Utama Blog Halaman 15

Himpunan Kuliah Youtube Persatuan Ukhuwah Teguh sepanjang bulan Januari 2022

0

Senarai Kuliah Bulan Januari 2022

1. Kitab Al Adab: Bab Berdiri (4/1/2022)

2. Tafsir Surah Munafiqoon: Ayat 4 (6/1/2022)

3. Kitab Al Adab: Bab Berdiri (11/1/2022) 

4. Tafsir Surah Munafiqoon Ayat 6 (13/1/2022)

5. Kitab Al Adab: Bab Duduk, Tidur dan Berjalan (18/1/2022)

6. Tafsir Surah Munafiqoon Ayat 9 (20/1/2022)

7. Kitab Al Jami’ Bulughul Maram: Bab Menjauhkan Diri Daripada Akhlak Tercela (21/1/2022)

8. Kitab Al Adab: Bab Duduk, Tidur dan Berjalan (25/1/2022)

9. Tafsir Surah Taghabun Ayat 1 (25/1/2022)

 

 

La Tahzan 270: Rekreasi membantu melancarkan Perjalanan (استجمامٌ يُعين علىُ مُواصلةِ السَّيْرِ)

0

🎭 🎭 🎭 🎭

La Tahzan 270-1: Rekreasi membantu melancarkan Perjalanan (استجمامٌ يُعين علىُ مُواصلةِ السَّيْرِ)

من المعلومِ أنَّ في الشريعةِ سَعَةً وفُسحةً ، تُعينُ العبد على الاستمرار في عبادتِه وعطائِه وعملِه الصالحِ ، فرسولُنا – صلى الله عليه وسلم – كان يضحكُ * وَأَنَّهُ هُوَ أَضْحَكَ وَأَبْكَى *

Antara yang ketara dalam syariah ada kelonggaran untuk membantu seseorang hamba untuk meningkatkan kualiti dalam ibadah, infaq dan amal solehnya. Bahawa Rasulullah ﷺ sendiri juga biasa tertawa.

Firman Allah ‎ﷻ:

وَأَنَّهُ هُوَ أَضْحَكَ وَأَبْكَىٰ

Dan bahawasanya Dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis [An Najm: 43]

🎭 🎭 🎭 🎭

La Tahzan 270-2: Rekreasi membantu melancarkan Perjalanan (استجمامٌ يُعين علىُ مُواصلةِ السَّيْرِ)

وسابق عائشة رضي اللهُ عنها ، وكان يتخوَّلُ الصحابة بالموعظةِ ، كراهِية السَّآمِة عليهم

(Antara cara Nabi ﷺ menghilangkan kebosanan hidup) di mana pernah baginda berlumba lari dengan Aisyah رضي الله عنها*, begitu juga baginda bijaksana dalam memberi nasihat agama untuk menghilangkan kebosanan (para sahabat)

✳️ Hadith berlumba lari Nabi ﷺ dengan Aisyah رضي الله عنها:

أنها كانت مع رسولِ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم في سَفَرٍ ، وهي جاريةٌ [ قالت : لم أَحْمِلِ اللَّحمَ ، ولم أَبْدُنْ ] ، فقال لأصحابِه : تَقَدَّموا ، [ فتَقَدَّموا ] ، ثم قال : تَعَالَيْ أُسَابِقْكِ ، فسابقتُه ، فسَبَقْتُه على رِجْلَيَّ

Aisyah رضي الله عنها berkata: Aku keluar bersama Nabi ﷺ dalam sebahagian musafirnya. Ketika itu aku seorang gadis yang belum gemuk. Baginda berkata kepada sahabat-sahabat lain: Pergi dahulu, lalu para sahabat pun bergerak dahulu. Kemudian baginda berkata kepada ku: Mari ke sini (baginda mengajak untuk berlumba lari). Aku akan menewaskan mu. ‘Aisyah berkata: Lalu aku telah menewaskan baginda.” (HR Ahmad, No: 26320, Sunan Abi Daud, No: 2578), disahihkan oleh al Albani (Adab Az Zifaf) dan Al Arnaout (Tahqiq aal Musnad)

🎭 🎭 🎭 🎭

La Tahzan 270-3: Rekreasi membantu melancarkan Perjalanan (استجمامٌ يُعين علىُ مُواصلةِ السَّيْرِ)

Jangan mempersulitkan diri

كراهِية السَّآمِة عليهم ، وكان ينهى عن التَّعمُّق والتَّكلُّفِ والتشديدِ ، ويُخبرُ أنه لن يُشادّ الدِّين أحدٌ ، إلا غَلَبَهُ ، وفي الحديثِ أنَّ الدين متينٌ ،

Antara rahsia kelancaran perjalanan hidup ialah larangan Nabi ﷺ daripada melakukan sesuatu yang dibuat buat (bid’ah), terlalu mendalam dan menyulitkan diri sendiri, sebagaimana sebuah hadith “Siapa yang mempersulit dalam menjalankan urusan agama, maka agama akan mempersulitkannya”:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ الدِّينَ يُسْرٌ وَلَنْ يُشَادَّ الدِّينَ أَحَدٌ إِلَّا غَلَبَهُ

Daripada Abu Hurairah رضي الله عنه bahawa Nabi ﷺ bersabda: “Sesungguhnya agama itu mudah, dan tidaklah seseorang mempersulit agama kecuali dia akan dikalahkan (semakin berat dan sulit). (HR Bukhari No. 8 )

🎭 🎭 🎭 🎭

La Tahzan 270-4: Rekreasi membantu melancarkan Perjalanan (استجمامٌ يُعين علىُ مُواصلةِ السَّيْرِ)

Ukurlah kemampuan diri masing-masing

Athar Umar Al Khattab رضي الله عنه:

إنَّ للنفوسِ إقبالاً وإدباراً ، فاغتنموها عند إقبالها ، وذرُوها عند إدبارِها ( ذكره الزمخشري في ((ربيع الأبرار))

“Jiwa memiliki kemampuan untuk maju dan mundur. Pergunakan saat ia sedang maju (bermotivasi) dan berundur saat ia sedang merudum.” (Dinukil oleh Al Zamakhsari dalam kitab Rabi’ul Abrar, ms 158)

وإلاَّ فالعاقلُ له حدٌّ أدنى في العملِ يُداومُ عليه ، فإنْ نشط زاد ، وإنْ ضعف بقي على أصلِه

Orang yang berakal mengetahui bahawa dirinya memiliki batas minima ketika melakukan sesuatu amalan; ketika dia bersemangat, dia melipatgandakan usahanya, ketika dia merudum, atau futur/lemah, maka dia beramal pada tahap minima sahaja.

