Utama Blog Halaman 156

Tafsir Surah Al-Asr – Tafsir Ayat Pertama

0

Tafsir Surah Al-Asr

Maksud: Masa

Surah ke: 103 ( akan tetapi kronologi penurunan ialah ke – 13 )

Bilangan ayat: 3

Kategori: Makkiyyah

14 kalimat, 73 huruf.

Kaitan dengan surah sebelum :

Pertama :

Di dalam Takatsur, Allah SWT telah memberitahu bahawa manusia akan ditanya dengan segala nikmat yang mereka telah rasai semasa mereka di dunia; lalu surah ini bermula dengan nikmat yang amat besar iaitu masa.

Kedua :

Begitu juga dalam Surah Takatsur, Allah SWT telah menyebut tentang manusia yang leka dengan dunia.

Maka dalam surah al-Asr ini akan disebut yang kita dilekakan dari memberi peringatan kepada manusia. Itu adalah salah satu dari perkara yang kita leka dan lalai untuk lakukan.

Ketiga :

Di dalam Surah Takatsur, Allah SWT telah menyebut bagaimana manusia leka dan tamak sehingga hendak banyak dan banyak lagi.

Maka dalam surah ini, Allah SWT akan bercakap mengenai “khusr “ iaitu kerugian. Kita telah sebutkan bagaimana kaitan antara empat surah sebelum ini dan sekarang dalam Surah al-Asr ini, ianya seolah-olah sebagai konklusi dari surah-surah itu.

Surah ini adalah Surah Makkiyah dan ia hanya tiga ayat sahaja. Ia salah satu dari surah yang terpendek dalam Al-Quran, tetapi walaupun pendek, ia mengandungi banyak pengajaran di dalamnya.

Dalam surah ini, disebut bagaimana semua manusia dalam kerugian, ‘kecuali’ kalau mereka melakukan empat perkara. Apabila Allah SWT gunakan ‘pengecualian’, itu bermakna bahawa majoriti dari manusia adalah dalam kerugian.

Begitulah pentingnya maklumat dan peringatan yang disampaikan dalam surah ini sampaikan para sahabat sebelum berpisah sesama mereka, mereka akan bacakan surah ini untuk mengingatkan yang lain.

Dari amalan para sahabat itulah yang ramai dari kalangan orang Melayu yang membacakan surah ini apabila mereka selesai dari majlis perjumpaan mereka.

Dari Abu Madinah Ad-Darimi, ia berkata,

كَانَ الرَّجُلانِ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا الْتَقَيَا لَمْ يَفْتَرِقَا حَتَّى يَقْرَأَ أَحَدُهُمَا عَلَى الآخَرِ : ” وَالْعَصْرِ إِنَّ الإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ ” ، ثُمَّ يُسَلِّمَ أَحَدُهُمَا عَلَى الآخَرِ

“Jika dua orang sahabat Nabi SAW itu bertemu, mereka tidaklah berpisah sehingga salah satu di antara keduanya membaca ‘wal ‘ashr innal insana lafii khusr …’ Lalu salah satu dari keduanya mengucapkan salam untuk lainnya.” (HR. Abu Daud)

Sekali lagi ini adalah satu lagi surah yang bermula dengan sumpah. Dan inilah sumpah yang terakhir kita jumpa di permulaan surah, sebelum selesai mengikut turutan 114 surah dalam Al-Quran.

Memberikan kita “gambaran” betapa penting perkara sumpahan ini. Seumpama seseorang yang mempunyai peluang akhir untuk berpesan, nescaya akan digunakan untuk memberi pesanan yang “paling penting”.

Kita juga telah belajar banyak ayat-ayat tentang sumpah. Antara sebab sumpah digunakan dalam Al-Quran adalah:

Pertama :

Menunjukkan ketinggian sesuatu perkara itu. Allah SWT memberi isyarat pentingnya perkara yang dijadikan sebagai objek sumpah itu. Dalam surah ini, ‘masa’ dijadikan sebagai sumpah.

Kedua :

Mengaitkan antara objek sumpah dan subjek sumpah itu. Dalam surah ini, objek sumpah adalah ‘masa’ dan subjek sumpah adalah ‘manusia dalam kerugian’. Manusia dalam kerugian kerana tidak menjaga masa.

Ketiga :

Objek sumpah dijadikan sebagai saksi kepada subjek. Masa berlalu sentiasa dan melihat sahaja bagaimana manusia merugikannya.

Dan apabila masa itu berlalu, sudah tidak boleh diambil semula. Begitulah ruginya kita kerana perkara itu tidak dapat diambil kembali apabila sudah tiada.

ثُمَّ لَتُسأَلُنَّ يَومَئِذٍ عَنِ النَّعيمِ

Kemudian kamu pasti akan ditanyai pada hari itu tentang kenikmatan

Tafsir Ayat Pertama

Allah SWT bersumpah dengan masa.

وَالعَصرِ

Demi masa.

Apabila Allah SWT bersumpah dengan masa, ini memberi isyarat:

1 – Allah SWT menyuruh kita berfikir tentang masa yang sentiasa berlalu meninggalkan kita.

2 – Manusia di dalam kerugian (seperti yang disebut dalam ayat 2 nanti), dan dalilnya adalah ‘masa’, kerana masa itu sentiasa bergerak ke hadapan dan manusia tidak dapat mendapatkan kembali masa yang telah berlalu itu. Kalau terlepas, sudah rugi.

Kita ada banyak peluang untuk menggunakan masa untuk mendekatkan diri dengan Allah SWT tetapi malangnya ramai yang tidak mengambil kesempatan itu.

Benar sabda Nabi SAW, Ibnu Abbas yang mengatakan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:

نِعْمَتَانِ مَغْبُونٌ فِيهِمَا كَثِيرٌ مِنَ النَّاسِ: الصِّحَّةُ وَالْفَرَاغُ

Ada dua jenis nikmat yang banyak memperdaya kebanyakan manusia, iaitu kesihatan dan waktu luang.

3 – العَصرِ Boleh bermaksud kehidupan manusia zaman berzaman, dari satu fasa ke satu fasa.

4 – Objek dijadikan sebagai saksi bagi subjek. Oleh itu, Allah SWT mengambil masa sebagai saksi. Iaitu saksi bahawa betullah manusia itu dalam kerugian.

5 – Manusia tidak menghargai masa singkat mereka di dunia ini. Mereka banyak yang mengejar kepentingan keduniaan sampai mereka lupa untuk bersedia untuk akhirat.

Ini kita boleh lihat dalam tafsir Surah at-Takatsur.

Ibarat modal berbalik kepada individu sama ada untung atau rugi.

Selain itu, ada juga tafsiran :

وَالعَصرِ

Bermaksud : Waktu Asar (Untuk menunjukkan keadaan yang singkat)

Sehingga ada yg membuat logik – hidup atas dunia umpama 1 jam 30 min sahaja, iaitu :

63/1000 X 24jam = 1.512 atau bersamaan 1 jam 30min

Dalam dalil yang lain, orang-orang yang “menyesal” tatkala melihat azab Allah SWT juga mengeluh dan menyedari bahawa hidup di atas dunia hanya “seumpama sepagi / petang”

Surah An Nazi’at (79) : 46 ~

كَأَنَّهُمْ يَوْمَ يَرَوْنَهَا لَمْ يَلْبَثُوا إِلَّا عَشِيَّةً أَوْ ضُحَاهَا

(Sangatlah dahsyatnya huru-hara hari itu, sehingga orang-orang yang bersalah merasa) pada masa melihatnya: seolah-olah mereka tidak tinggal di dunia melainkan sekadar satu petang atau paginya sahaja.

sebab satu hari di sisi Allah SWT = 1000 tahun atas dunia [ Surah Sajadah: 4 ]

Ibrah dan Kesimpulan :

Pertama :

Masa itu ibarat modal. Semua orang di atas dunia ini diberikan masa yang sama. Namun bergantung kepada seseorang itu sama ada mendapat manfaat atau sebaliknya.

Kedua :

Orang Islam yang beriman dengan Al-Quran akan menghargai masa. Ini kerana taqwa seperti mana yang tersebut dalam Al-Quran bukan sekadar perihal ibadah atau tauhid, tetapi merangkumi perkara akhlak antaranya menjaga masa.

Ketiga :

Sesungguhnya dunia ini hanyalah sementara, dan akan berlalu pantas. Oleh itu bersedialah kita menyediakan diri sebelum terlepas dari masa peruntukan yang telah disediakan.

Agaknya ini lah kebijaksanaan Allah SWT dalam menyusun hikmah dari A- Quran, meletakkan sumpahan “masa” yang terakhir.

Apabila manusia mendapat modal dari bank untuk berniaga, mereka akan berhati-hati untuk pastikan modal membawa kepada keuntungan bukan kerugian. Namun, apabila Allah SWT beri modal iaitu masa untuk diniagakan dengan Allah SWT dengan berbagai tawaran, manusia acap kali leka.

 

Allahu a’lam.

