Utama Blog Halaman 159

Masjid Bila Haid (Daif), Ujub, Iktikaf 3 Parit Khandaq (Daif)

0

1. Apakah status hadis ini?
Nabi SAW bersabda, “Sesungguhnya masjid tidak halal bagi orang yang haid dan orang yang sedang junub” [Ibnu Majah]

Tahqiq:

رواية أم سلمة ” إن المسجد لا يحل لجنب ولا حائض” فقد رواها ابن ماجة (1/511 مع تحقيق بشار عواد معروف) ففيها مجهولان أبو الخطاب كما في التقريب (2/392)،
ومحدوج الذهلي: التقريب (2/161).

Dr. Bashar Awad Ma’ruf, muhaqqiq Sunan Ibn Majah, Daif kerana dia perawi majhul, abul khattab dan mahduj azzuhali.

2. Apabila sudah banyak amal, ada suatu penyakit iaitu cepat selesa seolah-olah amal kita sudah banyak dan cukup, menyebabkan malas untuk beramal. Apakah jenis penyakit ini dan apakah cara untuk mengatasinya?
Ujub.
Kata Ibn Taimiyah kena hayati maksud surah Al-Fatihah,

وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ

“Hanya kepada-Mu lah kami memohon pertolongan”, ia akan terlepas dari sifat ujub (takjub pada diri sendiri).
Kemudian kata Ibn Rajab, sentiasa buat tanda aras dengan kaum salaf, yang amat tinggi iman dan amalnya, lalu kita merasa kerdil sungguh. Juga membaca kitab-kitab salaf mengenai penyakit hati, antaranya Madarij al saalikin karya Ibn Qayyim atau Ibn Qudamah, minhaj al-qasidin.

3. Apakah status hadis di bawah ini?
Barangsiapa beriktikaf sehari, maka di antaranya dengan api Neraka ialah tiga parit (khandaq) yang setiap sejauh lebih daripada langit dan bumi [Tabrani].

Tahqiq Al-Albani:

ومَنِ اعتكف يومًا ابتِغاءَ وجهِ اللهِ ؛ جعل الله بينَه وبينَ النارِ ثلاثةَ خنادقَ ، كُلُّ خَندَقٍ أبْعدُ مِمَّا بينَ الخافِقَيْنِ .
الراوي : عبدالله بن عباس | المحدث : الألباني | المصدر : السلسلة الضعيفة
الصفحة أو الرقم: 5345 | خلاصة حكم المحدث : ضعيف

Daif, silsilah Al-Daifah: 5345 (dorar)

Tafsir Surah At-Takatsur – Tafsir Ayat Ke-5 dan Ke-6

0

Tafsir Surah At-Takatsur

Kita baru belajar bab Mizan ( dalam Surah Al-Qariah ). Maka, telah diketahui bahawa Mizan sekiranya atas dunia kita suka buka aib orang lain.

Maka dalam hal tragedi baru-baru ini, usaha lah agar kita jangan buka aib atau sebarkan aib tersebut. Tidak kisahlah kalau marah sekali pun, hati-hati samaran iblis.

Sebelum kita meneruskan pengajian, seperti biasa akan mengimbas semula pengajaran sebelum ini.

1. Peringatan Allah agar manusia mengambil iktibar daripada kematian.

2. Penerangan Allah mengenai kedahsyatan hari yang bakal kita hadapi (barzakh dan akhirat).

Maka pengajaran seterusnya adalah penekanan mengenai ilmu yang mampu menambah keyakinan iman manusia untuk menjadi orang bertaqwa.

Tafsir Ayat Ke-5:

كَلّا لَو تَعلَمونَ عِلمَ اليَقينِ

Demi sesungguhnya! Kalaulah kamu mengetahui – (apa yang kamu akan hadapi) – dengan pengetahuan yang yakin, (tentulah kamu akan mengerjakan perkara-perkara yang menjadi bekalan kamu untuk hari akhirat).

كَلّا

Janganlah begitu.

لَو

Kalaulah ( kalimah yang menunjukkan perasaan menyesal )

لَو تَعلَمونَ

Kalaulah kamu semua tahu (keadaan yang menunjukkan kamu akan menyesal. Pada waktu itu telah rugi kerana tidak boleh kembali ke dunia untuk memperbaiki diri)

عِلمَ اليَقينِ

Pengetahuan yang pasti. (Perkataan ini juga sama dalam bahasa Melayu : YAKIN)

Namun lebih mendalam : Yakin di sini adalah natijah yang didapati setelah ada ilmu. Oleh itu “YAKIN” di sini adalah “Percaya dengan bersungguh”.

“ihsan” pula bermaksud: “Hendaklah engkau beribadah kepada Allah seakan-akan engkau melihat-Nya. Kalaupun engkau tidak melihat-Nya, sesungguhnya Dia melihat mu.”

Haqqul yakin – rasa dan tindakan sama-sama selari.

وَاعْبُدْ رَبَّكَ حَتَّىٰ يَأْتِيَكَ الْيَقِينُ

Dan sembahlah Tuhan mu, sehingga datang kepada mu (perkara yang tetap) yakin.(Al-Hijr – 99)

Terdapat tujuan yang besar apabila Allah SWT mengutarakan perihal “Ilmu Yakin” pada surah ini, iaitu:

1. Supaya manusia sedar bahawa ilmu tersebut berada sejak atas dunia lagi, iaitu melalui firman-firman Allah SWT yang terdapat dalam Al-Quran.

2. Saranan menambah ilmu ini adalah berkaitan perkara Barzakh dan akhirat. Kerana jika manusia melalui proses menuntut ilmu dan mempelajari ilmu berkaitan tempat tujuan abadi ini, maka manusia akan lebih “berjaga-jaga” dalam menjadi orang bertaqwa.

KERANA HAL DEMIKIAN, kita boleh melihat susunan Allah SWT di awal surah Al-Baqarah :

(yang bermaksud) ~

Ayat kedua : Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;

‼Perhatikan ayat ketiga :

i – Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib;

ii – dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang;

iii – serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.

Apakah turutan dalam menjadi orang bertaqwa dalam ketiga ini?

PERTAMA SEKALI ialah perihal ilmu berkaitan perkara ghaib ( terutama barzakh dan akhirat ).

