Utama Blog Halaman 168

Panelis UiTO – Tuan Hassan Tn Lah@THTL

0

Nama: Tuan Hassan Tn Lah @ Abdullah

Akronim: Abu Syaima’ dan thtl al-jazani

Pendidikan:

SDAR Seremban, Negeri Sembilan

Dip. (UiTM) Plantation Management

USA (Michigan) – BBA (Management)

USA (Iowa) – MBA (Management)

Profesion:

Juruperunding Pembangunan Akademik (Kualiti dan Akreditasi) di Universiti Jazan (www.jazanu.edu.sa), Jazan City, Arab Saudi bermula sejak 2012.

Bercuti panjang dengan Jazan University kerana masalah perang dgn Yaman di Jazan. Sekarang menetap di Malaysia di Bandar Pusat USJ, Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan.

Bekas Pensyarah Kanan UiTM

Bekas Pensyarah Kanan Universiti Telekom (MMU)

Internal Consultant, Quality & Productivity Division, TM Bhd (1999-2010).

Pencapaian:

Memperolehi 3 ijazah bidang Hadith dari Mesir.

Guru-Guru (Malaysia)

➡️ Dato Kaya Bakti

Ustaz Dahlan Muhammad Zain – Ahli Majlis Fatwa Perlis

➡️ Dato Alim Setia

Ustaz Ahmad bin Jusoh – Ahli Majlis Agama Islam Perlis

➡️ Ustaz Abdul Hadi Othman – Ahli Majlis Fatwa Perlis

➡️ Dr MAZA – Mufti Perlis

Guru-Guru (USA)

➡️ Dr Tareq Shweiden , Kuwait

➡️ Dr Muhammad al Khudary, Saudi Arabia

Guru-Guru Saudi Arabia

➡️ Syaikh Zaid al Madkhali ,

Darul Hadith Samthah, Jizan

Guru ilmu Sunnah & Islah:

➡️ Ustaz Adlan Abdul Aziz – grad Jordan

➡️ Ustaz Anwarudin Abdul Wahab – Bernama, grad Jordan

Guru fiqh:

➡️ Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa

MP Parit Buntar

➡️ Ustaz Ahmad Zainal Abidin

Pensyarah MMU, Melaka

Testimoni :

➡️ Imam & Khatib Masjid ITM Arau

➡️ Imam & Khatib UITM Dungun

➡️ Imam Masjid Kalamazoo Islamic Centre, Michigan USA

➡️ Imam & Khatib Des Moines Islamic Centre, Iowa USA

➡️ Imam & Khatib Masjid MMU Melaka

➡️ Imam & Khatib Masjid Telekom Taiping

✳️- e-mail: [email protected]

Liku-liku dalam memahami Islam: bermula dengan madrasah Islam haraki, sekarang bermanhaj ASWJ yang global (borderless), non-partizan.

Sumbangan di alam cyber:

Panel Fiqh bagi msm-net, Islah-net, al-Ahkam.net (AAN), dan al-Fikrah.net (AFN).

Panelis UiTO:

Bilik (01) Fiqh As Sunnah 

https://t.me/joinchat/AAAAADujcYtMmzkDISoveA

Bilik (101) Fiqh Wanita

https://telegram.me/joinchat/Aly88zv-PUqjKmlqeSvr-A

 

 

 

Sebutan Selawat Ke atas Nabi Ibrahim AS

0

Kenapa dalam Tahiyat Akhir ada sebutan selawat ke atas nama Nabi Ibrahim AS dan bukan Nabi-Nabi yang lain? Adakah Nabi Ibrahim AS punya keistimewaan tertentu?

Sebutan selawat itu adalah petunjuk dari Nabi SAW. Terdapat hadis dari Sahih Muslim yang mengatakan berselawatlah ke atas kedua Nabi SAW dan Nabi Ibrahim AS:

Hadis Riwayat Kaab bin Ujrah ra.:

Dari Abdullah bin Abu Laila, dia berkata: Kaab bin Ujrah menemuiku dan berkata: Mahu kah engkau aku berikan hadiah? Rasulullah SAW pernah menemui kami, lalu kami berkata: Kami telah mengetahui cara membaca salam untuk Baginda, lalu bagaimana kami membaca selawat untuk Anda? Beliau bersabda: Bacalah: “Allahumma shalli `alaa Muhammad wa `alaa aali Muhammad kamaa baarakta `alaa aali Ibrahim. Innaka hamiidum majiid. Allahumma baarik `alaa Muhammad wa `alaa aali Muhammad kamaa baarakta `alaa aali Ibrahim Innaka hamiidum majiid”. (Ya Allah, limpahkanlah sejahtera kepada Muhammad dan keluarga Nabi Muhammad, sebagaimana Engkau telah melimpahkan kesejahteraan kepada keluarga Nabi Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Mulia. Ya Allah, limpahkanlah keberkahan kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah melimpahkan keberkahan kepada keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia). (Shahih Muslim No.614)

Berpandukan kepada hadis tersebut, ulama berpendapat:

1. Syafie (Imam Nawawi: Syarah Muslim (4/123), anda hanya perlu membaca selawat atas Nabi SAW sahaja, selawat ke atas keluarga baginda dan selawat Ibrahimiyah adalah sunat (optional).

