Utama Blog Halaman 177

Kenapa Mengantuk?

0

Kenapa Mengantuk?

1. Saya kerap rasa mengantuk terutama apabila memandu atau membaca. Jika memandu lebih dari setengah jam, mulalah rasa mengantuk.

Ini mungkin disebabkan kita kurang aktif ketika itu dan mula merasa bosan. Mungkin juga disebabkan kadar metabolisma asas yang rendah kerana kita kurang bersenam.

2. Adakah benar mengantuk disebabkan kekurangan oksigen ke dalam otak?

Ia merupakan salah satu sebab, kurang makan pun boleh mengantuk, terlalu banyak makan pun boleh menyebabkan mengantuk.

3. Amalan memasukkan dan mengeluarkan air dalam hidung dapat mengurangkan mengantuk. Adakah bahaya jika perbuatan ini sering diamalkan?

Tidak.

Istighfar, Sebab Kemudahan Rezeki dan Turunnya Hujan

0

UiTO Channel: Tazkirah Harian

Istighfar, Sebab Kemudahan Rezeki dan Turunnya Hujan

Jangan dikira bahwa dengan ucapan yang sederhana saja, rezeki mudah datang dan hujan mudah Allah turunkan. Ucapan yang sederhana tersebut adalah ucapan istighfar. Dengan memohon ampun pada Allah dan tinggalkan maksiat, niscaya pintu rezeki akan terbuka dan hujan pun akan diturunkan dengan deras.

Ayat inilah yang bisa diambil pelajaran,

فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا (10) يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُمْ مِدْرَارًا (11) وَيُمْدِدْكُمْ بِأَمْوَالٍ وَبَنِينَ وَيَجْعَلْ لَكُمْ جَنَّاتٍ وَيَجْعَلْ لَكُمْ أَنْهَارًا (12)

“Maka aku katakan kepada mereka: ‘Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai.” (QS. Nuh: 10-12)

Syaikh As Sa’di rahimahullah mengatakan mengenai ayat di atas, “Tinggalkanlah dosa, beristighfarlah pada Allah atas dosa yang kalian perbuat. Sungguh Allah itu Maha Pengampun. Dosa yang begitu banyak akan dimaafkan oleh Allah. Maka hendaklah mereka segera memohon ampun pada Allah meraih pahala dan hilanglah musibah. Allah pun akan memberikan karunia yang disegerakan di dunia dengan istighfar tersebut yaitu akan diturunkan hujan dengan deras dari langit, juga akan dikarunia harta dan anak yang diharapkan. Begitu pula akan diberi karunia kebun dan sungai di antara kelezatan dunia.” (Taisir Al Karimir Rahman, hal. 889). Itulah faedah istighfar dan meninggalkan dosa atau maksiat.

Terdapat sebuah atsar dari Hasan Al Bashri rahimahullah yang menunjukkan bagaimana faedah istighfar yang luar biasa.

أَنَّ رَجُلًا شَكَى إِلَيْهِ الْجَدْب فَقَالَ اِسْتَغْفِرْ اللَّه ، وَشَكَى إِلَيْهِ آخَر الْفَقْر فَقَالَ اِسْتَغْفِرْ اللَّه ، وَشَكَى إِلَيْهِ آخَر جَفَاف بُسْتَانه فَقَالَ اِسْتَغْفِرْ اللَّه ، وَشَكَى إِلَيْهِ آخَر عَدَم الْوَلَد فَقَالَ اِسْتَغْفِرْ اللَّه ، ثُمَّ تَلَا عَلَيْهِمْ هَذِهِ الْآيَة

“Sesungguhnya seseorang pernah mengadukan kepada Al Hasan tentang musim paceklik yang terjadi. Lalu Al Hasan menasehatkan, “Beristigfarlah (mohon ampunlah) kepada Allah”.

Kemudian orang lain mengadu lagi kepada beliau tentang kemiskinannya. Lalu Al Hasan menasehatkan, “Beristigfarlah (mohon ampunlah) kepada Allah”.

Kemudian orang lain mengadu lagi kepada beliau tentang kekeringan pada lahan (kebunnya). Lalu Al Hasan menasehatkan, “Beristigfarlah (mohon ampunlah) kepada Allah”.

Kemudian orang lain mengadu lagi kepada beliau karena sampai waktu itu belum memiliki anak. Lalu Al Hasan menasehatkan, “Beristigfarlah (mohon ampunlah) kepada Allah”.

Kemudian setelah itu Al Hasan Al Bashri membacakan surat Nuh di atas. (Riwayat ini disebutkan oleh Al Hafidz Ibnu Hajar di Fathul Bari, 11: 98)

Juga dapat kita lihat dari perkataan sahabat mulia Umar bin Al Khottob berikut.

Dari Asy Sya’bi, ia berkata, “’Umar bin Al Khottob radhiyallahu ‘anhu suatu saat meminta diturunkannya hujan, namun beliau tidak menambah istighfar hingga beliau kembali, lalu ada yang mengatakan padanya, ”Kami tidak melihatmu meminta hujan.” ‘Umar pun mengatakan, “Aku sebenarnya sudah meminta diturunkannya hujan dari langit”. Kemudian ‘Umar membaca ayat,

اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا, يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُمْ مِدْرَارًا

“Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat”

Umar pun lantas mengatakan,

وَيَا قَوْمِ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ ثُمَّ تُوبُوا إِلَيْهِ يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُمْ مِدْرَارًا

“Wahai kaumku, mintalah ampun kepada Rabb kalian. Kemudian bertaubatlah kepada-Nya, niscaya Dia akan menurunkan pada kalian hujan lebat dari langit.” (HR. Al Baihaqi 3: 352)

Ketika menjelaskan surat Nuh di atas, Ibnu Katsir rahimahullah mengatakan, “Jika kalian meminta ampun (beristigfar) kepada Allah dan mentaati-Nya, niscaya kalian akan mendapatkan banyak rizki, akan diberi keberkahan hujan dari langit, juga kalian akan diberi keberkahan dari tanah dengan ditumbuhkannya

berbagai tanaman, dilimpahkannya air susu, dilapangkannyaharta, serta dikaruniakan anak dan keturunan. Di samping itu, Allah juga akan memberikan pada kalian kebun-kebun dengan berbagai buah yang di tengah-tengahnya akan dialirkan sungai-sungai.” (Tafsir Al Qur’an Al ‘Azhim, 7: 388)

Mengenai ayat di atas, Ibnu Katsir juga mengatakan, “Maksud ayat niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, yaitu Allah akan menurunkan hujan dengan ucapan istighfar tersebut. Oleh karenanya, dianjurkan ketika shalat istisqa’ (shalat minta hujan) untuk membaca surat Nuh ini.” (Idem, 7: 387)

Jadi, dengan istighfar dan meninggalkan dosa, musibah akan terangkat, datang kemudahan rezeki, dan mudah hujan untuk turun.

Tafsir Surah Al-Baqarah – Tafsir Ayat Ke-32 dan Ke-33

0

Tafsir Surah Al-Baqarah

Tafsir Ayat Ke-32

Malaikat adalah sejenis makhluk yang tidak makan, tidak minum, tidak tidur dan sebagainya. Maka, mereka tidak perlu kepada benda-benda itu. Maka Allah tidak mengajar tentang benda-benda itu kepada mereka.

قالوا سُبحانَكَ لا عِلمَ لَنا إِلّا ما عَلَّمتَنا ۖ إِنَّكَ أَنتَ العَليمُ الحَكيمُ

Malaikat itu menjawab: “Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana”.

قَالُوا سُبْحَانَكَ

Malaikat jawab: “Maha Suci Kamu, Tuhan”

Subhanallah – Maha Suci Engkau daripada jahil. Kami sahaja yang jahil, tetapi Engkau tidak. Kami tidak tahu melainkan apa yang Engkau ajar kepada kami. Engkau sahaja yang Maha Mengetahui.

لَا عِلْمَ لَنَا إِلَّا مَا عَلَّمْتَنَا

“Tidaklah ada pengetahuan pada kami melainkan apa yang Engkau ajar kepada kami”.

