Utama Blog Halaman 202

Nota 18 – Tafsir Surah Ad-Dhuha Ayat ke-6

0

بسم الله الرحمن الرحيم

Tafsir Surah Ad-Dhuha – Ayat ke-6

أَلَمْ يَجِدْكَ يَتِيمًا فَـَٔاوَىٰ

Bukankah dia mendapati engkau yatim piatu, lalu la memberikan perlindungan?(Ad-Duha – 6)

Ruj: Tafsir Pimpinan Ar Rahman

Alam: Bukankah (berbentuk soalan)

– Komunikasi Allah yang sangat halus kepada hamba-Nya. Seperti anak yang merengek/menangis hendak mainan, ayah/ibu akan kata “bukankah mak dah belikan?….” Berbanding terus jawapan, “NO!”

Berkatalah kepada anak-anak untuk buat mereka berfikir, bukan sekadar perintah.

Kalau anak berbuat salah, bimbing! Buat mereka fikir, “elok ke kita tumpahkan air?…”

Bukan terus, NO! (sedang dia pun kecil lagi dan dalam proses belajar)

Jangan buat macam itu. Cakap sahaja tidak boleh sebab 1, 2, 3 hingga 10 jawapan yang jujur.

Oleh sebab itu selepas berpesan kepada kebenaran, hendaklah bersabar. Macam ajar anak-anak orang lain, lepas ajar kena sabar (pesan kesabaran ialah yang utama pada diri sendiri)

Yajidka: dia mendapati engkau

– Allah Maha Mengetahui

– Tidak pernah seorang hamba/makhluk tersasar dari radar pengetahuan Allah swt, sehingga sepatutnya tiada putus asa/sangkaan yang “macam-macam”. Seolah-olah Allah tidak mempedulikan dirinya.

Paling utama ialah mendapat redha Allah kerana manusia yang mendapat redha Allah akan merasai ketenangan termasuk nanti jemputan ke syurga. Soal masalah dapat diselesaikan atau tidak, bukan lagi keutamaan, yang penting dia teguh jadi hamba-Nya.

yatiman: anak yatim.

Definisi Yatim:

Al-Yatim (الْيَتِيمُ) dari sudut bahasa membawa maksud tunggal, bersendiri.

Ibn al-Sikkit: “Al-Yatim pada manusia adalah mereka yang kehilangan bapa manakala pada binatang pula adalah kehilangan ibu. Tidak dipanggil seseorang yang kehilangan ibu dengan al-Yatim”

Berkata Ibn Barriy pula: “Al-Yatim (الْيَتِيمُ) adalah bagi yang kematian ayah. Al-‘Ajiy (العَجِيُّ) bagi kematian ibu manakala al-Latim (اللَّطيم) pula adalah bagi yang kematian keduanya”.

Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, yatim membawa maksud anak yang kematian ibu atau bapanya. Sekiranya seorang anak itu kematian ibu dan ayahnya, ia dinamakan sebagai yatim piatu.

Bila peringkat umur yang dikatakan Yatim:

“Tidak ada keyatiman setelah baligh”

HR Abu Daud (2873) ~ Dinilai Sahih oleh Al-Albaani

Hadis ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa yang dinamakan anak yatim itu adalah mereka yang kehilangan bapa dan belum mencapai umur baligh

Dalam Al-Quran, ada rujukan kepada kita tentang sikap kepada anak yatim:

فِى ٱلدُّنْيَا وَٱلْءَاخِرَةِ ۗ وَيَسْـَٔلُونَكَ عَنِ ٱلْيَتَٰمَىٰ ۖ قُلْ إِصْلَاحٌ لَّهُمْ خَيْرٌ ۖ وَإِن تُخَالِطُوهُمْ فَإِخْوَٰنُكُمْ ۚ وَٱللَّهُ يَعْلَمُ ٱلْمُفْسِدَ مِنَ ٱلْمُصْلِحِ ۚ وَلَوْ شَآءَ ٱللَّهُ لَأَعْنَتَكُمْ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

Mengenai (urusan-urusan kamu) di dunia dan di akhirat dan mereka bertanya lagi kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (masalah) anak-anak yatim. Katakanlah: “Memperbaiki keadaan anak-anak yatim itu amatlah baiknya”, dan jika kamu bercampur gaul dengan mereka (maka tidak ada salahnya) kerana mereka itu ialah saudara-saudara kamu (yang seugama); dan Allah mengetahui akan orang yang merosakkan (harta benda mereka) daripada orang yang hendak memperbaikinya. Dan jika Allah menghendaki tentulah Ia memberatkan kamu (dengan mengharamkan bercampur gaul dengan mereka). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.(Al-Baqarah – 220)

Dua sikap:

1- Perbaiki/bantu kebajikan anak yatim.

2- Bergaullah dengan mereka.

Tidak perlu menunggu program berbuka puasa atau rumah terbuka hari raya.

Daripada berfikir ‘open table’ kawan/keluarga sahaja cuba kenali anak-anak yatim yang ada dan berikan 2 sikap seperti ayat di atas tadi.

Ancaman yang kita perlu jaga:

إِنَّ ٱلَّذِينَ يَأْكُلُونَ أَمْوَٰلَ ٱلْيَتَٰمَىٰ ظُلْمًا إِنَّمَا يَأْكُلُونَ فِى بُطُونِهِمْ نَارًا ۖ وَسَيَصْلَوْنَ سَعِيرًا

Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak-anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu hanyalah menelan api ke dalam perut mereka; dan mereka pula akan masuk ke dalam api neraka yang menyala-nyala.(An-Nisa’ – 10)

Bukan setakat keperluan luaran tetapi juga dalaman, yakni bukan setakat belikan baju tetapi juga berbual. Rumah anak-anak yatim juga perlu bersikap terbuka. Janganlah mengharapkan sumbangan material sahaja, tetapi beri ruang kepada masyarakat untuk bersama dalam banyak bentuk termasuk sekadar program silaturrahim. Mengisi perasaan mereka dengan hal ehwal agama, itu adalah lebih baik.

Tugas kita sampaikan ayat Al-Quran menyeru ke arah mengimani ayat-ayat Allah. In sya Allah, itu ubat terbaik untuk perasaan mereka. Sebagaimana Nabi, menyeru sahaja umat dengan terbaik. Bukanlah tugas Nabi untuk mengawal hal-hal lain, termasuk perasaan orang yang kita seru. Jika tidak, kita mudah hilang fokus untuk ke hadapan.

Fa-awa: memberikan perlindungan

Penjelasan terhadap sikap yang patut kita buat kepada anak-anak yatim.

Mungkin kita banyak berbincang tentang anak-anak yatim, balik semula kepada penurunan ayat:

Perihal anak yatim: pembalasan setimpal terhadap kehilangan (menjadi yatim)

Ini pujukan yang sangat besar, yang patut kita didik hati kita.

Soalnya di dunia ni, sangat penting untuk fokus jadi “hamba Allah”

Tiada ubat penenang terhadap ujian dunia/hingga kehilangan orang yang tersayang melainkan Allah tetap mengangkat dan membalas dengan pengiktirafan yang baik. Urusan kita kena terus fokus menjadi hamba Allah. Apabila datang bisikan-bisikan, sedih dan sebagainya kembalikan kepada Allah, lihat yang positif sahaja.

Nota: Ini adalah ubat untuk hati yang diuji kehilangan secara fitrah (kematian), tidak termasuklah yang putus cinta, yang putus cinta itu, sendiri cari penyakit. Jangan risau tentang “urusan” Allah, semak diri sama ada iman/taqwa betul atau tidak. Kesabaran yang tinggi perlu untuk tarbiyah diri kita kerana dengan tarbiyah itu, ia akan “meningkat” dalam kehidupan (anugerah Allah).

Kesimpulan:

1) Islam sangat memuliakan anak yatim dengan menjaga seluruh hak-hak mereka.

2) Antara kemuliaan Islam, menunjukkan fitrah yang baik dari Allah ialah memelihara golongan yang lemah (antaranya anak yatim).