2.  Maliki dan Hanafi: sunat hukumnya selawat ini baik ke atas Nabi SAW, keluarga baginda dan ke atas Nabi Ibrahim AS.

3. Hambali: wajib selawat atas Nabi SAW, keluarga baginda dan selawat Ibrahimiyah (Fathul Bari: 9/163).

4. Ibn Taimiyah: “Selawat Ibrahimiyah adalah selawat yang paling sempurna”

Rujuk surah [ Al-Baqarah: 124 ]:

Firman Allah سبحانه وتعالى

وَإِذِ ابْتَلَى إِبْرَاهِيمَ رَبُّهُ بِكَلِمَاتٍ فَأَتَمَّهُنَّ قَالَ إِنِّي جَاعِلُكَ لِلنَّاسِ إِمَامًا قَالَ وَمِن ذُرِّيَّتِي قَالَ لاَ يَنَالُ عَهْدِي الظَّالِمِينَ

 “Dan ingatlah ketika Ibrahim diuji oleh Tuhannya dengan beberapa Kalimah, maka Ibrahim pun menyempurnakannya. Setelah itu ALLAH berfirman : Sesungguhnya Aku melantik kamu menjadi Imam bagi umat Manusia.”

 Ibrahim AS pun memohon dengan berkata : Ya Tuhan-Ku. Jadikanlah juga dari keturunan ku pemimpin-pemimpin ikutan.

ALLAH berfirman: Permohonan mu diterima, tetapi janji-Ku ini tidak akan didapati oleh orang-orang yang zalim..”

Nabi Ibrahim AS telah dilantik oleh Allah سبحانه وتعالى untuk menjadi Imam bagi umat Manusia. Berdasarkan maksud ayat di atas, Allah سبحانه وتعالى telah menguji Nabi Ibrahim AS dengan beberapa kalimah. Pengertian kalimah pada ayat ini bermaksud tugas yang disyariatkan oleh Allah سبحانه وتعالى untuk disempurnakan oleh Nabi Ibrahim AS. Oleh kerana Nabi Ibrahim AS berjaya menyempurnakannya, lalu Allah سبحانه وتعالى melantik baginda AS menjadi Imam.

Sebahagian ulama’ memperincikan ‘Kalimah’ dengan mengatakan bahawa ia merujuk kepada 40 perintah Allah سبحانه وتعالى , di mana perintah-perintah itu adalah ajaran Syariat yang terkandung di dalam beberapa Ayat Al-Quran. Di antaranya adalah 10 perintah pada surah [ At-Taubah: 112 ]. 10 perintah di dalam surah [ Al-Mu’minun: 1-10]. 10 perintah di dalam surah [ Al-Ahzab: 35] dan 10 perintah lagi di dalam surah [ Al-Ma’arij: 22-34].

Nabi Ibrahim AS juga diuji dengan cubaan yang paling berat iaitu:

* Diperintahkan oleh Allah سبحانه وتعالى agar menyembelih puteranya, Nabi Ismail AS, tetapi Allah سبحانه وتعالى telah menggantikannya dengan seekor kibasy.

* Terpaksa berpisah dengan keluarga dan kaumnya kerana kekufuran mereka.

* Perdebatan baginda AS dengan Raja Namrud yang membincangkan mengenai ketuhanan, akhirnya telah mengundang bahaya bagi diri baginda AS. Baginda AS telah dibakar hidup-hidup oleh Raja Namrud, tetapi telah diselamatkan oleh Allah سبحانه وتعالى .

* Baginda AS telah diduga dengan mengisbatkan kewujudan Tuhan melalui Tadabbur (pengamatan) alam semesta melalui Bulan, Matahari dan Bintang. Cabaran ini juga telah berjaya di atasi oleh Nabi Ibrahim AS. Maka Allah سبحانه وتعالى telah memerintahkan baginda AS supaya tunduk dan patuh serta menyerah diri kepada Allah سبحانه وتعالى dan Baginda AS mematuhinya.

Melalui prestasi Nabi Ibrahim AS yang cemerlang ketika menghadapi pelbagai dugaan ini, Allah سبحانه وتعالى telah memberi anugerah Al-Bara’ah (kebebasan daripada Neraka) dan dilantik oleh Allah سبحانه وتعالى menjadi Imam di dalam perlaksanaan Ibadah Haji dan pemimpin bagi seluruh umat Manusia. Selain itu, Nabi Ibrahim AS juga tidak pernah lupa memohon kepada Allah سبحانه وتعالى agar dikurniakan keturunan yang baik dan agar baginda AS menjadi Imam bagi kaumnya. Disebabkan itulah kebanyakan Nabi-Nabi adalah berasal daripada keturunan Nabi Ibrahim AS seperti Rasulullah صلى الله عليه وسلم sendiri.

