🎭 🎭 🎭 🎭
La Tahzan 270-1: Rekreasi membantu melancarkan Perjalanan (استجمامٌ يُعين علىُ مُواصلةِ السَّيْرِ)
من المعلومِ أنَّ في الشريعةِ سَعَةً وفُسحةً ، تُعينُ العبد على الاستمرار في عبادتِه وعطائِه وعملِه الصالحِ ، فرسولُنا – صلى الله عليه وسلم – كان يضحكُ * وَأَنَّهُ هُوَ أَضْحَكَ وَأَبْكَى *
Antara yang ketara dalam syariah ada kelonggaran untuk membantu seseorang hamba untuk meningkatkan kualiti dalam ibadah, infaq dan amal solehnya. Bahawa Rasulullah ﷺ sendiri juga biasa tertawa.
Firman Allah ﷻ:
وَأَنَّهُ هُوَ أَضْحَكَ وَأَبْكَىٰ
Dan bahawasanya Dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis [An Najm: 43]
🎭 🎭 🎭 🎭
La Tahzan 270-2: Rekreasi membantu melancarkan Perjalanan (استجمامٌ يُعين علىُ مُواصلةِ السَّيْرِ)
وسابق عائشة رضي اللهُ عنها ، وكان يتخوَّلُ الصحابة بالموعظةِ ، كراهِية السَّآمِة عليهم
(Antara cara Nabi ﷺ menghilangkan kebosanan hidup) di mana pernah baginda berlumba lari dengan Aisyah رضي الله عنها*, begitu juga baginda bijaksana dalam memberi nasihat agama untuk menghilangkan kebosanan (para sahabat)
✳️ Hadith berlumba lari Nabi ﷺ dengan Aisyah رضي الله عنها:
أنها كانت مع رسولِ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم في سَفَرٍ ، وهي جاريةٌ [ قالت : لم أَحْمِلِ اللَّحمَ ، ولم أَبْدُنْ ] ، فقال لأصحابِه : تَقَدَّموا ، [ فتَقَدَّموا ] ، ثم قال : تَعَالَيْ أُسَابِقْكِ ، فسابقتُه ، فسَبَقْتُه على رِجْلَيَّ
Aisyah رضي الله عنها berkata: Aku keluar bersama Nabi ﷺ dalam sebahagian musafirnya. Ketika itu aku seorang gadis yang belum gemuk. Baginda berkata kepada sahabat-sahabat lain: Pergi dahulu, lalu para sahabat pun bergerak dahulu. Kemudian baginda berkata kepada ku: Mari ke sini (baginda mengajak untuk berlumba lari). Aku akan menewaskan mu. ‘Aisyah berkata: Lalu aku telah menewaskan baginda.” (HR Ahmad, No: 26320, Sunan Abi Daud, No: 2578), disahihkan oleh al Albani (Adab Az Zifaf) dan Al Arnaout (Tahqiq aal Musnad)
🎭 🎭 🎭 🎭
La Tahzan 270-3: Rekreasi membantu melancarkan Perjalanan (استجمامٌ يُعين علىُ مُواصلةِ السَّيْرِ)
Jangan mempersulitkan diri
كراهِية السَّآمِة عليهم ، وكان ينهى عن التَّعمُّق والتَّكلُّفِ والتشديدِ ، ويُخبرُ أنه لن يُشادّ الدِّين أحدٌ ، إلا غَلَبَهُ ، وفي الحديثِ أنَّ الدين متينٌ ،
Antara rahsia kelancaran perjalanan hidup ialah larangan Nabi ﷺ daripada melakukan sesuatu yang dibuat buat (bid’ah), terlalu mendalam dan menyulitkan diri sendiri, sebagaimana sebuah hadith “Siapa yang mempersulit dalam menjalankan urusan agama, maka agama akan mempersulitkannya”:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ الدِّينَ يُسْرٌ وَلَنْ يُشَادَّ الدِّينَ أَحَدٌ إِلَّا غَلَبَهُ
