Utama Blog Halaman 203

Astaghfirullaaha wa ‘atoobu ‘ilayhi

0

UiTO Channel: Tazkirah Harian:

“Siapa yang mengucapkan Astagfirullah wa atuubu ilaih 100x, diampuni dosanya walau sebanyak buih…”
http://twitulama.tumblr.com/post/132250161846

“Siapa yang mengucapkan Astagfirullah wa atuubu ilaih 100x, diampuni dosanya walau sebanyak buih lautan. Hanya tiga menit, jangan terlewat!”

– @fahadalkandri (https://twitter.com/#!/fahadalkandri) – Fahad Al Kundari, imam masjid besar negara Kuwait, dan insya Allah recital Al Qur’an beliau telah masyhur. 29/10/2015

أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ

‘Astaghfirullaaha wa ‘atoobu ‘ilayhi.
Aku memohon keampunan daripada Allah dan aku bertaubat kepadaNya. (100 kali sehari.)
Ref:Al-Bukhari, Muslim 4/2075.

https://sunnah.com/ibnmajah/33/160

Nafsu Anak Adam

0
3d gold bars and coins on white

UiTO Channel: Tazkirah Harian

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله وَبَرَكَاتُه

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد الله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله

اللهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ اٰلِه فِي كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ عَدَدَمَا وَسِعَهُ عِلْمُ الله💚💚💚

اللهُمَّ أَرِنَا الحَقَّ حَقّاً وَارْزُقْنَا التِبَاعَةَ وَأَرِنَا البَاطِلَ بَاطِلاً وَارْزُقْنَاجْتِنَابَهُ،
بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ.

Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 1010.

Dari Anas bin Malik r.a., dari Rasulullah S.A.W., sabdanya: “Andai kata anak Adam itu memiliki emas satu lembah, nescaya dia ingin memiliki satu lembah lagi. Tidak ada yang dapat mengisi penuh mulut (hawa nafsu)nya melainkan tanah (maut). Dan Allah menerima taubat siapa yang taubat kepada-Nya.”

Quran Terjemahan Harfiyyah Wa’Irab – Al-Baqarah Ayat ke-14

0

بسم الله الرحمن الرحيم
Sambungan ke ayat 14
Surah البقرة

وَإِذَا لَقُوا الَّذِينَ ءَامَنُوا قَالُوا ءَامَنَّا
وَإِذَا خَلَوْ إِلى شَيٰطِينِهِم قَالُوا إِنَّا
مَعَكُمْ إنَّمَا نَحْنُ مُسْتَهـزِءُوْنَ( ١٤

وَ : dan
إِذَا : apabila
لقُوا : mereka bertemu
الَّذِينَ : orang-orang yang
ءَامَنُوا : beriman
قَالُوا : mereka berkata
ءَامَنَّا : kami telah beriman
و : dan
إِذَا : apabila
خَلَوْا : mereka kembali
إِلى : kepada
شَيٰطِنِينِ : syaitan-syaitan
هِمْ : mereka
قَالُوا : mereka berkata
إنَّا : sesungguhnya kami
مَعَ : bersama
كُمْ : kamu
إنَّمَا : sebenarnya
نَحْنُ : kami
مُسُتَهْزِءُونَ : memperolok-olok

Terjemahan:
Dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata: ” kami telah beriman” ,dan manakala mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula: ” sesungguhnya kami tetap bersama kamu, sebenarnya kami hanya memperolok- olok (akan orang2 yang beriman).

الإعراب :

و : الوَاو عاطفة : wau penghubung
إِذا : ظرف لما يستقبل من الزمان مبني على السكون متضمن معنى الشرط
Keterangan masa untuk masa akan datang yang mengandungi makna syarat.

لَقُوا : فعل ماض مبني على الضم الظاهرة على الياء المحذوفة لاتصاله بواو الجماعة ، و الواو ضمير متصل مبني على السكون في محل رفع فاعل و حذفت الياء من الفعل ” لَقِيَ ” . و الالف فارقة
Kata kerja yang telah lepas ماض di bina dengan baris depan jelas di atas huruf ya الياء yang di buang kerana bersambung dengan wau الواو jamak. Manakala wau itu ganti nama bersambung ضمير متصل yang di bina dengan baris mati سكون berkedudukan rofa’ kerana ianya sebagai pelaku perbuatan atau فاعل , di buang huruf الياء dari kata kerja لَقِيَ kerana bertemu dengan huruf wau yang berbaris mati. Alif yang terdapat di hujungnya sebagai pembeza.