Malaikat tengok benda-benda itu tetapi tidak boleh hendak menyebut namanya.

Mungkin ada yang kata, mana adil kalau begitu – ajar nama benda-benda kepada Nabi Adam dan kemudian tanya beliau, dengan tanya kepada malaikat tanpa diajar nama-nama benda itu. Ini bukan isu adil atau tidak. Allah beri ilmu kepada Nabi Adam dan kerana itu adalah kelebihan kepada baginda. Allah boleh beri kelebihan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Itu hak Allah.

Ada juga yang kata Allah ajar juga nama benda-benda itu kepada malaikat, tetapi mereka tidak boleh hendak ingat, kerana manusia seperti ada ‘chip’ untuk membolehkan kita mengingati dalam jangka yang lama. Ini pandangan kedua, dan dua-dua pendapat boleh dipakai.

إِنَّكَ أَنْتَ الْعَلِيمُ الْحَكِيمُ

“Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana”.

Allah yang Maha Tahu segala-galanya, ilmu Allah tidak terbatas.

Al-Hakim maksudnya Maha Bijaksana. Maha Bijaksana Engkau yang buat keputusan manakah pengetahuan yang diketahui oleh satu makhluk dan tidak yang lainnya.

Ayat ini hendak mengatakan, kalau tidak kerana kurnia Allah untuk memberikan ilmu kepada kita, kita tidak akan tahu apa-apa, sama ada ilmu tentang agama atau ilmu tentang kehidupan juga.

Tafsir Ayat Ke-33:

Selepas bercakap dengan para malaikat, Allah kembali berfirman kepada Nabi Adam.

قالَ يا آدَمُ أَنبِئهُم بِأَسمائِهِم ۖ فَلَمّا أَنبَأَهُم بِأَسمائِهِم قالَ أَلَم أَقُل لَكُم إِنّي أَعلَمُ غَيبَ السَّماواتِ وَالأَرضِ وَأَعلَمُ ما تُبدونَ وَما كُنتُم تَكتُمونَ

“Allah berfirman: “Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka”. Maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman: “Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?”.

قَالَ يَا آدَمُ أَنْبِئْهُمْ بِأَسْمَائِهِمْ

“Allah berkata kepada Nabi SAW Adam: Ceritalah kepada mereka nama-nama benda itu”.

Setelah para malaikat tidak tahu apakah nama benda-benda itu, Allah suruh Nabi Adam pula yang beritahu.

فَلَمَّا أَنْبَأَهُمْ بِأَسْمَائِهِمْ

“Tatkala Nabi SAW Adam menceritakan kepada mereka nama benda-benda itu”.

Huruf ‘ف’ dalam ayat ini menunjukkan Nabi Adam terus jawab, tidak perlu fikir lama, sebab baginda memang sudah tahu. Allah telah berikan kelebihan ilmu kepada Nabi Adam.

قَالَ أَلَمْ أَقُلْ لَكُمْ إِنِّي أَعْلَمُ غَيْبَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ

“Allah berkata: Tidakkah aku telah katakan kepada kamu bahawa Aku mengetahui apa yang ghaib yang berada di tujuh petala langit dan tujuh petala bumi”.

Yang tahu segala perkara ghaib hanya Allah SWT sahaja. Maka, jangan kita kata ada makhluk lain yang tahu ilmu ghaib.

Sebagai contoh, ada kalangan orang Melayu kita kata tok bomoh tahu benda ghaib.

Dan golongan Syiah kata para imam mereka itu tahu hal ghaib. Itu adalah fahaman syirik. Hanya Allah sahaja yang tahu hal ghaib.

وَأَعْلَمُ مَا تُبْدُونَ

“dan Aku Maha Mengetahui apa yang kamu nyatakan”

Apa yang malaikat sebut, Allah tahu. Iaitu malaikat telah berkata yang manusia akan berbuat kerosakan dan menumpahkan darah.

وَمَا كُنْتُمْ تَكْتُمُونَ

“dan apa yang kamu sembunyikan

Allah juga tahu apa yang disembunyikan sama ada malaikat atau apa-apa sahaja makhluk yang mahu menyembunyikan sesuatu, Allah pasti tahu.

Persoalan di sini adalah, kenapa Allah kata ‘apa yang kamu sembunyikan’?. Takkan malaikat hendak sorok dari Allah pula. Jadi ulama mengatakan bahawa yang dimaksudkan dengan ayat ini adalah Iblis. Kerana Iblis waktu itu adalah berada dalam kalangan malaikat. Dialah yang menyembunyikan sesuatu. Malaikat yang lain pun tidak tahu apakah yang disimpan oleh Iblis waktu itu.

Iblis sebenarnya dari kalangan jin dan sesama jin, Iblis pernah kata kepada mereka yang Allah tidak akan buat makhluk yang lebih mulia dari mereka. Itulah yang disembunyikan oleh Iblis. Tapi Allah tahu juga. Sama sahaja sama ada luahkan atau tidak, Allah tahu.

Dari ayat ini, kita dapat tahu bahawa manusia lebih mulia dari malaikat dan jin kerana ilmu. Kelebihan itu kerana ilmu, bukan kerana amal. Jadi kalau tiada ilmu, tiadalah kelebihan kepada kita. Maka kita kenalah prihatin kepada kelebihan kita ini. Dan ilmu yang dimaksudkan adalah ilmu Makrifah. Makrifah bermaksud ‘kenal’ dan yang penting kita kenal adalah Allah. Iaitu kenal ilmu tentang tauhid kepada Allah. Inilah ilmu yang terpenting sekali yang dengannya akan menyebabkan Allah akan masukkan hamba-Nya ke dalam syurga. Dan untuk kenal Allah, kenalah kenal melalui wahyu Al-Quran.

nota: ini bukan ilmu ‘makrifat’ yang digembar-gemburkan oleh golongan tarekat itu. Mereka tidak belajar tafsir Al-Quran tetapi cuba hendak kenal Allah melalui cara yang direka-reka.

 

Allahu a’lam.

Solat duduk, Baca al-Quran, Beli durian

0

1. Soalan

Saya menghadapi masalah kesihatan seperti sakit lutut dan menyukarkan untuk solat seperti biasa. Bolehkah saya solat duduk?

1. Jawapan

Hafal dalil-dalil seperti berikut:

فَاتَّقُوا اللَّهَ مَا اسْتَطَعْتُمْ

“Bertakwalah pada Allah sedaya upaya kamu” [At-Taghabun: 16]

Hadis:

فَإِذَا أَمَرْتُكُمْ بِشَىْءٍ فَأْتُوا مِنْهُ مَا اسْتَطَعْتُمْ

“Jika kalian diperintahkan akan sesuatu, maka lakukanlah sedaya upaya kamu” [Bukhari: 7288 dan Muslim: 1337, dari Abu Hurairah].

Penjelasan dalil
Solat berdiri adalah disyariatkan.
Jika tidak berkemampuan berdiri, boleh solat sambil duduk diatas kerusi atau katil.
Jika tidak berkemampuan solat sambil duduk, dibolehkan solat sambil berbaring, terlentang atau mengiring.
Jika semua tidak berkemampuan, dibolehkan solat dengan menggunakan isyarat mata atau imaginasi.

 

2. Soalan

Apakah status hadis dibawah ini?
Dari Atha’, Nabi SAW bersabda,
“Celakalah orang yang membaca Al-Quran tanpa berfikir dengan isi kandungannya” [Ibnu Hibban]

2. Jawapan

Tahqiq:

ويلٌ لمن قرأَها ولم يتفَكَّرها فيها
الراوي : عائشة أم المؤمنين | المحدث : الوادعي | المصدر : الصحيح المسند
الصفحة أو الرقم: 1654 | خلاصة حكم المحدث : حس

Menurut Al-Wad’iy, Al-Sahih Al-Musnad,
Status hadis: hasan [Ibn Hibban: 621]
Menurut Syeikh Syu’aib Al-Arnaout,
Status hadis: sahih.

