinya akan lebih besar lagi. Maka, perlulah dia pohon keteguhan hati daripada Allah. Seterusnya, Allah akan berikan istiqamah ke dalam hatinya iaitu keyakinan yang sempurna. Ini dinamakan ‘Rabtul Qalbi’ (ربط القلب) iaitu, hati kita akan tetap berada dalam iman dan tidak akan goyah lagi. Inilah tahap yang kita mahu dan kita berharap sangat agar dapat dicapai.

Pada kedudukan yang tinggi ini kita hendaklah memohon kepada Allah. Inilah permintaan kita kepada Allah di dalam ayat ini. Allah tidak akan menghampakan harapan hamba-Nya yang meminta kepada-Nya. Saidina Umar pernah berkata: Jika seseorang telah diberi taufik kepadanya oleh Allah untuk berdoa, maknanya Allah telah bersedia untuk berikan apa yang diminta. Jika Allah tidak mahu beri, Allah tidak akan campakkan pun perasaan untuk meminta.

Soalan

Bagaimana pula dengan orang yang mengikut tariqat ini? Apakah ini ada kaitan dengan mereka tidak menghayati bacaan Al-Fatihah di dalam solat yang mereka kerjakan sehari-hari hingga hidayah Allah tidak sampai terhadap mereka?

Jawapan

Golongan tariqat selalunya tertipu dengan ajaran guru mereka dan oleh sebab itu mereka tidak belajar pun tafsir Quran melainkan ilmu khayalan guru-guru mereka.

Apakah kaitan perkara ini dengan Surah Al-Fatihah? Sebenarnya dalam ayat اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ ini, terdapat permintaan kita kepada Rabtul Qalbi yang telah diterangkan tadi. Kita akan diberi dengan apa yang kita doakan. Jika yang diminta adalah Rabtul Qalbi, maka itulah yang Allah akan berikan. Jika tidak diminta maka, Allah tidak berikan.

Tetapi bukankah kita melafazkan doa yang sama? Kita kena faham yang orang mungkin menggunakan lafaz yang sama, namun permintaan mereka tidaklah sama. Sebagai analogi, seorang budak yang ‘meminta duit’, tentulah tidak sama jumlah wang yang dimintanya dengan seorang dewasa yang juga meminta duit. Seorang budak kecil, mungkin inginkan beberapa sen sahaja tapi seorang dewasa mungkin mengharapkan beberapa ratus ringgit, tetapi mereka sebut sama sahaja: “Nak duit!”

Apakah maksud الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ? Ianya adalah satu jalan rohani, bukannya jalan yang kita lihat setiap hari di depan mata kita. Jalan lurus inilah yang wajib kita minta kepada Allah. Ia bermaksud jalan yang mengikut amalan yang soleh dan akidah yang betul. Inilah definisi jalan yang lurus seperti yang disebut dalam Al-Quran. Kita akan membincangkan perkara ini apabila kita sampai ke ayat yang seterusnya nanti. Allah akan jelaskan lagi apakah jalan yang lurus itu kerana Allah tidak mahu kita tersalah pilih jalan yang lurus. Ramai orang boleh mendakwa mereka berada di jalan yang lurus. Syiah pun kata mereka berada di atas jalan yang lurus, bukan? Tetapi benarkah mereka berada di atas jalan yang lurus?

Allah sendiri dalam Al-Quran (tafsir Quran dengan Quran) memberitahu kita apakah jalan yang lurus itu. Lihat surah Yasin: 61

وَأَنِ ٱعْبُدُونِى ۚ هَٰذَا صِرَٰطٌ مُّسْتَقِيمٌ

“Dan (Aku perintahkan): hendaklah kamu menyembah-Ku; inilah jalan yang lurus.(Yasin – 61)

Jadi, dari ayat ini, jalan yang lurus adalah menghambakan diri kepada Allah, menyembah Allah sahaja. Bagaimanakah caranya? Dengan belajar tafsir Al-Quran dan hadis untuk mengetahui bagaimana cara untuk menjadi hamba kepada Allah, bagaimana cara menyembah Allah.

Lihat surah Maryam: 36 disebut:

وَإِنَّ اللَّهَ رَبّي وَرَبُّكُم فَاعْبُدوهُ ۚ هٰذا صِرَاطٌ مُسْتَقِيمٌ

“Sesungguhnya Allah adalah Tuhanku dan Tuhanmu, maka sembahIah Dia oleh kamu sekalian. Ini adalah jalan yang lurus.”

Jadi makna ‘Jalan yang Lurus’ adalah: kita hendaklah beribadat, memuja dan berdoa HANYA kepada Allah sahaja. Tetapi adakah kita juga buat ibadat kepada orang lain? Memang ada, tanpa kita sedari kerana kita tidak belajar. Sebagai contoh, puja Allah adalah satu ibadat, hanya boleh dilakukan kepada Allah sahaja tetapi ada dalam kalangan orang kita yang memuja Nabi SAW, memuja wali dan memuja manusia. Tanpa disedari, mereka telah melakukan ibadah kepada selain daripada Allah.

