Utama Blog Halaman 132

Muqaddimah pengarang (Siri 5)

0

5. Atsar Imam Ahmad rahimahullah,

 

وقال أيضاً :واعلموا أنه لو أن رجلاً أحسن الصّلاة ، فأتمّها وأحكمها ، ثم نظر إلى مَنْ أساء في صلاته وضيَّعها ، وسبق الإمامَ فيها ، فسكت عنه ، ولم يعلّمه إساءته في صلاته ومسابقته الإمام فيها ، ولم ينهه عن ذلك ، ولم ينصحه ، شاركه في وزرها وعارها . فالمحسن في صلاته ، شريك المسيء في أساءته ، إذا لم ينهه ولم ينصحه (الصلاة : (ص40))

Terjemahan:
Juga berkata Imam Ahmad rahimahullah:”Ketahuilah wahai pesolat, jika kamu sudah memperbaikan dan menyempurnakan solat kamu, akan tetapi jika kamu dapati ada orang yang solat dengan lebih kurang sahaja atau tidak bersungguh-sungguh di hadapan kamu, akan tetapi kamu tidak membuat perbaikan(iaitu menegurnya), maka kamu mendapat dosa dari orang yang buruk solatnya. Oleh itu orang yang bagus solatnya akan bersekutu dengan orang yang buruk solatnya jika dia tidak menegur kesalahan pesolat tersebut.”
(Ibnu Qayyim, dari Kitab al Solah, muka surat 40)

 

Syarah:
Maka inilah tujuan kitab Akhta’ al Mushallin, iaitu mempertingkatkan kualiti solat kita dan dalam waktu yang sama memperbaiki kualiti solat semua orang.

 

 

*Selepas ini akan bermula bab 1.

Muqaddimah pengarang (Siri 4)

0

4. Atsar Imam Ahmad rahimahullah,

 

قال الأمام أحمد : إنما حظُّهُم من الإسلام على قدر حظّهم من الصّلاة ، ورغبتهم في الإسلام على قدر رغبتهم في الصّلاة ، فاعرف نفسك يا عبد الله ، احذر أن تلقى الله ـ عزّ وجلّ ـ ولا قدر للأسلام عندك ، فإن قدر الإسلام في قلبك كقدر الصّلاة في قلبك (الصلاة : (ص 42) والصلاة وحكم تاركها : (ص170 ـ 171) لابن القيّم .)

Terjemahan:

Menurut Imam Ahmad (Ibnu Hanbal) rahimahullah: ” Kualiti keIslaman seseorang bergantung dengan kualiti solatnya.Kecintaan seseorang kepada Islam bergantung kepada kecintaannya kepada solatnya. Maka periksalah dirimu, takutlah untuk berdepan dengan Allah tanpa membawa Islam yang berkualiti yang diterjemahkan dalam solat yang berkualiti pula.”
(Dikeluarkan oleh Ibnu Qayyim di dalam Kitab al Solat muka surat 42 dan hukum meninggalkan solat, muka surat 170-171)

Tatacara dan Hukum-Hakam Solat Duduk Atas Kerusi

0

Tatacara dan Hukum-Hakam Solat Duduk Atas kerusi

Soalan: Mohon pencerahan tentang solat atas kerusi di mana pada rakaat kedua perlu ke bangun atau terus duduk atas kerusi?

Jawapan: Solat duduk di atas kerusi hanya bila kaki sakit tidak boleh sujud, duduk antara dua sujud dan duduk tahiyyat awal dan akhir. Jika boleh berdiri semasa takbiratul ihram maka wajib berdiri. Jika boleh rukuk cara biasa maka kena rukuk seperti biasa.

Jika tidak boleh sujud kerana sakit kaki selepas operation, ada sakit ghout, kaki patah ada simen atau besi maka boleh duduk di kerusi, untuk sujud ( bongkokkan badan dan kepala), duduk antara dua sujud, tahiyyat awal dan akhir. Bila masuk rakaat kedua ulang seperi rakaat pertama, lakukan sehingga selesai.

Hukum-Hakam Solat Duduk Di Atas Kerusi

1. Berdiri, rukuk dan sujud adalah termasuk di dalam rukun solat. Sesiapa yang mampu melakukannya, maka wajib melakukannya seperti yang disyariatkan. Adapun sesiapa yang uzur kerana sakit atau tua, bolehlah duduk di atas lantai ataupun di atas kerusi. Asas dalam hal ini ialah berdasarkan firman Allah SWT yang mengandungi perintah menunaikan solat dalam keadaan berdiri:

Maksudnya: “Peliharalah semua solat(mu), dan (peliharalah) solat wusthaa. Berdirilah untuk Allah (dalam solatmu) dengan Qanit.” [ Surah al-Baqarah ayat 238 ].