Fiqh hadis:
Membaca tafsir Al-Quran lebih utama dari menghafal.
Jika tidak berkemampuan membaca tafsir, boleh membaca mukhtasar tafsir. Minimanya membaca mukhtasar tafsir.
Tadabbur atau membaca tafsir itu satu kewajiban.

 

3. Soalan

Apakah hukumnya membeli durian yang masih di atas pokok (belum gugur)?

3. Jawapan
Islam membenarkan bermuamalat buah-buahan yang sudah ada di atas pokok yang sudah hampir masak, yang dilarang ialah ketika pokok sedang berbunga atau berputik.
Hadis:
Ibnu ‘Umar ra, ia berkata:

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى عَنْ بَيْعِ السُّنْبُلِ حَتَّى يَبْيَضَّ وَيَأْمَنَ مِنَ الْعَاهَة

“Bahwa Nabi SAW melarang menjual sesuatu yang masih bertangkai sampai ia memutih dan aman dari cacat.” [Muslim]

Syarah:
Jual beli kurma dibolehkan bila ia sudah matang (memutih) dan sudah bebas dari kecacatan. Kalau sudah matang dan akan gugur, maka bolehlah bermuamalat. Ketika berbunga dan berputik tidak boleh.

Tafsir Surah Ghafir – Tafsir Ayat Ke-22 dan Ke-23

0

Tafsir Surah Ghafir

Tafsir Ayat Ke-22

Dalam ayat sebelum ini telah disebut tentang mereka yang telah dikenakan dengan azab kerana mereka berbuat dosa. Dosa apakah yang mereka lakukan? Ianya dijelaskan dalam ayat ini. Dosa mereka adalah dosa tolak wahyu. Itulah dosa paling berat sekali.

ذٰلِكَ بِأَنَّهُم كانَت تَأتيهِم رُسُلُهُم بِالبَيِّناتِ فَكَفَروا فَأَخَذَهُمُ اللَّهُ ۚ إِنَّهُ قَوِيٌّ شَديدُ العِقابِ

“(Kebinasaan mereka) yang demikian ialah kerana mereka sentiasa didatangi Rasul-rasul yang diutuskan kepada mereka dengan membawa keterangan-keterangan (hukum-hukum dan mukjizat) yang jelas nyata, maka mereka kufur ingkar, lalu Allah SWT menyeksa mereka, sesungguhnya Allah SWT adalah Maha Kuat lagi Maha berat azab seksa-Nya”.

ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ كَانَت تَّأْتِيهِمْ رُسُلُهُم

Demikianlah mereka dulu telah datang kepada mereka rasul-rasul mereka

Allah SWT ingatkan kepada Musyrikin Mekah dan mereka yang seperti mereka, kaum-kaum itu dihancurkan kerana mereka buat perangai mereka yang salah, yang sama seperti yang sedang dilakukan oleh Musyrikin Mekah dan musyrik mana-mana dalam dunia.

Mereka yang telah diazab di dunia seperti Tsamud, Aad, Firaun dan kaumnya itu, mereka juga telah didatangi oleh para Rasul.

Kalau orang-orang dahulu telah didatangi oleh Rasul mereka, bagaimana dengan kita?; kita tidak ada rasul dan Nabi lagi, tetapi akan ada penyebar tauhid yang akan menceritakan hal tauhid kepada kita.

بِالْبَيِّنَاتِ

dengan bawa bukti-bukti jelas

Rasul-rasul itu telah datang membawa bukti-bukti yang jelas dari Allah SWT. Mereka bawa wahyu, bawa hujah, bawa mukjizat. Segala itu dibawa untuk membuktikan kepada kaum mereka bahawa apa yang mereka bawa adalah kebenaran dari Allah SWT.

فَكَفَرُوا

tapi mereka engkar.

Mereka ingkar untuk terima dakwah dan ajakan tauhid itu. Kerana ingkar, mereka jadi kafir.

Ini bermakna, bila Al-Quran dibacakan kepada orang dan orang itu tidak terima, mereka akan menjadi kafir terus. Tidak perlu pijak Al-Quran lagi dah. Iaitu apabila mereka faham maksud ayat Al-Quran, tetapi masih tidak mahu terima. Mereka menutup kebenaran dengan enggan terima. Orang Islam kena terima sepenuhnya ayat-ayat Al-Quran.

فَأَخَذَهُمُ اللَّهُ

Maka Allah SWT azab mereka

Allah SWT beri azab kerana mereka ingkar, bukan kerana Allah SWT suka hendak beri azab.

إِنَّهُ قَوِيٌّ

Sesungguhnya Allah SWT itu Dzat yang Maha Gagah Perkasa

Oleh kerana Allah SWT Maha Gagah Perkasa, Allah SWT boleh sahaja menurunkan apa sahaja azab yang dikehendaki-Nya kepada makhluk.

شَدِيدُ الْعِقَابِ

Amat keras balasan-Nya.

Apabila Allah SWT mengenakan azab-Nya kepada makhluk, azab itu amat keras. Memang tidak akan tertanggung. Maka kenalah fikir-fikirkan. Sanggupkah hendak tahan azab neraka?

Tafsir Ayat Ke-23

Sebelum ini telah disebut ayat-ayat Takhwif Ukhrawi. Sekarang Allah SWT membawakan kisah Nabi Musa a.s. sebagai contoh takhwif duniawi.

Sebelum ini telah disebut bagaimana kaum-kaum dahulu telah didatangi dengan para Rasul mereka, tetapi mereka menolak dakwah para Rasul itu. Sekarang disebut Kisah Nabi Musa sebagai bandingan supaya manusia boleh melihat bagaimana Nabi Musa telah mendatangi Firaun dan telah ditolak oleh Firaun.

Allah SWT menggunakan pendekatan bercerita kepada manusia kerana Allah SWT tahu sifat manusia yang suka kepada cerita. Manusia boleh duduk lama kalau dengar cerita, sampaikan kalau cerita hantu pun mereka suka dengar dan percaya. Maka, Allah SWT hendak beritahu kisah yang benar kepada mereka.

وَلَقَد أَرسَلنا موسىٰ بِآياتِنا وَسُلطانٍ مُبينٍ

“Dan demi sesungguhnya! Kami telah mengutuskan Nabi Musa membawa ayat-ayat Kami dan bukti (mukjizat) yang jelas nyata”.

وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا مُوسَى

Sesungguhnya Kami telah utus Musa

Nabi Musa adalah salah satu Nabi yang Ulul Azmi. Banyak kisah baginda dalam Al-Quran. Bila dicampur-campur semua kisah, kita akan dapat kisah yang lengkap.

Baginda telah diutus kepada Firaun dan bangsa Qibtinya, dan juga Bani Israil.

بِآيَاتِنَا

dengan bawa tanda-tanda,

Iaitu wahyu Allah SWT. Ini wahyu sebelum Kitab Taurat kerana Nabi Musa hanya terima kitab Taurat selepas dia menyeberangi lautan. Wahyu Allah SWT dalam ayat ini adalah wahyu-wahyu yang dia terima dari mertua baginda iaitu Nabi Shuaib dan yang baginda terima di bukit Tursina. Atau pun mungkin boleh bermaksud wahyu-wahyu lain yang diterimanya sebelum mendapat Kitab Taurat.

Tanda-tanda selain daripada wahyu, ia juga bermaksud mukijzat yang ditunjukkan oleh Nabi Musa. Antaranya tongkatnya yang menjadi ular, tangannya yang bercahaya, tongkatnya yang membelah laut, tongkatnya yang mengeluarkan air dan berbagai-bagai lagi mukjizat yang ditunjukkan oleh baginda kepada kaumnya.

Mukjizat adalah suatu kejadian yang luar biasa sebagai tanda kenabian. Ianya diberikan kepada para Nabi, kerana apabila hendak menyuruh manusia ikut mereka, mereka kena tunjuk bukti. Zaman Nabi Musa, masyarakat waktu itu kagum kepada sihir, jadi baginda diberikan dengan mukjizat yang nampak macam sihir, tetapi bukan sihir dan mukjizatnya itu mengalahkan sihir.