Allahu a’lam.

Jelikkan Dosa Orang, Syirik Sembahan Ulama, Diam Masa Khutbah

0

1. Apakah status hadis di bawah?
Dari Mu’adz bin Jabal, berkata bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

مَنْ عَيَّرَ أَخَاهُ بِذَنْبٍ لَمْ يَمُتْ حَتَّى يَعْمَلَهُ

“Siapa yang menjelik-jelikkan saudaranya kerana suatu dosa (atau kecacatan), maka ia tidak akan mati kecuali mengamalkan dosa tersebut.” [At-Tirmizi: 2505. Sheikh al-Albani berkata bahawa hadis ini maudhu’].
Tahqiq:

والحديث قال عنه الشيخ الألباني في ” ضعيف الجامع ” رقم ( 5710 ) : ( موضوع )

Al-Albani, maudhu’ atau palsu, daif al Jaami’: 5710.

2. Apakah status hadis di bawah ini?
“Sesungguhnya paling aku takuti ialah umatku yang syirik bukan kerana menyembah berhala tetapi kerana mereka jadikan alim ulama dan rahib-rahib mereka sebagai sembahan” [at-Tabarani]

Tidak jumpa versi ini, yang masyhur bukankah ada.

قدمَ [ عديُّ بنُ حاتمٍ ] على النَّبيِّ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ وهو نصرانيٌّ فسمعه يقرأُ هذه الآيةَ : اتَّخَذُوا أَحْبَارَهُمْ وَرُهْبَانَهُمْ أَرْبَابًا مِنْ دُونِ اللَّهِ وَالْمَسِيحَ ابْنَ مَرْيَمَ وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا إِلَهًا وَاحِدًا لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ سُبْحَانَهُ عَمَّا يُشْرِكُونَ قال : فقلتُ له : إنَّا لسنا نعبدُهم ، قال : أليسَ يحرمونَ ما أحلَّ اللهُ فتحرِّمونَه ، ويحلُّونَ ما حرَّمَ اللهُ فتحلُّونَه ، قال : قلتُ : بلى ، قال : فتلك عبادتُهم

الراوي : عدي بن حاتم الطائي | المحدث : ابن تيمية | المصدر : حقيقة الإسلام و الإيمان
الصفحة أو الرقم: 111 | خلاصة حكم المحدث : حسن

Terjemahan:
Hadis Adi bin Hatim Ath-Thoi ra di mana Rasulullah saw membacakan ayat tersebut kepada beliau. Kemudian beliau berkata: “Wahai Rasulullah, kami tidaklah beribadah kepada mereka”. Lalu Rasulullah saw bersabda,

أليس يحلون لكم ما حرم الله فتحلونه، ويحرمون ما أحل الله فتحرمونه؟

“Bukankah mereka menghalalkan untuk kalian apa yang AllahSWT haramkan sehingga kalian pun menghalalkannya, dan mereka mengharamkan apa yang Allah SWT halalkan sehingga kalian mengharamkannya?”. Beliau (Adi bin Hatim) berkata : “Benar”. Maka Rasulullah saw bersabda,

فتلك عبادتهم

“Itulah (yang dimaksud) beribadah kepada mereka”. [Ahmad, at-Tirmizi dan beliau menilainya hasan, ‘Abd bin Humaid, Ibnu Abi Hatim, dan At-Tabarani. Tahqiq, Syaikhul Islam, hadis Hasan].

3. Adakah dalil mengatakan kita perlu dengar dan fokus semasa khatib baca khutbah?
Dalil:

وَإِذَا قُرِئَ الْقُرْآنُ فَاسْتَمِعُوا لَهُ وَأَنْصِتُوا لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ

“Apabila dibacakan Al Qur’an, dengarkanlah dan diamlah, agar kalian mendapatkan rahmat.” [ Al-A’raf: 204]
Diriwayatkan dari Aisyah ra, Said bin Jubair, Atha, Mujahid, Amr bin Dinar dan beberapa ulama lainnya, mengatakan bahawa ayat ini turun berkenaan dengan perintah untuk diam dalam rangka mendengarkan khutbah Jumaat [Ibn Jauzi, tafsir Zadul Masir, 2:183].