Waktu Mustajab Berdoa: Al-Fatihah, Aamiin, Sebelum Salam

0

1. Waktu Mustajab Berdoa adalah ketika Membaca Al-Fatihah
Dalilnya, sebuah hadis Qudsi dari jalur Abu Hurairah ra,

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال : سمعت رسول الله – صلى الله عليه وسلم – يقول : قال الله تعالى :
( قسمت الصلاة بيني وبين عبدي نصفين ولعبدي ما سأل ، فإذا قال العبد : الحمد لله رب العالمين ، قال الله تعالى : حمدني عبدي ، وإذا قال : الرحمن الرحيم ، قال الله تعالى : أثنى علي عبدي ، وإذا قال : مالك يوم الدين ، قال : مجدني عبدي ، وقال مرة : فوض إلي عبدي ، فإذا قال : إياك نعبد وإياك نستعين ، قال : هذا بيني وبين عبدي ولعبدي ما سأل ، فإذا قال : اهدنا الصراط المستقيم ، صراط الذين أنعمت عليهم ، غير المغضوب عليهم ولا الضالين ، قال : هذا لعبدي ولعبدي ما سأل )

Allah SWT berfirman: “Aku telah membahagi al-Fatihah menjadi dua bahagian, untuk-Ku dan untuk Hamba-Ku. Separuh untuk-Ku dan separuh untuk hamba-Ku dan hamba-Ku akan mendapat bahagian dari permohonan yang diucapkannya.”
(Rasulullah meneruskan):
“Bila hamba membaca Alhamdulillahirabbil’alamiin, Allah SWT menyahut, ‘Hamba-Ku memuji-Ku’. Bila hamba membaca Arrahmaanirrahiim, Allah SWT menyahut, ‘Hamba-Ku menyanjung-Ku’. Bila hamba membaca Malikiyawmiddiin, Allah SWT menyahut, ‘Hamba-Ku memuliakan-Ku’. Bila hamba membaca Iyyaakana’budu Waiyyaakanasta’iin, (Allah menyahut): ‘Ini bahagian-Ku dan bahagian hamba-Ku akan dapat apa yang dimintanya’. Bila hamba membaca Ihdinashiraathal mustaqiim Siraathaldzina an’amta’alaihim ghairilmaghdhuubi ’alaihim waladhdhaaliin, (Allah menyahut): ‘Itu adalah hak hamba-Ku, dia akan dapat apa yang dimintanya.” [Muslim: 395]

2. Waktu Mustajab berdoa: ketika bacaan “aamin”
Selepas imam membaca al-Fatihah dalam solat, makmum digalakkan membaca “aamiin” dengan kuat, dalilnya:

إِذَا أَمَّنَ الإِمَامُ فَأَمِّنُوا فَإِنَّهُ مَنْ وَافَقَ تَأْمِينُهُ تَأْمِينَ الْمَلاَئِكَةِ غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

“Apabila imam mengucapkan ‘aamiin’ maka ucapkanlah ‘aamiin’, kerana sesiapa yang ucapan aminnya bersamaan dengan ucapan amin para malaikat maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” [Al-Bukhari: 111 dan Muslim: 410, perawi akhir, Abu Hurairah ra]

إِذَا صَلَّيْتُمْ فَأَقِيمُوا صُفُوفَكُمْ ثُمَّ لْيَؤُمَّكُمْ أَحَدُكُمْ فَإِذَا كَبَّرَ فَكَبِّرُوا وَإِذَا قَالَ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ فَقُولُوا آمِينَ. يُجِبْكُمُ اللَّهُ

Apabila kamu solat maka luruskanlah saf (barisan) kamu kemudian hendaknya salah seorang di antara kamu menjadi imam. Apabila imam bertakbir maka kamu bertakbir dan bila imam mengucapkan “GHAIRIL MAGHDHUB BI’ALAIHIM WALAADH-DHAALIIN” maka ucapkanlah: Aamiin, nescaya Allah mengabulkannya.” [Muslim: 404, perawi Abu Musa Al-Asya’ari ra]
Fiqh hadis:
Ucapkan amin jika bersamaan dengan malaikat akan diampuni dosa-dosa dan juga diterima doanya (apa yang dipinta) dalam surah Al-Fatihah tadi.

3. Waktu Mustajab berdoa: Berdoa sebelum berakhirnya solat
Selepas membaca tasyahud akhir dan sebelum memberi salam, hendaklah kita berdoa, doa apa saja, kerana ia mustajab.
Hadis Ibn Mas’ud ra:

عن ابن مسعود قال: كنتُ أصلي والنبي صلى الله عليه وسلم وأبو بكر وعمرمعه، فلما جلستُ بدأتُ بالثناء على الله ثم الصلاة على النبي صلى الله عليه وسلم ثم دعوت لنفسي. فقال النبي صلى الله عليه وسلم: «سل تعطه سل تعطه» رواه الترمذي، حسن صحيح

Kata Ibn Mas’ud: aku solat dan Nabi SAW, Abu Bakr serta ‘Umar (duduk dekat denganku). Semasa aku duduk (tasyahud) dan berselawat ke atas Nabi SAW, aku berdoa untuk kebaikan diriku. Sabda Nabi SAW: “Berdoalah, engkau akan diberi, berdoalah, engkau akan diberi”. [Tirmizi, hasan sahih]

الراوي : عبدالله بن مسعود | المحدث : الألباني | المصدر : صحيح الترمذي
الصفحة أو الرقم: 593 | خلاصة حكم المحدث : حسن صحيح

Tahqiq Al-Albani, sahih, Tirmizi: 593

Tafsir Surah Fussilat – Tafsir Ayat Ke-14 dan Ke-15

0

Tafsir Surah Fussilat

Tafsir Ayat Ke-14

Ayat sebelum ini, Allah SWT kata tentang bala yang menimpa Kaum Aad dan Tsamud. Dalam ayat ini, Allah memberi penerangan tentang dua kaum itu.

إِذ جاءَتهُمُ الرُّسُلُ مِن بَينِ أَيديهِم وَمِن خَلفِهِم أَلّا تَعبُدوا إِلَّا اللَّهَ ۖ قالوا لَو شاءَ رَبُّنا لَأَنزَلَ مَلائِكَةً فَإِنّا بِما أُرسِلتُم بِهِ كافِرونَ

(Mereka ditimpa azab itu) kerana semasa mereka didatangi Rasul-rasul (memberikan berbagai penjelasan) mengenai keadaan hidup mereka di dunia dan di akhirat (sambil melarang mereka): “Janganlah kamu menyembah melainkan Allah”, mereka menjawab: “Jika Tuhan kami hendak (mengutus Rasul-rasul) tentulah Dia akan menurunkan malaikat; oleh itu sesungguhnya kami kufur ingkar akan apa yang (kamu katakan): kamu diutus membawanya!”

إِذْ جَاءَتْهُمُ الرُّسُلُ مِنْ بَيْنِ أَيْدِيهِمْ وَمِنْ خَلْفِهِمْ

Ketika datang kepada mereka rasul-rasul dari depan dan dari belakang mereka,

Maknanya rasul-rasul itu datang zaman itu dan zaman sebelumnya. Berbagai-bagai cara mereka berdakwah. Macam guru sekarang sebar agama dari setiap tempat mereka datang untuk sebar agama. Dari dulu sampai sekarang, akan ada sahaja penyebar Tauhid.

Dan berbagai-bagai cara digunakan oleh pendakwah itu untuk menyampaikan dakwah itu kepada manusia. Dan mereka akan datang tidak tentu masa, mereka akan terus mencari peluang untuk berdakwah kepada umat. Tidaklah malam sahaja, atau siang sahaja.

Semua guru-guru dan rasul-rasul dulu akan bawa satu kalimah:

أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا اللَّهَ

“jangan kamu puja melainkan kepada Allah sahaja”.

Itulah dakwah Nabi, dakwah para pendakwah dari dulu sampai sekarang. Kalau dulu, ada para Rasul, para Nabi dan para pendakwah. Kalau sekarang, hanya ada pendakwah sahaja. Oleh itu, seorang pendakwah, seorang ulama, hendaklah bawa dakwah ini, kata-kata ini. Mereka hendaklah mengajar tentang Allah, tentang tauhid dan tentang melakukan ibadat kepada Allah sahaja.

قالوا لَو شاءَ رَبُّنا لَأَنزَلَ مَلائِكَةً

Orang-orang Musyrik itu berkata: Jika Tuhan kami hendak, tentulah Dia akan turunkan malaikat-malaikat.

Mereka kata, kalau betul Tuhan hendak beri dakwah kepada kami, tentu Dia akan turunkan malaikat kepada mereka. Itu baru betul, kata mereka. Baru kami hendak ikut, mereka kata.

Mereka juga kata: kalau dia seorang Nabi, tentu ada malaikat yang akan menemani Nabi. Mereka kata kepada Nabi: Takkan kamu jalan kaki seorang diri sahaja? Mereka ejek Nabi Muhammad SAW.

Tetapi, kalaulah seorang Nabi itu seorang malaikat, tentu mereka tidak akan ikut juga. Mereka akan kata: “Kami dan kamu lain. Kamu bolehlah buat semua yang Allah suruh itu. Kamu tidak perlu makan, minum, kerja dan sebagainya. Tetapi kami perlu buat semua itu.” Dan kalau betullah Allah turunkan malaikat, tidaklah dalam rupa malaikat sebab manusia tidak boleh nampak malaikat – maka tentu malaikat turun sebagai rupa manusia. Tentu mereka tolak juga sebab mereka itu bukan malaikat, tetapi manusia biasa sahaja. Sebab itulah Allah SWT turunkan manusia sebagai Nabi untuk dijadikan contoh bahawa seorang manusia pun boleh buat apa yang Allah SWT hendak.

Yang sebenarnya, mereka tolak Nabi SAW, tolak wahyu, jadi macam-macam alasan yang mereka berikan. Macam ahli bidaah sekarang yang tolak para sahabat. Mereka tidaklah kata mereka tolak Nabi, tolak sahabat sahaja, tetapi sebenarnya yang mereka tolak adalah Nabi SAW.

Atau, mereka mengejek Rasul SAW dalam ayat ini kerana sebelum itu Rasul SAW telah memberi peringatan kepada mereka bahawa kalau mereka tidak ikut beriman dan mengamalkan ajaran tauhid, Allah SWT boleh menurunkan azab kepada mereka dengan diturunkan malaikat. Malaikat itu akan menghancurkan mereka. Maka, apabila mereka tidak mahu terima dakwah itu, mereka ejek dengan mengatakan kalau betul, Allah SWT boleh sahaja turunkan malaikat untuk mengazab mereka. Mereka mengejek-ngejek penyampai dakwah itu. Begitu teruknya mereka.

Jadi, ada berbagai-bagai ‘wajah’ apabila puak musyrikin menyebut tentang malaikat itu.

فَإِنّا بِما أُرسِلتُم بِهِ كافِرونَ

Sesungguhnya kami, terhadap apa yang kamu diutuskan dengannya itu, kami engkar.

Yang mereka tolak adalah ajakan Nabi SAW supaya tidak mensyirikkan Allah SWT itu, itu yang mereka tolak. Ajaran tauhid yang dibawa oleh Nabi SAW itu mereka tolak.

Mereka degil untuk terima. Mereka akan kata guru-guru mereka ajar macam itu dan macam ini. Takkan guru-guru mereka itu salah. Guru mereka ilmu tinggi juga. Itu adalah alasan mereka. Apabila mereka ingkar itu maknanya mereka telah kufur.

Tetapi jangan kata kepada mereka bahawa mereka kafir. Maka, perlu ubah strategi dalam berdakwah kepada mereka kerana kita tidak tahu penghujung hidup mereka itu macam mana nanti. Mungkin mereka akan bertaubat dan menerima tauhid kemudian hari. Jangan kita kutuk mereka sampai mereka terus tidak mahu menerima ajakan kita di lain kali. Kita hendaklah berlembut dengan mereka dalam dakwah.