وَسُلْطَانٍ مُّبِينٍ

dan bukti-bukti yang jelas nyata

Yang dimaksudkan adalah mukjizat yang diberikan kepada Nabi Musa. Mukjizat pertama yang ditunjukkan adalah tongkat yang boleh menjadi ular dan tangan baginda yang bercahaya.

Nabi Musa juga telah diberikan dengan kebolehan untuk berhujah dengan baik. Bayangkan, baginda telah diberikan kekuatan untuk pergi berdakwah dan berhujah dengan Firaun di istana Firaun! Itu adalah sesuatu yang berat. Berhujah dengan Firaun bukanlah senang kerana Firaun amat bijak dan pandai berdalih. Tetapi Nabi Musa dapat memberikan hujah baginda dengan jelas dan kemas. Soal jawab hujah antara Firaun dan Nabi Musa itu banyak terdapat dalam surah-surah yang lain.

Allahu a’lam.

Dakwah wajib bagi semua

0

Tugas untuk sebarkan dakwah (tauhid) wajib bagi semua orang.

وَرَبَطْنَا عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ إِذْ قَامُوا فَقَالُوا رَبُّنَا رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ لَنْ نَدْعُوَ مِنْ دُونِهِ إِلَٰهًا ۖ لَقَدْ قُلْنَا إِذًا شَطَطًا

Dan Kami kunci hati-hati mereka yang ajak orang pada tauhid apabila pemuda Al-Kahfi itu bangun berdiri depan raja yang hendak bunuh mereka sambil berkata, “Tuhan kami adalah Tuhan Pencipta iaitu Allah SWT. Kalau kami kata selain itu kami sudah buat sesuatu yang tidak masuk akal.” [Al-Kahf: 14]

Tujuan sebar tauhid ini bukan untuk orang yang disebarkan itu. Tapi ajakan tauhid itu adalah untuk menambah iman orang yang membuat ajakan ini. Bila berdepan dengan orang yang lebih berkuasa (orang-orang kebesaran) seperti raja, ulama sesat, pemerintah, orang yang kita hormati atau sayang, sipendakwah akan sebar juga dengan berani. Allah SWT akan kunci hati orang itu dengan iman.

Tidak sesat lagi, insya Allah. Wahyu-wahyu Allah SWT yang lain akan jadi lebih jelas. Buat lagi (dakwah lagi) dan Allah SWT tambah lagi iman. Sebab itulah Allah SWT perintah Nabi SAW mengajak Abu Lahab dan Abu Talib. Sebelum itu, Nabi Musa AS ajak Firaun dan kaumnya.

Allah SWT sedia sudah tahu mereka akan mati kafir tapi Allah SWT dengan Rahmat-Nya ingin hendak beri tambahan iman pada iman yang sedia ada pada pendakwah.

Allah SWT hendak tunjuk pada orang yang sebar tauhid kepada keluarga mereka, kawan-kawan mereka yang tolak ajakan tauhid ini sedangkan mereka telah terpesong lama dah sebelum ini. Kita saja tidak nampak.

قَدْ نَعْلَمُ إِنَّهُ لَيَحْزُنُكَ الَّذِي يَقُولُونَ ۖ فَإِنَّهُمْ لَا يُكَذِّبُونَكَ وَلَٰكِنَّ الظَّالِمِينَ بِآيَاتِ اللَّهِ يَجْحَدُونَ

Sesungguhnya Kami sudah sedia tahu keadaan orang-orang engkar itu. Sungguh-sungguh mereka itu mendukacitakan kamu dengan kata-kata mereka iaitu ejekan-ejekan, sesatlah dan lain-lain. Akan tetapi mereka orang-orang zalim iaitu yang berbuat syirik kufur bid’ah tidak mendustakan atau menolak ajakan tauhid kamu itu tetapi sebenarnya mereka membantah atau menolak ayat-ayat Kami. [Surat Al-An’am 33]

Maksudnya:

Allah SWT telah tahu kamu sakit hati akibat daripada kata-kata ejekan mereka bila kamu tabligh pada mereka. Mereka tidak tolak tabligh kamu atau ajakan tauhid tetapi yang sebenarnya mereka menolak ayat-ayat Kami iaitu mereka menolak Al-Quran atau Allah SWT sendiri.

Wallahua’lam

Koleksi Tazkirah Harian UiTO Tertinggal (4)

0

※UiTO Channel: Tazkirah Harian※

Daripada Ibnu Mas’ud : Sesungguhnya kebenaran/kejujuran itu membawa kepada kebaikan dan kebaikan itu membawa kepada syurga, sesungguhnya seseorang lelaki yang sentiasa berlaku jujur sehingga ditulis disisi Allah sebagai seorang “siddiq” dan sesungguhnya pembohongan itu membawa kepada maksiat/ dosa dan maksiat/dosa itu membawa ke arah neraka, tidaklah seseorang lelaki yang sentiasa berbohong melainkan akan situlis disisi Allah sebagai seorang “kazzab” (pembohong).

HR Bukhari, Muslim dan lain-lain.


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله وَبَرَكَاتُه

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد الله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله

اللهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ اٰلِه فِي كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ عَدَدَمَا وَسِعَهُ عِلْمُ الله💚💚💚
صباح الخير

اللهُمَّ أَرِنَا الحَقَّ حَقّاً وَارْزُقْنَا التِبَاعَةَ وَأَرِنَا البَاطِلَ بَاطِلاً وَارْزُقْنَاجْتِنَابَهُ،
بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ.

Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1741.

Dari A’isyah r.a. katanya: Orang bertanya kepada Nabi S.A.W “Amal manakah yang paling dicintai Allah?” Beliau berkata: “Yang dikerjakan secara tetap walaupun sedikit.” Beliau berkata lagi: “Lakukanlah amal perbuatan mana yang sanggup kamu lakukan.”


Walau berat, harus sabar
Berkata Syaikhul Islam Ibnul Qayyim

الصبر عن معاصى اللسان والفرج من اصعب أنواع الصبر لشدة الداعى اليهما وسهولتهما

“Bersabar dari (meninggalkan) maksiat lisan dan kemaluan, termasuk bentuk kesabaran yang paling berat, disebabkan karena kuatnya dorongan kepada keduanya dan mudahnya melakukan.”

(‘Uddatus shabiriin,hal: 70)


♡Bicara Kalamullah 20♡

“Kebenaran tidak ditentukan oleh kumpulan yang paling banyak pengikutnya. Ukuran kebenaran adalah kitab al-Quran yang diturunkan Allah sebagai pedoman bagi umat manusia seluruhnya. Barangsiapa yang mengikuti al-Quran insyaallah dia akan selamat. Barangsiapa yang menentang al-Quran nescaya dia akan celaka dan termasuk kumpulan orang yg rugi didunia dan di akhirat”

🐊Ust naim
https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim

Telegram:
telegram.me/tadabburkalamullah
(Buka link 👆 dan klik join)


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله وَبَرَكَاتُه

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد الله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله

اللهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ اٰلِه فِي كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ عَدَدَمَا وَسِعَهُ عِلْمُ الله💚💚💚
صباح الخير

اللهُمَّ أَرِنَا الحَقَّ حَقّاً وَارْزُقْنَا التِبَاعَةَ وَأَرِنَا البَاطِلَ بَاطِلاً وَارْزُقْنَاجْتِنَابَهُ،
بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ.

Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2197.

Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah S.A.W. bersabda: “Sesungguhnya Allah Ta’ala berfirman pada hari kiamat kelak, “Mana orang-orang yang saling mencinta kerana keagunganKu? Hari ini Ku naungi mereka, di mana tidak ada naungan yang lain selain naunganKu.”


[Berharaplah Hanya Pada Allah]

Ketika Hatimu terlalu berharap kepada seseorang, maka Allah timpakan ke atas kamu pedihnya sebuah pengharapan, supaya kamu mengetahui bahwa Allah sangat mencemburui hati yang berharap selain Dia. Maka Allah menghalangimu dari perkara tersebut agar kamu kembali berharap kepada-Nya.

