Utama Blog Halaman 117

Jamaah – Isu dan Rumusannya

0

Ibnu Mas’ud RA berkata: Rasulullah SAW bersabda:

“Tidak halal darah seorang muslim yang bersaksi tidak ada Tuhan selain Allah dan aku adalah Rasul-Nya kecuali disebabkan oleh salah satu dari tiga hal: tsayyib (orang yang sudah menikah janda/duda) yang berzina, membunuh orang, meninggalkan agamanya serta memisahkan diri dari jamaah.” [HR Bukhari dan Muslim ].

🔴 Hadith di atas ada menyebut berkaitan memisahkan diri dari jamaah. Adakah situasi di bawah termasuk di dalam golongan yang memisahkan diri dari jamaah?

Tidak mengikuti lagi program atau halaqah dan juga kelas hafazan yang diadakan secara berjamaah sama ada secara realiti seperti di masjid dan surau atau di atas talian seperti Telegram atau Whatapps.

Isu Jamaah Islam (Bahagian 1)

Kekeliruan dengan kalimah “jama’ah” dan Ahlu Sunnah Wal Jama’ah (ASWJ), kemudian era Islam jamaah atau haraki (khususnya Jamaah Tabligh, Jamaah Ikhwan dan Jamaah Islami, Pakistan) dengan terkini, jamaah ASWAJA di bawah pimpinan Zamihan Mat Zain.

Pada 300 tahun pertama Islam, di zaman salaf, jamaah adalah jamaah sahabat, tabi’in dan tabi’ tabi’in. Selepas 300 tahun, ada banyak pecahan atau firqah aqidah atau usyul, ada ahli hadith, Asya’irah, Maturudi, Muktazilah, Syiah, Khawarij, Murji’ah, Mujassimah, Qadariah dan Sufiah.

Maka, bermulalah kekeliruan dengan istilah jamaah, sehinggalah pada tahun 430H, Imam Abd Qahir al-Baghdadi merumuskan jamaah ini kepada 8 golongan:

  1. Ahli kalam
  2. Mazhab fiqih
  3. Ahli hadith
  4. Ahli bahasa Arab
  5. Ahli qiraat
  6. Ahli sufi
  7. Mujahidin
  8. Orang awam yang berpegang dengan golongan di atas.

Isu Jamaah Islam (Bahagian 2)

Kemudian era pasca penjajahan. Apabila Islam dijajah selepas keruntuhan empayar Uthmaniah, maka muncul beberapa gerakan atau Jamaah Islamiah yang besar:

  1. Ikhwan di Mesir
  2. Jamaat e-Islami di Pakistan
  3. Jamaat tabligh di India
  4. Said Nursi di Turki
  5. Syiah Khomeini di Iran dan Perancis
  6. Hizb Tahrir di Palestin
  7. Gerakan al Mahdi di Sudan

Namun yang paling berpengaruh di dunia ialah Jamaah Ikhwan yang diasaskan pada tahun 1928 di Mesir.

Gerakan Ikhwan melalui kalam Syed Qutb, yang mati di tali gantung pada tahun 1965 melalui kitabnya Ma’alim merumuskan muslim selepas era penjajahan telah kembali menganut agama jahiliyah. Seluruh budaya, cara hidup dan perundangan adalah seperti jahiliyah.

Maka, sesiapa yang menyertai jamaah, khususnya Jamaah Ikhwan adalah berada di landasan yang benar. Dari sinilah bermulanya aqidah atau manhaj, iaitu Islam Jamaah atau Harakah Islamiah. Orang yang baik Islamnya hendaklah bergabung dengan jamaah yang terbaik iaitu Harakah Islamiah. Ini adalah kerana Jamaah Islam atau Harakah, adalah laksana kapal Nabi Nuh AS, ia menyelamatkan umat dari banjir jahiliyah yang melanda dunia Islam.

Isu Jamaah Islam (Bahagian 3)

Jamaah Islam di bawa ke Malaysia dengan penubuhan Parti Islam Se Malaysia (PAS) pada tahun 1951. Haji Hadi Awang telah membawa masuk fahaman Syed Qutb ke dalam parti PAS pada tahun 1983 dengan amanat Hadi Banggul Peradong bahawa PAS adalah partai Islam, Harakah Islamiah dan juga Jamaah Islamiah.

Orang kampung atau sesiapa yang tiada mempunyai asas agama melihat PAS adalah Islam. Jamaah PAS adalah Jamaah Islamiah dan mewakili Islam, semua tindak tanduk PAS adalah Islamik. Ikhwan juga mempengaruhi PAS dan dalam waktu yang sama mempengaruhi banyak jamaah lain seperti Angkatan Belia Islam Malaysia(ABIM), Islamic Representative Council atau Majlis Syura Muslimin (IRC), Jamaah Ikhwanul Muslim(JIM), Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Malaysia (HALUAN), Ikatan Muslimin Malaysia(ISMA) dan Pertubuhan Ikram Malaysia(IKRAM). Akhirnya orang yang berada di dalam jamaah melihat mereka yang berada di luar jamaah sebagai orang yang kurang pengetahuan agamanya, kemungkinan fasiq, jahiliyah, rosak agamanya, lemah agamanya, nasionalis bahkan sekular. Maka, setiap jamaah ada struktur organisasi, ada Taska, Sekolah Rendah dan Menengah, Maahad Tahfiz, dan Institusi Pengajian Tinggi yang dimiliki mereka sendiri dan ianya di urus seperti sebuah organisasi yang tersusun.

Maka, kalimah jamaah yang difahami di zaman salaf iaitu zaman 500 hijrah telah berubah kepada kelompok harakah atau pergerakan sosial politik Islam yang bergerak secara rahsia seperti pertubuhan Iluminati, Freemason dalam melaksanakan agenda Yahudi cuma bezanya, Jamaah atau Harakah bergerak untuk menjayakan agenda Islam ke arah khilafah dan syariah.

Maka, ini adalah salah faham yang nyata akan jamaah dan hendaklah dikembalikan kepada maksud asal yang dinyatakan oleh Abdul Qahir al-Baghdadi. Lagi pun kebanyakan gerakan atau Jamaah Islamiah itu sudah hampir dilumpuhkan atau telah diharamkan, misalnya Ikhwan telah diharamkan di seluruh negara Arab. Manakala, gerakan Islamiah yang lain sama ada telah dibubarkan atau menjadi Pertubuhan Bukan Kerajaan (Non Goverment Organisation) atau menubuhkan parti politik yang tulen. Sekarang, tiada lagi jamaah Islamiah kerana ia dikaitkan dengan ISIS.

Rumusan isu Jamaah Islam

Bagaimana dan apakah status kepada sesiapa yang pernah menyertai jamaah dan keluar dari jamaah sama ada di dalam PAS, ABIM, JIM, HALUAN, IKRAM, ISMA?

1. Perlu difahami, bahawa bergabung dengan jamaah Islam tidaklah bermaksud bergabung dengan Islam. Ia adalah sama dengan seseorang menyertai firma kerja.

Contoh:

Seseorang memohon kerja dengan Telekom Malaysia, Tenaga Nasional Berhad, Petronas, secara tidak langsung dia menjadi warga atau jamaah Telekom Malaysia, Petronas, Tenaga Nasional Berhad. Sekiranya dia direkrut menjadi anggota Haluan. Maka, dia perlu melalui proses keahlian HALUAN, PAS atau IKRAM. Kemungkinan akan ada bai’ah keahlian atau aku janji sebagai ahli.

2.  Adakah mesti bersama jamaah Islamiah sepanjang hayat dan sekiranya keluar jamaah, adakah akan menjadi seperti orang yang murtad?  Jawapannya TIDAK. Sama dengan anda ingin berhenti dari syarikat atau majikan anda.

Contoh:

Ramai yang keluar dari PAS, seperti Parti Amanah Negara(PAN) adalah orang-orang yang keluar dari PAS. Cuma risikonya anda tidak lagi menjadi sahabat jamaah tersebut dan jamaah tidak lagi menjadikan anda teman kepercayaan. Ini adalah lumrah dan normal.

3.  Maka, kepercayaan jamaah Islam mewakili Islam adalah tidak benar. Begitu juga orang yang keluar dari mana-mana jamaah dianggap sudah melakukan kefasiqan, adalah tidak benar sama sekali.