Daripada Abu Hurairah رضي الله عنه bahawa Nabi ﷺ bersabda: “Sesungguhnya agama itu mudah, dan tidaklah seseorang mempersulit agama kecuali dia akan dikalahkan (semakin berat dan sulit). (HR Bukhari No. 8 )
🎭 🎭 🎭 🎭
La Tahzan 270-4: Rekreasi membantu melancarkan Perjalanan (استجمامٌ يُعين علىُ مُواصلةِ السَّيْرِ)
Ukurlah kemampuan diri masing-masing
Athar Umar Al Khattab رضي الله عنه:
إنَّ للنفوسِ إقبالاً وإدباراً ، فاغتنموها عند إقبالها ، وذرُوها عند إدبارِها ( ذكره الزمخشري في ((ربيع الأبرار))
“Jiwa memiliki kemampuan untuk maju dan mundur. Pergunakan saat ia sedang maju (bermotivasi) dan berundur saat ia sedang merudum.” (Dinukil oleh Al Zamakhsari dalam kitab Rabi’ul Abrar, ms 158)
وإلاَّ فالعاقلُ له حدٌّ أدنى في العملِ يُداومُ عليه ، فإنْ نشط زاد ، وإنْ ضعف بقي على أصلِه
Orang yang berakal mengetahui bahawa dirinya memiliki batas minima ketika melakukan sesuatu amalan; ketika dia bersemangat, dia melipatgandakan usahanya, ketika dia merudum, atau futur/lemah, maka dia beramal pada tahap minima sahaja.
🎭 🎭 🎭 🎭
La Tahzan 270-5: Rekreasi membantu melancarkan Perjalanan (استجمامٌ يُعين علىُ مُواصلةِ السَّيْرِ)
Jangan banyak sangat melakukan yang sunat-sunat
وما رأيتُ نفراً زادُوا في الكْيلِ ، وأكثَرُوا من النوافل ، وحاولوا أنْ يُغالوا ، فانقطعُوا وعادُوا أضْعفَ ممَّا كانوا قبْلَ البدايةِ .
والدِّينُ أصلاً جاء للإسعاد * مَا أَنزَلْنَا عَلَيْكَ الْقُرْآنَ لِتَشْقَى *
Aku perhatikan ada orang yang memaksa diri untuk menambah berat amalannya, banyak melakukan yang sunat-sunat di luar batas kemampuannya, akhirnya ia terputus daripada amalan tersebut dan kembali merudum bahkan lebih teruk daripada sebelumnya. Yang asal atau yang dasar, Islam datang untuk membahagiakan (والدِّينُ أصلاً جاء للإسعاد)
Firman Allah ﷻ:
مَآ أَنزَلْنَا عَلَيْكَ ٱلْقُرْءَانَ لِتَشْقَىٰٓ ﴿٢}
Kami tidak menurunkan Al Quran ini kepadamu agar kamu menjadi susah [Taha: 2]
🎭 🎭 🎭 🎭
La Tahzan 270-6: Rekreasi membantu melancarkan Perjalanan (استجمامٌ يُعين علىُ مُواصلةِ السَّيْرِ)
Jangan menjadi rahbaniah
وقد لام اللهُ قوماً كلَّفُوا أنفُسهم فوق الطَّاقةِ ، ثم انسحبوا منْ أرضِ الواقع ناكثِين ما ألزمُوا أنفسهم به
Allah ﷻ mencela orang yang membebani diri mereka dengan sesuatu yang di luar kemampuan mereka, akhirnya mereka menarik diri daripada dunia realiti dengan menghalang keperluan asasi diri mereka sendiri yakni amalan rahbaniah (seperti bernikah kahwin, pakaian yang baik-baik dan bergaul dengan orang ramai). Firman Allah ﷻ:
وَرَهبانِيَّةً ابتَدَعوها ما كَتَبنٰها عَلَيهِم إِلَّا ابتِغاءَ رِضوٰنِ اللهِ فَما رَعَوها حَقَّ رِعايَتِها ۖ
Dan mereka mengada-adakan rahbaniyyah* padahal kami tidak mewajibkannya kepada mereka tetapi (mereka sendirilah yang mengada-adakannya) untuk mencari keredhaan Allah, lalu mereka tidak memeliharanya dengan pemeliharaan yang semestinya.