Imam Syafii

(Sabarlahdiriku)

Oleh : Pusat Buku Sunnah

Bahkan jika anda berniat untuk menyebarkan kalimat ini, niatkanlah untuk kebaikan. Mudah-mudahan Allah menghilangkan untukmu kesulitan dari kesulitan-kesulitan dunia dan akhirat.
______________
📖 Mau Dapat Ilmu? Gabung Yuk bersama Grup Untaian Penuh Hikmah PBS di

FB : Pusat Buku Sunnah
IG : pusatbukusunnah
Web : PusatBukuSunnah.com
Line Id : pusatbukusunnah
BB: 59EA8E26 ( Pin Bb ke Tujuh)
WA: 0896 28 224224 ketik [Gabung PBS21 Nama]
Telegram.me/hikmahPBS


# Hina Menjadi Mulia #

Jika hamba mengubah maksiatnya menjadi taat, Allah pun mengubah hukuman menjadi ganjaran, hina menjadi mulia.

~Ibnul Qayyim~


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله وَبَرَكَاتُه

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد الله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله

اللهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ اٰلِه فِي كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ عَدَدَمَا وَسِعَهُ عِلْمُ الله💚💚💚
صباح الخير

اللهُمَّ أَرِنَا الحَقَّ حَقّاً وَارْزُقْنَا التِبَاعَةَ وَأَرِنَا البَاطِلَ بَاطِلاً وَارْزُقْنَاجْتِنَابَهُ،
بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ.

Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0256.

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: “Malaikat mendoa untuk seseorang kamu selama ia masih berada di dalam musalla ( tempat solat masjid/surau ) di mana ia melakukan solat, dan selama ia belum berhadas. Kata Malaikat: “Ya, Allah! Ampunilah dia dan turunkanlah rahmatMu kepadanya. “


Ancaman bagi orang yang engkar

إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا بِآيَاتِنَا سَوْفَ نُصْلِيهِمْ نَارًا كُلَّمَا نَضِجَتْ جُلُودُهُمْ بَدَّلْنَاهُمْ جُلُودًا غَيْرَهَا لِيَذُوقُوا الْعَذَابَ ۗ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَزِيزًا حَكِيمًا

Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat Kami, kelak akan Kami masukkan mereka ke dalam neraka. Setiap kali kulit mereka hangus, Kami ganti kulit mereka dengan kulit yang lain, supaya mereka merasakan azab. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
Surah An-Nisa’ (4:56)


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله وَبَرَكَاتُه

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد الله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله

اللهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ اٰلِه فِي كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ عَدَدَمَا وَسِعَهُ عِلْمُ الله💚💚💚
صباح الخير

اللهُمَّ أَرِنَا الحَقَّ حَقّاً وَارْزُقْنَا التِبَاعَةَ وَأَرِنَا البَاطِلَ بَاطِلاً وَارْزُقْنَاجْتِنَابَهُ،
بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ.

Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 2017.

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: Tuhan kita yang Maha Berkat dan Maha Tinggi turun (rahmatNya) setiap malam ke langit yang dekat, di waktu sepertiga malam yang terakhir, lalu berfirman: “Siapakah yang mendoa kepadaKu, nanti akan Ku perkenankan doanya? Siapakah yang meminta kepada Ku, nanti akan Aku beri permintaannya? Siapakah yang meminta ampun kepada Ku, nanti akan Ku ampuni kesalahannya?”


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته:-
Renungan hari ini:-

عن عبد الله رضي الله عنه قال خط النبي صلى الله عليه وسلم خطا مربعا وخط خطا في الوسط خارجا منه وخط خططا صغارا إلى هذا الذي في الوسط من جانبه الذي في الوسط وقال هذا الإنسان وهذا أجله محيط به أو قد أحاط به وهذا الذي هو خارج أمله وهذه الخطط الصغار الأعراض فإن أخطأه هذا نهشه هذا وإن أخطأه هذا نهشه هذا

Maksud hadis:- Daripada Abdullah (Ibn Mas’ud) r.a, ia berkata: “Nabi saw melukis gambar segi empat dan membuat garis yang keluar darinya di tengahnya. Baginda juga membuat garis-garis kecil ke arah garis yang berada di tengah tersebut dari arah sampingnya. Beliau bersabda, ‘Ini adalah manusia, dan (segi empat) ini adalah ajalnya, mengelilinginya atau telah mengelilinginya. Sedangkan (garis) yang keluar ini adalah angan-angannya. Dan garis-garis kecil ini adalah al-a’rad (manfaat dunia pada hal kebaikan atau keburukan). Jika ia tidak terkena ini (satu manfaat) , dia pasti terkena ini (manfaat lain). Jika dia tidak terkena ini, dia pasti terkena ini ‘. “(AlBukhari 6054)


Ketakwaan palsu
Kebanyakan manusia menjaga diri mereka dari percikan benda najis, akan tetapi mereka tidak menjaga diri mereka dari ghibah.

Dan kebanyakan manusia memperbanyak sedekah, akan tetapi mereka tidak pernah berhenti bermu’amalah dengan riba.

Dan kebanyakan manusia sholat tahajjud pada malam hari, akan tetapi mereka malah mengakhirkan sholat wajib.

Hati-hatilah dengan ketakwaan palsu wahai saudaraku..

Al-Imam Ibnul Jauzi


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله وَبَرَكَاتُه

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد الله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله

اللهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ اٰلِه فِي كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ عَدَدَمَا وَسِعَهُ عِلْمُ الله💚💚💚
صباح الخير

اللهُمَّ أَرِنَا الحَقَّ حَقّاً وَارْزُقْنَا التِبَاعَةَ وَأَرِنَا البَاطِلَ بَاطِلاً وَارْزُقْنَاجْتِنَابَهُ،
بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ.

Hadis Sahih Muslim Jilid 3. Hadis Nombor 1410.

Dari ‘Abdullah bin ‘Umar r.a., katanya Rasulullah S.A.W. bersabda: “Dunia ialah kesenangan. Sebaik-baik kesenangan dunia ialah perempuan yang solehah.”


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله وَبَرَكَاتُه

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد الله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله

اللهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ اٰلِه فِي كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ عَدَدَمَا وَسِعَهُ عِلْمُ الله💚💚💚
صباح الخير

اللهُمَّ أَرِنَا الحَقَّ حَقّاً وَارْزُقْنَا التِبَاعَةَ وَأَرِنَا البَاطِلَ بَاطِلاً وَارْزُقْنَاجْتِنَابَهُ،
بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ.

Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2436.

Dari Haritsah bin Wahab r.a. katanya dia mendengar Nabi S.A.W. bersabda: “Mahukah kamu sekalian ku beritahukan siapa penduduk syurga?” Jawab para sahabat, “Tentu, ya Rasulullah!” Sabda beliau, “Orang-orang daif bila dihina orang, lalu dia bersumpah dengan menyebut nama Allah (dan mendoa kepada-Nya), maka doanya sungguh diperkenankan Allah.” Kemudian beliau bertanya pula, “Mahukah kamu ku beritahukan siapa penduduk neraka?” Jawab mereka, “Tentu!” Sabda beliau, “Setiap orang yang kasar, besar mulut, angkuh, mewah namun kikir dan sombong.”


CATATAN PINGGIR

Jika setiap hari kita menulis satu status, maka dalam setahun akan ada 2 jilid buku yang berisi kumpulan status kita.

Semua itu tertulis dalam rapi dalam catatan amal kita, baik maupun buruk isi dari status tersebut.

Karena tulisan mengambil hukum perkataan, maka tulislah yang baik-baik saja .

Seorang dosen pernah berpesan:

“Sebelum engkau menggoreskan pena untuk menulis atau menggerakkan lidah untuk berucap, maka letakkanlah surga dan neraka di hadapan kedua matamu, setidaknya hal tersebut akan membuatmu tau apa yang pantas kau tulis dan apa yg pantas kau ucapkan.”

Bila status kita berisi kebaikan bertanyalah pada diri
“Di manakah kita dari semua yang sudah kita tuliskan..??”

