Utama Blog Halaman 136

Hadis Tentang Seseorang Bersama Orang Yang Dicintai

0

HADIS TENTANG SESEORANG BERSAMA ORANG YANG DICINTAI

1. Hadis tersebut adalah hadis sahih Riwayat Bukhari (#6169) dan Muslim (#2640) dari Ibnu Masud Nabi SAW bersabda:

جَاءَ رَجُلٌ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، كَيْفَ تَقُولُ فِي رَجُلٍ أَحَبَّ قَوْمًا وَلَمْ يَلْحَقْ بِهِمْ ؟ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: (المَرْءُ مَعَ مَنْ أَحَبَّ

Dari Ibnu Mas’ud ia berkata: “Ada seorang lelaki datang kepada Rasulullah lalu berkata: “Ya Rasulullah, bagaimanakah pendapat Rasul mengenai seorang yang mencintai sesuatu kaum, tetapi tidak pernah menemui kaum itu?” Rasulullah bersabda: “Seorang itu berserta orang yang dicintainya.”

Dalam hadis riwayat Anas, Nabi bersabda:

أَنْتَ مَعَ مَنْ أَحْبَبْتَ

Ertinya: “Engkau bersama orang (atau golongan) yang engkau cintai.”

Dalam sebuah hadis sahih (menurut Al-Mundziri) riwayat Tabrani dari Ali, Nabi bersabda:

وَلَا يُحِبُّ رَجُلٌ قَوْمًا إِلَّا حُشِرَ مَعَهُمْ

Ertinya: “Seseorang tidak akan mencintai suatu kaum kecuali akan dikumpulkan bersama mereka.”

MENCINTAI ADA TIGA JENIS

Mencintai seseorang, golongan atau kelompok tertentu dapat dibahagikan kepada tiga jenis:

MENCINTAI KERANA AGAMA

Pertama, cinta ideologi dan keyakinan agama. Yakni, mencintai atau menyukai seseorang atau kelompok tertentu kerana faktor ideologi dan keyakinan. Misalnya, mencintai ulama kerana kesolehan dan ketaatannya pada ajaran agama. Atau, cinta pada Karl Marx menyukai ideologi atheis-nya. Maka, cinta seperti ini dapat membawanya berkumpul dengan orang yang dicintainya kelak di akhirat. Yang cinta Rasul dan ulama akan bersama Rasul dan para ulama di syurga. Sedang yang cinta Karl Marx akan bersamanya kelak di neraka.

Dalam konteks inilah ada penjelasan Ibnu Hajar Al-Asqalani dalam Fathul Bari, hlm. 10/555:

قَوْلُهُ : (إِنَّكَ مَعَ مَنْ أَحْبَبْتَ) أَيْ: مُلْحَقٌ بِهِمْ حَتَّى تَكُونَ مِنْ زُمْرَتِهِمْ وبهذا يندفعُ إيراد أنَّ منازلهم متفاوتةٌ، فكيف تصحُّ المعيةُ؟! فيُقالُ إنَّ المعيةَ تحصلُ بمجرد الاجتماع في شيءٍ ما، ولا تلزمُ في جميع الأشياء، فإذا اتَّفقَ أنَّ الجميعَ دخلوا الجنةَ صدَقَتِ المعيةُ، وإنْ تفاوتَتِ الدرجاتُ)

Ertinya: Kalimat “Engkau bersama orang yang kamu cintai” maksudnya dipertemukan dengan mereka sehingga kamu menjadi golongan mereka.

Ibnu Battal dalam Syarah Sahih Al-Bukhari, hlm. 9/333, menyatakan sebagai penjelasan maksud hadis di atas :

بيان هذا المعنى أنه لما كان المحب للصالحين إنما أحبهم من أجل طاعتهم لله ، وكانت المحبة عملا من أعمال القلوب ، واعتقادًا لها ، أثاب الله معتقد ذلك ثواب الصالحين ، إذ النية هي الأصل ، والعمل تابع لها ، والله يؤتي فضله من يشاء

Ertinya: Penjelasan dari makna ini adalah ketika seorang mencintai orang-orang solih, di mana dia mencintai mereka kerana ketaatan mereka pada Allah sedang cinta itu merupakan perbuatan hati dan keyakinan hati maka Allah memberi pahala padanya sebagaimana pahala orang-orang solih yang dicintainya. Kerana niat itu adalah yang asal sedang amal itu mengikuti niat.

MENCINTAI DAN MENIRU PERBUATAN ORANG YANG DICINTAI

Kedua, cinta yang menyebabkan seseorang meniru dan meneladani perbuatan orang yang dicintainya. Misalnya, orang yang cinta seorang alim atau para ulama dan meneladani perbuatan mereka, maka dia akan masuk syurga bersama para ulama. Sedangkan orang yang cinta orang fasiq atau kafir lalu meniru perbuatan mereka yang maksiat maka dia akan diseksa sebagaimana mereka.

Imam Al-Ghazali dalam Ihya Ulumiddin, hlm. 2/160, menyatakan:

قال الحسن : يا ابن آدم ! لا يغرنك قول من يقول : ( المرء مع من أحب ) فإنك لن تلحق الأبرار إلا بأعمالهم ، فإن اليهود والنصارى يحبون أنبياءهم وليسوا معهم ، “

Ertinya: Al-Hasan berkata: Wahai manusia, janganlah terpedaya dengan ucapan: “Seseorang bersama orang engkau tidak akan bertemu dengan orang-orang baik kecuali dengan amal perbuatan. Kerana orang Yahudi dan Nasrani mencintai para Nabi mereka tetapi mereka tidak bersama Nabinya.

MENCINTAI KERANA FAKTOR DUNIAWI -BUKAN AGAMA

Ketiga, cinta duniawi. Mencintai sesama manusia ada ikatan batin yang bersifat duniawi seperti kekerabatan, keuntungan harta, perkahwinan atau sebab-sebab duniawi lainnya. Misalnya anak Muslim mencintai ibunya yang kafir atau anak Muslim menyukai muzik yang dinyanyikan bukan Muslim maka itu tidak menjadi sebab mereka akan dikumpulkan di akhirat. Jadi, kecintaan dan kesukaan yang bersifat duniawi dan tidak mempengaruhi orang itu untuk berbuat baik atau buruk maka tidak akan berakibat orang itu dikumpulkan bersama orang yang dicintai kelak di akhirat. Jadi, cinta jenis ketiga ini tidak masuk dalam makna hadis di atas.

Al-Zarqani dalam Syarah Al-Zarqani ala Al-Mawahib Al-Laduniyah bil Minah Al-Muhammadiyah, hlm. 5/304, menyatakan:

قال الحسن البصري : من أحبَّ قومًا اتبع آثارهم ، واعلم أنك لن تلحق بالأخيار حتى تتبع آثارهم ، فتأخذ بهديهم ، وتقتدي بسنتهم ، وتصبح وتمسي على مناهجهم ، حرصًا أن تكون منهم

Ertinya: Al-Hasan Al-Basri berkata: Barang siapa yang mencintai suatu kaum maka ia akan mengikuti perilakunya. Ketahuilah, bahawasanya engkau tidak akan dipertemukan dengan orang-orang pilihan kecuali kalau mengikuti perilaku mereka, meneladani perbuatan mereka pagi dan petang kerana keinginan untuk menjadi seperti mereka.

KESIMPULAN

Menyukai orang yang taat itu sudah mendapat pahala, menyukai mereka dan meniru perbuatan mereka akan membuat kita dikumpulkan di syurga bersama mereka. Begitu juga, menyukai dan meniru perbuatan orang kafir dan fasiq yang terlarang akan membuat kita mendapat dosa. Adapun kesukaan yang bersifat duniawi tetapi pada batas-batas tertentu yang tidak sampai membuat kita meniru perbuatan yang haram, maka itu tidak termasuk dalam makna hadis di atas.

Allahu a’lam.

Jangan Cenderung Kepada Sabarang Kezaliman

0

UiTO Channel: Tazkirah Harian

~Tadabbur Kalamullah 4 Rabiulawal 1437H~

وَلَا تَرْكَنُوا إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُوا فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ

Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka
(Surah Hud 113)

#Melawan kezaliman dan kesesatan merupakan kewajipan kepada seluruh umat Islam. Kita juga dilarang dari bersekongkol dalam menghidupkan sebarang kezaliman tersebut.

#Menyokong dan menjadi mengampu kepada orang-orang yang zalim, pengarah yang zalim, pengurus yang zalim, peniaga yang zalim, kerajaan yang zalim dan seumpamanya merupakan bersama-sama dalam menghidupkan amalan kezaliman yang diharamkan oleh Allah swt.

#Dikisahkan didalam hadis riwayat Al-bukhari, bahawa di akhirat nanti Baginda saw menerima tetamu dari umatnya di kolam (haudh), lalu datang satu kelompok manusia yang baginda mengenali mereka dan mereka mengenali Baginda saw, lalu apabila mereka hendak masuk dikawasan kolam (haudh), mereka dihalang daripadanya. Lalu Baginda saw berkata (kepada malaikat):

إِنَّهُمْ مِنِّي فَيُقَالُ إِنَّكَ لَا تَدْرِي ما بَدَّلُوا بَعْدَكَ فَأَقُولُ سُحْقًا سُحْقًا لِمَنْ بَدَّلَ بَعْدِي

“Mengapa kamu menegah mereka dari masuk ke kolam (haudh), sesungguhnya mereka daripada kalanganku? Lalu baginda saw di beritahu, sesungguhnya kamu (wahai Muhammad) tidak mengetahui, bahawa mereka telah menukar (hukum, undang-undang, sistem, cara hidup, akidah dan lain-lain) selepas kematianmu. Maka Aku (nabi) berkata; pergi jauh (dari kolam haudh) bagi orang yang telah menukar selepas kematianku”[Sahih al-Bukhari]

#Menukar sistem, undang-undang, cara hidup, akidah, cara pemerintahan kepada sekular, kapitalis, sosialis, nasionalis, iblis serta membebankan rakyat/orang bawahan dengan pelbagai cukai, kesyirikan, kemungkaran dan sebagainya merupakan kezaliman kepada diri sendiri yang mengakibatkan tidak boleh menjadi tetamu nabi SAW di akhirat nanti. Sedangkan kezaliman tidak boleh disokong, diberi undi dan dibantu pun.

Mudah-mudahan dengan tentangan yang kita lakukan terhadap sebarang bentuk kezaliman mendapat pahala yang besar, kerana di bawah kategori manusia yang menghapuskan perkara yang dibenci Allah swt

🐊Ust naim
https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim

Telegram:
Telegram.me/tadabburkalamullah
(Buka link👆dan klik join)

Cabang-Cabang Iman – Cabang Iman Ke-61 hingga Ke-64

0

Cabang-Cabang Iman

Cabang Iman Ke-61:

Menjawab Salam adalah wajib kerana ia berkaitan hal keimanan

Memberikan ucapan salam dan menjawab salam dan kaitannya dengan iman, kerana kita meyakini bahawa setiap ucapan kita adalah doa, dan setiap doa Allah SWT akan makbulkan sama ada ianya serta merta atau ditangguhkan penerimaannya.