🎭 🎭 🎭 🎭

La Tahzan 270-5: Rekreasi membantu melancarkan Perjalanan (استجمامٌ يُعين علىُ مُواصلةِ السَّيْرِ)

Jangan banyak sangat melakukan yang sunat-sunat

وما رأيتُ نفراً زادُوا في الكْيلِ ، وأكثَرُوا من النوافل ، وحاولوا أنْ يُغالوا ، فانقطعُوا وعادُوا أضْعفَ ممَّا كانوا قبْلَ البدايةِ .
والدِّينُ أصلاً جاء للإسعاد * مَا أَنزَلْنَا عَلَيْكَ الْقُرْآنَ لِتَشْقَى *

Aku perhatikan ada orang yang memaksa diri untuk menambah berat amalannya, banyak melakukan yang sunat-sunat di luar batas kemampuannya, akhirnya ia terputus daripada amalan tersebut dan kembali merudum bahkan lebih teruk daripada sebelumnya. Yang asal atau yang dasar, Islam datang untuk membahagiakan (والدِّينُ أصلاً جاء للإسعاد)

Firman Allah ‎ﷻ:

مَآ أَنزَلْنَا عَلَيْكَ ٱلْقُرْءَانَ لِتَشْقَىٰٓ ﴿٢}

Kami tidak menurunkan Al Quran ini kepadamu agar kamu menjadi susah [Taha: 2]

🎭 🎭 🎭 🎭

La Tahzan 270-6: Rekreasi membantu melancarkan Perjalanan (استجمامٌ يُعين علىُ مُواصلةِ السَّيْرِ)

Jangan menjadi rahbaniah

وقد لام اللهُ قوماً كلَّفُوا أنفُسهم فوق الطَّاقةِ ، ثم انسحبوا منْ أرضِ الواقع ناكثِين ما ألزمُوا أنفسهم به

Allah ‎ﷻ mencela orang yang membebani diri mereka dengan sesuatu yang di luar kemampuan mereka, akhirnya mereka menarik diri daripada dunia realiti dengan menghalang keperluan asasi diri mereka sendiri yakni amalan rahbaniah (seperti bernikah kahwin, pakaian yang baik-baik dan bergaul dengan orang ramai). Firman Allah ‎ﷻ:

وَرَهبانِيَّةً ابتَدَعوها ما كَتَبنٰها عَلَيهِم إِلَّا ابتِغاءَ رِضوٰنِ اللهِ فَما رَعَوها حَقَّ رِعايَتِها ۖ

Dan mereka mengada-adakan rahbaniyyah* padahal kami tidak mewajibkannya kepada mereka tetapi (mereka sendirilah yang mengada-adakannya) untuk mencari keredhaan Allah, lalu mereka tidak memeliharanya dengan pemeliharaan yang semestinya.

[Al-Hadid: 27]

✳️ Rahbaniah bermaksud amalan kepaderian dalam agama kristian, doktrin menolak dunia dengan tidak berkahwin, tidak bergaul dengan manusia dan menjauhi kelazatan dunia.

🎭 🎭 🎭 🎭

La Tahzan 270-7: Rekreasi membantu melancarkan Perjalanan (استجمامٌ يُعين علىُ مُواصلةِ السَّيْرِ)

Islam agama yang seimbang

وميزةُ الإسلامِ على سائر الأديانُ أنه دينُ فطرةٍ ، وأنه وَسَطٌ ، وأنه للرُّوحِ والجسمِ ، والدنيا والآخرةِ ، وأنه ميسرٌ * ذَلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ * .

Keistimewaan Islam di atas agama-agama yang lain ialah ia Deen fitrah (agama ketetapan ilahi), wasitiyah (sederhana), untuk roh dan fizikal, dunia dan akhirat, dan ia dimudahkan. Firman Allah ‎ﷻ:

(* ذَلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ *)

Itulah agama yang lurus

[Ar-Rum: 30]

🎭 🎭 🎭 🎭

La Tahzan 270-8: Rekreasi membantu melancarkan Perjalanan (استجمامٌ يُعين علىُ مُواصلةِ السَّيْرِ)

Uzlah (mengasingkan diri) juga sejenis rekreasi

عن أبي سعيد الخُدْريّ قال : جاء أعرابيٌّ إلى النبيِّ – صلى الله عليه وسلم – فقال : يا رسول اللهِ ، أيُّ الناس خيْرٌ ؟ قال: ((مؤمِنٌ مجاهِدٌ بنفسِه ومالِه في سبيلِ اللهِ، ثم رجُلٌ معتزلٌ في شِعْبٍ من الشِّعابِ يعبُد ربَّه )) . وفي روايةٍ : (( يتَّقي الله ويدع الناس من شرِّه )

Daripada Abu Said al-Khudri رضي الله عنه, katanya, “Ada seorang lelaki berkata: “Manakah orang yang paling utama itu?” Beliau bersabda: “Iaitu seorang mukmin yang berjihad dengan nyawanya dan hartanya pada jalan Allah ‎ﷻ.”Kemudian orang itu bertanya lagi: “Selanjutnya siapakah?” Beliau ﷺ bersabda: “Kemudian seorang yang memencilkan dirinya di sebuah lembah pergunungan (tempat terpencil), untuk menyembah kepada Tuhannya.”