3) Kita sangat dituntut melakukan kebaikan kepada anak yatim.

 

Allahu a’lam.

Nota 17 – Tafsir Surah Al-Fatihah Ayat ke-7 (Bahagian 3)

0

بسم الله الرحمن الرحيم

Tafsir Al-Fatihah Ayat ke-7 (Bahagian 3)

الضّالّينَ

Bukan Jalan Orang Yang Sesat

Sekarang kita akan belajar siapakah ‘Golongan yang sesat’. Golongan sesat yang dimaksudkan itu adalah Nasara dan munafiqin. Bukanlah mereka sahaja, tetapi mereka adalah contoh utama. Kita akan lihat apakah sifat-sifat mereka.

Kristian percaya bahawa Allah (God the Father) itu adalah Tuhan, Nabi Isa itu Rasul mereka, Kitab Injil daripada Tuhan. Namun, mereka silap faham tentang Tuhan hingga memuja Nabi Isa, kerana mereka percaya Nabi Isa adalah ‘anak Tuhan’, dan kemudian sampai dipanggil Jesus itu Tuhan pula. Mereka semuanya memohon kepada Jesus, tidak memohon kepada Tuhan. Itulah kesesatan utama mereka.

Malangnya, ada juga orang kita percaya Allah Tuhan, Nabi Muhammad SAW sebagai Rasul, Al-Quran daripada Allah, tapi silap faham tentang Allah, Nabi dan tentang adab doa, sampaikan ramai orang kita yang minta tolong, minta syafaat, minta berkat kepada Nabi Muhammad SAW. Apakah itu tidak sama dengan Kristian? Inilah salah faham dalam agama yang amat besar sekali.

Contoh kedua orang yang sesat adalah golongan Munafik. Contoh yang kita kena lihat adalah golongan munafik yang hidup dengan Nabi Muhammad SAW dahulu di Madinah. Mereka ini dahulunya solat mengikut belakang Nabi tetapi masih tidak mahu terima Islam sepenuhnya. Mereka itu terdiri dari golongan Ansar. Mereka sebenarnya tidak mahu kepada Islam, tapi apabila Islam berkembang di Madinah, ada golongan Ansar yang masuk Islam kerana terpaksa sebab telah ramai puak mereka masuk Islam. Mereka hendakkan kepentingan, malu kerana ramai masyarakat mereka telah memeluk Islam. Namun, di dalam hati mereka tidak ikhlas sebenarnya semasa memeluk Islam itu. Mereka tidak beriman sebenarnya.

Masyarakat kita pun banyak yang sedemikian itu juga bukan? Mereka mengaku Islam, menggunakan nama Islam. Orang solat, mereka pun solat, orang puasa mereka pun berpuasa, tetapi mereka tidaklah mengamalkan Islam dengan sebenarnya. Mereka tidak peduli tentang agama. Mereka beragama Islam kerana sebaik sahaja lahir, mak ayah telah Islam. Apa maksud ‘Islam’ itu pun mereka tidak tahu.

Kita akan belajar lagi tentang sifat-sifat dua golongan ini dalam surah-surah seterusnya nanti.

Surah Ali Imran banyak menyentuh kesesatan Nasara.

Surah an-Nisa pula banyak menceritakan tentang golongan munafikin.

SurahAl- Maidah pula ada campuran tentang kesesatan Yahudi, Nasara dan munafik.

Itulah semua surah-surah awal dalam Quran yang menceritakan tentang kesesatan empat golongan yang telah diberi isyarat dalam ayat غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ.

  1. Yahudi
  2. Musyrikin
  3. Nasara
  4. Munafik

Kita kena belajar semua sifat-sifat mereka dan periksa diri kerana dikhuatiri sifat-sifat mereka ada juga di dalam diri kita. Jika ada, maka kita hendaklah ubah diri kita. Jika tidak belajar tafsir Al-Quran bagaimana hendak tahu sifat-sifat ini semua?

Sesat golongan الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِم dan الضَّالِّينَ tidaklah sama. Maknanya, ada empat golongan tapi ada dua jenis kesesatan. Kita telah belajar sebelum ini tentang ‘mereka yang dimurkai’ – mereka itu ‘kafir degil’.

“Golongan Sesat” الضَّالِّينَ pula adalah mereka yang jahil dan cuai dalam belajar. Macam golongan sufi dan tarekat yang kononnya hendak dapat agama cara pintas. Mereka tidak belajar dengan betul dan mereka hanya bermodalkan dengan amalan bidaah mereka yang diajar oleh tok guru mereka (kononnya golongan murshid dan arifbillah). Mereka mencari Tuhan tetapi dengan cara yang salah. Mereka sangka mereka benar dan beruntung kerana dapat belajar tarekat, sama juga dengan Kristian yang rasa mereka betul tapi sebenarnya mereka sesat. Panjang jika hendak diceritakan tentang sufi/tarekat ini tetapi wajarlah apabila Imam Syafi’i rahimahullah mengatakan, “Seandainya seseorang menjadi sufi pada pagi hari, maka siang sebelum dhuhur ia menjadi orang yang dungu.”

Begitulah golongan Nasara seperti yang disebut dalam hadis. Allah telah ajar cara-cara mencari Tuhan yang benar tapi mereka hendak menggunakan cara sendiri – akhirnya mereka sesat.

Namun, mereka yang sesat jenis ini lebih baik sedikit dari golongan yang pertama (yang dimurkai), kerana mereka mungkin boleh lagi diajak belajar dan bila mereka telah faham, mereka boleh tinggalkan fahaman salah mereka dahulu. Kita perlu ajak mereka belajar sahaja dahulu. Ramai dari golongan tarekat yang telah mula sedar kesesatan mereka dan mengikut jalan sunnah. Akhir zaman nanti pun, golongan Nasara ini akhirnya semuanya akan masuk Islam beramai-ramai. Tetapi golongan Yahudi tetap berdegil. Akhir zaman nanti, mereka akan berada bersama pihak Dajjal, tetapi itu bukanlah alasan untuk tidak berdakwah kepada mereka.

 

Tentang golongan Nasara Allah telah sebut dalam Maidah:82

‎وَلَتَجِدَنَّ أَقْرَبَهُم مَّوَدَّةً لِّلَّذِينَ آمَنُوا الَّذِينَ قَالُوا إِنَّا نَصَارَىٰ ذَٰلِكَ بِأَنَّ مِنْهُمْ قِسِّيسِينَ وَرُهْبَانًا وَأَنَّهُمْ لَا يَسْتَكْبِرُونَ

Dan demi sesungguhnya engkau akan dapati orang-orang yang dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: “Bahawa kami ini ialah orang-orang Nasrani” yang demikian itu, disebabkan ada di antara mereka pendita-pendita dan ahli-ahli ibadat, dan kerana mereka pula tidak berlaku sombong.(Al-Maidah: 82)

Maknanya, mereka ini tetap lembut dengan orang Islam. Pada zaman Nabi, pernah para sahabat berhijrah ke Habshah, tempat orang Nasara. Ternyata mereka lembut dengan orang Islam dan raja mereka yang bernama (atau pangkat) Najashi sendiri memeluk Islam. Masyarakat kita pun macam itu jugalah kebanyakannya. Mereka jadi sesat itu sebab malas belajar sahaja, atau silap tempat belajar. Maka kita kena heret mereka datang belajar.

Maksudnya lagi, malas belajar ini adalah sifat Nasara, jadi jangan malas belajar. Dalam ayat di atas, disebut tentang قِسِّيسِينَ dalam agama Nasara itu, di mana mereka belajar juga, tetapi belajar kitab Injil, iaitu kitab yang salah. Itu bukanlah Kitab Injil yang asal. Sepertimana orang kita yang belajar juga, tetapi belajar kitab yang salah, sampai salah dalam agama. Bermacam jenis kitab yang dipelajari tetapi kitab Al-Quran tidak pula belajar lagi. Padahal, kena habis belajar tafsir Al-Quran, baru belajar kitab-kitab yang lain, supaya boleh periksa sama ada kitab itu mengikut fahaman Al-Quran atau tidak.