[Al-Hadid: 27]
✳️ Rahbaniah bermaksud amalan kepaderian dalam agama kristian, doktrin menolak dunia dengan tidak berkahwin, tidak bergaul dengan manusia dan menjauhi kelazatan dunia.
🎭 🎭 🎭 🎭
La Tahzan 270-7: Rekreasi membantu melancarkan Perjalanan (استجمامٌ يُعين علىُ مُواصلةِ السَّيْرِ)
Islam agama yang seimbang
وميزةُ الإسلامِ على سائر الأديانُ أنه دينُ فطرةٍ ، وأنه وَسَطٌ ، وأنه للرُّوحِ والجسمِ ، والدنيا والآخرةِ ، وأنه ميسرٌ * ذَلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ * .
Keistimewaan Islam di atas agama-agama yang lain ialah ia Deen fitrah (agama ketetapan ilahi), wasitiyah (sederhana), untuk roh dan fizikal, dunia dan akhirat, dan ia dimudahkan. Firman Allah ﷻ:
(* ذَلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ *)
Itulah agama yang lurus
[Ar-Rum: 30]
🎭 🎭 🎭 🎭
La Tahzan 270-8: Rekreasi membantu melancarkan Perjalanan (استجمامٌ يُعين علىُ مُواصلةِ السَّيْرِ)
Uzlah (mengasingkan diri) juga sejenis rekreasi
عن أبي سعيد الخُدْريّ قال : جاء أعرابيٌّ إلى النبيِّ – صلى الله عليه وسلم – فقال : يا رسول اللهِ ، أيُّ الناس خيْرٌ ؟ قال: ((مؤمِنٌ مجاهِدٌ بنفسِه ومالِه في سبيلِ اللهِ، ثم رجُلٌ معتزلٌ في شِعْبٍ من الشِّعابِ يعبُد ربَّه )) . وفي روايةٍ : (( يتَّقي الله ويدع الناس من شرِّه )
Daripada Abu Said al-Khudri رضي الله عنه, katanya, “Ada seorang lelaki berkata: “Manakah orang yang paling utama itu?” Beliau bersabda: “Iaitu seorang mukmin yang berjihad dengan nyawanya dan hartanya pada jalan Allah ﷻ.”Kemudian orang itu bertanya lagi: “Selanjutnya siapakah?” Beliau ﷺ bersabda: “Kemudian seorang yang memencilkan dirinya di sebuah lembah pergunungan (tempat terpencil), untuk menyembah kepada Tuhannya.”
Dalam riwayat lain disebutkan: “(Dia memencilkan dirinya) kerana ia bertaqwa kepada Allah ﷻ dan meninggalkan para manusia daripada keburukannya diri sendiri.”
✍ Takhrij: HR Bukhari, No. 2786 (dorar.net)
🎭 🎭 🎭 🎭
La Tahzan 270-9: Rekreasi membantu melancarkan Perjalanan (استجمامٌ يُعين علىُ مُواصلةِ السَّيْرِ)
Uzlah (mengasingkan diri) di akhir zaman
وعنْ أبي سعيدٍ قال : سمعتُ النبي – صلى الله عليه وسلم – يقولُ : (( يُوشكُ أنْ يكون خير مالِ المسلم غنمٌ يتبعُ بها شعْفَ الجبالِ ومواقع القطْرِ ، يفرُّ بدينِه من الفِتنِ )) . رواه البخاريُّ
✍ Takhrij:
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الخُدْرِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، أَنَّهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ((يُوشِكُ أَنْ يَكُونَ خَيْرَ مَالِ المُسْلِمِ غَنَمٌ يَتْبَعُ بِهَا شَعَفَ الجِبَالِ وَمَوَاقِعَ القَطْرِ، يَفِرُّ بِدِينِهِ مِنَ الفِتَنِ)) (صحيح البخاري: كتاب الفتن, رقم (7088).