Dalam riwayat lain disebutkan: “(Dia memencilkan dirinya) kerana ia bertaqwa kepada Allah‎ ﷻ dan meninggalkan para manusia daripada keburukannya diri sendiri.”

✍ Takhrij: HR Bukhari, No. 2786 (dorar.net)

🎭 🎭 🎭 🎭

La Tahzan 270-9: Rekreasi membantu melancarkan Perjalanan (استجمامٌ يُعين علىُ مُواصلةِ السَّيْرِ)

Uzlah (mengasingkan diri) di akhir zaman

وعنْ أبي سعيدٍ قال : سمعتُ النبي – صلى الله عليه وسلم – يقولُ : (( يُوشكُ أنْ يكون خير مالِ المسلم غنمٌ يتبعُ بها شعْفَ الجبالِ ومواقع القطْرِ ، يفرُّ بدينِه من الفِتنِ )) . رواه البخاريُّ

✍ Takhrij:

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الخُدْرِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، أَنَّهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ((يُوشِكُ أَنْ يَكُونَ خَيْرَ مَالِ المُسْلِمِ غَنَمٌ يَتْبَعُ بِهَا شَعَفَ الجِبَالِ وَمَوَاقِعَ القَطْرِ، يَفِرُّ بِدِينِهِ مِنَ الفِتَنِ)) (صحيح البخاري: كتاب الفتن, رقم (7088).

Daripada Abi Said Al Khudri رضي الله عنه bahawasanya beliau berkata, Rasulullah ﷺ bersabda, “Hampir tiba waktunya di mana sebaik-baik harta si muslim adalah kawanan kambing yang dia menggembalakannya di lereng-lereng gunung, dan juga lembah-lembah yang banyak turun hujan, dia lari membawa agamanya menghindari fitnah-fitnah.” (HR Bukhari, Kitab Al Fitan, No. 7088)

🎭 🎭 🎭 🎭

La Tahzan 270-10: Rekreasi membantu melancarkan Perjalanan (استجمامٌ يُعين علىُ مُواصلةِ السَّيْرِ)

Athar seputar keutamaan Uzlah (mengasingkan diri daripada orang ramai)

قال عمرُ : « خُذُوا حظَّكم من العُزلةِ »

Berkata Umar Al khattab رضي الله عنه, “Ambillah kesempatan dengan melakukan uzlah.”

✍ Takhrij:

Sahih.

رواه ابن سعد في “الطبقات” 4/ 161، وابن أبي عاصم في “الزهد” (84)، وابن حبان في “روضة العقلاء” ص 101، والخطابي في “العزلة” ص 22، وابن عبد البر في “التمهيد” 17/ 445

Athar dikeluarkan oleh Ibn Sa’ad, Tabaqat 4/161, Ibn Abi Ashim, Az Zuhud, 84, Ibn Hibban, Raudhah Al ‘Uqala ms 101, Al Khutaabi, Al Uzlah, 22 dan Ibn Abdil Barr, Al Tamhid, 17/445.

🎭 🎭 🎭 🎭

La Tahzan 270-11: Rekreasi membantu melancarkan Perjalanan (استجمامٌ يُعين علىُ مُواصلةِ السَّيْرِ)

Penutup bab Uzlah (pengasingan diri)

Orang yang mengamalkan fiqh uzlah ada 3 golongan:

فالطرف الأوَّلُ : من اعتزل الناس حتى عن الجُمعِ والجماعاتِ والأعيادِ ومجامع الخيْرِ ، وهؤلاءِ أخطؤُوا .
والطرف الثاني : منْ خالط الناس حتى في مجالسِ اللَّهوِ واللَّغوِ والقيلِ والقالِ وتضييعِ الزَّمانِ ، وهؤلاء أخطؤُوا .
والوسط : منْ خالط الناس في العباداتِ التي لا تقوُم إلا باجتماعٍ ، وشاركهم في ما فيه تعاونٌ على البِرِّ والتقوى وأجرٌ ومثوبةُ ، واعتزال مناسباتِ الصَّدِّ والإعراضِ عن اللهِ وفضولِ المباحاتِ

Golongan pertama:
Golongan yang menjauhi masyarakat sehingga menjauhi salat jumaat, jama’ah, salat hari raya dan NGO lain yang bagus-bagus, ini adalah kesesatan;

Golongan kedua:
Golongan yang bebas mencampuri masyarakat dalam semua hal, hiburan, aktiviti lagha (sia-sia), membawang (medsos), juga suatu kekesatan atau kekeliruan; dan

Golongan sederhana (wasath):
Golongan yang aktif bersama masyarakat dalam ibadah berjama’ah, melibatkan diri dalam kegiatan kebaikan, ketaqwaan dan yang mendatangkan pahala serta menjauhi program yang jauh daripada Allah ‎ﷻ dan berlebihan dalam perkara perkara yang harus. Dalil:

وَكَذَلِكَ جَعَلْنَاكُمْ أُمَّةً وَسَطاً

“Demikianlah kami jadikan kamu umat yang sederhana (wasatha).”

[Al Baqarah: 143]

La Tahzan 269: Perbuatan yang baik menjadi Benteng kejahatan (صنائعُ المعروفِ تقي مصارع السُّوءِ)

0

🔐🔓🔐🔓

La Tahzan 269-1: Perbuatan yang baik menjadi Benteng kejahatan (صنائعُ المعروفِ تقي مصارع السُّوءِ)

منْ أجملِ الكلماتِ ، قولُ أبي بكرٍ الصِّديق – رضي الله عنه – : صنائع المعروف تقي مصارع السوءِ . وهذا كلامٌ يُصدِّقه النَّقلُ والعقلُ

Antara kalimah indah ungkapan Abu Bakar As Siddiq رضي الله عنه, “Perbuatan yang baik akan membentengi daripada perkara yang jahat.”* Kata-kata Abu Bakar ini dibenarkan oleh kedua dalil naqli dan aqli.

