Utama La Tahzan (Jangan Bersedih) La Tahzan 269: Perbuatan yang baik menjadi Benteng kejahatan (صنائعُ المعروفِ تقي...

La Tahzan 269: Perbuatan yang baik menjadi Benteng kejahatan (صنائعُ المعروفِ تقي مصارع السُّوءِ)

182
0
Iklan

🔐🔓🔐🔓

La Tahzan 269-1: Perbuatan yang baik menjadi Benteng kejahatan (صنائعُ المعروفِ تقي مصارع السُّوءِ)

منْ أجملِ الكلماتِ ، قولُ أبي بكرٍ الصِّديق – رضي الله عنه – : صنائع المعروف تقي مصارع السوءِ . وهذا كلامٌ يُصدِّقه النَّقلُ والعقلُ

Antara kalimah indah ungkapan Abu Bakar As Siddiq رضي الله عنه, “Perbuatan yang baik akan membentengi daripada perkara yang jahat.”* Kata-kata Abu Bakar ini dibenarkan oleh kedua dalil naqli dan aqli.

Dalil naqli (Al- Qur’an):

* فَلَوْلَا أَنَّهُ كَانَ مِنْ الْمُسَبِّحِينَ{143} لَلَبِثَ فِي بَطْنِهِ إِلَى يَوْمِ يُبْعَثُونَ * .

Maka kalau sekiranya dia tidak termasuk orang-orang yang banyak mengingat Allah, nescaya ia akan tetap tinggal di perut ikan itu sampai hari berbangkit.

[Ash Shaffat: 143-144]

✳️ Ini kesalahan fatal Dr Aidh Al Qarni, yang sebenarnya ia adalah hadith:

أخرجه الطبراني في الكبير (8/ 261) من طريق حفص بن سليمان عن يزيد بن عبد الرحمن عن أبيه عن أبي أمامة قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: “صنائع المعروف تقي مصارع السوء

Daripada sanad Hafs bin Sulaiman daripada Yazid bin Abdul Rahman daripada ayahnya daripada abu Umamah Al Bahili , katanya, telah bersabda Rasulullah ﷺ, “Perbuatan baik seseorang akan membenteng kejadian yang buruk” (HR Tabrani dalam Mu’jam al Kabir,8/261)
Komentar al Haithami, “Perawi dhaif ialah Hafs bin sulaiman, maka ia matruk. Hadith dhaif.

والهيثمي في المجمع (3/ 115)، غير أن فيه حفص بن سليمان وهو متروك الحديث.

Menurut Syeikh Mustafa Al Adawi: Hadith dhaif sanadnya, tetapi maksudnya sahih.

صحة حديث صنائع المعروف تقي مصارع السوء ؟ للشيخ مصطفى العدوي

🔐🔒🔐🔒

La Tahzan 269-2: Perbuatan yang baik menjadi Benteng kejahatan (صنائعُ المعروفِ تقي مصارع السُّوءِ)

Kata-kata perangsang Khadijah رضي الله عنها selepas Nabi ﷺ menerima wahyu pertama kali (Surah Iqra’) di Gua Hira’. Sambil menyelimuti suaminya, Khadijah رضي الله عنها berkata:

تقولُ خديجةُ للرسول – صلى الله عليه وسلم – : (( كلا واللهِ لا يُخزيك اللهُ أبداً لتصِلُ الرَّحِم ، وتحمِلُ الكلَّ ، وتكسِبُ المعدوم ، وتُعينُ على نوائِبِ الدَّهْرِ )) . فانظُرْ كيف استدلَّتْ بمحاسنِ الأفعالِ على حُسْنِ العواقبِ ، وكَرَمِ البدايةِ على جلالِة النهايةِ .

“Jangan begitu, tidak demikian. Demi Allah, Allah ‎ﷻ tidak akan merendahkanmu selamanya. Sesungguhnya engkau telah menyambung tali persaudaraan, engkau jujur dalam berkata, engkau telah memikul beban orang lain, engkau sering membantu keperluan orang tidak punya apa-apa, menjamu tamu dan selalu membela kebenaran.” (HR Muslim 422)

Daripada ungkapan Khadijah رضي الله عنها itu, disebutkan amalan-amalan yang baik akan membawa akibat yang baik juga; permulaan yang mulia menjurus kepada pengakhiran yang mulia juga.

Komen dan Soalan