Setelah itu datang keringanan dari Nabi SAW bagi yang uzur berdasarkan hadis daripada ‘Imran bin Husain r.a.:

كَانَتْ بِي بَوَاسِيرُ فَسَأَلْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ الصَّلَاةِ فَقَالَ صَلِّ قَائِمًا فَإِنْ لَمْ تَسْتَطِعْ فَقَاعِدًا فَإِنْ لَمْ تَسْتَطِعْ فَعَلَى جَنْبٍ

Maksudnya: “Dahulu aku pernah mengidap penyakit buasir, lalu aku bertanya kepada Nabi SAW tentang solat. Jawab baginda: “Solatlah secara berdiri, jika kamu tidak mampu, maka solatlah secara duduk, jika kamu tidak mampu juga, maka solatlah di atas rusuk.” (HR al-Bukhari, hadis no. 1066)

Kata al-Imam Ibn Qudamah al-Maqdisi: Maksudnya: “Para ulama telah bersepakat bahawa sesiapa yang tidak mampu berdiri, maka boleh solat secara duduk.” (al-Mughniy 1/443)

Kata al-Imam al-Nawawi: “Ummah telah bersepakat bahawa sesiapa yang tidak mampu berdiri dalam solat fardu, maka dia boleh solat secara duduk, dan tidak perlu pengulangan (solat yang ditunaikan secara duduk kerana keuzuran).” 

Kata Ashab kami: “Tidak dikurangi pahala solatnya secara duduk berbanding berdiri, kerana dia ketika itu seorang yang uzur. Sesungguhnya telah thabit di dalam Sahih al-Bukhari bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إذا مَرِضَ العبدُ أو سافر كُتِبَ له مِثْلُ ما كان يعمل مقيمًا صحيحًا

Maksudnya: “Apabila seseorang hamba itu sakit atau dalam permusafiran, dicatit untuknya apa yang dilakukannya ketika dia tidak bermusafir dan ketika sihat.” (HR al-Bukhari – al-Majmu’ 4/226).

Kata al-Syaukani: “Hadis ‘Imran menunjukkan keharusan bagi sesiapa yang memiliki keuzuran yang tidak mampu berdiri untuk solat secara duduk, dan sesiapa yang ada keuzuran, dan tidak mampu solat secara duduk, dia boleh solat secara berbaring di atas lambung/rusuk.” (Nail al-Author 3/243).

Oleh itu, sesiapa yang solat fardu secara duduk sedangkan dia mampu berdiri, maka solatnya adalah batal. Adapun bagi sesiapa yang memiliki keuzuran untuk berdiri sahaja disebabkan sakit, maka harus baginya solat secara duduk di atas kerusi pada kedudukan berdiri. Manakala dia rukuk dan sujud dalam bentuk yang diperintahkan (secara sempurna). Jika mampu berdiri, namun sukar untuk duduk dan sujud. Maka wajib solat secara berdiri, kemudian duduk di atas kerusi apabila hendak rukuk dan sujud dengan menjadikan tunduknya untuk sujud lebih rendah daripada rukuk. Hal ini berdasarkan kaedah yang menyebut:

المشقة تجلب التيسير

Iaitulah: “Sesuatu kesempitan itu, mendatangkan kemudahan.” Demikian juga berdasarkan salah satu prinsip syariat iaitulah

 رفع الحرج ودفع المشقة 

yang bermaksud “Menghilangkan kesukaran dan menolak kesempitan.” Selain itu terdapat dalil lain yang banyak dalam hal ini, antaranya firman Allah SWT yang bermaksud, “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya…” (Surah al-Baqarah ayat 286)

Firman Allah SWT maksudnya: “Maka bertakwalah kamu kepada Allah menurut kemampuanmu…” (Surah al-Taghabun ayat 16).

Sabda Nabi SAW:m

وَإِذَا أَمَرْتُكُمْ بِأَمْرٍ فَأْتُوا مِنْهُ مَا اسْتَطَعْتُمْ

Maksudnya: “Dan apabila aku memerintahkan kamu semua melakukan sesuatu, maka laksanakanlah ia menurut kemampuanmu.” (HR al-Bukhari dan Muslim).

Al-Syeikh ‘Abdul ‘Aziz bin Baz RH berkata: “Yang wajib ke atas sesiapa yang solat secara duduk di atas lantai atau atas kerusi, menjadikan sujudnya lebih rendah berbanding rukuk. Sunnah juga untuk dia meletakkan dua tangannya di lutut ketika itu pada kedudukan rukuk. Adapun pada kedudukan sujud, maka yang wajib, dia meletakkan kedua tangannya di atas lantai jika mampu. Jika tidak mampu maka bolehlah diletakkan di atas lutut berdasarkan hadis yang thabit dari Rasulullah SAW yang bersabda:

أُمِرْتُ أَنْ أَسْجُدَ عَلَى سَبْعَةِ أَعْظُمٍ عَلَى الْجَبْهَةِ وَأَشَارَ بِيَدِهِ عَلَى أَنْفِهِ وَالْيَدَيْنِ وَالرُّكْبَتَيْنِ وَأَطْرَافِ الْقَدَمَيْنِ

Maksudnya: “Aku diperintahkan untuk sujud di atas 7 anggota iaitulah dahi dan baginda juga menunjukkan tangan baginda ke hidung, dua telapak tangan, dua lutut dan jari-jari kedua-dua kaki.” Maka sesiapa yang ada keuzuran melakukan semua ini, dia pula menunaikan solat di atas kerusi, maka tidak mengapa berdasarkan firman Allah:

Maksudnya: “Maka bertakwalah kamu kepada Allah menurut kesanggupanmu…” [ Surah al-Taghabun ayat 16 ].

