BOLEHKAH REKA SELAWAT?
🔴 Adakah kita dibenarkan merekacipta selawat sendiri untuk Nabi ﷺ? Ini kerana terdapat riwayat sahabat seperti Sayidina Ali dengan Ibnu Mas’ud yang mencipta selawat sendiri. Apakah benar?
🟢 Jawapan:
Selawat adalah ibadah, dan syarat ibadah adalah:
i) ikhlas
ii) mencontohi atau ittiba’ ar-Rasul
Maka, jika anda berselawat, dan ingin menjadikan ia ibadah, mestilah mengikut syarat:
i) kena ikhlas
ii) kena berselawat dengan selawat yang baginda ajarkan
⚠️ Maka di sini, isunya sebenar yang anda harus jawab:
Kenapakah anda tidak suka dengan selawat yang baginda sendiri telah ajarkan?
Persoalan kedua merupakan tuduhan yang berat apabila anda telah menuduh para sahabat ahli bid’ah, sedangkan zaman sahabat bersih daripada sebarang bid’ah, begitu juga zaman tabi’in. Versi selawat seperti Selawat Ali, Selawat Kaab, Selawat Aisyah adalah dari sanad sahabat, yang merupakan versi pendek dan versi panjang telah diajar oleh baginda nabi ﷺ kepada beberapa sahabat tetapi bukanlah maksud para sahabat mencipta selawat. Maka bab yang betul adalah seperti berikut:
1⃣ Selawat paling utama (Selawat Ibrahimiyah)
2⃣ Selawat-selawat yang pelbagai dari sanad sahabat, ada versi pendek dan sederhana.
Kesemua versi selawat sahabat itu bebas daripad unsur tareqat, Pooja dan ghuluw dari segi bahasa dan iramanya.
#Ilmu
#Amal
#Prihatin
#SnJBicaraSunnahC
@bicarathtl