الَّذٌيْنَ : اسم موصول مبني على الفتح في محل نصب مفعول به لفعل ” لقي ” و مفرده ” الذي ”
Kata nama penyambung di bina dengan baris atas فتحة berkedudukan nasab disebabkan ia ” yang dikenai perbuatan” objek oleh kata kerja لقي di mana mufradnya ialah الذي.

ءَامَنُوا : الجملة الفعلية صلة الموصول ” الذين ” و هي فعل ماض مبني على الضم لاتصاله بواو الجماعة و الواو ضمير متصل مبني على السكون في محل رفع فاعل و الالف فارقة
Ayat kata kerja yang ada kaitan dengan الذين dan ianya kata kerja yang telah lepas ماض dibina dengan baris mati سكون kerana disambungkan dengan wau jamak ,dan wau itu ” ganti nama yang bersambung di bina dengan baris mati سكون berkedudukan rofa’ disebabkan ianya pelaku perbuatan فاعل manakala huruf alif dihujungnya sebagai pembeza.

قَالُوْا : فعل ماض مبني على الضم لاتصاله بواو الجماعة و الواو ضمير متصل مبني على السكون في محل رفع فاعل والألف فارقة و الجملة الفعلية ” قالوا ” جواب شرط عير جازم .
Kata kerja masa lepas ماض di bina dengan baris depan ضمة kerana bersambung dengan wau jamak واو الجمع , dan wau itu ganti nama bersambung ضمير متصل di bina dengan baris mati سكون berkedudukan sebagai pelaku perbuatan فاعل dan huruf alif dihujungnya adalah sebagai pembeza. Jumlah fi’liyyah قالوا adalah jawab syarat kepada وإذا قيل tanpa menjazamkannya.

أمَنَّا : الجملة الفعلية في محل نصب مفعول به بقالوا و هي فعل ماض مبني على السكون لاتصاله بضمير المتكلمين ” نا ” ضمير منصل مبني على السكون في محل رفع فاعل..
Jumlah fi’liyyah ( kata kerja) yang di dalam tarkib ( susunan ayat ) berkedudukan sebagai objek مفعول به dan ia merupakan kata kerja kala lepas yang di bina dengan baris mati سكون kerana bersambung dengan ganti nama bagi orang pertama mewakili ramai ” نا ” ianya juga ganti nama bersambung ضمير متصل di bina dengan baris mati سكون berkedudukan sebagai pelaku perbuatan فاعل.

وَإِذَا : rujuk i’rab di permulaan ayat
خّلَوْا : فعل ماض مبنى على الفتح المقدر للتعذر على الألف المحذوفة لاتصاله بواو الجماعة . والواو ضمير متصل مبني على السكون في محل رفع فاعل و الألف فارقة و بقيت الفتحة على اللام دالة على الألف المحذوفة و الجملة الفعلية ” خلوا ”
في محل جر بالإضافة.
Kata kerja kala lepas di bina dengan baris atas فتحة yang ditakdirkan kerana lemah علة terhadap huruf alif ى yang di buang kerana bersambung dengan wau jamak . Dan wau itu ganti nama bersambung ضمير متصل yang di bina dengan baris mati سكون berkedudukan sebagai pelaku perbuatan فاعل dan huruf alif dihujungnya sebagai pembeza. Baris atas yang teletak di atas huruf lam menunjukkan huruf alif yang di buang.

إلى شياطينهم
إلى : حرف جر : kata sendi

شياطين : اسم مجرور بحرف الجر ” إلي ” وعلامة جره الكسرة الظاهرة في آخره وهو مضاف
kata nama yang hukum i’rabnya majrur dengan huruf jar (kata sendi) إلى dan tanda jarnya baris bawah كسرة dan ia sebagai mudhof مضاف

هِمْْ : ضمير للغائبين مبني علي السكون في محل جر بالإضافة أو تكون الهاء ضميرا متصلا مبني علي الكسرة في محل جر مضافا إليه و الميم علامة جمع الذكور .
Ganti nama bagi orang ketiga lelaki ramai di bina dengan sukun berkedudukan kerana sandaran بالإضافة atau huruf ha الهاء itu boleh di i’rab sebagai gantinama bersambung ضمير متصل di bina dengan baris bawah كسرة berkedudukan jar kerana ianya mudhof ilaih مضاف إليه dan huruf mim dihujungnya tanda jamak lelaki ramai.