Ini adalah antara banyak kesalahan manusia termasuk orang Islam di negara kita ini. In syaa Allah kita akan sentuh apabila sampai pada ayat-ayatnya nanti.

Wallahu a’lam.

*UiTO memerlukan sumbangan untuk membiayai laman web uito.org setiap tahun. Apa jua nilai yang sudi diinfaq amatlah dihargai dan diucapkan jazaakumullahu khayran. Infaq boleh disalurkan terus ke Vision Trade Network CIMB 86-0069756-5.

Quran Terjemahan Harfiyyah Wa’Irab – Al-Baqarah Ayat ke-13

0

بسم الله الرحمن الرحيم

Sambungan ke ayat 13 Surah البقرة

وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ ءَامِنُوا كَما ءَامَن

النَّاسُ قَالُوا أَنُؤْمِنُ كَامَآ ءَامَنَ

السُّفَهَاءُ، ألَآ إِنَّهُمْ هُمُ السُّفَهَاءُ

وَلَكِن لَّا يَعْلَمُونَ – ١٣

وَ : dan

إِذَا : apabila

قِيلَ : dikatakan

ل : kepada

هُمْ : mereka

ءَامِنُوا : berimanlah kamu

كَمَآ : sebagaimana

ءَامَنَ : telah beriman

النَّاسُ : orang-orang itu

قَالوا : mereka menjawab

أَ : patutkah

نُؤْمِنُ : kami beriman

كَمآ : sebagaimana

ءَامَنَ : telah beriman

السُّفَهَاءُ : orang-orang yang bodoh

ألآ : ketahuilah

إِنَّ : sesungguhnya

هُمْ : mereka

هم : merekalah

السُّفَهَاءُ : orang-orang yang bodoh

ولَكن : tetapi

لا : tidak

يَعْلَمُونَ : mereka mengetahui

Terjemahan:

Dan apabila dikatakan kepada mereka berimanlah kamu sebagaimana orang-orang itu telah beriman, mereka menjawab: patutkah kami ini beriman sebagaimana berimannya orang-orang yang bodoh itu , ketahuilah, sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak mengetahui.

I’rab

وَ : الواو حرف عطف

Wau huruf penghubung

إِذَا : ظرف مبني على السكون في محل نصب

Keterangan masa dibina dengan sukun berkedudukan nasab

قيلَ لهم : جملة فعلية في محل جر بالإضافة

Ayat yang dimulakan dengan kata kerja berkedudukan jar kerana sandaran.

قِيلَ : فعل ماض مبني للمجهول مبني على الفتحة .

Kata kerja lepas bentuk pasif dibina dengan baris fathah.

ل : حرف جر : kata sendi

هُمْ : ضمير متصل للغائبين مبني على السكون في محل جر باللام و الجر و المجرور معلق بقيل

Ganti nama bersambung bagi orang ketiga lelaki ramai dibina dengan baris mati berkedudukan jar dengan huruf lam ل dan jar dan majrur itu ada hubung kait dengan قيل

ءَامِنوا : جملة فعلية في محل رفع نائب فاعل للفعل ” قيل” وهي فعل أمر مبني على الضمة لإتصاله ضمير متصل في محل رفع فاعل .

Ayat fi’liyyah berkedudukan rofa’ kerana نائب فاعل bagi kata kerja pasif قيل dan ia adalah kata kerja perintah dibina dengan baris depan ضمة kerana bersambung dengan waw ganti nama متصل yang berbaris mati berkedudukkan rofa’ فاعل.

كَمَآ : الكاف حرف جر : kata sendi

ما : مصىرية : masdar

ءَامَنَ: فعل ماض مبني على الفتحة وفاعله ضمير مستتر جوازا تقديره هو

Kata kerja lepas ماض dibina dengan baris atas فتحة dan pelaku perbuatannya ganti nama tersembunyi مستتر taqdirnya ” هو”.

النَّاسُ : فاعل ” ءَامَنَ” اسم مرفوع وعلامة رفعه الضمة الظاهرة في آخره.

Pelaku perbuatan bagi kata kerja ءامن , ia ialah kata nama yang hukum i’rabnya marfu’, dan tanda rofa’nya baris hadapan ضمة yang jelas di akhirnya.

قالوا : فعل ماض مبني على الضمة لإتصاله بواو الجماعة. الواو ضمير متصل مبني على السكون في محل رفع فاعل و الالف فارقة

Kata kerja lepas ماض dibina dengan baris hadapan ضمة kerana bersambung dengan waw jamak, dan wau itu ganti nama bersambung dibina dengan baris mati berkedudukan sebagai rofa’ pelaku perbuatan.

أ : الهمزة همزة استفهام تفيد الإنكار

Hamzah kata tanya yang membawa maksud ingkar.