Kekurangan ilmu “untuk diyakini” inilah menyebabkan manusia masih mudah berbuat dosa meskipun telah solat dan infaq harta ( turutan 2 dan 3 ).

Mengikut ayat ke-3 surah Al-Baqarah : itulah susunan yang didahulukan sebelum perihal solat (proses manusia dengan Allah) dan infaq (proses manusia dengan manusia. Cuma perkara ghaib yang dimaksudkan, bukan lah seperti orang Melayu faham iaitu jin dan hantu.

Apabila telah ada keyakinan maka dapat mengukuhkan lagi dorongan untuk menjaga perihal solat (proses manusia dengan Allah) dan infaq (proses manusia dengan manusia)

Cara Allah menjelaskan perkara ghaib dalam Al-Quran ialah dengan mendatangkan “rasa” pada manusia. Rujuk [ Taaha (20) : 3 – 4 ]:

مَا أَنزَلْنَا عَلَيْكَ الْقُرْآنَ لِتَشْقَىٰ

Kami tidak menurunkan Al-Quran kepada mu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan.

إِلَّا تَذْكِرَةً لِّمَن يَخْشَىٰ

Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah Allah

Bagaimanakah penggunaan اليَقينِ dalam Al Quran? Ia digunakan untuk kematian. Ini seperti yang digunakan dalam Surah [ Hijr (16): 99 ]:

وَاعبُد رَبَّكَ حَتّىٰ يَأتِيَكَ اليَقينُ

Dan sembahlah Tuhanmu sampai datang kepadamu yang diyakini (ajal)

Oleh itu, ayat ini bermaksud beribadatlah kepada Allah sehingga kita menemui kematian. Selagi belum mati, kena kerjakan ibadat kepada Allah.

Kalimah “YAKIN” digunakan di sini adalah kerana orang Islam atau bukan Islam, mereka yakin kebenaran perihal kematian.

Mungkin sekadar ingatan, ada juga yang guna dalil ini untuk berhenti melakukan ibadah. Kerana kononnya “setelah mencapai tahap yakin”. Sila jauhi fahaman jahil begini. Takut iblis yang putar maksud Al-Quran.

Kembali kepada perbincangan ayat Ke-5 ini, kita tahu yang ramai manusia boleh faham konsep Hari Akhirat, pengadilan di Mahsyar dan lain-lain lagi; tetapi mereka tidak dapat menerimanya dengan mendalam dalam hati mereka.

Dalam erti kata lain, mereka tidak yakin. Ini seperti yang disebut dalam Surah [ Al-Jathiyah (45): 32 ].

وَإِذا قيلَ إِنَّ وَعدَ اللَّهِ حَقٌّ وَالسّاعَةُ لا رَيبَ فيها قُلتُم ما نَدري مَا السّاعَةُ إِن نَظُنُّ إِلّا ظَنًّا وَما نَحنُ بِمُستَيقِنينَ

Dan apabila dikatakan (kepadamu): “Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar dan hari berbangkit itu tidak ada keraguan padanya”, nescaya kamu menjawab: “Kami tidak tahu apakah hari kiamat itu, kami sekali-kali tidak lain hanyalah menduga-duga saja dan kami sekali-kali tidak meyakini(nya)”.

Perbincangan tentang ( kalimah اليَقينِ ) , terdapat 3 jenis اليَقينِ :

Pertama:

عِلْمُ الْيَقِينِ

Keyakinan berdasarkan kepada ilmu pengetahuan.

Sebagai contoh, jika kita melihat asap. Maka kita yakin bahawa ada api walaupun kita tidak melihatnya.

Kedua:

عَيْنُ الْيَقِينِ

Keyakinan berdasarkan kepada penglihatan.

Sebagai contoh jika sebelum ini kita nampak asap, sekarang kita sudah pasti yang ia memang api kerana kita nampak api itu sendiri dengan mata kita.

Ketiga:

حَقُّ الْيَقِينِ

Keyakinan yang lengkap.

Sebagai contoh jika sebelum ini nampak api itu, kali ini umpama kita pegang api itu, lengkaplah keyakinan kita bahawa itu memang api.

Dari ketiga-tiga keyakinan ini, Allah menyediakan kepada kita dua darinya semasa di dunia lagi.

Iaitu عِلْمُ الْيَقِينِ dan حَقُّ الْيَقِينِ.

Ini adalah kerana Al Quran ini adalah عِلْمُ الْيَقِينِ sebenarnya dari dalil-dalil yang ada yang diperkuatkan dengan kandungannya.

Dan jika semakin kita mengkaji Al-Quran ini, kita akan pasti yang ianya tidak mungkin tulisan manusia, tetapi ia datang dari Allah.

Maka inilah pula peringkat kita akan mendapat حَقُّ الْيَقِينِ.

Dalil berkaitan terdapat dalam Surah [ Al Haqqah (69): 51 ].

وَإِنَّهُ لَحَقُّ اليَقينِ

Dan sesungguhnya Al-Quran itu benar-benar kebenaran yang diyakini.

Haqqul Yakin, sesuai dengan maksud dari hadis Nabi SAW :

Apabila Nabi ditanya apakah maksud ihsan, Baginda SAW menjawab:

أَنْ تَعْبُدَ اللهَ كَأَنَّكَ تَرَاهُ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ يَرَاكَ

“Hendaklah engkau beribadah kepada Allah seakan-akan engkau melihat-Nya. Kalaupun engkau tidak melihat-Nya, sesungguhnya Dia melihatmu.”

Bagaimana cara kita hendak beribadah saolah-olah kita melihat Allah, sedangkan kita tidak pernah melihat Allah SWT? Hadirkan rasa “pengabdian” (ubudiah) kepada Allah sebagaimana sifat seorang hamba kepada tuannya:

– Rasa perlu patuh

– Rasa berterima kasih

– Rasa ingin untuk tunjukkan prestasi terbaik

Ini tahap ketiga. Allah SWT simpan tahap kedua (melihat) :

– kerana manusia tidak mampu pun.

– juga kalau telah diberi lihat tetapi masih tidak beriman, itu kecelakaan lebih besar.

Kadang-kadang hati rasa telah sampai, tetapi ada dosa pula yang buat ia tersangkut. Maka, selalu periksa dan imbangi diri kita. Usaha, taubat, ibadah, doa dan tawakal.