Berikut merupakan hadis-hadis berkaitan memberi salam:

“Telah menceritakan kepada kami Qutaibah berkata, telah menceritakan kepada kami Al Laits, dari Yazid bin Abu Habib, dari Abu Al-Khair, dari Abdullah bin ‘Amru, bahawa ada seseorang bertanya kepada Rasulullah SAW “”Islam manakah yang paling baik?”” Nabi SAW menjawab: “”Kamu memberi makan dan memberi salam kepada orang yang kamu kenal dan yang tidak kamu kenal””

Hadis berkenaan dengan kelebihan memberikan salam adalah Imron bin Husein ra. mengisahkan, ada seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW dengan mengucap, “Assalamu’alaikum.” Setelah menjawabnya, beliau bersabda: “Sepuluh.” Kemudian datang lagi orang lainnya dengan mengucap salam, “Assalamu’alaikum wa rohmatullaahi.” Sesudah menjawabnya, Rasulullah SAW. berkata, “Dua puluh.” Selang beberapa waktu kemudian, datang orang yang lain lagi seraya mengucapkan salam, “Assalamu’alaikum wa rohmatullaahi wa barokatuh.” Setelah menjawabnya, Rosulullah SAW berkomentar, ’Tiga puluh.” (HR. Abu Dawud dan Tirmidzi).

Hadis menceritakan antara perbuatan pertama Nabi Adam a.s adalah memberikan salam:

Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi SAW sabdanya: “Ketika Allah SWT menciptakan Adam, lalu Dia berfirman: Pergilah hai Adam, lalu ucapkanlah salam kepada mereka iaitu kelompok para malaikat yang sedang duduk-duduk, kemudian dengarlah bagaimana cara mereka memberikan penghormatan itu kepada mu, karena sesungguhnya yang sedemikian itulah cara engkau harus memberikan penghormatan dan juga cara penghormatan untuk semua keturunan mu.” Adam lalu mengucapkan: Assalamu ‘alaikum. Kemudian para malaikat menjawab: Assalamu ‘alaika warahmatullah. Jadi mereka menambahkan untuknya kata-kata warahmatullah.

Maka amalan memberi salam adalah adab orang-orang soleh dan ianya seawal-awal perintah oleh Allah SWT kepada Adam a.s

Semoga Allah SWT memudahkan kita untuk menyebarkan salam dan menjadikan segala tindakan kita mendatangkan kesejahteraan kepada ummah.

 

Cabang Iman Ke-62:

Menziarahi muslim yang sakit kerana ia adalah sunnah Mu’akkad

Salah satu tanda keimanan atau cabang dari keimanan adalah menunaikan hak saudara se Islam kita dengan menziarahi ketika sakit.

Ziarah sakit ni tidak perlu tunggu sampai kawan kita itu masuk wad, bila kita dengar sahaja berita keadaan yang sedang sakit dan uzur, sayugia lah kita menziarahi nya.

Sabda Rasulullah SAW:

“Sesiapa yang menziarahi saudara se-Islamnya yang sakit, seolah-olah dia berada dalam ‘Kharfah’ sehinggalah dia pulang.” Baginda ditanya: “Wahai Rasulullah, apakah yang dimaksudkan dengan ‘Kharfah’ itu?” Rasulullah SAW bersabda: “Iaitu kebun di syurga (yang penuh dengan buah-buahan yang boleh dipetik pada bila-bila masa)”. [HR Muslim]

Rasulullah SAW menziarahi hatta seorang Yahudi yang belum Islam sakit.

Anas bin Malik menerangkan bahawa anak kepada seorang Yahudi sedang sakit, maka Nabi datang menziarahinya dan duduk di sebelah kepalanya. Baginda berkata kepadanya: “Masuklah Islam!” Maka anak tersebut melihat kepada ayahnya sementara ayahnya juga berada di sebelah kepalanya. Lalu ayahnya berkata: “Taatilah Abu Al-Qasim (gelaran bagi Rasulullah).” Maka anak tersebut masuk Islam. Nabi lalu berdiri dan mengucapkan: “Segala puji bagi Allah yang telah menyelamatkannya dari neraka melalui aku.” [Shahih Sunan Abu Daud, no: 2691/3095]

Apakah hikmah daripada berziarah orang yang sakit selain daripada menunaikan hak seorang Muslim ke atas Muslim?

1. Dengan menziarahi orang sakit maka kita akan dapat rasa betapa kesihatan itu satu nikmat yang boleh dicabut dari kita pada bila-bila masa sahaja.

2. Dengan menziarahi orang sakit kita boleh belajar kesabaran dan ketabahan yang dihadapi oleh pesakit.

3. Dengan menziarahi orang sakit kita dapat belajar akan ubat dan rawatan yang diperlukan untuk sakit-sakit tertentu, ketika menziarahi pesakit.

Semoga Allah SWT menjadikan kita orang-orang yang sentiasa berusaha meningkatkan iman dan amal serta sentiasa menyemak akan cabang-cabang iman kita ini untuk kita bajai dan suburi dengan ilmu dan tarbiyah yang sahih.

Cabang Iman Ke-63:

Mensolatkan mayat Muslim kerana ia merupakan fardu Kifayah

Menjadi hak bagi seorang Muslim yang meninggal dunia disembahyangkan.

“Telah menceritakan kepada kami Ahmad bin Abdullah bin Ali Al Manjufi berkata, telah menceritakan kepada kami Rauh berkata, telah menceritakan kepada kami ‘Auf, dari Al-Hasan, dan Muhammad, dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: “”Barangsiapa mengiringi jenazah Muslim, kerana iman dan mengharapkan balasan dan dia selalu bersama jenazah tersebut sampai disolatkan dan selesai dari penguburannya, maka dia pulang dengan membawa dua qiroth, setiap qiroth setara dengan gunung Uhud. Dan barang siapa mensolatkannya dan pulang sebelum dikuburkan maka dia pulang membawa satu qiroth””.

Cabang Iman Ke-64:

Mendoakan Muslim yang bersin, ia merupakan bahagian dari iman siapa yang mengamalkannya

Mendoakan sahabat Islam yang bersin. Doa itu adalah amalan yang boleh dibuat sepanjang masa.

Dalam Sunnah Nabi SAW baginda mengajarkan umatnya untuk mendoakan mereka yang bersin dengan menyebut “Yarhamukallah”. Apabila dijawab dengan “Alhamdulillah” doa lagi “Yahdina wa yahdikumullah”.

Jika perkara di amalkan insya Allah ia menjadi syiar umat Islam. Begitulah petunjuk dari Rasulullah SAW.

 

 

 

 

HADITH ARBA’IN – 28

0
BERPEGANG TEGUH KEPADA
SUNNAH NABI DAN KHULAFA-UR RASYIDIN
MERUPAKAN JALAN KESELAMATAN

 

عَنْ أَبِي نَجِيْحٍ الْعِرْبَاضِ بْنِ سَاريةَ رَضي الله عنه قَالَ : وَعَظَنَا رَسُوْلُ اللهِصَلىَّ الله عليه وسلم مَوْعِظَةً وَجِلَتْ مِنْهَا الْقُلُوْبُ، وَذَرِفَتْ مِنْهَا الْعُيُوْنُ، فَقُلْنَا : يَا رَسُوْلَ اللهِ، كَأَنَّهَا مَوْعِظَةُ مُوَدِّعٍ، فَأَوْصِنَا، قَالَ : أُوْصِيْكُمْ بِتَقْوَى اللهِ عَزَّ وَجَلَّ، وَالسَّمْعِ وَالطَّاعَةِ وَإِنْ تَأَمَّرَ عَلَيْكُمْ عَبْدٌ، فَإِنَّهُ مَنْ يَعِشْ مِنْكُمْ فَسَيَرَى اخْتِلاَفاً كًثِيْراً. فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِي وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِيْنَ الْمَهْدِيِّيْنَ عَضُّوا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ، وَإِيَّاكُمْ وَمُحْدَثَاتِ اْلأُمُوْرِ، فَإِنَّ كُلَّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ
[رَوَاه داود والترمذي وقال : حديث حسن صحيح]
Terjemahan Hadith
Dari Abu Najih Al Irbadh bin Sariah radhiallahuanhu dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam memberikan kami nasihat yang membuat hati kami bergetar dan air mata kami bercucuran.
Maka kami berkata: Ya Rasulullah, seakan-akan ini merupakan nasihat perpisahan, maka berilah kami wasiat. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “ Saya wasiatkan kalian untuk bertakwa kepada Allah ta’ala, tunduk dan patuh kepada pemimpin kalian meskipun yang memimpin kalian adalah seorang budak. Kerana di antara kalian yang hidup (setelah ini) akan menyaksikan banyaknya perselisihan. Hendaklah kalian berpegang teguh terhadap ajaranku dan ajaran Khulafaur rasyidin yang mendapatkan petunjuk, gigitlah (genggamlah dengan kuat) dengan geraham. Hendaklah kalian menghindari perkara yang diada-adakan, kerana semua perkara bid’ah adalah sesat“.
(Riwayat Abu Daud dan Tirmidzi, dia berkata : hasan shahih)
Catatan :
1. Bekas yang mendalam dari nasihat Rasulullah shollallohu ‘alaihi wa sallam dalam jiwa para sahabat. Hal tersebut merupakan tauladan bagi para da’i di jalan Allah ta’ala.
2. Taqwa merupakan perkara yang paling penting untuk disampaikan oleh seorang Muslim kepada Muslim lainnya, kemudian mendengar dan taat kepada pemerintah selama tidak terdapat di dalamnya maksiat.
3. Keharusan untuk berpegang teguh terhadap sunnah Nabi dan sunnah Khulafaur rasyidin, kerana di dalamnya terdapat kemenangan dan kesuksesan, khususnya tatkala banyak terjadi perbezaan dan perpecahan.
4. Hadits ini menunjukkan tentang sunnahnya memberikan wasiat saat berpisah kerana di dalamnya terdapat kebaikan dan kebahagiaan dunia dan akhirat.
5. Larangan untuk melakukan hal yang baru dalam agama (bid’ah) yang tidak memiliki landasan dalam agama. Semua bidaah dalam agama adalah sesat. Islam telah lengkap dan sempurna.

HADITH ARBA’IN – 27

0

 

 

KAEDAH KEBAIKAN DAN PERBUATAN DOSA

 

عَنْ النَّوَّاسِ بنِ سَمْعَانَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى الله عليه وسلم قَالَ : الْبِرُّ حُسْنُ الْخُلُقِ وَاْلإِثْمُ مَا حَاكَ فِي نَفْسِكَ وَكَرِهْتَ أَنْ يَطَّلِعَ عَلَيْهِ النَّاسُ . [رَوَاهُ مُسْلِم] . وَعَنْ وَابِصَةَ بْنِ مَعْبَد رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : أَتَيْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ : جِئْتَ تَسْألُ عَنِ الْبِرِّ قُلْتُ : نَعَمْ، قَالَ : اِسْتَفْتِ قَلْبَكَ، الْبِرُّ مَا اطْمَأَنَّتْ إِلَيْهِ النَّفْسُ وَاطْمَأَنَّ إِلَيْهِ الْقَلْبُ، وَاْلإِثْمُ مَا حَاكَ فِي النَّفْسِ وَتَرَدَّدَ فِي الصَّدْرِ، وَإِنْ أَفْتَاكَ النَّاسُ وَأَفْتَوْكَ “
[حديث حسن رويناه في مسندي الإمامين أحمد بن حنبل والدارمي بإسناد حسن]
Terjemahan Hadith
Dari Nawwas bin Sam’an radhiallahuanhu, dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam beliau bersabda: “Kebaikan adalah akhlak yang baik, dan dosa adalah apa yang terasa mengganggu jiwamu dan engkau tidak suka jika diketahui manusia“.
(Riwayat Muslim)
Dan dari Wabishah bin Ma’bad radhiallahuanhu dia berkata: Saya mendatangi Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam, lalu beliau bersabda: Engkau datang untuk menanyakan kebaikan?, saya menjawab: Ya. Beliau bersabda: Mintalah pendapat dari hatimu, kebaikan adalah apa yang jiwa dan hati tenang kerananya, dan dosa adalah apa yang terasa mengganggu jiwa dan menimbulkan keragu-raguan dalam dada, meskipun orang-orang memberi fatwa kepadamu dan mereka membenarkannya.
(Hadits hasan kami riwayatkan dari dua musnad. Imam Ahmad bin Hanbal dan Ad Darimi dengan sanad yang hasan)

 

 

 

Catatan :
1. Tanda perbuatan dosa adalah timbulnya keragu-raguan dalam jiwa dan tidak suka kalau hal itu diketahui orang lain.
2. Siapa yang ingin melakukan suatu perbuatan maka hendaklah dia menanyakan hal tersebut pada dirinya.
3. Anjuran untuk berakhlak mulia karena akhlak yang mulia termasuk unsur kebaikan yang sangat besar.
4. Hati seorang mu’min akan tenang dengan perbuatan yang halal dan gusar dengan perbuatan haram.
5. Melihat terlebih dahulu ketetapan hukum sebelum mengambil tindakan.
6. Ambillah yang paling dekat dengan ketakwaan dan kewara’an dalam agama.
7. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam ketika menyampaikan sesuatu kepada para shahabatnya selalu mempertimbangkan kondisi mereka.
8. Perhatian Islam terhadap pendidikan sisi agama yang bersifat internal dalam hati orang beriman dan meminta keputusannya sebelum mengambil tindakan.