Kita sudah hampir habis tafsir Surah Fatihah. Secara ringkasnya, apabila wahyu Allah, iaitu Al-Quran dibacakan kepada manusia, manusia akan terbahagi kepada lima puak:

  1. Yang beriman (yang telah diberi nikmat)
  2. Yahudi
  3. Musyrikin
  4. Kristian/Nasara
  5. Munafik.

Selain dari mereka yang beriman, empat golongan yang lain itu akan masuk neraka tidak akan keluar sampai bila-bila.

‘Orang-orang yang sesat’, kurang sedikit salah mereka kalau dibandingkan dengan golongan yang dimurkai. Sebab itu ‘yang dimurkai’ itu disebut dahulu sebelum ‘golongan yang sesat’. Ini adalah ilmu ‘balaghah’ iaitu penggunaan susunan perkataan dalam Al-Quran. In sha Allah kita akan belajar sedikit demi sedikit nanti.

Walaupun mereka yang sesat itu masih salah, tapi ianya kurang sedikit jika dibandingkan dengan orang-orang yang dimurkai. Untuk membayangkannya, kita ambil contoh dua orang anak yang telah diberi arahan oleh ayahnya untuk tidak memakan makanan yang telah disediakan di rumah, kerana ayahnya hendak keluar sebentar. Seorang anak yang besar berserta adiknya yang lebih muda. Apabila ayahnya pulang, didapati makanan tersebut telah habis dimakan. Sudah tentu kemarahan ayahnya berbeza antara dua anak tersebut. Ayahnya lebih marah kepada anaknya yang besar daripada anak yang kecil, kerana anak yang kecil itu hanya mengikut sahaja. Anak yang besar itu sepatutnya lebih mengetahui, telah tahu salah tetapi buat juga lagi.

Begitulah, kita telah belajar bahawa Yahudi itu mengetahui akan kebenaran namun mereka sombong dan degil untuk mengikutinya. Orang Nasrani itu dalam kebingungan dan tidak tahu apa-apa tentang agama – mereka tertipu sahaja. Itu bukanlah alasan untuk melarikan diri dari kesalahan, kerana jika dibandingkan dengan kesalahan orang yang sepatutnya tahu kebenaran, ianya adalah kurang sedikit salahnya.

Maka kesimpulannya, kita berdoa semasa baca ayat ini dalam solat kita, minta kepada Allah supaya kita tidak menjadi seperti orang Nasara dan orang Munafik. Mereka itu telah tersalah jalan kerana mereka telah silap belajar atau malas belajar, tetapi mereka sangka mereka benar. Oleh itu, kita berharap kepada Allah, janganlah beri kita ilmu yang salah. Kita minta kepada Allah agar berikan kita ilmu-ilmu yang benar belaka. Kita memohon kepada Allah untuk memimpin kita ke jalan yang benar.

Allahu a’lam.

Menjadi Orang-orang Rabbaniyin

0

UiTO Channel: Tazkirah Harian

Assalamualaikum wr wt..

Sabda Rasulullah sallalLahu alayhi wasallam,

خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ الْقُرْآنَ وَعَلَّمَهُ

“Orang yang paling baik di kalangan kalian adalah seorang yang belajar Al Qur`an dan mengajarkannya.”

Sahih Bukhary.

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم

Surah Aal-e-Imran, Verse 79:

مَا كَانَ لِبَشَرٍ أَن يُؤْتِيَهُ اللَّهُ الْكِتَابَ وَالْحُكْمَ وَالنُّبُوَّةَ ثُمَّ يَقُولَ لِلنَّاسِ كُونُوا عِبَادًا لِّي مِن دُونِ اللَّهِ وَلَٰكِن كُونُوا رَبَّانِيِّينَ بِمَا كُنتُمْ تُعَلِّمُونَ الْكِتَابَ وَبِمَا كُنتُمْ تَدْرُسُونَ

Be worshippers of the Lord because of your teaching the Book and your reading (it yourselves).

“Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyin (yang hanya menyembah Allah Taala – dengan ilmu dan amal yang sempurna), kerana kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allah itu, dan kerana kamu selalu mempelajarinya.

https://telegram.me/mindaCikguRahim

Nota 16 – Tafsir Al-Fatihah Ayat ke-7 (Bahagian 2)

0

بسم الله الرحمن الرحيم

Tafsir Al-Fatihah – Ayat ke-7 (Bahagian 2)

غَيرِ المَغضوبِ عَلَيهِم

Bukan mereka yang dimurkai

Dalam ayat ini, Allah hanya sebut mereka itu ‘dimurkai’ sahaja tanpa menjelaskan ‘siapa’kah yang dimurkai itu. Setiap hari kita membaca ayat ini, tidakkah kita mahu tahu siapakah yang dimurkai itu?

Seperti yang kita telah belajar sebelum ini, kita sebenarnya berdoa kepada Allah dalam ayat ini supaya kita tidak termasuk ke dalam golongan mereka yang dimurkai itu. Jadi, kalau kita jujur, hendak doa kita itu makbul, kita kena tahu siapakah yang dimaksudkan, kerana jika kita tidak tahu, mungkin kita termasuk dalam golongan mereka pula, bagaimana?

Golongan yang dimurkai itu adalah golongan ‘Yahudi’ dan ‘Musyrikin’. Dua golongan ini amat susah untuk diperbetulkan, kerana kedegilan mereka. Mereka itu jenis kafir tetapi kafir mereka adalah jenis ‘Kafir Degil’. Mereka menolak kebenaran walaupun mereka tahu apakah kebenaran itu. Mereka tolak disebabkan kedegilan mereka, kerana kalau orang yang tidak tahu, masih boleh diajar lagi, tetapi kalau mereka itu sudah tahu kebenaran, tetapi masih menolak juga, bagaimana lagi kita boleh lakukan?

Dalil tentang yang dimurkai ini iaitu golongan Yahudi dan Musyrikin adalah sepertimana yang Allah sebut dalam Surah Al-Maidah:82

‎لَتَجِدَنَّ أَشَدَّ النَّاسِ عَدَاوَةً لِّلَّذِينَ آمَنُوا الْيَهُودَ وَالَّذِينَ أَشْرَكُوا وَلَتَجِدَنَّ أَقْرَبَهُم مَّوَدَّةً لِّلَّذِينَ آمَنُوا الَّذِينَ قَالُوا إِنَّا نَصَارَىٰ ذَٰلِكَ بِأَنَّ مِنْهُمْ قِسِّيسِينَ وَرُهْبَانًا وَأَنَّهُمْ لَا يَسْتَكْبِرُونَ

Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik. Dan demi sesungguhnya engkau akan dapati orang-orang yang dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: “Bahawa kami ini ialah orang-orang Nasrani” yang demikian itu, disebabkan ada di antara mereka pendita-pendita dan ahli-ahli ibadat, dan kerana mereka pula tidak berlaku sombong.

Bukan itu sahaja, memang terdapat hadis yang jelas daripada Nabi golongan yang dimurkai adalah golongan Yahudi.

Hamad bin Salamah meriwayatkan dari Adi bin Hatim, dia berkata, “Saya bertanya kepada Rasulullah SAW ehwal ‘bukan jalannya orang-orang yang dimurkai’. Baginda bersabda, “Yaitu kaum Yahudi.’ Dan bertanya ehwal ‘bukan pula jalannya orang-orang yang sesat’. “Baginda bersabda, ‘Kaum Nasrani adalah orang-orang yang sesat.’

Ada banyak lagi hadis-hadis lain yang menyokong pendapat mengatakan bahawa yang dimaksudkan ‘yang dimurkai’ adalah golongan Yahudi.