Tafsir Ayat Ke-15

فَأَمّا عادٌ فَاستَكبَروا فِي الأَرضِ بِغَيرِ الحَقِّ وَقالوا مَن أَشَدُّ مِنّا قُوَّةً ۖ أَوَلَم يَرَوا أَنَّ اللَّهَ الَّذي خَلَقَهُم هُوَ أَشَدُّ مِنهُم قُوَّةً ۖ وَكانوا بِآياتِنا يَجحَدونَ

“Adapun kaum Aad, maka mereka berlaku sombong takbur di muka bumi dengan tiada sebarang alasan yang benar, serta berkata: “Siapakah yang lebih kuat dari kami?” Dan (mengapa mereka bersikap demikian?) Tidakkah mereka memerhatikan bahawa Allah SWT yang menciptakan mereka (dari tiada kepada ada) adalah lebih besar kekuatan-Nya dari mereka? Dan sememangnya mereka sengaja mengingkari tanda-tanda kekuatan Kami (sedang mereka sedia mengetahuinya).”

الْحَقِّ

Maka adapun kaum Aad itu, mereka orang yang sombong di muka bumi tanpa kebenaran

Kaum Aad telah diutus dengan Nabi mereka, Nabi Hud. Mereka jadi sombong kerana Allah SWT kurniakan mereka badan yang besar dan kuat. Lebih dari manusia biasa. Oleh kerana itu, mereka sombong untuk terima kebenaran tentang tauhid.

Mereka tolak ajakan tauhid itu mentah-mentah sahaja, tanpa bawa dalil pun. Sedangkan Nabi datang ajar tauhid dengan bawa dalil.

Manusia tidaklah layak untuk sombong di muka bumi. Apalah yang hendak disombongkan? Padahal mereka tidak akan selamat kalau Allah SWT tidak memberikan mereka keselamatan. Tidak kah mereka ingat dari apa mereka dijadikan? Mereka dijadikan dari tanah dan dari air mani yang hina asalnya. Berapa banyak lagi kejadian alam ini yang lebih hebat dari mereka tetapi mereka masih lagi sombong? Itulah yang dimaksudkan mereka sombong tanpa hak. Mereka sebenarnya tidak layak sombong, tetapi mereka sombong juga.

وَقَالُوا مَنْ أَشَدُّ مِنَّا قُوَّةً

Mereka berkata: “siapakah yang lebih kuat dari kami?”

Kaum Aad adalah jenis manusia gergasi. Ada riwayat mengatakan mereka 20 kaki tinggi. Mereka memang kuat dan besar; maknanya mereka tolak wahyu kerana mereka ada kelebihan dunia.

Rasul mereka adalah Nabi Hud. Mereka tinggal dalam bukit di Petra. Mereka pahat bukit-bukit itu dan dijadikan rumah mereka. Begitulah hebatnya mereka. Hadis Nabi kata, mereka boleh cabut pokok tamar dengan sebelah tangan sahaja. Begitulah kuatnya tubuh badan mereka. Mereka jadi sombong kerana mereka manusia yang paling besar sekali. Yang orang lain kecil macam biasa. Bukan semua manusia besar macam mereka. Mereka mati dengan tidak tinggal baka satu pun.

Begitulah bahayanya kalau Allah SWT telah beri kelebihan kepada manusia dalam kehidupan dunia ini. Ia adalah ujian kepada manusia. Kalau mereka berada di kedudukan yang tinggi, amat susah untuk terima kebenaran.

أَوَلَمْ يَرَوْا أَنَّ اللَّهَ الَّذِي خَلَقَهُمْ هُوَ أَشَدُّ مِنْهُمْ قُوَّةً

Tidakkah mereka lihat? Allah SWT yang menciptakan mereka, Dia yang lebih kuat dari mereka.

Tidakkah mereka memperhatikan? Tidakkah mereka memikirkan?

Adakah mereka lupa siapa itu Allah SWT? Iaitu Tuhan yang telah menjadikan mereka.

Tentulah yang menciptakan mereka lagi kuat. Cubalah bandingkan diri mereka dengan Allah SWT pula. Selama hari ini, mereka cuma bandingkan dengan manusia lain sahaja, memanglah mereka lebih kuat dari mereka. Tetapi kalau dengan Allah SWT, bolehkah mereka lawan? Tentu tidak.

وَكَانُوا بِآيَاتِنَا يَجْحَدُونَ

Dan mereka dulu terhadap ayat-ayat kami, membantah.

Mereka menolak wahyu dari Allah SWT. Begitulah kebanyakan dari manusia zaman sekarang. Cara hendak tahu orang yang kufur senang sahaja iaitu apabila ayat Al-Quran dibacakan kepada mereka, mereka akan bantah.

Maka, adalah tidak mustahil kita juga boleh dikenakan dengan azab seperti yang dikenakan kepada kaum-kaum yang terdahulu. Allah SWT boleh sahaja kena kan azab itu kepada kita.

Cuma azab yang dikenakan kepada umat Nabi Muhammad SAW tidak lah sampai menghapuskan keseluruhan umat baginda kerana kita semua ini satu dunia adalah umat Nabi Muhammad SAW. Kalau Allah memusnahkan umat Nabi Muhammad SAW maka tidaklah ada manusia lagi.

Kalau umat-umat yang dahulu dimusnahkan, ada banyak lagi umat yang lain. Apabila Allah SWT hancurkan kaum Aad dan juga kaum Tsamud, ada lagi umat Nabi-Nabi yang lain yang melangsungkan keturunan manusia. Selalunya kaum itu dimusnahkan kerana mereka hendak mencederakan Rasul.

Kehancuran umat Nabi Muhammad SAW adalah apabila hari kiamat nanti.

Jadi azab yang dikenakan kepada umat Nabi Muhammad SAW adalah di kawasan-kawasan tertentu sahaja. Bukanlah kena secara menyeluruh.

Allahu a’lam.

Tafsir Surah At-Takatsur – Tafsir Ayat Ke-7 dan Ke-8

0

Tafsir Surah At-Takatsur

Perbincangan yang lalu, kita telah membincangkan mengenai :

  1. Peringkat keyakinan manusia ( Ilmu, Ainul, Haqqul Yakin ).
  2. Kedahsyatan neraka Jahanam, saranan untuk menjauhinya.

Maka kita bersambung lagi kepada peringatan Allah yang seterusnya :

Tafsir Ayat Ke-7:

ثُمَّ لَتَرَوُنَّها عَينَ اليَقينِ

Dan sesungguhnya kamu benar-benar akan melihatnya dengan ‘ainul yaqin.

ثُمَّ

Selalunya diterjemahkan dengan maksud : “selepas itu / kemudian”

TETAPI dalam ayat ini, ia membawa maksud : ‘’lebih-lebih lagi / apatah lagi”

Boleh difahami maksud firman Allah SWT di sini ialah : Mereka yang melihat neraka itu dengan mata sendiri, akan lebih yakin lagi.

Ini adalah kerana ia peringkat :

عَينَ اليَقينِ

Maka keseluruhan konteks ayat, dapat kita fahami maksud firman Allah SWT pada ayat ini:

Pertama :

Jika kamu ingin beriman setelah hanya melihat neraka, maka kamu pasti akan melihatnya ( di akhirat nanti ).

– Ini kerana orang-orang kafir sering beralasan ditunjukkan terlebih dahulu perihal azab dan kiamat sebagai syarat untuk beriman

Namun hakikatnya, itu hanya alasan semata. Sesuai dengan pelajaran sebelum ini :

Orang-orang yang kafir dari Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) serta orang-orang musyrik, tidak akan terlepas (dari kepercayaan dan amalan masing-masing) sehingga datang kepada mereka bukti yang jelas nyata. Rujuk surah [ Al-Bayyinah (98):1 ].

Kedua :

Perlu diingati, saat melihat neraka itu bermakna itu adalah saat kamu akan masuk ke dalamnya! Dan waktu itu sudah terlambat untuk berbuat apa-apa.

Ketiga :

Ayat ini juga memberikan menunjukkan betapa janji Allah SWT kepada orang kafir adalah benar, kerana sering kali mereka meminta “ditunjukkan” azab dan lainnya sebagai syarat untuk beriman.

Keempat :

Inilah antara “Ainul Yakin” perkara ghaib yang Allah SWT “simpan”. Hanya akan berlaku selepas kiamat nanti.

Apakah hikmah Allah SWT “simpan” Ainul Yakin ini?

1. Allah SWT memberi peluang agar orang beriman terselamat dari kecelakaan besar. Ini kerana umat terdahulu pernah dilihatkan perihal Ainul Yakin, tetapi tetap tidak beriman juga;

2. Allah SWT mahu kita beriman dengan sempurna, tidak semata apa yang dilihat; dan

3. Keupayaan manusia tidak setanding dengan apa yang ingin diperlihatkan.

وَلَمَّا جَاءَ مُوسَىٰ لِمِيقَاتِنَا وَكَلَّمَهُ رَبُّهُ قَالَ رَبِّ أَرِنِي أَنْظُرْ إِلَيْكَ ۚ قَالَ لَنْ تَرَانِي وَلَٰكِنِ انْظُرْ إِلَى الْجَبَلِ فَإِنِ اسْتَقَرَّ مَكَانَهُ فَسَوْفَ تَرَانِي ۚ فَلَمَّا تَجَلَّىٰ رَبُّهُ لِلْجَبَلِ جَعَلَهُ دَكًّا وَخَرَّ مُوسَىٰ صَعِقًا ۚ فَلَمَّا أَفَاقَ قَالَ سُبْحَانَكَ تُبْتُ إِلَيْكَ وَأَنَا أَوَّلُ الْمُؤْمِنِينَ

Dan ketika Nabi Musa datang pada waktu yang Kami telah tentukan itu, dan Tuhannya berkata-kata dengannya, maka Nabi Musa (merayu dengan) berkata: “Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku (ZatMu Yang Maha Suci) supaya aku dapat melihat-Mu”. Allah SWT berfirman: “Engkau tidak sekali-kali akan sanggup melihat-Ku, tetapi pandanglah ke gunung itu, maka kalau ia tetap berada di tempatnya, nescaya engkau akan dapat melihat-Ku”, Setelah Tuhannya “Tajalla” (menzahirkan kebesaran-Nya) kepada gunung itu, (maka) “Tajalli-Nya” menjadikan gunung itu hancur lebur dan Nabi Musa pun jatuh pengsan. Setelah ia sedar semula, berkatalah ia: “Maha Suci Engkau (wahai Tuhan-ku), aku bertaubat kepada-Mu, dan akulah orang yang awal pertama beriman (pada zamanku). [Al-A’raf: 143].