نُؤْمِنُ : فعل مضارع مرفوع لتجرده الناصب و الجازم و علامة رفعه الضمة الظاهرة على آخره و الفاعل ضمير مستتر وجوبا تقديره ” نحن”

و الجملة الفعلية ” أنؤمن” في محل نصب مفعول به لقالوا.

Kata kerja sedang/akan yang bebas dari amil nasab dan jazam yang hukum i’rabnya marfu’ dan tanda rofa’nya baris hadapan, dan pelaku perbuatanya ialah ganti nama bersambung مستتر yang ditakdirkan kepada ” نحن ” dan jumlah fi’liyyah أنؤمن berkedudukan nasab disebabkan مفعول به dengan kata kerja قالوا .

كمآ : seperti penjelasan di atas

ءَامَنَ : فعل ماض مبني على الفتحة و فاعله ضمير مستتر جوازا تقديره ” هو ”

Kata kerja lepas ماض dibina dengan fathah (kekal) dan pelaku perbuatannya ganti nama tersembunyi مستتر yang taqdirnya ” هو”

السُّفَهَاءُ : فاعل مرفوع بالضمة في آخره

Pelaku perbuatan yang hukum i’rabnya marfu’ dan tanda rofa’nya baris hadapan ضمة yang jelas diakhirnya.

ألآ : حرف استفتاح و تنبيه

Huruf pembukaan yang membawa maksud تنبيه supaya diberi perhatian sepenuhnya.

إِنَّ : حرف نصب و توكيد مشبه بالفعل

Huruf yang menasabkan isim dan merifa’kan خبر yang seakan-akan kata kerja.

هُمْ: ضمير للغائبين مبني على السكون في محل نصب اسم ” إنَّ”

أو تكون الهاء هي الضمير المتصل المبني على الضمة في محل نصب اسم ” إنَّ ” و الميم علامة جمع الذكور و كسرت همزة ” إِنَّ

” لأنها مسبوقة بألا.

Ganti nama berpisah untuk orang ketiga lelaki ramai, di bina dengan baris mati سكون berkedudukan nasab kerana ia sebagai isim إنَّ atau huruf ha itu ialah ganti nama bersambung متصل di bina dengan ضمة berkedudukan nasab kerana isim bagi إِنَّ manakala huruf mim tanda jamak bagi lelaki ramai, dan dikasrohkan hamzah إنَّ kerana didahului oleh ألا.

هُمُ : ضمير منفصل مبني السكون الذي حرك بالضمة الإشباع الميم و لالتقاء السكنين في محل رفع مبتدأ

Ganti nama berpisah yang di bina dengan sukun yang menerima baris ضمة untuk membolehkan huruf mim itu hidup dengan vocal ” u ” kerana bertemu dengan dua huruf mati iaitu huruf mim pada هم dan alim lam pada السفهاء . Dan ia berkedudukan subjek مبتدأ .

السُّفَهاءُ : خبر مبتدأ ” هم ” اسم مرفوع وعلامة رفعه الضمة الظاهرة في آجره.

Prediket bagi هم hukum i’rabnya marfu’ dan tanda rofa’nya baris hadapan ضمة yang jelas diakhirnya.

و لكن لا : الواو زائد – لكن : استدراك

Huruf wau zaidah (tambahan ) dan لكن bermakna ” tetapi”

لا : نافية : huruf nafi

يَعْلَمُونَ : فعل مضارع مرفوع لتجرده الناصب و الجازم و علامة رفعه ثبوت النون لانه من الأفعال الخمسة و الواو ضمير متصل مبني على السكون في محل رفع فاعل.

Kata kerja مضارع yang bebas dari amil jazam dan amil nasab. hukum i’rabnya marfu’ dan tanda rofa’nya dengan mengekalkan huruf nun kerana ia terdiri dari kata kerja yang lima الأفعال الجمسة dan huruf waw ialah ganti nama متصل dibina dengan sukun berkedudukan sebagai rofa’ kerana pelaku perbuatan.

والله أعلم

Sikap Ulama Terhadap Soalan Di Padang Mahsyar

0

UiTO Channel: Tazkirah Harian

~Tadabbur Kalamullah 17 Muharram 1437H~

لَا يُسْأَلُ عَمَّا يَفْعَلُ وَهُمْ يُسْأَلُونَ

“Dia (Allah) tidak ditanya tentang apa yang diperbuatNya dan merekalah yang akan ditanya”
[Surah al-Anbiyak 23]

#Maksudnya, seluruh makhluk selain daripada Allah swt akan ditanya, disoal, disiasat tentang apa yang telah diperbuat dan akan dihisab atas setiap perkataan yang telah diucapkan.

#Yang tidak akan disoal serta diminta pertanggungjawapan hanyalah Allah swt sahaja.

#Berkata Tabiin, Malik bin Dinar yang meriwayatkan daripada Hasan al-Basri: “Tidaklah seorang hamba yang menyampaikan sebuah khutbah (ceramah atau syarahan) melainkan Allah akan bertanya kepadanya: “Apakah yang engkau niatkan dengan khutbah (ceramah atau syarahan) itu?”