قالوا : فعل ماض مبني على الضمة لاتصاله بواو الجماعة و الواو ضمير متصل مبني على السكون في محل رفع فاعل و الألف فارقة و الجملة الفعلية ” قالوا ” جواب شرط غير جازم .
Kata kerja masa lepas ماض di bina dengan baris hadapan ضمة kerana bersambung dengan wau jamak, dan wau itu ialah ganti diri bersambung ضمير متصل berkedudukan rofa’ sebagai pelaku perbuatan, huruf alif dihujungnya adalah pembeza untuk mengenali huruf wau sama ada ianya sebagai ganti diri atau wau asal dari sesuatu kata kerja.

إِنَّا مَعَكُمْ : الجملة في محل نصب مفعول به ” لقالوا ”
Susunan ayat ini berkedudukan nasab sebab ” yang dikenai perbuatan مفعول به ” dengan kata kerja قالوا

إِنَّ : حرف نصب و توكيد مشبه بالفعل.
Hurur nasab ( menasabkan isim dan merofa’kan khabar ) berfungsi sebagai penegas dan ianya seakan-kata kerja.

نَا : ضمير متصل للمتكلمين مبني على السكون في محل نصب اسم ” إِنَّ ” .
Ganti nama bersambung untuk orang pertama mewakili orang lain, di bina dengan baris mati سكون berkedudukan nasab kerana ianya isim bagi إن

مَعَ : ضرف مكان : keterangan tempat dan ianya berhubung kait dengan khabar inna

كُمْ : الكاف ضمير متصل للمخاطبين مبني على الضمة في محل جر بالإضافة و الميم علامة جمع الذكور.
Huruf kaf ialah dhomir muttasil bagi orang kedua lelaki ramai, di bina dengan dhommah berkedudukan jar dengan izofah atau مضاف إليه , dan huruf mim ialah tanda jamak lelaki.

إنَّمَا نَحْنُ : توكيد : نَحْنُ : ضمير رفع منفصل – ضمير المتكلمين مبني على الضمة في محل رفع مبتدأ
Taukid, dan nahnu ganti nama yang berpisah hanya berkedudukan rofa’, ganti nama bagi orang pertama mewakili orang lain di bina dengan dhommah ضمة berkedudukan sebagai mubtadak مبتدأ.

مُسـتَهـزِءُونَ : خبر مبتدأ ” نحن ” مرفوع و علامة رفعه الواو لأنه جمع مذكر السالم و النون عوض من النتوين و الحركة في الاسم المفرد.
Prediket خبر bagi subjek مبتدأ nahnu نحن , hukum i’rabnya marfu’ dan tanda rofa’nya huruf wau kerana ia terdiri dari kata nama jamak muzakkar salim, manakala huruf nun diakhirnya pengganti tanwin harokat pada isim mufrad.
والله نسأل أن يجعله خالصا لوجهه الكريم إنه ولي المخلصين، والله أعلم

Berghairahlah Untuk Berjuang

0

UiTO Channel: Tazkirah Harian

~Tadabbur Kalamullah 22 Muharram 1437H~

وَقُلْ جَاءَ الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ ۚ إِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقًا

Dan katakanlah:” Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap”[Surah al-Isra’ 81]

#Ayat ini seharusnya mengingatkan kepada kita bahawa perjuangan menegakkan Islam, menyebarkan Islam dan memadamkan kesesatan itu tidak pernah ada titik penamatnya selagimana kebatilan tidak lenyap dari muka bumi ini.