Daripada bahasa Quran yang digunakan, mereka bukanlah sahaja golongan yang dimurkai. Malah, mereka itu sebagai ‘contoh utama’. Sesiapa sahaja boleh termasuk ke dalam golongan yang dimurkai itu, kalau mereka juga mempunyai sifat-sifat seperti mereka. Kerana itulah golongan musyrik juga termasuk dalam golongan ini dan sesiapa sahaja, malah kalau orang yang mengaku Islam pun ada sifat-sifat mereka, akan termasuk juga.

Mungkin ada yang marah kalau dikaitkan dengan Yahudi dan lebih melenting lagi kalau dituduh dia ada perangai Yahudi. Hanya mereka yang jahil dan tidak mahu memperbaiki diri sahaja yang berkata begitu. Semoga kita tidak termasuk dalam golongan begitu. Kalau kita belajar makna-makna dalam Al-Quran dan dapati ada perangai kita yang macam Yahudi, kita hendak ubah diri kita atau hendak marah kepada Al-Quran yang cakap begitu?

Bagaimana hendak mengenal sifat demikian? Seperti yang telah disebut di awal-awal pembelajaran kita lagi, surah Al-Fatihah ini adalah ringkasan kepada keseluruhan Al-Quran. Maka, penerangan lanjut tentang dua golongan ini ada dalam surah-surah yang lain.

Surah Baqarah banyak menceritakan kesesatan golongan Yahudi. Banyak kita akan belajar sifat Yahudi dan periksalah nanti sama ada kita ada sifat mereka atau tidak.

Surah Al-An’am dan Al-A’raf pula adalah tentang musyrikin, iaitu golongan yang mendakwa ikut Nabi, tetapi sebenarnya dalam masa yang sama, mereka itu musyrik – melakukan amalan dan ada fahaman syirik terhadap Allah.

Kita akan belajar surah-surah itu nanti untuk mengetahui dengan lebih jelas lagi. Penting untuk kita tahu sifat-sifat mereka, supaya kita boleh tahu mana sifat yang salah. Supaya kita tahu kenapa mereka mendapat kedudukan yang hina, hingga mereka dimurkai. Mereka digelar golongan ‘yang dimurkai’ dari sejak ayat ini diturunkan, sampailah ke Hari Kiamat nanti, mereka akan mendapat gelaran buruk ini.

Kita belajar untuk kita tahu manakah sifat mereka yang salah, supaya kita tidak buat apa yang mereka lakukan. Bukanlah kita belajar siapa mereka untuk kita kutuk mereka, kerana yang dimurkai adalah sifat mereka, bukan bangsa mereka. Ada sebilangan dalam kalangan orang Yahudi itu yang baik-baik, lalu bagaimana kita boleh kutuk keseluruhan kaum mereka? Antara yang terkenal adalah Abdullah bin Salam, seorang pendita Yahudi yang masuk Islam di zaman Nabi lagi. Begitu juga, sampai sekarang, ada juga orang dari Yahudi yang masuk Islam dan mereka menjadi orang yang baik, hingga ada yang menjadi ulama.

Yang dimurkai itu bukan kerana mereka jahil atau cuai dalam belajar. Bahkan ada yang sudah belajar tetapi dia degil. Maklumat yang benar telah disampaikan dan dia pun telah faham tetapi dia degil untuk menerimanya. Begitulah golongan Yahudi seperti yang telah disebut di dalam hadis. Mereka tahu kebenaran tetapi mereka tolak kebenaran itu. Mereka tahu apakah yang benar kerana kebenaran telah ada disebut dalam kitab Taurat mereka. Mereka banyak pendita yang pandai dalam agama, yang mengkaji Kitab Taurat. Hingga sekarang pun mereka belajar Al-Quran tetapi tujuan mereka adalah kerana hendak lawan Islam.

Begitulah juga musyrikin Mekah. Mereka boleh faham Al-Quran kerana ianya dalam bahasa mereka tetapi mereka tolak juga. Sepatutnya mereka dululah yang faham Al-Quran dan terima Al-Quran kerana Al-Quran itu diturunkan dalam bahasa mereka dan mereka sendiri boleh lihat kehebatan Al-Quran itu, tetapi kerana kedegilan mereka, mereka tetap menolaknya. Antaranya adalah disebabkan Nabi Muhammad SAW dari Bani Hashim dan mereka dari puak yang lain (lihat kenapa Abu Jahal tidak mahu terima Nabi Muhammad SAW).

Tidak dinafikan juga, kebanyakan dari golongan mereka itu memang mempunyai sifat yang buruk yang keinginan mereka adalah hendak menjatuhkan Islam. Dalam ayat-ayat Al-Quran kita akan belajar untuk berhati-hati dengan mereka supaya kita tidak terperangkap oleh propaganda mereka.

Satu lagi golongan yang termasuk contoh yang dimurkai adalah musyrik. Masyarakat Islam kita yang ada fahaman syirik pun begitu juga. Orang Islam yang buat syirik juga dipanggil ‘musyrikin’. Yang jelas nampak syirik adalah mereka yang sembah patung dan berhala itu. Namun, walaupun orang Islam tidak sembah patung dan berhala dengan jelas, mereka juga ada mengamalkan amalan syirik dan ada amalan syirik. Maka, mereka juga musyrikin sebenarnya, iaitu ‘Musyrikin Malaysia’. Antaranya ada di kalangan mereka yang pergi jumpa bomoh, mengamalkan amalan salah dan sebagainya, mereka ada fahaman yang syirik dan juga amalan-amalan syirik.

Kita akan belajar apakah yang dimaksudkan dengan syirik nanti. Ramai yang tidak tahu kerana mereka sangka mereka tidak mengamalkan syirik, tetapi sebenarnya ada.

Oleh kerana mereka hendak mengamalkan amalan syirik mereka, mereka akan menentang jalan Sunnah. Mereka sangat susah hendak terima sunnah. Ini adalah kerana sudah ada fahaman syirik dalam diri mereka. Syirik ini memang susah keluar dari manusia apabila telah masuk dalam diri. Kita yang sudah terima sunnah ini pun kenalah berhati-hati. Nabi telah ajar kita doa-doa supaya kita diselamatkan dari fahaman syirik dan dari melakukan syirik. Maknanya, walaupun kita telah belajar, kita kena berdoa minta diselamatkan kerana kita tidak kebal.

Secara ringkasnya, golongan yang dimurkai dalam Surah Al-Fatihah ini adalah golongan yang tahu kebenaran, tetapi mereka tidak terima kebenaran itu. Semoga kita tidak termasuk dalam golongan itu, kerana jika kita pun begitu, maka kita termasuk dalam kalangan orang yang dimurkai.

Justeru, semasa kita membaca ayat ini dalam solat kita, kita sebenarnya sedang berdoa kepada Allah: Ya Allah, janganlah jadikan aku termasuk golongan yang tahu kebenaran, tetapi tidak sanggup hendak mengikutinya.

قُلْ أَرَءَيْتُمْ إِن كَانَ مِنْ عِندِ ٱللَّهِ وَكَفَرْتُم بِهِۦ وَشَهِدَ شَاهِدٌ مِّنۢ بَنِىٓ إِسْرَٰءِيلَ عَلَىٰ مِثْلِهِۦ فَـَٔامَنَ وَٱسْتَكْبَرْتُمْ ۖ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يَهْدِى ٱلْقَوْمَ ٱلظَّلِمِينَ

Katakanlah lagi: “Bagaimana fikiran kamu jika Al-Quran ini (yang datangnya) dari Allah dan kamu mengingkarinya, pada hal ada seorang saksi dari Bani Israil memberi keterangan mengakui (sahnya Kitab) yang sama seperti Al-Quran ini, lalu ia percayakan (Al-Quran ini dari Allah), sedang kamu dengan sombong angkuh mengingkarinya? (Tidakkah dengan yang demikian kamu bersifat zalim)? Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang zalim (yang degil dalam kekufurannya)”(Al-Ahqaf – 10)

Allahu a’lam.