Tafsir Surah Asy Shura- Tafsir Ayat Ke-15 dan Ke-16

0

Tafsir Surah Asy-Shura

Tafsir Ayat Ke-15

Ibn Kathir berkata ada 10 perkara yang disentuh dalam satu ayat ini sahaja dan setiap satu itu adalah hukum yang kita perlu perhatikan. Ia adalah hukum yang boleh berdiri sendiri.

فَلِذٰلِكَ فَادعُ ۖ وَاستَقِم كَما أُمِرتَ ۖ وَلا تَتَّبِع أَهواءَهُم ۖ وَقُل ءآمَنتُ بِما أَنزَلَ اللهُ مِن كِتٰبٍ ۖ وَأُمِرتُ لِأَعدِلَ بَينَكُمُ ۖ اللهُ رَبُّنا وَرَبُّكُم ۖ لَنا أَعمٰلُنا وَلَكُم أَعمٰلُكُم ۖ لا حُجَّةَ بَينَنا وَبَينَكُمُ ۖ اللهُ يَجمَعُ بَينَنا ۖ وَإِلَيهِ المَصيرُ

Oleh kerana yang demikian itu, maka serulah (mereka – wahai Muhammad – kepada berugama dengan betul), serta tetap teguhlah engkau menjalankannya sebagaimana yang diperintahkan kepada mu, dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka; sebaliknya katakanlah: “Aku beriman kepada segala Kitab yang diturunkan oleh Allah, dan aku diperintahkan supaya berlaku adil di antara kamu. Allah jualah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami amal kami dan bagi kamu amal kamu. Tidaklah patut ada sebarang pertengkaran antara kami dengan kamu (kerana kebenaran telah jelas nyata). Allah akan menghimpunkan kita bersama (pada hari kiamat), dan kepada-Nya lah tempat kembali semuanya (untuk dihakimi dan diberi balasan)”.

فَلِذَٰلِكَ فَادْعُ

Oleh kerana yang demikian itu, maka serulah

1. Serulah manusia kepada tauhid. Ini adalah arahan dan seruan dari Allah kepada kita untuk berdakwah.

Serulah manusia kepada menyembah hanya Allah sahaja. Serulah manusia kepada belajar tafsir Quran, kepada sunnah, kepada agama yang benar.

Jangan berhenti berdakwah. Ada peluang sahaja, kita dakwah kerana ramai manusia yang tidak tahu, ramai yang jahil tentang agama. Ajak mereka belajar.

Kerana ajaran tauhid lah yang boleh menyatukan manusia. Untuk bersatu, kena ajak manusia kepada tauhid.

Bila ramai yang mengamalkan ajaran tauhid, maka semakin senang kita untuk mengamalkan agama ini kerana ramai yang buat sama macam kita. Hanya sembah satu Tuhan sahaja, iaitu Allah SWT.

Dalam manusia kebingungan tentang agama, maka bawalah mereka kepada menyembah Allah SWT.

Dakwah adalah satu kewajipan. Kita disuruh berkali-kali dalam Quran dan dalam hadis untuk berdakwah.

Ini adalah tanggungjawab kita kepada Allah dan kepada manusia.

Malangnya, ramai yang belajar agama tetapi mereka tidak ajak pun orang lain untuk datang belajar. Mereka hendak selamatkan diri mereka sahaja nampaknya.

Adakah agama Islam ini benar? Tentulah ia agama yang benar, bukan? Bagaimana pula dengan agama selain Islam? Tentulah agama lain tidak benar.

Maka, kalau agama Islam ini benar, maka hendaklah kita sampaikan kepada orang lain. Kenapa biarkan penganut agama lain pula yang berdakwah?

Lihatlah bagaimana setiap hari kita boleh lihat penganut agama lain bersemangat berdakwah mengajak manusia kepada agama mereka. Padahal agama mereka adalah agama yang salah.

Jadi kalau kita tidak buat kerja kita menyebarkan agama yang benar ini, maka manusia akan mendapat agama yang salah kerana mereka yang beragama salah pula yang semangat untuk menyampaikan agama mereka.

وَاسْتَقِمْ كَمَا أُمِرْتَ

serta tetap teguhlah engkau menjalankannya sebagaimana yang diperintahkan kepada mu,

2. Selain dari berdakwah, kita sendiri hendaklah mengamalkan apa yang kita dakwahkan itu.

Atau, dalam bentuk yang umum, kena jalankan apa yang Allah SWT perintahkan, dari segi ibadat dan adat.

Jangan pandai cakap sahaja. Jangan kata apa yang kita sendiri tidak lakukan.

Dan tetap teguh dalam melakukan dakwah itu. Walaupun banyak yang menghalang kerja-kerja dakwah kita.

Jangan takut dengan orang lain. Lebih-lebih lagi jangan takut dengan orang yang jahil. Orang yang sudah terima sunnah ada satu masalah: takut hendak amalkan sunnah kerana takut apa orang akan kata, takut kena marah, kena ejek, kena boikot.

Mereka takut dengan orang yang jahil. Ini adalah masalah yang perlu diatasi dalam kalangan kita.

Buatlah seperti yang Allah SWT perintah. Jangan buat cara yang lain.

Maka, untuk mengetahui apakah yang diperintah, kenalah kita belajar, bukan? Maka hendaklah kita belajar tafsir Al-Quran dan sunnah untuk mengetahui apakah perintah Allah SWT kerana perintah Allah ada dalam Al-Quran dan sunnah. Bukannya dari kitab tulisan manusia.

Dan ingat, dakwah lah guna ayat-ayat Al-Quran. Bukannya dengan menggunakan lagu nasyid, qasidah, puisi, tulisan khat, Zikir Munajat dan lain-lain cara.

Padahal Allah perintahkan kita untuk berdakwah menggunakan Al-Quran. Nabi pun dakwah pakai ayat Al-Quran.

Istiqamah kena ada pengisian jiwa. Kita amalkan maka akan istiqamah.

وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ

dan janganlah sekali-kali engkau menurut hawa nafsu mereka;

3. Jangan ikut mereka yang hanya menurut hawa nafsu mereka sahaja. Ramai manusia yang tidak kisah tentang agama, hanya mahu ikut apa yang nafsu mereka perintahkan mereka sahaja. Jangan terpedaya dengan mereka.

Dan kena berhujah dengan dalil wahyu. Hujah yang bukan dari Al-Quran dan sunnah adalah dalil hawa nafsu belaka – tidak boleh dipakai. Tetapi itulah yang dibawa oleh kebanyakan guru dan ustaz di negara ini.

وَقُلْ ءآمَنتُ بِمَا أَنزَلَ اللهُ مِن كِتٰبٍ

katakanlah: “Aku beriman kepada segala Kitab yang diturunkan oleh Allah,

4. Memang akan ada sahaja perbezaan pendapat, sampai kepada perbalahan dan perpecahan.

Kalau itu terjadi, kita katakan kepada mereka bahawa apa yang kita lakukan adalah apa yang diwahyukan oleh Allah SWT dalam Kitab-Nya. Kalau apa sahaja yang Allah wahyukan, kenalah kita ikut tanpa berbelah bahagi.

Dan segala Kitab yang Allah turunkan adalah berkenaan Tauhid. Cuma apabila telah diubah oleh penganut-penganut mereka, maka hilanglah berita tentang Tauhid itu.

Kena selamatkan diri kita dulu. Macam oksigen dalam flight. Kena pakai diri sendiri dulu sebelum beri orang bawah jagaan kita. Kalau kita sendiri pengsan hendak tolong macam mana?

Maka selamatkan diri dulu. Kena amalkan dulu.

“Giving advice is like trying out a new recipe. You should try it first before giving to others.”

وَأُمِرْتُ لِأَعْدِلَ بَيْنَكُمُ

dan aku diperintahkan supaya berlaku adil di antara kamu.

5.  Lafaz ‘Adil’ dalam ayat ini bermaksud memberitahu apa yang Allah SWT sampaikan. Dengan tidak pilih kasih. Kalau salah, sebut yang ia adalah salah. Jangan kita simpankan kebenaran kalau dengan sesetengah orang. Kadang-kadang, kalau dengan orang yang kita rasa tidak boleh terima, kita tidak cerita habis. Itu sudah tidak berlaku adil, namanya.

Juga hendaklah kita adil dalam berdakwah. Kena sampaikan kepada semua orang. Tidak pilih-pilih kepada siapa yang kita sampaikan ajaran tauhid ini. Jangan kita beritahu kepada sesetengah kawan kita dan keluarga kita, tetapi kita simpan dari sesetengah kawan yang lain kerana kita rasa mereka tidak akan terima.

Dan adil itu bermaksud tidak seleweng makna. Tidak hurai lebih dari yang sepatutnya. Tidak tambah dari yang sepatutnya. Kita cuma beritahu apa yang kita belajar sahaja, jangan tambah dari pendapat kita sendiri. Kerana bahaya kalau kita beri pendapat kita kerana ia tidak pasti benar lagi. Dan kalau ia benar pun, itu adalah salah.

Ada juga yang kata ayat ini bermaksud ia adalah adil dalam memberi hukuman iaitu Nabi Muhammad SAW diperintah untuk adil dalam memberi keputusan dalam hukuman. Cuma pendapat itu agak lemah kerana ayat ini diturunkan di Mekah dan waktu itu, baginda tidak dijadikan sebagai hakim lagi dalam urusan orang Islam dan orang Yahudi. Ia hanya mula terjadi di Madinah. Allahu a’lam.

اللهُ رَبُّنَا وَرَبُّكُمْ

Allah SWT jualah Tuhan kami dan Tuhan kamu.

6. Katakan kepada mereka bahawa Tuhanku ini adalah Tuhan kamu juga. Walaupun kamu tidak mahu menerima-Nya, tetapi Dia tetap juga Tuhan yang mencipta, memelihara dan menjaga kamu.

لَنَا أَعْمٰلُنَا

Bagi kami amal kami

7.  Kami hanya akan amalkan amalan yang diajar oleh Nabi dan yang diamalkan oleh para sahabat.

Ayat ini juga bermaksud, kita akan dapat hasil dari amalan kita. Kalau hendak pahala, kena lakukan sendiri.

وَلَكُمْ أَعْمٰلُكُمْ

dan bagi kamu amal kamu.

Kamu buatlah amalan kamu itu iaitu amalan yang direka oleh guru-guru, dari manusia, yang bukan dari Allah SWT dan Nabi SAW itu.