Bagaimanakah kita boleh semak pada diri sendiri, jika kita memiliki ciri ingin melihat dahulu kemudian baru beriman?

Semaklah dengan amal perbuatan kita, tidak boleh tunggu. Oleh sebab itu selalu datang ayat berpasangan, “iman dan amal soleh”.

Juga maksud iman:

– Ikrar dengan lisan

– Benarkan dengan hati

– Amal dengan anggota

Semak dengan amal perbuatan ini adalah proses yang berterusan, kena ‘update’ and upgrade’ ilmu sentiasa kerana iman juga ada tarikh luputnya.

Contoh:

a) Pandainya anak tersebut, baru umur 3 tahun sudah pandai baca surah Al-Fatihah

selepas 10 tahun…:

b) Eh, takkan lah umur dah bertambah tetapi hanya pandai surah Al-Fatihah?

Kita pun begitu lah, sebab itu proses belajar untuk menjadi hamba Allah SWT melalui Al-Quran, tidak akan pernah tamat.

Peringatan seterusnya dari Allah SWT, seolah-olah merangkumi tema dari surah ini :

Tafsir Ayat Ke-8 :

ثُمَّ لَتُسأَلُنَّ يَومَئِذٍ عَنِ النَّعيمِ

Kemudian kamu pasti akan ditanyai pada hari itu tentang kenikmatan

Sekadar ulangan, mengenai taukid (penekanan) yang kita telah bincangkan sebelum ini :

  1. Huruf ل dalam لَتُسأَلُنَّ adalah satu penekanan.
  2. Huruf ن dalam لَتُسأَلُنَّ juga adalah satu penekanan.
  3. Ditambah dengan satu lagi ن, (sabdu / syaddah) juga adalah satu penekanan.

Oleh itu, terdapat tiga kali penekanan dalam ayat ini sebagai penguat. Kita pasti, pasti, pasti akan ditanya oleh Allah SWT! Suatu amaran dari Allah SWT.

قالَ رسولُ اللهِ صلى اللهُ عليهِ وسلمَ: “لا تزولُ قَدَمَا عَبْدٍ يومَ القيامةِ حتى يُسألَ عنْ أربع ٍ عنْ عُمُرِهِ فيما أفناهُ وعنْ جسدِه فيما أبْلاهُ وعنْ مالهِ مِنْ أيْنَ أخذهُ وفيما أنْفَقَهُ وعنْ عِلمِهِ ماذا عَمِلَ بهِ”.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud :

(Tidak akan berganjak kaki anak Adam pada hari kiamat di hadapan ALLAH SWT sehingga disoal tentang )

– Tentang umurnya,

– Waktu mudanya

– Hartanya daripada mana ia dapat dan bagaimana membelanjakannya,

– dan apa yang dia amalkan daripada ilmunya

HR Ibnu Hibban & Tarmizi.

Ibnu Abbas yang mengatakan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:

“نِعْمَتَانِ مَغْبُونٌ فِيهِمَا كَثِيرٌ مِنَ النَّاسِ: الصِّحَّةُ وَالْفَرَاغُ”

Ada dua jenis nikmat yang banyak memperdaya kebanyakan manusia, iaitu kesihatan dan waktu luang.

**Maksud sini, ramai manusia yang terleka dari manfaatkan dua nikmat ini

Apa lagi yang layak saya terangkan mengenai ayat ini, berbanding banyak hadis Nabi SAW yang memberi peringatan berkaitan nikmat yang kita peroleh. Terkesima sebentar, betapa banyaknya nikmat yang saya ada, hatta yang ada pada tubuh pun tidak terhitung risau saat berdiri di hadapan Allah SWT dalam Hadis tadi.

Maka, segerakanlah 4 perkara seperti yang dijelaskan dalam surah ini agar kita tidak berada dalam kerugian. Ibarat kita terlebih ‘excited’ mengejar nikmat dunia sedang takutnya nikmat itu menjadi fitnah pada kita di akhirat nanti. Kemudian baru kita cemburu, “betapa si buta tidak ditanya dengan nikmat penglihatan”.

– jadilah hamba yang bersyukur: kemudian Allah SWT tambah nikmat (bila Allah SWT yang tambah, ia suatu yang baik, Insya Allah).

– jadilah hamba yang bertaqwa: kemudian Allah SWT buka jalan bagi masalah / serta rezeki yang tidak disangka-sangka.

Bersyukur dan taqwa adalah sifat orang yang beriman yang mendapat nikmat, hatinya tetap fokus pada Allah SWT. Kita hanya ingin bersenang lenang dengan nikmat dunia yang terhasil dari taqwa bukan perkara yang haram atau nikmat yang didapati di samping kelalaian kepada Allah SWT.

وَسَخَّرَ لَكُمُ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ وَالنُّجُومُ مُسَخَّرَاتٌ بِأَمْرِهِ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَعْقِلُونَ

Dan ia memudahkan bagi kamu malam dan siang, dan matahari serta bulan; dan bintang-bintang dimudahkan dengan perintah-Nya untuk keperluan-keperluan kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang membuktikan kebijaksanaan Allah SWT) bagi kaum yang mahu memahaminya. [An Nahl ( 16 ) : 12].

Ibrah dan Kesimpulan :

Pertama : Jangan banyak beralasan dengan Allah SWT!

Maha Adil dan Penyayang Allah SWT yang telah memberikan banyak petunjuk untuk menjadi orang beriman, sejak dari atas dunia.

Hanya manusia yang beralasan untuk menunggu lebih dan lebih lagi sebelum menjadi orang beriman. Ini penyakit menunggu Ainul Yakin yang tidak kesudahan sama ada dalam perihal dunia atau akhirat.

Contohnya :

a) Berlumba-lumba untuk mengejar harta, sehingga berharap kaya (Ainul Yakin dengan melihat harta kemudian barulah dikatakan ingin bersedekah).

b) Menanti saat mahu melihat azab terlebih dahulu, iaitu Ainul Yakin dengan melihat api neraka, baru hendak beriman.

(Allah SWT tunjuk Tragedi Tahfiz sejak atas dunia, ramai yang bersedih. Namun tetap alpa / leka juga. Sampai ke sudah kasihan tidak habis, tetapi Al-Quran tidak buka juga).

Benar kata Allah SWT dari ayat pertama..”kamu telah dilalaikan..”

– Lalai dari matlamat hidup sebenar.

– Lalai kerana sibuk layan emosi.

– Lalai ambil pengajaran, tetapi masih NATO ( No Action, Talk Only ).

Kedua : Dunia adalah sementara

Kita dapat melihat ayat Allah SWT dalam memberi peringatan kepada manusia : Bermula dari penjelasan perihal manusia lalai, kemudian kesemua ayat yang lain membawa manusia agar menginsafi akan “tempat pulang mereka” nanti.

Nilai yang hendak ditunjukkan Allah SWT, iaitu sedikit sangat kisah dunia yang terus di runsingkan ini, berbanding kerisauan akhirat yang manusia lupa.

Oleh itu berpadalah kita dalam memberi keutamaan kepada dunia. Bersegeralah untuk uruskan dunia sebaik mungkin agar dapat dijadikan bekal ke akhirat nanti.

Ketiga : Jangan lalai atau bermain-main dengan nikmat.

Orang yang beriman perlu sedar, setiap perkara yang dilakukan pasti akan ditanya semula oleh Allah SWT.

Oleh itu, pastikan kita tidak menjadi orang yang gagal dalam menguruskan nikmat Allah SWT.

– Jika nikmat dapat kerja, buat yang terbaik.

– Jika nikmat dapat belajar, bersungguh-sungguh.

– Jika nikmat dapat anak, jaga elok dengan iman.

Dan lain-lain lagi contoh yang ada atas dunia ini.

Allahu a’lam.

Tafsir Surah Fussilat – Tafsir Ayat Ke-12 dan Ke-13

0

Tafsir Surah Fussilat

Ringkasan ayat sebelum ini:

Ayat 10: Kita hendaklah memuja dan berdoa kepada Allah SWT sahaja kerana Dia lah yang menjadikan gunung ganang, berkati bumi ini dengan segala keperluan. Dan semua itu dijadikan dalam 4 masa.

Ayat 11: Kemudian Allah SWT lah sahaja yang menjadikan langit. Dan bumi dan langit itu taat kepada Allah SWT. Maka kita pun kenalah taat kepada Allah SWT juga.

Tafsir Ayat Ke-12:

Dalil Aqli Afaqi. Masih lagi pada kejadian langit.

فَقَضاهُنَّ سَبعَ سَماواتٍ في يَومَينِ وَأَوحىٰ في كُلِّ سَماءٍ أَمرَها ۚ وَزَيَّنَّا السَّماءَ الدُّنيا بِمَصابيحَ وَحِفظًا ۚ ذٰلِكَ تَقديرُ العَزيزِ العَليمِ

“Lalu Dia menjadikannya tujuh langit, dalam dua masa; dan Dia memberitahu kepada tiap-tiap langit akan urusan dan keperluannya masing-masing. Dan Kami hiasi langit yang dekat (langit dunia) dengan bintang-bintang yang bersinar cemerlang serta memelihara langit itu dengan sebaik-baiknya. Demikianlah ketentuan Allah SWT Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui.”

فَقَضَاهُنَّ سَبْعَ سَمَاوَاتٍ

Allah SWTlah yang telah cipta tujuh langit

Tidaklah kita dapat memahami dengan tepat bagaimanakah rupa dan hakikat ‘tujuh langit’ itu. Jadi ini adalah antara ayat-ayat mutashabihaat.

Kalau dalam dunia ini pun kita tidak habis kaji lagi, apatah lagi alam langit yang di luar jangkauan kita. Berbagai pendapat diberikan oleh pentafsir-pentafsir dan pengkaji-pengkaji tentang apakah yang dimaksudkan dengan ‘tujuh langit’ ini. Tetapi semua itu tidak lebih daripada tekaan-tekaan sahaja, kerana tidak ada yang dapat melalui tujuh langit itu lagi melainkan Nabi Muhammad SAW sahaja. Dan baginda tidaklah menjelaskan dengan terperinci.