Jika Allah Membukakan Manusia Pintu-pintu Dosa

0

UiTO Channel: Tazkirah Harian

☀ MUTIARA PAGI

‏إذا فتح الله للإنسان أبوابا إلى الذنـــوب
فإنه يفتح له أبـــوابا مثلها للنجاة منــــها.

Jika Allah telah membukakan bagi manusia pintu-pintu kepada dosa
Maka sesungguhnya Allah membukakan pula baginya pintu-pintu yang semisal untuk selamat darinya.

ولكن النفس تشتهي الذنب فتُبصر أبوابه
وتعمى عن أبــــواب النجاة منه.

Akan tetapi jiwa ini lebih condong kepada dosa sehingga yang lebih tampak adalah pintu-pintu (kejelekan)
Dan terbutakanlah dari pintu-pintu yang dapat menyelamatkan darinya.

📝 DR Abdul Aziz ath-Thuraifi

➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
✏ Alih bahasa : Abul Hasan Aldy Sefan
#⃣ Channel Telegram al-Wasathiyah wal I’tidal
📎 Join : https://telegram.me/abusalmamuhammad

Nota 15 – Tafsir Al-Fatihah Ayat ke-7 (Bahagian 1)

0

بسم الله الرحمن الرحيم

Tafsir Al-Fatihah : Ayat ke-7 (Bahagian 1)

صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ

Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat ke atas mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.(Al-Fatihah – 7)

Sekarang kita masuk kepada ayat yang ke-7 Surah Fatihah. Ayat ini pendek sahaja sebenarnya, tapi mengandungi tiga bahagian:

  1. Jalan orang-orang yang dapat nikmat
  2. Jalan orang-orang yang dimurkai
  3. Jalan orang-orang yang sesat

Setiap bahagian itu adalah penting, jadi kita akan membicarakan ianya secara khusus satu persatu. Kita mulakan dengan bahagian yang pertama dahulu pada hari ini:

 صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ

jalan orang-orang yang Allah telah kurniakan nikmat kepada mereka.

Ayat ini menjelaskan lagi apakah ‘jalan lurus’ seperti yang telah disebut dalam ayat sebelum ini, supaya jelas dan tidak ada yang salah guna dan supaya tidak ada yang dengan senang mendakwa jalan merekalah yang lurus. Memang ramai dalam dunia Islam yang kata merekalah jalan yang lurus. Sampai keliru jadinya kita. Jadi bagaimana kita hendak tahu siapakah yang berada di atas jalan yang lurus itu? Allah mengajar dalam ayat ini untuk membandingkan jalan itu dengan cara orang-orang dahulu yang telah selamat. Kerana mereka yang telah lalui jalan itu dan mereka telah mendapat pujian dari Allah dalam ayat ini.

Kalau kita lihat, ayat ini tidak memberitahu yang jalan lurus itu adalah Jalan Al-Quran dan Sunnah. Kenapa tidak begitu? Bukankah kalau kita berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah, kita akan selamat? Ini adalah kerana kalau dikata hanya ‘Al-Quran dan Sunnah’ sahaja, mungkin ada yang salah faham dan salah guna kenyataan itu. Mungkin ada yang buat jalan sendiri dan mereka mengaku yang mereka ikut Al-Quran dan Sunnah Nabi. Berapa banyak yang sudah mendakwa begitu dengan memetik ayat-ayat Al-Quran dan hadis-hadis tapi mereka sebenarnya jauh dari jalan yang lurus. Mereka itu tidak berada atas jalan yang lurus kerana mereka faham Al-Quran dan Sunnah dengan cara mereka sendiri. Begitulah yang terjadi kepada Syiah, contohnya. Mereka pun kata mereka ikut Al-Quran juga, mereka pun kata mereka ikut sunnah juga, bukan?

Namun, jalan mereka itu adalah jalan yang sesat. Padahal kita sepatutnya mengikut jalan yang telah dilalui oleh golongan Salafussoleh – mereka yang berada dalam tiga kurun yang pertama selepas kebangkitan Islam. Mereka yang belajar sendiri dengan Nabi Muhammad SAW dan yang mereka dengan mereka. Sahabat belajar dengan Nabi, Tabein belajar dengan para sahabat dan Tabi’ Tabein belajar dengan Tabein. Maka, mereka lebih faham agama dari kita. Ini selari dengan sabda Nabi:

خَيْرُ أُمَّتِي قَرْنِيْ ثُمَّ الَّذِيْنَ يَلُونَهُمْ ثُمَّ الَّذِيْنَ يَلُوْنَهُمْ.

Sebaik-baik umatku ialah kurunku (zamanku) kemudian kurun selepas mereka (tabi’in) kemudian kurun selepas mereka (tabi’ut tabi’in). [Hadis riwayat al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari (no.3650)]

Maka kita kenalah periksa sama ada amalan kita sama dengan cara yang mereka amalkan. Kerana ada yang buat cara sendiri tapi mendakwa mereka ikut Al-Quran dan hadis. Tapi mereka sebenarnya tidak faham apakah sunnah dan mereka hanya faham Al-Quran dan hadis dengan cara mereka sendiri. Ini adalah salah sama sekali dan ramai yang telah tertipu dengan mereka.

Lihatlah bagaimana ada puak yang hanya berpegang dengan Al-Quran tanpa berpegang dengan Hadis – golongan Anti-Hadis; lihatlah bagaimana Syiah kata mereka juga berpegang dengan Al-Quran dan Hadis, tapi mereka tafsir ayat Al-Quran ikut pemahaman mereka yang sesat dan mereka pilih dan reka hadis supaya kena dengan kehendak mereka.

Lihatlah juga bagaimana ramai dalam kalangan masyarakat kita yang baca juga hadis tapi mereka faham tidak seperti yang difahami oleh sahabat. Sebagai contoh, mereka baca hadis Nabi pacak pelepah tamar di kubur dan mereka katakan itu sunnah. Padahal, sahabat tidak buat pun. Apabila sahabat tidak buat, maka kita tahu yang ianya bukanlah sunnah. Hadis itu ada dalam Sahih Bukhari:

‎209 – حَدَّثَنَا عُثْمَانُ قَالَ حَدَّثَنَا جَرِيرٌ عَنْ مَنْصُورٍ عَنْ مُجَاهِدٍ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ مَرَّ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِحَائِطٍ مِنْ حِيطَانِ الْمَدِينَةِ أَوْ مَكَّةَ فَسَمِعَ صَوْتَ إِنْسَانَيْنِ يُعَذَّبَانِ فِي قُبُورِهِمَا فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُعَذَّبَانِ وَمَا يُعَذَّبَانِ فِي كَبِيرٍ ثُمَّ قَالَ بَلَى كَانَ أَحَدُهُمَا لَا يَسْتَتِرُ مِنْ بَوْلِهِ وَكَانَ الْآخَرُ يَمْشِي بِالنَّمِيمَةِ ثُمَّ دَعَا بِجَرِيدَةٍ فَكَسَرَهَا كِسْرَتَيْنِ فَوَضَعَ عَلَى كُلِّ قَبْرٍ مِنْهُمَا كِسْرَةً فَقِيلَ لَهُ يَا رَسُولَ اللَّهِ لِمَ فَعَلْتَ هَذَا قَالَ لَعَلَّهُ أَنْ يُخَفَّفَ عَنْهُمَا مَا لَمْ تَيْبَسَا أَوْ إِلَى أَنْ يَيْبَسَا

  1. Telah menceritakan kepada kami ‘Utsman berkata, telah menceritakan kepada kami Jarir dari Manshur dari Mujahid dari Ibnu ‘Abbas berkata, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam melewati perkebunan penduduk Madinah atau Makkah, baginda mendengar suara dua orang yang sedang di siksa dalam kubur mereka. Maka Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pun berkata: “Keduanya sedang disiksa, dan tidaklah mereka disiksa disebabkan dosa besar.” Lalu beliau menerangkan: “Bahkan besar, salah seorang disiksa karena tidak menjaga diri dari kencingnya sendiri, sementara yang satunya lagi suka mengacum.” Baginda kemudian minta diambilkan pelepah kurma, baginda lalu membelah menjadi dua, kemudian baginda menancapkan setiap bahagian pada dua kuburan tersebut. Maka baginda pun ditanya, “Kenapa engkau melakukan ini?” Baginda menjawab: “Mudah-mudahan siksanya diringankan selama pelepah itu tidak kering atau sehingga kering pelepah ini.”