Dan sabda Nabi SAW:

وَإِذَا أَمَرْتُكُمْ بِأَمْرٍ فَأْتُوا مِنْهُ مَا اسْتَطَعْتُمْ

Maksudnya: “Dan apabila aku memerintahkan kamu semua melakukan sesuatu, maka laksanakanlah ia menurut kemampuanmu.” (HR al-Bukhari dan Muslim).” (Fatawa Ibn Baz 12/245-246).

Justeru, perlu diberi perhatian bahawa sesiapa yang hanya tidak mampu berdiri, namun mampu melakukan sujud dan rukuk, maka tidak boleh dia duduk di atas kerusi pada kedudukan sujud dan rukuk. Demikian juga jika dia hanya tidak mampu untuk rukuk dan sujud seperti biasa, namun mampu berdiri, maka tidak boleh dia duduk di atas kerusi pada kedudukan berdiri. Al-Imam Ibn Qudamah al-Maqdisi berkata:

“Dan sesiapa yang mampu berdiri, namun tidak mampu melaksanakan rukuk dan sujud, tidak gugur darinya kewajipan berdiri, hendaklah orang seperti ini solat dengan berdiri, lalu dia melakukan isyarat ketika rukuk, kemudian dia duduk dan melakukan isyarat ketika sujud. Inilah juga yang dikatakan oleh al-Syafi, firman Allah:

Maksudnya: “Dan berdirilah (di dalam solat) dengan Qanit.” 

Demikian juga sabda Nabi SAW

: صَلّ قَائِمًا

Yang bermaksud: “Tunaikanlah solat dengan berdiri.” 

Ini kerana berdiri di dalam solat adalah salah satu rukun solat bagi sesiapa yang berkemampuan, maka wajib dia melaksanakannya dengan baik sama seperti rukun membaca al-Fatihah.

“Ada keuzuran melakukan rukun yang lain tidak menjadikan gugurnya kewajipan melaksanakan rukun berdiri ini…” (al-Mughniy 1/444)

2. Bukan semua sakit membolehkan seseorang solat di atas kerusi. Para ulama telah berbeza pandangan tentang batasan sakit yang membolehkan diambil keringanan. Maka yang sahih atau yang benar dari berbagai pandangan tersebut ialah apabila timbul kesukaran dari sudut akan hilang kekhusyukan di dalam solat, maka ketika itu harus mengambil keringanan solat dengan duduk.

Al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-‘Uthaimin berkata:  “Garis ketetapan bagi masyaqqah (kesukaran/keperitan): iaitulah apa-apa yang menghilangkan khusyuk, dan khusyuk itu adalah kehadiran jantung hati dan tomakninah (ketenangan), maka apabila seseorang berdiri di dalam solat, lalu ia merasai gelisah yang bersangatan dan tiada lagi ketenangan, sehingga dia mengharap al-Fatihah yang dibaca segera dihabiskan agar dapat segera rukuk kerana kesukaran atau keperitan menanggung kesakitan, maka ketika itu dia dikira memiliki kesukaran atau keperitan untuk berdiri, maka orang seperti ini solat dengan duduk.” (al-Syarh al-Mumti” 4/326)

3. Berkaitan kedudukan kerusi di dalam saf pula, ada dua keadaan:

i)  Jika seseorang memulakan solat dengan duduk dari awal solat sehingga ke akhirnya. Maka kedudukan kaki kerusi bahagian belakang adalah berada di atas saf, kerana ia mengambil peranan dua belah kaki. Oleh itu hendaklah dua kaki kerusi bahagian belakang dijadikan lurus di dalam saf bersama kaki para jemaah lainnya di dalam saf yang sama.

ii)  Jika seseorang perlu menunaikan solat dengan menggunakan kerusi, namun di awal solat dia mampu untuk berdiri, dia akan menggunakan kerusi ketika hendak rukuk dan sujud, maka wajib dia berdiri sebaris dengan jemaah di dalam safnya dan kerusinya berada di belakangnya. Apabila dia hendak rukuk dan sujud, dia hendaklah bergerak ke hadapan sambil menarik kerusi yang berada di belakangnya jika kerusi itu mengganggu orang di belakangnya.

 

Allahu a’lam.

Muqaddimah pengarang (Siri 3)

0

3. Manhaj Hudzaifah Ibnu Al Yaman

 

فقد قال حذيفة بن اليمان رضي الله عنه : كان النّاس يسألون رسول الله  عن الخير ، وكنت أسأله عن الشر مخافة أن يدركني .

Terjemahan:
Telah berkata Hudzaifah Ibnu Al Yaman ra:” orang-orang bertanya pada Rasulullah saw akan kebaikan, akan tetapi aku bertanya beliau tentang keburukan. agar ia tidak menimpa diriku.”
Takhrij hadith: HR Bukhari Muslim, Bukhari no 6673

باب كيف الأمر إذا لم تكن جماعة
6673 حدثنا محمد بن المثنى حدثنا الوليد بن مسلم حدثنا ابن جابر حدثني بسر بن عبيد الله الحضرمي أنه سمع أبا إدريس الخولاني أنه سمع حذيفة بن اليمان يقول كان الناس يسألون رسول الله صلى الله عليه وسلم عن الخير وكنت أسأله عن الشر مخافة أن يدركني

 

Syarah:

Mungkin kita tertanya-tanya, kenapa kitab ini fokus kepada benda negatif, iaitu kesalahan-kesalahan pesolat?
Mengapa nama kitab bukannya, panduan solat yang sahih, formula solat yang lengkap, sifat solat Nabi saw atau fiqh sunnah dalam solat?
Syaikh Abu Ubaidah menjelaskan, pendekatan kitab ini sebenarnya adalah pendekatan atau metod Huzaifah Ibnu Al Yaman, yakni kena ada yang fokus menulis bab negatif, bab kesalahan yang dilakukan di dalam solat mereka.
Ini kerana kita sudah mengerjakan solat semenjak berusia 7 tahun atau 10 tahun, akan tetapi tidak ada orang yang menjelaskan kesalahan-kesalahan yang kita lakukan selama ini.