Tafsir Ayat Ke-6:

لَتَرَوُنَّ الجَحيمَ

Nescaya kamu benar-benar akan melihat neraka Jahiim,

الجَحيمَ

Dari kalimah جحم yang bermaksud renungan singa semasa ia hendak menerkam mangsanya.

ل

Dalam لَتَرَوُنَّ adalah lam taukid (membawa maksud penekanan). Selalunya digunakan untuk menjawab sumpah (qasm).

Kemudian, dalam kalimah:

لَتَرَوُنَّ

Kita boleh lihat syaddah (sabdu) pada huruf ن itu, yang menunjukkan bahawa ada dua ن.

Satu ن sudah bermaksud penekanan dan kalau dua ن digunakan, itu menunjukkan dua kali penekanan.

Dan ditambah lagi dengan huruf ل sebelum ini, maka ada 3 penekanan dalam ayat ini! Memberi isyarat keadaan terkaman atau renungan yang dahsyat oleh api jahanam.

Mengenai kedahsyatan api neraka ini, firman Allah SWT dalam Surah [ Maryam (18): 71 – 72 ]:

وَإِن مِنكُم إِلّا وارِدُها ۚ كانَ عَلىٰ رَبِّكَ حَتمًا مَقضِيًّا

Dan tidak ada seorang pun daripada mu, melainkan mendatangi neraka itu. Hal itu bagi Tuhanmu adalah suatu kemestian yang sudah ditetapkan.

ثُمَّ نُنَجِّي الَّذينَ اتَّقَوا وَنَذَرُ الظّالِمينَ فيها جِثِيًّا

Kemudian Kami akan menyelamatkan orang-orang yang bertakwa dan membiarkan orang-orang yang zalim di dalam neraka dalam keadaan berlutut.

Oleh itu, dari ayat Surah Maryam di atas ini, kita dapat tahu bahawa orang beriman yang menjadi ahli syurga juga nanti akan melalui neraka (melalui Titian Sirat) dan selepas itulah baru mereka akan diselamatkan.

Ini akan menambahlah lagi rasa syukur apabila memasuki syurga kerana mereka telah melihat bagaimana malangnya kalau masuk neraka itu.

Sebab susunan cantik Allah SWT, membahaskan tentang yakin terlebih dahulu maka kesan Jahim lebih mudah dirasai.

Dalam Al-Quran, ilmu dan hikmah adalah dua perkara berbeza, tetapi sama matlamatnya iaitu sebagai “alat” menjadi hamba Allah SWT.

Ibrah dan Kesimpulan:

Pertama :

Atas dunia ini, Allah SWT telah menyediakan medium untuk menjadi orang yang yakin bersama ilmu dan iman, iaitu melalui kitab Al-Quran. Maka berusahalah mencapai keyakinan yang benar dari panduan ini.

Tiada alasan nanti kita dapat menjawab soalan Allah SWT tatkala tidak dapat membentangkan amalan dengan Al-Quran.

Kedua :

Kehebatan orang beriman, meskipun tidak dapat melihat dengan mata tetapi mampu menghadirkan rasa keyakinan terhadap dalil-dalil Allah SWT. Seumpama Abu Bakr ra yang meyakini Isra’ Nabi SAW.

Ketiga :

Sesungguhnya antara rasa yang mampu mendatangkan keinsafan adalah, dengan merenung dalil azab Allah SWT. Tentunya orang yang beriman pasti akan terkesan dan berusaha untuk beramal bagi menghindarinya

Apa beza keyakinan dan tawakal?

Keyakinan adalah rasa, tawakal adalah perbuatan. Contoh: menzahirkan tawakal dengan doa, tenang, seperti tambat unta. Jenis sahabat Nabi SAW, usaha mereka yg utama ialah menjadi orang bertaqwa dalam apa yg mereka lakukan. Disebabkan mereka bertaqwa, Allah beri mereka kejayaan yang tidak disangka-sangka.

Maka kena ada iman, yakin, tawakal dan diikuti dengan amalan, baru terhasil kejayaan. Garis panduannya ialah Al-Quran dan Sunah dan kena pastikan selalu “syariah compliance”.

 

Allahu a’lam.

Doa bangun tidur, 70,000 malaikat berselawat (Daif), Berwudhu ke masjid

0

1. Apakah takhrij untuk hadis ini?:
Dalam At-Thibb An-Nabawi, Al-Hafizh Al-Dzahabi menyitir sebuah hadis:
Dari Abdullah bin Umar, bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda, ”Apabila salah satu di antara kamu bangun tidur, maka bacalah (bacaan yang ertinya): Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari kemurkaan dan siksaan-Nya, dari perbuatan buruk yang dilakukan hamba-Nya, dari godaan syaitan serta dari kedatangannya pada ku. Maka syaitan itu tidak akan dapat membahayakan orang tersebut.” Abdullah bin Umar mengajarkan bacaan tersebut kepada anak­-anaknya yang baligh. Sedangkan yang belum baligh, ia menulisnya pada secarik kertas, kemudian digantungkan di lehernya. (At-Thibb An-Nabawi, hal 167).

Penipuan itu, Tibb Nabawi karya Ibn Qayyim.
Takhrij:

رواه أبو داود (3893) ، الترمذي (3528) ، وأحمد في “المسند” (6696) وغيرهم من طريق محمد بن إسحاق عن عَمْرِو بْنِ شُعَيْبٍ ، عَنْ أَبِيهِ ، عَنْ جَدِّهِ ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ : ( إِذَا فَزِعَ أَحَدُكُمْ فِي النَّوْمِ فَلْيَقُلْ : أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ مِنْ غَضَبِهِ وَعِقَابِهِ وَشَرِّ عِبَادِهِ ، وَمِنْ هَمَزَاتِ الشَّيَاطِينِ وَأَنْ يَحْضُرُونِ فَإِنَّهَا لَنْ تَضُرَّهُ ). . فَكَانَ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عَمْرٍو ، يُلَقِّنُهَا مَنْ بَلَغَ مِنْ وَلَدِهِ ، وَمَنْ لَمْ يَبْلُغْ مِنْهُمْ كَتَبَهَا فِي صَكٍّ ثُمَّ عَلَّقَهَا فِي عُنُقِهِ ” .
وهذا الحديث في إسناده نظر ، إذ أنه من رواية محمد بن إسحاق ، وهو مدلس وقد عنعن.
وقد قال الترمذي : هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ غَرِيبٌ .
وقال الشوكاني في “فتح القدير” (3588) : فِي إِسْنَادِهِ مُحَمَّدُ بْنُ إِسْحَاقَ ، وَفِيهِ مَقَالٌ مَعْرُوفٌ .
وقال الألباني : حسن دون قوله : ” فكان عبد الله بن عمرو يلقنها…”. صحيح الترمذي (3528) ، وينظر أيضا : “السلسلة الصحيحة” (1/529)