Dalil naqli (Al- Qur’an):

* فَلَوْلَا أَنَّهُ كَانَ مِنْ الْمُسَبِّحِينَ{143} لَلَبِثَ فِي بَطْنِهِ إِلَى يَوْمِ يُبْعَثُونَ * .

Maka kalau sekiranya dia tidak termasuk orang-orang yang banyak mengingat Allah, nescaya ia akan tetap tinggal di perut ikan itu sampai hari berbangkit.

[Ash Shaffat: 143-144]

✳️ Ini kesalahan fatal Dr Aidh Al Qarni, yang sebenarnya ia adalah hadith:

أخرجه الطبراني في الكبير (8/ 261) من طريق حفص بن سليمان عن يزيد بن عبد الرحمن عن أبيه عن أبي أمامة قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: “صنائع المعروف تقي مصارع السوء

Daripada sanad Hafs bin Sulaiman daripada Yazid bin Abdul Rahman daripada ayahnya daripada abu Umamah Al Bahili , katanya, telah bersabda Rasulullah ﷺ, “Perbuatan baik seseorang akan membenteng kejadian yang buruk” (HR Tabrani dalam Mu’jam al Kabir,8/261)
Komentar al Haithami, “Perawi dhaif ialah Hafs bin sulaiman, maka ia matruk. Hadith dhaif.

والهيثمي في المجمع (3/ 115)، غير أن فيه حفص بن سليمان وهو متروك الحديث.

Menurut Syeikh Mustafa Al Adawi: Hadith dhaif sanadnya, tetapi maksudnya sahih.

صحة حديث صنائع المعروف تقي مصارع السوء ؟ للشيخ مصطفى العدوي

🔐🔒🔐🔒

La Tahzan 269-2: Perbuatan yang baik menjadi Benteng kejahatan (صنائعُ المعروفِ تقي مصارع السُّوءِ)

Kata-kata perangsang Khadijah رضي الله عنها selepas Nabi ﷺ menerima wahyu pertama kali (Surah Iqra’) di Gua Hira’. Sambil menyelimuti suaminya, Khadijah رضي الله عنها berkata:

تقولُ خديجةُ للرسول – صلى الله عليه وسلم – : (( كلا واللهِ لا يُخزيك اللهُ أبداً لتصِلُ الرَّحِم ، وتحمِلُ الكلَّ ، وتكسِبُ المعدوم ، وتُعينُ على نوائِبِ الدَّهْرِ )) . فانظُرْ كيف استدلَّتْ بمحاسنِ الأفعالِ على حُسْنِ العواقبِ ، وكَرَمِ البدايةِ على جلالِة النهايةِ .

“Jangan begitu, tidak demikian. Demi Allah, Allah ‎ﷻ tidak akan merendahkanmu selamanya. Sesungguhnya engkau telah menyambung tali persaudaraan, engkau jujur dalam berkata, engkau telah memikul beban orang lain, engkau sering membantu keperluan orang tidak punya apa-apa, menjamu tamu dan selalu membela kebenaran.” (HR Muslim 422)

Daripada ungkapan Khadijah رضي الله عنها itu, disebutkan amalan-amalan yang baik akan membawa akibat yang baik juga; permulaan yang mulia menjurus kepada pengakhiran yang mulia juga.

Bolehkah Reka Selawat Sendiri?

0

BOLEHKAH REKA SELAWAT?

🔴 Adakah kita dibenarkan merekacipta selawat sendiri untuk Nabi ﷺ? Ini kerana terdapat riwayat sahabat seperti Sayidina Ali dengan Ibnu Mas’ud yang mencipta selawat sendiri. Apakah benar?

🟢 Jawapan:

Selawat adalah ibadah, dan syarat ibadah adalah:
i) ikhlas
ii) mencontohi atau ittiba’ ar-Rasul

Maka, jika anda berselawat, dan ingin menjadikan ia ibadah, mestilah mengikut syarat:
i) kena ikhlas
ii) kena berselawat dengan selawat yang baginda ajarkan

⚠️ Maka di sini, isunya sebenar yang anda harus jawab:

Kenapakah anda tidak suka dengan selawat yang baginda sendiri telah ajarkan?

Persoalan kedua merupakan tuduhan yang berat apabila anda telah menuduh para sahabat ahli bid’ah, sedangkan zaman sahabat bersih daripada sebarang bid’ah, begitu juga zaman tabi’in. Versi selawat seperti Selawat Ali, Selawat Kaab, Selawat Aisyah adalah dari sanad sahabat, yang merupakan versi pendek dan versi panjang telah diajar oleh baginda nabi ﷺ kepada beberapa sahabat tetapi bukanlah maksud para sahabat mencipta selawat. Maka bab yang betul adalah seperti berikut:

1⃣ Selawat paling utama (Selawat Ibrahimiyah)
2⃣ Selawat-selawat yang pelbagai dari sanad sahabat, ada versi pendek dan sederhana.

Kesemua versi selawat sahabat itu bebas daripad unsur tareqat, Pooja dan ghuluw dari segi bahasa dan iramanya.

#Ilmu
#Amal
#Prihatin
#SnJBicaraSunnahC
@bicarathtl

 

La Tahzan 268: Tenanglah Wahai Manusia (اطمئِنُّوا أيُّها الناسُ)

0

🍃🍂🍃🍂

La Tahzan 268-1: Tenanglah Wahai Manusia (اطمئِنُّوا أيُّها الناسُ)