Tafsir Surah Asy-Shura – Tafsir Ayat Ke-29 dan Ke-30

0

Tafsir Surah Asy-Shura

Tafsir Ayat Ke-29

Dalil Aqli sebagai alamat kepada Qudrat Allah SWT. Kenapa kita kena sembah Allah SWT sahaja.

وَمِن ءآيٰتِهِ خَلقُ السَّمٰوٰتِ وَالأَرضِ وَما بَثَّ فيهِما مِن دابَّةٍ ۚ وَهُوَ عَلىٰ جَمعِهِم إِذا يَشاءُ قَديرٌ

Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah kejadian langit dan bumi serta segala yang Ia biakkan pada keduanya dari makhluk-makhluk yang melata; dan Ia Maha Kuasa menghimpunkan mereka semuanya apabila Ia kehendaki (melakukannya).

وَمِنْ ءآيٰتِهِ

Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya

Allah SWT menyebut-nyebut tanda-tanda kekuasaan-Nya untuk mengingatkan kita yang Dia lah Tuhan kita dan kita kena sembah dan seru hanya kepada Dia.

خَلْقُ السَّمٰوٰتِ وَالْأَرْضِ

ialah penciptaan langit dan bumi

Allah SWT selalu menyebut langit dan bumi kerana itulah dua makhluk besar yang kita selalu boleh lihat. Tidak mustahil ada lagi makhluk-makhluk Allah SWT yang lain yang kita tidak dapat lihat. Sebagai contoh, Arasy adalah lebih besar lagi dari langit dan bumi, tetapi kita tidak nampak.

Allah SWT hendak memberitahu, begitu besar langit dan bumi itu, Dia sahaja yang mencipta keduanya, tidak berkongsi dengan sesiapa pun dalam penciptaannya.

وَمَا بَثَّ فِيهِمَا مِن دَابَّةٍ

serta segala yang Dia biakkan pada keduanya dari makhluk-makhluk yang melata;

Lihatlah berapa banyak makhluk Allah SWT yang melata di bumi dan terbang di langit. Sama ada manusia atau kehidupan yang lain. Apabila kita lihat segala makhluk itu, kita ingat dalam hati kita yang Allah SWT lah yang menjadikan semua makhluk itu.

Semua yang ada atas bumi ini, binatang dan manusia dan apa sahaja, tidak terjadi sendiri. Tidaklah kita dan mereka membiak sendiri, melainkan Allah SWT juga yang membiakkan kita. Kena ingat perkara ini.

وَهُوَ عَلَىٰ جَمْعِهِمْ إِذَا يَشَاءُ قَدِيرٌ

dan Dia Maha Kuasa menghimpunkan mereka semuanya apabila Ia kehendaki

Walaupun makhluk itu merata-rata, ada di langit dan ada di bumi, tetapi Allah SWT mampu untuk mengumpulkan semua makhluk-Nya itu apabila tiba masanya.

Kita hendak kumpulkan anak beranak kita yang duduk di negeri lain pun susah, tetapi Allah SWT mampu nak mengumpulkan makhluk-Nya walau di mana mereka berada.

Semua makhluk nanti mati berlainan tempat dan berlainan masa, tetapi Allah SWT boleh kumpul semuanya sekali di Mahsyar.

Bila Allah SWT yang jadikan dan menghidupkan makhluk, tentu Dia juga boleh matikan. Jadi kenapa musyrikin Mekah tidak boleh terima yang makhluk akan dihidupkan sedangkan mereka pun terima yang Allah SWT sahaja yang boleh menjadikan?

Mereka sepatutnya kena terima kerana itu semua dari Qudrat yang sama juga. Bila terima tentang Qudrat, maka syariat pun kena terima lah juga.

Tafsir Ayat Ke-30

Takhwif duniawi. Ayat ini adalah tentang bala yang menimpa manusia.

Allah SWT menceritakan kenapa manusia ditimpa bala itu. Ia adalah kerana kesalahan yang telah dilakukan oleh manusia itu sendiri.

وَما أَصٰبَكُم مِّن مُّصيبَةٍ فَبِما كَسَبَت أَيديكُم وَيَعفو عَن كَثيرٍ

Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah SWT memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.

Sila beri perhatian. Ayat ini menjelaskan banyak perkara yang terjadi dalam kehidupan kita.

وَمَا أَصٰبَكُم مِّن مُّصِيبَةٍ

Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana),

Macam-macam kesusahan dan musibah yang kita alami dalam kehidupan dunia ini. Itulah namanya kehidupan, tidak sunyi dari masalah, tidak sunyi dari musibah.