4.  Sebaiknya sebelum menyertai mana-mana jamaah, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), atau partai politik, anda perlu memahami peraturan jamaah tersebut, memahami budaya jamaah, budaya kerja, kepimpinan mereka, dan apakah kaedah bekerja dan matlamat jangka dekat dan panjang jamaah tersebut. Ini mengelakkan anda berhenti atau keluar separuh jalan dari jamaah.

5.  Tidak menyertai mana-mana jamaah, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) atau partai atas nama Islam, sebenarnya ada juga baiknya dan masih berada dalam jamaah Islamiah yang umum. Ini kerana jamaah, Harakah dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) adalah muhdath atau baru. Malahan, di Arab Saudi sekarang semua jenis jamaah, Pertubuhan Bukan Kerajaan(NGO) dan partai politik diharamkan oleh kerajaan Arab Saudi. Maka, orang Arab Saudi semuanya tidak berjamaah dan berpartai.

Kembali kepada maksud hakiki Islam Jamaah:

Ibnu Mas’ud RA berkata,

الجماعة ما وافق الحق وإن كنت وحدك

“Yang disebut jamaah adalah jika mengikuti kebenaran, walau ia seorang diri.”

(Dikeluarkan oleh Al Lalikai di dalam Syarh I’tiqod Ahlus Sunnah wal Jama’ah 160 dan Ibnu ‘Asakir di dalam Tarikh Dimasyq 2/ 322).

 

Allahu a’lam.

 

Tip-Tip Cemerlang daripada Al-Quran – Tip 3 Cemerlang dengan Ilmu serta Hikmat

0

TIP-TIP CEMERLANG DARIPADA AL-QURAN

DR DANIAL ZAINAL ABIDIN

TIP 3

CEMERLANG DENGAN ILMU SERTA HIKMAT

يُؤْتِى ٱلْحِكْمَةَ مَن يَشَآءُ ۚ وَمَن يُؤْتَ ٱلْحِكْمَةَ فَقَدْ أُوتِىَ خَيْرًا كَثِيرًا ۗ وَمَا يَذَّكَّرُ إِلَّآ أُو۟لُوا۟ ٱلْأَلْبَٰبِ

Allah menganugerahkan al-hikmah (kefahaman yang dalam tentang Al-Quran dan As-Sunnah) kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan barang siapa yang dianugerahi hikmah, ia benar-benar telah dianugerahi kurnia yang banyak. Dan hanya orang-orang yang berakallah yang dapat mengambil pelajaran (dari firman Allah). [ Al-Baqarah: 269 ]

  • Kesempurnaan iman dan taqwa tidak akan tercapai tanpa ilmu dan hikmat.
  • Ilmu dan hikmat adalah pintu gerbang kepada segala kebaikan dan kecemerlangan. Tanpa keduanya iman dan Islam akan berkubur.

Maksud Hikmat

  • Abdullah bin Abbas ~ Al-Quran
  • Imam Mujahid ~ Ilmu, Kefahaman serta Al-Quran, percakapan yang benar
  • Imam Ibrahim an-Nakh’ii ~Kefahaman
  • Imam Malik ~ Sunah, kefahaman yang mendalam berkenaan agama Allah
  • Said Hawa dalam al-Asas fit Tafsir ] ~ Kefahaman tentang kitab Al-Quran dan sunah serta kefahaman agama
  • Iman Ibn Kathir ~ Kefahaman, ilmu dan tadbir iaitu pengurusan yang baik

وَلَقَدْ آتَيْنَا لُقْمَانَ الْحِكْمَةَ أَنِ اشْكُرْ لِلَّهِ ۚ وَمَنْ يَشْكُرْ فَإِنَّمَا يَشْكُرُ لِنَفْسِهِ ۖ وَمَنْ كَفَرَ فَإِنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ حَمِيدٌ

Dan sesungguhnya telah Kami berikan hikmat kepada Luqman, iaitu: Bersyukurlah kepada Allah. Dan barang siapa yang bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri; dan barang siapa yang tidak bersyukur, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji[ Luqman:12 ].

  • Orang yang dikurniakan hikmat adalah orang yang menguasai Al-Quran dan sunah yang dengannya mereka mempunyai kefahaman mendalam berkenaan Islam. Dengan kekuatan yang dimiliki, mereka menjadi golongan bijaksana, mampu mentadbir hidup mereka dengan baik dan menjadi contoh dalam masyarakat.

Golongan Berilmu di Makam Tinggi

Potensi yang ada manusia hanya bersinar selepas ‘digosok’ dengan ilmu.

Manusia itu ibarat lombong emas dan perak. Mereka yang baik pada masa jahiliah akan menjadi baik dalam Islam apabila mereka mempunyai kefahaman yang mantap ~ Imam Bukhari dan Muslim.

يَٰأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ إِذَا قِيلَ لَكُمْ تَفَسَّحُوا۟ فِى ٱلْمَجَٰلِسِ فَٱفْسَحُوا۟ يَفْسَحِ ٱللَّهُ لَكُمْ ۖ وَإِذَا قِيلَ ٱنشُزُوا۟ فَٱنشُزُوا۟ يَرْفَعِ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ مِنكُمْ وَٱلَّذِينَ أُوتُوا۟ ٱلْعِلْمَ دَرَجَٰتٍ ۚ وَٱللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ

Hai orang-orang beriman apabila dikatakan kepadamu: “Berlapang-lapanglah dalam majlis”, maka lapangkanlah niscaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. Dan apabila dikatakan: “Berdirilah kamu”, maka berdirilah, niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.(Al-Mujadilah – 11)

Ilmu dan hikmat boleh diumpamakan seperti manis dan gula yang tidak dapat dipisahkan.

  • Hikmat lebih menjurus kepada aspek iman dan agama
  • Ilmu menjurus kepada aspek agama dan lain-lain secara amnya. Justeru, terdapat ilmu yang haram dipelajari seperti ilmu sihir dan ilmu membuat arak.

Kategori Ilmu yang Perlu Dikuasai [ Kitab Ihya Ulumuddin, Imam Ghazali ].

  • Ilmu Fardu Ain ~ ilmu yang wajib dituntut oleh setiap hamba Allah yang berakal lagi baliqh tanpa pengecualian. Ilmu yang wajib dituntut adalah yang berkaitan dengan aqidah bagi memantapkan iman, tasawuf bagi membersihkan hati serta pekerti dan feqah.
  • Ilmu Fardu Kifayah ~ ilmu yang wajib dikuasai oleh umat Islam dalam bidang-bidang yang diperlukan oleh masyarakat:
  • Ilmu Syariat (ilmu tafsir Quran, mustalah hadis, ilmu qiraah dan seumpamanya)
  • Ilmu bukan Syariat (ilmu perubatan, matematik dan persenjataan)

Ilmu Paling Tinggi [ Huraian Keajaiban Hati, Imam Ghazali ]

Hati memerlukan ilmu dan hikmat agar dengannya nafsu syahwat dan marah dapat dikekang untuk melaksanakan perkara-perkara yang bermanfaat sahaja. Ilmu paling mulia ialah ilmu tentang Allah serta keagungan-Nya. Penguasaan ilmu dan keyakinan berdasarkan usaha dan kesungguhan sehingga seseorang mengenali sifat-sifat-Nya dan tahap paling tinggi ilmu dan keyakinan terhadap Allah berdasarkan penglihatan mata hati yang dikurniakan oleh Allah.