Malik bin Dinar setiap kali menyampaikan kata-kata ini beliau selalu menangis sambil berkata: “Kamu menyangka aku menyukai memberi syarahan padahal aku yakin bahawa suatu hari Allah akan menyoal niatku dalam syarahan tersebut”

#Berkata Ka’ab bin Malik seorang sahabat Nabi saw: “Andai seseorang memiliki amalan ibadah 70 orang Nabi nescaya pada hari hisab itu dia tetap khuatir tidak akan selamat”

♡Sudahkah kita bersedia dengan jawapan yang mantap untuk dijawab di Mahsyar kelak tentang segala apa yang telah kita lakukan, yang sedang kita lakukan dan yang akan kita lakukan. Pastikan kita hanya melakukan kebaikan semata-mata sepanjang kehidupan yang berbaki ini dan mohon keampunan tentang dosa-dosa yang telah lalu♡

🐊Ust naim
https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim

Telegram:
telegram.me/tadabburkalamullah
(Buka link 👆 dan klik join)

Hadis Kelebihan Tidur Bersuci

0

UiTO Channel: Tazkirah Harian

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله وَبَرَكَاتُه

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد الله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله

اللهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ اٰلِه فِي كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ عَدَدَمَا وَسِعَهُ عِلْمُ الله💚💚💚
صبح الخير

اللهُمَّ أَرِنَا الحَقَّ حَقّاً وَارْزُقْنَا التِبَاعَةَ وَأَرِنَا البَاطِلَ بَاطِلاً وَارْزُقْنَاجْتِنَابَهُ،
بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ.

Hadis Sunan At-Termizi Jilid 5. Hadis Nombor 3597.

Ahmad bin Mani’ menceritakan kepada kami, Ismail bin Ayyasy memberitahukan kepada kami dari Abdillah bin Abdur Rahman bin Abi Husain dari Syahr bin Hausyah dari Abi Umamah Al-Bahil berkata: Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: “Barangsiapa mendatangi tempat tidurnya dalam keadaan suci serta berzikir kepada Allah sampai mengantuk menjumpainya (tidur) maka tidaklah dia bangun sesaat saja dari malam itu seraya memohon kepada Allah sesuatu dari kebaikan dunia dan akhirat melainkan Allah pasti mengabulkannya.” Hadis ini adalah hasan gharib. Dan hadis ini juga diriwayatkan dari Syahr bin Hausyab dari Abi Dzabyah dari Amr bin Absah dari Nabi S.A.W

Quran Terjemahan Harfiyyah Wa I’rab : Al-Baqarah Ayat ke-11 dan ke-12

0

بسم الله الرحمن الرحيم

وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ لا نُفْسِدُوا فِي الأَرْضِ

قَالُوٓا إِنَّمَا نَحْنُ مُصْلِحُونَ – ١١

وَ : dan

إِذَا : apabila

قِيلَ : dikatakan

لَ   : kepada

هُمٔ : mereka

لَا   : jangan

تُفْسِدُوا : kamu membuat kerosakan

فِي : di

الأَرْضِ : bumi

قَالُوا : mereka berkata

إِنَّمَا : sesungguhnya

نَحْنَ : kami

مُصْلِحُونَ : membuat kebaikan

Makna: Dan apabila dikatakan kepada mereka ” janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi, mereka menjawab “sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan.”

الإعراب

وَ : الواو ستئنافية : rujuk pelajaran yang lepas

إِذَا : ظرف : keterangan masa

قِيْلَ : فعل ماض مبني للمجهول مبني على الفتحة .

Kata kerja lepas bina fasif المجهول kekal berbaris atas الفتحة

ل : اللام حرف جر : Kata sendi

هُمْ : ضممير متصل للغائبين في محل جر باللام و الجر و المجرور ” لهم ” متعلق بقيل و الجملة الفعلية بعده ” لا تفسدوا في الأرض” في محل رفع نائب فاعل.

Ganti nama bersambung bagi orang ketiga الغائب berkedudukan di tempat jar dengan huruf lam ل jar dan majrur لهم ada kaitan dengan قيل . Dan jumlah fi’liyyah selepasnya ” لا تفسدوا في الأرض ” hukum i’rabnya rofa’ pengganti pelaku perbuatan نائب فاعل.

لا : ناهية جازمة : larangan

Di mana لا ناهية menjazakan kata kerja sedang مضارع .

تُفْسِدُوا : فعل مضارع مجزوم بلا و علامة جزمه حذف النون – أصله تفسدون – لأنه من الأفعال الخمسة و الوا ضمير متصل مبني على السكون في محل رفع فاعل والالف فارقة.