Sama ada berbentuk kesihatan, kewangan, pekerjaan, perhubungan antara manusia, malah apa-apa sahaja.

Ada musibah yang besar dan ada musibah yang kecil. Apa yang Allah SWT kata tentang musibah itu?

فَبِمَا كَسَبَتْ أَيْدِيكُمْ

maka ia adalah disebabkan apa yang tangan kamu lakukan

Musibah-musibah itu ditimpakan kepada kita kerana perbuatan tangan kita sendiri.

Manusia mendapat musibah kerana amalan dosa yang dilakukan. Bukan dosa tangan sahaja tetapi dosa yang dilakukan oleh semua anggota walaupun disebut hanya tangan sahaja.

Ia terjadi kerana kesalahan kita iaitu perbuatan dosa yang banyak kita lakukan. Perbuatan yang baik akan membawa kebaikan, dan perbuatan buruk akan membawa kepada keburukan.

Allah SWT hendak memberitahu kita, apabila derhaka, di dunia lagi Allah SWT boleh beri azab sedikit demi sedikit.

Kalau orang kafir, apa sahaja musibah yang menimpa mereka itu sudah dikira azab iaitu azab yang kecil sebelum kena azab lebih teruk di neraka.

Maka kalau hendak selamatkan diri dari musibah, perbaiki amalan dari jahat kepada baik.

Jangan jadi zalim, contohnya, taat kepada Allah SWT dan serahkan diri kepada Allah SWT.

Kepada orang mukmin yang ada buat dosa, ia adalah peringatan atau sebagai asbab gugur dosa. Diberi musibah supaya orang itu insaf.

Allah SWT beri musibah-musibah itu untuk memberi peringatan kepada kita supaya selalunya apabila kita jatuh terduduk kerana masalah, baru kita teringat dengan Allah SWT. Baru teringat dosa-dosa yang kita telah lakukan.

Baru hendak istighfar, baru hendak buat amal kebaikan. Masa kita kaya, masa kita ada kuasa dulu, kita menikmati kehidupan ini tanpa mengingati Allah SWT.

Sembahyang pun pakai mana yang mampu sahaja, kelas agama tidak sempat hendak pergi sebab sibuk hendak membelanjakan harta, pergi ke sana dan ke sini.

Tetapi bagaimana dengan orang mukmin yang tidak buat dosa seperti para Nabi? Kenapa mereka kena musibah juga?

Kepada mereka, dengan musibah yang mereka dapat itu, mereka akan naik darjat. Dan mereka akan diberikan pahala tambahan kerana sabar kerana kalau mereka tidak diuji, bagaimana orang mukmin hendak dapat pahala sabar? Dan pahala sabar ini tidak ada had.

Ubat kepada musibah adalah sabar dan istighfar sebab musibah terjadi kerana dosa. Maka minta lah keampunan dari-Nya. Ia juga sebagai kafarah dan sebagai peringatan kepada kita. Bagus kerana Allah SWT beri peringatan masa di dunia lagi bukan?

وَيَعْفُو عَن كَثِيرٍ

dan (dalam pada itu) Allah SWT memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.

Allah SWT dengan Sifat Rahmat-Nya, tidak hukum kita terus dengan segala dosa-dosa yang kita lakukan.

Kalau hendak dikirakan, banyak sekali dosa-dosa yang kita lakukan. Tetapi, musibah yang dikenakan kepada kita itu bukanlah atas semua dosa-dosa itu.

Dosa-dosa yang kecil yang manusia lakukan, banyak yang Allah SWT sudah ampunkan.

Dosa itu diampunkan apabila kita solat, wuduk, buat kebaikan dan lain-lain ibadat. Kerana kalau Allah SWT hendak balas dengan semua dosa yang kita lakukan, tentu kita tidak mampu menanggungnya.

Bukan semua amalan jahat kita dibalas di dunia. Allah SWT maafkan begitu sahaja. Ini kerana Allah SWT beri peluang untuk bertaubat tetapi kalau tidak dikenakan azab di dunia, di akhirat akan kena juga. Maka, jangan sangka akan terlepas begitu sahaja.

Tetapi ada jenis dosa yang tidak diampunkan kerana pembuatnya kena minta ampun secara spesifik kepada Allah SWT. Itulah dosa-dosa besar dan dosa-dosa syirik.

Termasuk dalam perbuatan syirik adalah amalan-amalan dan fahaman bidaah. Ini adalah kerana amalan bidaah adalah amalan menambah dalam agama, ia adalah syirik juga. Ini kita telah belajar dalam tafsir ayat ke-21 surah ini.

Tetapi, kerana tidak belajar tafsir Al-Quran, tidak belajar sunnah, manusia tidak tahu manakah amalan bidaah dan syirik yang mereka lakukan.

Oleh kerana mereka tidak tahu, maka mereka tidaklah meminta ampun atas dosa-dosa itu. Jika mereka tahu, tentulah mereka akan meminta ampun.

Oleh kerana ada dosa yang mereka lakukan, dan mereka tidak mohon keampunan lagi, maka Allah SWT telah menjatuhkan musibah ke atas mereka.