Ini mengajar kita, banyak lagi benda ghaib yang kita tidak tahu. Namun, kita mengimani segala apa yang disampaikan oleh Allah SWT dalam Kitab-Nya.

فِي يَوْمَيْنِ

dalam dua masa.

Allah SWT jadikan bumi dalam ’empat masa’. Dan sekarang Allah SWT sebut Dia menjadikan langit dalam ‘dua masa’ pula. Jadi jumlah kesemuanya penciptaan langit dan bumi adalah dalam ‘enam masa’.

Ayat-ayat jenis ini kita kena imani sahaja walaupun kita tidak tahu apakah jangka masa ‘enam masa’ itu.

وَأَوْحَىٰ فِي كُلِّ سَمَاءٍ أَمْرَهَا

Kemudian Allah SWT perintah setiap lapisan langit dengan arahan-arahannya.

Ada sekian banyak matahari, bulan sekian banyak, gerak begini dan begitu dan lain-lain lagi arahan telah diberikan. Matahari akan duduk di tempat laluannya yang tetap, akan keluar ikut masanya yang telah ditetapkan.

Begitu juga semua benda di langit dan di bumi. Semuanya telah diberikan dengan arahan-arahan yang mereka kena ikut. Ia akan berlaku sehingga ke Hari Kiamat. Semuanya telah diatur dengan begitu teliti dan tepat sekali, sampaikan kalau lari sikit sahaja, maka akan bertempiaranlah alam ini.

Setiap langit ada tugasnya masing-masing. Langit pertama buat ini, langit kedua buat itu dan sebagainya. Namun, kita tidaklah tahu apakah tugas-tugas langit itu kerana kita tidak diberitahu.

وَزَيَّنَّا السَّمَاءَ الدُّنْيَا

Dan Kami hiasi langit dunia

Yang dimaksudkan dengan ‘langit dunia’ adalah langit yang kita boleh nampak. Ia dinamakan ‘langit dunia’ kerana ia yang paling dekat dengan dunia. Dan Allah SWT hiasi langit pertama/langit dunia ini dengan bintang-bintang.

Selagi ada bintang, selagi itu ianya masih langit dunia yang pertama lagi kerana di atas dari langit dunia tidak diceritakan ada bintang-bintang. Hanya diceritakan berkenaan langit dunia sahaja yang ada bintang. Oleh itu, dari sini kita tahu, bahawa Allah SWT telah meletakkan bintang-bintang itu untuk mencantikkan langit. Kita sahaja yang tidak perasan sebab kita jarang tengok langit.

Budaya kita bukan budaya yang tengok langit. Tambahan pula sekarang, dengan segala pencemaran alam, kita tidak berapa nampak langit dan bintang-bintang yang indah itu. Lagi pun, rasanya kita banyak tengok TV dan tengok handphone dari tengok langit, bukan? Tetapi bangsa Arab adalah satu bangsa yang suka tengok langit. Mereka tidak ada TV lagi waktu itu.

Mereka kadang-kadang akan tidur di bumbung rumah mereka dan melihat langit untuk mengisi masa lapang mereka. Bumbung rumah mereka bukan macam bumbung rumah kita. Bumbung rumah kita dalam bentuk sekarang kerana cuaca kita selalu hujan maka kena pakai bentuk tiga segi supaya air hujan senang turun. Tetapi atap rumah bangsa Arab mendatar, sampaikan mereka boleh naik dan tidur di atasnya.

Jadi Allah SWT menceritakan tentang bintang di langit itu kerana ianya rapat dengan mereka kerana mereka memang selalu tengok bintang. Begitu indahnya kerlipan bintang di malam hari. Dengan memerhatikannya, maka akan tertariklah perasaan kita untuk menghargai alam yang telah dijadikan Allah SWT ini. Dalam surah Mulk, Allah SWT telah menganjurkan kita untuk melihat alam langit berkali-kali.

Dan dari hadis, langit pertama ini seolah-olah duit syiling dibaling pada padang pasir. Duit syiling itu langit pertama dan padang pasir itu langit kedua Langit kedua kalau dibandingkan dengan langit ketiga, seperti duit syiling di padang pasir dan seterusnya. Mafhum dari maksud “Allah SWT hiasi langit dunia dengan bintang” maka selagi ada bintang, selagi itu langit pertama.

Hiasi dengan apa?

بِمَصَابِيحَ

dengan lampu-lampu

Maksudnya, dengan ‘bintang-bintang’ kerana bintang itu ada cahaya. Ini termasuk dengan matahari dan bulan.

Amat indah sekali pada malam yang cerah, kalau dapat melihat bintang-bintang di langit. Manusia telah meniru perhiasan asal yang dijadikan Allah SWT ini dengan meletakkan lampu-lampu jalan dan lampu-lampu perhiasan di kota-kota dan bandar-bandar. Begitu juga lampu di rumah-rumah kita begitu cantik sekali. Maknanya, ada fungsi dan ada kecantikan.

وَحِفْظًا

dan pemeliharaannya.

Allah SWTlah yang menjaga langit itu kerana kalau Allah SWT tidak jaga, bintang-bintang itu akan runtuh. Kalau bergerak sedikit sahaja dari kedudukan yang telah ditetapkan, maka akan mengganggu segala ekosistem alam ini yang akan menyebabkan semuanya akan berjatuhan dari orbit masing-masing dan akan menyebabkan perlanggaran antara satu sama lain kerana ada tarikan graviti antara satu sama lain yang kalau ada lari sikit, akan beri efek kepada bintang/planet yang lain.

Dan ia juga bermaksud langit dunia itu ada penjaga-penjaga dari kalangan malaikat yang akan merejam syaitan-syaitan dari kalangan jin yang cuba untuk mendengar-dengar berita dari langit. Sebelum Nabi Muhammad SAW diangkat menjadi Rasul, jin-jin boleh naik ke langit untuk mencuri dengar berita dari langit. Tetapi apabila baginda sudah dinaikkan sebagai Nabi, mereka sudah tidak boleh naik lagi ke langit, kerana mereka akan dilempar dengan bebola api oleh malaikat-malaikat penjaga di langit itu. Ini diterangkan dengan lebih lanjut di dalam surah Jin.

Ataupun bintang-bintang itu adalah satu sistem yang menjaga alam kita ini dari bahaya yang kita pun masih tidak tahu lagi. Boleh diibaratkan bintang-bintang itu sebagai pagar yang memagar supaya menjaga keselamatan kita. Dalam bidang astronomi, ini dipanggil Van Allen radiation belts serta banyak lagi lah yang kita tidak tahu.

ذَٰلِكَ تَقْدِيرُ الْعَزِيزِ

Demikianlah ketentuan Yang bersifat gagah perkasa

Semua yang kita lihat telah tersusun indah ini telah ditaqdirkan/ditentukan oleh Allah SWT.

Allah SWT Maha Berkuasa untuk buat segala itu. Kekuasaan Allah SWT itu tidak ada tandingan. Tidak ada yang boleh buat seperti yang Allah SWT telah buat itu.

Jadi, mengapa tidak beribadat kepada Allah SWT sahaja, kenapa mahu ibadat kepada yang tidak boleh buat perkara-perkara itu semua? Kenapa hendak minta lagi kepada Nabi, wali dan malaikat? Mereka boleh jadikan alam ini kah? Kenapa tidak doa sahaja kepada Allah SWT?

الْعَلِيمِ

Yang Maha Mengetahui

Allah SWT Maha Tahu segala-galanya. Hanya sedikit sahaja kita tahu. Yang kita tahu itu pun hanyalah setelah Allah SWT berikan pengetahuan kepada kita dan setelah Allah SWT berikan sedikit akal kepada kita.

Yang Maha Mengetahui hanyalah Allah SWT sahaja. Tidak ada yang tahu tentang alam ini dengan sepenuhnya melainkan Allah SWT sahaja. Kita memang cuba hendak mengetahuinya, tetapi kita tidak akan dapat segala maklumat tentang alam ini. Saintis hanya dapat kaji langit pertama atau langit dunia sahaja, tidak lebih dari itu.

Maka, kenapa hendak minta pertolongan kepada Nabi, wali dan malaikat? Adakah ilmu mereka luas seperti ilmu Allah SWT?

‘Berita dari langit’ di sini bermaksud, dahulu apabila Allah SWT beri arahan kepada para malaikat yang di atas, malaikat di atas akan maklumkan kepada malaikat di bawah, dan seterusnya bawah lagi dan bawah lagi untuk jalankan perintah itu atau para malaikat bertanya sesama mereka. Masa percakapan antara malaikat itu, jin ada menyorok untuk mencuri dengar. Maka, mereka tahulah apa yang akan terjadi di satu-satu tempat, apa Allah SWT hendak beri kepada seseorang dan sebagainya. Jin dengar dan bagi tahu geng (golongan tukang tenung, nujum; yang dipanggil kaahin). Maka mereka gunakan maklumat ini untuk menipu manusia.

Tafsir Ayat Ke-13

Ini adalah ayat Zajrun dan Takhwif Duniawi. Ini adalah ayat ancaman kepada orang kafir yang masih tidak mahu menerima iman yang diajarkan kepada mereka. Setelah diberikan peringatan yang jelas, tetapi mereka masih juga ingkar, maka sekarang telah sampai ayat ancaman kepada mereka dan juga kita.

Ada satu kisah bagaimana seorang musyrikin Mekah yang bernama Utbah telah memarahi Nabi SAW kerana berdakwah. Baginda senyap sahaja dan kemudian membaca Surah Fussilat. Apabila sampai kepada ayat ini, Utbah telah menutup mulut Nabi kerana takut dengan ancaman dalam ayat ini:

فَإِن أَعرَضوا فَقُل أَنذَرتُكُم صاعِقَةً مِثلَ صاعِقَةِ عادٍ وَثَمودَ

Oleh itu, kalau mereka berpaling (daripada mengesakan Allah SWT dan menurut jalan yang lurus), maka katakanlah (wahai Muhammad): “Aku memberi amaran kepada kamu dengan (azab yang dahsyat, iaitu) petir, seperti petir yang telah menyambar kaum Aad dan kaum Thamud!”