Hadis ini adalah sahih. Tapi adakah sahabat ikut apa yang Nabi buat itu? Tidak, bukan? Kerana mereka tahu yang perbuatan itu adalah khusus untuk Nabi sahaja – Nabi sahaja yang nampak seksaan mereka dalam kubur. Dan baginda pun nampak waktu itu sahaja – tidaklah setiap kali baginda lalu, baginda akan nampak apa yang terjadi dalam kubur pula.

Jadi, begitulah pemahaman kita dengan hadis. Kalau hadis itu sahih, tidak semestinya ianya untuk kita ikuti. Sesuatu hadis itu tidak semestinya ‘sunnah’. Sunnah bermaksud sesuatu yang kita patut ikut. Kena tengok apakah yang dilakukan oleh para sahabat. Kena tengok bagaimana mereka faham. Mereka lebih faham dengan kita. Malangnya, ada orang sekarang yang baca hadis ini dan kata ianya sunnah.

Soalan

Macam mana lah pula dengan orang dapat nikmat dalam keadaan mereka kufur atau melakukan perkara mungkar?

Jawapan

Itu dinamakan istidraj. Mereka dapat nikmat sampai mereka lupa kepada kebenaran. Bila mereka engkar dan degil, Allah lalaikan lagi mereka dengan nikmat-nikmat yang melekakan. Sampai mereka semakin jauh. Nikmat dunia yang mereka dapat itu bukan mendekatkan kepada Allah, malah menjauhkan lagi mereka.

Dalil istidraj:

فَلَمَّا نَسُوا۟ مَا ذُكِّرُوا۟ بِهِۦ فَتَحْنَا عَلَيْهِمْ أَبْوَٰبَ كُلِّ شَىْءٍ حَتَّىٰٓ إِذَا فَرِحُوا۟ بِمَآ أُوتُوٓا۟ أَخَذْنَٰهُم بَغْتَةً فَإِذَا هُم مُّبْلِسُونَ

Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (dari mendapat sebarang pertolongan).(Al-An’am – 44)

Setelah Allah sebut golongan yang selamat ini, tidakkah kita teringin untuk kenal mereka dan meniru cara-cara mereka? Begitulah yang sepatutnya. Sudah tentu Allah ada terangkan siapa mereka ini dalam Al-Quran. Berkenaan dengan golongan yang selamat, Allah tafsir dan menjelaskan mereka dalam ayat Nisa:69

وَمَن يُطِعِ اللَّهَ وَالرَّسُولَ فَأُولَٰئِكَ مَعَ الَّذِينَ أَنْعَمَ اللَّهُ عَلَيْهِم مِّنَ النَّبِيِّينَ وَالصِّدِّيقِينَ وَالشُّهَدَاءِ وَالصَّالِحِينَ وَحَسُنَ أُولَٰئِكَ رَفِيقًا

Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman(An-Nisa- 69)

Kita dapat lihat bagaimana kalimat الَّذِينَ أَنْعَمَ itu merujuk kepada kalimat الَّذينَ أَنعَمتَ عَلَيهِم dalam surah Al-Fatihah ini.

Pertamanya, kita boleh lihat dari ayat Nisa:69 di mulakan dengan وَمَن يُطِعِ اللَّهَ وَالرَّسُولَ (Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul) – merujuk kepada Al-Quran dan Sunnah. Maknanya kena ikut Al-Quran dan Sunnah. Kemudian Allah beri empat contoh untuk kita ikuti.

Contoh ini penting kerana manusia boleh sahaja mereka mengaku berada di atas jalan yang lurus, berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah, berada atas landasan tauhid, tapi Allah beri kayu ukur. Empat golongan yang disebut itu adalah sebagai contoh ikutan kita :

  1. Para Nabi
  2. Siddiqeen
  3. Syuhada’
  4. Soleheen

Kita tidak boleh menjadi Nabi, tetapi kita boleh mengikut sifat-sifat mereka dan menjadi pengikut mereka. Mereka menyampaikan dakwah agama mengajak kepada tauhid dan sanggup berkorban untuk menegakkannya.

Siddiqeen adalah golongan pengikut setia Nabi. Mereka membenarkan apa yang dibawa oleh para Nabi. Mereka sanggup berkorban untuk membenarkan ajaran para Nabi. Sebagai contoh Abu Bakr yang percaya kepada Nabi walau saat Nabi tidak dipercayai oleh orang lain.

Syuhada adalah golongan pejuang yang sanggup berkorban menggadai nyawa untuk menegakkan agama Allah.

Golongan paling rendah yang dapat masuk syurga adalah soleheen. Itulah golongan yang mentaati Allah dengan tidak berbelah bagi. Mereka beramal mengikut syariat dan mereka juga berkorban untuk agama.

Keempat-empat golongan ini disebut dalam banyak ayat-ayat Al-Quran dan hadis. Kita kena belajar tentang mereka supaya kita tahu bagaimana kita boleh mencontohi mereka. Tapi apa yang penting kita sampaikan sekarang adalah keempat-empat golongan ini adalah mereka yang sanggup berkorban untuk agama.

Allahu a’lam.

Quran Terjemahan Harfiyyah Wa I’rab – Al-Baqarah Ayat ke-15

0

بسم الله الرحمن الرحيم

Surah Al-Baqarah Ayat ke-15

اللهُ يَسْتَهْزِئُ بِهِمْ وَيَمُدُّهُمْ فِي

طُغْيٰنِهِمْ يَعْمَهُونَ : ١٥

Terjemahan:

Allah (membalas) memperolok-olokkan mereka dan membiarkan mereka meraba-raba dalam kesesatan mereka (yang melampaui batas)

Makna Harfiah :

اللهُ : لفظ الجلالة :

Allah (lafaz yang maha agung)

يَسْتَهْزِئُ : Memperolok

بِهِمْ : Akan mereka

وَ : Dan

يَمُدُّ : Membiarkan

هُمْ : Mereka

فِي : Dalam

طُغْيٰنِ : kesesatan (melampaui batas)

يَعْمَهُون : Mereka meraba – raba

 

I’rab

اللهُ : لفظ الجلالة : مبتدأ مرفوع وعلامة رفعه الضمة الظاهرة في آخره

Allah : (lafaz yang maha agung) مبتدأ ( Subjek ) hukum i’rabnya مرفوع (marfu’ ), tanda rofa’nya baris depan ( الضمة ) .

يَسْتَهْزِئُ : فعل مضارع مرفوع لتجرده عن الناصب والجازم و علامة رفعه الضمة الظاهرة في آخره والفاعل ضمير مستتر فيه جوازا تقديره : ” هو ” يعود إلى لفظ الجلالة و الجملة الفعلية ” يستهزئ ” في محل رفع خبر المبتدأ

Yastahziu : kata kerja yang menunjukkan masa sedang berlaku yang hukum i’rabnya marfu’ kerana bebas dari amil nasab dan amil jazam, tanda rofa’nya baris hadapan ( ضمة ) yang jelas di akhirnya, manakala pelaku perbuatannya ( الفاعل ) ganti nama tersembunyi yang ditakdirkan kepada ” هو ” merujuk kepada لفظ الجلالة iaitu Allah, jumlah fi’liyyah ” يستهزئ ” berkedudukan rofa’ kerana menjadi predikat ( الخبر ) jumlah fi’liyyah kepada mubtadak iaitu ” الله”.

ب : حرف جر : Huruf jar

هِمْ : الهاء ضمير متصل مبني على الكسرفي محل جر بالباء و الميم علامة جمع الذكور أو تكون ” هم ” ضمير للغائبين مبني على السكون في محل جر بالباء و الجر والمجرور ” بهم ” متعلق بيستهزئ.

