Utama Tazkirah Admin || Makna Kalimah Basmalah ||

|| Makna Kalimah Basmalah ||

799
0
Iklan

UiTO Channel: Tazkirah Harian

#FaedahAlQuran

|| Makna Kalimah Basmalah ||

1. Basmalah merujuk kepada perkataan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Bismillahir rahmanir rahim

Maknanya:

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

2. Perkataan الله (Allah) merupakan nama untuk Rabb (Tuhan) yang hanya layak disembah dan yang tidak ada sesuatu pun sebanding dengannya. Ia adalah kata nama khas dan tunggal yang hanya boleh digunakan olehNya sahaja, tidak boleh digunakan untuk menamakan sesuatu yang selain daripadaNya dengan nama Allah.

2. Perkataan Allah di dalamnya terkumpul segala nama-namaNya yang baik serta sifat-sifatnya. Kerana itu perkataan Allah tidak boleh digunapakai untuk sesuatu selain daripada Allah.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

َ إِنَّ لِلَّهِ تِسْعَةً وَتِسْعِينَ اسْمًا مِائَةً إِلَّا وَاحِدًا مَنْ أَحْصَاهَا دَخَلَ الْجَنَّةَ

“Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama, seratus kurang satu. Sesiapa yang dapat menghitungnya (dalam riwayat lain disebutkan; menghafalnya), maka dia akan dimasukkan ke dalam Syurga. [Riwayat Al-Bukhari]

3. Perkataan الرحمن (Ar-Rahman- Yang Maha Pemurah) menunjukkan kepada rahmat Allah yang diberikan kepada semua makhlukNya dalam kalangan manusia, jin mahupun haiwan.

Sebahagian ulama’ Tafsir mengatakan Ar-Rahman menunjukkan sifat nama Allah yang lebih spesifik/khas berbanding Ar-Rahim. Perkataan Ar-Rahman dinisbahkan hanya untuk Allah sahaja sebagaimana perkataan Allah, Ar-Khaliq (Yang menciptakan) , Ar-Razzaq (Yang Memberi Rezeki)

4. Perkataan الرحيم (Ar-Rahim- Yang Maha Penyayang) merujuk kepada rahmat Allah yang khas untuk orang Mukmin.

Sebahagian ulama’ tafsir berpendapat Ar-Rahim merujuk kepada nama Allah yang lebih umum daripada Ar-Rahman. Sedangkan nama Ar-Rahman lebih bersifat khas untuk Allah. Ini sebagaimana firman Allah dalam hadith Qudsi:

أَنَا اللَّهُ وَأَنَا الرَّحْمَنُ خَلَقْتُ الرَّحِمَ

Sesungguhnya Aku Allah dan Akulah Ar-Rahman. Aku yang menciptakan Ar-Rahim (merujuk kepada silaturrahim/tali persaudaraan)

Wallahua’lam.

———————

Semoga berfaedah dan sebarkanlah kepada rakan taulan di luar sana. Dijemput semua untuk join Channel ini (pastikan Telegram versi baru)

telegram.me/addien90

Ad-Dien Abdul Kadir
Jumaat, 30/10/2015.

Komen dan Soalan