Kata kerja sedang/akan مضارع hukum i’rabnya majzum (tanda sukun sekiranya bukan kata kerja yang lima) dengan لا yang berfungsi “larangan” dan tanda jazamnya dengan membuang huruf nun di mana asalnya ( تفسدون ) kerana ia terdiri dari kata kerja yang lima, dan huruf و ialah ganti nama bersambung ضمير متصل berbaris mati السكون berkedudukan sebagai pelaku perbuatan dan huruf alif sebagai pembeza antara و dzomir dengan و asal dalam kalimah

في : حرف جر : kata sendi

الأَرضِ : اسم مجرور بحرف الجر و علامة جره الكسرة الظاهرة في آخرو و الجر و المجرور ” في الأرض متعلق بتفسدوا.

Kata nama yang hukum i’rabnya majrur dengan kata sendi ” في” dan tanda jarnya baris bawah الكسرة yang jelas di akhirnya , dan jar dan majrur “في الأرض” ada hubungkait dengan تفسدوا

قَالُوا : فعل ماض مبني على الضمة لاتصاله بواو الجماعة و الواو ضمير متصل مبني على السكون في محل رفع فاعل و الالف فارقة و الجملة الفعلية ” قالوا” جواب سرط غير جازم .

Kata kerja masa lepas ماض dibina dengan baris hadapan الضمة kerana bersambung dengan waw و jamak, dan huruf wau و itu ganti nama bersambung dibina dengan baris mati السكون berkedudukan rofa’ sebagai pelaku perbuatan فاعل. Dan huruf alif sebagai pembeza (rujuk ayat-ayat sebelum). Jumlah fi’liyyah “قالوا” adalah jawab syarat yang tidak dijazamkan.

إِنَّمَا : توكيد : penegas

نَحْنُ: ضمير رفع منفصل – ضمير المتكلمين مبني على الضمة في محل رفع مبتدأ

Ganti nama yang berpisah (tidak boleh bersambung dengan kalimah-kalimah lain) berkedudukan rofa’ kerana ianya subjek

مُصُلِحُونَ : خبر مبتدأ ” نحن” مرفوع و علامة رفعه الواو لأنه جمع مذكر السالم و النون عوض من الحركة التنوين في الاسم المفرد و الجملة الإسمية ” إنما نحن مصلحون

في محل نصب مفعول به.

Prediket bagi subjek نحن hukum i’rabnya marfu’ dan tanda rofa’nya ialah huruf waw kerana ia terdiri dari jamak muzakkar salim جمع مذكر سالم

Dan huruf nun dihujungnya ganti untuk baris tanwin pada kata nama mufrad مفرد dan ayat fi’liyyah “إنما نحن مصلحون”

berkedudukan nasab disebabkan “yang dikenai perbuatan” مفعول به.

ألآ إِنَّهُمْ هُمُ المُفْسِدُوْنَ وَلٰكِن لَا

يَشْعُرُونَ – ١٢

أَلآ : Ketahuilah

إِنَّ : sesungguhnya

هُمْ : mereka

هُمُ : merekalah

المُفْسِدُونَ : pencetus kerosakan

وَلٰكن : tetapi

لَا يَشْعُرُونَ : mereka tidak sedar

Terjemahan: Ketahuilah bahawa sesungguhnya merekalah (munafik) orang-orang yang sebenar-benarnya pencetus bencana dan kerosakan, sedangkan mereka tidak menyedarinya.

الإعراب:

أَلآ : حرف استفتاح و تنبيه

Huruf pembukaan untuk menyatakan supaya pemusatan perhatian kepada isi kandungan ayat ini.

إِنَّ : حرف نصب و توكيد مشبه بالفعل

Huruf yang menasabkan isim dan merofa’kan khobar خبر dikatakan seakan-akan dengan kata kerja.

هُمْ : الهاء ضمير متصل مبني على الضمة في محل نصب اسم ” إن”

Huruf ha الهاء ialah ganti nama bersambung ضمير متصل dibina dengan baris hadapan الضمة dan ianya berkedudukan nasab kerana isim اسم kepada إِنَّ .

و الميم علامة جمع الذكور أو تعرب

” هم” ضميرا متصلا للغائبين مبنيا على السكون في محل نصب اسم ” إِنَّ” و كسرت همزة ” إن” لأنها مسبوقة بألآ .

Dan huruf mim م sebagai tanda jamak lelaki atau هم boleh juga di i’rab sebagai ganti nama bersambung ضمير متصل bagi orang ketiga lelaki ramai, dibina dengan baris mati السكون berkedudukan nasab نصب isim kepada إِنَّ , manakala hamzah dibaris bawahkan كسرة kerana didahului oleh الآ .

هُمُ : ضمير منفصل – ضمير للغائبين مبني مبني على السكون الذي حرك بالضمة لاشباع الميم في محل رفع مبتدأ

Ganti nama berpisah ضمير منفصل (maksudnya tidak boleh disambungkan dengan perkataan lain) , ganti nama bagi orang ketiga lelaki ramai dibina dengan baris mati pada asalnya tetapi digantikan dengan baris hadapan untuk membolehkan huruf mim itu diwasalkan dengan vokal “u” kerana bertemu dengan kalimah berikutnya yang beralif dan lam “المفسدون” dan هم itu berkedudukan sebagai subjek .