Amalan itu kita tidak mahu terima, kita tidak akan amalkan. Kalau ahli bidaah hendak amalkan, terpulang kepada mereka, kita tidak masuk campur dan kita tidak akan sertai.

Juga, ia bermaksud kamu akan mendapat balasan dari apa yang kamu amalkan. Maknanya, setiap orang hanya bertanggungjawab dengan amalan mereka sendiri. Kalau buat amalan yang betul, akan dapat balasan pahala. Kalau amalan salah, akan dapat dosa.

Dan kita hanya akan dapat pahala kalau amalan itu kita buat sendiri. Tidaklah boleh hendak kirim-kirim pahala seperti yang dilakukan oleh kebanyakan orang kita sekarang. Jadi, amalan Majlis Tahlil untuk mengirim pahala itu tidak benar dan hanya rekaan sahaja.

لَا حُجَّةَ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمُ

Tidaklah ada hujah antara kami dengan kamu

8.  Tidak ada hujah antara kita melainkan menggunakan Al-Quran dan sunnah kerana kebenaran telah jelas nyata di dalam keduanya.

Yang kamu tidak tahu hujah itu adalah kerana kamu sahaja yang tidak belajar. Maknanya, sebenarnya tidak ada keperluan untuk kita berhujah dan bertegang urat mempertahankan pendapat kita masing-masing. Kerana dalil yang ada amat jelas.

Kalau kita ada perbezaan pendapat, rujuk dua sumber itu dahulu.

Macam inilah jawapan kita dengan golongan bidaah sekarang. Kalau kita berhujah dengan mereka, kita gunakan Al-Quran dan sunnah. Tetapi selalunya mereka akan pakai kata-kata guru dan ustaz mereka, pendapat orang itu dan ini, akal mereka, kitab itu dan ini, malah macam-macam lagi.

Rasanya seperti tidak berbaloi hendak berhujah dengan mereka yang mengamalkan bidaah. Sebab kita bagi ayat Quran dan mereka beri dalil lain. Rasa macam tidak kena sahaja. Adakah hujah lain yang boleh lawan Al-Quran dan hadis?

Sepatutnya mereka dengar sahaja apa yang kita sampaikan dan ikut kerana kita berikan dalil dari Al-Quran dan hadis. Tidak perlu hendak berhujah lagi.

Ayat ini juga memberitahu kepada kita, yang kita bukannya hendak berhujah dan berdebat. Kita bukan mahu bandingkan mana kumpulan yang lebih bagus antara kita semua. Banyak kumpulan yang melakukan kerja dakwah maka jangan kita cari perbezaan antara mereka dan kita.

Apa lagi yang kita kena sampaikan?

اللهُ يَجْمَعُ بَيْنَنَا

Allah SWT akan menghimpunkan kita bersama

9.  Kalau kamu tidak mahu percaya juga, tidak mengapa, kerana Allah SWT akan mengumpulkan kita semua pada Hari Kiamat nanti. Dan keputusan siapa yang benar akan diberitahu pada hari itu. Tetapi di sana, keputusan akan dibuat secara amali.

Maksudnya, bukanlah di sana baru tahu mereka salah, tidak. Sekarang di dunia lagi mereka telah salah, cuma tidak dilakukan hukuman secara amali lagi. Hukuman secara amali hanya akan diadakan di akhirat kelak.

وَإِلَيْهِ الْمَصِيرُ

dan kepada-Nyalah tempat kembali semuanya”

10.  Dikembalikan kepada-Nya adalah untuk dihakimi dan diberi balasan.

Adakah mahu tunggu perjumpaan di Mahsyar baru hendak bertaubat, baru hendak kembali ke dunia kerana hendak amalkan ajaran tauhid?

Banyak ayat-ayat Al-Quran menyebut tentang mereka yang menyesal kerana amalan salah mereka semasa di dunia dan mereka minta kembali ke dunia untuk beramal dengan benar, tetapi tidak dimakbulkan permintaan mereka itu.

Tafsir Ayat Ke-16:

Ayat ini adalah tentang mereka yang membantah ayat-ayat Allah SWT setelah mereka menerima Islam.

وَالَّذينَ يُحاجّونَ فِي اللَّهِ مِن بَعدِ مَا استُجيبَ لَهُ حُجَّتُهُم داحِضَةٌ عِندَ رَبِّهِم وَعَلَيهِم غَضَبٌ وَلَهُم عَذابٌ شَديدٌ

Dan orang-orang yang berhujah menyangkal dan membantah tentang kebenaran ugama Allah SWT sesudah disambut dan diterima agama-Nya itu – bantahan (dan tuduhan palsu) mereka itu sia-sia belaka di sisi Tuhan mereka. Dan mereka pula ditimpa kemurkaan (dari Allah SWT) serta mereka beroleh azab seksa yang seberat-beratnya.

وَالَّذِينَ يُحَاجُّونَ فِي اللَّهِ

Dan orang-orang yang membantah terhadap Allah SWT

Mereka membantah tentang Allah SWT iaitu orang-orang yang membantah tentang ilmu tauhid.

Termasuk mereka yang membantah tentang ayat-ayat tauhid yang Allah SWT berikan di dalam Al-Quran. Ayat-ayat tauhid telah jelas dalam Al-Quran, tetapi mereka masih tidak mahu terima. Apabila kita tafsirkan kepada mereka apakah maksud ayat-ayat itu, mereka tidak mahu terima.

Mereka kata tafsir kita salah. Padahal mereka tidak belajar pun tafsir lagi. Ini amat menghairankan: yang tidak belajar kata yang belajar pula yang salah!?

Yang membantah ayat-ayat Allah SWT ini ada dua jenis: ada yang membantah kerana jahil dan ada yang membantah setelah tahu. Kalau yang membantah itu kerana jahil, maka kenalah ajak mereka untuk belajar tafsir Al-Quran. Dan kena berlembut dengan mereka, kerana mereka tidak ada ilmu.

مِن بَعْدِ مَا اسْتُجِيبَ لَهُ

sesudah disambut dan diterima agama-Nya itu

Ada yang sudah masuk Islam dengan Nabi Muhammad SAW tetapi masih juga membantah tentang Allah SWT. Sebab masih lagi hendak pegang pemahaman yang lama.

Begitulah kebanyakan masyarakat Muslim negara kita. Sesudah dia sendiri terima Islam, atau dia lahir dalam Islam, dia pun sudah ucap Dua Kalimah Syahadah, tetapi dia hendak lawan tentang perkara tauhid. Padahal dia telah terima yang Allah SWT itu adalah Tuhan.

Tetapi ada perkara-perkara lain yang dia tidak terima. Antaranya, tentang tawassul, dia tidak mahu terima yang tawassul itu adalah salah. Sepatutnya selepas dia masuk Islam, ataupun mengaku seorang Muslim, hendaklah dia menerima semua sekali ayat-ayat tauhid dalam Al-Quran itu.

حُجَّتُهُمْ دَاحِضَةٌ عِندَ رَبِّهِمْ

hujah mereka sia-sia belaka di sisi Tuhan mereka.

Mereka berilah berbagai-bagai hujah yang bukan datang dari Al-Quran atau Sunnah. Ataupun datang dari Al-Quran dan Sunnah, tetapi mereka tafsir dengan fahaman mereka sendiri, tidak ikut fahaman salafussoleh.

Hujah-hujah mereka tidak ada dalil, oleh kerana itu ia tidak bernilai langsung di sisi Allah SWT. Ia ditolak. Itulah hujah-hujah dari guru, dari kitab, dari kitab karangan manusia, dari akal dan sebagainya. Yang laku di sisi Allah SWT hanyalah dalil dan hujah dari Al-Quran dan sunnah.

Oleh itu, kalau ada orang-orang Islam yang membawa hujah-hujah dari kitab tulisan manusia, maka hujah itu tertolak kerana hujah itu berlawanan dengan hujah-hujah dari Al-Quran yang jelas nyata. Yang tidak nyata adalah kerana mereka tidak belajar sahaja.

Banyaklah dari kalangan masyarakat kita yang belajar tidak kemas mana, maka mereka berjumpa amalan-amalan tawassul dan syirik yang berlawanan dari Al-Quran dan sunnah. Apabila ditanya kenapa mereka amal dengan amalan-amalan sebegitu, mereka kata amalan itu adalah dari kitab sekian dan sekian. Ingatlah yang itu bukanlah hujah.

Apa-apa kitab pun, kenalah berlandaskan kepada Al-Quran dan hadis yang sahih. Apa-apa sahaja ajaran tidak boleh lari dari apa yang dibawa oleh Al-Quran. Itulah sebabnya penting untuk belajar tafsir Al-Quran dahulu sebelum belajar ilmu-ilmu yang lain.

Atau, mereka beri hujah kenapa mereka tidak berpegang kepada tauhid: mereka kata mereka tidak tahu. Hujah ini juga tertolak kerana alasan ‘tidak tahu’ tidak boleh diterima kerana mereka sepatutnya kena belajar. Allah SWT telah beri 30 juzuk Al-Quran untuk dipelajari. Orang lain boleh sahaja terima, kenapa kamu pula tidak boleh terima?

Atau, mereka kata mereka ikut orang yang salah. Alasan ini juga tidak diterima kerana mereka kena tahu manakah kebenaran. Tidak boleh ikut buta sahaja. Masalah ini banyak dihadapi oleh orang kita. Ramai antara mereka yang mengikut sahaja.

وَعَلَيْهِمْ غَضَبٌ

dan ke atas mereka kemurkaan

Yang mereka dapat hanyalah kemurkaan dari Allah SWT. Hujah mereka itu akan mendapat kemurkaan dari Allah SWT. Murka Allah SWT tidak sama dengan murka manusia. Allah SWT murka kepada mereka kerana mereka tidak belajar.

وَلَهُمْ عَذَابٌ شَدِيدٌ

serta mereka beroleh azab seksa yang seberat-beratnya.

Iaitu azab neraka akan dikenakan ke atas mereka kerana penolakan mereka itu. Mereka akan dimasukkan ke dalam neraka dan mereka akan kekal di dalamnya.

Allahu a’lam.

 

HADITH ARBA’IN – 26

0

[CARA LAIN DALAM BERSHADAQAH]

عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : كُلُّ سُلاَمَى مِنَ النَّاسِ عَلَيْهِ صَدَقَةٌ، كُلُّ يَوْمٍ تَطْلُعُ فِيْهِ الشَّمْسُ تَعْدِلُ بَيْنَ اثْنَيْنِ صَدَقَةٌ، وَتُعِيْنُ الرَّجُلَ فِي دَابَّتِهِ فَتَحْمِلُهُ عَلَيْهَا أَوْ تَرْفَعُ لَهُ عَلَيْهَا مَتَاعَهُ صَدَقَةٌ وَالْكَلِمَةُ الطَّيِّبَةُ صَدَقَةٌ، وَبِكُلِّ خُطْوَةٍ تَمْشِيْهَا إِلَى الصَّلاَةِ صَدَقَةٌ وَ تُمِيْطُ اْلأَذَى عَنِ الطَّرِيْقِ صَدَقَةٌ
Terjemahan Hadith
Dari Abu Hurairah radhiallahuanhu dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Setiap anggota tubuh manusia wajib disedekahi, setiap hari di mana matahari terbit lalu engkau berlaku adil terhadap dua orang (yang bertikai) adalah sedekah, engkau menolong seseorang yang berkenderaan lalu engkau bantu dia untuk naik kenderaannya atau mengangkatkan barangnya adalah sedekah, ucapan yang baik adalah sedekah, setiap langkah ketika engkau berjalan menuju shalat adalah sedekah dan menghilangkan gangguan dari jalan adalah sedekah.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Catatan:
1. Bersyukur kepada Allah ta’ala setiap hari atas kesihatan anggota badan.
2. Allah telah menjadikan -sebagai rasa syukur terhadap nikmat-Nya- setiap anggota badan untuk menolong hamba-hamba Allah ta’ala, bersedekah kepada mereka dengan menggunakannya sesuai kemaslahatannya.
3. Termasuk sedekah adalah: Menahan tangan dan lisan untuk tidak menyakiti orang lain, justeru seharusnya digunakan untuk menunaikan hak-hak setiap Muslim.
4. Jasad harus dikeluarkan zakatnya sebagaimana harta ada zakatnya. Zakat badan adalah melakukan perbuatan baik, bersedekah dan pintu-pintunya banyak.
5. Anjuran untuk mendamaikan kedua belah pihak, tolong menolong, mengucapkan kalimat yang baik, berjalan menuju shalat dan menyingkirkan penghalang dari shalat.
6. Anjuran untuk membersihkan sarana-sarana umum.
7. Anjuran untuk melakukan keadilan, kerana dengan keadilanlah ditegakkan langit dan bumi.