Musibah itu dikenakan untuk mengingatkan manusia apakah kesalahan yang mereka telah lakukan. Apa yang patut kita lakukan adalah memohon ampun kepada Allah SWT atas dosa-dosa kita itu. Bukannya dengan buat Solat Tolak Bala, Doa Tolak Bala, Solat Hajat dan amalan-amalan bidaah yang lain.

Oleh kerana dosa-dosa yang tidak diminta ampun itulah yang menyebabkan kita dikenakan dengan musibah itu.

Maka, kita kenalah sentiasa istighfar dan minta ampun kepada Allah SWT supaya Allah SWT terus ampunkan sahaja dosa kita dan tidak diganti dengan balasan musibah.

Manusia pertama yang melakukan kesilapan dan dikenakan musibah adalah Nabi Adam a.s.

Baginda telah dihukum dengan diturunkan ke dunia dari syurga tempat tinggal asalnya. Itu adalah musibah yang amat besar.

Bayangkan, setelah duduk di syurga dengan segala kenikmatannya, terpaksa tinggal di dunia yang serba tidak cukup, serba kurang dan serba payah. Maka, apakah yang baginda telah lakukan? Baginda telah memohon keampunan dari Allah SWT.

Walaupun baginda seorang yang amat bijak, tetapi doa-doa taubat baginda tidak diterima oleh Allah SWT sehinggalah Allah SWT sendiri ajar baginda bagaimana memohon ampun.

Doa yang diajar oleh Allah SWT dan diamalkan oleh Nabi Adam ada tertulis dalam surah [ A’raf: 23 ]

قَالَا رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ

Mereka berdua merayu: “Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi”.

Nabi Adam dan Hawa mengaku kesalahan yang mereka lakukan dan memohon keampunan dari Allah SWT. Selepas mengamalkan doa ini, barulah Allah SWT ampunkan baginda dan Hawa.

Maka, tidaklah benar yang Nabi Adam bertawasul dengan nama Nabi Muhammad SAW yang belum lahir, seperti yang diajar oleh puak-puak bidaah dan puak-puak tarekat sedangkan telah jelas dalam ayat ini bagaimana cara Nabi Adam memohon ampun dari Allah SWT.

Maka, kalau kita ditimpa musibah, ada kemungkinan ia adalah dari kesalahan yang kita lakukan, maka moleklah kalau kita amalkan doa ini juga.

Kalau kita tidak rasa kita ada buat dosa pun, sepatutnya kita kena selalu istighfar kepada Allah SWT kerana kita tidak tahu apakah dosa yang kita telah lakukan.

Tentunya ada sahaja dosa yang kita lakukan.

Allahu a’lam.

NOTA FIQH DOA MUSTAJAB 15

0

15. Sebelum meminum air zam-zam.

Sebelum meminum air zam-zam, sunat untuk berdoa.
Dalil hadith:
Dari Jabir, Rasulullah saw bersabda,
ماء زمزم لما شرب له
“Air zam-zam tergantung orang yang meminumnya.”
Terjemahan:
أخرجه ابن ماجه، كتاب المناسك، باب الشرب من زمزم، 2/1018، برقم 3062، ورواه الحاكم في المستدرك (1/473) وصححه الألباني في صحيح سنن ابن ماجه، 2/183، وإرواء الغليل، 4/320.
(HR Ibnu Majah, didalam kitab al manasik no 3062, HR al Haakim di dalam mustadrak, disahihkan oleh al Albani di dalam sahih Ibnu Majah dan al Irwaa’.Ibnu Qayyim menilai hadith ini, hasan juga Ibnu Hajar Asqolani rahimahullah)
Fiqh hadith:
Sebelum meminum air zam-zam, maka boleh bertabaruk dengan keberkatan airnya dan kita hendaklah berdoa khususnya untuk kesihatan kita.
Nota:
Disalin dari Dr Abu Ammar Yasin Qadhi, kitab doa: Silahul Mukmin.

31.10.Hadith-hadith seputar al-Mahdi-HADITH 6

0

HADITH 6

Hadith Abu Sa’id al-Khudry ra dari Nabi saw:

عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم قال :«منا الذي يصلي عيسى بن مريم خلفه>
رواه أبو نعيم في كتاب المهدي وذكره المناوي في فيض القدير(6/17)بسنده صحيح

Terj:”Orang yang menjadi imam bagi ‘Isa bin Maryam di dalam solatnya adalah dari golongan kami”

(HR Abu Nu’aim dalam Akhbaarul Mahdi sebagaimana dikatakan oleh as-Suyuti di dalam al-Haawi (II/64) dan beliau memberikan lambang dengan dha’if, begitu juga al-Munawi dalam Faidhul Qadiir (VI/17) dengan sanad yang sahih, Al-Albani berkata, “Sahih”. Lihat Shahiih al-Jaami’ish Shaghiir (V/219, no. 5796). ‘Abdul ‘Alim berkata dalam risalahnya (al-ahaadith al-waaridah fil mahdi, King Saud University, Riyadh), “Sanadnya hasan dengan beberapa penguat” (hal. 241))

Fiqh hadith:

Kata al-Areefi

لمقصود هنا :أن المهدي يصلي بالناس إماما ويكون من ضمن المأمومين عيسى بن مريم

Imam Mahdi menjadi pemimpin manusia pada masa itu dan dia juga menjadi Imam solat berjamaah dan antara makmum beliau ialah Isa putra Maryam.