Panelis UiTO – Ustaz Noh Fariq bin Omar@ Ibn Omar

0

Nama Penuh: Ustaz Noh Fariq bin Omar

Nama Pena: Ibn Omar

Pendidikan:

Diploma Tahfiz Al-Quran wal Qiraat, Darul Quran JAKIM – (Kajian Tafseer surah al-Waqiah: Manhaj Salaf

Ijazah (BA) Al-Quran Sunnah, UKM – (Kajian Kitab Abi Dawud: Muqaranah baynal Manhaji: al-Albani wa ibn Hajar)

MA Hadis, UKM – (Kajian Kutub Sittah: Ilmu Takhrij Hadith berdasarkan Manhaj Muhaddithin)

PhD (dalam pengajian) – Teknologi dan Innovasi; Al-Quran dan Sunnah (Kajian Pembangunan Insan)

Profesion:

Penasihat Syari’e & Pendakwah Al-Quran

Kegiatan Dakwah:

Pengasas Kumpulan Dakwah Al-Quran Sampaikan Walaupun 1 Ayat

Panel Jemputan Rumah Ngaji Sabah

Pengiktirafan Tertinggi :

Anugerah cemerlang, Penasihat Agama Komuniti Muslim Hong Kong

Blog/website rujukan:

www.facebook.com/omar.ibnu

https://m.facebook.com/GrabNgajiMalaysia/

 

Panelis UiTO:

Bilik (123) Tafsir, Tadabbur dan Tazakkur

https://t.me/joinchat/AAAAAEA8_HDlLalulPfotg

 

Rektor UiTO – Cikgu Rahim

0

Nama: HJ Che Ab Rahim bin Mahmood

Nama Pena: Cikgu Rahim

Pendidikan:

Sekolah Dato’ Abd Razak (SDAR) Tg Malim, Perak, SDAR Seremban, N Sembilan

Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang – Bsc (Hons) Major Matematic 1982

Institut Perguruan Islam, Kajang, Selangor – Diploma Dakwah Perbandingan IPI 1995 [Mumtaz]

Akademi Islam Nilam Puri 2004 – Sijil Pengajian Ilmu Hadith 2004

Universiti Teknologi Malaysia, Jalan Semarak, Kuala Lumpur – Diploma in Education

Kolej Sultan Zainal Abidin (KUSZA) Kuala Terengganu – Sijil Pengajian Islam

Profesion:

Rektor Universiti Islam Telegram Online (UiTO) uito.org

Imam Surau Fasa 2D dan Fasa 2A Seri Manjung, Perak

Bekas Ketua Jabatan Pengajian Am, IKM Lumut

Bekas Pendidik MRSM Kuala Terengganu, MRSM Kertih, Terengganu, MRSM Kuala Krai, MRSM Kuala Klawang, Kolej MARA Seremban

Aktiviti Dakwah:

Terlibat dengan dakwah IM sejak 1980

Ahli Abim, Perkim, Ikram, Haluan

Pelopor AFN Yahoo groups

 

Pengkhususan bidang Matematik, tarbiah Islamiah, Ulum Hadith,

Aktif dalam aliran-aliran Islam dan gerakan Islam

 

Panelis UiTO:

Channel Bicara CR @ https://t.me/bicaraCR

uito.org

 

 

 

 

02.12.03 HADITS YANG PADANYA TERDAPAT PERIWAYAT MAJHUL (مجهول) & MUBHAM (مبهم) – Bhg. 02

0

#271216 Bilik (40) Asas Ilmu Hadits

02.12.03 Hadits al-Mardud (المردود) Kategori Kritikan pada Periwayat (الطعن في الراوي)

#NotaBroSyarief #AsasIlmuHadits #UiTOBilik40

Susunan: BroSyarief

HADITS YANG PADANYA TERDAPAT PERIWAYAT MAJHUL (مجهول) & MUBHAM (مبهم) – Bhg. 02

C. Contoh hadits yang terdapat pada sanadnya periwayat Majhul (مجهول):

Ibn Majah meriwayatkan dengan sanadnya melalui Rawwad ibn al-Jarrah, dari Abu Sa’d as-Saa’idi, dari Anas ibn Malik radhiyalLaahu ‘anhu, katanya:

رَأَى رَسُولُ اللَّهِ ـ صلى الله عليه وسلم ـ رَجُلاً يَتْبَعُ حَمَامًا فَقَالَ:‏ “‏شَيْطَانٌ يَتْبَعُ شَيْطَانًا”‏

‘RasululLah – sallalLaahu ‘alaihi wa sallam – melihat seorang lelaki mengejar seekor burung merpati, lalu baginda bersabda:

شَيْطَانٌ يَتْبَعُ شَيْطَانًا

“Syaitan mengejar syaitan”

[HR Ibn Majah]

al-Busiri (w.695H) menyebutkan:

هذا إسناد ضعيف، أبو سعد مجهول

‘Sanad hadits ini lemah, Abu Sa’d seorang majhul’.