SERLAHKAN KEHEBATAN DAN KEADILAN ISLAM

0

UiTO Channel: Tazkirah Harian

~Tadabbur Kalamullah 3 Rabiulawal 1437H~

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا مَنْ يَرْتَدَّ مِنْكُمْ عَنْ دِينِهِ فَسَوْفَ يَأْتِي اللَّهُ بِقَوْمٍ يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّونَهُ أَذِلَّةٍ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ أَعِزَّةٍ عَلَى الْكَافِرِينَ يُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلَا يَخَافُونَ لَوْمَةَ لَائِمٍ ۚ ذَٰلِكَ فَضْلُ اللَّهِ يُؤْتِيهِ مَنْ يَشَاءُ ۚ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya” (Surah al-Maidah 54]

#Di antara ciri umat Istiqamah yang teguh dalam memperjuang dan mempertahankan Islam yang wajib dimiliki oleh umat kemenangan ialah:

[1] Mencintai Allah
[2] Allah mencintai mereka
[3]Lemah lembut kepada saudara seagama
[4]Bertegas terhadap orang kafir
[5] Bersungguh-sungguh berjuang pada jalan Allah
[6] Tidak takut pada celaan manusia dalam meninggikan kalimah Allah di atas muka bumi ini.

#Menjadi kewajipan kita bersama dalam menyerlahkan kehebatan dan keadilan Islam dengan mengamalkan segala ajaran Islam dalam kehidupan termasuk adab dan hak terhadap orang bukan Islam. Islam melarang segala bentuk keganasan yang jelas mencabuli prinsip kemanusiaan dan keamanan sejagat.

#Semoga Allah menganugerahkan segala kebaikan tersebut dengan syarat kita bersungguh dalam melaksanakan kewajipan agama dan menjauhi segala larangan

Kalau kita tak nak memperjuangkan Islam, nescaya Allah akan wujudkan satu kaum yang lain untuk memperjuangkannya. Daulatkan Islam di mana sahaja berada..♡

🐊Ust naim
https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim

Telegram:
Telegram.me/tadabburkalamullah
(Buka link👆dan klik join)

Tafsir Surah Asy-Shura – Tafsir Ayat Ke-14

0

Tafsir Surah Asy-Shura

Tafsir Ayat Ke-14:

Dalam ayat sebelum ini Allah melarang kita berpecah belah dalam hal tauhid. Tetapi seperti yang kita tahu, amat banyak perpecahan yang berlaku. Soalan yang mungkin timbul dalam kepala manusia adalah: Kenapakah ini boleh berlaku sedangkan para Nabi menyampaikan ajaran tauhid yang sama sahaja?

وَما تَفَرَّقوا إِلّا مِن بَعدِ ما جاءَهُمُ العِلمُ بَغيًا بَينَهُم ۚ وَلَولا كَلِمَةٌ سَبَقَت مِن رَّبِّكَ إِلىٰ أَجَلٍ مُّسَمًّى لَّقُضِيَ بَينَهُم ۚ وَإِنَّ الَّذينَ أورِثُوا الكِتٰبَ مِن بَعدِهِم لَفي شَكٍّ مِّنهُ مُريبٍ

Dan umat tiap-tiap Rasul tidak berpecah belah dan berselisihan (dalam menjalankan ugama Allah) melainkan setelah sampai kepada mereka ajaran-ajaran yang memberi mereka mengetahui (apa yang disuruh dan apa yang dilarang); berlakunya (perselisihan yang demikian) semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri. Dan kalaulah tidak kerana telah terdahulu kalimah ketetapan dari Tuhan mu (untuk menangguhkan hukuman) hingga ke suatu masa yang tertentu, tentulah dijatuhkan hukuman azab dengan serta-merta kepada mereka. Dan sesungguhnya orang-orang yang diberikan Allah mewarisi Kitab ugama kemudian daripada mereka, berada dalam keadaan syak yang menggelisahkan terhadap Kitab itu.

وَمَا تَفَرَّقُوا

Dan tidaklah mereka berpecah

Ini adalah tentang perpecahan antara umat-umat Rasul selepas ketiadaan Rasul-Rasul itu. Bukan zaman itu sahaja berpecah, zaman sekarang pun sudah banyak perpecahan iaitu perpecahan antara umat, dalam negara, dalam keluarga, dengan kawan dan sebagainya.

Namun apa yang paling penting adalah perpecahan ‘antara’ agama, malah ‘dalam’ agama sendiri. Yang paling teruk dan kita risaukan sangat adalah perpecahan dalam agama Islam ini, dan yang paling teruk adalah perpecahan tentang akidah.

Kenapakah mereka berpecah? Kalau semua Rasul-Rasul itu menyampaikan ajaran tauhid yang sama, kenapa ada perpecahan antara manusia dalam hal agama? Ini yang kita akan kupaskan sebentar lagi.

إِلَّا مِن بَعْدِ مَا جَاءَهُمُ الْعِلْمُ

melainkan setelah sampai kepada mereka ilmu

Pada mula kenabian, Nabi Muhammad SAW rasa susah berdakwah kepada Musyrikin Mekah. Ini kerana mereka tolak baginda mentah-mentah. Maka Nabi rasa mungkin kerana mereka itu tidak berilmu agama sebelum ini kerana telah lama tiada Rasul diturunkan kepada mereka dan mereka tidak ada Kitab Suci kerana benda baru sampai kepada mereka dan mereka tidak boleh hendak terima.

Maka, Nabi SAW rasa kalau baginda mula berdakwah kepada Yahudi dan Kristian, akan jadi lebih mudah untuk mereka terima kerana mereka itu sudah biasa dengan agama, sudah ada kitab dan sudah berilmu. Maka, Allah terangkan tentang mereka yang ada ilmu pula dalam ayat ini. Mereka pun ada masalah juga. Ingat senang kah nak dakwah kepada mereka? Masalah orang jahil lain, masalah orang berilmu pula lain.

Samalah juga kalau hendak dakwah kepada mereka yang sudah belajar agama dalam kalangan kita. Kita sangka, tentu mereka yang sudah sekolah di pondok, sudah masuk tarekat, belajar agama di universiti, pergi sampai ke al-Azhar, sudah masuk Jemaah Tabligh itu, tentu senang untuk mereka terima akidah tauhid ini, bukan? Kerana mereka sudah ada keinginan kepada agama, bukan?

Kita sangka senanglah mereka terima kerana mereka pun sudah belajar agama, sudah mahu beriman, mahu jadi warak. Tetapi tidak semestinya. Kadangkala, merekalah yang menjadi penentang ajaran tauhid yang kuat kerana mereka sudah ada fahaman agama yang tebal dalam diri mereka hasil dari pembelajaran mereka sebelum ini. Dan mereka rasa susah hendak tinggalkan.

Perpecahan itu adalah kerana ilmu sebenarnya iaitu setelah datang kepada mereka ilmu tauhid. Apabila disampaikan sahaja tentang tauhid kepada manusia, maka tentu akan ada perbalahan. Akan ada ketidakpuasan dan rasa tidak senang kerana akan ada yang tidak dapat terima apa yang dibawa dalam hal tauhid. Selagi tidak memberitahu manusia tentang tauhid, tidak ada masalah malah boleh duduk bersembang macam biasa sahaja.

Namun, apabila diberitahu dan sentuh tentang tauhid, akan ada yang angkat punggung mereka dan meninggalkan majlis. Dan selepas itu tidak bertegur sapa dan kalau nampak akan bermasam muka.

Begitulah, kalau di masjid dan surau itu, jikalau ustaz mengajar tentang feqah macam solat, wuduk dan puasa, ramai yang boleh dengar. Tetapi kalau ada yang datang mengajar tauhid seperti yang ada dalam Al-Quran, ramai yang akan panas punggung sebab akan ada yang tidak sama dengan apa yang mereka fahami selama ini.

Amatlah malang sekali, apabila kita sampaikan ajaran tauhid, berpecah keluarga dan sahabat handai; antara suami dan isteri, penduduk kampung dan sebagainya. Kemudian mereka tuduh kitalah yang memecah belahkan sesama masyarakat. Mereka kata kita perosak agama pula.

Namun, itulah dugaan penyebar tauhid. Jangan kita sangka kita kena jaga hati mereka dan tetap terima apa yang mereka faham itu. Walaupun mereka menolak dan ada fahaman yang lain, kenalah kita sampaikan juga dakwah tauhid ini. Kalau bukan kerana hendak menyampaikan tauhid, tidaklah Nabi Muhammad SAW berpecah dengan masyarakatnya, malah ahli keluarga baginda sekali pun. Bayangkan, kalau baginda hendak jaga keharmonian Mekah waktu itu, tentu baginda telah buat senyap, bukan? Tetapi baginda terpaksa sampaikan walaupun ia akan menyebabkan perpecahan dalam masyarakat Mekah waktu itu.

Ayat ini juga memberitahu kita, ilmu bukanlah penyelamat segalanya. Kalau ada ilmu pun, masih boleh menyebabkan perpecahan juga. Sekarang akan disebut kenapa mereka berpecah walaupun ada ilmu.

بَغْيًا بَيْنَهُمْ

kerana hasad dengki sesama sendiri.

Ini adalah jawapan kepada soalan: kenapa manusia berpecah juga walaupun ajaran tauhid semua Nabi adalah sama sahaja – Jawapannya adalah: ahli agama telah mengubah agama kerana hasad dengki mereka. Agama yang asal adalah benar, tetapi apabila sampai ke tangan ahli-ahli agama, mereka telah ubah ikut kehendak mereka.

Mereka yang berilmu itu rasa mereka lebih pandai, sudah pandai tidak boleh diajar lagi. Lihatlah bagaimana orang Yahudi tidak dapat menerima dakwah yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW kerana mereka rasa mereka sudah pandai, sudah berilmu, sudah lama ada kitab dan ada agama.

Mereka memandang agama itu sebagai satu kelebihan, komoditi, yang tidak boleh diberikan kepada orang lain. Mereka hendak pegang sendiri dan kata orang lain selain mereka tidak ada kefahaman agama. Padahal sepatutnya mereka kena sampaikan agama kepada orang lain, tetapi mereka simpan dan berbangga dengannya.

Kalau dulu, mereka yang dipandang mulia kerana ada agama, tetapi apabila Nabi akhir zaman diangkat dari bangsa Arab dan bukan dari bangsa Bani Israil, mereka rasa ia akan hilang kepada bangsa Arab pula.

Mereka sanggup buat apa sahaja supaya mereka menang dan berada di atas. Kita akan belajar bagaimana walau pun mereka tahu bahawa Nabi Muhammad SAW itu adalah benar-benar seorang Rasul, tetapi mereka masih lagi menolak baginda. Mereka tuduh bahawa apa yang Nabi Muhammad SAW bawa itu adalah salah dan sesat. Sampai begitu sekali mereka lakukan. Itu hasil dari rasa hasad dan dengki yang ada dalam diri mereka.