Terjemahan:
Imam Abu Daud, Tirmizi, Ahmad dalam Musnad, dari jalur Muhammad bin Ishak. Imam Tirmizi berkata, hadis hasan gharib petanda daif. Kata Syaukani, Fathul Qadir, daif kerana Muhammad bin Ishak. Komen Al-Albani dalam sahih Tirmizi, hadis hasan tanpa tambahan Abdullah bin Amru menggantung azimat.
Rumusan:
Daif kerana Muhammad ibn Ishak, sejarawan dan komen Al-aAbani, tambahan Abdullah bin Amru menggantung azimat kepada anaknya adalah tidak sahih.

2. Apakah status hadis di bawah:
“Barang siapa ketika pagi membaca, ‘A’udzu billahi Sami’il ‘Aliim minasysyaithani Rajim’ (Aku berlindung kepada Allah Yang Maha Mendengar dan Mengetahui dari syaitan yang terkutuk) sebanyak tiga kali dan membaca tiga ayat terakhir dari surah Al Hasyr, maka Allah akan mewakilkan kepada tujuh puluh ribu Malaikat yang berselawat untuknya hingga ke petang. Jika ia meninggal pada hari itu, maka ia meninggal sebagai syahid. Dan barangsiapa membacanya ketika waktu petang, maka ia juga mendapat kedudukan seperti itu.” [Ahmad: 19419]

مَن قالَ حينَ يُصبِحُ ثلاثَ مرَّاتٍ : أَعوذُ باللَّهِ السَّميعِ العَليمِ منَ الشَّيطانِ الرَّجيمِ . وقرأَ ثلاثَ آياتٍ من آخرِ سورةِ الحشرِ ، وَكَّلَ اللَّهُ بِهِ سبعينَ ألفَ ملَكٍ يصلُّونَ علَيهِ حتَّى يُمْسيَ ، وإن ماتَ في ذلِكَ اليومِ ماتَ شَهيدًا ، ومَن قالَها حينَ يُمسي كانَ بتلكَ المنزِلَةِ
الراوي : معقل بن يسار | المحدث : الألباني | المصدر : ضعيف الترمذي
الصفحة أو الرقم: 2922 | خلاصة حكم المحدث : ضعيف

Al-Albani, Daif Tirmizi: 2922

3.Apakah status hadis ini?
“Barang siapa berjalan untuk solat wajib dalam keadaan sudah suci (berwudhu di rumah), maka ia seperti mendapatkan pahala orang yang berhaji dan ihram” [Ahmad].

Takhrij:

روى أحمد وأبوداود وغيرهما من طريق يحيى بن الحارث الذِّمَاري عن القاسم بن عبد الرحمن عن أبى أمامة رضي الله عنه أن رسول الله -صلى الله عليه وسلم- قال « من خرج من بيته متطهرا إلى صلاة مكتوبة فأجره كأجر الحاج المحرم

Tahqiq:

الراوي : أبو أمامة الباهلي | المحدث : الألباني | المصدر : صحيح أبي داود
الصفحة أو الرقم: 558 | خلاصة حكم المحدث : حسن

Al-Albani kata hasan, mutaqaddimin kata daif, antaranya, Imam Ahmad.

HADITH ARBA’IN – 12

1

 

BUKTI BAIKNYA KEISLAMAN SESEORANG

 

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم: مِنْ حُسْنِ إِسْلاَمِ الْمَرْءِ تَرْكُهُ مَا لاَ يَعْنِيْهِ

[حديث حسن رواه الترمذي وغيره هكذا]

Terjemahan Hadits:

Dari Abu Hurairah radhiallahunhu dia berkata: Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda: Merupakan tanda baiknya Islam seseorang, dia meninggalkan sesuatu yang tidak berguna baginya.

(Hadist Hasan Riwayat Tirmidzi dan lainnya)

 

Catatan :

 

1. Termasuk sifat-sifat orang muslim adalah dia menyibukkan dirinya dengan perkara-perkara yang mulia serta menjauhkan perkara yang hina dan rendah.

 

2. Pendidikan bagi diri dan perawatannya dengan meninggalkan apa yang tidak bermanfaat di dalamnya.

 

3. Menyibukkkan diri dengan sesuatu yang tidak bermanfaat adalah kesia-siaan dan merupakan pertanda kelemahan iman.

 

4. Anjuran untuk memanfaatkan waktu dengan sesuatu yang manfaatnya kembali kepada diri sendiri bagi dunia maupun akhirat.

 

5. Ikut campur terhadap sesuatu yang bukan urusannya dapat mengakibatkan kepada perpecahan dan pertikaian diantara manusia.

 

  • Manusia yang bermanfaat itu adalah sebaik-baik manusia.

 

  • Melakukan sebarang amal al birr(kebajikan) dan meninggalkan al fasad(kerosakan) adalah manfaat.

 

  • Sekecil zarah pun kebaikan, akan dikira.

 

  • Bersama-sama @ intima’ bersama jemaah al bir adalah sunnah orang soleh beriman.

 

  • Sesuatu yang tidak sempurna al bir tanpanya, maka ianya juga wajib.

Hadis 63: Manfaat Kisah Abu Juhayfah

0

Panel: Ustaz ADÖULINÉ Lacharouphe

63- حَدَّثَنَا مَحْمُودُ بْنُ غَيْلَانَ، قَالَ: حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ، قَالَ: حَدَّثَنَا سُفْيَانُ، عَنْ عَوْنِ بْنِ أَبِي جُحَيْفَةَ، عَنْ أَبِيهِ، قَالَ: رَأَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَعَلَيْهِ حُلَّةٌ حَمْرَاءُ، كَأَنِّي أَنْظُرُ إِلَى بَرِيقِ سَاقَيْهِ. قَالَ سُفْيَانُ: أُرَاهَا حِبَرَةً.