Syarah:

Maka petanda kita hendak kenali al-Mahdi yang original ialah bila Jesus sanggup solat di belakangnya. Sebab Jesus atau Isa ini mendapat wahyu dan jika dia solat di belakang seseorang, maka itulah pemimpin yang hebat dan tepat dengan status al-Mahdi yang disahkan oleh Jesus.

NOTA FIQH DOA MUSTAJAB 14

0

14. Selepas berwuduk

Dalil hadith:

Dari Umar bin Khatthab ra, Rasulullah saw bersabda,

مَا مِنْكُمْ مِنْ أَحَدٍ يَتَوَضَّأُ فَيُسْبِغُ الْوَضُوءَ ثُمَّ يَقُولُ: أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُ اللهِ وَرَسُولُهُ إِلَّا فُتِحَتْ لَهُ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ الثَّمَانِيَةُ يَدْخُلُ مِنْ أَيِّهَا شَاءَ

“Tidaklah salah seorang di antara kalian berwuduk dan menyempurnakan wuduknya, kemudian mengucapkan,
“aku bersaksi bahawa tidak ada sembahan yang berhak disembah selain Allah semata, tidak ada sekutu bagi-Nya. Dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan utusan Allah”. Kecuali Allah akan bukakan untuknya lapan pintu syurga yang mana dia boleh memasuki dari mana-mana pintu.”

(HR. Muslim no. 234)

 

Lafaz tambahan dari Imam Tirmizi rahimahullah. Tambahan doa,

اللَّهُمَّ اجْعَلْنِي مِنَ التَّوَّابِينَ، وَاجْعَلْنِي مِنَ المُتَطَهِّرِينَ

“Allahummaj ‘alni minat tawwabiina waj’alnii minal mutathohhiriin”

Terj:”Ya Allah jadikanlah aku termasuk hamba-hambaMu yang rajin bertaubat dan menyucikan diri].”

(Shahihul Jami’ hadith no. 6046)

 

Nota:

Disalin dari Dr Abu Ammar Yasin Qadhi, kitab doa: Silahul Mukmin.

Muqaddimah pengarang (Siri 2)

0

2. Apakah kesalahan solat akan merosakkan solat keseluruhannya?

ليس كلُّ خطأ مبحوثٍ في هذا الكتاب ، يترتّبُ عليه بطلان الصّلاة أو الإثم ، وإنما فيه قسمٌ من المختلَف فيه بين العلماء ،
Terjemahan:
“Tidaklah semua kesalahan yang dibahaskan di dalam kitab ini menyebabkan terbatalnya solat atau pesolat mendapat dosa. Sebenarnya kesalahan-kesalahan tersebut merupakan isu khilaf di antara para ulama (fiqh).

Syarah:

Syaikh Abu Ubaidah memberi khabar gembira, bahawa kesalahan-kesalahan yang dibincangkan di dalam kitab ini, bukanlah bermakna rosaknya solat seseorang kerana kemungkinan di sana ia termasuk dalam daerah khilaf dikalangan ulama.

 

فبيّنتُ في هذا الكتاب كلّ فعل يفعله المصلّون مخالف لهدي النبي  وما أرشد إليه ، وأرجو إنْ تجنّب المصلى الأخطاء التي عالجتُها فيه
Terjemahan:
“Fokus kami ialah memperbaikan kesalahan terhadap amalan-amalan yang bertentangan dengan petunjuk Nabi saw yang banyak dilakukan oleh pesolat. Kita akan menyatakan apa yang sebenar yang dilakukan oleh Nabi saw”.

Syarah:

Kitab ini membawa dua sasaran: memperbaikan kesalahan dan di waktu yang sama menjelaskan sifat solat Nabi saw yang sebenar.

Sahkah solat seorang perokok?

0

SOALAN

Sahkah solat seorang perokok?

JAWAPAN

Solat sah sebab rokok tidak termasuk di dalam perkara yang membatalkan solat. Ini hukum asal. Solat yang tidak diterima ialah yang dinyatakan oleh syariat, antaranya meminum arak, solat tidak diterima selama 40 hari.

 

SOALAN

Mengapa berkaitan dengan isu merokok, ada segelintir lelaki suka mengambil pandangan makruh dan khilaf?

JAWAPAN

Ini kerana rokok diharamkan bukan dengan Al-Quran dan sunnah. Ia muhdath atau baru muncul pada abad ke 10 hijrah selepas era salaf.  Makruh adalah hukum di zaman mazhab dahulu kerana pada masa tu ia belum ada data dari kajian klinikal.

Ia jelas haram dengan ijtihad di zaman sekarang sahaja dan belum lagi dikuatkuasa sebagai perundangan atau syariat. Buat masa ini ia masih khilaf antara makruh dan haram, kecuali kerajaan atau penguasa memilih haram dan mengazetkan sebagai syariat yang baru.

 

SOALAN

Solat seorang perokok adalah sah tetapi adakah doa tidak dimaqbulkan dan bolehkah dikaitkan dengan hadith dibawah?

Ada hadith dari riwayat Imam Muslim rahimahuLlah berkenaan seorang lelaki dengan pakaian lusuh yang berdoa tetapi makanan, minuman dan pakaiannya dari sumber yang haram.