فَإِنْ أَعْرَضُوا

Dan sekiranya mereka berpaling

Iaitu berpaling dari ajakan tauhid ini, masih juga buat syirik kepada Allah SWT. Masih juga mereka kata hati mereka tertutup dan telinga mereka tersumbat seperti yang telah disebut dalam ayat ke-5. Masih lagi degil dan beri berbagai-bagai alasan. Hujah dan dalil telah diberi, tetapi masih lagi hendak tolak, guru aku ajar macam ini, tidak kan salah kalau buat macam ini. Kau salah tafsir ayat itu ada dalam kitab amalan tawassul ini.

فَقُل أَنذَرتُكُم صاعِقَةً

Maka katakanlah kepada mereka: Aku memberi ancaman kepada kamu, akan ditimpa petir,

Kalimah صَاعِقَةً asalnya bermaksud orang yang ‘jatuh tidak sedar diri’. Seperti yang disebut dalam surah lain, bagaimana Nabi Musa a.s jatuh tidak sedar diri apabila bukit Thur dihancurkan berdekatan dengannya, apabila baginda minta untuk melihat Allah SWT.

Jadi, صَاعِقَةً bermaksud bala yang amat mengejutkan sampai menyebabkan seseorang itu boleh jatuh pengsan kerana terkejut atau takut sangat. Selalunya ditafsirkan bala itu sebagai ‘petir’.

Atau, ia juga boleh bermaksud azab jenis tempikan. Jenis tempikan yang menyebabkan manusia boleh sampai jatuh mati. Apabila ia datang, ia akan bakar habis satu kampung. Jadi, kalau hendak terjemah sebagai petir sahaja tidak tepat.

مِثْلَ صَاعِقَةِ عَادٍ وَثَمُودَ

seperti petir yang telah menyambar kaum Aad dan Tsamud.

Apabila kedengaran petir atau tempikan itu, jantung manusia tercabut. Gunung akan runtuh. Ia datang dengan ribut dan gegaran yang amat kuat sekali. Ancaman itu kepada orang sekarang juga, jangan ingat hanya kepada mereka yang telah lalu sahaja. Sesiapa yang ingkar, boleh dikenakan dengan azab macam itu juga. Jadi ini bukan peringatan biasa. Bukan hanya cerita berkenaan orang dahulu sahaja. Kalau sekarang ingkar pun boleh jadi macam ini. Jangan kita sangka tidak boleh jadi kepada kita.

Kaum Aad dan Tsamud adalah bangsa Arab tua yang telah punah. Jadi, orang-orang Quraisy kenal mereka itu dan tahu apa yang terjadi kepada mereka. Maka, Allah SWT mengingatkan mereka tentang apakah yang terjadi kepada dua kaum itu. Semoga mereka sedar dan takut akan terjadinya perkara yang sama kepada mereka.

Nota: sampai ayat inilah Nabi bacakan kepada Utbah. Apabila sampai ke ayat ini, Utbah menutup mulut Nabi, kerana tidak sanggup lagi dengar kata-kata dari ayat Al-Quran. Selepas selama beberapa hari, Utbah tidak keluar rumah kerana dia terkesan sangat dengan ayat-ayat yang dibacakan. Dia takut dengan apa yang akan terjadi sebab dia tahu apa yang Nabi Muhammad SAW cakap, ia akan terjadi.

Apabila orang-orang Quraisy jumpa dia kembali selepas beberapa hari, mereka tanya dia kenapa dia hilang? Utbah jawab dia diam kerana dia takut akan jatuh bala ke atas mereka. Dia takut akan ditimpa bala yang dikenakan kepada kaum Aad dan Tsamud.

Azab yang ditimpakan kepada Kaum Aad dan Tsamud digunakan dalam ayat ini, kerana ini adalah ayat-ayat Makkiyah. Dan ayat-ayat Quran memang mula ditujukan kepada Bangsa Arab. Bangsa Arab memang kenal dengan dua kaum ini. Dan mereka tahu bahawa kaum itu kena bala kerana mereka tidak menerima Nabi-nabi mereka.

Ini mengajar kita dalam berdakwah – menggunakan contoh orang-orang terdahulu supaya memberi kesan kepada orang yang kita dakwah itu.

Seperti telah disebut sebelum ini, susunan dakwah adalah memberi motivasi kepada mereka dahulu sebelum mereka ditakutkan dengan azab. Lihatlah susunan ayat-ayat dalam surah ini.

Allah SWT mulakan dengan menceritakan tentang Diri-Nya, siapakah Dia, apa yang Dia telah buat dan sebagainya. Hanya selepas mereka masih tidak mahu terima barulah diberikan ancaman kepada mereka tentang azab yang mereka akan terima kalau mereka tidak mahu terima dakwah itu.

Maka, jangan mulakan dakwah dengan takutkan manusia: “Oiii, kau nak masuk neraka yer???!!!” Janganlah begitu. Ajak buat benda baik dahulu dan janjikan dengan syurga dahulu. Janganlah berkasar dengan mereka.

Allahu a’lam.

Hepatitis & Strok

0

1. Apakah langkah awal dalam menangani orang yang diserang strok? Pada Ogos tahun lepas, ayah diserang strok secara tiba-tiba. Pada masa itu dia sedang duduk di kerusi. Hanya saya seorang sahaja berada bersama dia. Saya hanya mampu terfikir untuk baringkan beliau kerana badan beliau seperti kekejangan. Saya cuma ingin bersedia jika ayah saya diserang buat kali kedua.

Terdapat dua jenis strok. Iaitu:

‘Ischemic stroke’. Strok jenis ini adalah kerana sistem paip darah tersumbat disebabkan oleh darah beku dan akhirnya darah yang membawa oksigen tidak sampai kepada otak.

‘Hemorrhagic stroke’. Strok jenis ini pula adalah kerana sistem paip darah pecah lalu darah melimpah ke otak dan pengumpulan darah itu menekan tisu otak yang lantas menyebabkan kerosakan tisu otak.

Biasanya, orang yang mengalami ‘ischemic stroke’ akan sentiasa bergantung kepada ubat aspirin bagi mencegah strok berulang. Jika berhenti mengambil aspirin bermaksud strok bakal berulang.

‘Hemorrhagic stroke’ kebiasaanya adalah disebabkan oleh darah tinggi yang tidak terkawal  dan ‘aneurysm’(Adalah benjolan pada saluran darah berpunca di kawasan dinding arteri yang lemah. Apabila darah mengalir melaluinya, tekanan menyebabkan benjolan seperti belon di luar saluran darah terjadi. Keadaan ini boleh terjadi di mana-mana sahaja tetapi dua bahagian yang biasanya terjadi adalah di arteri yang mengalirkan darah ke otak dan dari jantung).

Cara mencegah ialah ‘anticipitation’ iaitu mengenali simptom-simptom.

Jika ‘ischemic stroke’, kebiasaannya badan akan tiba-tiba menjadi lemah atau lumpuh dan ada sesetengah kes, mulut jadi terketar dan tidak dapat bercakap.

‘Hemorrhagic stroke’ pula pesakit akan menghidapi sakit kepala yang keterlaluan dan muntah-muntah. Itulah tanda amaran. Kes paling ‘extreme’ adalah dia tidak akan sedarkan diri. Lebih awal strok dirawat lebih tinggi peluang untuk sembuh.

Tanda-tanda sawan ini lebih jelas jika tonton video dari Youtube. Jika diterangkan di sini gerenti tidak akan faham. Ada bermacam-macam jenis sawan. Yang paling ‘common’ adalah kedua-dua kaki dan tangan mengeras sehingga badan pesakit terangkat kemudian tiba-tiba kedua-dua tangan dan kaki bergoyang-goyang tidak berhenti. Selepas sawan itu berhenti pesakit akan tidur.

Ada juga jenis sawan yang buat pesakit terkaku iaitu tiada ‘respons’. Bila ditegur pesakit tidak menjawab. Tetapi selepas beberapa ‘second’, pesakit kembali normal/baru sedar. Pesakit tidak ingat apa-apa yang telah berlaku tadi.

Ada juga jenis sawan yang ketika pesakit sedang solat tiba-tiba berperangai pelik, jadi seperti ayam dan tiba-tiba berkokok kemudian pesakit kembali normal.

‘So far’di dalam pengamalan perubatan tiada pula pantang larang yang saya dengar untuk orang yang kena strok.

Cuma bagi pesakit sawan, jangan ditahan tangan mereka yang sedang bergerak secara agresif kerana dikhuatiri kita dan pesakit akan cedera. Kita cuma boleh membantu mereka sewaktu pesakit di dalam posisi ‘recovery phase’.

‘Recovery position/phase’ adalah satu-satunya perkara yang kita boleh bantu kepada orang yang mengalami sawan atau tidak sedarkan diri. Ini adalah kerana, apabila orang tidak sedarkan diri baring menghadap ke langit, lidah mereka boleh/akan jatuh dan menutup ruang pernafasan dan pesakit boleh membawa kepada kematian.

Cuma jikalau di dalam kes kemalangan, perlu berjaga-jaga dan perlu ada langkah yang berhati-hati kerana boleh jadi mangsa kemalangan tersebut mengalami patah tengkuk. Jikalau kita ubah kedudukan tengkuk mangsa, dikhuatiri tengkuknya akan bertambah parah.

Pengidap strok kebiasaannya akan mendapat ‘ulcer’ di perut lantas pendarah dipanggil ‘curling ulcer’. Ramai orang yang cedera di kepala akan mengalami masalah yang sama.

 

2. Apakah yang menyebabkan hepatitis E? Adakah puncanya dari perubatan atau jamu tradisional?

Hepatitis E ini jarang berlaku. Ianya lebih kurang sama seperti hepatitis A dan B. Merebak di dalam air yang telah tercemar dan juga melalui darah.

 

3. Punca Hepatitis E disyaki dari pengambilan ubat perubatan tradisional. Perkara ini yang saya hendak tahu mengapa pengambilan ubat tradisional ini membahayakan? Apabila diambil ubat tradisional ini penyakit ini timbul namun apabila dihentikan penyakitnya tiada. Begitu juga jika tersalah makan, jika makanan itu mengandungi cuka penyakit itu akan datang semula dengan cepat. Apakah punca sebenarnya?

Hepatitis E bukan disebabkan oleh ubat-ubatan. Dimanakah pihak puan dapat maklumat ini? Pihak saya hendak pastikan tiada salah faham. Untuk makluman, ubat herba atau ubat moden yang boleh menyebabkan ‘hepatitis’ dipanggil ‘drug induced hepatitis’. Jikalau berkaitan dengan ubat ianya adalah ‘hepatitis’ biasa.