Him : Huruf هاء ialah ganti nama bersambung ضمير متصل

(atau ganti nama yang boleh bersambung dengan kalimah lain) dibina dengan baris bawah berkedudukan jar dengan huruf jar باء dan huruf mim م tanda jamak bagi lelaki, atau boleh dii’rab هم secara terus iaitu, ganti nama bersambung bagi orang ketiga lelaki ramai (jamak) dibina dengan baris mati سكون berkedudukan jar dengan huruf jar باء , manakala jar dan majrur ” بِهِمْ ” ada kaitan atau terikat dengan يستهزئ .

وَ : حرف عطف :

Kata tugas yang mengikut suatu kalimah dengan kalimah yang lain.

يَمُدُّ : فعل مضارع مرفوع لتجرده الناصب والجزام و علامة رفعه الضمة الظاهرة في آخره لأنه الفعل المضارع الذي لم يتصل بآخره شيئ

Yamuddu : Kata kerja yang menunjukkan perbuatan sedang berlaku di mana hukum i’rabnya marfu’ kerana bebas dari amil (faktor pengubah baris) nasab dan amil jazam. Tanda rofa’nya baris hadapan yang jelas kerana kata kerja ini (مضارع) yang tiada sebarang huruf imbuhan di akhirnya.

هُمْ : الهاء ضمير متصل مبني على الضم في محل نصب مفعول به و الميم علامة جمع الذكور أو تكون صمير ” هُمْ ” ضميرا متصلا للغائبين مبنيا على السكون في محل نصب مفعولا به و الجملة الفعلية ” يمدهم ” في محل رفع لأنها معطوفة على جملة ” يستهزئ ”

Huruf هاء ialah ganti nama bersambung (ganti nama yang boleh bersambung dengan perkataan lain) dibina dengan baris hadapan ضمة yang berkedudukan nasab kerana ianya objek (مفعول به) dan huruf mim ialah tanda jamak bagi lelaki. هم boleh juga dikatakan ganti nama bersambung bagi orang ketiga lelaki ramai (jamak) dibina dengan baris mati سكون berkedudukan nasab kerana ia adalah مفعول به (objek) , seterusnya ayat fi’liyyah ” يمدهم ” pula berkedudukan rofa’ kerana ia dihubungkan (معطوفة) dengan perkataan يسنهزئ.

في : حرف حر :

Kata tugas yang membaris bawahkan perkataan selepasnya.

طُغْيِانِ : اسم مجرور بحرف الجر و علامة جره كسر في آخره وهو مضاف .

Tughyaanu : Kata nama yang hukum i’rabnya majrur dengan huruf jar في , dan tanda jarnya baris bawah كسرة , ia berkedudukan مضاف (kalimah yang disandarkan kepada kalimah lain ianya mempunyai beberapa fungsi) di mana مضاف dalam ayat ini menunjukkan milik.

هِمْ : ضمير متصل للغائبين مبني على السكون في محل جر بالإضافة الجر والمجرور متعلق بيمدهم.

Hum : Ganti nama bersambung bagi orang ketiga lelaki ramai (jamak) dibina dengan baris mati سكون berkedudukan jar kerana إضافة (disandarkan kepada طغيان). Jar dan majrur ada kaitan dengan kata kerja يمدهم .

يَعْمَهُونَ : فعل مضارع مرفوع لتجرده عن الناصب و الجازم وعلامة رفعه ثبوت النون لأنه م

ن الأفعال الخمسة و الواو صمير متصل مبني على السكون في محل رفع فاعل و الجملة الفعلية ” يعمهون ” في محل نصب حال.

Ya’mahuun : Kata kerja yang menunjukkan perbuatan sedang berlaku yang hukum i’rabnya marfu’ kerana bebas dari amil nasab dan amil jazam dan tanda rofa’nya dengan mengekalkan huruf nun di hujungnya, kerana ia terdiri dari jenis kata kerja yang lima. Manakala huruf waw sebelum nun ialah ganti nama bersambung (ضمير متصل) yang terdapat dalam kata kerja berkedudukan rofa’ kerana ia pelaku perbuatan فاعل. Ayat fi’liyyah يعمهون berkedudukan nasab حال (penerang keadaan) kepada pelaku perbuatan atau perbuatan.

 

Allahu a’lam.

3 Golongan Yang Amat Malang

0

UiTO Channel: Tazkirah Harian

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله وَبَرَكَاتُه

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد الله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله

اللهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ اٰلِه فِي كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ عَدَدَمَا وَسِعَهُ عِلْمُ الله💚💚💚
صبح الخير

اللهُمَّ أَرِنَا الحَقَّ حَقّاً وَارْزُقْنَا التِبَاعَةَ وَأَرِنَا البَاطِلَ بَاطِلاً وَارْزُقْنَاجْتِنَابَهُ،
بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ.

Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1927.

Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah S.A.W. bersabda: “Tiga golongan tidak bercakap-cakap Allah dengan mereka dan tidak akan menyucikan mereka di hari kiamat dan mereka memperoleh seksaan yang pedih: 1. Orang yang mempunyai kelebihan air dalam perjalanan, tetapi dia tidak mahu memberikannya kepada musafir (yang memerlukan). 2. Orang yang setia kepada Imam (Kepala Pemerintahan), tetapi dia berjanji setia itu hanya kerana hendak memperoleh keuntungan dunia. Kalau dia diberi, dipenuhinya janjinya. Tetapi kalau tidak diberi, janji itu tidak dipenuhinya. 3. Orang yang jual beli suatu barang sesudah Asar, lalu orang yang membeli itu bersumpah dengan nama Allah, bahawa telah dibayarnya sekian, lalu dibenarkan oleh orang menjual. Maka diberikannya barang itu, pada hal yang sebenarnya belum dibayar.”

Rahiqum Makhtum – Perkembangan Dakwah Rasulallah SAW

0

Perkembangan Dakwah Rasulallah SAW

Tahun ke 6 Hijrah – Umur Rasulallah SAW adalah antara 59-60 tahun. 3/4 dari ayat Al-Qur’an telah pun dilaksanakan.

Kronologi dalam bab Jinayah dan Tahrimat:

  1. pengharaman arak, judi dan tilik nasib
  2. pengharaman arak dan segala yang memabukkan
  3. pengharaman mendedahkan aurat
  4. pengharaman pernikahan lebih dari 4 orang isteri

Antara ibadat yang telah difardukan pada waktu ini:

  1. solat 5 waktu termasuk solat Jumaat
  2. puasa sebulan di bulan Ramadhan
  3. zakat fitrah

Bagaimana dengan mualamat – riba juga telah diharamkan.

Tahun 6H kita lihat dari sudut perkembangan atau sebaran dakwah Islam. Islam telah tersebar sehingga ke Habsyah dengan maksud orang Habsyah telah maklum akan adanya risalah Islam, walaupun pemimpin dan sebahagian besar rakyatnya belum menerima syariat Islam. Di Mekah, Najd dan Sempadan Sham – masih diliputi dengan kesyirikan dan kejahilan. Di Yaman beberapa kabilah seperti Daus dan al Asya’ar telah memeluk Islam, namun penduduk Najran masih beragama Nasrani pada tahun tersebut.

Sebagai penyampai Risalah Allah, Rasulullah SAW merancang bagaimanakah seluruh kawasan-kawasan yang mana pendakwah Islam telah pun sampai tetapi masih juga tidak menerima Islam.

Serangan di buat ke atas Bani Lihyan – pembunuh syuhada’ di Bir Ma’unah

Bani Lihyan adalah orang-orang yang pernah membunuh orang-orang Islam dengan tompokan kotoran mereka. Mereka menduduki Hijaz sampai ke perbatasan Asfan. Rasulullah SAW menunda penyelesaian masalah dengan mereka, sehingga kelompok penyerang telah meninggalkan Madinah dan benar-benar aman dari musuh. Ia tempatkan Ibnu Maktum di Madinah.