Mereka yang tidak mengenali Allah akan mewarisi penyakit sombong dan takbur yang membinasakan. Contoh:

  1. Namruz Raja Babylon [ al-Baqarah: 258 ]
  2. Firaun [ al-Zukhruf: 51 ]
  3. Qarun [ al-Qasas: 78 ]

Mereka yang benar-benar mengenali Tuhan sentiasa tunduk dengan mengabdikan diri kepada-Nya tidak kira pada waktu senang dan susah. Contoh:

  1. Nabi Sulaiman [ an-Naml: 19 ]
  2. Nabi Yusuf [ Yusuf: 101 ]

Bahaya Tertipu dengan Ilmu

Imam Ghazali ( Kitab Ihya Ulumuddin ) berkata:

  • “Antara golongan yang terpedaya adalah ahli feqah yang menguasai ilmu ketaatan tetapi tidak mengamalkannya. Mereka menguasai ilmu sehingga mereka mengenali perkara yang maksiat, tetapi mereka tidak menjauhinya. Sebahagian yang lain mengetahui tentang kepentingan akhlak tetapi tidak menghiasi diri mereka dengannya .”
  • Sebahagian ahli ilmu mengamalkan apa yang mereka ketahui namun tujuan mereka bukanlah mencari keredaan Allah sebaliknya untuk mencari pengaruh serta nama.
  • Berasa ujub atau kagum dengan kelebihan yang ada pada diri sendiri.
  • Asyik menghiaskan diri di sudut zahir sehingga mengabaikan kebersihan batin serta hati.
  • Menjadi Dajal agama dan bukannya Imam agama yang mengutamakan kepentingan akhirat dan tidak terpedaya dengan kelazatan dunia.
  • Berpaling dari kehendak Allah dan menghadapkan dirinya kepada keenakan dan kenikmatan dunia.

Imam Tabrani dan Baihaqi meriwayatkan sabda Nabi SAW yang bermaksud ‘Manusia yang mendapat azab yang paling keras di hari kiamat ialah orang alim yang tidak mendapat manfaat dari ilmunya.’

Siapakah Ulama’?

  • Kamus Dewan ~ orang yang ahli (pakar) dalam pengetahuan Islam.
  • Beranggapan yang memiliki ijazah Masters dan Ph.D dalam bidang-bidang tertentu.
  • Hanya yang takut kepada Allah adalah ulama’ [ al-Fathir: 28 ].
  • Ibn Kathir ~ “Sesungguhnya yang benar-benar takut kepada Allah ialah golongan ulama yang arifin kerana setiap kali ilmu mereka tentang Allah bertambah, perasaan takut mereka kepada Allah meningkat.”
  • Abdullah bin Abbas ~ Ulama’ ialah yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu apa pun. Mereka menghalalkan apa yang Allah halalkan, mengharamkan apa yang Allah haramkan, memelihara perintah-Nya, yakin dengan pertemuan dengan-Nya dan sentiasa melakukan muhasabah berhubung dengan amalan diri sendiri.
  • Abdullah bin Mas’ud ~ Yang berilmu bukanlah mereka yang banyak menghafaz hadis tetapi yang berilmu ialah mereka yang takut kepada Allah.”
  • Perasaan takut kepada Allah melahirkan sikap berhati-hati, bijaksana, malu, berwaspada dan halus budi dalam hidup.
  • Imam Said bin Jubair ~ Takutkan Allah adalah satu (benteng) yang memisahkan kamu daripada maksiat.
  • Imam Hasan Basri ~ Orang yang alim ialah dia yang takutkan Allah walaupun dia tidak melihat Allah, dan di samping itu dia menyukai apa yang disukai Allah.

Ciri-Ciri utama Ulama’

  • Pakar-pakar, cendiakawan serta ilmuan Islam yang sentiasa tunduk mengabdikan diri kepada Allah dengan jiwa yang luhur. Ilmu yang mereka miliki melahirkan perasaan takut kepada Allah sehingga menjadikan mereka golongan yang taat kepada-Nya.

Ledakan Kecemerlangan

  • Kuasai ilmu dan hikmat.
  • Bawa buku bersama ke mana sahaja.
  • Pastikan ada ilmu baru setiap hari dan ditulis bersama dengan sumber rujukannya agar ilmu tidak mudah luput daripada hidup.
  • Tidakkah jika seseorang itu sakit dan tiak menjamah makanan dan minuman, dia akan mati? Demikian juga dengan hati, jika tidak diberikan hikmat dan ilmu selama 3 hari, ia juga akan mati ( Fathul Mausuli, Kitab Ihya Ulumuddin).

Allahu a’lam.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tip-Tip Cemerlang daripada Al-Quran – Tip 2 – Cemerlang dengan Iman dan Takwa

0

Tip 2

Cemerlang dengan Iman dan Takwa

Kecemerlangan bermula dari dalam. Ledakan iman dan takwa mampu mengubah dunia dan seisinya.

“Barang siapa yang bertakwa kepada Allah, Dia akan adakan baginya jalan keluar dan (Allah) akan mengurniakan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka kepadanya.” [ al-Talaq: 2-3 ]

Imam Ahmad melaporkan daripada Abu Zar, “Nabi SAW telah membaca ayat ini kepada ku (Abu Zar) kemudian beliau berkata, “Wahai Abu Zar apabila manusia berpegang teguh dengan ayat ini ia sudah mencukupi bagi mereka.”

Kekuatan Takwa

Sahabat Abdullah bin Mas’ud menganggap ayat ini sebagai formula menyelesaikan masalah teragung di dalam al-Quran. Mereka yang bertakwa akan diilhamkan Allah SWT dengan petunjuk:

  • mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi
  • kemenangan dan pertolongan daripada Allah SWT [ al-Anfal: 29]
  • memurahkan rezeki di dunia

Sesiapa yang bertakwa kepada Allah dengan melakukan apa yang disuruh dan meninggal apa yang dilarang, dia akan diberikan petunjuk sehingga dia mengenali hak dan batil. Ini akan menjadi sebab musabab kepada kejayaan serta pelepasan dirinya dari masalah dunia, serta sebab musabab kepada kebahagiaannya di akhirat…” [Imam Ibn Kathir].

Apa itu Takwa

  • Berhati-hati dalam hidup supaya tidak terjebak dengan perkara yang haram serta bersungguh-sungguh semasa beramal berlandaskan al-Quran dan sunnah.
  • “Wahai mereka yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam. Berpegang teguhlah kamu pada tali Allah dan janganlah kamu bercerai-berai.” [ Ali Imran: 102-103 ].
  • Melaksanakan taat dan jangan bermaksiat, sentiasa mengingati-Nya, jangan alpa, sentiasa bersyukur dan jangan kufur [ Abdullah bin Mas’ud ].
  • “Sesungguhnya orang yang paling mulia antara kamu di sisi Allah adalah orang yang paling bertakwa antara kamu.” [ al-Hujurat: 13 ].

 

Iman Sejahtera sebagai Asas

  • Kepercayaan Ahlu Sunnah Wal Jemaah (sahabat-sahabat nabi serta mereka yang mengikut minhaj serta landasan sahabat-sahabat nabi dari kalangan tabiin, ahli hadis serta ulama fikah, dari generasi ke generasi hinggalah ke hari ini).
  • Beriman kepada Allah tanpa melakukan syirik (menyekutukan sesuatu dengan Allah) sama ada syirik kecil atau syirik besar [ an-Nisa’: 116 ]
  • “Janganlah kamu mengadakan andada (perbuatan syirik yang tersembunyi yang lebih halus daripada seekor semut hitam yang melata di atas sebuah batu hitam di malam yang kelam) bagi Allah sedangkan kamu mengetahui” [al-Baqarah: 22 ].
  • Contoh syirik kecil apabila seseorang mengatakan: “ Demi Allah dan demi nyawaku”  “Jika tidaklah kerana anjing ini, pencuri itu pasti telah memasuki rumah kita semalam..”
  • Iman di hati perlu disempurnakan dengan amal. Mengikut Ahli Sunah Wal Jemaah, “Amal ibadah adalah syarat kepada kesempurnaan iman, bukan syarat sahnya iman. Apabila amal kebajikan mukmin itu bertambah, akan bertambahlah imannya. Sebaliknya, apabila amal ibadahnya berkurangan, akan menurunlah imannya.”

Kejayaan kesan daripada Takwa

  • Kesenangan kepada individu bukan hanya di akhirat malah di dunia juga (Pemerintahan Khalifah Omar bin Abdul Aziz yang bertakwa lagi adil memerintah selama 30 bulan berjaya membanteras kemiskinan dan rakyat hidup dalam kemewahan).

Ledakan Kecemerlangan

  • Takwa kekuatan dalaman yang hebat lagi unik
  • Mampu mengukir sejarah baru di dunia
  • Bersihkan iman daripada syirik dengan menjauhi tangkal, khurafat, tahayul dan bomoh-bomoh sesat.
  • Lakukan ibadah wajib setiap hari
  • Jauhi maksiat
  • Berkawan dengan rakan-rakan yang soleh supaya tidak terbabas
  • Bertakwalah kepada Allah SWT dengan sedaya upaya [ at-Taghabun: 16 ].