#Selagimana Islam belum tertegak secara keseluruhannya, termasuklah dalam soal pemerintahan negara, maka itu bermakna perjuangan tetap wujud dan umat Islam dituntut bersama-sama dalam perjuangan ini. Berkata bijak pandai: “Kelebihan Rasul pada mukjizat, kelebihan ummah pada muafakat”

#Diriwayatkan oleh Abu Malik al-Asy’ari bahawa Nabi saw bersabda:

“Sesungguhnya Allah menyertakan untuk kamu 3 sifat. Pertama: Nabi kamu tidak akan mendoakan kejahatan untuk kamu yang akan menyebabkan kamu dibinasakan semuanya. Kedua: Pendokong kebatilan tidak akan berjaya mengalahkan pendokong kebenaran. Ketiga: Kamu (para sahabat) tidak akan berhimpun di atas kesesatan” (HR Abu Dawud dalam al-Fitan)

#Berkata Abu Musa al-Asy’ari, Nabi bersabda: “Siapa berjuang untuk menjadikan kalimah Allah sebagai kalimah yang tertinggi maka ia berada di jalan Allah” (HR al-Bukhari dan Muslim)

#Jom kita persiapkan diri untuk berjuang sepenuh jiwa agar kebenaran dapat ditegak dan disebar luaskan dan melenyapkan kebatilan, kesyirikan dan kemungkaran.

“Sehari bersiap siaga di jalan Allah lebih baik daripada dunia dan apa yang ada di atasnya” (HR al-Bukhari)

♡Berghairahlah untuk berjuang dan mendaulatkan kebenaran. Semoga bantuan Allah bersama-sama kita semua♡

🐊Ust naim
https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim

Telegram:
telegram.me/tadabburkalamullah
(Buka link 👆 dan klik join)

SESUATU YANG PASTI

0

Dalam keghairahan kita mengejar isi dunia ini, jangan kita lupa suatu hari nanti kita akan pergi dari dunia ini.

Ingat, kaya macam mana pun kita, hebat macam mana sekalipun atau sejauh mana kita cuba melupakan dan menjauh dari memikirkan tentang akhirat, akhirat tetap akan datang kepada kita.

Suatu masa nanti, kita pasti akan berdepan dengan penamat kehidupan itu dan barulah kita akan bertemu kehidupan yang sebenar.

Nabi sallalahu ‘alaihi wasallam berkata dalam hadith riwayat Muslim:

الدُّنْيَا سِجْنُ الْمُؤْمِنِ وَجَنَّةُ الْكَافِرِ
Dunia ini penjara bagi orang Mukmin dan syurga bagai orang kafir.

Dalam hadith riwayat Ahmad, Baginda mengatakan:

فَإِذَا فَارَقَ الدُّنْيَا فَارَقَ السِّجْنَ وَالسَّنَةَ
Apabila orang Mukmin itu berpisah daripada dunia (mati), barulah dia berpisah dari penjara dan kebiasaannya.

Renung-renungkanlah.

♡Jom Bersyukur Dengan Segala NikmatNya♡

0

UiTO Channel: Tazkirah Harian

~Tadabbur Kalamullah [Versi Santai 8]~

وَإِنْ تَعُدُّوا نِعْمَةَ اللَّهِ لَا تُحْصُوهَا ۗ إِنَّ اللَّهَ لَغَفُورٌ رَحِيمٌ

“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”[Surah an-Nahl 18]

#Allah swt memberi semua kelengkapan kepada kita. Kelebihan dan kelengkapan yang diberikan Allah kepada kita cukup banyak dan tak terhitung sehingga Allah telah mencabar kita melalui ayat diatas..

#Ayat ini bukan sahaja ditujukan kepada golongan kaya bahkan ditujukan juga kepada orang miskin. Nikmat ini juga akan ditanya kepada seorang tukang sapu, nelayan, buruh dan sebagainya, nescaya mereka juga tidak akan mampu mengira. Apatah lagi kepada orang-orang kaya.

♡Jom Bersyukur Dengan Segala NikmatNya♡

🐊Ust naim
https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim

Telegram:
telegram.me/tadabburkalamullah
(Buka link 👆 dan klik join)

Apakah Itu Zuhud Di Dunia?

0

UiTO Channel: Tazkirah Harian

#HikmahSalafussoleh

Imam Sufyan Ibn ‘Uyainah (wafat 198H) ditanya apakah itu Zuhud di dunia?

Dia berkata:

إذا أنعم عليه فشكر، وإذا ابتلي ببلية فصبر، فذلك الزهد.