63- Telah bercerita kepada kami Mahmud bin Ghaylan, dia berkata: Telah bercerita kepada kami `Abdu r-Razzaq, dia berkata: Telah bercerita kepada kami Sufyan, daripada `Awn bin Abi Juhayfah, daripada bapanya, dia berkata: Saya telah melihat Nabi dan dia memakai sepasang merah, seolah-olah saya melihat kepada kilauan dua betisnya. Berkata Sufyan: Saya menyangkanya ialah kain hibarah.

63- Telah bercerita kepada kami Mahmud bin Ghaylan, dia berkata: Telah bercerita kepada kami `Abdu r-Razzaq, dia berkata: Telah bercerita kepada kami Sufyan, daripada `Awn bin Abi Juhayfah, daripada bapanya, dia berkata: Saya telah melihat Nabi dan dia memakai sepasang merah, seolah-olah saya melihat kepada kilauan dua betisnya. Berkata Sufyan: Saya menyangkanya ialah kain hibarah.

Syarah Adou_Fr:

Abu Juhayfah, atau namanya Wahb bin `Abdi Llah As-Suwa’iy termasuk dalam (صِغَارِ الصَّحَابَةِ) sighari s-sahabah, sahabat kecil. Dia mendengar daripada Nabi ketika dia masih muda, iaitu belum pun berumur lima belas tahun, dan dia meriwayatkan daripada Nabi. Dikatakan bahawa dia belum baligh ketika Nabi meninggal dunia.

Perbezaan antara seorang sahabat – yang menjadi mulia kerana telah mendengar atau melihat Nabi – dengan yang selainnya, adalah mereka telah menggunakan sedetik masa daripada hidup mereka untuk bertemu, melihat dan mendengar Nabi.

Dalam disiplin hadis, apabila seseorang mendengar seorang guru membacakan hadis, yang dibacakan dengan isnad yang lengkap sehingga kepada Nabi, maka dia dikira sudah mempelajari ilmu hadis, dan dia boleh meriwayatkan daripada guru itu dengan menyebut (حَدَّثَنِي) haddasani, telah bercerita kepada saya, atau (سَمِعْتُ الشَّيْخَ يَقُولُ) sami`tu sy-syaykha yaqul, saya telah mendengar syaykh itu, dia berkata.

Satu detik masa yang digunakan untuk mendengar itu, akan mengubah status seseorang, sama ada dia akan menjadi seorang murid kepada seorang syaykh, atau dia kekal dalam hidupnya yang biasa.

Justeru, walaupun Abu Juhayfah masih kecil, dia telah memanfa`atkan satu detik dalam hidupnya untuk mendengar daripada Nabi, dan itu menjadikan dia seorang sahabiy, yang mempunyaï kelebihan yang tidak diperoleh oleh selain para sahabat.

Ramai orang muda pada hari ini, mereka terikat dengan sistem persekolahan, dan hal itu adalah rutin hidup zaman ini yang sedia dimaklumi. Yang dewasa, mereka terikat dengan sistem pekerjaan. Walau bagaimanapun, yang membezakan antara kita sekarang ialah bagaimana kita menggunakan waktu senggang atau waktu lapang kita untuk mengubah hidup kita.

Al-hamdu liLlah, bumi Malaysia tidak kurang dengan para ilmuwan. Dengan kewujudan pelbagai universiti dan program ilmiah, kita diziarahi dan dilawati juga oleh ramai `ulama’ dan ilmuwan dari seluruh dunia. Dan di sinilah darjat dan taraf kita mula menjadi berbeza, bergantung kepada bagaimana kita menggunakan masa senggang kita.

Bagi yang menghadiri majlis ilmu, mereka akan menjadi penuntut ilmu, dan semoga ilmu mereka bermanfa`at untuk diri mereka dan ummah. Bagi yang mempelajari Al-Qur’an dan mendapatkan sanadnya, mereka akan menjadi rujukan ummah dalam hal Al-Qur’an. Bagi yang mempelajari hadis dan mendapatkan sanadnya, mereka akan mempunyaï pertalian yang bersambung sehingga kepada Nabi dalam hadis dan ilmu. Bagi yang mengabaikan para `ulama’ dan ilmuwan itu, hidup mereka akan berterusan sebagai manusia biasa, yang telah mengabaikan peluang keemasan yang diberikan oleh Tuhan.

Abu Juhayfah, jika dia mensia-siakan masa mudanya dengan bermain dan mengabaikan Rasula Llah, maka dia tidak akan menjadi seorang sahabiy dan dia tidak akan dimuliakan seperti ini sehingga ke hari ini.

Dalam hadis ini, Abu Juhayfah meriwayatkan bahawa dia seolah-olah melihat kepada kilauan dua betis Nabi, dalam keadaan Nabi memakai sepasang merah. Ini menunjukkan bahawa Nabi memakai pakaian yang tidak labuh, sebaliknya pakaian itu agak senteng sehingga menampakkan dua betisnya. Ini juga menunjukkan bahawa betis Nabi berwarna putih dan cerah, sehingga disifatkan sebagai berkilat.

Kata-kata Sufyan di hujung hadis menunjukkan bahawa apabila disebut (حُلَّةٌ حَمْرَاءُ) sepasang merah, ia biasa dikaitkan dengan hibarah buatan Yaman. Merah dalam hadis ini, seperti yang dijelaskan sebelum ini, bukanlah menunjukkan Nabi memakai pakaian yang seratus peratus berwarna merah, sebaliknya yang merah itu hanyalah jalur atau coraknya sahaja.

*******
*******
*******

.

Tafsir Surah At-Takatsur – Tafsir Ayat Ke-2 hingga Ke-4

0

Pada sesi yang lepas, kita telah membincangkan jenis kelalaian manusia di atas muka. Antara ciri-ciri yang ada ialah :

1. Lalai dengan menambah harta, terus menunggu masa untuk berbuat kebajikan.

2. Lalai kerana terlalu banyak idea dalam fikiran, tetapi tiada tindakan.

3. Lalai dari matlamat sebenar kehidupan.

⚠ Amaran, semoga kita tidak tergolong antara 3 kelalaian tadi.