[Misbah az-Zujajah fi Zawaid ibn Majah]

Abu Hatim (w.275H) pula mengatakan:

هو مجهول لم يرو عنه غير رواد

‘Dia (yakni: Abu Sa’d), seorang majhul, tiada yang meriwayatkan darinya kecuali Rawwad’.

[الجرح والتعديل]

D. Contoh hadits yang terdapat pada sanadnya periwayat Mubham (مبهم):

Imam at-Tabrani (w.360H) menyebutkan hadits di bawah beserta sanadnya yang terdapat periwayat yang mubham, selepas ‘Utbah, disebutkan عَمَّنْ حَدَّثَهُ yang bermaksud: ‘Dari seseorang yang menceritakan kepadanya’.

Sanad itu bersambung kepada Mu’awiyah yang mengatakan: Aku mendengar RasululLah sallalLaahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّمَا الْعِلْمُ بِالتَّعَلُّمِ، وَالْفِقْهُ بِالتَّفَقُّهِ، وَمَنْ يُرِدِ اللهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِي الدِّينِ، وَإِنَّمَا يَخْشَى اللهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ

“Wahai manusia, sesungguhnya ilmu tu (diraih) dengan mempelajarinya, dan kefahaman itu (diperoleh) dengan usaha memahaminya. Sesiapa yang Allah inginkan kebaikan dengannya, dia akan difahamkan pada urusan agama ini. Sesungguhnya, yang takutkan Allah, di kalangan hamba-hambaNya, adalah para ‘ulama.”

[al-Mu’jam al-Kabir]

Ibn Hajar (w.852H) menyebutkan:

إسناده حسن، لأن فيه مبهما اعتضد بمجيئه من وجه آخر

‘Sanadnya hasan, kerana (asalnya) padanya terdapat periwayat yang mubham, (tetapi) ia didokong dari jalan sanad yang lain’

[Fathul Baari]

E. Penulisan-penulisan tentang Majhul dan Mubham:

– al-Ghawamid wal-Mubhamat (الغوامد والمبهمات), karangan ‘Abdul Ghani al-Azdi,
– al-Asma al-Mubhamah fil-Anba al-Muhkamah (الأسماء المبهمة في الأنباء النحكمة), karangan al-Khatib al-Baghdadi,
– al-Mustafad min Mubhamaat al-Matn wal-Isnad (المستفاد من مبهمات المتن والإسناد), karangan Waliyyuddin al-‘Iraaqi.

Ruj: Ulum Al-Hadits Asiluha wa Mu’asiruha, karangan Prof Dr Abullayts KhairAbaadi.
__
#صحح_لي_إن_كنت_مخطئاً
#BroSyariefShares

Tafsir Surah Ghafir – Tafsir Ayat Ke-58 dan Ke-59

0

Tafsir Surah Ghafir

Tafsir Ayat Ke-58

Kenapa ada yang tidak dapat menerima kebenaran? Allah SWT hendak beritahu, oleh kerana manusia perangainya tidak sama, maka hasilnya pun tidak sama. Ada manusia yang tetap degil. Kerana itu walaupun dalil yang sama diberikan kepada semua, tetapi penerimaan manusia tidak sama. Ada yang terima dan ada yang tolak.

وَما يَستَوِي الأَعمىٰ وَالبَصيرُ وَالَّذينَ آمَنوا وَعَمِلُوا الصّالِحاتِ وَلَا المُسيءُ ۚ قَليلًا ما تَتَذَكَّرونَ

“Dan sememangnya tidaklah sama orang yang buta dan orang yang melihat, dan juga tidaklah sama orang-orang yang beriman serta beramal soleh dengan orang yang melakukan kejahatan. Sedikit sangat kamu beringat”.

وَمَا يَسْتَوِي الْأَعْمَىٰ وَالْبَصِيرُ

Dan tidaklah sama seorang buta dengan seorang yang celik

Allah SWT memberi contoh fizikal yang kita boleh lihat dalam alam ini. Semua dapat membezakan antara orang celik dan orang yang buta, bukan?

Seterusnya nanti Allah SWT hendak memberikan perbandingan yang sedikit abstrak – orang yang beriman dan orang yang tidak. Namun, Allah SWT mulakan dengan buat perbezaan antara orang buta dan celik. Amat jelas perbezaan antara mereka.

Sebenarnya Allah SWT hendak memberikan perumpamaan orang yang ‘celik hati’ dengan orang yang ‘celik fizikal’. Dan orang yang ‘buta hati’ umpama orang yang ‘buta fizikal’.

وَالَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ

Dan orang yang beriman sempurna dan beramal soleh

Allah SWT hendak membuat perbandingan lagi. Dia suruh kita lihat mereka yang baik, iaitu mereka yang beriman sempurna. Yang mempunyai iman sempurna iaitu akidah tauhid tanpa syirik.

Ada banyak jenis syirik dan surah ini adalah tentang syirik dalam berdoa. Jadi, mereka yang beriman sempurna adalah mereka yang tidak menggunakan perantaraan dalam doa mereka.