Celik Sunnah – Solat bersama Imam

0

Soal Jawab Fiqh Sunnah

Celik Sunnah – Solat bersama Imam

🔴 Apakah hukum sekiranya imam tidak mengeraskan(jahr) bacaannya ketika solat Maghrib dan Isya’?

Solat sah, akan tetapi makmum telah berdosa kerana melantik imam yang tidak celik sunnah. Ini kerana praktikal solat sempurna hanya dengan mengikuti fiqh solat Nabi SAW.

🔴 Adakah makmum bersalah atau berdosa kerana tersalah pilih imam?

Fiqh melantik imam solat telah ada. Maka, di dalam hal agama, kita tidaklah boleh bermudah-mudah. Sedangkan memilih kerajaan melalui Pilihan Raya Umum 14(PRU) kita bersungguh-sungguhMaka, amalkan falsafah yang sama di dalam hal melantik wakil rakyat dan juga wakil kita untuk bersolat.

🔴 Berdasarkan dalil yang mana satu menyatakan makmum berdosa kerana melantik imam yang tidak celik sunnah dan bagaimana mahu sesuaikan dengan hadith “imam untuk di ikuti bukan diperselisihi”?

Ada banyak antaranya adalah hadith dari Abi Mas’ud.

يَؤُمُّ اْلقَوْمَ أَقْرَؤُهُمْ لِكِتَابِ اللهِ ، فَإِنْ كَانُوْا فِى الْقِرَاءَةِ سَوَاءٌ فَأَعْلَمُهُمْ بِالسُّنَّةِ ، فَإِنْ كَانُوْا فِى السُّنَّةِ سَوَاءٌ فَأَقْدَمُهُمْ هِجْرَةً ، فَإِنْ كَانُوْا فِى اْلهِجْرَةِ سَوِاءٌ فَأَقْدَمُهُمْ سِلْمًا (وَفِى رِوَايَةٍ : سِنًّا)، وَ لاََ يَؤُمَّنَّ الرَّجُلُ الرَّجُلَ فِي سُلْطَانِه (وفى رواية : فِي بَيْتِهِ) وَ لاَ يَقْعُدْ عَلَى تَكْرِمَتِهِ إِلَّا بِإِذْنِهِ

Terjemahan:

“Yang (berhak) menjadi imam (suatu) kaum, ialah yang paling pandai membaca Kitabullah. Jika mereka dalam bacaan sama, maka yang lebih mengetahui tentang sunnah. Jika mereka dalam sunnah sama, maka yang lebih dahulu hijrah. Jika mereka dalam hijrah sama, maka yang lebih dahulu masuk Islam (dalam riwayat lain: umur). Dan janganlah seseorang menjadi imam terhadap yang lain di tempat kekuasaannya (dalam riwayat lain: di rumahnya). Dan janganlah duduk di tempat duduknya, kecuali seizinnya”

(HR Muslim 2/133. Lihat al-Albani, al-Irwa` Ghalil 2/256-257)

Bagaimana dengan hadith “Imam untuk diikuti bukan diperselisihi”?

Takhrij Hadith,

عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ إِنَّمَا جُعِلَ الْإِمَامُ لِيُؤْتَمَّ بِهِ فَلَا تَخْتَلِفُوا عَلَيْهِ فَإِذَا رَكَعَ فَارْكَعُوا وَإِذَا قَالَ سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ فَقُولُوا رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ وَإِذَا سَجَدَ فَاسْجُدُوا وَإِذَا صَلَّى جَالِسًا فَصَلُّوا جُلُوسًا أَجْمَعُونَ

Terjemahan:

“Dari Nabi SAW, bahawasanya beliau bersabda: “Sesungguhnya imam hanya untuk diikuti, maka janganlah menyelisihnya. Apabila ia ruku’, maka ruku’lah. Dan bila ia mengatakan ‘sami’allahu liman hamidah’, maka katakanlah,’Rabbana walakal hamdu’. Apabila ia sujud, maka sujudlah. Dan bila ia solat dengan duduk, maka solatlah dengan duduk semuanya”. (Muttafaqun ‘alaihi)

Bermaksud, jika anda masbuq (lewat):

Dalil Hadith:

قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أَتَى أَحَدُكُمْ الصَّلَاةَ وَالْإِمَامُ عَلَى حَالٍ فَلْيَصْنَعْ كَمَا يَصْنَعُ الْإِمَامُ

Terjemahan:

“Nabi saw bersabda,

”Apabila salah seorang dari kalian mendapatkan solat dan imam sedang dalam suatu keadaan, maka hendaklah ia berbuat seperti imam berbuat.”

(HR at Tirmidzi, dan dishahihkan al-Albani dalam Shahih Sunan at Tirmidzi, no. 484)

Ulasan:

Secara umum, maksud lain Hadith “mengikuti imam, jangan menyelisihinya”:

1. Mutaba’ah

~ melakukan gerakan di dalam solat selepas imam terlebih dahulu melakukannya.

2. Tidak boleh musabaqah

~ berlumba dengan imam.

3. Tidak boleh muwafaqah

~ tidak menyamai pergerakan imam.

~ tidak boleh bersamaan dengan pergerakan dan bacaan imam.

4.  Takhalluf

~ Ketinggalan dari imam.

Contoh:

Apabila imam sudah sujud tetapi makmum di dalam pergerakan ruku’.

@bicarathtl

Tafsir Surah Az-Zukhruf – Tafsir Ayat Ke-66 hingga Ke-70

0

Tafsir Surah Az-Zukhruf

Tafsir Ayat Ke-67

Ayat Takhwif Ukhrawi

الأَخِلّاءُ يَومَئِذٍ بَعضُهُم لِبَعضٍ عَدُوٌّ إِلَّا المُتَّقينَ

Pada hari itu sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh).

الْأَخِلَّاءُ يَوْمَئِذٍ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّ

 Pada hari itu sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain,

Dalam ayat sebelum ini, telah disebut bagaimana ada kalangan Musyrikin Mekah berdebat dengan Nabi Muhammad SAW. Mereka yang berdebat dengan Nabi Muhammad SAW tentang Nabi Isa a.s dalam ayat-ayat itu adalah kawan-kawan rapat belaka.

Itulah sebabnya mereka berani kerana ada kawan untuk sama-sama menggelakkan Nabi Muhammad SAW. Namun begitu mereka ini adalah jenis kawan yang menyebabkan mereka jadi sesat dan sama-sama menempah tempat dalam neraka.

Ini kerana sama-sama bertolongan untuk keburukan, bukan untuk kebaikan. Semasa mereka di dunia, mereka berkawan amat rapat tetapi di akhirat nanti, mereka akan menjadi musuh yang amat jauh.

Kalimah الْأَخِلَّاءُ adalah dari kata dasar خلل (Khalil) yang bermaksud ‘menembus’ dan oleh itu ia bermaksud ‘kawan yang amat rapat’ yang menembus ke dalam hati dan bukan kawan yang biasa. ‘Khalil’ adalah persahabatan yang paling rapat sekali. Sepertimana Nabi Ibrahim diberi gelaran Khalilullah.

Selalunya, manusia menjadi sesat sebab ada kawan yang ajak mereka ke arah kesesatan itu. Merekalah yang mengajak kepada berbuat perkara yang tidak baik. Kita biasa sangat dengan kawan-kawan yang jenis macam ini. Mereka menjadikan perkara yang buruk nampak baik.

Apabila kita bersama dengan mereka, macam tidak ada apa-apa sahaja kesalahan yang kita lakukan. Kita rasa macam tidak berapa bersalah apabila buat kejahatan bersama dengan dia. Mereka itulah yang jadi teman ponteng kelas, hisap rokok, mengintai anak dara orang dan sebagainya.

Bagaimana kawan yang rapat semasa di dunia dulu boleh menjadi musuh pula di akhirat? Sebagai contoh, ada orang yang beriman, tetapi berkawan juga dengan kawan yang tidak beriman. Bagi yang beriman itu nanti akan masuk syurga dan yang tidak beriman akan dimasukkan ke dalam neraka.