Setelah kita membincangkan apakah kelalaian yang Allah SWT nyatakan dalam ayat pertama ini, maka disambung lagi dengan natijah berupa amaran dari Allah SWT. Sampai bilakah manusia akan terleka dengan dunia?

Tafsir Ayat Ke-2:

حَتّىٰ زُرتُمُ المَقابِرَ

“Sampai kamu masuk ke dalam kubur”.

Beberapa hikmah dari ayat ini :

Pertama :

Allah SWT memberi pengajaran kepada manusia dengan membawa natijah berupa kematian. Ini kerana sifat manusia ini memang takutkan perkara yang mengundang kepada kematian.

Sebagaimana contoh :

Sebahagian manusia lebih tekun makan ubat berbanding ibadah. Kerana disangka saranan makan ubat itu boleh “menyelamatkan” nyawa mereka.

Kedua :

Selain itu, ayat yang membawa natijah kepada kubur juga menunjukkan “tempelak” Allah SWT kepada golongan manusia yang lalai. Seolah-olah mereka ini tidak pernah sedar langsung semasa di atas dunia.

Mereka itu leka itu sehingga mereka mati. Bukan sekejap, tetapi sepanjang berada atas dunia.

Oleh itu hendaklah berwaspada dengan kehidupan yang sementara dan fokus kepada kehidupan yang kekal serta jangan terlupa dari matlamat sebenar hidup di dunia ini.

Banyakkan berdoa, istighfar, bersihkan hati dari segala sangkaan buruk, lemah dan hal-hal negatif kerana hati yang baik akan melahirkan tindakan yang baik.

زُر

Dari kalimah زُرْ yang bermaksud pergi berjumpa seseorang. Kebiasaan digunakan dalam bahasa kita: ziarah. Oleh itu, kalimat :

زُرتُمُ المَقابِرَ

Bermaksud sehingga kamu melawat kubur.

Kenapa digunakan kalimah ‘melawat’?

Kerana ia untuk menunjukkan hanya sementara waktu sahaja. Kita tidak tinggal terus di situ. Tetapi sementara sahaja di dalam kubur, sehinggalah waktu kiamat.

Apabila kiamat, semua ahli kubur akan keluar dari kubur. Contoh pelajaran dalam Surah [ Al ‘Adiyat : 9 ]:

أَفَلا يَعلَمُ إِذا بُعثِرَ ما فِي القُبورِ

Maka apakah dia tidak mengetahui apabila dibangkitkan apa yang ada di dalam kubur,

Bagaimana keadaan orang yang dibangkitkan dari kubur itu?

  1. Seperti kelekatu berterbangan tidak tentu arah [101: 4]
  2. Seperti belalang yang terlompat-lompat [54: 7]

Tafsir Ayat Ke-3 dan Ke-4

كَلّا سَوفَ تَعلَمونَ

Janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui (akibat perbuatanmu itu),

ثُمَّ كَلّا سَوفَ تَعلَمونَ

dan janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui.

كَلّا

Janganlah kamu buat begitu

( membawa maksud : janganlah sampai kamu dilekakan dengan dunia )

سَوفَ

Masa yang tidak lama

( membawa maksud : Kematian kita tersangat dekat )

تَعلَمونَ

Kamu akan mengetahui apa yang kamu telah lakukan.

Tidak lama lagi manusia akan mati dan mereka akan tahu tentang kebenaran setelah mereka dikebumikan dan waktu itu sudah terlambat untuk buat apa-apa lagi.

Walau bagaimana pun, ( ayat ke-4 ) lebih kurang sama seperti ayat ke-3 cuma ada tambahan kalimah:

ثُمّ

Bermaksud : kemudian

Ia untuk menambah penekanan pada ayat pertama. Membawa maksud :

Selepas keluar dari kubur, akan berlaku keadaan lebih berat lagi. Tatkala kita masuk ke dalam kubur, akan ada soalan yang akan ditanya dalam kubur.

DAN SELEPAS itu, berterusan kedahsyatan soalan-soalan yang seterusnya (contoh jika dibandingkan di Mahsyar ).

Orang kafir akan menderita hingga kiamat juga sebaliknya, kubur bagi orang yg beriman adalah ibarat taman-taman syurga.

Nabi SAW pesan kepada Aisyah RHA agar berdoa supaya terlepas dari hisab, sebab semudah hisab sekali pun, tetap akan mendatang gerun. Seperti hendak melalui ‘road-block’ polis. Walau tidak bersalah, tetapi mungkin terasa juga debarnya.

Oleh kerana ayat ke-3 dan ayat ke-4 ini lebih kurang sama sahaja, pendapat mengatakan ia peringatan mengenai dua tempat selepas kematian kita:

Ayat Ke-3 : Peristiwa berkaitan alam barzakh ( kubur ).

Dan ayat ke-4 pula : Peristiwa selepas bangkit dari kubur, iaitu perjalanan menuju ke Mahsyar.

Perkataan “thumma” menunjukkan kepada penekanan suatu perkara. Jadi, kerana itu ayat 4 dikatakan mengenai Mahsyar kerana sedahsyat perihal kubur (ayat ke-3), lebih dahsyat lagi perihal Mahsyar (ayat ke-4)

Di sini Allah SWT berfirman untuk mengejutkan manusia dari kelalaian. Sehingga peringatan itu datang sebanyak dua kali. Bahkan pengulangan ayat itu menunjukkan ianya lebih kuat dan memberatkan lagi peringatan itu.

Seperti mana jika kita ingin seseorang mendengar apa yang kita hendak katakan, maka kita akan ulang kata-kata kita. Akan tetapi bergantung kepada manusia pula sama ada firman Allah SWT ini terkesan atau tidak di sanubari kita.

Bagi orang beriman, sifat mereka sepatutnya sama seperti dalam Firman Allah SWT dalam Surah [An- Nuur: 51].

إِنَّما كانَ قَولَ المُؤمِنينَ إِذا دُعوا إِلَى اللَّهِ وَرَسولِهِ لِيَحكُمَ بَينَهُم أَن يَقولوا سَمِعنا وَأَطَعنا ۚ وَأُولٰئِكَ هُمُ المُفلِحونَ

Sesungguhnya jawapan orang-orang mukmin, bila mereka dipanggil kepada Allah dan Rasul-Nya agar Rasul menghukum (mengadili) di antara mereka ialah ucapan. “Kami mendengar, dan kami patuh“. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.