Mereka juga beramal dengan amalan yang soleh. Amalan yang soleh adalah amalan yang ada contoh dari Nabi. Bukannya amalan yang bidaah seperti yang banyak dilakukan oleh kebanyakan orang.

وَلَا الْمُسِيءُ

Dengan satu orang yang melakukan dosa?

Tentulah mereka yang beriman dan beramal soleh itu jauh bezanya dengan orang yang berbuat dosa.

Antara dosa yang banyak dilakukan tanpa disedari adalah dosa syirik dan dosa bidaah. Oleh kerana tidak faham makna syirik dan bidaah, maka ramailah dari kalangan masyarakat kita yang buat dosa-dosa tersebut. Tetapi mereka tidak tahu yang ianya berdosa kerana mereka tidak belajar. Atau, mereka belajar dengan guru yang salah.

Mereka itu amat berbeza dengan orang yang beriman dan beramal soleh, seumpama beza orang yang celik dengan orang yang buta. Kalau beza antara orang buta dan celik itu jelas, maka begitulah juga antara orang yang beriman dan orang yang tidak beriman.

قَلِيلًا مَا تَتَذَكَّرُونَ

Sedikit sahaja mereka yang dapat peringatan.

Tetapi perbandingan ini tidak dapat difahami oleh semua orang. Hanya sedikit sahaja yang faham iaitu mereka yang belajar.

Mereka yang buat bidaah itu, tidak dapat faham mana salahnya perbuatan mereka itu. Mereka bermati-matian akan mempertahankan amalan bidaah mereka itu, dengan memberi berbagai-bagai dalil.

Sebenarnya hujah yang mereka berikan itu bukanlah dalil, kerana mereka salah faham dengan dalil yang ada. Kalau belajar Al-Quran dan Sunnah dengan cara yang betul, in sha Allah akan dapat faham. Maka kenalah belajar.

Sedih bila berhujah dengan mereka yang mempertahan amalan bidaah ini. Cara berhukum pun mereka tidak tahu. Bagi hujah hadis tapi hadis itu pun mereka tidak tahu latar belakangnya.

Masyarakat kita tidak mementingkan ilmu pengetahuan. Para sahabat akan pastikan anak-anak mereka belajar tafsir Al-Quran sebelum belajar ilmu-ilmu yang lain. Mereka juga amat rapat dengan Al-Quran dan mereka akan selalu tadabbur Al-Quran itu dengan keluarga mereka.

Masyarakat kita baca Al-Quran pun masih ada yang merangkak lagi.

Ilmu dunia boleh guna di dunia sahaja sedangkan ilmu akhirat boleh pakai bawa ke akhirat, tempat yang kekal abadi.

Apabila ada ilmu senang sahaja untuk berubah. Yang susah hendak diubah adalah mereka yang tiada ilmu ataupun setelah diberitahu tetapi masih degil.

Tafsir Ayat Ke-59

Ayat tentang hari akhirat, sambungan dari ayat-ayat tentang Akhirat sebelum ini. Allah SWT mengingatkan kita kembali kepada Hari Kiamat dan Hari Akhirat.

إِنَّ السّاعَةَ لَآتِيَةٌ لا رَيبَ فيها وَلٰكِنَّ أَكثَرَ النّاسِ لا يُؤمِنونَ

“Sesungguhnya hari kiamat tetap akan datang, tidak ada sebarang syak tentang kedatangannya; akan tetapi kebanyakan manusia tidak beriman (akan hakikat itu)”.

إِنَّ السَّاعَةَ لَآتِيَةٌ

Sesungguhnya kiamat itu pasti akan datang

Sama ada kamu percaya atau tidak percaya kepada Hari Kiamat, ia pasti akan datang. Bagaimana kita tahu yang Kiamat itu pasti ada? Allah SWT yang beritahu dan kita percaya sungguh kepada Allah SWT.

لَا رَيْبَ فِيهَا

Tidak ada keraguan padanya

Tidak syak lagi. Kita orang Islam semua tahu dan terima tentang kedatangan Hari Kiamat itu. Namun, kenapa kebanyakan dari kita menjalani kehidupan kita macam ianya tidak akan berlaku? Malah ramai yang hidup macam tidak takut kepada Hari Kiamat? Berani buat perkara-perkara yang tidak ada dalil? Tidak takut akhirat kah? Tidak takut kah hendak berjumpa dengan Allah SWT dengan membawa amalan syirik dan bidaah? Dengan manusia bolehlah kamu berhujah, tetapi kamu hendak berhujah macam mana dengan Allah SWT nanti?

Apa yang kamu hendak jawab jika Allah SWT tanya nanti kenapa buat amalan ini dan itu? Mana dalil kamu pakai? Kamu hendak jawab: “amalan baik… apa salahnya ya Allah SWT…..” Itu kah jawapan yang kamu hendak beri kepada Allah SWT???

وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يُؤْمِنُونَ

Tetapi kebanyakan dari manusia itu tidak juga mahu beriman.

Kebanyakan manusia memang tidak beriman sempurna. Mereka tidak berpegang kepada akidah tauhid, terutama tauhid dalam berdoa. Walau orang Islam sekalipun.

Ramai yang masih juga hendak berdoa kepada selain dari Allah SWT.

Masih ramai lagi hendak mengamalkan tawassul menggunakan perantaraan Nabi, wali dan malaikat. Apabila ditegur dengan kesalahan itu, mereka tetap mempertahankannya dengan memberikan hujah-hujah yang batil.

 

Allahu a’lam.

Berbakti Kepada Ibubapa, Hilm, Bersedekah Musibah (Daif)

0

1. Apakah status hadis ini?
Dari Abu Darda ra, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

الْوَالِدُ أَوْسَطُ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ فَإِنْ شِئْتَ فَأَضِعْ ذَلِكَ الْبَابَ أَوِ احْفَظْهُ

“Orang tua adalah pintu Syurga paling tengah. Kalian boleh sia-siakan pintu itu atau kalian boleh menjaganya.” [at-Tirmizi].

وصححه الألباني في الصحيحة
(914)

Status hadis, sahih di sisi al-Albani, Silsilah al Sahihah: 914 dan hasan di sisi Syaikh Syuaib al-Arnaout.
Fiqh hadis:
Cara untuk masuk Syurga yang paling mudah dengan berbakti kepada ibubapa. Pintu Syurga yang tengah dikhususkan untuk orang yang menjaga dan berbakti kepada kedua ibubapanya.

2. Apakah status hadis ini?
Dari Abu Ad-Darda’, Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

إِنَّمَا الْعِلْمُ بِالتَّعَلُّمِ، وَإِنَّمَا الْحِلْمُ بِالتَّحَلُّمِ، مَنْ يَتَحَرَّى الْخَيْرَ يُعْطَهُ، وَمَنْ يَتَّقِ الشَّرَّ يُوقَهُ

“Sesungguhnya ilmu didapatkan dengan belajar dan sesungguhnya hilm (kesabaran dan ketenangan) didapatkan dengan terus melatih diri. Barangsiapa berusaha untuk mendapat kebaikan, maka Allah akan memberikannya. Barangsiapa yang berusaha untuk menghindari keburukan, nescaya akan terhindar darinya.” [Ad-Daruquthni dalam Al-Afrad].
Tahqiq al-Albani

أخرجه الطبراني في “الأوسط” (٣/ ١١٨)، من حديث أبي الدرداء رضي الله عنه. وحسَّنه الألباني في “السلسة الصحيحة”
(١/٦٧٠)

Hadis Hasan, al-Albani, Silsilah al-Sahihah, 1:670

3. Apakah status hadis ini?
Dari Ali bin Abi Thalib ra, Rasulullah saw bersabda, “Segeralah bersedekah, sesungguhnya musibah tidak dapat melintasi (mendahului) sedekah.” [Razin, Misykât].

Takhrij:

باكروا بالصَّدقةِ فإنَّ البلاءَ لا يتخطَّاها
الراوي : علي بن أبي طالب | المحدث : الهيثمي | المصدر : مجمع الزوائد
الصفحة أو الرقم: 3/113 | خلاصة حكم المحدث : فيه عيسى بن عبد الله بن محمد وهو ضعيف

Tahqiq al-Haithami, daif kerana perawi Isa bin Abdullah bin Muhammad

Panelis UiTO – Ustaz Mohd ‘Adlan bin Mohd Shariffudin

0
ustaz Adou

Nama Penuh :

Mohd ‘Adlan bin Mohd Shariffudin

Nama Pena:

Ustaz Adouline Lacharouphe

Pendidikan:

Universiti Malaya (2005 – Ijazah Sains (Kimia)

Universiti Malaysia Sabah (2006 – Diploma Pendidikan (Kimia),

Diploma Pascasiswazah (Pendidikan Islam)

Mempelajari Bahasa Perancis, Itali, Portugis, ‘Arab, Jepun, Inggeris dan Melayu

Profesion :

Guru Bahasa Jepun di SMK Tengku Intan Zaharah, Dungun, Terengganu

Mendengar dan mengambil riwayat daripada:

Asy-Syaykh Muhammad Asy-Syuja` Abadiy

(Musnad Ahmad, Alfiyah As-Suyutiy, Alfiyah Al-`Iraqiy, Muwatta’ Malik biriwayati Asy-Syaybaniy)