في كتاب « الفَرَجِ بعد الشِّدَّةِ » أكْثر منْ ثلاثين كتاباً ، كلُّها تُخبرُنا أنَّ في ذروة المُدلهِمات انفراجاً ، وفي قمَّةِ الأزماتِ انبِلاجاً ، وأنَّ أكثر ما تكون مكبوتاً حزيناً غارقاً في النكْبةِ ، أقْرَبُ ما تكونُ إلى الفتْحِ والسُّهُولةِ والخروجِ منْ هذا الضَّنْكِ ، وساق لنا التَّنوخيُّ في كتابِه الطويل الشائقِ ، أكثَرَ منْ مائتي قصَّةٍ لمن نُكبُوا ، أو حُبسُوا أو عُزلُوا ، أو شُرِّدُوا وطُردُوا ، أو عُذِّبُوا وجُلدُوا ، أو افتقرُوا وأملقوا ، فما هي إلا أيام ، فإذا طلائع الإمداد وكتائب الإسعاد وافتْهم على حين يأس ، وباشرتْهم على حين غفلةٍ ، ساقها لهم السميع المجيب . إنَّ التنوخيَّ يقولُ للمصابين والمنكوبين : اطمئنُّوا ، فلقد سبقكُم فوقٌ في هذا الطَّريقِ وتقدَّمكم أُناسٌ

Dalam kitab “Al Faraj Ba’da Asy Syiddah” (الفرج بعد الشدة)* (Bahagia sesudah derita), adalah kitab motivasi mengenai setiap orang yang ditimpa kesulitan atau musibah, maka akan ada jalan keluar. Dalam kitab ini beliau membawa kisah 100 orang yang ditimpa pelbagai musibah dan penderitaan yang berat, saat mereka hampir berputus asa, maka Allah ‎ﷻ mengirimkan pertolongan.

اطمئنُّوا ، فلقد سبقكُم فوقٌ في هذا الطَّريقِ وتقدَّمكم أُناس

Berkata Al tanukhi kepada orang ditimpa derita, “Tenanglah kamu, banyak orang yang lebih teruk keadaannya daripada kamu.”

*⃣ Kitab Al Faraj adalah karya Al Qadhi Al Muhsin bin Ali Al Tanukhi (القاضي المحسن بن علي التنوخي) w. 384 H, Baghdad.

La Tahzan 268-2: Tenanglah Wahai Manusia (اطمئِنُّوا أيُّها الناسُ)

إذنْ فهذه سُنَّةٌ ماضية * وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ * ، * وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ * .

Ini adalah sunnatullah sejak dahulu kala lagi, manusia akan dikenakan ujian;

Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit [Al Baqarah: 155]

Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka [Al Ankabut: 3]

إنها قضيَّةٌ عادلةٌ أنْ يُمحِّص اللهُ عباده ، وأنُ يتعَّبدهم بالشّدَّةِ كما تعبَّدهُمْ بالرخاءِ ، وأنْ يُغايِر عليهم الأطوار كما غاير عليهم الليل والنهار ،

Ini adalah permasalahan keadilan di mana Allah‎ ﷻ ingin membersihkan daripada dosa-dosa dengan mempergilirkan bentuk cubaan sama ada kesusahan dengan kesenangan sebagaimana Dia mempergilirkan siang dan malam.

La Tahzan 267: Rahsia kenapa Jalan keluar berkait dengan Kesulitan ( منْ لطائفِ أسرارِ اقترانِ الفرج بالكرْب)

0

🛣 🛣 🛣 🛣

La Tahzan 267: Rahsia kenapa Jalan keluar berkait dengan Kesulitan ( منْ لطائفِ أسرارِ اقترانِ الفرج بالكرْب)

منْ لطائفِ أسرارِ اقترانِ الفرج بالكرْب ، واليُسْرِ ، أنَّ الكرب إذا اشتدَّ وعظُم وتناهى ، وحصل للعبد اليأسُ من كشْفِه من جهةِ المخلوقين تعلَّق باللهِ وحده ، وهذا هو حقيقةُ التَّوكُّلِ على اللهِ
وأيضاً فإنَّ المؤمن إذا استبطأ الفرج ، وأيِس منه كثْرةِ دعائِه وتضرُّعِه ، ولم يظهر عليه أثرُ الإجابةِ ، فرجع إلى نفسِه باللاَّئمةِ ، وقال لها : إنما أُتيتُ منْ قِبلِكِ ، ولو كان فيك خيرٌ لأُجبْتُ

Dua isu berkaitan dengan kenapa jalan keluar daripada masalah hidup ada hubungkait dengan kesulitan:

1⃣ Bila semua harapan musnah, tiada manusia dapat menolongnya, maka ketika itu dia menyerahkan harapan hanya kepada Allah ‎ﷻ

2⃣ Bila pertolongan tidak kunjung tiba dan dirasakan doanya tidak terjawab, maka ketika dia akan salahkan dirinya sendiri…

Kedua-dua situasi begini akan membuka jalan keluar kepadanya!

Berkata Syeikhul Islam Ibn Taymiyah رحمه الله:

ويقولُ ابنُ تيمية شيخُ الإسلامِ : « إنها لَتَمُرُّ بقلبي ساعاتٌ أقولُ : إن كان أهلُ الجنةِ في مِثْلِ ما أنا فيه ، فهم في عيشٍ طيِّبٍ »

Ada ketika hatiku merasai suatu perasaan yang tidak dapat diceritakan maka aku berkata kepada diriku, “Jika beginilah perasaan penduduk syurga seperti apa yang aku rasakan, maka mereka memang dalam kebahagiaan (hakiki)”.

✳️ Maksud kata-kata Syeikhul Islam, ada ketika walaupun beliau ditimpa oleh pelbagai musibah berupa tuduhan dan pernah merengkuk dalam penjara, namun jiwanya telah mencapai makam ketenangan dan kelazatan bersama Allah ‎ﷻ, maka beliau berkata, kalau beginilah perasaan penghuni syurga, maka itulah erti kebahagiaan.