Ibrah dan Kesimpulan

1. Manusia sepatutnya mengambil kesempatan atas dunia untuk membawa bekal ke dalam kubur. Bukannya berada dalam kubur baru tersedar bekalan tiada.

2.  Kita boleh menjadikan banyak perkara atas dunia sebagai iktibar, antaranya dengan tafakur terhadap kematian.

3.  Ubat terhadap kelalaian manusia ialah dengan mengambil iktibar dari Al-Quran berkaitan hari akhirat. Oleh itu, Nabi SAW mengatakan orang yang bijak ialah orang yang mengingati mati.

Oleh yang demikian hendaklah kita berusaha bersungguh-sungguh menggunakan nikmat yang diberikan dan mohon pertolongan daripada Allah SWT agar diberi kekuatan untuk melakukan amalan kebaikan di dunia ini.

Allahu a’lam.

Istilah Tanah, Serah Harta Anak Yatim Tanpa Saksi

0

1. Kenapa tanah digunakan dalam istilah seperti tayamum, samak dan dalam perubatan?
Rujuk hadis ini:

ﻋَﻦْ ﺟَﺎﺑِﺮِ ﺑْﻦِ ﻋَﺒْﺪِ ﺍﻟﻠَّﻪِ – ﺭَﺿِﻲَ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻋَﻨْﻬُﻤَﺎ :- ﺃَﻥَّ ﺍﻟﻨَّﺒِﻲَّ –
ﺻَﻠَّﻰ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﻭَﺳَﻠَّﻢَ – ﻗَﺎﻝَ ‏«ﺃُﻋْﻄِﻴﺖُ ﺧَﻤْﺴًﺎ ﻟَﻢْ ﻳُﻌْﻄَﻬُﻦَّ
ﺃَﺣَﺪٌ ﻗَﺒْﻠِﻲ : ﻧُﺼِﺮْﺕُ ﺑِﺎﻟﺮُّﻋْﺐِ ﻣَﺴِﻴﺮَﺓَ ﺷَﻬْﺮٍ، ﻭَﺟُﻌِﻠَﺖْ ﻟِﻲ ﺍﻷَﺭْﺽُ
ﻣَﺴْﺠِﺪًﺍ ﻭَﻃَﻬُﻮﺭًﺍ، ﻓَﺄَﻳُّﻤَﺎ ﺭَﺟُﻞٍ ﻣِﻦْ ﺃُﻣَّﺘِﻲ ﺃَﺩْﺭَﻛَﺘْﻪُ ﺍﻟﺼَّﻼَﺓُ
ﻓَﻠْﻴُﺼَﻞِّ، ﻭَﺃُﺣِﻠَّﺖْ ﻟِﻲ ﺍﻟﻤَﻐَﺎﻧِﻢُ ﻭَﻟَﻢْ ﺗَﺤِﻞَّ ﻟِﺄَﺣَﺪٍ ﻗَﺒْﻠِﻲ، ﻭَﺃُﻋْﻄِﻴﺖُ
ﺍﻟﺸَّﻔَﺎﻋَﺔَ، ﻭَﻛَﺎﻥَ ﺍﻟﻨَّﺒِﻲُّ ﻳُﺒْﻌَﺚُ ﺇِﻟَﻰ ﻗَﻮْﻣِﻪِ ﺧَﺎﺻَّﺔً ﻭَﺑُﻌِﺜْﺖُ ﺇِﻟَﻰ
ﺍﻟﻨَّﺎﺱِ ﻋَﺎﻣَّﺔً ».

“Dari Jabir bin Abdillah ra, bahawa Nabi SAW bersabda: “Aku diberikan lima perkara yang tidak diberikan kepada seorangpun sebelumku; Aku ditolong dengan rasa takut (pada musuh) dari jarak perjalanan satu bulan, dijadikan bumi untukku sebagai tempat sujud dan alat bersuci. Maka di mana sahaja salah seorang dari umatku mendapati waktu solat hendaklah ia solat, dihalalkan untukku harta rampasan perang yang tidak pernah dihalalkan untuk orang sebelumku, aku diberikan (hak) syafa’at, dan para Nabi sebelumku diutus khusus untuk kaumnya, sedangkan aku diutus untuk seluruh manusia”. [Al-Bukhari dan Muslim]

2. Apakah hukum penjaga harta anak yatim menyerahkan harta itu kepada anak yatim tanpa saksi?

وَابْتَلُوا الْيَتَامَىٰ حَتَّىٰ إِذَا بَلَغُوا النِّكَاحَ فَإِنْ آنَسْتُمْ مِنْهُمْ رُشْدًا فَادْفَعُوا إِلَيْهِمْ أَمْوَالَهُمْ ۖ وَلَا تَأْكُلُوهَا إِسْرَافًا وَبِدَارًا أَنْ يَكْبَرُوا ۚ وَمَنْ كَانَ غَنِيًّا فَلْيَسْتَعْفِفْ ۖ وَمَنْ كَانَ فَقِيرًا فَلْيَأْكُلْ بِالْمَعْرُوفِ ۚ فَإِذَا دَفَعْتُمْ إِلَيْهِمْ أَمْوَالَهُمْ فَأَشْهِدُوا عَلَيْهِمْ ۚ وَكَفَىٰ بِاللَّهِ حَسِيبًا

Terjemahan: “Dan ujilah anak yatim itu sampai mereka cukup umur untuk kahwin. Kemudian jika menurut pendapatmu mereka telah cerdas (pandai memelihara harta), maka serahkanlah kepada mereka harta-hartanya. Dan janganlah kamu makan harta anak yatim lebih dari batas kepatutan dan (janganlah kamu) tergesa-gesa (membelanjakannya) sebelum mereka dewasa. Barang siapa (di antara pemelihara itu) mampu, maka hendaklah ia menahan diri (dari memakan harta anak yatim itu) dan barangsiapa yang miskin, maka bolehlah ia makan harta itu menurut yang patut. Kemudian apabila kalian menyerahkan harta kepada mereka, maka hendaklah kamu adakan saksi-saksi (tentang penyerahan itu) bagi mereka. Dan cukuplah Allah sebagai Pengawas (atas persaksian itu).” [An-Nisa: 6]

3. Fiqh ayat, memang di dalam ayat di atas jelas disebut saksi. Maknanya, adakah tanpa saksi hukumnya berdosa besar?
Fiqh ayat:
Disunatkan, bukan wajib, sebab penyerahan itu berlaku bila si anak yatim sudah akil baligh, maka dia sudah mengerti dan mengetahui nilai hartanya.