_______________
Madinah Desember 2013 M
ACT El-Gharantaly


Teladan Ulama Terdahulu
Para salaf di masa fitnah menghindari majelis qiila wa qaala (katanya dan katanya) dan memilih untuk beramal shalih

Syaikh Ahmad Abdul Karim Al Khudhair, Imam dan Khatib Masjid Jami’ Al Muqbil, Riyadh, Saudi Arabia.


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله وَبَرَكَاتُه

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد الله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله

اللهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ اٰلِه فِي كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ عَدَدَمَا وَسِعَهُ عِلْمُ الله💚💚💚
صباح الخير

اللهُمَّ أَرِنَا الحَقَّ حَقّاً وَارْزُقْنَا التِبَاعَةَ وَأَرِنَا البَاطِلَ بَاطِلاً وَارْزُقْنَاجْتِنَابَهُ،
بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ.

Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1900.

Dari Ma’qil r.a., katanya: Saya akan menceritakan kepada engkau hadis yang saya dengar dari Rasulullah S.A.W. dan beliau bersabda: “Seorang pembesar yang memerintahi rakyat kaum Muslimin, apabila pembesar itu mati, sedang dia tidak jujur terhadap rakyat, nescaya dia dilarang oleh Allah masuk syurga.”

Tafsir Surah Al-Bayyinah – Tafsir Ayat Ke-6 dan Ke-7

0

Tafsir Surah Al-Bayyinah

Pada perbincangan yang lepas, Allah SWT menjelaskan :

Pertama:

Asas / dasar dalam Al-Bayyinah. Dan itulah dasar yang patut kita ikut dan jaga. Iaitu menjaga setiap perintah ibadah atau hal-hal kehidupan agar dibuat hanya kerana Allah SWT. Ia disebut sebagai Ikhlas.

Selari dengan kalimah syahadah kita iaitu tidak mengadakan sekutu kepada Allah SWT. Sama ada berlaku dalam syirik kecil atau besar.

Kedua :

Menjadi hamba Allah bukan sekadar di dalam ritual ( ketika amalan ibadah semata ), tetapi berterusan selagi bernyawa.

[ bermaksud : ketika solat kita cuba / jaga tatatertib, begitu juga luar solat, tetap ada tatatertib dengan Allah SWT ].

Ketiga :

Allah menegaskan dengan contoh ibadah solat dan zakat, bermakna keikhlasan sahaja tidak cukup mengaitkan seseorang telah menjadi hamba Allah, tetapi dia juga perlu melaksanakan syariat yang diperintahkan.

Seterusnya bahagian terakhir dari perbahasan surah Al-Bayyinah : Balasan terhadap orang yang kufur atau beriman.

Tafsir Ayat Ke-6:

إِنَّ الَّذينَ كَفَروا مِن أَهلِ الكِتابِ وَالمُشرِكينَ في نارِ جَهَنَّمَ خالِدينَ فيها ۚ أُولٰئِكَ هُم شَرُّ البَرِيَّةِ

“Sesungguhnya orang-orang yang kafir yakni ahli Kitab dan orang-orang yang musyrik (akan masuk) ke neraka Jahanam; mereka kekal di dalamnya. Mereka itu adalah seburuk-buruk makhluk.”

Ayat ini berupa : Takhwif ukhrawi ( amaran mengenai balasan yang akan diberikan di hari akhirat )

Ayat ini merujuk semula kepada subjek asal yang disebut di permulaan surah ini iaitu Ahli Kitab dan Musyrikin.

Allah memberitahu dalam ayat ini, mereka yang tetap tidak mahu meninggalkan kesesatan mereka, tidak mahu menerima Bayyinah yang sampai kepada mereka, mereka akan dimasukkan ke dalam neraka, dan mereka akan kekal di dalamnya.

Allah SWT selalu pasangkan kalimah “Iman dan Amal Soleh”

Iman : hubungan dengan Allah

Amal : termasuk berkaitan sesama manusia

Bagaimanapun dalam hal ibadah tadi, kedua-duanya tetap dibuat ikhlas hanya kerana Allah.

Bagi mereka yg kufur:

Kalimah :

جَهَنَّمَ

Ruang seksaan (tempat manusia diseksa).

Allah menekankan yang mereka akan:

خالِدينَ فيها

Kekal di dalamnya

Mereka akan berterusan berada di dalam Neraka Jahanam. Tidak ada peluang untuk keluar. Dan mereka tidak akan mati, maka memang akan kekal terus di sana.

Mereka itu bersifat:

شَرُّ البَرِيَّةِ

Kalimah البَرِيَّةِ dari kata dasar ب ر أ yang bermaksud sesuatu yang dibawa dari tiada kepada ada = MAKHLUK ( termasuk kita sebagai manusia ).

Kalimah شَرُّ pula bermaksud yang paling teruk.

Oleh itu, mereka yang menolak bayyinah setelah sampai kepada mereka adalah makhluk yang paling teruk!

Telah sampai bayyinah kepada mereka, tetapi mereka menolak! Oleh kerana itu, mereka layak masuk dalam neraka.

Soalan: Semua yang dinyatakan di atas adalah menyentuh perkara yang tidak nampak (ghaib). Orang beriman pun tidak nampak dan yang kufur pun tidak nampak. Orang beriman percaya, orang yang kufur tidak percaya, sejak dari awal. Bagaimanakah kita ingin memupuk kepercayaan yang berterusan, bagi yang beriman sehingga ke akhir hayat?

Jawapan: Syurga, pahala, neraka dan lain-lain adalah perkara ghaib.

“Bagaimanakah kita ingin memupuk kepercayaan yang berterusan?”

Atas dunia ini bila buat apa sahaja, latih diri dengan sifat Ihsan ( rujuk hadis 2 dari Hadis 40 Nawawi ).

Ihsan : “engkau sembah Allah seperti melihat Dia, atau engkau sedar Dia melihat mu”

Tafsir Ayat Ke-7: Ayat Tabshir ( berita gembira )

Lawan kepada takhwif ( amaran kepada mereka yang disebut dalam ayat sebelum ini )

إِنَّ الَّذينَ آمَنوا وَعَمِلُوا الصّالِحاتِ أُولٰئِكَ هُم خَيرُ البَرِيَّةِ

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh, mereka itu adalah sebaik-baik makhluk”.

Kalimah إِنَّ bermaksud ‘sesungguhnya / tidak syak lagi’

Ianya adalah kalimah penekanan ( taukid ) untuk menyatakan sesuatu yang penting.

آمَنوا

Mereka beriman sempurna.

Beriman sempurna maksudnya mereka :

– Ikrar dengan lisan

– Benarkan dengan hati

– Beramal dengan perbuatan

وَعَمِلُوا الصّالِحاتِ

Dan mereka melakukan amal yang soleh

Kalau iman itu adalah perkara dalaman, ia kena ditunjukkan dengan amalan zahir. Itulah amal-amal yang soleh.

Mereka yang dapat mengamalkan semua ini Allah kata mereka itu adalah:

خَيرُ البَرِيَّةِ

Iaitu sebaik-baik kejadian, sebaik-baik makhluk.

Abu Hurairah ra menyimpulkan dari ayat ini bahawa orang-orang yang beriman dari kalangan manusia lebih utama daripada para malaikat, kerana firman-Nya yang mengatakan:

أُولَئِكَ هُمْ خَيْرُ الْبَرِيَّةِ

Mereka itu adalah sebaik makhluk.

Ibrah dan kesimpulan:

1.Allah SWT telah memberikan amaran mengenai balasan buruk kepada orang yang kufur dan tidak mahu beriman kepada Allah SWT. Iaitu neraka Jahannam, dan kekal berada di dalamnya.

2. Begitu juga keadilan Allah SWT, telah memberikan juga berita gembira kepada orang yang beriman dan beramal soleh terhadap Allah SWT.

3. Orang beriman sepatutnya syurga / neraka ini menjadi nikmat buat dirinya sama ada menjadi motivasi atau iktibar untuk jadi insan yang lebih baik.

4.  Terdapat 2 pilihan makhluk yang kita boleh pilih. Sama ada menjadi seburuk makhluk, atau sebaik makhluk. “Tepuk dada, tanya Iman”.

وَٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّلِحَٰتِ لَا نُكَلِّفُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَآ أُو۟لَٰئِكَ أَصْحَٰبُ ٱلْجَنَّةِ ۖ هُمْ فِيهَا خَٰلِدُونَ

dan orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal yang saleh, Kami tidak memikulkan kewajiban kepada diri seseorang melainkan sekadar kesanggupannya, mereka itulah penghuni-penghuni syurga; mereka kekal di dalamnya. [ Al-A’raf: 42 ]

 

Wallahu a’lam.

Mazhab, Sunnah, Yakazah

0

1. Soalan

Bagaimana dengan isu campur mazhab mengikut pandangan yang lebih mudah atau ringan?

1. Jawapan

Isu campur mazhab adalah muhdath atau baru. Sebelumnya, pada 300 tahun sahabat tidak ada mazhab. Mazhab muncul kerana pesatnya Islam berkembang dan keluar dari daerah Arab yang hidupnya sederhana dan ringkas. Malaysia yang mendakwa bermazhab Syafi’e sebenarnya hanya dakwaan. Umat Islam di Malaysia tidak pernah khatam kitab Al-Umm dalam kehidupan mereka. Sebenarnya, orang Malaysia bermazhab rojak tanpa disedari dan inilah yang sepatutnya. Tujuan mazhab dan banyaknya mujtahid ialah memudahkan dan meringankan syariat kepada manusia.
Maka tidak ada masalah campur mazhab, kerana itulah amalan manusia pada 300 tahun pertama Islam di mana mereka bebas beramal dengan yang paling mudah dan ringan, kerana itulah tujuan syariah.

Islam itu mudah, dalilnya:

عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهَ ،عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : (إِنَّ الدِّيْن يُسْرٌ، وَلَن يُشَادَّ الدِّيْنَ أَحَدٌ إِلَّا غَلَبَهُ ، فَسَدِّدُوْا وَقَارِبُوْا ، وَأَبْشِرُوْا، وَاسْتَعِيْنُوْا بِالْغَدْوَةِ وَالرَّوْحَةِ وَشَيْءٌ مِنَ الدُّلْجَةِ ). وَفِيْ لَفْظٍ: (…وَالْقَصْدَ الْقَصْدَ تَبْلُغُوْا).

Dari Abu Hurairah RA dari Nabi SAW, beliau bersabda, “Sesungguhnya agama ini mudah. Tidak ada seorang pun yang mempersulit agama melainkan dia akan dikalahkannya. Maka luruslah dalam beramal, dekatilah (tingkat kesempurnaan), dan bergembiralah, dan mintalah pertolongan kepada Allah SAW pada pagi, petang, dan akhir malam.” Pada lafaz lain disebutkan, “…Berlaku sederhanalah (tidak berlebihan), berlaku sederhanalah, nescaya kalian akan sampai (pada tujuan).” [Al-Bukhari]

 

2. Soalan

Apakah sebenarnya maksud sunnah?

2. Jawapan

Sunnah adalah apa yang Nabi SAW buat, cakap dan sahkan. Ada dua sunnah syariah iaitu sunnah tasyrik yang dianjurkan ke atas umatnya sebagai contoh, sunnah lelaki solat berjemaah di masjid. Sunnah jibliyah adalah sunnah yang tidak dianjurkan kerana ia bersifat peribadi yakni, Nabi SAW suka naik keldai atau Nabi SAW suka pakai jubah Arab. Sunnah tasyrik lawannya sunnah jibliyah atau ghairi tasyrik adalah dua jenis sunnah yang perlu difahami.

 

3. Soalan

Betulkah Ibnu Hajar menukilkan boleh yaqazah dengan Nabi SAW?

3. Jawapan

Tidak betul.
Ibn Hajar cuma membahaskan bab tersebut secara terperinci dalam bab mimpi berjumpa Nabi SAW. Dakwaan berjumpa Nabi SAW dalam keadaan jaga (yaqazah) bercanggah dengan Al-Quran. Antaranya,

إِنَّكَ مَيِّتٌ وَإِنَّهُمْ مَيِّتُونَ

“Sesungguhnya engkau akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati (pula)” [az-Zumar: 30]

وَمَا مُحَمَّدٌ إِلَّا رَسُولٌ قَدْ خَلَتْ مِنْ قَبْلِهِ الرُّسُلُ ۚ أَفَإِنْ مَاتَ أَوْ قُتِلَ انْقَلَبْتُمْ عَلَىٰ أَعْقَابِكُمْ ۚ وَمَنْ يَنْقَلِبْ عَلَىٰ عَقِبَيْهِ فَلَنْ يَضُرَّ اللَّهَ شَيْئًا

“Tiadalah Muhammad itu melainkan seorang rasul. Sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh, kamu berbalik ke belakang (murtad)? Barangsiapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun.” [Ali Imran:144]

Maka tidak ada lagi khayalan sufi, bahawa Nabi SAW akan kembali bertemu orang yang hidup.

Redha Dunia

0

Redha Dunia

Hari ini kita akan membincangkan mengenai bab orang-orang yang redha hidup di dunia. Siapakah mereka?

إِنَّ الَّذِينَ لَا يَرْجُونَ لِقَاءَنَا وَرَضُوا بِالْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَاطْمَأَنُّوا بِهَا وَالَّذِينَ هُمْ عَنْ آيَاتِنَا غَافِلُونَ

Bab 1
Sungguh-sungguhlah orang yang tidak berharap hendak berjumpa dengan Kami.

Bab 2
Dan mereka redha hidup di dunia malah berpuashati dengan kehidupannya di dunia.

Bab 3
Dan orang-orang yang tidak mengendahkan ayat-ayat Kami (dengan lalai leka, tidak peduli, buat tidak tahu) [Yunus: 7]

Tafsir

Bab 1
Apa maksud orang-orang yang tidak berharap hendak berjumpa dengan Allah SWT? Merekalah orang-orang terhadap Tuhan yang menciptanya, mereka rasa tidak penting. Oleh itu Allah SWT tidak suka pada mereka dan tidak mahu berjumpa dengan mereka di Akhirat. Lalu Allah SWT campak ke dalam hati mereka, perasaan tidak mahu berjumpa dengan Allah SWT.

Bab 2
Mereka ini redha dan berpuashati dengan hidup di dunia. Segala apa yang Allah SWT telah berikan kepada mereka sebagai ujian, mereka anggap macam hasil usaha mereka sendiri iaitu hasil daripada kedudukan mereka. Kehidupan mereka berkisar dalam menguruskan kehidupan mereka sahaja. Tidak peduli untuk tolong orang lain atau tidak peduli hendak tahu apa yang Allah SWT dan Rasul-Nya perintahkan pada mereka.

Bab 3
Mereka terhadap ayat-ayat Al-Quran dan Sunnah Nabi SAW, mereka tidak hendak tahu pun, mereka tidak peduli, mereka rasa tidak penting. Yang penting ialah perniagaan mereka, anak-anak isteri mereka.

وَلَوْ يُعَجِّلُ اللَّهُ لِلنَّاسِ الشَّرَّ اسْتِعْجَالَهُمْ بِالْخَيْرِ لَقُضِيَ إِلَيْهِمْ أَجَلُهُمْ ۖ فَنَذَرُ الَّذِينَ لَا يَرْجُونَ لِقَاءَنَا فِي طُغْيَانِهِمْ يَعْمَهُونَ

Dan kalaulah Allah SWT segerakan (kepada manusia yang cuai dalam agamanya ) dengan suatu bala musibah; mereka akan segera meminta kebaikan. Iaitu bila Allah SWT berinya sakit, mereka segera minta sembuh. Bila Allah SWT berinya masalah dalam perniagaan, mereka segera minta dipulihkan segera masalah itu. Kalau begitu telah selesai ajal mereka.

Maksudnya:
Tujuan diberi ujian adalah supaya mereka kembali bertaubat pada Allah SWT. Jadinya kalau diuji, Allah SWT segera selesaikan masalah itu, maka tidak perlu diujilah orang itu.