Semasa di Mahsyar lagi, mereka yang sudah ada masalah itu nanti akan merayu kepada kawannya yang beriman itu. Dia bersungguh-sungguh minta tolong kepada kawannya itu.

Namun kawannya akan memberitahu bahawa dulu semasa mereka di dunia, dia sudah ajak kawannya yang tidak beriman itu, banyak kali untuk datang belajar, jangan buat perkara buruk dan sebagainya, tetapi kawannya itu tidak mahu.

Maka, itulah sebabnya mereka dibezakan di akhirat kelak. Walaupun mereka di dunia dulu berkawan, tetapi di akhirat nanti, mereka sudah tidak berkawan lagi. Mereka tidak boleh menolong orang lain. Mereka sudah jadi musuh pada waktu itu.

Ada kawan yang halang kawan pergi untuk belajar atau buat kebaikan. Mungkin ada yang hendak pergi belajar Tafsir al-Quran atau belajar di kelas agama, tetapi ada pula kawannya yang berkata: “Buat apa yang kau sibuk hendak belajar, jom kita pergi makan lagi bagus” hingga menyebabkan kawannya itu tidak jadi untuk belajar. Maka, di akhirat kelak, kawan yang telah dipesongkan itu akan marah dengan kawannya yang menghalangnya itu, dan mereka menjadi musuh waktu itu. Ini kerana mereka akan kata: “Kalaulah bukan kerana kau, aku tentu sudah belajar dengan bagus dan tidak susah di akhirat ini! Nyah kau dari aku, aku dan kau musuh sekarang!”. Begitulah lebih kurang penjelasan yang boleh kita sampaikan.

إِلَّا الْمُتَّقِينَ

kecuali orang-orang bertaqwa

Dalam kitab tafsir Jalalain, yang dimaksudkan dengan ‘taqwa’ adalah muwahhidoon – orang yang mengamalkan tauhid.

Persahabatan yang didasari oleh taqwa akan berterusan sampai ke syurga. Mereka itulah yang bersama-sama pergi belajar, bersama-sama berdakwah dan menegakkan hukum Allah SWT. Mereka berkawan ‘kerana Allah SWT’.

Mungkin kenal di kelas pengajian dan perkenalan itu berterusan sampai mereka menjadi kawan yang rapat. Bukanlah mereka berkawan kerana harta atau kerana kerja di tempat yang sama tetapi kerana persamaan akidah dan ini adalah persahabatan yang amat manis sekali. Persahabatan itu akan berkekalan sampai ke syurga.

Sedangkan persahabatan yang didasari oleh perkara-perkara lain, tidak akan berterusan sampai ke syurga. Mereka hanya setakat berkawan di dunia sahaja. Kita adalah makhluk yang bersosial. Kita memerlukan teman untuk berbicara, untuk buat kerja sama-sama dan sebagainya.

Untuk buat kebaikan, ia akan lebih mudah dengan adanya kawan yang boleh membantu dan memberi semangat kepada kita untuk meneruskan usaha kita. Masalahnya, untuk buat keburukan turut memerlukan kawan juga dan kita memang mudah terpengaruh dengan kawan.

Kalau kawan itu baik, maka kita selalunya akan jadi baik dan kalau kawan itu jahat, maka kita boleh jadi jahat juga. Maka berjaga-jagalah dalam berkawan. Ayat ini juga bermaksud, orang yang bertaqwa tidak terikut dengan kelakuan salah kawannya.

Walaupun kawannya buat perkara yang tidak baik, dia tidak ikut kerana dia ada prinsip taqwa yang mantap dalam dirinya. Dia akan tegur kesalahan kawannya dan mengajak kawannya ke arah kebaikan kerana dia tahu bahawa apa yang kawannya lakukan itu adalah salah dan akan membawa kepada keburukan di akhirat kelak. Orang yang bertaqwa seperti itu tidak masuk ke neraka disebabkan kawannya.

Walaupun kawannya buat perkara syirik atau bidaah, dia tidak terkesan, tidak ikut sekali. Dia tetap berkawan kerana dia hendak dakwah kepada kawannya itu. Kawan yang baik akan mengajak kepada kebaikan. Mereka jugalah yang memberitahu tentang ilmu yang baik kepada kawannya.

Kalau belajar agama, dia akan beritahu dan ajak kawannya sekali untuk sama-sama menadah ilmu. Dia akan kongsi bersama ilmu yang dia tahu walau sedikit mana pun. Oleh itu, kalau anda belajar agama seperti belajar Tafsir al-Quran, belajar Hadis, maka ajak kawan-kawan sekali.

Tafsir Ayat ke-68

Ayat Tabshir Ukhrawi.

Apakah balasan kepada mereka yang bertaqwa itu?

يٰعِبادِ لا خَوفٌ عَلَيكُمُ اليَومَ وَلا أَنتُم تَحزَنونَ

(Mereka – yang bertaqwa – itu, diberi penghormatan serta diseru oleh Allah Taala dengan firman-Nya): “Wahai hamba-hambaku! Pada hari ini kamu tidak akan merasai sebarang kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik); dan kamu pula tidak akan berdukacita”.

يٰعِبَادِ لَا خَوْفٌ عَلَيْكُمُ الْيَوْمَ

Allah Taala berfirman: “Wahai hamba-hambaku! Pada hari ini tidak ada ketakutan ke atas kamu;

Ada jumlah muqaddar dalam ayat ini (yang tidak disebut) – ini adalah kata-kata sambutan dari Allah SWT. Ini adalah satu penghormatan kepada mereka dan ini menunjukkan yang mereka mendapat layanan baik dari Allah SWT sendiri.

Mereka yang dirujuk dalam ayat ini adalah orang-orang yang bertaqwa – yang berkawan kerana Allah SWT, menolong sesama sendiri kepada jalan Allah SWT. Allah SWT sambut mereka dengan kata-kata yang menyenangkan apabila mereka sampai ke syurga nanti.

Ketakutan adalah perasaan tidak sedap dengan apa yang mungkin terjadi di masa hadapan. Maksudnya, mereka akan diselamatkan di akhirat kelak.

Mereka akan diselamatkan di setiap ‘tempat pelepasan’ seperti yang telah disebut dalam ayat Zumar:61

وَيُنَجِّي اللهُ الَّذِينَ اتَّقَوْا بِمَفَازَتِهِمْ لَا يَمَسُّهُمُ السُّوءُ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ

(Dan Allah akan menyelamatkan orang-orang yang bertakwa di tempat ‘pelepasan’ mereka; mereka tidak akan disentuh sesuatu yang buruk dan tidak akan berdukacita.)

 ‘Tempat Pelepasan’ yang dimaksudkan adalah tempat-tempat azab seperti kubur, Mahsyar, Titian Sirat, Neraka. Itulah tempat-tempat yang akan dikenakan kesusahan dan azab dan mereka yang beriman akan diselamatkan di tempat-tempat itu. Mereka juga akan dapat minum air dari Telaga Kautsar yang apabila minum sahaja air itu, tidak akan dahaga sampai bila-bila.

وَلَا أَنتُمْ تَحْزَنُونَ

dan kamu pula tidak akan berdukacita”.

Kalau ‘takut’ itu adalah perasaan tidak senang kepada apa yang akan terjadi di masa hadapan, ‘dukacita’ adalah perasaan yang tidak sedap dengan apa yang telah terjadi dahulu. Maksudnya iaitu, apabila kita teringat sesuatu yang terjadi dahulu, menaikkan perasaan sedih. Jadi, ‘takut’ untuk masa hadapan, dan ‘dukacita’ adalah untuk masa lampau.

Termasuk dalam sedih itu adalah perasaan menyesal atas perbuatan mereka yang lalu. Itulah yang akan terjadi kepada mereka yang tersilap memilih kawan sampaikan mereka berbuat benda yang salah hingga dimasukkan ke dalam neraka. Mereka akan sedih mengenangkan kesilapan lampau yang mereka lakukan.

Apabila dalam syurga, tidak akan ada langsung perasaan sedih kerana syurga adalah tempat untuk menikmati segala nikmat. Kalau ada perasaan sedih, akan berkuranglah kenikmatan itu. Di syurga nanti, tidak akan rasa sedih kerana kita tidak ingat segala masalah, segala kesusahan semasa di dunia dulu.