“Jika kalian diberikan kemudahan (yakni nikmat) olehNya maka kalian bersyukur. Jika kalian ditimpa dengan kesusahan maka kalian bersabar. Itulah yang dikatakan Zuhud.”

[Siyar A’lam An-Nubala 8/468]

Indah sekali hikmah daripada para Salafussoleh.
______________

Ad-Dien Abdul Kadir
http://telegram.me/addien90

Muliakan Perintah Allah!

0

UiTO Channel: Tazkirah Harian

“Muliakan perintah Allah bagaimanapun kondisimu, Allah pun pasti kan memuliakanmu (Hasan al Bashri)”
http://twitulama.tumblr.com/post/132449861624

“Muliakan perintah Allah bagaimanapun kondisimu, Allah pun pasti kan memuliakanmu (Hasan al Bashri)”

– @almonajjid (http://almonajjid/) – Syaikh Muhammad Shalih Al Munajjid, pengasuh web IslamQA (http://islamqa.com/). 28/10/2015

💎 MUTIARA NASEHAT IBNUL QOYYIM

0

UiTO Channel: Tazkirah Harian

💎 MUTIARA NASEHAT IBNUL QOYYIM

Ibnul Qoyyim rahimahullâhu berkata :

💜 Di dalam hati terdapat serpihan yang berserakan, yang tidak dapat dikumpulkan kecuali dengan mendedikasikan diri hanya kepada Allâh

💜 Di dalam hati terdapat keburukan, yang tidak dapat disingkirkan kecuali dengan bersikap baik kepada Allâh di kala bersendirian (berkhalwah) dengan-Nya

💜 Di dalam hati terdapat kesedihan, yang tidak dapat diusir melainkan dengan kegembiraan di saat berusaha mengenal-Nya (ma’rifah) dan kejujuran di saat berinteraksi (mu’amalah) dengan-Nya.

💜 Di dalam hati terdapat api kesengsaraan, yang tidaklah dapat dipadamkan melainkan dengan kerelaan terhadap perintah, larangan dan ketentuan-Nya, serta merengkuh kesabaran di dalam melakukan hal ini sampai waktu perjumpaan dengan Allâh

💜 Di dalam hati itu terdapat kefakiran, yang tidak dapat ditutup kecuali dengan rasa cinta dan kembali kepada Allâh, menyenantiasakan berdzikir, dan ikhlas dengan sebenar-benarnya. Karena sekalipun dunia beserta isinya diberikan kepadanya, tidaklah akan menutupi kefakiran di dalam hatinya untuk selamanya.

📚 Madârijus Sâlikîn karya Imam Ibnul Qoyyim rahimahullâhu vol III hal 156
✏ @abinyasalma
📎 Dishare di #⃣Al-Wasathiyah wal I’tidâl

Akhirat Menjadi Cita-citanya, Maka Allah…

0

UiTO Channel: Tazkirah Harian

Iklan Bilik Dr Fathi
https://telegram.me/KelasHadithDrFathiAlSakandary

Tazkirah Hari Ini

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله وَبَرَكَاتُه

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد الله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله

اللهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ اٰلِه فِي كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ عَدَدَمَا وَسِعَهُ عِلْمُ الله💚💚💚
صبح الخير

اللهُمَّ أَرِنَا الحَقَّ حَقّاً وَارْزُقْنَا التِبَاعَةَ وَأَرِنَا البَاطِلَ بَاطِلاً وَارْزُقْنَاجْتِنَابَهُ،
بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ.

Hadis Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis Nombor 2583.

Maksudnya : Hannad menceritakan kepada kami, Waki’ memberitahukan kepada kami dari Ar Rabi’ bin Shabih dari Yazid bin Aban iaitu Ar Raqasyi dari Anas bin Malik berkata :”Rasulullah S.A.W bersabda :

“Barang siapa yang akhirat menjadi cita-citanya, maka Allah menjadikan ia kaya hatinya dan mengumpulkan baginya segala urusannya yang bermacam-macam dan dunia datang kepadanya dalam keadaan tunduk kepadanya. Dan barang siapa yang dunia menjadi cita-citanya maka Allah menjadikan kefakiran di antara kedua matanya dan memisahkan urusan-urusannya dan dunia tidak datang kepadanya melainkan apa yang telah ditentukan baginya”.

Popular

Iklan

Iklan