JAWAPAN

Itulah namanya akhta’ al mushallin, kesalahan-kesalahan pesolat, dengan makanan dan pakaian yang haram, berpakaian ketat dan nipis.

 

SOALAN

Saya pernah membaca, bahawa hadith dari riwayat Imam Muslim rahimahuLlah itu tidak ada kaitannya dengan ketidak maqbulan doa dari siperokok kerana hadith itu hanya menyebut, pakaian, makanan dan minuman yang haram hasil dari sumber yang haram seperti mencuri atau menipu. Sedangkan rokok tidak termasuk di dalam kategori makanan.

JAWAPAN

Fatwa ulama besar Arab Saudi:

أرى أنه قول لا أصل له ، بل هو شرب ، وهم يقولون : إنه يشرب الدخان ، ويسمونه شرباً

“Menurutku, ini adalah perkataan yang tidak ada usulnya sama sekali. Bahkan sebenarnya rokok termasuk minum (syurbun). (ahli bahasa) mengungkapkan “ menghisap rokok”syariba ad-dukhan” (meminum rokok). Kemudian asap rokok –tanpa diragukan lagi- masuk sehingga di dalam lambung atau perut. “
Beliau mengatakan rokok adalah sejenis minuman.
Qadhi Unaizah, Nejd, Syaikh Muhammad bin Saleh al Uthaimin al Tamiimi al Nejdi.

 

SOALAN

Bukankah asap rokok memasuki ke paru-paru bukan lambung (perut)?

JAWAPAN

Jika rokok bukan makanan atau minuman, maka orang yang berpuasa boleh menghisap rokok disiang hari. Maksudnya, segala sesuatu yang masuk ke dalam tubuh melalui jalan mulut dengan sengaja.

 

SOALAN

Adakah bermaksud dalil dari Imam Muslim rahimahullah itu boleh diterima kerana memang ada ulama mengguna hujah dari hadith itu?

JAWAPAN

Memang boleh diterima.
kalau kita mengatakan rokok tidak membatalkan puasa, maka ia tidaklah haram sebab ia bukan makanan dan minuman. Ia sama dengan menyedut asap kenderaan dan asap jerebu, tidak membatalkan puasa dan tidak haram.

 

SOALAN

Mengapa tidak difatwa sahaja rokok adalah haram?

JAWAPAN

Sememangnya semua rumah fatwa sudah memfatwakan rokok adalah haram, cuma saya sudah berulang kali mengatakan, ia belum diluluskan oleh Parlimen atau Majlis Raja-Raja Melayu.

Sama sahaja keadaannya di Arab Saudi. Lajnah fatwa Arab Saudi sudah memfatwakan rokok adalah haram, akan tetapi belum diluluskan di dalam Majlis Syura Arab Saudi sebagai enakmen kesalahan jenayah syariah.

 

SOALAN

Maksudnya kalau sudah termaktub sebagai enakmen kesalahan jenayah syariah, perokok boleh ditangkap didenda dan dihukum?

JAWAPAN

Ya, baru PDRM boleh membuat tangkapan. Ia sama dalam kategori ketum dan dadah. Kerajaan Malaysia termasuk Arab Saudi tidak mengazetkan lagi rokok kerana cukai rokok yang tinggi.

 

SOALAN

Bolehkah saya memilih pendapat yang agak syadid dalam beberapa isu seperti muzik dan rokok?

JAWAPAN

Boleh memilih pendapat yang syadid tetapi untuk diri sendiri sahaja. Untuk masyarakat awam , masih pertengahan atau wasithiyah.

Contoh:
Ibnu Umar ra menitiskan air ke dalam mata ketika berwuduk.

 

SOALAN

Maaf, saya belum pernah mendengar lagi hal berkaitan Ibnu Umar ra menitiskan air ke dalam mata. Boleh sertakan sebarang hadith atau athar?

JAWAPAN

Itulah yang dimaksudkan dengan syadid semasa berwuduk. Pendapat wasithiyah, tidak perlu menitiskan air ke dalam mata, tetapi Ibnu Umar ra lakukan.

Petunjuk ini diriwayatkan oleh Imam Malik (wafat pada 179 H) di dalam kitab al-Muwaththa’ halaman 404 dari Imam Nafi‘ (wafat pada 117 H)bahawa Ibnu Umar ra,

كَانَ إِذَا اغْتَسَلَ مِنَ الجَنَابَةِ يَتَوَضَّأُ فَيَغْسِلُ وَجْهَهُ وَيَنْضَحُ فِي عَينَيهِ

“Ketika mandi dari janabat (mandi besar) berwuduk lalu membasuh wajah dan menitiskan air ke dalam dua matanya.”

Ianya athar bukan hadith, tetapi ianya sahih. Ini adalah contoh. Jika kita memilih untuk pendapat yang syadid, ianya untuk diri kita sahaja, jangan sehingga menyusahkan ramai orang.

 

SOALAN

Adakah perbuatan Ibnu Umar ra ini mendapat teguran atau larangan dari Nabi saw?

JAWAPAN

Perbuatan Ibnu Umar ra ini tidak mendapat larangan dari Nabi saw.

ⓑⓘⓒⓐⓡⓐⓣⓗⓣⓛ

Popular

Iklan

Iklan