Begitulah juga dalam masyarakat kita sekarang. Pengajaran agama sudah lama ada dan berterusan dalam negara ini. Ada yang habis Sekolah Agama Rendah, Sekolah Agama Tinggi, masuk universiti, masuk madrasah, pondok, pesantren dan apa-apa sahaja. Mereka yang sudah belajar itu sebenarnya ada satu perasaan dalam hati mereka bahawa mereka sudah cukup ilmu, sudah pandai, sudah tahu agama.

Selama ini merekalah yang dipandang tinggi oleh masyarakat – kalau ada majlis kenduri kendara, merekalah yang dipanggil untuk menjadi kepala majlis; kalau ada Majlis Tahlil, Doa Selamat, merekalah yang dipanggil untuk baca doa; kalau ada masalah agama, merekalah yang dirujuk oleh masyarakat.

Maka, apabila ada sekumpulan manusia yang mahu memperkenalkan kembali ajaran Tauhid dan Sunnah, mereka rasa tercabar, maka mereka akan rasa dengki. Takut mereka nanti tidak dipandang tinggi lagi. Mereka sudah tidak dapat lagi sampul berisi wang lagi – sudah hilang satu punca pendapatan mereka.

Jadi apabila kita menegur mereka, mereka tidak boleh terima. Mereka akan kata mereka sudah belajar di sana dan di sini, bertahun-tahun mereka belajar, bertahun-tahun mereka mengajar, anak murid pun ramai. Mereka rasa takkan mereka salah dan silap pula. Memang langsung melenting kalau kita tegur sikit pun.

Tegur pun bukan apa, hanya tanya dalil sahaja. Kita hendak tahu, dari mana mereka dapat ajaran dan amalan itu dan ini. Sebagai contoh, kita tanya mereka, yang mereka buat Solat Hajat ramai-ramai itu, manakah dalilnya? Adakah Nabi dan sahabat pernah buat? Tanya begitu sahaja, maka dengan anak murid mereka, dengan penyokong mereka, semuanya akan melenting dan memperlekehkan kita. Mereka akan kata: “Ustaz ini sudah belajar bertahun-tahun dah, engkau belajar di mana? Tentulah dia lebih tahu dari engkau!!” Itu sahaja ejekan mereka kepada kita, sedangkan dalil yang ditanya entah ke mana. Akhirnya dalil yang diminta masih tidak dapat lagi.

Mereka tidak kepada orang yang percaya kepada tauhid dari Al-Quran. Kita pun ada rasa benci juga kepada mereka kerana masih lagi kufur kepada Allah SWT. Kita benci perangai dan kesalahan mereka itu. Tetapi sebenarnya, kita tidaklah boleh benci kepada mereka sebaliknya kita kena kasihan kepada mereka. Kita dulu pun ada juga yang berfahaman seperti mereka, tetapi kita sudah diberi hidayah dan taufik oleh Allah, dan mereka belum lagi.

Namun, memang mereka benci sungguh kepada kita. Sudah tidak mahu bercakap dalam telefon dah. Kalau kita telefon pun, mereka tidak angkat. Kalau jumpa dalam mana-mana majlis, mereka akan cuba lari dari kita. Kalau tengok kita dari jauh, mereka akan juihkan mulut mereka kepada kita. Mereka akan cerita tentang ‘kesesatan’ kita kepada orang lain.

Hakikatnya, memang ada perasaan hasad dengki antara orang-orang yang berilmu. Dan amat buruk sekali apabila ahli agama berdengki dan hasad. Mereka tuduh macam-macam antara satu sama lain. Dan begitulah keadaan mereka sebelum datang ilmu tauhid pun. Kerana sudah ada perpecahan antara mereka. Kalau tidak antara guru-guru pun, antara anak-anak murid mereka.

Ada puak ini belajar dengan guru ini, puak itu belajar dengan guru itu. Dan mereka tidak boleh bercampur. Semuanya akan menceritakan kelebihan guru masing-masing. Sampai ada yang memperlecehkan kedudukan guru yang selain dari mereka. Ini adalah kerana mereka taksub dengan guru mereka. Mereka jadi taksub kerana guru mereka pun ajar mereka begitu. Padahal mereka itu belajar dan sudah mempunyai serba sedikit ilmu agama. Maknanya, mereka sudah ada keinginan kepada agama, perkara-perkara asas mereka sudah tahu.

Maka, hendaklah kita ingat bahawa ini adalah satu dugaan kepada mereka yang belajar. Hendaklah kita ingat bahawa ilmu sahaja tidak cukup. Kena ada keinginan kepada hidayah. Kena ada satu perasaan rendah diri dan tawaduk dalam hati kita, yang berkata: walaupun kita salah, kita akan terima kebenaran walaupun berlainan dengan apa yang kita telah belajar selama ini. Walaupun datang bukan dari kumpulan kita. Asalkan ia kebenaran, kita mahu terima.

وَلَوْلَا كَلِمَةٌ سَبَقَتْ مِن رَّبِّكَ

Dan kalaulah tidak kerana telah terdahulu kalimah ketetapan dari Tuhan mu

Ada satu lagi soalan yang timbul: Kalau apa yang dilakukan oleh ahli-ahli agama menukar agama itu salah, kenapa mereka dibiarkan sahaja oleh Allah SWT? Allah SWT beri jawapan dalam ayat ini.

Kalimah apa yang dimaksudkan? Itulah kalimah janji dari Allah SWT yang Dia akan beri tangguh kepada mereka yang buat dosa, buat syirik. Allah SWT telah tetapkan ke atas Diri-Nya awal-awal lagi. iaitu, Allah SWT tidak terus beri azab atau matikan mereka yang buat syirik, bidaah dan dosa itu, Allah SWT tidak terus masukkan mereka ke dalam neraka, Allah SWT tidak terus beri azab kepada mereka. Allah SWT simpan dulu dan biarkan mereka buat apa yang mereka hendak buat.

Sampai bila?

إِلَىٰ أَجَلٍ مُّسَمًّى

hingga ke suatu masa yang tertentu,

Inilah jawapan kepada soalan di atas. Allah SWT biarkan mereka dalam kesesatan dan kesalahan dan tidak terus hukum mereka kerana Allah SWT telah berjanji untuk menangguhkan hukuman kepada masa tertentu.

Iaitu apabila mereka mati, barulah mereka akan dikenakan dengan azab. Masuk kubur sahaja, mereka akan mula dikenakan dengan azab. Dan apabila Kiamat datang, mereka akan diperhitungkan segala amalan mereka dan mereka akan dimasukkan ke dalam neraka.

لَّقُضِيَ بَيْنَهُمْ

tentulah dijatuhkan hukuman azab dengan serta-merta kepada mereka.

Kalau tidak kerana ketetapan Allah SWT untuk beri tangguh kepada manusia yang buat syirik, tentulah telah lama manusia itu dimasukkan ke dalam neraka atau diberikan azab semasa mereka di dunia lagi. Tentulah mereka yang menggunakan agama untuk kepentingan diri mereka akan dikenakan dengan hukuman awal-awal lagi dah.

Sebagai contoh, kalau pergi buat ibadat di kubur, balik rumah kena sakit perut atau pening kepala dan sebagainya. Namun sikit pun Allah SWT tidak beri apa-apa hukuman kepada mereka. Mereka pergi dan balik sama sahaja.

Ini adalah kerana Allah SWT beri tangguh kepada mereka. Kerana Allah SWT beri tangguh itulah, ada antara mereka yang tetap dalam amalan syirik. Kerana mereka tidak nampak salahnya perbuatan mereka. Pada mereka, kalau mereka ada buat salah dalam agama, tentu Allah SWT telah beri ‘tanda’ bahawa mereka ada buat salah.

Kerana Allah SWT beri tangguh inilah juga yang menyebabkan kita masih terima ajakan tauhid ini. Kalau tidak, sudah lama kita ini kena azab, sudah lama mati masuk kubur kena azab dalam kubur.

Sebab kita dulu pun sebelum belajar tafsir Al-Quran dan sebelum belajar Sunnah, entah berapa banyak syirik yang kita lakukan, entah berapa banyak amalan bidaah yang kita buat. Kalau Allah SWT terus beri hukum azab bila manusia buat syirik, sudah lama kita tiada. Tetapi Allah SWT beri kesempatan untuk kita belajar mana yang salah dan bertaubat dari kesalahan dan kesilapan kita.

وَإِنَّ الَّذِينَ أُورِثُوا الْكِتٰبَ مِن بَعْدِهِمْ

Dan sesungguhnya orang-orang yang mewarisi Kitab selepas mereka,

Ayat ini merujuk kepada mereka yang telah diberikan dengan Kitab-Kitab Suci dahulu. Iaitu bangsa Yahudi dan Kristian. Mereka telah mewarisi Kitab Suci itu dari Rasul-rasul mereka. Tetapi, apa yang mereka telah lakukan?

Orang Yahudi tidak belajar Kitab Taurat dan tafsir kepada Kitab Taurat. Mereka hanya belajar kitab tulisan ulama-ulama mereka. Tulisan pendita mereka lah yang mereka pegang sebagai agama mereka. Kitab Taurat pula mereka letak ke tepi. Atau hanya dibaca pada hari perayaan sahaja. Penganut Kristian pun begitu juga. Dan kalau mereka belajar dari Taurat dan Injil pun, itu adalah kitab yang telah diubahsuai dari yang asal.

Kalimah مِن بَعْدِهِمْ bermaksud ‘selepas mereka’. Bermaksud selepas golongan awal. Selepas golongan yang awal menerima Kitab Taurat dan Injil, ia telah diwarisi oleh keturunan dan penganut seterusnya. Sampailah kepada Yahudi dan Nasrani dan zaman Nabi Muhammad SAW dan sampailah sekarang. Kerana kita pun ramai yang buat macam itu juga.

Maka, kerana mereka sudah tidak merujuk kepada Kitab yang Allah SWT sendiri turunkan, maka tentulah ada kesalahan yang mereka telah lakukan. Dan kesalahan itu berturutan dan bersambung sampailah kita lihat apakah yang terjadi kepada agama mereka sekarang. Tidakkah kita lihat apa yang terjadi kepada mereka? Tidakkah mereka itu agama yang sesat dari yang diajar oleh Allah SWT?

Kita pun tahu bahawa mereka itu asalnya adalah agama yang benar, tetapi sudah jadi sesat. Kalau ia boleh terjadi kepada umat-umat dahulu, adakah mustahil ia boleh terjadi kepada kita juga? Tentulah tidak mustahil. Kerana sejarah akan berulang. Itulah sebabnya kisah mereka disebut-sebut dalam Al-Quran kerana kalau kita tidak berjaga dan berhati-hati, kita pun akan jadi macam mereka juga. Dan sudah ramai yang sudah cenderung ke arah itu.

Maka begitulah yang terjadi dalam agama kita ini pun. Orang Islam sudah lama tidak belajar tafsir dan terjemahan Al-Quran tetapi mereka belajar kitab yang ditulis oleh manusia. Mereka tidak hiraukan Al-Quran, tafsir Al-Quran dan hadis Nabi yang sahih. Tetapi mereka belajar berjenis-jenis kitab tulisan manusia dari muda sampai ke tua. Bersungguh-sungguh mereka belajar.

Maka, kerana itulah agama kita sudah ikut ugama Yahudi dan Nasrani. Bagaimana dengan Al-Quran? Mereka memang sanjung tinggi Al-Quran. Kalau ada majlis, mereka akan baca; setiap tahun akan ada pertandingan Musabaqah Antarabangsa; sekali sekala mereka akan bacaAl- Quran; tetapi setakat itu sahaja. Mereka baca Al-Quran, tetapi mereka tidak faham. Samalah juga seperti yang terjadi kepada Bangsa Yahudi juga. Masyarakat Islam kita sama sahaja seperti mereka.