المُفْسِدُونَ : خبر المبتدأ ” هم ” مرفوع وعلامة رفعه الواو لأنه جمع مذكر سالم و النون عوض من التنوين و الحركة في الاسم المفرد .

Prediket خبر bagi هم hukum i’rabnya marfu’ مرفوع dan tanda rofa’nya adalah huruf waw kerana ia jamak muzakkar salim, dan huruf nun dihujungnya ganti tanwin (baris dua) ketika mana ianya mufrad.

الجملة الإسمية ” هم المفسدون” في محل رفع خبر ” إِنَّ” و يجوز أن يكون الضمير “هم” توكيدا لضمير ” هم” في ” إنهم”

Ayat ismiyyah “هم المفسدون” berkedudukan rofa’ kerana prideket خبر bagi إن dan هم yang kedua dari ayat ini sebagai penegas توكيد bagi ganti nama هم yang ada pada إنهم.

وَلٰكن ” الواو حرف زائد . لٰكن : استدراك

Huruf waw adalah tambahan, manakala لكن bermakna ‘tetapi.’

لا : نافية لا عمل لها

Huruf nafi yang tidak berfungsi sebagai عامل untuk merubah baris اعراب perkataan selepasnya.

يَشْعُرُونَ: فعل مضارع مرفوع لتجرده عن الناصب و الجازم و علامة رفعه ثبوت النون لأنه من الأفعال الخمسة و الواو ضمير متصل مبني على السكون في محل رفع فاعل.

Kata kerja sedang /akan berlaku فعل مضارع hukum i’rabnya marfu’ مرفوع dan tanda rofa’nya dengan mengekalkan huruf nun ن diakhirnya kerana ia terdiri dari kata kerja yang lima الأفعال الخمسة dan huruf waw الواو ialah ganti nama bersambung ضمير متصل dibina dengan baris mati سكون berkedudukan rofa’ sebagai pelaku perbuatan فاعل.

والله أعلم

Berkata Benar Menjemput Kebaikan

0

UiTO Channel: Tazkirah Harian

~Tadabbur Kalamullah 16 Muharram 1437H~

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَقُولُوا قَوْلًا سَدِيدًا

“Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah, dan katakanlah perkataan yang tepat – benar (dalam segala perkara)”[Surah al-Ahzab 70]

#Imam at-Tabari dalam tafsirnya mentafsirkan kalimah ‘Qaulan Sadiida’ dengan makna adil.

#Inilah pesanan indah daripada Allah yang menggariskan pendekatan agar kita bertaqwa dan mengucapkan kata-kata yang benar sebagai prasyarat yang perlu dipenuhi demi menggapai redha dan rahmatNya.

#Sabda Nabi saw:

عَنْ عَبْدِ اللهِ بنِ مَسْعُوْد رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : عَلَيْكُمْ بِالصِّدْقِ ، فَإِنَّ الصِّدْقَ يَهْدِيْ إِلَى الْبِرِّ ، وَإِنَّ الْبِرَّ يَهْدِيْ إِلَى الْجَنَّةِ ، وَمَا يَزَالُ الرَّجُلُ يَصْدُقُ وَيَتَحَرَّى الصِّدْقَ حَتَّى يُكْتَبَ عِنْدَ اللهِ صِدِّيْقًا ، وَإِيَّاكُمْ وَالْكَذِبَ ، فَإِنَّ الْكَذِبَ يَهْدِيْ إِلَى الْفُجُوْرِ ، وَإِنَّ الْفُجُوْرَ يَهْدِيْ إِلَى النَّارِ ، وَمَا يَزَالُ الرَّجُلُ يَكْذِبُ وَيَتَحَرَّى الْكَذِبَ حَتَّى يُكْتَبَ عِنْدَ اللهِ كَذَّابًا 

Drp Abdullah bin Mas’ud r.a, dia berkata: Rasulullah saw bersabda: “Hendaklah kamu sentiasa berlaku benar, kerana kebenaran membawa kepada kebaikan, dan kebaikan menghantar seseorang ke Syurga. Dan apabila seseorang selalu berlaku benar dan tetap memilih kebenaran, maka akan dicatat di sisi Allah sebagai orang yang benar. Dan jauhilah oleh kamu berbuat dusta, kerana dusta membawa seseorang kepada kejahatan dan kejahatan menghantar seseorang ke Neraka. Dan jika seseorang sentiasa berdusta dan memilih kedustaan maka akan dicatat di sisi Allah sebagai pendusta (pembohong)” [HR Ahmad, Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Ibnu Hibban dan at-Tirmizi berkata Hasan Sahih]

#Orang yang benar adalah manusia yang bertaqwa. Firman Allah swt:

وَالَّذِي جَاءَ بِالصِّدْقِ وَصَدَّقَ بِهِ ۙ أُولَٰئِكَ هُمُ الْمُتَّقُونَ 

“Dan orang yang membawa kebenaran (Muhammad) dan orang yang membenarkannya, mereka itulah orang yang bertakwa.” [Surah az-Zumar 33]

♡Perkataan yang benar ialah daripada al-Quran dan hadis Nabi saw. Oleh itu sentiasalah kita bercakap benar dan adil dalam percakapan♡

🐊Ust naim
https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim

Telegram:
telegram.me/tadabburkalamullah
(Buka link 👆 dan klik join)

Hidup Bermakna Dengan Zikrullah

0

UiTO Channel: Tazkirah Harian

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله وَبَرَكَاتُه

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد الله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله

اللهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ اٰلِه فِي كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ عَدَدَمَا وَسِعَهُ عِلْمُ الله💚💚💚
صبح الخير

اللهُمَّ أَرِنَا الحَقَّ حَقّاً وَارْزُقْنَا التِبَاعَةَ وَأَرِنَا البَاطِلَ بَاطِلاً وَارْزُقْنَاجْتِنَابَهُ،
بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ.

Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2352.

Dari Abu Dzar r.a. katanya Rasulullah S.A.W pernah ditanya orang: “Apakah ucapan zikir yang paling afdhal (utama), ya Rasulullah?” Jawab beliau, “Yaitu ucapan zikir yang dipilihkan Allah bagi para malaikatNya dan hamba-hambaNya, ialah: Subhanallahi wa bihamdih.(Maha Suci Allah Maha Terpuji Dia)

Alhamdulillah Allah beri peluang kpd kita hari ini untuk ber’amal soleh.

Hidup yang singkat hanya bermakna jika kita sentiasa dalam zikrullah.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا اللَّهَ ذِكْرًا كَثِيرًا

Hai orang-orang yang beriman, berzdikirlah (dengan menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya.

Surah Al-Ahzab (33:41)

————-
Ilham harian: ringkas tetapi padat.

https://telegram.me/mindaCikguRahim

#mindaCikguRahim

Nota 13 – Kelas Tafsir Surah Ad-Dhuha (Ayat Ke-5)

0

Bismillah

Alhamdulillah, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad SAW.

Syukur kita di atas nikmat Islam dan Iman kita. Sehingga hari ini, Allah memelihara diri kita daripada perkara kekufuran.

Hari ini kita masih berada dalam kebaikan, asbab dari sabar dan kehendak Allah untuk memberikan kebaikan-Nya kepada kita.

وَمَا يُلَقَّاهَا إِلَّا الَّذِينَ صَبَرُوا وَمَا يُلَقَّاهَا إِلَّا ذُو حَظٍّ عَظِيمٍ

“Dan sifat yang terpuji ini tidak dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang-orang yang bersikap sabar, dan tidak juga dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang yang mempunyai bahagian yang besar dari kebahagiaan dunia dan akhirat” (Fussilat 41:35)

Seterusnya, syukur di atas kesihatan, serta masa yang ada, sehingga kita berpeluang untuk meneruskan sesi pengajian Tafsir Surah Ad-Duha.

1) Masa lapang; dan

2) Kesihatan

Dua nikmat di mana Nabi Muhammad SAW berkata manusia selalu terlupa. Manakala, dalam hadis yang lain, Nabi Muhammad SAW menyebutkan, rebut lima sebelum lima iaitu:

– muda sebelum tua

– kaya sebelum miskin

– lapang sebelum sempit

– sihat sebelum sakit

– hidup sebelum mati

Tetapi dua perkara yang di atas hendaklah selalu diberi perhatian.

Kita sambung dengan tafsir Surah Ad-Duha, ayat yang ke-5:

وَلَسَوْفَ يُعْطِيكَ رَبُّكَ فَتَرْضَىٰٓ

Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau redha – berpuas hati. (Ad-Duha – 5) Ruj: Tafsir Pimpinan Ar-Rahman

Dalam ayat yang lepas (ayat yang ke-4) kita dapati bahawa Allah mengatakan kepada kita tentang fokus kepada akhirat itu adalah perkara yang sangat bermakna sehingga mampu “menyembuhkan” luka-luka ujian di dunia ini. Maka ayat ini menyambung perbincangan kita, masih berkaitan “saranan” Allah untuk mengajar manusia apakah fokus yang patut diberikan dalam hidupnya.

Walasaufa : Huruf ل dalam وَلَسَوْفَ adalah sebagai taukid – penekanan, kepastian.

Bermaksud: Pasti Allah akan lakukan

Pada masa ayat ini diturunkan, Nabi dan para sahabat sedang menghadapi cubaan dan dugaan yang amat berat. Maka, di sini Allah ingin memberitahu kepada Nabi dan para sahabat bahawa orang Islam di masa hadapan akan mendapat kebaikan yang lebih banyak. Di dalam bahasa mudahnya, Allah hendak memberitahu bahawa orang yang beriman janganlah merasa takut, kelak kamu akan menang juga akhirnya.