Pada bulan Rabiul Awal tahun ke 6H, 200 orang sahabat dan bersama mereka 20 ekor kuda berangkat memerangi bani Lihyan dan Rasulullah SAW mempercepatkan perjalanan sehingga tiba di jantung kota Ghiran antara kota Anj dan Asfan, tempat para sahabatnya dulu di serang sehingga ia berasa hiba terhadap mereka. Lalu beliau berdoa untuk mereka dan menetap di tempat tersebut selama 2 hari.

Bani Lihyan telah lari ke kemuncak perbukitan sehingga Rasulullah SAW tidak menemukan seorang pun dari mereka. Lalu Rasulullah SAW mengirimkan 10 orang penunggang kuda ke Asfan agar orang Quraisy mendengar tentang mereka, sehingga mereka dirasuk rasa takut. Mereka pergi ke Kiran Na’im, kemudian Rasulullah SAW kembali ke Madinah setelah meninggalkannya selama 14 malam.

Seterusnya:

  1. Sariyah Ukasyah bin Mihson ke bani Al Ghamir
  2. Sariyah Muhammad bin Maslamah ke atas Bani Tha’labah
  3. Sariyah Abu Ubaidah bin Al Jarrah yang juga melakukan ‘follow-up’ ke atas Bani Tha’labah
  4. Sariyah Zaid bin Harithah ke Al Jumum kediaman Bani Salim yang juga serangan ke atas mereka yang pernah mengancam keselamatan umat Islam
  5. Sariyah Zaid bin Harithah juga ke Al A’is untuk menyekat kafilah Abu Al Ash (ketika itu bekas suami Zainab ra anak Rasulallah SAW yang kemudiannya dinikahkan semua)
  6. Sariyah Zaid bin Harithah juga dihantar untuk menyerang Bani Tha’labah untuk kali ke 3 pada tahun 6H. Sariyah ini berjaya menghalau dan mengusir mereka.

Seterusnya ada lebih kurang 10 lagi Sariyah pada tahun ini dan juga Ghuzwah Al Muraisi’ sebelum perjanjian Hudaibiyyah. Ada kira-kira 17-18 ekspedisi pada tahun 6H. Jika disusun semua jadual sariyah/ghuzwah pada tahun 6H kita dapat lihat seolah-olah jemaah di hantar pada tiap-tiap bulan pada tahun tersebut.

Dakwah rumah ke rumah oleh Rasulallah SAW – Dakwah rumah ke rumah jika atas maksud mengajak kepada tauhid sudah tentulah pada tahun 6H di Madinah kebanyakannya dan bolehlah dikatakan setelah Yahudi di halau ke Khaibar di sekeliling Madinah di mana penduduknya adalah di kalangan umat Islam. Maka Jemaah-jemaah sariyah dihantar atas maksud dakwah, ribath dan harb.

Begitu juga Rasulallah SAW menyertai ekspedisi ke luar Madinah sepertimana Ghuzwah Al Muraisi’ pada tahun 6H. Sebaliknya Rasulallah saw masih melakukan ziarah di kawasan sekitar Madinah bagi tujuan melihat pelaksanaan Islam dan juga tujuan-tujuan tabligh.

Kita dapat lihat ziarah Rasulallah SAW ke atas satu dusun di Madinah yang mana penjaga (siak) masjid telah meninggal dunia lalu Rasulallah SAW melakukan solat jenazah ghaib ke atasnya. Begitu juga ziarah-ziarah Rasulallah saw ke atas rumah Ummu Aiman dan juga kawasan-kawasan masjid juga terdapat di dalam hadis di mana Rasulallah SAW mengunjungi Masjid Quba’ setiap hari Khamis bagi tujuan tabligh dan ta’lim dan memantau pelaksanaan syari’at Islam.

Kesempurnaan dakwah Rasulallah saw adalah termasuk di dalamnya semua komponen dakwah. Rasulallah SAW apabila menyeru kepada solat baginda sentiasa memberi sokongan dan dorongan kepada mereka baik dari segi fizikal, mental dan rohaniahnya.

Kita dapat lihat berpuluh masjid di bina di sekitar Madinah di sepanjang hayat Rasulallah SAW, galakan kepada mereka dalam hal solat di mana terdapat lebih 500 hadis fadhail berkenaan solat.

Tentang hal wuduk, azan, kelebihan solat awal waktu, berjemaah, duduk di saf pertama, luruskan saf, menunggu waktu solat dan banyak lagi. Maknanya apabila kita mendakwah kita perlu ikuti setiap masa dan selepas itu dengan sokongan dan dorongan baik ianya dakwah kepada tauhid, solat, puasa, zakat, haji atau amalan-amalan yang lain.

Rasulallah saw melakukan dorongan kepada ahlul bayt dalam hal solat malam, sehingga baginda saw pernah mengetuk pintu rumah anaknya Fatimah untuk bangun bersolat malam. Begitulah sempurnanya sifat Dakwah Rasulallah SAW.

Wallahu a’lam.

 

 

♡Dambakan Bantuan Keselamatan Dari Ilahi♡

0

UiTO Channel: Tazkirah Harian

~Tadabbur Kalamullah 24 Muharram 1437H~

أَلَمْ يَرَوْا كَمْ أَهْلَكْنَا مِنْ قَبْلِهِمْ مِنْ قَرْنٍ مَكَّنَّاهُمْ فِي الْأَرْضِ مَا لَمْ نُمَكِّنْ لَكُمْ وَأَرْسَلْنَا السَّمَاءَ عَلَيْهِمْ مِدْرَارًا وَجَعَلْنَا الْأَنْهَارَ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهِمْ فَأَهْلَكْنَاهُمْ بِذُنُوبِهِمْ وَأَنْشَأْنَا مِنْ بَعْدِهِمْ قَرْنًا آخَرِينَ

“Apakah mereka tidak memperhatikan berapa banyaknya generasi-generasi yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (generasi itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, iaitu keteguhan yang belum pernah Kami berikan kepadamu, dan Kami curahkan hujan yang lebat atas mereka dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka kerana dosa mereka sendiri, dan kami ciptakan sesudah mereka generasi yang lain”. (Surah al-An’am 6)

#Di dalam ayat ini, Allah telah memperingatkan kita bahawa kehancuran umat-umat terdahulu adalah kerana dosa-dosa yang mereka lakukan walaupun negara mereka makmur dan mewah.

#Pengabaian syariat Allah yang berterusan menyebabkan kita berdosa kepada Allah. Apabila berleluasa dosa di atas muka bumi ini maka Allah swt mendatangkan musibah, bala bencana dan juga kehancuran.

#Kebinasaan dari Allah tidak semestinya dalam bentuk gempa bumi, ribut taufan, banjir besar, tanah runtuh, penyakit dan sebagainya. Ia boleh berlaku dalam bentuk keruntuhan akhlak, kemiskinan akidah, peningkatan kemalangan, peningkatan jenayah, tekanan hidup yang melampau, porak-perandanya institusi kekeluargaaan, kejatuhan nilai ringgit, kesempitan rezeki, kezaliman pemerintah dan pelbagai lagi musibah maknawi yang merosakkan ketenteraman hidup walaupun kita selesa dan mewah dari sudut kebendaan.

#Hari ini kita sedang berhadapan dengan bibit-bibit kebinasaan dalam bentuk yang kedua tersebut. Jika kita lambat menyedari kesilapan kita dan lambat kembali kepada Allah, tidak mustahil kita akan melihat kebinasaan yang lebih teruk akan berlaku dalam masyarakat kita.

#Marilah sama-sama kita kembali kepada Allah dan RasulNya yakni dengan mengamalkan segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya serta takut untuk melakukan dosa serta maksiat dan pastikan pemerintahan dalam negara berpaksikan syariat Islam 100%

♡Mendambakan bantuan keselamatan dari Ilahi♡

🐊Ust naim
https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim

Telegram:
telegram.me/tadabburkalamullah
(Buka link 👆 dan klik join)

Popular

Iklan

Iklan