Kalau tidak percaya, tanyalah kepada ustaz-ustaz dan tokoh agama yang ramai dalam negara ini. Tanya mereka adakah mereka sudah habis belajar tafsir Al-Quran 30 juzuk? Sudah kah mereka belajar kitab hadis Sahih Bukhari, Sahih Muslim dan lain-lain kitab hadis yang muktabar? Kalau mereka terketar-ketar untuk jawab, tanya lagi sama ada guru mereka sendiri ada belajar? Kebanyakan mereka akan kata, mereka dan guru mereka pun tidak belajar. Cuma ambil sikit-sikit sahaja, cedok sana dan sini.

Termasuk dalam ayat ini adalah mereka-mereka yang menggunakan dalil ‘kitab’ dalam ajaran agama mereka. Termasuklah guru-guru agama dan ustaz-ustaz yang ramai dalam negara kita ini. Apabila kita minta dalil kepada mereka dalam mana-mana amalan bidaah dan syirik mereka, jawapan standard dari mereka adalah: “sebenarnya ada dalam kitab”. Setelah mereka jawab ada kitab, mereka pun kata: “sebab awak tak belajar kitab itulah awak tak tahu”.

Ingatlah, kitab karangan manusia BUKAN DALIL. Manusia boleh tulis apa sahaja. Apa yang ditulis itu tidak semestinya benar, bukan? Kerana kita manusia, tidak lari dari kesalahan. Yang menjadi panduan kita adalah Al-Quran dan sunnah. Sepatutnya kalau kitab rujukan kita, kitab itu mestilah merujuk kembali kepada ayat Al-Quran yang mana, hadis yang mana, dan bukannya pendapat ulama itu dan ini sahaja. Kena ada sandaran kepada dalil.

Apakah Allah SWT kata tentang mereka ini?

لَفِي شَكٍّ مِّنْهُ مُرِيبٍ

berada dalam keadaan syak berkenaannya (Al-Quran) dan ragu-ragu

Mereka syak wasangka terhadap ajakan tauhid yang kita sampaikan kepada mereka. Dalam hati mereka, mereka berkata: “betul kah ajaran yang puak Sunnah ini bawa? Kenapa lain dengan apa yang aku faham?”

Mereka pun dalam keadaan termangu-mangu kebengongan. Perkataan ه dalam مِّنْهُ itu merujuk kepada Al-Quran. Mereka syak tentang Al-Quran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW dan mereka syak dengan Nabi Muhammad SAW sendiri. Sepertimana bangsa Yahudi tidak boleh terima yang baginda adalah seorang Nabi lagi Rasul, begitulah juga puak-puak bidaah tidak dapat terima ajaran tauhid yang disampaikan oleh penyebar Tauhid. Mereka tidaklah syak yang Al-Quran itu dari Allah SWT, tetapi mereka syak dengan tafsir-tafsir dari ayat Al-Quran itu.

Dalam hati mereka, akan sentiasa ada rasa ragu-ragu dengan agama mereka sendiri. Mereka tidak tenang sebenarnya dalam hati mereka. Itu juga adalah satu bentuk hukuman dari Allah SWT. Kerana Allah SWT tidak terus beri azab dunia, tetapi Allah SWT beri hukuman dalam bentuk lain.

Ketahuilah, mereka yang tidak belajar tafsir Al-Quran 30 juzuk dan hadis Nabi yang sahih, TIDAK LAYAK untuk mengajar masyarakat kerana mereka sendiri tidak faham agama. Mereka sendiri tidak ada asas. Kalau mereka sendiri tidak faham agama, masih lagi jahil, maka mereka akan mewariskan kejahilan mereka kepada anak murid mereka.

Maka carilah guru yang mengajar tafsir Al-Quran dan hadis Nabi. Habiskan belajar tafsir Al-Quran dan Hadis sebelum belajar kitab-kitab yang lain. Kalau telah belajar dua sumber utama itu, maka bolehlah kita menilai sama ada kitab-kitab karangan manusia itu bersesuaian dengan ajaran Allah SWT dan Nabi atau tidak.

Belajar kitab-kitab mana pun, bukannya kita halang. Tetapi tolonglah belajar asas agama dahulu – iaitu Al-Quran dan sunnah. Oleh itu, mereka yang ada masalah dengan tauhid kerana belajar dengan kitab-kitab karangan manusia, kena diajak belajar kembali Tauhid. Dan untuk belajar tauhid, kena belajar dari pengajian Tafsir Al-Quran.

Allahu a’lam.

 

Tafsir Surah Asy-Shura – Tafsir Ayat Ke-13

0

Tafsir Surah Asy-Shura

Tafsir Ayat Ke-13

Ini adalah salah satu ayat yang penting dalam surah ini. Ini adalah Maksud Kedua surah ini.

۞ شَرَعَ لَكُم مِّنَ الدّينِ ما وَصّىٰ بِهِ نوحًا وَالَّذي أَوحَينا إِلَيكَ وَما وَصَّينا بِهِ إِبرٰهيمَ وَموسىٰ وَعيسىٰ ۖ أَن أَقيمُوا الدّينَ وَلا تَتَفَرَّقوا فيهِ ۚ كَبُرَ عَلَى المُشرِكينَ ما تَدعوهُم إِلَيهِ ۚ اللهُ يَجتَبي إِلَيهِ مَن يَشاءُ وَيَهدي إِلَيهِ مَن يُنيبُ

Allah telah menerangkan kepada kamu – di antara perkara-perkara ugama yang Dia tetapkan hukumnya – apa yang telah diperintahkan-Nya kepada Nabi Nuh, dan yang telah Kami (Allah) wahyukan kepada mu (wahai Muhammad), dan juga yang telah Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Musa serta Nabi Isa, iaitu: “Tegakkanlah pendirian ugama, dan janganlah kamu berpecah belah atau berselisihan pada dasarnya”. Berat bagi orang-orang musyrik (untuk menerima ugama tauhid) yang engkau seru mereka kepadanya. Allah memilih serta melorongkan sesiapa yang dikehendaki-Nya untuk menerima ugama tauhid itu, dan memberi hidayah petunjuk kepada agama-Nya itu sesiapa yang rujuk kembali kepada-Nya (dengan taat).

 شَرَعَ لَكُم مِّنَ الدِّينِ

Dia telah mensyariatkan untuk kamu dari ugama ini –

شَرَعَ dari segi bahasa bermaksud ‘berjalan pada jalan yang telah ditetapkan dengan jelas’. Perkataan ini juga digunakan oleh masyarakat Arab untuk menjelaskan bagaimana unta dibawa kepada air.

Jadi kalimah شَرَعَ dalam agama bermaksud undang-undang yang telah ditetapkan oleh Allah dengan jelas. Ia merangkumi hal agama dan juga cara hidup. Ia adalah perkara yang kita kena ikut. Inilah yang disebut-sebut ‘syarak’, ‘syar’ie’.

Tetapi, sepertimana kita boleh bawa unta kepada air, tetapi kita tidak boleh memaksa unta itu minum air, begitu juga dengan syariat. Kita tidak boleh memaksa manusia untuk menerima syariat itu. Kita boleh sampaikan sahaja. Bagi orang yang degil, tetap tidak menerimanya. Ada sahaja alasan mereka.

مَا وَصَّىٰ بِهِ نُوحًا

apa yang telah diperintahkan-Nya kepada Nabi Nuh,

Bukan umat Nabi Muhammad SAW sahaja yang diwajibkan ikut syariat. Umat terdahulu pun kena ikut syariat juga. Dan mereka juga diberikan dengan syariat yang dipertanggungjawabkan kepada mereka.

Dikatakan dalam ayat ini bahawa syariat yang diberikan kepada kita adalah yang sama dengan yang diberikan kepada Nabi Nuh. Tetapi kita pun tahu bahawa syariat kita dengan Nabi Nuh tidak sama. Hukum kita dan baginda tidak sama, iaitu ‘syariat feqah’ tidak sama.

Jadi syariat yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah syariat dari segi tauhid. Kerana syariat tauhid adalah sama sahaja dari Nabi dulu sampai Nabi Muhammad SAW.

وَالَّذِي أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ

dan yang telah Kami wahyukan kepada mu (wahai Muhammad),

Wahyu yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah Al-Quran. Mesej Nabi Nuh adalah untuk semua manusia kerana waktu itu, hanya tinggal mesej dari baginda sahaja kerana tidak ada manusia lain sebagai Nabi. Ini kerana waktu itu Banjir Besar dan kemudian tinggal umat baginda sahaja.

Mesej Nabi Muhammad SAW diberikan kepada semua manusia juga kerana baginda adalah Rasul terakhir dan baginda adalah Rasul kepada semua manusia dan jin. Jadi ada persamaan antara Nabi Muhammad SAW dan Nabi Nuh a.s. Tidak sama dengan Rasul-Rasul yang lain kerana mereka diutus untuk umat mereka sahaja. Sebab itulah disebutkan tentang Nabi Nuh dalam ayat ini.

Penggunaan kalimah dalam Al-Quran juga amat penting dan memberi maklumat tambahan. Lihatlah bagaimana apa kata tunjuk kepada syariat yang diberikan kepada Nabi Muhammad SAW digunakan perkataan الَّذِي dan kepada Rasul-Rasul lain dalam ayat ini digunakan مَا sahaja. Kenapa?

Kerana perkataan الَّذِي digunakan untuk perkara yang jelas diketahui. Sebagaimana kita tahu dengan jelas apakah syariat yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW. Tetapi kepada Nabi-nabi lain, tidak sampai dengan penuh apakah syariat mereka.

Kita hanya tahu secara umum sahaja syariat mereka. Cuma dari Al-Quran, kita tahu mesej yang mereka bawa adalah tauhid juga, sama seperti Nabi Muhammad SAW. Cuma syariat mereka kita tidak jelas satu persatu. Yang kita cuma tahu adalah syariat Nabi Muhammad SAW.

وَمَا وَصَّيْنَا بِهِ إِبْرٰهِيمَ

dan juga yang telah Kami wasiatkan kepada Nabi Ibrahim

Wahyu yang sama juga diberikan kepada Nabi Ibrahim a.s. Nabi Ibrahim a.s. disebut dalam ayat ini kerana baginda adalah bapa kepada banyak Rasul dan Nabi Muhammad SAW adalah keturunan dari baginda juga.

Dan dalam susunan ayat ini, disebut Nabi Ibrahim a.s. dahulu kerana Nabi Muhammad SAW akan berdakwah kepada bangsa Arab. Mereka adalah bangsa yang mengaku Nabi Ibrahim adalah Nabi mereka. Mereka pun mengaku mengamalkan amalan yang diajar oleh Nabi Ibrahim. Antaranya, tawaf di Kaabah.

Malah banyak lagi yang amalan yang mereka teruskan seperti solat, iktikaf dan sebagainya. Nabi Ibrahim bukan asing kepada mereka.

Selepas bangsa Arab, siapa lagi yang Nabi Muhammad SAW akan berurusan?

وَمُوسَىٰ وَعِيسَىٰ

dan Nabi Musa serta Nabi Isa,

Nabi Muhammad SAW juga akan berurusan dengan bangsa Yahudi yang menerima Nabi Musa sebagai Nabi mereka. Mereka mengaku mengikut ajaran baginda.

Dan kemudian Nabi Muhammad SAW akan berurusan dengan penganut Kristian yang mengaku Nabi Isa adalah Nabi mereka dan mereka mengaku mengikuti ajaran baginda.