Daripada Abi Said Al Khudri رضي الله عنه bahawasanya beliau berkata, Rasulullah ﷺ bersabda, “Hampir tiba waktunya di mana sebaik-baik harta si muslim adalah kawanan kambing yang dia menggembalakannya di lereng-lereng gunung, dan juga lembah-lembah yang banyak turun hujan, dia lari membawa agamanya menghindari fitnah-fitnah.” (HR Bukhari, Kitab Al Fitan, No. 7088)
🎭 🎭 🎭 🎭
La Tahzan 270-10: Rekreasi membantu melancarkan Perjalanan (استجمامٌ يُعين علىُ مُواصلةِ السَّيْرِ)
Athar seputar keutamaan Uzlah (mengasingkan diri daripada orang ramai)
قال عمرُ : « خُذُوا حظَّكم من العُزلةِ »
Berkata Umar Al khattab رضي الله عنه, “Ambillah kesempatan dengan melakukan uzlah.”
✍ Takhrij:
Sahih.
رواه ابن سعد في “الطبقات” 4/ 161، وابن أبي عاصم في “الزهد” (84)، وابن حبان في “روضة العقلاء” ص 101، والخطابي في “العزلة” ص 22، وابن عبد البر في “التمهيد” 17/ 445
Athar dikeluarkan oleh Ibn Sa’ad, Tabaqat 4/161, Ibn Abi Ashim, Az Zuhud, 84, Ibn Hibban, Raudhah Al ‘Uqala ms 101, Al Khutaabi, Al Uzlah, 22 dan Ibn Abdil Barr, Al Tamhid, 17/445.
🎭 🎭 🎭 🎭
La Tahzan 270-11: Rekreasi membantu melancarkan Perjalanan (استجمامٌ يُعين علىُ مُواصلةِ السَّيْرِ)
Penutup bab Uzlah (pengasingan diri)
Orang yang mengamalkan fiqh uzlah ada 3 golongan:
فالطرف الأوَّلُ : من اعتزل الناس حتى عن الجُمعِ والجماعاتِ والأعيادِ ومجامع الخيْرِ ، وهؤلاءِ أخطؤُوا .
والطرف الثاني : منْ خالط الناس حتى في مجالسِ اللَّهوِ واللَّغوِ والقيلِ والقالِ وتضييعِ الزَّمانِ ، وهؤلاء أخطؤُوا .
والوسط : منْ خالط الناس في العباداتِ التي لا تقوُم إلا باجتماعٍ ، وشاركهم في ما فيه تعاونٌ على البِرِّ والتقوى وأجرٌ ومثوبةُ ، واعتزال مناسباتِ الصَّدِّ والإعراضِ عن اللهِ وفضولِ المباحاتِ
Golongan pertama:
Golongan yang menjauhi masyarakat sehingga menjauhi salat jumaat, jama’ah, salat hari raya dan NGO lain yang bagus-bagus, ini adalah kesesatan;
Golongan kedua:
Golongan yang bebas mencampuri masyarakat dalam semua hal, hiburan, aktiviti lagha (sia-sia), membawang (medsos), juga suatu kekesatan atau kekeliruan; dan
Golongan sederhana (wasath):
Golongan yang aktif bersama masyarakat dalam ibadah berjama’ah, melibatkan diri dalam kegiatan kebaikan, ketaqwaan dan yang mendatangkan pahala serta menjauhi program yang jauh daripada Allah ﷻ dan berlebihan dalam perkara perkara yang harus. Dalil:
وَكَذَلِكَ جَعَلْنَاكُمْ أُمَّةً وَسَطاً
“Demikianlah kami jadikan kamu umat yang sederhana (wasatha).”
[Al Baqarah: 143]