Kita sampaikan tidak terkenang lagi orang yang kita sayang, kalau mereka tidak masuk ke syurga. Katakanlah anak kita tidak dapat masuk syurga, atau ayah, atau ibu, kita tidak teringatkan mereka.

Allah SWT akan cabut perasaan itu dari kita kerana kalau kita terkenangkan mereka, kita akan rasa sedih. Allah SWT tidak mahu kita rasa sedih kalau kita ahli syurga. Lihatlah penggunaan nahu dalam ayat ini. Allah SWT akan berkata sendiri kepada penghuni syurga itu.

Alangkah nikmatnya, Allah SWT sendiri yang akan memberitahu kita yang kita tidak perlu takut dan tidak akan bersedih. Itu akan menenangkan kita. Kalau orang lain yang cakap, belum tentu lagi.

Tafsir Ayat ke-69

Siapakah mereka yang selamat itu?

الَّذينَ ءآمَنوا بِئآيٰتِنا وَكانوا مُسلِمينَ

(Mereka itu ialah) orang-orang yang beriman akan ayat-ayat keterangan Kami, serta mereka menjadi orang-orang Islam yang taat patuh,

الَّذِينَ ءآمَنُوا بِئآيٰتِنَا

(Mereka itu ialah) orang-orang yang beriman akan ayat-ayat keterangan Kami,

Apabila mereka beriman, mereka juga kenalah beramal dengan ayat-ayat itu. Maka, hendaklah kita belajar Tafsir al-Quran dan belajar memahami hadis-hadis Nabi SAW dari mereka yang tahu, supaya kita dapat faham agama ini dari sumber yang sahih. Bukan dari mereka yang jahil.

Ini kerana itu akan menyebabkan kita salah faham. Maka, bukan hanya memilih kawan sahaja kita kena berhati-hati, tetapi memilih guru juga kena lebih berhati-hati lagi kerana silap pilih guru lah yang menyebabkan ramai akan salah mengamalkan agama ini.

وَكَانُوا مُسْلِمِينَ

serta mereka dahulu orang-orang Islam yang taat patuh,

Maksudnya iaitu dulu mereka taat dan patuh dengan suruhan Allah SWT dan meninggalkan larangan-Nya. Muslim bermaksud tunduk patuh kepada arahan Allah SWT dengan ikut syariat.

Janganlah kita baca sahaja ayat-ayat Allah SWT tetapi kita tidak tunduk patuh. Maka kenalah belajar apakah syariat yang perlu kita ikuti.

Tafsir Ayat ke-70

Masih dalam ayat Tabshir lagi.

ادخُلُوا الجَنَّةَ أَنتُم وَأَزوٰجُكُم تُحبَرونَ

(Mereka diberi sebaik-baik balasan dengan dikatakan kepada mereka): “Masuklah kamu ke dalam Syurga bersama-sama isteri-isteri kamu (yang beriman), dengan menikmati sepenuh-penuh kegembiraan dan kesenangan”.

ادْخُلُوا الْجَنَّةَ

“Masuklah kamu semua ke dalam Syurga

Inilah nikmat yang amat besar sekali. Yang paling penting, di syurga juga, barulah kita dapat melihat Allah SWT. Sekali lagi, Allah SWT sendiri bercakap dengan kita. Alangkah nikmatnya!

أَنتُمْ وَأَزْوٰجُكُمْ تُحْبَرُونَ

kamu dan isteri-isteri kamu, dalam keadaan bergembira”.

Gembira yang amat sangat sampaikan tidak ada ruang untuk bersedih. Allah SWT suruh kita masuk dengan pasangan kita kerana ‘kawan yang baik’ termasuklah juga pasangan hidup kita.

Bukan di dunia sahaja mereka menjadi pasangan kita, tetapi boleh sampai ke syurga dengan syarat, mereka juga beriman.

Kalimah تُحْبَرُونَ dari kata dasarحبر yang bermaksud ‘mencantikkan sesuatu’. Jadi perkataan تُحْبَرُونَ bermaksud ‘dicantikkan’ iaitu apabila muka kita berseri-seri dengan kegembiraan.

Itulah kecantikan yang sebenarnya. Kadang-kadang, ada orang yang dipakaikan dengan baju dan perhiasan yang cantik, tetapi muka mereka tidak berseri dengan kegembiraan kerana mereka sebenarnya tidak gembira.

Namun, apabila dimasukkan ke dalam syurga, memang jelas yang wajah mereka akan berseri dengan kegembiraan. Bukankah kecantikan seseorang itu lebih terserah dengan cahaya kegembiraan pada wajahnya?

Allahu a’lam.

Tip-Tip Cemerlang daripada Al-Quran – Tip 1 – Global Champion

0

Tip-Tip Cemerlang

Tip 1 – Cemerlang dengan menjadi Global Champion

Global Champion – Jaguh Global

Umat Islam perlu:

  • mempengaruhi dan memimpin dunia berdasarkan kebenaran dan keadilan;
  • menjadi contoh yang baik bagi golongan lain; dan
  • faham Islam dan berasa mulia dengan ajarannya.

“Dan demikianlah kami telah menjadikan kamu umat wasatha agar kamu menjadi saksi atas perbuatan manusia dan rasul menjadi saksi atas perbuatanmu.” [ al-Baqarah: 143 ].

Wasatha bermaksud terbaik. Individu yang berasa bangga dengan Islam akan menghiaskan dirinya dengan ciri-ciri terbaik berteraskan agama. Mereka layak memimpin dunia.

Ciri-ciri penting yang perlu ada pada umat Islam untuk menjadi jaguh global adalah:

1.  Produk yang istimewa.Produk Islam adalah ajaran dan sistem hidup yang tiada tolok bandingan. Lancelot Lawton di dalam The Sphere, berkataAgama Muhammad, saya terpaksa mengakui, adalah lebih sesuai bagi Afrika daripada agama Kristian. Malah ia mungkin juga lebih sesuai bagi dunia keseluruhannya.”

2.  Berfikir seperti pemimpin, bukan pengikut yang ditekan oleh al-Quran di mana Allah SWT menyuruh umat Islam berdoa “Dan jadikanlah kami imam (pemimpin) bagi orang-orang yang bertakwa.” [ al-Furqan: 74 ]. Imam (pemimpin) bagi orang-orang bertakwa bermaksud pemimpin yang berkualiti tinggi.

3.  Perkongsian Nilai. Nilai bersama yang utama yang Islam tekankan ialah amanah. Imam Alusi berkata, “Amanah adalah tanggungjawab yang berkaitan dengan hak-hak Allah dan hak-hak makhluk sama ada dalam bentuk perbuatan, perkataan atau pun kepercayaan.”

4.  Memberi fokus kepada inovasi, kajian dan pembangunan. Nabi SAW bersabda “Kamu lebih tahu tentang urusan duniamu.” [ HR Muslim ]. Umat Islam perlu mencontohi Zulkarnain kerana beliau tidak menguasai dunia secara semberono sebaliknya berdasarkan perancangan yang rapi. Kalimat yang diulang-ulang dalam surah al-Kahfi adalah faatba’a sababa yang bermaksud, ‘(Zulkarnain) telah menggunakan pendekatan atau jalan yang pelbagai (bagi mencapai matlamat). Ini menunjukkan Zulkarnain adalah individu yang inovatif.

5.  Mementingkan kualiti. “Dialah (Tuhan) yang menjadikan kematian dan kehidupan supaya Dia menguji siapakah antaramu yang lebih ihsan (baik) amalannya.” [ al-Mulk: 2 ].

6.  Tidak berasa inferior atau rendah diri. Allah SWT menyatakan “Janganlah kamu berasa lemah dan janganlah berdukacita kerana kamu adalah golongan yang tinggi jika kamu beriman.” [ Ali Imran: 139 ].

7.  Mampu bekerjasama. “Bertolong-tolonganlah kamu dalam perkara kebaikan dan takwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan dalam perkara dosa dan permusuhan.” [ al-Maidah: 2 ].