Saya fikir ada kekeliruan tentang maksud ‘hepatitis’. ‘Hepatitis’ adalah suatu yang merujuk kepada radang hati yang disebabkan oleh virus, ubat-ubatan, dan lain-lain lagi.

Apabila orang sebut hepatitis A, B, C, E ianya bermaksud jangkitan virus. Apabila disebut jangkitan maknanya ianya tiada kaitan dengan ubat. Oleh itu, pernyataan “hepatitis E disebabkan ubat” saya fikir pernyataan ini adalah salah.

Salah faham komunikasi di antara doktor dan pesakit memang sangat lazim berlaku, namun sesetengah doktor fikir mereka faham tetapi sebenarnya tidak. Saya rasa gembira kerana dapat mendengar masalah ini yang menandakan salah faham komunikasi di antara doktor dan pesakit masih banyak lagi yang perlu diperbetulkan.

TKK 131: Apakah percaya kepada al-Mahdi usyul atau furuq aqidah?

0

 

 

4.5 Apakah percaya kepada al-Mahdi usyul atau furuq aqidah?

 

Apabila kita mengetahui ada ulama’ dan cendikiawan Islam yang mengingkari kemunculan al-Mahdi, maka kita tertanya-tanya, apakah aqidah mereka rosak?

Jawabannya,

  • Tidak, cuma mereka tergolong dalam orang yang angkuh dan sombong, sedangkan ia ditetapkan sebagai sahih oleh majoriti ahli hadith, antaranya Imam Abu Daud, Tirmidzi, an-Nasa’iy dan Ibnu Majah.

 

  • Ini kerana tanda kiamat hanyalah furuq aqidah, yang menjadi usyul aqidah ialah percaya kepada hari kiamat.

 

  • Tanda-tanda kiamat adalah furuq aqidah atau cabangnya sahaja. Maka, jika ada yang mengingkarinya, misalnya al-Mahdi, maka ia tidaklah menjejaskan usyul aqidah iaitu percaya kepada hari kiamat.

 

Dalilnya:

عَنْ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَيْضاً قَالَ : بَيْنَمَا نَحْنُ جُلُوْسٌ عِنْدَ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ يَوْمٍ إِذْ طَلَعَ عَلَيْنَا رَجُلٌ شَدِيْدُ بَيَاضِ الثِّيَابِ شَدِيْدُ سَوَادِ الشَّعْرِ، لاَ يُرَى عَلَيْهِ أَثَرُ السَّفَرِ، وَلاَ يَعْرِفُهُ مِنَّا أَحَدٌ، حَتَّى جَلَسَ إِلَى النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم فَأَسْنَدَ رُكْبَتَيْهِ إِلَى رُكْبَتَيْهِ وَوَضَعَ كَفَّيْهِ عَلَى فَخِذَيْهِ وَقَالَ: يَا مُحَمَّد أَخْبِرْنِي عَنِ اْلإِسْلاَمِ، فَقَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم : اْلإِسِلاَمُ أَنْ تَشْهَدَ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ وَتُقِيْمَ الصَّلاَةَ وَتُؤْتِيَ الزَّكاَةَ وَتَصُوْمَ رَمَضَانَ وَتَحُجَّ الْبَيْتَ إِنِ اسْتَطَعْتَ إِلَيْهِ سَبِيْلاً قَالَ : صَدَقْتَ، فَعَجِبْنَا لَهُ يَسْأَلُهُ وَيُصَدِّقُهُ، قَالَ: فَأَخْبِرْنِي عَنِ اْلإِيْمَانِ قَالَ : أَنْ تُؤْمِنَ بِاللهِ وَمَلاَئِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَتُؤْمِنَ بِالْقَدَرِ خَيْرِهِ وَشَرِّهِ. قَالَ صَدَقْتَ، قَالَ فَأَخْبِرْنِي عَنِ اْلإِحْسَانِ، قَالَ: أَنْ تَعْبُدَ اللهَ كَأَنَّكَ تَرَاهُ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ يَرَاكَ . قَالَ: فَأَخْبِرْنِي عَنِ السَّاعَةِ، قَالَ: مَا الْمَسْؤُوْلُ عَنْهَا بِأَعْلَمَ مِنَ السَّائِلِ. قَالَ فَأَخْبِرْنِي عَنْ أَمَارَاتِهَا، قَالَ أَنْ تَلِدَ اْلأَمَةُ رَبَّتَهَا وَأَنْ تَرَى الْحُفَاةَ الْعُرَاةَ الْعَالَةَ رِعَاءَ الشَّاءِ يَتَطَاوَلُوْنَ فِي الْبُنْيَانِ، ثُمَّ انْطَلَقَ فَلَبِثْتُ مَلِيًّا، ثُمَّ قَالَ : يَا عُمَرَ أَتَدْرِي مَنِ السَّائِلِ ؟ قُلْتُ : اللهُ وَرَسُوْلُهُ أَعْلَمَ . قَالَ فَإِنَّهُ جِبْرِيْلُ أَتـَاكُمْ يُعَلِّمُكُمْ دِيْنَكُمْ .
[رواه مسلم]

Terjemahan hadith/ ترجمة الحديث :

Dari Umar ra,dia berkata : Ketika kami duduk-duduk disisi Rasulullah saw suatu hari tiba-tiba datanglah seorang laki-laki yang mengenakan baju yang sangat putih dan berambut sangat hitam, tidak nampak padanya bekas-bekas perjalanan jauh dan tidak ada seorangpun diantara kami yang mengenalnya. Hingga kemudian dia duduk dihadapan Rasulullah saw lalu merapatkan kedua lututnya kepada kepada Rasulullah saw seraya berkata: “ Ya Muhammad, beritahukan aku tentang Islam ?”, maka bersabdalah Rasulullah saw: “ Islam adalah engkau bersaksi bahawa tidak ada Ilah (Tuhan yang disembah) selain Allah, dan bahwa Nabi Muhammad saw adalah utusan Allah, engkau mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa ramadhan dan pergi haji jika mampu “, kemudian dia berkata: “ anda benar “. Kami semua hairan, dia yang bertanya dia pula yang membenarkan. Kemudian dia bertanya lagi: “ Beritahukan aku tentang Iman “. Lalu beliau bersabda: “ Engkau beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya dan hari akhir dan engkau beriman kepada takdir yang baik atau pun yang buruk “, kemudian dia berkata: “ anda benar“. Kemudian dia berkata lagi: “ Beritahukan aku tentang ihsan “. Lalu beliau bersabda: “ Ihsan adalah engkau beribadah kepada Allah seakan-akan engkau melihatnya, jika engkau tidak melihatnya maka Dia melihat engkau” . Kemudian dia berkata: “ Beritahukan aku tentang hari kiamat (kapan kejadiannya)”. Beliau bersabda: “ Yang ditanya tidak lebih tahu dari yang bertanya “. Dia berkata: “ Beritahukan aku tentang tanda-tandanya “, beliau bersabda: “ Jika seorang hamba melahirkan tuannya dan jika engkau melihat seorang bertelanjang kaki dan dada, miskin dan penggembala domba, (kemudian) berlomba-lomba meninggikan bangunannya “, kemudian orang itu berlalu dan aku berdiam sebentar. Kemudian beliau (Rasulullah) bertanya: “ Tahukah engkau siapa yang bertanya ?”. aku berkata: “ Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui “. Beliau bersabda: “ Dia adalah Jibril yang datang kepada kalian (bermaksud) mengajarkan agama kalian “.
(Riwayat Muslim, matan arbai’in no 2)

 

 

Dalam hadith di atas, terang dan nyata disebut akan enam rukun iman yang menjadi asas kepada aqidah seorang muslim yang mukmin.
Keenam-enam rukun Iman tersebut adalah :

1. Beriman kepada Allah.

2. Beriman kepada malaikat-malaikatNYA.

3. Beriman kepada kitab-kitab NYA.

4. Beriman kepada nabi dan Rasul NYA.

5. Beriman kepada hari kiamat.

6. Beriman dengan qada’ dan qadar.

 

  • Maka beriman kepada al-Mahdi tidak termasuk di dalam dasar aqidah yang usyul (pokok).

 

  • Maka bila Ibnu Khaldun, Muhammad Rashid Ridha, Hamka, Qadhi Qatar, Farid Wajdi, Hasan al-Banna dan Dr Qardhawi meraguinya, maka tidak bermakna aqidah mereka telah rosak. Ini kerana mereka hanya menyelisihi ashabul hadith dan jumhur ulama’ yang menetapkan iman kepada kedatangan al-Mahdi adalah sahih dan menjadi aqidah umat Islam.

 

  • Sumber rujukan: Syaikh Abdul Muhsin al-Abbad, Arab Saudi.Kitab Ar-Radd Ala Man Kadzdzaba bil Ahadits Ash-Shahihah fil Mahdi.

 

TKK 131: Syubhah beberapa tokoh

0

 

4.3 Syubhah beberapa tokoh

4.3.1 Ahmad Amin

أحمد أمين
قال:[حديث المهدي هذا حديث خرافة وقد ترتب عليه نتائج خطيرة في حياة المسلمين ( انظر:أضحى الإسلام(3/243))

Terj:
Ahmad Amin, sastrawan Mesir, wafat dalam tahun 1954, murid Muhammad Abduh, didalam kitabnya Dhuha ul Islam, berkata,

 

  • Hadith-hadith seputar Mahdi adalah hadith khurafat (dusta). Ia mencetus teori-teori berbahaya didalam kehidupan umat Islam.”

 

  • Ulasan: Ahmad Amin yang dianggap antara pencetus idea JIL (Jaringan Islam Liberal) dan Gerakan Anti Hadith (GAH) di Mesir begitu berani mengatakan semua hadith Mahdi sebagai khurafat. Ini sesuatu yang agak keterlaluan.

 

 

4.3.2 Qadhi Abdullah Zayd al-Mahmood, mufti Qatar.

عبد الله بن زيد آل محمود
قال:[ ودعوى المهدي في مبدئها ومنتهاها مبنية على الكذب الصريح والاعتقاد السيئ القبيح وهي في الأصل حديث خرافة يتلقفها واحد عن آخر وقد صيغت لها الأحاديث المكذوبة سياسة للأرهاب والتخويف (في رسالته(لا مهدي ينتظر بعد الرسول خير البشر)(ص 58))

 

Qadhi Qatar iaitu Syaikh Abdullah, wafat dalam tahun 1997, antara yang paling kuat menolak hadith-hadith Mahdi.