HADITH ARBA’IN – 11

0

 

 

PERINTAH UNTUK MENINGGALKAN HAL-HAL

YANG MERAGUKAN

عَنْ أَبِي مُحَمَّدٍ الْحَسَنُ بْنُ عَلِي بْنِ أبِي طَالِبٍ سِبْطِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَرَيْحَانَتِهِ رَضِيَ الله عَنْهُمَا قَالَ : حَفِظْتُ مِنْ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ؛ دَعْ مَا يَرِيْبُكَ إِلَى مَا لاَ يَرِيْبُكَ .

[رواه الترمذي وقال : حديث حسن صحيح]

Terjemahan Hadits:

Dari Abu Muhammad Al Hasan bin Ali bin Abi Thalib, cucu Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam dan kesayangannya dia berkata: Saya menghafal dari Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam (sabdanya):Tinggalkanlah apa yang meragukanmu kepada apa yang tidak meragukanmu.

 

Catatan:

1. Meninggalkan syubhat dan mengambil yang halal akan melahirkan sikap wara’ (hati-hati).

 

2. Keluar dari ikhtilaf ulama lebih utama kerana hal tersebut lebih terhindar dari perbuatan syubhat, khususnya jika diantara pendapat mereka tidak ada yang dapat dikuatkan.

 

3. Jika keraguan bertentangan dengan keyakinan maka keyakinan yang diambil.Sebuah perkara harus jelas berdasarkan keyakinan dan ketenangan.

 

4. Tidak ada harganya keraguan dan kebimbangan.

 

5. Berhati-hati dari sikap meremehkan terhadap urusan agama dan masalah bid’ah.

 

6. Siapa yang membiasakan perkara syubhat maka dia akan berani melakukan perbuatan yang haram.

TKK131/131 : Golongan yang ragu dengan al-Mahdi.

0

 

Bahagian 4 Golongan yang ragu dengan al-Mahdi.

4.1(b) Syubhat Ibn Khaldun


Bagaimana kita hendak menjawab Ibn Khaldun yang menolak hadith al-Mahdi kerana di sana ada kekeliruan?

Ibn Khaldun tidak mendustakan semua hadith. Beliau menyatakan ada sedikit hadith, tetapi ia tidak terlepas dari kecacatan dan ia disahihkan oleh puak syiah yang ada kepentingan tertentu. Kebanyakan ulamak terkemudian yang menolak kisah al-Mahdi sebenarnya terpengaruh dengan Ibn Khaldun kerana kemasyhuran beliau dan kitabnya Muqaddimah.

 

Radd atas pemikiran Ibn Khaldun

1. Ibn Khaldun adalah sejarawan dan ahli sosiologis, beliau sememangnya pakar dalam bidangnya. Namun, dalam bidang hadith, beliau bukan hujah untuk mengkritik Hadith Nawabi.

Ilmu hadith ini kita kena ambil rujukan dari muhaddith-muhaddith yang handal serta faqih seperti Imam Abu Daud, Imam al-Tirmidzi, al-Haakim, Ibnu Hajar Asqolani, Ibnu Hibban, Ibnu Khuzaimah, al-Syawkani, al-Syun’ani, Ibnu Taymiyah, Ibnu Qayyim, Ibnu Katsir, al-Qurthubi, al-Albani, al-Arnaout, Ahmad Syakir, dan lain-lain lagi.

Kesemua mereka menetapkan kesahihah hadith-hadith seputar Mahdi dengan status hasan sahih dan mutawatir.

 

2. Berkata Syaikh Abbdul Muhsin al-Ibaad, Madinah, KSA (rujukan dari kitab akidah ahli sunnah wal athar fil mahdi al-muntadza, mukasurat 105):

” Jika yang meragui isu al-Mahdi adalah ahli hadith, maka hilanglah status muhaddithnya. Maka jikalau pengingkarannya datang dari yang bukan ahli atau pakar hadith, hendaklah diabaikan sahaja.”

TKK 131: Golongan yang mengingkari kedatangan al-Mahdi

0

 

 

Bahagian 4 : Golongan yang mengingkari kedatangan al-Mahdi

4.1 (a) Syubhat Ibn Khaldun

Ibn Khaldun, kelahiran Tunisia tahun 732H, wafat 808H, Cairo. Lahir selepas kewafatan Syaikhul Islam Ibn Taymiyah, seorang ahli sosiologis, economist dan siasah yang ulung.

 

Antara kata-kata Ibn Khaldun:

ردد ابن خلدون في مسألة المهدي وانتقد الأحاديث الواردة فيه ثم قال:[وهي كما رأيت لم يخلص منها من النقد إلا قليل](1) (1)انظر مقدمة ابن خلدون (1/574)

Terj: Ibn Khaldun mengkritik isu al-Mahdi dan mengkritik hadith-hadith yang membahas tentang al-Mahdi. Kata-katanya yang masyhur:” Aku melihat (dan merumuskan) kesemua hadith-hadith tersebut (seputar al-Mahdi) tidak terlepas dari kritikan-keritikan kecuali sedikit sangat.”

(Muqaddimah Ibn Khaldun, Jld 1/574)


Katanya lagi:


وقال أيضا: ” فإن صح ظهور هذا المهدي فلا وجه لظهور دعوته إلا بأن يكون منهم (أي من الفاطميين القاطنين في الحجاز وغيرها) ويؤلف الله بين قلوبهم في اتباعه حتى تتم له شوكة وعصبية وافية بإظهار كلمته وحمل الناس عليها ”

Jika hadith al-Mahdi ini sahih, ia hanya menunjuk kepada satu arah, yakni kepada puak fatimiyin qanitin (syi’ah) di Hijaz dan sekitarnya yang bersatu hati dan wawasan untuk menjadi suatu kekuatan (kepercayaan dan agenda).

 

Popular

Iklan

Iklan