 

Ledakan Kecemerlangan

Islam adalah agama ciptaan Allah SWT. Justeru, ia adalah agama yang hebat. Individu yang mengenali Islam secara yang betul akan berasa izzah atau mulia dengan Islam.

Apabila orang itu berasa mulia dengan Islam, hidupnya menjadi lebih terarah.

Segala aktiviti dalam hidupnya akan dijuruskan bagi menjadikan dirinya insan mulia iaitu insan bertakwa.

Izzah juga menjadikan individu itu mengasihi yang makruf dan membenci mungkar. Utamakan inovasi dan kualiti dalam hidup.

Jangan lupa menceritakan keindahan Islam kepada orang bukan Islam, di dalam dan luar negara. Khalifah Omar bin Khattab pernah berkata, “Kita adalah golongan yang dimuliakan Allah dengan Islam. Apabila kita mencari kemuliaan dengan yang lain daripada Islam, Allah timpakan kehinaan ke atas kita.”

Allahu a’lam.

Tip-Tip Cemerlang dari Al-Quran – Sinopsis

0

Tajuk Buku: Tip-Tip Cemerlang dari Quran

Pengarang : Dr Danial bin Zainal Abidin

Sinopsis

Buku ini mempunyai 36 tips. Untuk cemerlang dalam erti kata sebenar kesemua tip ini perlu difahami dan dihayati iaitu Tip-Tip Asas (1-20), Tip-Tip Sokongan (21-30) dan Tip-Tip Penyempurnaan (31-36)

1. Tip-Tip Asas – asas pokok kepada kecemerlangan, umpama rumah dengan bilik-biliknya:

  • berasa bangga dengan Islam
  • mementingkan iman dan takwa
  • menguasai ilmu serta hikmat
  • meneliti Quran
  • berwawasan
  • merancang
  • ikhlas
  • mengutamakan syariat
  • melaksanakan ibadah
  • mendirikan solat
  • berzikrullah
  • berjihad
  • bertawakal
  • menjaga kualiti
  • menegakkan ihsan
  • memelihara amanah
  • berakhlak
  • bersikap positif
  • menegakkan keadilan

2. Tip Sokongan – mengukuhkan tip-tip asas, dikiaskan dengan sistem air dan pendaiwaian elektrik bagi sesebuah rumah:

  • mengawal emosi
  • memberi maaf
  • konsisten
  • bekerja dalam sebuah pasukan
  • berkomunikasi secara berkesan
  • bermusyawarrah
  • bersatu padu
  • membentuk pelapis
  • berhemat dalam kehidupan

3. Tip Penyempurnaan – mengelokkan dan melengkapkan tip-tip sebelumnya, dikiaskan dengan pelbagai perkakas serta perabot yang terdapat di dalam rumah:

  • menjaga makan minum serta kesihatan
  • mengurus masa depan dengan baik
  • menguasai teknologi
  • memanfaatkan pusingan biologi
  • menjaga imej

Kecemerlangan hakiki adalah kecemerlangan yang tidak memerlukan kecemerlangan yang lain selepas itu.

Setiap tip bermula dengan ayat Quran dan ia menjadi tonggak perbincangan bagi setiap tip. Ayat ini diterjemahkan dan ditafsirkan mengikut rujukan yang muktabar.

Setiap tip diakhiri dengan Ledakan Kecemerlangan. Terdapat cadangan-cadangan praktikal bagaimana mengaplikasikan suatu tip dalam kehidupan yang diharapkan dapat membantu menghidupkan tip-tip kecemerlangan dalam diri dan kehidupan sehingga Allah mengurniakan kecemerlangan ke dalam diri kita.

Penutup buku iaitu Bahagian Epilog diperkenalkan dengan satu golongan manusia yang amat dicintai Allah kerana terdapat pada mereka ciri-ciri kecemerlangan yang unggul. Mereka adalah golongan as-abiquun as-sabiquun. Hamka, di dalam Tafsir al-Azhar menterjemah as-sabiquun as-sabiquun sebagai “orang-orang yang paling dahulu, paling dahulu”.

MENCARI KECEMERLANGAN HAKIKI

“..Sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga maka dia telah beruntung. Kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan (ghurur).” [ Ali Imran: 185 ].

“Apa itu Cemerlang?” Dalam bahasa Inggeris, cemerlang bermaksud excellence. Excellence menurut The American Heritage Dictionary of the English Language: 4th Edition, 2000 bermaksud, “The state, quality, or condition of excelling; superiority.”

Di dalam Kamus Dewan (Edisi Baru), cemerlang bermaksud, “bersinar (bercahaya) dengan terang sekali, berkilauan, gilang-gemilang; (berkenaan) kejayaan, keputusan sangat baik.”

Kecemerlangan yang dicapai di dunia ini sama ada dalam bidang akademik, kerjaya, sukan, perindustrian, hiburan dan lain-lain hanyalah kecemerlangan jangka pendek yang sempit berbentuk sementara dan bukan kecemerlangan hakiki malah memperdayakan manusia .

“Maka sesuatu apa yang diberikan kepadamu, itu adalah kenikmatan hidup di dunia, dan apa yang ada di sisi Allah adalah lebih baik dan lebih kekal bagi orang-orang yang beriman dan bertawakal kepada Tuhan mereka [ Asy-Syura: 36 ].

Islam membicarakan kecemerlangan hakiki iaitu dengan berjaya memasuki syurga yang disediakan oleh Allah SWT. Bagaimana pun Islam tidak memandang kecil kecemerlangan di dunia di mana ia hanya bermakna apabila menjadi alat bagi mencapai kemenangan di akhirat.

Imam Ghazali di dalam Ihya Ulumuddin membahagikan kebahagiaan di akhirat (yang tidak ada di dunia) kepada 4 ciri:

  1. keadaannya kekal abadi
  2. kegembiraan berkekalan
  3. tidak wujud lagi kejahilan
  4. tidak wujud lagi kemiskinan

Syurga milik Tuhan, piawaian bagi memasukinya ditetapkan oleh Tuhan di mana piawaian ini dapat diketahui melalui al-Quran. Hanya dengan mengikut formula al-Quran sahaja dan dibantu oleh sunnah, umat Islam akan cemerlang dan berjaya di dunia dan di akhirat.

Allahu a’lam.

 

Kesalahan Di dalam Solat / 20

0

BAB SATU

Beberapa kesalahan pesolat di dalam isu pakaian solat dan menutup aurat ketika solat.
الفصل الأول: جماع أخطاء المصلّين في ثيابهم وستر عوراتهم في الصلاة
1.5.1
Kesalahan pesolat yang meletakkan jaket dibahunya tanpa memasukkan tangan ke dalam tangan jaket tersebut
(تعلم خطأ كثير من المصلّين ، عندما يصلون ، و((الجاكيت)) على كتفيهم من غير أن يدخلوا أيديهم في كمّها )
Ianya khusus untuk pesolat di negara yang mengalami musim sejuk.
ما قاله أبو عبيد : (( السّدل : هو إسبال الرّجل ثوبَه من غير أن يُضمّ جانبيه بين يديه ، فإنْ ضمّه فليس بِسَدْلٍ) (غريب الحديث : (3/482) . وانظر : ((فتح الباري)) : (10/362) )
Menurut Abu Ubaid (wafat pada 224H), “al sadl ialah seseorang meletakkan jaket dibahunya tanpa memasukkan tangan ke dalam lengan baju”
(Gharib al hadith, 3:482 dan Fathul Bari, 10:362)
قال السّفاريني : سئل شيخ الإسلام ابن تيمية : عن طرح ((القَباء) على الكتفين من غير أن يدخل يديه في كمّيه ، هل هو مكروه أم لا ؟ فأجاب : ((بأنه لا بأس بذلك باتّفاق الفقهاء ، وليس هذا من السّدل المكروه ، لأن هذه اللبسة ، ليست لبسة اليهود)) غذاء الألباب : (2/156)
al Safaarini al hanbali (wafat pada 1188H) berkata,
Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah di tanya mengenai pakaian yang dikenali dengan al qaba’ yang diletakkan di atas bahu tanpa memasukkan tangan ke dalam lengan jaket qaba’ tersebut. Beliau menjawab ia tidak apa-apa menurut kesepakatan ulama’ kerana ia tidak menyamai dengan sadl dan jaket yahudi.
al saffarini, kitab Ghaza’ al albaab 2:156
Dalil pakaian luar Nabi saw atau qaba’
ودليله : ما رواه مسلم في ((صحيحه)) عن وائل بن حُجْر : ((أنه رأى النَّبيَّ  حين دخل في الصّلاة ، كّبر ، ثم التحف بثوبه ، ثم وضع يديه اليمنى على اليسرى ، فلما أراد أن يركع أخرج يديه من الثّوب ، ثم رفعهما …)) (أخرجه : مسلم : كتاب الصّلاة : باب أعضاء السّجود والنّهي عن كفّ الشّعر والثوب وعقص الرأس في الصلاة : (1/354) رقم (490) )
Dari Wa’il bin Hujr,
dia melihat Nabi saw selepas bertakbir, beliau berselimut dengan baju luarnya dan meletak tangan kanan di atas tangan kirinya, ketika rukuk baginda saw mengeluarkan kedua tangan dari bajunya dan mengangkat…”
(HR Muslim no 490)