La Tahzan 266: Perihal Tiga Poster (ثلاثُ لوحاتٍ)

0

🖼 🖼 🖼 🖼

La Tahzan 266: Perihal Tiga Poster (ثلاثُ لوحاتٍ)

بعضُ الأذكياء علَّق على مكتبِهِ ثلاث لوحاتٍ ثمينةٍ :
مكتوبٌ على الأولى : يوْمُك يومُك . أي عِشْ في حدودِ اليوم .
وعلى الثانيةِ : فكِّرْ واشكرْ . أي فكِّرْ في نِعَمِ اللهِ عليك ، واشكُرْه عليها .
وعلى الثالثةِ : لا تغضبْ .
إنها ثلاثُ وصايا تدلُّك على السعادةِ منْ أقْربِ الطرقِ ، ومن أيْسرِ السُّبُلِ ، ولك أن تكتبها في مُفكِّرتِك لتطالِعها كلَّ يومٍ

Sebahagian orang yang bijakpandai menggantung tiga poster di pejabatnya. Setiap poster tertulis kata-kata yang amat berharga:

1⃣ Poster pertama: Yaumak, yaumak, Hari ini harimu, hari ini harimu (hiduplah sepenuhnya dalam 24 jam)

2⃣ Poster kedua: Fikir dan syukurlah (fikir atau hitung nikmat Allah ‎ﷻ ke atas dirimu dan syukurlah)

3⃣ Poster ketiga: Jangan Marah (La Taghdhab)

❇️ Tiga poster yang akan membawa anda menuju kebahagiaan dengan paling singkat dan mudah. Catatlah tiga poster ini (sebaiknya dalam telefon bimbit) supaya anda dapat melihatnya setiap hari.

La Tahzan 265: Bagaimana mensyukuri Nikmat yang banyak padahal anda tidak mampu mensyukuri nikmat yang Sedikit (كيف تشكُرُ على الكثيرِ وقد قصَّرت في شُكْرِ القليلِ)

0

🌼🌼🌼🌼

La Tahzan 265: Bagaimana mensyukuri Nikmat yang banyak padahal anda tidak mampu mensyukuri nikmat yang Sedikit (كيف تشكُرُ على الكثيرِ وقد قصَّرت في شُكْرِ القليلِ)

إنَّ منْ لا يحمدُ الله على الماءِ الباردِ العذْبِ الزُّلالِ ، لا يحمدُه على القصورِ الفخمةِ ، والمراكبِ الفارِهةِ ، والبساتينِ الغنَّاءِ

Orang yang tidak biasa memuji Allah ‎ﷻ atas nikmat segelas air dingin yang bersih, tidak mungkin akan bersyukur jika dikurniakan istana yang indah, kenderaan mewah dan kebun-kebun yang berbuat lebat…

{وَمِنْهُمْ مَنْ عَاهَدَ اللَّهَ لَئِنْ آتَانَا مِنْ فَضْلِهِ لَنَصَّدَّقَنَّ وَلَنَكُونَنَّ مِنَ الصَّالِحِينَ (75) فَلَمَّا آتَاهُمْ مِنْ فَضْلِهِ بَخِلُوا بِهِ وَتَوَلَّوْا وَهُمْ مُعْرِضُونَ (76)

Dan di antara mereka ada orang yang telah berikrar kepada Allah, “Sesungguhnya jika Allah memberikan sebahagian kurnia­-Nya kepada kami, pastilah kami akan bersedekah dan pastilah kami termasuk orang-orang yang soleh.” [75]

Maka setelah Allah memberi­kan kepada mereka sebahagian daripada kurnia-Nya, mereka kikir dengan kurnia itu, dan berpaling, dan mereka memanglah orang-orang yang selalu membelakangi (kebenaran).[76]

[Surah At Tawbah: 75-76]

ASMAU’L HUSNA: BAB 6 KESUNGGUHAN AHLUSUNNAH DALAM PERBAHASAN AL-ASMA’ AL-HUSNA

0

BAB 6 KESUNGGUHAN AHLUSUNNAH DALAM PERBAHASAN AL-ASMA’ AL-HUSNA

Sesungguhnya antusias ahlussunnah wal jama’ah dalam perbahasan Al-Asma’ Al-Husna dan dalam semua pembahasan agama adalah sikap antusias yang benar dan di atas jalan yang lurus, kerana dibangun di atas nash-nash syariat serta selalu berpegang kepada Al-Qur’an dan Sunnah tanpa mengurangi atau menambahi. Mereka beriman dengan apa yang ada dalam Al-Qur an dan Sunnah dari nama-nama dan sifat-sifat Allah Ta’ala, dan memperlakukannya apa adanya serta menetapkannya sesuai dengan zhahirnya.

[Golongan Ahli Sunnah memang amat menjaga ketauhidan nama-nama Allah ‎ﷻ dan Sifat-Nya kerana ia adalah sebahagian daripada perkara Tauhid (Tauhid Rububiyyah, Uluhiyyah, Asma’ wa sifat). Sekarang kita sedang belajar elemen ketiga iaitu Asma’ wa sifat. Dan kita pun tahu, tauhid adalah perkara yang terpenting dalam agama. Jika tersilap dalam bab Tauhid, alangkah ruginya. Maka mengenal nama-nama Allah ‎ﷻ amatlah penting.

Untuk menjadi seorang Muwahhidoon (orang yang berpegang dengan Tauhid), seorang Muslim memahami dan menjaga Tauhid dari segi tiga perkara: Rububiyah, Uluhiyah dan Nama-nama-Nya. Jika rosak salah satu komponen, maka terkeluar dari lembah tauhid dan masuk ke dalam syirik. Sebab ketiga-tiga elemen ini adalah rukun.

Kena jaga sungguh-sungguh kerana ini adalah hal agama. Ia juga merupakan perintah daripada Allah ‎ﷻ. Kita ambil tahu dan belajar bukan kerana politik, kepentingan keduniaan dan apa-apa pun. Hanya kerana Allah ‎ﷻ semata-mata.

Yang Ahli Sunnah kena pegang adalah daripada nas-nas Al-Qur’an dan hadith. Mereka tidak tambah dan tidak mengurangkan. Tidak tambah dan reka-reka daripada fahaman sendiri. ]

Mereka tidak menyelewengkan maknanya dari yang sebenarnya, tidak pula menyimpangkan nama-nama Allah dan ayat-ayat-Nya, tidak pula mempertanyakan sifat tersebut, serta tidak menyerupakannya dengan sifat makhluk. Kerana Allah Ta’ala tidak ada yang serupa dan yang sama dengan-Nya sesuatu pun dan tidak boleh disamakan dengan makhluk-Nya.