Mereka itu adalah Bani Israil dan Nabi Muhammad SAW juga kena sampaikan dakwah tauhid kepada mereka dan mereka pun kena ikut ajaran Nabi Muhammad SAW juga sebenarnya.

Ayat ini juga mengajar kita bahawa semua Nabi mengamalkan tauhid yang sama. Tidak ada bezanya. Apa yang Nabi Muhammad SAW bawa adalah ajaran yang sama. Apakah ajaran itu? Itulah ajaran tauhid.

Jadi di dalam ayat ini, Allah sebut lima Nabi Ulul Azmi. Tetapi bukanlah mereka sahaja yang diberikan dengan syariat tauhid. Allah sebut lima Rasul, tetapi merangkumi semua Nabi. Apakah arahan kepada semua para Nabi?

أَنْ أَقِيمُوا الدِّينَ

iaitu: “Tegakkanlah agama”,

Mesej yang dibawakan oleh semua Nabi adalah sama sahaja, iaitu tauhid mengesakan Allah SWT. Oleh itu, kita kena tahu tentang tauhid 100%. Dan selepas tahu, kena taat dan amalkan. Taat macam bayang taat kepada badan – ikut sahaja ke mana badan itu pergi.

Lafaz الدِّينَ bermaksud ‘pegangan dan cara hidup’. Selalunya diringkaskan dengan lafaz ‘agama’ sahaja. Ada dua perkara yang utama: ibadat (hubungan dengan Allah) dan adat (hubungan dengan hamba). Kena jaga dua-dua perkara iaitu kedua-duanya kena ikut syariat Allah dan kena dalil dalam dua perkara ini.

Taat memang kena taat, tetapi cara taat sahaja yang mungkin berbeza. Sebab itu ada banyak mazhab. Kalau perbezaan itu dalam perkara furu’ sahaja, tidak mengapa. Tetapi dalam perkara usul, kena terima dari Al-Quran dan tidak boleh ada perbezaan. Ini memerlukan pembelajaran.

Ayat ini juga bermaksud kita kena ‘dirikan’ agama itu. Kena belajar dan amalkannya. Ia bukanlah kerja yang mudah. Ia memerlukan usaha yang banyak. Maka salah satu tuntutan kepada umat manusia adalah belajar agama. Kerana kalau tidak belajar, bagaimana hendak tahu?

Ramai orang kata mereka taat, tetapi adakah mereka sudah tahu apakah yang perlu ditaati? Ramai yang pandai cakap sahaja, tetapi mereka tidak belajar pun hal agama. Setakat pakai apa yang mereka pelajari di sekolah sahaja.

Maka kalau tidak belajar agama, bagaimana hendak tegakkan agama? Dan kalau bukan kita yang tegakkan, siapa lagi? Yang penting, sebelum tegakkan, kenalah belajar. Tetapi berapa ramai yang rasa mereka telah menegakkan agama dalam kehidupan mereka tetapi mereka tidak belajar pun lagi.

Tegak atau dirikan agama itu maksudnya kena sampaikan kepada manusia yang lain. Bukan setakat amal sendiri sahaja. Dan bukan setakat tampal poster atau pelekat di kereta sahaja. Ramai yang tidak jalankan usaha dakwah kerana mereka rasa ia tidak penting.

Usul adalah perdu, perkara utama yang semua kena terima. Kalau tidak terima, maka keluar dari Islam.

Furu’ pula adalah usul. Yang boleh ada perbezaan pendapat.

Macam kewujudan Allah SWT. Ini usul.

Keberadaan Allah SWT di mana, ini furu’. Kerana ada pendapat yang berbagai. Maka jangan jadikan ini sebagai punca hendak kafirkan orang.

وَلَا تَتَفَرَّقُوا فِيهِ

dan janganlah kamu berpecah belah di dalamnya”.

Terlalu banyak perpecahan sesama manusia dalam dunia ini. Ada yang hanya menyembah Allah SWT. Ada yang tidak sembah Allah SWT. Ada juga yang sembah Allah SWT, tetapi dalam masa yang sama, sembah juga entiti lain. Ini perselisihan yang amat besar sekali. Allah SWT ingatkan dalam ayat ini untuk tidak buat begitu kerana itu adalah syirik.

Tetapi banyak sekali perpecahan antara manusia dalam perkara ini. Termasuklah masyarakat Islam dalam negara ini pun. Mereka ramai yang mengamalkan syirik tanpa mereka sedari. Dan kerana mereka tidak faham apakah tauhid dan syirik itu, maka banyak sekali perpecahan dalam masyarakat kita.

‘Berpecah belah’ berbeza dengan ‘perbezaan pendapat’. Memang akan ada perbezaan pendapat antara manusia. Itu adalah normal sahaja dan tidak dilarang dalam agama. Tetapi jangan jadikan perbezaan pendapat itu sebagai satu punca perpecahan antara kita. Malangnya, kita selalu ambil isu-isu yang kecil-kecil dan jadikan ia sebagai isu yang besar sampaikan membawa kepada perpecahan sesama kita.

Namun ingat, kita boleh berbeza pendapat dalam perkara khilaf, tetapi kita tidak boleh berbeza pendapat dalam akidah. Dalam akidah, tidak boleh hendak raikan pendapat yang berbeza. Kalau pendapat mereka tidak sama dengan apa yang disampaikan dalam Al-Quran, maka kita tidak boleh duduk bersetuju dengan mereka. Tidak boleh hendak mengatakan mereka itu benar. Samalah Nabi Muhammad SAW tidak duduk sama dengan Musyrikin Mekah kerana perbezaan antara mereka adalah perbezaan dalam akidah. Maknanya, dalam hal akidah tidak ada kompromi.

Kalau dalam bahagian feqah, hendak berbeza pendapat, silakan. Asalkan ada dalil yang datang dari Al-Quran atau hadis. Dalam bab feqah, dalil-dalil yang ada boleh diterjemahkan dalam lebih dari satu makna, sebab itu ada khilaf di dalamnya. Tetapi dalam bab Akidah, bab Tauhid, ia amat jelas, jadi tidak ada ruang untuk khilaf. Jadi, janganlah pula gunakan alasan: “Seru wali dan Nabi itu adalah khilaf, syeikh…” Memang ia khilaf tetapi khilaf antara tauhid dan syirik, maka kita tidak boleh terima.

كَبُرَ عَلَى الْمُشْرِكِينَ مَا تَدْعُوهُمْ إِلَيْهِ

Berat bagi orang-orang musyrik (untuk menerima ugama tauhid) yang engkau seru mereka kepadanya.

Tetapi tidak dinafikan, memang susah hendak ajak manusia mengamalkan tauhid. Ramai yang ada fahaman syirik dalam diri mereka. Kalau kita ajak mereka yang mengamalkan syirik kepada tauhid, mereka akan rasa berat. Kerana telah ada akidah syirik dalam diri mereka sampaikan mereka tidak boleh terima.

Apabila kita beritahu mereka tidak boleh faham atau tidak mahu hendak faham. Mereka tolak sahaja apa yang kita sampaikan. Ada beberapa jenis cara mereka menolak:

1. Ada yang lawan terus dengan berhujah dengan kita. Maka jelas nampak ketidaksetujuan mereka.

2. Ada yang berubah air muka mereka tetapi mereka tidak cakap yang mereka tidak setuju dengan kita. Tetapi, dari air muka mereka, kita telah tahu yang mereka tidak setuju dengan dakwah kita.

3. Ada yang senyap sahaja tidak melawan, tetapi dengar dengan mata yang layu, lama-lama mereka meninggalkan kita. Apa yang kita cakap, masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri. Kemudian tidak mahu jumpa lagi. Itu maknanya mereka juga tak terima.

Ada yang lebih teruk lagi, mereka menghalang manusia dari belajar tauhid. Sampaikan ada yang buat jalan supaya ajaran Tauhid tidak diajar di negara ini. Bayangkan, mereka ada yang tolak Akidah Tauhid 3T (Tauhid Tiga Serangkai – Rubbubiyyah, Uluhiyyah, Asma wa sifat) sampaikan mereka haramkan pengajaran Tauhid itu di tempat pengajian.

Mereka sampai kata ajaran Tauhid 3 itu melahirkan golongan terroris. Mereka buruk-burukkan ajaran Tauhid 3 ini. Yang mereka hendak suruh manusia belajar, hanya Tauhid Sifat 20 yang tidak boleh pun menjelaskan fahaman tauhid yang sebenar kepada masyarakat. Ia lebih memeningkan manusia sampai ada yang jadi keliru dengan Allah SWT pun ada.

اللهُ يَجْتَبِي إِلَيْهِ مَن يَشَاءُ

Allah memilih kepada-Nya sesiapa yang dikehendaki-Nya

Allah SWT pilih siapa yang boleh terima akidah tauhid ini. Allah SWT pilih mereka kerana mereka sendiri yang mahu belajar, mahu mencari kebenaran. Tetapi kalau ada manusia yang berat untuk menerima ajakan tauhid ini, maka apa lagi usaha kita? Bukankah nampak macam sia-sia sahaja usaha kita untuk mengajak mereka?

Jangan putus asa. Allah jawab dalam potongan ayat ini yang Dia sendiri yang akan memilih mereka yang mahu menerima iman tauhid itu. Iaitu mereka yang berdoa meminta Allah SWT menunjukkan kepada mereka jalan yang lurus. Maka, kita kena berdakwah kerana akan ada sahaja mereka yang akan beriman.

Dan bila kita dakwah kepada mereka, pastikan suruh mereka sendiri doa kepada Allah SWT untuk tunjukkan kebenaran. Senangnya mereka doa sendiri. Suruh mereka doa kepada Allah SWT untuk tunjukkan mana yang benar kerana banyak sangat pendapat dalam agama ini sampaikan orang baru pun boleh pening. Ustaz ini kata begini dan ustaz itu kata begitu pula. Maka suruh mereka doa kepada Allah untuk tunjukkan mana ajaran yang benar. Kena ikhlaskan diri dalam doa itu dan Allah SWT akan pilih mereka dan tarik mereka kepada kebenaran.

Yang penting kita teruskan dakwah kepada mereka. Kalau mereka tidak terima pun, sudah pasti dengan perbuatan dakwah itu akan meningkatkan iman kita. Lihatlah bagaimana Nabi-nabi terdahulu tidak lelah dan jemu dalam berdakwah. Ada yang sampai berkali-kali pergi kepada orang yang sama.

وَيَهْدِي إِلَيْهِ مَن يُنِيبُ

dan memberi hidayah petunjuk kepada-Nya sesiapa yang rujuk kembali kepada-Nya

Iaitu mereka yang mahu mendekati Allah SWT, yang mahu kepada kebenaran. Kepada mereka yang seperti itu, Allah SWT akan beri jalan kepada mereka untuk menerima tauhid. Dia mungkin diberikan peluang untuk jumpa orang yang boleh mengajar mereka.

Atau dia jumpa syarahan yang boleh mengubah hatinya. Atau dia terbaca tulisan yang menjelaskan kepadanya perkara yang mengelirukannya sebelum itu sampai dia boleh faham; macam-macam cara Allah SWT boleh bawa dan heret manusia ke jalan akidah yang benar.

Allah SWT yang susun sampai mereka jadi beriman. Allah SWT beri kelebihan itu kerana mereka sendiri yang hendak mencari kebenaran. Makanya, kena ada keinginan dalam diri dulu untuk menerima kebenaran.

Bagaimanakah untuk wujudkan keinginan itu? Ini kena ada keinginan faham dalam hati. Kemudian doa supaya Allah SWT tunjukkan manakah kebenaran. Maka kena ada keinginan dahulu.

Allahu a’lam.

Popular

Iklan

Iklan