 

Menurutnya:

  • “Dakwaan al-Mahdi dari awal sehingga penyudahnya disandarkan kepada kedustaan yang sarih (nyata) dan keyakinan yang jijik.

 

  • Asalnya hadith-hadith Mahdi adalah hadith-hadith khurafat yang tersebar dari mulut ke mulut. Ia sebenarnya hadith dusta bertujuan untuk menimbulkan ketakutan kepada umat Islam.”
    (Tiada Mahdi yang dinanti, selepas Rasul Muhammad Sebaik-baik Manusia muka surat 58).

 

  • Di dalam risalah ini, Ibnu Mahmood mengkritik 22 hadith mengenai mahdi.

 

 

4.3.3 Muhammad Farid Wajdi, wafat dalam tahun 1954, Alexandria, Mesir.

حمد فريد وجدي
قال:[ ما ورد في المهدي المنتظر من أحاديث الناظر فيها من أولي البصائر لا يجدون في صدورهم حرج من من تنزيه رسول الله صلى الله عليه وسلم من قولها ,فإن فيها من الغلو والخبط في التواريخ والإغلاق في المبالغة والجهل بأمور الناس والبعد عن سنن الله المعروفة ما يشعر المطالع لأول وهلة أنها أحاديث موضوعة تعمد وضعها رجال من أهل الزيغ المشايعين لبعض أهل الدعوة من طلبة الخلافة في بلاد العرب أو الغرب] (1)
(1) دائرة معارف القرن العشرين(10/481)

 

  • Syaikh Muhammad Farid Wajdi, merupakan tokoh pembaharu Mesir, juga murid Syaikh Muhammad Abduh, merupakan guru Syaikh Hasan al-Banna, mursyid Ikhwan amat keras menolak semua hadith-hadith al-Mahdi.

 

Menurutnya:

  • “Siapa yang meneliti hadith al-Mahdi yang dinanti-nantikan, tidak syak lagi akan dapat merasakan ia bukan hadith Nabawi. Bahkan ia berasal dari riwayat-riwayat yang melampau, merosak sejarah, tidak peka dengan urusan manusia dan jauh dari sunnatullah.

 

  • Inilah sebab utama bahawa hadith-hadith tersebut adalah palsu yang dibuat oleh orang-orang yang sesat dan jurudakwah yang menuntut jawatan khalifah khususnya di negara-negara Arab dan Maghrib (Maghribi, Tunisia, Algeria, Libya, Mesir)”

 

  • Rujukan kitab dairah ma’arif al-qarn al-‘asyreen, 10:481.

 

 

4.3.4 Syaikh Hasan al-Banna,wafat dalam tahun 1949, merupakan musyrif Ikhwan Muslimin, Muslim Brotherhood.

لم نر في السنة الصحيحة مايثبت دعوى المهدي وإنما احاديثه تدور بين الضعف والوضع

”Kami tidak pernah menjumpai dari sunnah yang sahih apa-apa yang mentsabitkan dakwaan Al-Mahdi, sesesungguhnya hadith-hadith mengenainya sama ada dhaif atau maudhu”

(Hadith Ath-Thulatha’ oleh Muhammad Isa ‘Asyur muka surat 108)

 

 

4.4 Rumusan dari pengingkaran hadith al-Mahdi.

Kesimpulan dari kritikan mereka yang mengingkari kemunculan al-Mahdi adalah sebagai berikut:

1. Hadith-hadithnya tidak ada yang sahih.

2. Ucapan Imam Ibnu Khuldun.

3. Hadith-hadithnya karangan para politisi kelompok Syi’ah.

4. Hadithnya tidak diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim.

5. Hadithnya saling bertentangan.

6. Membendung para pengaku Mahdi yang berdusta.

7. Menyebabkan manusia tidak berusaha.

8. Aqidah Mahdi berasal dari Kristian dan Yahudi (Messiah)-akidah Mukhlis.

9. al-Mahdi dan Dajjal hanyalah simbol diantara yang baik dan jahat.

10. Al-Qur’an tidak menyentuh isu al-Mahdi.

Puasa Tergantung (Daif), Wanita Penyayang, Perang Salib

0

1. Apakah status dan maksud hadis di bawah ini?
“Ibadah puasa Ramadan tergantung di antara langit dan bumi, tidak diangkat melainkan dengan menunaikan zakat fitrah”.

Tahqiq:

شهر رمضان معلق بين السماء والأرض ولا يرفع إلى الله إلا بزكاة الفطر
“أورده ابن الجوزي في “الواهيات” وقال : لا يصح ، فيه محمد بن عبيد البصري مجهول “

Menurut Ibn Jauzi dalam Al-Waahiyah, tidak sahih, perawi daif Muhammad bin Ubaid al-Bashri, majhul.

2. Apakah status hadis di bawah ini?
“Berkahwinlah dengan wanita yang penyayang dan boleh beranak banyak”.

( تَزَوَّجُوا الْوَدُودَ الْوَلُودَ فَإِنِّي مُكَاثِرٌ بِكُمْ الأُمَمَ ) رواه النسائي ( 3227 ) وأبو داود ( 2050 ) .
وصححه ابن حبان ( 9 / 363 ) والألباني في ” صحيح الترغيب ” ( 1921 )

[An-Nasai: 3227, Abu Daud: 2050, disahihkan oleh Ibn Hibban dan Al-Albani, sahih At-Targheeb: 1921]

3. Mohon penjelasan tentang hadis ini:
“Kamu akan mengadakan perdamaian dengan bangsa Rom dalam keadaan aman lalu kamu akan berperang bersama mereka menentang satu musuh dari belakang mereka. Maka kamu akan selamat dan mendapat rampasan perang, kemudian kamu akan sampai ke sebuah padang rumput yang luas dan berbukit-bukit, maka berdirilah seorang lelaki dari kaum Rom. Lalu dia mengangkat tanda salib dan berkata: “Salib telah menang!”, maka datanglah seorang lelaki dari kaum Muslimin dan membunuh lelaki Rom tersebut lalu kaum Rom telah berlaku khianat dan terjadilah peperangan demi peperangan di mana mereka akan bersatu menghadapi kamu di bawah 80 bendera dan di bawah setiap bendera terdapat 12 ribu tentera” [Ahmad, Abu Dawud, dan Ibnu Majah]

Takhrij:

روى أبو داود (4292) ، وابن ماجة (4089) عَنْ ذِي مِخْبَرٍ، رَجُلٍ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ : ( سَتُصَالِحُونَ الرُّومَ صُلْحًا آمِنًا، فَتَغْزُونَ أَنْتُمْ وَهُمْ عَدُوًّا مِنْ وَرَائِكُمْ ، فَتُنْصَرُونَ، وَتَغْنَمُونَ ، وَتَسْلَمُونَ ، ثُمَّ تَرْجِعُونَ حَتَّى تَنْزِلُوا بِمَرْجٍ ذِي تُلُولٍ ، فَيَرْفَعُ رَجُلٌ مِنْ أَهْلِ النَّصْرَانِيَّةِ الصَّلِيبَ ، فَيَقُولُ: غَلَبَ الصَّلِيبُ ، فَيَغْضَبُ رَجُلٌ مِنَ الْمُسْلِمِينَ ، فَيَدُقُّهُ، فَعِنْدَ ذَلِكَ تَغْدِرُ الرُّومُ ، وَتَجْمَعُ لِلْمَلْحَمَةِ ، وَيَثُورُ الْمُسْلِمُونَ إِلَى أَسْلِحَتِهِمْ ، فَيَقْتَتِلُونَ، فَيُكْرِمُ اللَّهُ تِلْكَ الْعِصَابَةَ بِالشَّهَادَةِ ) وصححه الألباني في ” صحيح أبي داود “

[Abu Daud: 4292, Al-Albani, sahih]
Fiqh hadis:
Al-Mahdi yang berpusat di Syria, kuasa Barat mewakili maksud Romawi. Maksudnya, di masa Al-Mahdi, Islam mengadakan gencatan senjata dengan kuasa Barat kerana ada “common enemy” (musuh bersekutu) keduanya, berkemungkinan Yahudi, China, Russia, Iran.

HADITH ARBA’IN – 15

0

 

PERWUJUDAN DARI BERIMAN  KEPADA

ALLAH DAN HARI AKHIR

 

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْراً أًوْ لِيَصْمُتْ، وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَاْليَوْمِ الآخِرِ فَلْيُكْرِمْ جَارَهُ، وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ فَلْيُكْرِمْ ضَيْفَهُ

[رواه البخاري ومسلم]

 

Terjemahan Hadits:

Dari Abu Hurairah radhiallahuanhu, sesungguhnya Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda: Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah dia berkata baik atau diam, siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah dia menghormati tetangganya dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir maka hendaklah dia memuliakan tamunya.

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

 

Catatan :

 

  • Iman terkait langsung dengan kehidupan sehari-hari.

 

  • Menyerukan kepada sesuatu yang dapat menumbuhkan rasa cinta dan kasih sayang dikalangan individu masyarakat muslim.

 

  • Termasuk kesempurnaan iman adalah perkataan yang baik dan diam dari selainnya.

 

  • Berlebih-lebihan dalam pembicaraan dapat menyebabkan kehancuran, sedangkan menjaga pembicaraan merupakan jalan keselamatan.

 

  • Islam sangat menjaga agar seorang muslim berbicara apa yang bermanfaat dan mencegah perkataan yang diharamkan dalam setiap kondisi.

 

  • Tidak memperbanyak pembicaraan yang diperbolehkan, karena hal tersebut dapat menyeret kepada perbuatan yang diharamkan atau yang makruh.

 

  • Termasuk kesempurnaan iman adalah menghormati tetangganya dan memperhatikannya serta tidak menyakitinya.

 

  • Wajib berbicara saat diperlukan, khususnya jika bertujuan menerangkan yang haq dan beramar ma’ruf nahi munkar.

 

  • Memuliakan tamu termasuk diantara kemuliaan akhlak dan pertanda komitmennya terhadap syariat Islam.

 

  • Anjuran untuk mempergauli orang lain dengan baik.

Popular

Iklan

Iklan