[Mereka tidak melakukan ‘ilhad’ iaitu melencong daripada makna asal. Mereka meletakkan sifat yang layak dengan Allah ‎ﷻ. Tidak samakan sifat Allah ‎ﷻ dengan sifat makhluk. ]

Mereka beriman bahawa para rasul-Nya yang telah memberitahukan tentang Allah melalui sifat-sifat tersebut adalah orang-orang yang jujur dan wajib untuk dibenarkan. Ucapan mereka adalah wahyu dari Allah dan tugas mereka adalah menyampaikan ajaran Allah.

Hal ini berlainan dengan orang-orang yang berkata tentang Allah tanpa ilmu, tetapi dari apa yang diwahyukan oleh akal mereka yang kerdil dan pemahaman mereka yang sempit serta nit mereka yang jelek.

[Contohnya apabila Nabi ﷺ kata Allah ‎ﷻ di langit, adakah Nabi ﷺ reka sendiri? Tidak, ia daripada wahyu Allah, bukan? Baginda hanya menyampaikan sahaja. Maka inilah yang sepatutnya kita pegang kerana wahyu kata begitu.

Namun, malangnya ada golongan bid’ah yang reka sifat-sifat Allah ‎ﷻ. Antaranya kata Allah tidak bertempat, ada di mana-mana. Ini tidak ada nas wahyu yang mengatakan sedemikian. Ini sangkaan akal sahaja dan ini amat bahaya. Yang sepatutnya kita sebagai manusia dan umat Islam adalah kena ikut wahyu. ]

Oleh kerananya, Allah berfirman:

سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ

Maha Suci Tuhanmu Yang mempunyai keperkasaan dari apa yang mereka katakan.

وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ

Dan kesejahteraan dilimpahkan atas para rasul.

وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

Dan segala puji bagi Allah Tuhan seru sekalian alam.

(Shaafaat:180-182)

Allah menyucikan diri-Nya dari apa yang disifatkan oleh orang-orang yang menyelisihi para rasul. Dia pun mengucapkan salam kepada para rasui dikeranakan selamatnya ucapan mereka dari kekurangan dan celaan. Kemudian Allah memuji diri-Nya atas keesaan-Nya dengan sifat-sifat terpuji yang sempurna yang layak bagi-Nya.

[Allah ‎ﷻ suci daripada sifat-sifat yang direka oleh golongan jahiliyah dan juga ahli bid’ah. Contohnya golongan jahiliah kata Allah ‎ﷻ memerlukan perantaraan (wasilah) dalam berdoa.

Sejahtera ke atas Rasul kerana mereka tidak reka fahaman baru, tetapi mereka ikut apa sahaja apa yang disampaikan oleh Allah ‎ﷻ.

Allah dipuji kerana Dia mempunyai sifat-sifat kepujian yang layak dipuji kerana sifat-Nya yang maha sempurna. ]

Demikianlah keadaan orang-orang yang mengikuti para rasul, mereka menetapkan apa yang telah ditetapkan oleh para rasul Allah terhadap Rabb mereka dari sifat kesempurnaan dan kemuliaan, seperti Dia berbicara dengan hamba-Nya, kecintaan-Nya, kasih sayang-Nya kepada mereka dan ketinggian-Nya di atas semua makhluk-Nya, bersemayam-Nya di atas Arsy, kemurkaan-Nya kepada para musuh-musuh-Nya dan lain sebagainya dari sifat-sifat-Nya yang mulia.

Mereka mengimani semua hal in dan memperlakukannya sesuai apa adanya, tanpa mempertanyakan sifat-sifat tersebut, atau menyerupakannya dengan makhluk, atau menyelewengkan maknanya yang menjerumuskan kepada peniadaan terhadap sifat-sifat Rabb.

Bahkan cukuplah sunnah Rasul bagi mereka dan mereka tidak melampaui batasan-batasannya dengan berbuat bid’ah yang sesat atau hawa nafsu yang jahat. Dengan itulah, mereka meraih derajat yang tinggi dan kedudukan yang mulia di dunia dan di akhirat. Jalan mereka amat jelas, metode mereka paling lurus, petunjuk mereka paling benar, bahkan itulah kebenaran yang tidak ada duanya lagi dan itulah petunjuk yang tidak ada selainnya, kecuali kesesatan.

[Kita kena jadi seperti golongan yang disebut ini iaitu menerima apa sahaja yang Allah ‎ﷻ sebut dalam wahyu. Mereka tidak menyibukkan diri dengan pertanyaan ‘bagaimana’ keadaan Allah ‎ﷻ. Mereka tidak melakukan takwil.

Maksudnya mengubah makna sifat Allah ‎ﷻ. Melencong daripada apa yang disebut. Sebagaimana ada golongan takwil istiwa kepada istawla (menguasai). Ini telah membawa kepada ta’til (mengosongkan). Apa masalahnya? Mengosongkan Tuhan daripada sifat. Ini kerana jika menafikan sifat Tuhan, maka akan menafikan kewujudan Tuhan. Sebagai contoh apabila kata Allah‎ ﷻ tidak bertempat, Allah tidak itu dan ini….maka ini menafikan sifat Allah ‎ﷻ dan akhirnya menafikan kewujudan Allah ‎ﷻ‎.

Ahli sunnah Waljamaah tidak begitu. Mereka menerimapakai apa yang wahyu sebut dan Allah ‎ﷻ mengangkat kedudukan mereka. Selain daripada mereka itu adalah sesat.

Sebagai contoh aliran ilmu kalam. Ada ajaran Islam yang dicampur adukkan dengan fahaman Yunani. Maka fahaman mereka telah dicemari dengan fahaman falsafah. Ada di antara mereka yang menafikan sifat Allah ‎ﷻ kerana telah terikut dengan fahaman salah. Mereka mahu membezakan sangat dengan makhluk, tetapi dalam masa yang sama menafikan sifat Allah ‎ﷻ pula.