Takut adalah fitrah daripada Allah (takut esok hendak makan apa, takut orang kafir apa-apakan kita, takut bagaimana nasib Islam esok lusa)

Namun, ayat ini sebenarnya adalah untuk memberi ketenteraman kepada manusia supaya terus fokus menjadi hamba Allah, dengan mengikut perintah-Nya sahaja, sebagaimana objektif kejadian kita:

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.” (Az-Zariyat 51:56)

 سَوْفَ

Saufa: dari segi bahasa adalah masa hadapan yang agak jauh

Oleh itu, Allah akan memberi kemenangan atau nikmat kepada orang-orang beriman, tetapi tidaklah terlalu cepat, perlu menunggu juga. Sebelum sampai masa mendapat apa yang dijanjikan, ada jarak masa yang agak lama, maka hendaklah bersabar sepanjang waktu tersebut.

Contoh: Apabila sakit berharap/berdoa untuk cepat sembuh.

Sebenarnya ujian yang tiba kepada kita bukan sekadar sakit, tapi “bagaimana” kita melalui proses tersebut. Begitu juga selepas menghadapi ujian tersebut, kerana ramai orang selepas mendapat nikmat (sembuh), terlupa untuk mengingati Allah.

Berapa ramai hari ini yang berjaya kemudian merasa dialah hebat, sehingga terlupa bahawa kejayaan itu adalah atas izin Allah. Seperkara lagi, “si tukang pemerhati”, langsung menjadikannya idola hingga terlupa untuk kembali kepada petunjuk Allah dan Rasul.

Perkataan يُعْطِيكَ bermaksud:

– pemberian yang amat banyak

– boleh berbuat apa sahaja dengan apa yang dia peroleh.

(Jika digunakan أَتَى sahaja, mungkin ada tanggungjawab terhadapnya)

Ata: bermaksud ~ didatangkan kepadanya

Contoh, apabila Allah mengatakan Dia “datangkan” al-kitab, ada kerja yang perlu dilakukan dengan kitab tersebut, iaitu mestilah patuh, perlu disampaikan. Tapi “yu’ti” ini bermaksud ambillah, memang kamu berhak untuk berbuat apa sahaja.

Penerima pemberian itu tidak bertanggungjawab untuk melakukan apa-apa sahaja, boleh menikmati nikmat itu.

Apakah pemberian yang dimaksudkan itu? Apakah yang akan diberikan?

Antaranya ialah nikmat syurga, bilamana beroleh syurga kelak, terpulanglah hendak berbuat apa sahaja. Oleh sebab itu saya meneliti “nikmat pemberian” dalam ayat ini.

Kesimpulannya, saya memilih jawapan “Syurga”. Ia adalah fahaman sahabat seperti Ibn Mas’ud, kerana semua nikmat yang lain termasuk Al-Quran, akan dipertanggungjawabkan kepada kita kecuali syurga, ia adalah hak mutlak orang yang berjaya.

فَتَرْضَىٰ

Fatardha: kamu akan redha

Redha dengan siapa? Tentulah dengan Allah.

Sebenarnya, jika Allah tidak mahu memberi nikmat tambahan pun, Nabi telah redha dengan Allah bukan? Maka, mengapa disebut di dalam ayat ini? Maksudnya adalah, Allah akan membenarkan baginda meminta sehingga baginda berasa puas hati.

Kalimah redha berada di hujung ayat, seolah-olah memberi isyarat kepada kita bahawa pengakhiran proses dalam melalui ujian, adalah REDHA.

Saya teringat kepada sahabat-sahabat Nabi, “Allah redha terhadap mereka, dan mereka juga redha terhadap Allah”

Soalnya, pada hari ini apabila Allah telah membantu/memberi kita nikmat, adakah kita beriman kepada ayat ini atau dengan maksud lain, “Adakah kita betul-betul redha dengan apa yang Allah berikan kepada kita hari ini?” Adakah kita ikhlas/teguhkah hati kita mentauhidkan Allah apabila telah diberikan nikmat.

Kesimpulan:

1) Janji Allah sentiasa benar, iaitu nikmat kepada orang yang menjaga takwa kepada-Nya.

2) Manusia bukan hanya perlu risau terhadap ujian yang ditimpakan kepada mereka, akan tetapi soal bagaimana menghadapi ujian dan natijah sesudah ujian tersebut adalah sangat penting, agar kita terus beroleh kemenangan yang sebenar.

3) Kemenangan pasti akan tiba kepada orang yang teguh menjaga imannya. Jika bukan di dunia, di akhirat nanti pasti akan beroleh ganjaran yang setimpal.

Semoga kita semua bersama-sama masuk syurga (kejayaan yang sebenar, sehingga kita berpuas hati).

Wallahu a’lam.

Popular

Iklan

Iklan