Kesalahan Di dalam Solat / 19

0
BAB SATU
Beberapa kesalahan pesolat di dalam isu pakaian solat dan menutup aurat ketika solat.
الفصل الأول: جماع أخطاء المصلّين في ثيابهم وستر عوراتهم في الصلاة
1.5:Bahagian 1
Solat dengan melakukan sadl dan menutup mulut.
Dalil hadith:
عن أبي هريرة رضي الله عنه : أن رسول الله صلى الله عليه وسلم نهى عن السّدل في الصّلاة ، وأن يغطّي الرّجل فاه (أخرجه : ابن خزيمة : كتاب الصلاة : باب النهى عن السّدل في الصّلاة : (1/379) رقم (772) . وأبو داود : كتاب الصلاة : باب ما جاء عن السّدل في الصّلاة : (1/174) رقم (643) . والترمذي : أبواب الصّلاة : باب ما جاء في كراهية السَّدْل في الصّلاة : (2/217) رقم (378).وأحمد : المسند : (2/295 و 341) . والحاكم : المستدرك : (1/253) . والحديث حسن . انظر: ((صحيح الجامع الصغير)) : رقم (6883). )
Terjemahan:
Dari Abu Hurairah ra, katanya: “Rasulullah saw melarang melakukan “sadl” ketika solat dan seseorang menutup mulutnya.”
(HR. Ibnu Khuzaimah No. 772,Abu Daud No. 643, at Termidzi, no 378, Ahmad, Al Baihaqi, As Sunan Al Kubra, No. 3125, dan Hakim No. 631, katanya sahih sesuai syarat Bukhari dan Muslim. Disahihkan oleh Al Albani dalam Sahihul Jami’ No. 6883)
Multaqa ahlil hadith menyatakan hadith ini dhaif di sisi Tirmidzi dan Abu Daud (قال أبو عيسى بعد أن رواه من طريق عسل بن سفيان عن عطاء وليس فيه جملة “وأن يغطي الرجل فاه”: حديث أبي هريرة لا نعرفه من حديث عطاء عن أبي هريرة مرفوعاً إلا من حديث عِسل بن سفيان. اهـ.
(*) ورواه أبو داود (643) ثم روى بإسناده إلى ابن جريج قال: أكثر ما رأيت عطاء يصلي سادلاً، قال أبوداود: وهذا يضعف ذلك الحديث (644)

 

Apa yang dimaksudkan solat dengan melakukan sadl?
1. Sadl bermaksud pakaian luar yang labuh (jaket panjang) sampai mencecah lantai. Maka, ia sama seperti isbal. Ini pendapat Imam asy Syafi’iy.
2. Sadl adalah memakai jaket di atas bahu tanpa tangan dimasukkan ke dalam lengan jaket. Ini pendapat Imam Ahmad rhm.
3. Menurut pendapat Ibnu Atsir, sadl memasukkan tangan ke dalam baju seperti selimut, maksudnya tangan tidak kelihatan. (وقال صاحب ((النهاية)) : ((هو : أن يلتحف بثوبه ، ويدخل يديه من داخل ، فيركع ويسجد ، وهو كذل

 

1.5 : Bahagian 2
Dalil hadith: Dari Abu Sa’id al Khudry ra,
عن أبي سعيد الخدري أنه قال : ((نهى رسول الله  عن اشْتمال الصَّمَّاء)) (أخرجه :البخاري : كتاب الصّلاة : باب ما يَستُرُ من العورة : (1/476) رقم (367) )
Nabi saw melarang (di dalam solat) Isytimaal al shamma’
(HR Bukhari no 367)
قال أهل اللغة : هو أن يخّلل جسده بالثّوب ، لا يرفع منه جانباً ، ولا يبقي ما
يخرج منه يده.
Ahli bahasa arab berkata, isytimal al shamma’ bermaksud berselimut seluruh badan tanpa kelihatan tangan yang keluar.
Contoh:
Solat dengan memakai cadar.
Syarah:
Kenapa di larang solat dengan pakaian sadl atau isytimal ialah supaya tangan kita bebas keluar dari pakaian dan boleh melakukan takbir, ruku’ dan sujud dengan sempurna.

Celik Sunnah

0

🔴 Bagaimana situasi menyapu muka selepas solat boleh dikaitkan dengan mengikuti apa juga perbuatan dan kerana kasihkan Nabi SAW?

Situasi:
Kisah Nabi SAW pernah melalui satu dahan pokok dan baginda SAW menundukkan kepala. Setelah kewafatan Nabi SAW, seorang sahabat telah melakukan hal yang sama di tempat yang sama tetapi dahan tersebut sudah tiada lagi.
Sahabat melakukan hal tersebut atas dasar kasih dan sayangkan Nabi SAW.


Disebabkan kesukaran untuk memahami perbuatan Nabi S.A.W, maka diperjelaskan lagi istilah sunnah jibliyah, sunnah kearaban (sunnah personal) dengan sunnah syariah.

Ulama’ usyul mengkaji isu berkaitan pembahagian sunnah, maka wujudlah istilah sunnah jibliyah dan sunnah syariah.

Definasi Sunnah Syariah:
Ia berkaitan dengan apa jua amalan, ajaran dan kata-kata Nabi SAW yang sama taraf dengan syariah atau diberatkan oleh Nabi SAW ke atas umatnya dan ia adalah syariat.

Contoh:
1. Solat fardhu berjamaah.

2. Solat sunat rawatib, tahajud, dan witir.

3. Berzikir dan berdoa.

Definasi Sunnah Jibliyah:
Ia berkaitan dengan citarasa Nabi SAW kerana Nabi SAW berbangsa Arab dan hidup di zaman pertanian (agrarian)

Contoh:
1. Makanan kesukaan

2. Cara berpakaian

3. Cara menyisir rambut

4. Cara berjalan

Maka, sebaiknya kita fokus kepada majoriti sahabat dan salaf yang beramal dengan sunnah syariat dan bukannya  fokus untuk mengamalkan sunnah jibliyah. Kita seharus bijak menilai dan faham, di antara sunnah syariat dan jibliyah yang mana perlu diutamakan terlebih dahulu.

Golongan sufi dan habib, mereka lebih menumpukan sunnah jibliyah, sunnah kearaban, sunnah personal untuk mengelirukan atau menipu manusia, kononnya mereka lebih mencintai Nabi SAW. Mereka memberatkan pemakaian  kopiah, tudung kepala, jubah, kurta, capal nabi, selendang.

Golongan salafiyah pula menekankan sunnah syariah, dengan mengamalkan sunnah Nabi SAW iaitu amalan yang sedikit tetapi pahalanya besar.
Berbeza dengan sunnah jibliyah pahala yang teramat sedikit.

Contoh:
1. Solat Sunat Rawatib

2. Solat Witir

3. Solat Qabliah Subuh

4. Solat Tahajud di sepertiga malam

5. Berpuasa Sunat

6. Berzikir selepas solat

7. Membaca Al Qur’an

8. Menuntut ilmu berkaitan agama

9. Membaca kitab.

Amalan-amalan ini yang dilakukan secara terus menerus atau istiqamah mempunyai pahala yang berlipat kali ganda.

Ulasan:
Maka, celik sunnah ini amat penting.

 

Popular

Iklan

Iklan