Kaedah mereka gunakan adalah ‘negatif’. Mereka mahu membezakan Tuhan dengan makhluk, maka mereka menafikan sifat yang ada pada makhluk dengan sifat Allah ‎ﷻ. Makhluk ada mata, maka Tuhan tidak ada mata; makhluk bergerak maka Tuhan tidak bergerak. Maka bagaimana pula dengan kewujudan Allah? Mereka terpaksa kata Allah tidak wujud, dan juga tidak ‘tidak wujud’. Pening! Maka kaedah ilmu kalam tidak boleh disesuaikan dengan ilmu falsafah. Mana boleh ambil falsafah Aristotle dan Plato yang tidak beriman dengan Allah ‎ﷻ? Agama Islam ini indah dan mudah hendak difahami namun tela disusahkan pula oleh ilmu kalam.

Aristotle dan Plato memang kena buat falsafah untuk menolak tuhan-tuhan mereka yang pelik. Mereka kena tolak fahaman salah kaum mereka daripada fahaman Greek Yunani. Sesenang hati saja mengguling tuhan-tuhan yang lain, berkelahi dan berperang, ada anak hasil hubungan dengan manusia. Maka sifat sebegini tidak boleh diterima oleh otak manusia yang waras. Jadi Plato kena cari formula untuk menjernihkan fahaman aneh dari Yunani. Maka dia kena takwil sifat Tuhan. Akan tetapi kita sebagai orang Islam tidak perlu hendak takwil kerana Allah ‎ﷻ sendiri telah menerangkan kepada kita nama, sifat-Nya. Kita tidak berhajat kepada takwilan sifat Tuhan kerana telah diberitahu kepada kita.

Jangan ragu-ragu dengan pemberitahuan dalam wahyu. Jika Allah ‎ﷻ beritahu Dia istiwa’ di Arash, kita terima; kalau Allah ‎ﷻ beritahu Dia menjadikan Adam عليه السلام dengan dua tangan-Nya, maka kita terima sahaja tanpa perlu memikirkan lebih daripada itu. ]

La Tahzan 264: Bertahap-tahap (dalam Dakwah) (رويداً .. رويداً)

0

✏️✏️✏️✏️

La Tahzan 264: Bertahap tahap (dalam Dakwah) (رويداً .. رويداً)

264-1 Wasiat supaya beransur kepada Muaz

إنّ من إضفاء السعادة على المُخاطبين بكلمة الوعي ، التَّدرُّجُ في المسائلِ ، الأهمُّ ، يصدِّقُ هذا وصيتُه – صلى الله عليه وسلم – لمعاذٍ – رضي اللهُ عنه – لمَّا أرْسَلَه إلى اليمنِ : (( فليكُنْ أوَّل ما تدعوهمْ إليه ، أنْ لا إله إلا الله وأني رسولُ اللهِ ….. )) الحديث

Antara kebahagiaan yang dapat kita berikan kepada orang yang kita dakwahkan ialah kalimah yang menyentuh hatinya, pendekatan yang sistematik, dahulukan yang lebih penting dahulu. Inilah metod Nabawi yang berikan kepada Muaz bin Jabal رضي الله عنه sebelum mengutus beliau ke Yaman:

(فليكن أوَّلُ ما تدعوهم إليه شهادةَ أنْ لا إلهَ إلَّا اللهُ وأنَّ محمَّدًا رسولُ اللهِ (متفق عليه: البخاري (1458)، ومسلم (19)

Hendaklah engkau mulakan ajakan dengan syahadah la ilaha illlah dan Muhammad pesuruh Allah.

(Muttafaq ‘alaih, Bukhari 1458, Muslim 19 daripada sanad Ibn Abbas رضي الله عنه)

✏️✏️✏️✏️

La Tahzan 264: Bertahap-tahap (dalam Dakwah) (رويداً .. رويداً)

264-2: Rahsia Al-Qur’an tidak diturunkan sekali gus

Firman Allah ‎ﷻ:

وَقَالَ الَّذِينَ كَفَرُوا لَوْلَا نُزِّلَ عَلَيْهِ الْقُرْآنُ جُمْلَةً وَاحِدَةً ۚ كَذَٰلِكَ لِنُثَبِّتَ بِهِ فُؤَادَكَ ۖ وَرَتَّلْنَاهُ تَرْتِيلًا

Berkatalah orang-orang yang kafir: “Mengapa Al-Qur’an itu tidak diturunkan kepadanya sekali turun saja?”; demikianlah supaya Kami perkuatkan hatimu dengannya dan Kami membacanya secara tartil (teratur dan benar).

[Al Furqan: 32]

إذن في المسألة أولٌ وثانٍ وثالثٌ ، فلماذا نُقحمُ المسائل على المسائل إقحاماً ، ولماذا نطرحُها جملةً واحدةً ؟!

Jadi dalam sesuatu permasalahan atau isu ada pecahan masalah satu, dua dan tiga, tetapi kenapa kita gaulkan kesemuanya atau menyelesaikannya sekali gus?

إنَّ من سعادةِ المسلمين بإسلامِهم أنْ يشعُروا بالارتياح منْ تعاليمِه وباليُسر في تلقِّي أوامره ونواهيه ؛ لأنه أتى أصلاً لإنقاذهم من الاضطرابِ النفسيِّ والتَّشرُّردِ الذِّهنيِّ والتَّفلُّتِ الاجتماعي

Petanda kebahagian umat Islam dengan Islam anutannya ialah mereka merasa senang sekali menerima ajaran-ajarannya, tidak ada rasa berat menerima ajaran dan larangannya. Ini kerana Islam turun untuk menyelamatkan mereka daripada kegoncangan, kekacauan dan kegelinciran.

Popular

Iklan

Iklan