Asy-Syaykh Muhammad `Awadh Al-Manqusy

(Muwatta’ Malik, Sunan Ibnu Majah, Sahih Muslim, Sulasiyat Al-Bukhariy, Al-Arba`in lil-Imam An-Nawawiy, Syama’il Al-Muhammadiyyah, Al-Awa’il As-Sunbuliyyah, Manzumah Al-Bayquniy, Gharami Sahih)

Asy-Syaykh Muhammad Samir Mamduh An-Nas Ad-Dimasyqiy

(Sunan At-Tirmiziy, Sahih Muslim)

Asy-Syaykh Al-Muhaddis Ad-Duktur `Abdu Llah bin Salih bin Muhammad Al-`Ubayd

(Al-Arba`in lil-Imam An-Nawawiy)

Asy-Syaykh Mahir Yasin Al-Fahl

(Sahih Al-Bukhariy)

Asy-Syaykh Al-Ustaz Ad-Duktur Mustafa Abu Sulayman An-Nadwiy

(Al-Azkar An-Nawawiy)

Asy-Syaykh Ad-Duktur Yusri bin Rusydi bin As-Sayyid bin Jabr Al-Hasaniy

(Mukhtasar Abi Jamrah)

Asy-Syaykh Ad-Duktur Sa`id bin Muhammad Al-Kamaliy

(Al-Arba`in lil-Imam An-Nawawiy)

Asy-Syaykh Al-Ustaz Ad-Duktur Mustafa Dib Al-Bugha

(Matan Al-Waraqat)

Asy-Syaykh `Abdu l-Hadi bin Muhammad Al-Kharsah

(Al-Fiqhu l-Akbar, Al-`Aqidah At-Tahawiyyah)

Ayat Tabayyun: Asbabul Nuzul Firman Allah Dan Manfaatnya

0

UiTO Channel: Tazkirah Harian:
Tajuk: Berhati-hati apabila menyebarkan info di media sosial

= = = = = = = = = =

Firman Allah ﷻ:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا إِنْ جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَنْ تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَى مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ

“Wahai orang-orang yang beriman! Sekiranya datang kepada kalian orang fasiq dengan satu berita, hendaklah kalian selidiki (tabayyun) supaya kalian tidak menimpakan musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya, sehingga menyebabkan kalian menyesal atas perbuatan kalian.”
[Surah Al-Hujurat (surah 49), ayat 6]

= = = = = = = = = =

Ulasan:

1. Para mufassir (`ulama’ tafsir) menyebutkan bahawa ayat ini diturunkan kerana Al-Walid bin `Uqbah, ketika beliau diutuskan oleh Rasulullah ﷺ kepada Bani Mushthaliq untuk memungut zakat. Di pertengahan jalan, timbul rasa takut dalam qalbu beliau terhadap Bani Mushthaliq, lalu beliau kembali kepada Rasulullah, dan melaporkan bahawa Bani Mushthaliq tidak mahu menyerahkan zakat, malah ingin membunuhnya. Setelah diselidiki, ternyata laporan itu adalah dusta semata-mata.

2. Ayat ini sepatutnya menjadi pegangan seluruh umat Islam dalam berinteraksi dengan berita yang sampai kepada mereka. Namun sayangnya, perintah ini tidak dihiraukan dan kelihatan seolah-olah Al-Qur’an hanya dibaca dan dihafal oleh umat Islam tanpa memahami sedikit pun mesej yang cuba disampaikan oleh Allah.

3. Bahkan, ada sesetengah individu yang menggelarkan dirinya “ustaz” turut melanggar perintah Allah ini, misalnya dalam isu seorang lelaki Kashmir menampar Imam II Masjid Negara. “Ustaz” tersebut telah membuat beberapa fitnah, antaranya imam ditampar kerana membaca doa selepas solat, sedangkan cukup jelas peristiwa tersebut terjadi dalam raka`at pertama.

4. Perintah Allah ini lebih patut dititikberatkan ketika sampai kepada kita suatu “hadits” yang disandarkan kepada Rasulullah ﷺ. Bukanlah semua yang didakwa sebagai sabda Rasulullah atau perbuatan baginda itu benar-benar hadits, kerana era hadits palsu (maudhu`) sudah mula berleluasa.

5. Ingatlah pesanan Rasulullah ﷺ: “Sesiapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja, maka siapkanlah tempat duduknya dalam neraka.” [HR Al-Bukhari, no 3461].

6. Oleh itu, umat Islam haruslah berhati-hati dalam menyebarkan info, terutama di media sosial. Boleh jadi hanya dengan menekan bukan “share” atau “forward”, kita telah menyiapkan tempat duduk kita di neraka. Niat untuk berbuat kebaikan akhirnya dibalas dengan azab yang pedih, hanya kerana kita tidak bersikap tabayyun, sebagaimana yang telah diperintahkan oleh Allah ﷻ kepada orang-orang yang beriman.

= = = = = = = = = =

Hashtag: #kenalquransunnah

Popular

Iklan

Iklan