Maka berilah peringatan pada orang-orang yang tidak simpan harapan hendak berjumpa dengan Allah SWT Tuhan mereka; yang berada dalam kesesatan tauhid dan buta hati terhadap Al-Quran dan Hadis. [Yunus: 11]

Yang bermaksud ayat ini ditujukan kepada orang-orang yang tidak peduli pada Al-Quran dan Hadis. Oleh sebab itu berilah peringatan-peringatan pada mereka tentang Al-Quran dan hadis, supaya mereka insaf.

Tahu atau tidak, jika mereka ditabligh untuk belajar tafsir dan hadis; apa yang mereka akan jawab? Meraka akan ejek-ejek. Tahukah apa yang mereka ejek itu, ada Allah SWT beri jawapannya dalam Al-Quran:

وَإِذَا تُتْلَىٰ عَلَيْهِمْ آيَاتُنَا بَيِّنَاتٍ ۙ قَالَ الَّذِينَ لَا يَرْجُونَ لِقَاءَنَا ائْتِ بِقُرْآنٍ غَيْرِ هَٰذَا أَوْ بَدِّلْهُ ۚ قُلْ مَا يَكُونُ لِي أَنْ أُبَدِّلَهُ مِنْ تِلْقَاءِ نَفْسِي ۖ إِنْ أَتَّبِعُ إِلَّا مَا يُوحَىٰ إِلَيَّ ۖ إِنِّي أَخَافُ إِنْ عَصَيْتُ رَبِّي عَذَابَ يَوْمٍ عَظِيمٍ

Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Kami yang jelas nyata, iaitu bila ditabligh pada mereka dengan ayat-ayat Al-Quran, berkatalah orang-orang yang tidak menaruh ingatan menemui Kami (untuk menerima balasan): “Bawalah Al-Quran yang lain daripada ini atau tukarkanlah dia.”

Maksudnya, mereka berkata bahawa kita tafsir Al-Quran itu salah. Maka bawalah ayat lain atau bawalah kitab-kitab tok-tok guru tulis. Mereka tidak mahu Al-Quran.

Katakanlah : “Aku tidak berhak menukarkan tafsir Al-Quran dengan fikiranku atau nafsuku atau kemahuanku sendiri, iaitu jika aku tafsir salah aku akan dihadapkan kepada Tuhanku. Aku hanya tetap menurut apa yang diwahyukan kepadaku sahaja iaitu, aku tafsir dengan cara aku belajar. Sesungguhnya aku takut, jika aku tafsir ikut nafsu aku; aku akan derhaka kepada Tuhanku, jika begitu, aku akan diazab hari yang besar, di Akhirat kelak.” [Yunus: 15]

Ayat berikut ini adalah huraian kita pada orang yang kita tabligh:

قُلْ لَوْ شَاءَ اللَّهُ مَا تَلَوْتُهُ عَلَيْكُمْ وَلَا أَدْرَاكُمْ بِهِ ۖ فَقَدْ لَبِثْتُ فِيكُمْ عُمُرًا مِنْ قَبْلِهِ ۚ أَفَلَا تَعْقِلُونَ

Katakanlah: “Jika Allah SWT kehendaki (supaya aku tidak membacakan Al-Quran ini kepada kamu), tentulah aku tidak dapat membacakannya kepada kamu,

Maksudnya:

Kita diperintah untuk sebar agama melalui ayat-ayat Al-Quran. Jika Allah SWT tidak perintah untuk sebar ayat-ayat-Nya tentu kita tidak baca ayat-ayat itu pada mereka. Dan tentulah aku tidak membaca ayat-ayat ini pada kamu dari Al-Quran ini. Aku tidak tahu kenapa Allah SWT perintah untuk baca pada kamu. Biasanya mereka yang ditabligh ini bermula dengan adik-beradik atau sahabat handai.
Sesungguhnya aku telah tinggal dikalangan kamu satu masa yang lama iaitu kita sama-sama sekolah dulu. Sama-sama ponteng, sama-sama curi rambutan jiran dan lain-lain; Aku telah berubah dengan belajar Al-Quran dan Hadis tetapi kamu belum lagi.

Maka mengapa kamu tidak mahu memikirkannya?” [Yunus: 16]

Serupa tidak seperti yang mereka kata? Mereka-mereka ini saudara-mara kita, sahabat handai kita. Merekalah sebenarnya engkar pada ajakan tauhid. Semua kata-kata mereka sudah ada disebut dalam Al-Quran. Kita sendiri perlu tahu. Kita bacalah pada mereka apa yang mereka kata dan yang sudah ada disebut di dalam Al-Quran. Tentang ayat-ayat Ayahaji beritahu di atas, kita perlu baca pada mereka bila mereka kata tafsir Al-Quran kita baca atau beritahu itu salah. Ayat mereka kata kita sesat pun ada. Ini ayatnya:

قَدْ جَاءَكُمْ بَصَائِرُ مِنْ رَبِّكُمْ ۖ فَمَنْ أَبْصَرَ فَلِنَفْسِهِ ۖ وَمَنْ عَمِيَ فَعَلَيْهَا ۚ وَمَا أَنَا عَلَيْكُمْ بِحَفِيظٍ

“Sesungguhnya telah datang kepada kamu keterangan-keterangan (dalil-dalil dan bukti) dari Tuhan kamu; oleh itu sesiapa melihat (kebenaran itu serta menerimanya) maka faedahnya terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa buta (dan enggan menerimanya) maka bahayanya tertimpalah ke atas dirinya sendiri. Dan tiadalah aku berkewajipan menjaga dan mengawasi kamu”. [Al-An’am: 104]

وَكَذَٰلِكَ نُصَرِّفُ الْآيَاتِ وَلِيَقُولُوا دَرَسْتَ وَلِنُبَيِّنَهُ لِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ

Dan demikianlah Kami menerangkan ayat-ayat keterangan Kami satu-persatu (dengan berbagai cara, untuk menimbulkan keingkaran mereka). Dan supaya mereka (yang engkar itu menuduhmu dengan) berkata: “Engkau telah mempelajarinya (dari orang-orang lain) “, Iaitu kamu telah belajar dari orang sesat. Kamu telah sesat. Dan supaya kami menerangkan (Al-Quran) itu kepada orang-orang yang (mahu) mengetahui apa hakikat sebenar agama ini. [Al-An’am: 105]

Maksudnya:

Dengan tersebarnya agama ini kita akan tahu siapakah orang-orang musyrikin sebenarnya atau sifat mengejek-ejek pada ajakan tauhid adalah sifat orang-orang musyrikin. Allah SWT hendak tunjuk pada kita siapa mereka sebenarnya, maka kita kena hafal ayat-ayat Al-Quran yang hendak ditabligh. Bacakannya kepada mereka. Ayat Al-Quran ada mukjizat. Mereka ini mungkin ibubapa kita, sahabat-sahabat, saudara mara kita sendiri. Beginilah Nabi SAW berdepan dengan keluarganya sendiri. Begitu juga para sahabat. Begitu juga kita. Allahu Akbar! Benar sungguh ayat-ayat Allah SWT.

Kita ambil contoh seseorang yang ada emak. Emaknya sakit di Sabah, kita pula di KL. Apa patut kita buat? Tentulah kita akan telefon bertanya khabar. Kita akan telefon adik-beradik di sana supaya urus keadaan emak kita. Lebih-lebih lagi apabila emak kita pula disahkan ada penyakit merbahaya. Kita akan berusaha balik jumpanya. Kita akan hantar apa-apa keperluannya dengan segera. Kenapa? Kerana kita sayang emak kita dan kita takut dia mati. Patutkah kita tidak peduli keadaan emak yang dalam bahaya ini?

Jadi, seorang emak yang berada dalam kekufuran terhadap Allah SWT kita pula tahu, adakah kita tidak peduli padanya? Jika dia mati, dia akan ke Neraka kekal. Adakah kita tidak peduli? Atau orang itu adik-beradik kita sendiri? Atau saudara-mara kita sendiri? Atau sahabat baik kita? Adakah kita tidak ambil peduli?

Wallahua’lam

Popular

Iklan

Iklan